P. 1
Cabaran Dalam Merealisasikan Wawasan 2020

Cabaran Dalam Merealisasikan Wawasan 2020

|Views: 13,974|Likes:
Published by Li Ma Xe

More info:

Published by: Li Ma Xe on May 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/09/2015

pdf

text

original

CABARAN MEREALISASI WAWASAN 2020

Pengenalan Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan", yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020, wawasan yang baru dan berani bagi Malaysia. Sepanjang dekad sebelum itu, negara kita berkembang pada kadar purata 8% setahun. Tiba waktu tersebut, kita memerlukan objektif dan matlamat prestasi yang baru. Sasaran yang baru adalah ³menjadi sebuah negara maju dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kita memutuskan, masa yang logik, mudah dan sesuai adalah tahun 2020. Bagi pakar optometri, 2020 adalah tahap penglihatan yang sempurna, dan kita impikan penglihatan sempurna untuk melihat masa depan kita.1 Wawasan 2020 adalah unjuran yang optimistik, kerana kadar pertumbuhan yang mahu dicapai adalah 7% setahun dalam 30 tahun, di antara 1991 dan 2020.

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benarbenar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang

1

Tun Dr Mahathir Mohamad, ³Revisiting Vision 2020: New Challenges for Malaysia´, dari Readings on Development: Malaysia 2057, edisi Nungsari dan Suryani, Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Berhad

ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.2 Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Menjelang tahun 2020,
Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Di bawah ini dibincangkan beberapa

cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020. Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.

2

Pusat Maklumat Rakyat, Perspektif Wawasan 2020 daripada http://pmr.penerangan.gov.my

Cabaran Dalam Merealisasikan Wawasan 2020

1.

Mewujudkan

Negara

Malaysia

bersatu

yang

mempunyai

matlamat dikongsi bersama. Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat dalam mengadapi cabaran ini. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. µ1 Malaysia¶ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu µRakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan¶.3

2.

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Dalam tempoh pelaksanaan RMK 8, Pelan Intergriti Nasional (PIN), telah dilancarkan bertujuan membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan seterusnya

3

Konsep 1 Malaysia daripada http://www.1malaysia.com.my

menyahut cabaran keempat Wawasan 2020. Undang-undang dan peraturan disemak semula serta langkah penguatkuasaan diperketat oleh pelbagai badan kawal selia untuk mempertingkat tadbir urus korporat. Langkah juga telah diperkenal untuk memperkukuh etika perniagaan yang baik dalam sektor korporat.

Selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 ini, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika dan mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan menghayati budi pekerti yang luhur, usaha ditumpu ke arah memperkukuh dan mempertingkat institusi serta organisasi tempatan seperti

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk serta menggunakan media massa untuk menyumbang ke arah menjadikan integriti sebagai satu cara hidup. Kempen kesedaran dan program pendidikan akan diperluas untuk mengingatkan individu mengenai perlunya menerap nilai murni dan resam secara berterusan supaya dapat dihayati dan diamalkan sehingga akhirnya menjadi sebahagian daripada cara hidup individu dan budaya masyarakat.4

3.

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa pentadbirannya telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Bajet 2007 memberi peruntukan

4

RMK 9, Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan, Bab 25, ms 511.

besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Ini kerana pendidikan dan modal insan merupakan dua perkara yang saling bergantungan antara satu sama lain. Melalui pendidikanlah dapat mengeluarkan modal insan dan modal insan tidak akan dapat dilahirkan tanpa adanya pendidikan. 5

Apakah pula cabaran utama guru masa kini dalam melaksanakan tanggungjawab untuk melahirkan modal insan holistik? Perkembangan semasa telah memberi kesan kepada proses pembentukan sahsiah terutama dalam kalangan anak muda. Namun, apa yang penting ialah perkembangan bidang pendidikan perlu diambil kira supaya seiring dengan apa yang berlaku di negara maju. Penekanan perlu diberikan kepada pembangunan secara menyeluruh (holistik). Dalam mencapai sasaran itu, pelbagai aspek telah diambil kira termasuk soal kebajikan guru, antaranya kekurangan guru. Kementerian sedang berusaha mengurangkan nisbah guru dan bilik darjah daripada 1:7 kepada 1:5. Selain itu, usaha meningkatkan pendidikan negara dengan memberi penekanan terhadap perkembangan aspek perisian iaitu meningkatkan kecemerlangan ilmu, inovasi dan kreativiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap kurikulum dan kokurikulum di sekolah dalam melahirkan generasi seimbang dari segi perkembangan rohani dan jasmani. Mengupas isu meningkatkan infrastruktur pendidikan, ia tidak terhad kepada kemudahan luaran seperti membina lebih banyak sekolah tetapi kerajaan perlu melengkapkan guru dengan pelbagai kemahiran. Beberapa usaha lain juga dilaksanakan dengan mewujudkan jawatan kumpulan sokongan bagi membantu guru melaksanakan kerja pentadbiran, antaranya jawatan pembantu tadbir, pembantu makmal sains dan juruteknik di Pusat Kegiatan

