You are on page 1of 48

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.

Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis


Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan
dan ketenteraman negara.SEJAUHMANA KITA MENGAMALKANNYA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

 mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh


masyarakatnya
 memelihara satu cara hidup demokratik
 mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
 menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak
 membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut :

•    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


•    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
•    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
•    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
•    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
 
Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara
sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang
masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga
sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi,
namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan
mengalir bersama darah dalam tubuh kita?

Mungkin hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami isi yang selalu kita
baca sejak dulu lagi. Di manakah silapnya? Adakah kita mengetahui
akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Saya sendiri tidak
tahu tetapi setelah melakukan beberapa kajian di internet, barulah saya
faham. Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk
melangkah ke hadapan?

Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang


berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda
beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau
sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah
kita yang akan datang.

Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas
Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk
menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama
dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap
rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang
berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.

Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni


perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip
tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak
harmoni yang telah diterapkan semasa penjajahan British dan Jepun
telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini.
Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk
mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali
disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh ke arah
perpaduan dan persefahaman kaum.

Maka Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang


bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai
walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik
yang meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan
menerusi pilihanraya yang bebas. Masyarakat yang adil dalam
pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang
progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi
mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan
negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan
mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.
Demi mengikat dan membina perasaan dan semangat cintakan negara
di kalangan rakyat, Rukun Negara diisytiharkan secara rasminya oleh
DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Usaha itu diteruskan
untuk kekal sebagai panduan kepada rakyat di peringkat kebangsaan,
negeri, daerah dan kampung.

Saya cuba untuk melihat kembali lima prinsip dalam Rukun Negara
sebelum melihat situasi negara yang berlaku kini atau mungkin
mengimbas kembali sejarah-sejarah yang pernah berlaku di negara ini
apabila prinsip tersebut tidak dihayati.

Saya mengambil contoh blog adukataruna yang kini sedang hangat


diperkatakan ramai. Perbuatan blogger tersebut yang menghina
Almarhum Sultan Johor jelas melanggar lima prinsip Rukun Negara yang
mana saya pasti blogger tersebut di zaman persekolahannya pernah
melafazkannya.

Kepercayaan kepada Tuhan : Harus kita percaya, kurangnya atau


ketiadaan kepercayaan pada agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang, bangsa dan juga negara. Kerendahan peribadi tanpa asas
kepercayaan agama yang kukuh antara menyebab berlakunya kes
sedemikian. Tetapi malangnya, kes sedemikian masih lagi berlaku di
negara ini.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara : Melihatkan kenyataan yang


dilontarkan oleh blogger tersebut ternyata prinsip kedua ini tidak
diendahkan. Bagi seorang rakyat, mereka harus menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB Yang Di Pertuan Agong dan
Sultan yang memerintah.

Keluhuran Perlembagaan : Nampaknya blogger tersebut sebagai


seorang rakyat Malaysia gagal untuk menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara
sebagai asas dan sumber perundangan yang tertinggi.

Kedaulatan Undang-Undang : Kita perlu sedar, tanpa undang-undang,


hidup bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Undang-
undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat untuk berasa
selamat di negaranya sendiri. Apa yang telah dilakukan oleh blogger
tersebut jelas melanggar undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan : Di mana letaknya personaliti dan tingkah


laku seseorang rakyat apabila sanggup menghina seorang Sultan ? Asas
ini amat penting dalam membentuk seorang warganegara yang
bersopan santun dan bersusila baik sesama manusia walau tanpa
mengira pangkat, bangsa dan agama.

Menilai kembali lima asas Rukun Negara, apakah kita sebagai rakyat
Malaysia telah dan masih mengamalkan apa yang telah digariskan?
Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi

yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai

matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses

menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus

Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan,

persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan

sebagainya.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya

golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb

Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun

2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benarmaju,mampu
berdikari, progresifdan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan
yang dianggap sebagai cabaran.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan


bahawa:

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan berkemampuan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama
serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan
sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana
Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.ega

TERAS STRATEGIK PIPP


Membina Negara Bangsa
Membina Negara Bangsa
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi
tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju

menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan
membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan
negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina
Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan
aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di
kalangan pelajar.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya

sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah

kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti,

bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih

yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang

berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.



Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.

Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:


Penubuhan Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam

satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga

buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam

kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin.

Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain

dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan

mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai

kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan


 Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-
bagai bangsa dan latar belakang
 Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
 Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum
terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan
rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan
pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula
prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang
menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping
mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang
berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para
pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih
perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai
sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu
berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok
yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang
berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar
yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan


Memperkasakan Sekolah

Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah

bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.


Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana

Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman,

penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip- prinsip Rukun Negara

ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri-

Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah

bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan

lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan

bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
TEKS PIDATO
(BACAAN MENGIKUT BARIS)
”Rukun Negara Membentuk Jati Diri”
Kejadian 13 Mei yang mengegarkan negara,
Menyebabkan goyahnya perpaduan negara,
Lantas diperkenalkan Rukun Negara
Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara.
Terima kasih pengerusi majlis,
Barisan panel hakim yang arif,
Def-def terhormat,
Datuk-datuk,
Datin-datin,
Serta warga dewan sekalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
”Rukun Negara Membentuk Jati Diri”
Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari ini,
Saudara dan saudari.
Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya,
Pidato yang akan saya dendangkan,
Akan membuktikan,
Bahawa Keperibadian Seseorang insan

Akan terbentuk,Dengan penghayatan dan amalan,


Atas Rukun negara yang diperkenalkan.
Warga dewan kebangaan negara,
Tak beralihkan rupa berentakan irama,
Hujah saya yang pertama,
Kepercayaan kepada tuhan.
Semua agama menyeru umatnya,
Melakukan kebaikan sesama manusia.
Ini akan melahirkan sikap tolenrasi,
Yang amat tinggi,
Yang juga merupakan satu ciri, Jati diri.
Kerajaan Malaysia, telah mengadakan,
Pelbagai program keagamaan,
Bagi membentuk jati diri insan,
Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang,
Bukannya Malang,Melayang dan Temberang.
Kepercayaan kepada tuhan yang esa,
Akan menyedarkan umatnya,
Bahawa setiap perlakuan ada batasnya,
Kerana ada hukuman dan balasannya

Sidang dewan sekalian,


Kerana itulah negara kita banyak mengadakan,
Acara keagaamaan dan perayaan,
Kita ada Hari Raya,
Tahun Baru Cina,
Deepavali,
Krismas,
Dan kita juga ada kongsi raya.
Mengapa semua ini diadakan?
Kerana kita percaya,
Perayaan keagamaan ini,
Dapat membentuk kerjasama sejati,
Perpaduan murni,
Bagi membentuk Jati Diri,
Rakyat negara ini.
Jelas!
Prinsip rukun negara yang diperkenalkan,
Iaitu kepercayaan kepada tuhan,
Dapat membentuk jati diri mampan
Sidang dewan yang budiman,
Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi,
Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali,
Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki,
Untuk mentaati Raja dan Negara.
Apakah buktinya kesetiaan itu?
Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja?
Tepuk dada tanya selera.
Setiap negeri,
Mempunyai lagunya sendiri,
Yang senikatanya memuji dan menghargai,
Raja dan negeri.
Kerana itulah lagu negeri,
Wajib dinyanyikan setiap minggu sekali,
Bagi menanam semangat jadi diri,
Terhadap raja dan negeri serta negara.
Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya
Masih ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku,
Dipermain-mainkan oleh penuntut hantu,
Rakyat Malaysia bangun bersatu,
Menentang pengkhianat itu

Sidang dewan yang budiman,


Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi,
Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali,
Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki,
Untuk mentaati Raja dan Negara.
Apakah buktinya kesetiaan itu?
Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja?
Tepuk dada tanya selera.
Setiap negeri,
Mempunyai lagunya sendiri,
Yang senikatanya memuji dan menghargai,
Raja dan negeri.
Kerana itulah lagu negeri,
Wajib dinyanyikan setiap minggu sekali,
Bagi menanam semangat jadi diri,
Terhadap raja dan negeri serta negara.
Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya
Masih ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku,
Dipermain-mainkan oleh penuntut hantu,
Rakyat Malaysia bangun bersatu,
Menentang pengkhianat itu

Tindakan itu membuktikan kepada semua,


Kesetiaan rakyat yang dipelihara,
Dapat membentuk jati diri warga,
Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.
Tidak dapat disangkal lagi,
Bahawa Prinsip rukun negara,
Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara,
Dapat membentuk jati diri berwibawa.
Saudari dan saudara,
Tidak lama lagi Hari Raya,
Hujah saya yang ketiga,
Keluruhan perlembagaan dan
Kedaulatan undang-undang
Negara kita yang berdaulat ini,
Mempunyai perlembagaannya sendiri,
Dan undang-undang yang mantap serta tepat,
Mampu menjadi aspirasi negara yang hebat,
Bagi melahirkan masyarakat yang seimbang,
Dan mempunyai jati diri cemerlang.
Uniknya perlembagaan di Malaysia,
Ialah mempunyai cara yang istimewa,
Dan sentiasa menjadi panduan bagi pemimpin,
Dan menjadi landasan bagi rakyat yang dipimpi

