P. 1
Cara Mewujudkan Perpaduan Kaum Yang Lebih Erat Di Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia

Cara Mewujudkan Perpaduan Kaum Yang Lebih Erat Di Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia

5.0

|Views: 16,793|Likes:
Published by Muhamad Fuad

More info:

Published by: Muhamad Fuad on Apr 30, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2014

pdf

text

original

Cara mewujudkan perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

³Bersatu kita teguh bercerai kita roboh´. Peribahasa ini merupakan satu peribahasa yang membawa satu pengertian yang cukup besar dalam usaha kita mengekalkan perpaduan kaum dikalangan rakyat Malaysia selama ini. Perpaduan kaum membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati. Kesatuan kita akan membawa kepada seribu satu macam keuntungan kepada Negara dan masyarakat Malaysia amnya. Kita dapat mengelakkkan pergaduhan antara kaum yang memberikan banyak kesan negatif kepada negara. Banyak usaha atau cara bagi kita mewujudkan perpaduan kaum yang lebih erat sesame kita rakyat Malaysia, dari komuniti yang kecil terus kepada komuniti yang besar. Kita lihat dari perspektif komuniti yang kecil bermula dari didikan anak-anak di rumah. Inilah satu cara yang dilihat paling berkesan dan halus dalam membentuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat. Ibu bapa ialah orang yang berperanan penting di dalam memupuk semangat perpaduan anak-anak di Malaysia. Mereka perlulah menjadi contoh teladan kepada anak-anak agar nilai perpaduan dapat dipupuk sejak kecil lagi. ³Melentur buluh biarlah dari rebungnya´. Sebagai contoh ibu bapa perlulah berbaik-baik dengan jiran yang berlainan kaum dan agama. Mereka juga boleh mengajar anak-anak agar menghormati kaum dan agama orang lain. JIka hal ini dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak maka tidak mustahil kita telah menyiapkan pelantar atau pemangkin paling asas kepada usaha perpaduan kaum yang erat di Malaysia. Seterusnya sektor pendidikan dilihat sebagai satu medium yang sangat penting didalam mendidik,mengenalkan dan menerapkan perpaduan kaum dikalangan rakyat Malaysia. Jika kita lihat melalui dasar sekolah kebangsaan itu sendiri perpaduan mula diterapkan dimana pelajar-pelajar berbilang kaum ditempatkan di satu bumbung untuk belajar dan berkawan. Disini perhubungan sesama kaum dapat dieratkan semenjak mereka kecil lagi dan dari sekolah kebangsaan inilah kita tanamkan semangat

Nilai perpaduan dilihat dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan. sudah pasti nilai perpaduan dapat diterapkan. . Sebagai contoh. mata pelajaran Pendidikan Islam. Medium ini kuat dalam mempengaruhi persepsi atau tanggapan idea individu.kecintaan kita kepada bangsa lain dan kita belajar menghormati perbezaan sesama kita. media massa memainkan peranan yang penting bagi memupuk perpaduan. hari keluarga dan menyambut perayaan secara bersama-sama. persatuan dan permainan dapat dilakukan bagi menyemai nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman. Hal ini kerana masyarakat akan mudah mengikuti teladan yang dipaparkan di media massa tersebut. guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan didalam matapelajaran. Satu alat untuk mengembangkan ideology atau mencambahkan idea secara menyeluruh. Pengetahuan Moral. cepat dan berkesan pada masa kini ialah media massa. Kemudian masyarakat sendiri perlu menambahkan usah untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum. Maka media massa ini perlu menyiarkan rancangan dan iklan yang menggambarkan perpaduan kaum. Apabila aktiviti ini diamalkan sudah pasti mereka akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Masyarakat yang tinggal di kawasan kampung dan taman-taman perumahan perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan. murid-murid dapat diajar nilai-nilai menghormati kaum lain. Jika rancangan dan iklan tersebut disiarkan berulang kali. radio. Di samping itu. media massa dapat membantu dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya. Melalui pendidikan di sekolah. Jelaslah disini sektor pendidikan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu. surat khabar dan majalah adalah dekat dengan masyarakat. aktiviti kokurikulum seperti sukan. Media massa seperti televisyen. Dengan cara ini mereka dapat bekerjasama dan mengenali antara satu dengan lain. Hal ini kerana muafakat membawa berkat. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini berpaksikan kepada prinsip ³Rakyat Didahulukan. di Malaysia masalah utama kita ialah mewujudkan perpaduan erat dikalangan rakyat yang berbilang kaum. Konsep Satu Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran. tidak mustahil masyarakat Malaysia akan berpecah belah. . yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup negara.Konsep Satu Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Dalam kita bersama sama memajukan Negara kita tidak dapat lari dari pelbagai masaalah. Jadi pelbagai usaha yang kita telah bincangkan dilihat dapat mengeratkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum Negara ini jika usaha-usaha ini dilakukan secara menyeluruh dan tanpa putus asa. Walaupun kita hidup aman pada masa ini namun sekiranya tiada langkah-langkah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum. Bangsa Malaysia yang diperjuangkan didalam konsep ini dapat menyatukan pelbagai bangsa sebagai satu kesatuan yang erat yang bekerjasama demi negara. Pencapaian Diutamakan´. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 3 April 2009 dilihat sebagai satu langkah kerajaan yang sangat baik didalam memperkuatkan lagi perpaduan rakyat Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->