5

Bajet 2007, Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara, diperoleh pada April 16, 2011 daripada http://ww2.utusan.com.my

Guru. Selain itu juga, kementerian mewujudkan jawatan pembantu pengurus murid gred N17 di Kelas Pendidikan Khas dan murid prasekolah normal.6 Peranan guru dalam membentuk negara bangsa. Mereka bukan hanya berperanan mendidik, malah membentuk bangsa yang bersatu padu dan bangsa yang mampu memahami aspirasi negara seterusnya membawa Malaysia ke mercu lebih gemilang pada masa depan. Kerajaan melihat bertapa pentingnya guru dalam membentuk generasi lebih seimbang. Dalam hal ini, kerajaan menekankan aspek kualiti untuk meningkatkan mutu pendidikan dan aspirasi lebih cemerlang dalam kerjaya mereka. Masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Sempena Hari Guru tahun tersebut, kementerian menyatakan akan memberi perhatian khusus kepada usaha meningkatkan kemahiran guru agar lebih kreatif dan inovatif di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas. Guru juga bertanggungjawab membimbing anak kita untuk terus menjadi manusia sempurna, insan kamil yang sekali gus dapat mewarisi usaha membangunkan negara.7 4. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh. Bagi menghadapi cabaran ini, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan paling penting, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar

6 7

Zainor Said, Tamrin Anuar & Norliza Abdullah, Guru Pendukung Aspirasi Membentuk Modal Insan Holistik. Ibid

mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu pantas sekali.

Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan, baik alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan. Pembangunan manusia kini menghadapi krisis ketidakseimbangan antara pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan emosi. Kepesatan perkembangan teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek nilai dan moral boleh mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan sejati.8 Tajul Ariffin Mohd. Noordin, 1992). Oleh itu, dalam membicarakan cabaran wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat penyayang, matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha tidak dilakukan oleh semua pihak, lebih-lebih lagi sekolah dan rumah tangga.

5.

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Malaysia maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran ekonomi dengan kaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan individu, iaitu keadaan semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang sama. Justeru, merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu dan memang dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun 2020 hendak mencapai tahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang mesti kita usahakan secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh dedikasi.

8

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan, 1992.

"Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh dalam kemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi penyertaan dan sumbangan semua kaum termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam sektor ekonomi kita yang cepat membangun dan moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan, pengurusan dan hakmilik ekonomi moden. Dalam usaha memperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif dengan kos paling rendah dari segi ekonomi dan masyarakat.9

Isu-isu Utama

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.10 Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

9 10

Malaysia Sebagai Negara Maju diperoleh pada April 15, 2011 daripada http://www.ipislam.edu.my Konsep 1 Malaysia daripada http://www.1malaysia.com.my

(ii) Negara Perindustrian 11 Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrianadalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabarancabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.

(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial 12 Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala- galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di

Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Perindustrian Negara. Diperoleh pada April 17, 2011 daripada http://pmr.penerangan.gov.my 12 Pusat Maklumat Rakyat, RMK-10 Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. Diperoleh pada April 17, 2011 daripada http://pmr.penerangan.gov.my

11

antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

(iv) Moral dan Etika 13 Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting
kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan

kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.14 Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok system sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikatbahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti

13 14

Pusat Maklumat Rakyat, Perspektif Wawasan 2020 daripada http://pmr.penerangan.gov.my Ibid

individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.

Penutup

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi Negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

BIBLIOGRAFI Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan. Bab 25, ms 511. Tun Dr Mahathir Mohamad, (2009). ³Revisiting Vision 2020: New Challenges for Malaysia´, dari Readings on Development: Malaysia 2057, edisi Nungsari dan Suryani, Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Berhad, ms. 4 Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan, (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd Zainor Said, Tamrin Anuar & Norliza Abdullah. Guru Pendukung Aspirasi Membentuk Modal Insan Holistik, dalam Wawancara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2009.

Bajet 2007, Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara, Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Malaysia. Diperoleh pada April 16, 2011 daripada http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=bajet2007&y=2006&dt=0901&pub=baj et2007&sec=Ucapan&pg=ub_01.htm Dato¶ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Konsep 1 Malaysia. Diperoleh pada April 14, 2011 daripada http://www.1malaysia.com.my Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Perindustrian Negara. Diperoleh pada April 17, 2011 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=246:das ar-perindustrian-negara&catid=88:dasar-dasar-negara Pusat Maklumat Rakyat, Perpekstif Wawasan 2020. Diperoleh pada April 14, 2011 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=255:per spektif-wawasan-2020&catid=88:dasar-dasar-negara Pusat Maklumat Rakyat, RMK-10 Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. Diperoleh pada April 17, 2011 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7433:rm k-10-kemakmuran-ekonomi-dan-keadilan-sosial&catid=418:rancangan-malaysia-

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->