Perlembagaan dan Undang-undang inilah,


Sentiasa dipelihara sebagai wadah,
Untuk memastikan jati diri akan terserlah,
Dan masyarakat Malaysia akan lahirlah,
Kepercayaan dan keyakinan yang tidak bercapah,
Antara kaum-kaum agar tidak berpecah,
Ibarat kata pepatah,
Telur serangkak pecah sebiji pecah semua,
Bukannya pecah sebiji pecah sendiri.
Kerana itulah perlembagaan dan undang-undag
negara,
Mesti dipelihara dan diawasi setiap masa,
Mengikut keadaan dan perkembangan dunia,
Kerana ia menjadi asas bagi warga,
Untuk hidup dalam satu kawasan bersama-sama,
Dan melahirkan jati diri bertolenrasi.
Hadirin dan hadirat
Semoga sentiasa sihat
Hujah saya yang keempat
Kesopanan dan kesusilaan
Kesopanan dan kesusilaan adalah perlakuan budi,
Yang begitu tinggi dan haruslah diikuti,
Oleh masyarakat di negara ini

Kesopanan dan kesusilaan


Dapat melahirkan
Jiwa rakyat yang mementingkan,
Amalan budi dalam kehidupan seharian.
Amalan budi ini juga dapat memperkuatkan
Jati diri insan
Walaupun hidup dalam kemodenan
Kerana moden sahaja tidak bererti
Jika budi pekerti mati.
Kerana itulah kerajaan
Begitu hebat mengadakan
Pelbagai kempen Kesopanan dan kesusilaan
Seperti Kempen Budi Bahasa dan Hidup Berjiran
Kepada rakyat tempatan
Agar menjadi pegangan
Dan amalan dalam kehidupan
Dan akhirnya terbentuklah jati diri mampan.
Pandangan pelancong asing adalah buktinya,
Mereka menyatakan rakyat Malaysia,
Begitu berbudi pekerti dan mesra.
Kajian Penerbangan Malaysia,
Tentang tarikan pelancong ke negara kita,
Menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya,
Yang bersopan santun dan berbudi bahasa
Penghayatan prinsip rukun negara ini,
Adalah bukti,
Bahawa jati diri rakyat negara ini,
Dapat dibentuk dengan Amalam Rukun Negara.
Secara konklusifnya membuktikan,
Rukun negara dapat melahirkan,
Rakyat yang berjati diri,
Dan berbangga dengan negara sendiri,
Dan negara mempunyai,
Rakyat yang berindentiti,berkualiti dan berjati diri.
Akhir kalam,
Laksamana SKBTP mohon permisi,
Assalamualaikum dan salam sejahtera
MCA mahu pelajar hina lagu Negaraku diambil tindakan

Tidak sampai seminggu. Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek menyampaikan permohonan maaf
terbuka Wee Meng Chee yang mencipta klip video mempersendakan lagu Negaraku, beliau
menyampaikan pula persetujuan MCA setuju supaya penuntut itu dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, MCA setuju tindakan undang-undang diambil kerana ia selaras dengan prinsip parti berkenaan
bahawa perkataan lucah dan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh digunakan semata-
mata atas nama kebebasan.

``Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar prinsip ini dan kita
serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai apa
tindakan yang seharusnya dikenakan,'' katanya di Petaling Jaya hari Selasa.

Sebelum ini, akhbar-akhbar melaporkan Dr. Chua bagi pihak Meng Chee meminta maaf kepada kerajaan
dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan penyiaran lagu yang diberi tajuk `Negarakuku’ itu.

Meng Chee juga dilaporkan telah mencipta sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang terang-
terangan menghina kaum Melayu.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang
terhadap Meng Chee, 24, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan akan
diteruskan walaupun dia sudah meminta maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Soi Lek berkata, beberapa kenyataan pemimpin MCA sebelum ini supaya kes itu
diselesaikan setelah Meng Chee meminta maaf tidak harus disalah tafsir bahawa parti itu
mempertahankan orang yang menggunakan perkataan lucah serta memperalatkan agama dan kaum.

``Ini tidak benar kerana kita menghormati prinsip saling hormat menghormati dalam sebuah negara
majmuk dan kita bersetuju tindakan diambil bukan sahaja terhadap Meng Chee malah kepada sesiapa
yang melanggar undang-undang dan menggugat keharmonian antara kaum,'' tegasnya.

Beliau menjelaskan, pihaknya mahu isu itu diselesaikan segera kerana bimbang ia diperalatkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab termasuk parti pembangkang demi kepentingan politik mereka.- 21/8/2007
Bagi aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, tindakan pelajar itu yang menghina lagu Negaraku sangat
memalukan dan mengecewakan.

Beliau yang juga Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata sebagai rakyat
Malaysia, sesiapapun tidak boleh menyindir atau memalukan negara dalam apa jua keadaan
sekalipun.

Menurutnya, lagu Negaraku lambang untuk membuktikan taat setia rakyat kepada negara.

“Saya kesal kejadian seperti ini boleh berlaku, malah ketika kita bakal menyambut ulang tahun ke-
50 kemerdekaan negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Ahmad Ikhmal Ismail, berkata perbuatan pelajar itu
yang menyanyi lagu kebangsaan dengan selitan nyanyian rap dalam bahasa Mandarin serta menyindir
kerajaan dengan perkataan kasar dan lucah, jelas menunjukkan sikap biadab yang melampau.

Katanya, pelajar itu perlu dikenakan tindakan setimpal mengikut Akta Lagu Kebangsaan supaya
menjadi pengajaran kepada pihak lain lagu Negaraku tidak boleh diperlekehkan.

“Sebagai rakyat Malaysia, dia perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan mempunyai
perasaan sayang pada tempat kelahirannya. Jika sudah tak sayang dengan negara ini, tak perlulah
balik lagi.

“Serahkan saja kewarganegaraan dan tinggal saja di bumi asing. Sebaik terbaca laporan berita
semalam, saya berasa sangat sedih, marah dan kecewa kerana ada yang sanggup hina negara
sendiri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Ikhmal mahu tindakan dikenakan terhadap pelajar itu walaupun dia tidak ada dalam negara
sekarang ini.

“Sebaik saja dia pulang, tindakan boleh dikenakan terhadapnya. Ini penting bagi memberi amaran
pada yang lain supaya tidak bersikap biadab begini.

“Penggunaan Internet memang tidak dapat dielakkan tetapi ia perlu diterapkan dengan rasa
tanggungjawab. Apa yang dilakukan pelajar ini amat biadab. Bukan saja kita perlu menyiasat latar
belakangnya, kita juga perlu menyiasat keluarganya untuk mencari punca mengapa dia bersikap
seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia, Amir Hamzah Allapitchay, berkata jika
pelajar terbabit dilepaskan begitu saja, ramai lagi golongan biadab tampil menghina negara dengan
cara masing-masing.

“Orang seperti ini sama seperti pembelot negara. Mereka tidak ada perasaan sayang pada negara
sendiri dan tak layak menjadi warga bumi bertuah ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, pelajar itu
boleh pula menulis dengan sinis dalam laman web itu meminta dia tidak disaman,† katanya.

Muka depan akhbar ini semalam menyiarkan perbuatan seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa di
Universiti Ming Chuan, Taiwan, yang dikenali sebagai ‘Namewee’ menyanyikan lagu Negaraku
mengikut caranya sendiri dengan menyelit nyanyian rap dalam bahasa Mandarin.

Nyanyiannya boleh dilihat dalam video klip selama lima minit 32 saat di sebuah laman web, You Tube
sejak pertengahan bulan lalu.

Selain memberi nama baru kepada lagu kebangsaan iaitu ‘Negarakuku’, dia yang berusia 24
tahun menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memperlekeh ibadat mereka dan sikap orang Melayu.

Dia turut menyindir anggota polis dengan mengamalkan rasuah serta merendahkan imej kakitangan
kerajaan kerana didakwa lembap menangani urusan pelanggan.

Klip video itu memaparkan ‘Namewee’ menyanyikan lagu berkenaan di sebuah bilik yang
berlatarbelakangkan bendera Malaysia dengan diselang-seli imej masjid, umat Islam beribadat,
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Beberapa imej yang dipercayai dicedok daripada iklan Tourism Malaysia sempena promosi Tahun
Melawat Malaysia 2007 turut dipaparkan.

Pada akhir klip video berkenaan pula dipaparkan ayat yang berbunyi ‘Jangan sue saye, saye takde
duit’ (Jangan saman saya, saya tak ada wang).

Hattan didakwa hina lagu Negaraku

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang penyokong kerajaan menyanyikan sebanyak
dua kali baris akhir lagu Negaraku bagi menunjukkan kesalahan penyanyi Hattan yang didakwanya menyampaikan
lagu kebangsaan tidak mengikut versi sebenar semasa perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, penyanyi itu perlu dikenakan tindakan kerana perbuatan tersebut
boleh dianggap satu penghinaan kepada lagu kebangsaan selain ia dipersembahkan di hadapan Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

``Versi yang salah lagu Negaraku itu dinyanyikan di hadapan 100,000 penyokong di stadium (Nasional Bukit Jalil)
dan jutaan lagi rakyat Malaysia yang menonton secara langsung di televisyen.

``Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut,'' katanya
ketika sesi soal jawab hari ini.

Kepada soalan tersebut, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, pihaknya tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya penyanyi itu mengubah versi asalnya dengan tujuan untuk
menghina lagu kebangsaan.

Beliau berkata, ini kerana penyampaian lagu Negaraku perlu menepati versi rasmi dan sebarang unsur menghina
dan mempermainkan lagu tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Lagu Kebangsaan.

``Isu penyanyi Hattan mempersembahkan lagu Negaraku tidak mengikut versi rasmi di hadapan Yang di-Pertuan
Agong serta ribuan penonton perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, pihak kementerian akan meneliti dan
menyiasat teguran itu sebelum sebarang tindakan diputuskan.

``Kementerian juga akan berbincang dengan Kementerian Penerangan mengenai hal berkenaan. Sekiranya didapati
benar penyanyi berkenaan mempunyai niat tertentu maka tindakan akan diambil,'' katanya.
Bendera Malaysia dibakar, diludah dalam demonstrasi di Jakarta

2010/08/26
JAKARTA: Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan
membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal
di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang
mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara,
berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lalu.

Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang
menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan
kedutaan.
Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana
membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia,
ke arah pasukan keselamatan.

Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia
oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian
penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.

Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan
oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos.

Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta
kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia. Keadaan reda apabila
anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan
berkenaan.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil
antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan
plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di
atasnya.

Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari
kumpulan Laskar Merah Putih.

Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia
ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan
Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lalu. - BERNAMA
25 JAN 2010

Hina raja Melayu: Laporan polis dibuat

JOHOR BAHRU 24 Jan. - Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang
didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Fadhil Maskon menyifatkan tindakan penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna itu
sebagai biadab kerana tidak menghiraukan sensitiviti rakyat Johor yang masih bersedih dengan kemangkatan
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan penulis blog itu dan berharap pihak berkuasa terutamanya
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas ke atas individu
terbabit.

"Rakyat Johor masih lagi dalam keadaan berdukacita dan perasaan itu bertambah apabila seorang penulis blog yang
sanggup mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

"Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita
menggugat keharmonian negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar di sini
bagi membantah kenyataan penulis terbabit di dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.

Selepas menerima banyak komen pengunjung blog yang mengkritik tulisan itu, penulis terbabit memohon maaf
namun tetap mempertahankan ideologinya.

Utusan Malaysia yang cuba melayari blog itu mendapati tulisan tersebut telah ditarik balik.
LAMAN Blog adan Peguam
Malaysia
Lagi penulis blog hina raja Melayu
disiasat
M o nd ay , 0 1 Fe b r u ar y 2 0 1 0 0 8 : 0 4 a m
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Polis sedang menyiasat beberapa lagi penulis blog yang didapati menyentuh atau
menghina institusi raja-raja Melayu dalam laman blog mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya bukti berhubung kegiatan
tersebut mencukupi, kesemua mereka yang terlibat akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kini bekerjasama dengan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengumpul bukti terhadap kes-kes berkenaan.

''Tindakan yang diambil adalah bukti pihak kerajaan amat serius membendung perkara yang boleh mencetuskan
ketegangan di kalangan orang awam terutama hal berhubung kait dengan institusi raja, agama dan kaum.

''Pihak kementerian dengan kerjasama SKKM juga akan terus memantau laman blog yang menyentuh tentang
perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di
sini hari ini.

Jumaat lalu, seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban
terhadap pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com
pada 22 Januari lalu.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini
antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Semberong berkata, tindakan menyentuh perkara yang boleh
membangkitkan kemarahan orang ramai adalah suatu perkara yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab
apatah lagi ia melibatkan imej sesebuah negara.

''Saya percaya kita sepatutnya bersatu dalam memikul tanggungjawab berhubung kes sensitiviti orang ramai
seperti institusi raja-raja Melayu dan agama agar ia tidak berleluasa sehingga membakar emosi rakyat," katanya.
Jangan hina Raja Melayu

Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR
MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)

Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan
pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu
dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat
perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di
Jabatan Perdana Menteri)

Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF
(Presiden Pekida)

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke
mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. –
IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)

Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja
termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling
tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat
Malaysia perlukan juara

Oleh AZNAN BAKAR


pengarang@utusan.com.my

FILEM Invictus arahan Clint Eastwood mungkin gagal memenangi anugerah pada anugerah Academy baru-baru ini.
Tetapi filem bersifat biografi mengenai bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan berlatarkan pasukan
ragbi Afrika Selatan mempunyai pengajaran tersendiri untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Plot yang ditampil dalam filem Invictus adalah bagaimana Mandela yang dilakonkan oleh Morgan Freeman berusaha
meyakinkan rakyat untuk menyokong pasukan mereka, atau dalam lain perkataan berusaha menyatupadukan
rakyatnya yang saling berdendam antara satu lain.

Peluang yang diberikan kepada Afrika Selatan untuk menjadi tuan rumah kepada Ragbi Piala Dunia pada 1995
digunakan sepenuhnya oleh Mandela untuk menyatupadukan kulit putih dan kulit hitam melalui sukan.

Dorongan demi dorongan diberikan kepada pasukan ragbi kebangsaannya untuk meraih sokongan rakyat. Ini
termasuk menjelajah ke seluruh negara terutama di kawasan kulit hitam dengan mengadakan klinik bagi
mengurangkan perbezaan dan rasa sangsi hanya kerana perbezaan warna kulit.

Malah Mendela sendiri menyuntik semangat kepada pasukan ragbi negara untuk berusaha dan menjadi juara dunia.
Hasilnya, ketika pasukan Afrika Selatan beraksi pada perlawanan akhir menentang New Zealand mereka mendapat
sokongan padu daripada lebih 60,000 penonton dalam stadium termasuk yang berkulit hitam.

Ketua Pasukan Afrika Selatan François Pienaar berkata, sokongan yang diterima bukan sekadar 60,000 penonton
dalam stadium tetapi semua 43 juta rakyat negara itu tanpa mengira warna kulit.

Sokongan itu menjadi pendorong untuk Springboks mengejutkan New Zealand All Black muncul sebagai juara dan
sekali gus mengubah senario politik di Afrika Selatan.

Daripada situ prejudis antara kulit putih dan kulit hitam mula terhakis. Mandela yang nyata berpuas hati dengan
perkembangan tersebut tampil dengan ungkapan: "Mereka mahukan ketua, saya beri mereka juara."

Elemen penting yang diketengahkan melalui filem Invictus ialah bukan soal Mandela atau soal Afrika Selatan menjadi
juara. Tetapi persoalan mengenai kuasa sukan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
Perkara yang sama berlaku di Malaysia. Ketika para pemimpin politik saling bertikam lidah mengenai siapa yang
lebih rasis, jutaan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan duduk bersengkang mata lewat malam bagi meraikan
Datuk Lee Ching Wei muncul juara Seluruh England.

Ketika politik dilihat memecahbelahkan, Malaysia memerlukan juara melalui sukan untuk menyatupadukan rakyatnya.

Perkara yang sama juga berlaku pada sukan lain. Pada kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia baru-baru ini,
ribuan peminat daripada pelbagai keturunan menaruh harapan agar salah seorang pemain negara sama ada Danny
Chia atau yang Iain seperti Steel, Shaaban Husin, Airil Rizman Zahari, S. Sasidaran, Ben Leong atau S.
Sivachandran muncul sebagai juara.

Tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan. Begitu juga dalam perlawanan bola sepak. Cuba lihat ketika pasukan
bola sepak negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Laos tidak lama dahulu.

Walaupun hanya sekadar peringkat Sukan SEA, tetapi setiap lapisan rakyat memberikan sokongan.

Bayangkan jika pasukan negara beraksi di peringkat lebih tinggi. Para peminat akan tampil memberi sokongan tanpa
dibatasi prasangka perkauman.

Tidak ada batas perkauman dalam sukan dan sukan mampu meruntuhkan batas-batas itu. Sebab itu usaha kerajaan
untuk memaju dan mengangkat martabat sukan di negara ini perlu disokong semua pihak.

Persatuan sukan di negara ini perlu kurangkan politik dan ketepikan kepentingan diri. Sebaliknya berikan lebih
tumpuan untuk hasil juara. Jika kita ada juara ia mampu menjadi senjata untuk menyatupadukan dan mengeratkan
hubungan rakyat pelbagai kaum.

Merealisasikan gagasan Satu Malaysia melalui sukan

SEJAK Perdana Menteri memperkenalkan gagasan Satu Malaysia, banyak pihak telah mengemukakan idea untuk
menjayakannya.

Antaranya, Kementerian Belia dan Sukan yang memperkenalkan konsep "Satu Belia" bagi membantu
mempercepatkan proses pencapaian gagasan itu dan begitu juga pihak lain dengan idea masing-masing.

Bagaimanapun, saranan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggunakan sukan sebagai elemen meningkatkan
kerjasama antara kaum dan agama merupakan sesuatu yang menarik.

Sukan sememangnya mampu menjadi teras untuk menyokong, mengekal dan mengukuhkan perpaduan di negara
ini.

Secara umumnya, masyarakat lebih melihat sukan sebagai pertandingan, riadah dan tidak kurang yang menganggap
sukan tertentu sebagai 'milik' kaum tertentu. Namun persepsi seperti itu perlu diubah.
Perbincangan-perbincangan kumpulan sasar, seminar dan mesyuarat yang berkaitan perlu disegerakan untuk
merangka rancangan tindakan secara kolektif dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti agar selari dengan hasrat
menjadikan sukan sebagai bidang yang mampu 'mengikat' rakyat pelbagai kaum.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi demi menjadikan sukan sebagai salah satu mekanisme mencapai
gagasan Satu Malaysia.

*Pertama, menentukan sejauh manakah bidang sukan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)
mampu menyumbang kepada gagasan Satu Malaysia.

Tidak dinafikan sekolah dan IPT adalah lubuk melahirkan jaguh sukan. Namun sukan juga perlu bertindak sebagai
"serampang dua mata". Selain mencapai kemenangan, sukan juga perlu menjadi agen perpaduan.

Namun selalunya akibat didorong matlamat ingin menang dan kurang semangat kesukanan, konsep perpaduan
diketepikan. Kurangnya semangat kesukanan bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah dan IPT, malah melibatkan
pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oleh itu, pelajar perlu dididik agar menghargai sukan sebagai bidang untuk mencipta nama dan menaikkan nama
institusi. Pada masa yang sama, ia perlu menjadi alat untuk berinteraksi, menjalinkan perpaduan dan
memperluaskan pergaulan antara kaum.

*Kedua, kita perlu berpegang kepada prinsip sukan mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat. Oleh itu, perlu
dilipatgandakan usaha memajukan bidang sukan teras yang popular contohnya bola sepak, hoki dan badminton.

Pengalaman beberapa negara asing membuktikan bahawa kejayaan di pentas sukan antarabangsa mampu
menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang. Malaysia juga begitu. Semangat patriotik rakyat tanpa
mengira kaum dan agama jelas apabila pasukan kita menentang pasukan luar. Ia merupakan satu bentuk perpaduan
yang nyata.

*Ketiga, sukan massa yang telah diperkenalkan kepada masyarakat sejak beberapa tahun lalu perlu dilihat semula
daripada segi keberkesanannya untuk menjana semangat 'kebersamaan' di kalangan rakyat berbilang kaum. Sukan
massa atau "sukan untuk semua" adalah kegiatan sukan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.

Jadi bagaimana sukan massa mampu menyediakan ruang dan peluang untuk anggota masyarakat berkenalan,
memahami budaya kaum lain, melahirkan perasaan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain perlu
diperhalusi.

Mungkin Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Negara dan aktivis masyarakat boleh memulakan
gerakan ke arah merangka sukan di peringkat komuniti yang lebih terserlah, berkesan dan benar-benar
menyumbang kepada Satu Malaysia.

*Keempat, gagasan menyatupadukan rakyat melalui sukan sukar untuk dicapai jika kekurangan kemudahan sukan.
Projek-projek prasarana sukan untuk kemudahan rakyat boleh diwujudkan dengan menggabungkan sumber
kewangan kerajaan, badan-badan korporat dan sumbangan rakyat. Kaedah ini diyakini dapat mengatasi kekurangan
gelanggang badminton, padang bola sepak, gelanggang futsal, bola keranjang serta padang hoki. Jika aktor Shah
Rukh Khan boleh menyumbang kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), saya percaya rakyat kita,
terutamanya sektor korporat juga mampu berbuat demikian.

Oleh itu, usaha mempromosikan sukan sebagai alat perpaduan perlu diperhebatkan. Antara yang boleh dilakukan
ialah mewujudkan slogan baru sebagai 'ibu' kepada slogan-slogan sedia ada.

Selari dengan hasrat Satu Malaysia, slogan seperti "Sukan Menjana Perpaduan Satu Malaysia" atau "Satu Sukan,
Satu Malaysia" boleh diwujudkan demi menyediakan hala tuju yang satu untuk semua.

Begitu juga dengan nama Sukan Malaysia (SUKMA) yang boleh ditukarkan kepada "Sukan Perpaduan Malaysia".
Selain itu, anugerah "Tokoh Sukan Satu Malaysia" juga boleh diberikan kepada individu yang memberi sumbangan
bermakna kepada pembangunan sukan dan perpaduan negara.

Gagasan Satu Malaysia adalah untuk mengekal dan mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Maknanya,
pencapaian gagasan itu adalah satu proses atau perjalanan yang tidak akan selesai dalam sekelip mata. Ia
memerlukan kerjasama semua pihak dan kita perlu komited ke arah itu.
PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA

Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di

negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan

seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan

masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim alam kalangan pemimpin

masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan

(NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai

agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka

tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain.

Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum

atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka

Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan

negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan

rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Biasanya rumah

terbuka disambut di padang atau dalam dewan.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam

setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan

keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau

Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi

kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai

Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka meraikan Gawai Dayak sebagai

perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang

merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim

menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di

seluruh negara.

Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya

dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.

Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi
negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan rumah

terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus

wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah

satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep

politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang

atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita
untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.

Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra

dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka

secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang

mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang

jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta

bangsa.

Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin

sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya

kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka

berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang- orang India, Cina, Iban,

Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama- sama dengan orang Melayu dan

begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan

berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan

masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga

merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk

mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa

menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan

keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian

Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain

supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya.
Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama

kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari

Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang

Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4

Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana

Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah

Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah

atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita
untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.

Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra

dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka

secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang

mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang

jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta

bangsa.

Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin

sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya

kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka

berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang- orang India, Cina, Iban,

Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama- sama dengan orang Melayu dan

begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan

berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan

masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga

merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk

mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa

menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan

keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian


Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain

supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya.

Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama

kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari

Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang

Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4

Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana

Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah

Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah

pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala
Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001.

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah- rumah terbuka

ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat

yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang

mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan.

Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama diri.

Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan konsep

seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man- mana

perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing- masing tetap

meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang wujud dalam

konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini menyebabkan

berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti

kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan diterima secara tidak langsung

sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban, Murut dan sebagainya ekoran perayaan

sering diadakan saban tahun.

Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya

masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain, dan
mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah

kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan

pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung semangat toleransi akan

tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini sangat penting dalam mewujudkan

sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat menjadikan negara Malaysia sebuah

negara bangsa.

Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk

memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai

jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke arah

hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar

sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan

pudarmalah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit

demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang. Pertemuan masyarakat

berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong

asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh
kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Kunjung-mengunjung eratkan  E-


mail
silaturrahim
Cerita Terkini

Friday, 24 September 2010 01:46

Kemeriahan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal menterjemahkan segala-galanya betapa kukuh jalinan muhibah di kalangan
rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Perpaduan yang kukuh itu turut menterjemahkan bahawasanya semangat 1Malaysia sudah lama berputik sekali gus menunujukkan rakyat
negara ini berpegang pada prinsip saling hormat-menghormati sesama sendiri.

Uniknya, kunjungan tetamu terdiri dari berbilang bangsa bukan sahaja berseorangan bahkan mereka datang secara beramai-ramai sambil
bersalaman dan bertanyakan khabar.

Ia menunjukkan semangat silaturrahim sentiasa berputik kerana kestabilan politik dan keharmonian negara adalah tanggungjawab bersama.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dari Ibu Pejabat di Jabatan Ketua Menteri (JKM) En. Said
Kani, ekoran semangat silaturrahim yang tinggi di kalangan rakyat telah mendorong sesetengah negara menjadikan Malaysia sebagai
contoh terbaik.

" Negara kita memang unik sekali, meski pun terdiri dari berbilang bangsa dan agama tetapi saling hormat-menghormati membolehkan
perpaduan yang terjalin bertambah erat," katanya kepada Utusan Borneo".
Beliau berkata begitu pada Majlis Jamuan Aidilfitri di sebuah restoran terkemuka di bandar Lahad Datu pada malam Rabu lepas sempena

lawatan rasmi rombongannya keatas UKKR N49 Tungku dan N50 Lahad Datu.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaludin dan PKR Lahad Datu, Aljen Johnny serta pegawai-

pegawai UKPR dari kawasan terbabit.

Kata Said, konsep rumah terbuka yang diamalkan di Malaysia sebenarnya memberi mesej jelas semangat 1Malaysia terus subur.

Ini kerana, katanya konsep sedemikian jarang-jarang kita lihat di negara-negera lain melainkan di Malaysia yang umum mengetahui

penduduknya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

" Sebenarnya, konsep rumah terbuka telah memberi banyak manfaat bukan sekadar dapat berjabat tangan sambil bertanya khabar bahkan

tetamu yang datang turut dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan yang sudah pasti mengukuhkan lagi hubungan perpaduan yang

terjalin,": tambah beliau.

Beliau berkata, tambahan pula gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tentu

akan membawa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,

Sementera itu, Datu Baniamin pula menegaskan semangat toleransi ini adalah hasil kesedaran rakyat yang mengambil iktibar dari keperitan

hidup pada zaman penjajahan suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, ia perlu dikekalkan kerana kejayaan sesebuah bangsa dan negara apabila penduduknya saling bersatu.

" Semangat toleransi ini memberi kekuatan kepada kita untuk mengorak kemajuan yang lebih pesat apatah lagi negara sedang menuju ke

era Wawasan 2020, " jelasnya.

Ujarnya, sikap suka bertelagah tidak akan memberi apa-apa kebaikan bahkan kemudaratan dan oleh hal demikian semua pihak perlu

berganding bahu bagi memastikan keharmonian terus dikecapi sampai bila-bila.

" Tengoklah sesetengah negara yang suka bertelagah tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan hanya kerana tengok keadaan porak-

poranda yang berlaku.

" Jesteru, kita perlu mengelak semua itu. Pun begitu, saya berbangga dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan

perpaduan kaum di mana semangat sedemikian telah membolehkannya begitu terkenal sebagai di antara negara wajar menjadi ikutan, "

kata Datu Baniamin.


Dikagumi Pelancong Luar

Keramahan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduk Malaysia memikat hati 13
orang pelajar berasal dari Switzerland yang sedang menuntut di salah sebuah universiti
di Singapura. Kedatangan mereka ke Homestay Batang Nyamor, Negeri Sembilan pada
13 Januari 2010 yang lalu diketuai oleh Ketua Delegasi, Profesor Dr Lester Massing.
Turut hadir mengiringi tetamu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, YB Dato’ Dr
Awaludin Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), Kampung Batang Nyamor, Yunos Mohd Yusof. Para tetamu disambut meriah
dengan persembahan dikir rebana sambil diarak masuk ke Balai Raya Kampung
Batang Nyamor. Di situ, mereka dipersembahkan pula dengan sebuah tarian terinai,
sejenis tarian tradisional Negeri Sembilan.

Rakyat asing turut kagumi Malaysia

Oleh: HAMDEN RAMLI, ZULKIFLI JALIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-44 di Dataran Merdeka hari ini bukan
sahaja dikagumi oleh rakyat tempatan, tetapi turut menarik perhatian pelancong asing.

Mereka yang ditemui gembira dan terhibur dengan persembahan yang diadakan serta menyifatkannya sebagai
antara acara terbaik pernah disaksikan.

Mereka turut kagum dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh negara selepas merdeka seperti mana yang
dipersembahkan dalam acara perarakan.

Pelancong dari Jerman, Thomas Honigman, 35, berkata, acara yang diadakan hari ini sungguh menarik dan unik
kerana ia menggabungkan kebudayaan daripada pelbagai kaum negara ini.

L``Ini akan menjadi kenangan manis bagi saya kerana dapat bersama-sama dengan rakyat negara ini menyambut
kemerdekaan dengan penuh meriah dan warna-warni,'' katanya.

Pelancong dari Belanda, Jacquline Bens, 30, pula menyifatkan sambutan itu sebagai acara paling meriah yang
pernah disaksikan.

Katanya, beliau kagum dengan semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini termasuk para
peserta yang menjayakan perarakan.

``Walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh
mereka ketika menyambut kemerdekaan amat mengagumkan saya,'' ujarnya.
Pelancong Kanada, Al Joly, 44, pula berkata, sambutan Hari Kemerdekaan di sini amat menakjubkan.

``Ia penuh warna-warni dan menggabungkan pelbagai budaya, muzik dan juga persembahan,'' katanya.

Angelica Marcano, 27, dari Venezuela berkata, pengalaman menyambut kemerdekaan tahun lalu di Shah Alam
menarik perhatiannya untuk datang lagi ke Malaysia.

``Kali ini saya datang lebih awal dan saya dapat rasakan suasana yang lebih meriah berbanding tahun lalu,'' katanya.

Mark Schouten, 26, dari Belanda pula berkata, dia seronok dan bertuah kerana dapat berada di Dataran Merdeka
pada hari ini.

``Saya tidak pernah melihat ini semua. Pelbagai kaum bersatu, bergembira merayakan sesuatu,'' katanya yang
berada di sini atas tujuan perniagaan.

Pelancong Jerman, Klug, 44, pula berkata, beliau gembira dan kagum dengan pencapaian yang telah dinikmati oleh
Malaysia setelah merdeka.

``Ia sungguh mengagumkan melihat kemajuan dalam bidang perindustrian seperti ditunjukkan pada perarakan tadi ,''
katanya.

Henk Van Der Sluijs, 32, dari Belanda, berkata, beliau tidak menyesal memendekkan percutiannya di Pulau Tioman
untuk berada di sini menyaksikan kehebatan sambutan Hari Kemerdekaan.

``Hari ini adalah untuk kita gembira bersama-sama dan bukan untuk saling membenci antara satu sama lain. Saya
rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripadanya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, seorang warga tempatan Gurmit Singh, 36, berkata, beliau tidak mahu melepaskan peluang
menyambut Hari Kemerdekaan selepas terlepas peluang tahun lalu.

``Ini cuma sekali setahun,'' katanya yang sanggup untuk mewarnakan serban dengan warna bendera Malaysia serta
memakaikan anaknya dengan pakaian berlatarkan warna Jalur Gemilang.

``Ini untuk membangkitkan lagi semangat kemerdekaan,'' tambahnya.

2010/09/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan negara turut disertai pelancong asing yang
begitu gembira dengan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia dalam mengekalkan keamanan negara
daripada cengkaman penjajah.
Mereka begitu teruja bergambar dengan rakyat negara ini yang berpakaian Jalur Gemilang menggambarkan
semangat patriotik terhadap negara tercinta.

Pelancong dari Cina, Wang Xing Kai, 21, berkata, dia bangga terpilih menjejakkan kaki ke Malaysia kerana
rakyatnya bersemangat menyambut kemerdekaan tanpa mengira kaum.

Katanya, semua kaum bekerjasama bagi menjayakan kemerdekaan ini termasuk membuat formasi
pertunjukan yang membabitkan semua masyarakat.

“Dengan kerjasama itu, semua formasi yang ingin ditonjolkan menjadi dan menarik hati hingga menggamit
hati saya untuk datang lagi ke negara ini pada masa akan datang.

“Ini pengalaman pertama saya di sini apabila terbabit pertukaran pelajar di Universiti Malaya selama lima
bulan bermula Mei hingga Oktober ini,” katanya.

Wang berkata, keamanan Malaysia menjadi contoh semua negara kerana ia dapat membangunkan ekonomi
di mata dunia.

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

elancong merungut Malaysia tak bersih

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, terkejut apabila Sultan Pahang,
Sultan Ahmad Shah, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), mengatakan
pelancong asing merungut terhadap tahap kebersihan di negara ini. Gambar fail

Ng berkata perkara itu terjadi apabila ada pelancong asing dari London
memberitahu baginda bahawa kebersihan Malaysia masih belum memuaskan.

“Saya ada menerima SMS daripada baginda Sultan Pahang yang berada di London
beberapa hari lalu, memberitahu ada pelancong negara berkenaan merungut dan
memberitahu baginda mengenai tahap kebersihan negara.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan baginda terhadap perkara ini
dan mengakui tahap kebersihan khususnya di tempat awam memang masih belum
memuaskan,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran 1Malaysia Indah,


1Malaysia Bersih, di Kampung Pulai, dekat sini, petang kelmarin. Hadir sama Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata, kementeriannya sentiasa komited dalam
memastikan tahap kebersihan negara sentiasa memuaskan melalui penganjuran
beberapa kempen.

Katanya, pengenalan kempen 1Malaysia Indah, 1Malaysia Bersih, banyak memberi


pengajaran kepada rakyat dalam menjaga keber-sihan persekitaran dan kini sudah
menunjukkan peningkatan dalam menjaga kebersihan di negara ini.
“Negara mempunyai banyak tempat menarik dengan flora faunanya yang masih
belum terjejas walaupun sudah berlaku pembangunan pesat di Malaysia dan ini
masih mampu pelancong asing ke sini.

“Namun, apa yang kita bimbangkan ialah usaha memastikan tahap kebersihan
sentiasa dipertingkatkan bukan saja kebersihan persekitaran, malah ia juga
termasuk keceriaan tandas awam,” katanya.

Beliau berharap rakyat negara ini akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga
kebersihan dengan tidak hanya meletakkan tugasan ini di bahu kerajaan serta
pihak berkuasa tempatan (PBT) saja.

“Rakyat Malaysia harus menanam sikap ingin melihat negara sentiasa bersih dan
mereka boleh merealisasikannya dengan mengutip sampah serta membuangnya ke
dalam tong sampah,” katanya. –BM

Rakyat perlu hayati Rukun Negara

2011/03/03
BERAPA ramaikah rakyat Malaysia memahami Rukun Negara? Kalau diajukan persoalan kepada orang awam di
pusat beli-belah, kopitiam, pasar malahan golongan intelektual di menara gading, berapa ramaikah dalam kalangan
mereka yang berani menabik dada lalu menyatakan bahawa mereka memahami segala inti pati dalam Rukun
Negara? 

Tujuan di sebalik penggubalan Rukun Negara adalah untuk mencipta falsafah negara yang dapat dijadikan sebagai
tatasusila.

Rukun Negara seperti tonggak tatasusila rakyat Malaysia, mirip kepada Pancasila yang menjadi falsafah dan
pegangan warga Indonesia.
Sebenarnya, insiden hitam yang menimpa negara pada 1969 yang kini lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei
mencelikkan pemimpin negara bahawa satu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan pegangan seluruh masyarakat
Malaysia tanpa mengira fahaman politik, anutan agama, bangsa dan keturunan. 

Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima prinsip itu dirangka berdasarkan
keperluan nasional dan rupa bentuk komposisi penduduk negara. 

Objektif sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai
pegangan kuat dan tidak mudah bergoyah terhadap ajaran agama masing-masing. 

Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia, Rukun Negara juga menghendaki rakyat menumpahkan perasaan taat
setia sepenuhnya serta tidak berbelah-bahagi kepada raja dan negara. 
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan prinsip demokrasi, rakyat dituntut
agar melafazkan kesetiaan kepada raja yang berupa simbol perpaduan negara dan payung kepada seluruh rakyat
jelata. 

Setiap warga negara sememangnya bertanggungjawab dalam usaha memastikan kedaulatan undang-undang
negara kita tidak tercemar mahupun dilanggar oleh mana-mana pihak dan elemen negatif. 

Setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan tahap kelakuan yang terpuji lagi sesuai dengan amalan budaya
masing-masing. 

Memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, terdapat unsur kepelbagaian
dalam amalan kebudayaan masyarakat majmuk kita. 
Bagaimanapun, setiap warga negara dikehendaki menunjukkan peri laku sopan dan bertatasusila dalam kehidupan
seharian. 

Rukun Negara adalah falsafah untuk dihayati dan dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia sesuai
dengan tatasusila dan norma anggota masyarakat kita tanpa sebarang penguatkuasaan undang-undang. 

Prinsip-prinsip Rukun Negara


Kepercayaan kepada Tuhan

 agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.


 rakyat yang beragama mudah diurus.
 perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas
-diamalkan.

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

 semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.


 Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua
negeri.
 Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
 penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Keluhuran Perlembagaan

 perlembagaan merupakan undang-undang utama


 perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
 rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

Kedaulatan Undang-Undang

 rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di


sisi undang-undang.
 rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
 rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan
dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Kesopanan Dan Kesusilaan

 rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.


 ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
 amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan
saling menghormati.

Mahu tidak mahu seluruh Rakyat Malaysia perlu kembali kepada asas ini agar kita tidak
terjerumus kedalam kancah perpecahan...
Minda: Memperkukuh penghayatan Rukun Negara

         

RUKUN Negara adalah falsafah asas kenegaraan dan ideologi kebangsaan yang amat efektif dalam pembinaan
masyarakat bertamadun serta beragama di negara ini. Seperti Pancasila di Indonesia dan ‘Declaration of
Independence’ di Amerika Syarikat, Rukun Negara juga merupakan intipati prinsip kenegaraan yang terpenting
dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang merangkumi kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan
negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.

Rukun Negara diwujudkan selepas tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam
sejarah negara. Peristiswa tersebut menjadi titik tolak kepada kelahiran Rukun Negara yang direalisasikan setahun
selepas kejadian berkenaan.

Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang
dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun
Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan
membina semula negara sehingga ke tahap hari ini. 

Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13 mengandungi
pelbagai prinsip hidup bermasyarakat seperti nilai kenegaraan bertamadun, perundangan luhur dan nilai serta norma
sosial berwibawa. 

Latar belakang sejarah Rukun Negara penting kerana ia memberikan segala huraian dan perincian lengkap
mengenai aspek yang berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
kedudukan istimewa serta hak orang Melayu dan keistimewaan lain penduduk pribumi Sabah dan Sarawak tanpa
menafikan hak masyarakat lain. 

Rukun Negara sebagai piagam lengkap juga mencakupi aspek budaya, ekonomi, politik dan peradaban selaras
dengan platform Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang cemerlang dalam semua aspek yang diiktiraf dunia,
tetapi dengan acuan tersendiri berasaskan kepada posisi rakyat negara ini yang berbilang kaum, budaya,
kepercayaan dan sebagainya. Kepelbagaian dan kemajmukan yang terbina secara semula jadi ini menjadikan
Malaysia sebuah negara unik, dihormati dan cukup istimewa berbanding negara lain. 

Oleh itu, perlu wujud tahap akhlak dan moral yang tinggi, menghormati hak orang lain tanpa mempertikaikannya dan
menghindari daripada membangkitkan persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal berkaitan dengan
ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan
mereka. 

Perkara ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mendatangkan musibah besar kepada masyarakat di negara ini
serta boleh mencacatkan semangat perpaduan kaum yang sudah sekian lama terjalin dan berkembang positif sejak
peristiwa berdarah 13 Mei. 

Biarpun rakyat negara ini memang mengetahui dan menerima konsep Rukun Negara, menurut kajian yang dilakukan
menunjukkan golongan generasi baru sekarang yang berada dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun didapati
masih kurang menghayati erti sebenar falsafah Rukun Negara, biarpun segala usaha telah dilaksanakan. 

Oleh itu, bagi memastikan generasi peneraju negara tidak tercicir serta tersasar dalam memahami serta menghayati
Rukun Negara, sewajarnya lima prinsip utama yang terkandung di dalamnya perlu terus diperjelas dan diperincikan
secara konsisten bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memahami inti pati dan melaksanakannya dalam
kehidupan mereka. 
Generasi muda tidak pernah merasai pengalaman ngeri peristiwa rusuhan kaum yang cukup dahsyat di negara ini.
Mereka juga tidak pernah tahu keperitan pemimpin dulu membina semula struktur serta perpaduan masyarakat
ekoran episod hitam tersebut. 

Sebagai mengekalkan segala nikmat yang kita kecapi kini sebenarnya hasil usaha dan perjuangan generasi
terdahulu, amat wajar ditingkatkan tahap penghayatan serta pemahaman secara holistik terhadap erti sebenar Rukun
Negara yang dilihat semakin berkarat dan terhakis di kalangan rakyat hari ini. 

Oleh itu, penghayatan Rukun Negara secara bersungguh-sungguh harus dijadikan elemen bersepadu yang perlu
difahami objektif serta tuntutannya oleh setiap ahli masyarakat secara keseluruhan. 

Sehubungan itu, kempen menyemarakkan semula Rukun Negara secara besar-besaran melalui media termasuk
media baru seperti facebook, twitter yang menjadi kegilaan anak muda ketika ini wajar dilakukan. 

Pelaksanaannya boleh dipelbagaikan sama ada berbentuk hiburan berfaedah, sistem pelajaran berkesan,
dokumentari, seminar dan ceramah oleh semua pihak yang boleh disertai semua lapisan masyarakat. 

Bagi pelajar sekolah dan universiti pula, perlu dirangka pelbagai program dengan kerjasama pelbagai pihak seperti
mengadakan kuiz, debat, peraduan berkaitan Rukun Negara, persembahan muzikal dan pertandingan pidato. 

Kadangkala Rukun Negara yang sudah berusia 40 tahun dilihat satu-satunya falsafah kenegaraan yang masih kekal
utuh, tetapi yang peliknya ialah masih tidak mendapat tempat sewajarnya seperti diasaskan pada 1970. 

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana aspirasi Rukun Negara boleh dijadikan kunci hikmat dalam
mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat. Ia menjadi landasan terbaik masyarakat berbilang kaum di negara
ini hidup bersatu padu, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain. 

Falsafah Rukun Negara terangkum di dalamnya ideologi nasional yang sangat komprehensif bagi memastikan
pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara berkekalan. 

Penulis seorang peguam boleh dihubungi melalui mohamadsofee@yahoo.com


Menghormati ideologi Negara

Matlamat pengagihan yang saksama terkandung dalam Rukun Negara “kekayaannegara ... dan


penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utamapembangunan ekonomi negara.

Oleh Asan Ali Golam Hassan

DASAR Ekonomi Baru, iaitu bagaimana agihan kekayan ekonomi negara seharusnya dilaksanakan dengan matlamat
akhirnya untuk mencapai perpaduan adalah sebahagian daripada ideologi negara yang wajar difahami dan dihormati
oleh semua warganegara.

Tanpa adanya satu ideologi negara yang saling diterima dan dihormati, matlamat pertumbuhan ekonomi, pengagihan
yang saksama, kestabilan politik dan perpaduan nasional tidak mungkin dapat dicapai.

Rukun Negara adalah ideologi Malaysia. Ia bermatlamat untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu
ideologi nasional. Ia diisytiharkan kepada semua warganegara Malaysia pada sambutan Hari Kemerdekaan 1970
iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan sebelum DEB itu dilaksanakan.

DEB dirangka sebagai alat pembangunan ekonomi kepada ideologi pembinaan negara Malaysian iaitu merupakan
asas kesejahteraan ekonomi Rukun Negara. DEB tidak boleh bergerak tanpa semua rakyat memahami dan berazam
untuk mencapai ideologi negara (Rukun Negara).

Matlamat pengagihan yang saksama terkandung dalam Rukun Negara “kekayaan negara akan dibahagikan secara
saksama” dan mula dilaksanakan melalui DEB. Matlamat akhir DEB ialah perpaduan nasional, seperti yg digariskan
dalam perisytiharan Rukun Negara, “berazam untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya”.

RUKUN NEGARA

Perisytiharan negara kita, Malaysia, berazam

* Untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya;

* Untuk mengekalkan cara hidup berdemokrasi;

* Untuk mewujudkan masyarakat yang adil di mana kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama;

* Untuk memastikan pendekatan liberal kepada tradisi budayanya yang kuat dan pelbagai;

* Untuk membina masyarakat progresif yang menuju ke arah sains dan teknologi moden

KAMI, rakyatnya, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat ini menurut prinsip-prinsip berikut;

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan

“KAMI, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat menurut” salah satunya ialah Keluhuran
Perlembagaan”.

Jelas, Keluhuran Perlembagaan adalah satu idelogi negara yang menjadi pedoman dan dihormati oleh semua pihak.
Maka isu pengagihan dan hak orang Melayu termasuk bumiputera Sabah, Sarawak dan masyarakat Orang Asli
seperti yang dinyatakan dalam Perkara 153 tidak seharus dianggap sebagai satu diskriminasi kerana ia adalah
sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia yang merupakan salah satu daripada intipati ideologi negara yang kita
telah berikrar untuk mencapainya.

Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara (dalam buku Constitution, Law and Judiciary) ada menyebut, “bagi
sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia, dia akan sentiasa tidak bersetuju dengan Rukun
Negara.”

Ideologi negara termasuk juga Perlembagaan Malaysia tidak menyebut dengan jelas bagaimana kaum pribumi akan
dibantu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) kerajaan
diolah supaya seiring dengan apa yg telah ditetapkan oleh ideologi negara.

RRJP ini bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1991) kemudian Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000),
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan kini Model Baru Ekonomi (2011-2020).

DEB merupakan suatu proses “kejuruteraan sosial” berlandaskan kontrak sosial 1957 untuk mencapai matlamat
perpaduan kaum melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Pencapaian matlamat DEB sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara, iaitu bagaimana pertumbuhan
itu kemudiannya akan diagihkan bagi mencapai matlamat pengagihan.

Sejak DEB dilancarkan, pembangunan kepada kepelbagaian ekonomi, penekanan kepada pembangunan luar
bandar, pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utama pembangunan
ekonomi negara. Matlamat perancangan pembangunan ialah “pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.

Untuk mencapai matlamat tersebut, perbagai agensi kerajaan (perusahaan awam) ditubuhkan khusus untuk
membangunkan kawasan luar bandar.

Perancangan baru dan yang wujud sejak Rancangan Malaya Pertama dirancakkan lagi terutamanya melalui DEB.

Strategi utama pembangunan luar bandar telah dilaksanakan iaitu, pembukaan tanah (rancangan) baharu;
pembangunan in-situ; pemodenan luar bandar dan penciptaan pesat pertumbuhan yang baru; serta strategi
penyelarakan kawasan industri ke kawasan luar bandar.

Selain itu, Rancangan Buku Merah, konsep Saemaul Undong, pembangunan koperasi desa, dan pelbagai agensi
kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Kejora, Kesedar, Ketengah, Mada, Dara, Bank Bumiputera dan lain-lain
diwujudkan khusus untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan meningkatkan keupayaan mereka
untuk bersaing dalam bidang ekonomi.

Tanpa bantuan agensi-agensi kerajaan ini, kaum pribumi sukar untuk bersaing kerana mereka bermula pada tahap
perniagaan atau kemahiran yang berbeza. Pengerusi pertama Bank Bumiputera Datuk Roslan Abdullah pernah
membandingkan apa yang berlaku dengan perumpamaan sebuah kereta Jaguar yang memotong Morris Minor dan
terus hilang dari pandangan.

Matlamat ideologi negara juga diserapkan Misi Nasional iaitu satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan bagi
mencapai matlamat Wawasan 2020. Misi Nasional memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan negara
untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh perpaduan negara serta pengagihan pendapatan serta kualiti hidup
yang lebih baik.

Teras ketiga Misi Nasional ialah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif
sangat berkait rapat dengan ideologi negara - “kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama”.

Model Baru Ekonomi (2011-2020) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) juga terus memberi penekanan
kepada meningkatkan potensi menjana pendapatan, pencapaian pendidikan dan kemahiran bagi isi rumah
berpendapatan rendah.

Strategi juga dirangka bagi meningkatkan taraf hidup golongan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan
ekonomi negara yang meliputi kaum pribumi Sabah, Sarawak, masyarakat Orang Asli di Semenanjung, bantuan-
bantuan kewangan dan meningkatkan akses kepada infrastruktur di kampung-kampung baru Cina dan pekerja
ladang.

Tindakan afirmatif berhubung langkah membantu pribumi dalam Model Baru Ekonomi akan lebih berasaskan kepada
mesra pasaran, lebih berasaskan merit, lebih telus dan berdasarkan keperluan.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, semasa membentang Model Baru Ekonomi “objektif asalnya masih lagi relevan,
namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian
matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya.”

"1Malaysia” yang juga merangkumi “pertumbuhan dan pengagihan yang saksama” perlu diterjemahkan dalam bentuk
pelaksanaan, iaitu bagaimana kesaksamaan, kesamarataan dan kekitaan akan diintegrasikan dengan ideologi
negara terutamanya perkara-perkara yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Matlamat akhir "1Malaysia” ialah perpaduan yang berkaitan secara langsung dengan teras ketiga Misi Nasional, iaitu
menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif.

Ia sangat berkait rapat dengan ideologi negara “kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama” dan “berazam
untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya” seperti yang terkandung dalam Rukun Negara.

Cabaran utama kini ialah bagaimana hendak mengintegrasikan budaya kecemerlangan, prinsip meritokrasi melalui
agihan kek ekonomi dengan berkonsepkan peluang untuk semua dengan ideologi negara dalam merangka
perancangan pembangunan dengan maltamat akhir, iaitu pencapaian taraf negara maju yang makmur tanpa
membelakangkan ideologi negara iaitu RUKUN NEGARA.

Penulis ialah Prof. Madya di Kolej Sastera

dan Ekonomi, Universiti Utara Malaysia


Syor lafaz ikrar Rukun Negara selepas lagu Negaraku dalam semua majlis

2011/03/04
ANAK Malaysia dari Batu Pahat, Johor menulis semalam mengenai betapa pentingnya rakyat Malaysia memahami
dan menghayati Rukun Negara. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan mengenai falsafah Rukun Negara
yang boleh ditakrifkan sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia itu. 

Rukun Negara diwujudkan pada 1970 dengan tujuan mencapai satu pegangan atau pengertian asas terhadap
aspirasi nasional di antara pelbagai kaum di Malaysia tan-pa mengira asal usul dan keturunan masing-masing.

Untuk memastikan semua rakyat Malaysia mengenali Rukun Negara ketika ini yang semakin kurang kesedaran
terhadap pentingnya prinsip yang terkandung di dalamnya, maka saya ingin mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun
Negara diadakan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta.
Ini bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap prinsip Rukun Negara selain lagu Negaraku
dalam mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum. 

Selain dari tujuan meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat; mengekalkan cara hidup demokrasi;
mewujudkan masyarakat adil; pendekatan liberal terhadap adat dan kebudayaan; dan juga membangunkan satu
masyarakat progresif yang berlandaskan sains moden dan teknologi. 

Prinsip Rukun Negara yang menjadi tonggak kepada prinsip kenegaraan dan menyatukan rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai agama, seharusnya disemaikan di dalam semangat generasi muda yang bakal menjadi pemimpin
pada masa hadapan. 

Prinsip yang terkandung di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh memandang
ringan terhadap kestabilan, keamanan dan kehar-monian yang dicapai setakat ini. 
Melafazkan ikrar Rukun Negara selepas nyanyian lagu Negaraku di dalam majlis rasmi adalah perkara yang amat
wajar dipraktikkan bagi memastikan rakyat Malaysia memahami lima prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya
dalam kehidupan seharian masing-masing kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membangunkan satu Negara
Malaysia yang harmoni dan bersatu. 

Rukun Negara adalah panduan kita terhadap proses pembangunan negara dan hendaklah dihormati oleh semua
pihak. Ia adalah satu wawasan yang dikongsi demi untuk perpaduan negara. 

Prinsip yang terkandung di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh memandang
ringan terhadap kestabilan, keamanan dan kehar-monian yang dicapai setakat ini. 

TAN SRI LEE LAM THYE, 


Kuala Lumpur. 
PERANAN KAUM MASING-MASING DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIA

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan
Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan  teras 1 Malaysia
sebagai amalan hidup mereka.

Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti
seperti ( contoh: menubuhkan Kelab 1Malaysia-Rukun Negara di kawasan masing-masing) dalam menyemarak
dan melestarikan 1Malaysia dan Falsafah Rukunegara.

Penghayatan semangat  Rukun Negara  perlu diteruskan dikalangan rakyat Malaysia. Kupasan prinsip-prinsip
Rukun Negara melalui pelbagai aktiviti sosial harus diteruskan supaya rakyat dapat menerapkan semangat
kenegaraan, bersama-sama dengan teras-teras 1Malaysia. Usaha ini  diharapkan  akan melahirkan rakyat
Malaysia yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.

Lima prinsip penting yang terdapat dalam Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31
Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969  iaitu Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang  dan Kesopanan dan Kesusilaan  tidak sepatutnya
dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke
arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.

CABARAN  

Perledakan maklumat dan proses globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, keturuan dan etnik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut
mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi antara kaum, malah dalam
konteks patriotisme dikalangan golongan muda.

Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati antara berbilang kaum di Malaysia adalah prakarsa bagi bukan
sahaja menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasai malah akan bmembantu  mempertahankan
keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan dinikamati sejak beberapa tahun yang lalu.

Sehubungan ini, Gagasan 1 Malaysia mainkan peranan penting sebagai alat yang membantu memastikan aspirasi
negara, WAWASAN 2020 tercapai supaya Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Bil Tajuk dan skop kajian Penyelidik Rumusan kajian
1. Kajian Tahap Pemahaman, Prof.Dato’ i. Peratusan lebih tinggi iaitu 31.2% di kalangan
Penghayatan dan Dr. berasal dari bandar yang tahu mengenai sejarah
Pengamalan Rukun Ramlah Rukun Negara berbanding dengan pelajar yang
Negara di Kalangan Pelajar Adam berasal dari kawasan luar bandar iaitu 27.2%.
di Institusi Pengajian Tinggi Universiti Perbandingan jantina menunjukkan pelajar wanita
(IPT) Malaya (91.8%) mempunyai pengetahuan Rukun Negara
Sampel Kajian : yang lebih baik berbanding pelajar lelaki (84.2%).
Responden adalah seramai un ii. Kurang daripada 70% pelajar boleh menghafal Ruk
1,131 orang pelajar dari Negara dengan baik manakala lebih dari 7% pelajar
IPTA dan IPTS di sekitar tidak fasih langsung dan tidak dapat menghafal
Selangor dan Kuala Rukun Negara. Peratusan lebih tinggi di kalangan
Lumpur. pelajar IPTA iaitu 71.6% untuk mengetahui dan
menghafal Rukun Negara berbanding pelajar IPTS
iaitu 56.9%. Manakala kemampuan menghafal lebih
tinggi di kalangan pelajar wanita iaitu 68.9%
berbanding pelajar lelaki iaitu 63.6%.i.
iii. Hanya 30% dari keseluruhan responden yang
mengetahui tentang sejarah rukun negara, manakala
Ini 70% tidak tahu / tidak pasti tentang sejarahnya.
menunjukkan pendedahan tentang sejarah
pembentukan Rukun Negara masih ditahap rendah di
kalangan pelajar IPT.
iv. Didapati bahawa kesediaan responden untuk
berkorban demi negara masih lagi rendah
memandangkan rakyat negara ini hidup dalam
keadaan aman.
v. Pendedahan Rukun Negara paling kerap diperolehi
oleh pelajar IPT adalah dari media cetak seperti di
kulit buku latihan sekolah. Ini menunjukkan tahap
pendedahan Rukun Negara masih rendah di
kalangan pelajar IPT.
vi. Kebanyakan pelajar menerima pendedahan Rukun
Negara di dalam subjek pengajian di IPT adalah di
kalangan pelajar jurusan sastera berbanding pelajar
jurusan sains.
nan vii. Didapati kurang 70% pelajar menunjukkan keingi
untuk mendalami Rukun Negara dan peratusan
pelajar yang menunjukkan sikap tidak
mengambilberat tentang keinginan mendalami
Rukun Negara yang mencecah 30% dianggap
membimbangkan. Manakala 11.5% menyatakan
mereka tidak perlu menggunakan prinsip Rukun
Negara di dalam urusan kehidupan mereka.
n, viii. Bagi kriteria prinsip kepercayaan kepada tuha
pelajar meletakkan tahap nilai kerohanian di tahap
Ini paling rendah berbanding kriteria-kriteria lain.
akan menggalakkan berlakunya salah laku yang
menyalahi prinsip-prinsip yang digariskan dalam
agama semasa mereka menjalani kehidupan
sebagai pelajar dan apabila menyertai masyarakat.
ix. Kebanyakan responden menunjukkan skor tahap
kemampuan pemahaman yang tinggi kepada semua
prinsip Rukun Negara tetapi skor tahap kemampuan
menghayati dan keinginan mengamalkan prinsip
Rukun Negara yang rendah. Hal ini menunjukkan
prinsip Rukun Negara belum diaplikasi sepenuhnya
dalam kehidupan pelajar IPT. Perkara ini perlu
dipandang serius kerana mereka akan memikul
tanggungjawab untuk memimpin generasi pada masa
akan datang.
x. Pelajar menunjukkan kecenderungan yang rendah
kepada kriteria ‘tanggungjawab mengundi’ dan ‘tahu
aspek perlembagaan’. Ini menunjukkan kefahaman
yang rendah kepada maklumat perlembagaan dan
tanggungjawab sebagai warga negara.
xi. Tahap pengamalan responden dalam
mengaplikasikan prinsip kedaulatan undang-undang
terutamanya dari segi membantu kerajaan
menguatkuasakan undang-undang adalah masih
lemah.
Terdapat kecenderungan untuk mencurigai kesetiaan xii.
pihak-pihak lain dari segi warna kulit, keturunan,
agama dan kepercayaan adalah membimbangkan di
kalangan pelajar IPT.
Mendasari erti Rukun Negara
MENYERAHKAN seratus peratus tanggungjawab memelihara perpaduan kaum di negara ini kepada
kerajaan semata-mata adalah tidak wajar.

Sebaliknya, ia harus turut sama menjadi tanggungjawab segenap lapisan masyarakat di negara ini
terutamanya mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT). Semua itu demi memelihara perpaduan kaum
dijayakan secara bersama dan kolektif.

Untuk itu, Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan di institusi pendidikan termasuk di Politeknik Kuching
Sarawak (PKS) perlu benar-benar berfungsi sebagai platform terbaik dalam menggalakkan penyertaan
mahasiswa pelbagai kaum dan agama dalam mendukung semangat muhibah dan perpaduan.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Abd. Rahman Khalid berkata, usaha menubuhkan Kelab Rukun
Negara Politeknik Kuching Sarawak dan mengadakan Majlis Ikrar Rukun Negara merupakan komitmen
berterusan PKS bagi menyuburkan kegiatan mahasiswa yang bernilai tambah untuk menyedarkan
mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

“Majlis ini seharusnya tidak dilihat sebagai sebuah majlis yang berbentuk formaliti atau memenuhi hasrat
kerajaan semata-mata, sebaliknya merupakan suatu permulaan cabaran bagi membuktikan mahasiswa
PKS berupaya memperkasa semangat patriotisme melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Menekuni kelima-lima prinsip Rukun Negara dan menghayati nilai-nilai utama yang mendukung gagasan
1Malaysia akan melahirkan semangat patriotisme yang sebenar dalam kalangan rakyat di negara ini
untuk terus memelihara keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini,” ujarnya
pada majlis yang diadakan pada 7 Januari lalu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna PKS itu diserikan dengan bacaan Rukun Negara dan
nyanyian lagu-lagu patriotik oleh kakitangan dan pelajar PKS di samping pertandingan persembahan
kreatif bertemakan Rukun Negara oleh pelajar-pelajar yang mewakili jabatan pengajian masing-masing.

Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan di institusi-institusi pendidikan tinggi bertujuan memperkenalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara, memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip tersebut.

Ia juga secara tidak langsung membantu menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan
kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan serta menjadikan prinsip-prinsip yang ada
sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan.

Paling utama, pemahaman yang jelas terhadap prinsip Rukun Negara dipercayai dapat melahirkan
masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan
beretika sejajar dengan wawasan negara.

You might also like