You are on page 1of 39

PENGENALAN

Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah


menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan
perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-
10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang
di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal
abad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik
minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan
atau koloni di Selat Melaka.

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain
atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan
kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial
British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi
semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain.

Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat


untuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil
mentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil
peluang campu rtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan
gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah
penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan


kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan
Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri
lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo
Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang
Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik
keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris).

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis,


sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan
Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan
mahukan sistem yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan
sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan
kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka).
Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama
Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan
di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan
Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.

Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai


Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa
kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal
penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk
Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik
diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan
bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan
sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun
1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing
tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah
mengubah sosio-politik negara.
PERLEMBAGAAN

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta


sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi
lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia.
Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial
yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara serta
melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan yang


mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di Malaysia. Ia
merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk berasaskan kepada
dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat
daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka
Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian


mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan :

· Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

· Bahagian 2 - Kebebasan asasi

· Bahagian 3 - Kewarganegaraan

· Bahagian 4 - Persekutuan

· Bahagian 5 - Negeri-negeri

· Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

· Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan


· Bahagian 8 - Pilihanraya

· Bahagian 9 - Kehakiman

· Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

· Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

· Bahagian 12 - Am dan pelbagai

· Bahagian 13 - Peruntukan sementara

· Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

· Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Menurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan http://budaklaw.wordpress.com di dalam


tajuk Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia ada
menyatakan Perlembagaan adalah sumber undang – undang tertinggi sesebuah
negara. Ia juga berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang – undang
samada di pihak kerajaan atau rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagi
kepada dua iaitu :

 Perlembagaan bertulis – Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu


dokumen.
 Perlembagaan tidak bertulis – Semua prinsip perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen seperti undang – undang yang diluluskan oleh
Parlimen dan keputusan – keputusan mahkamah.
Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang kita
ketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada :

1. Teks

 15 Bahagian

 183 Perkara dan fasal – fasal

2. Jadual – jadual

 13 jadual

Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,


kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan dan
keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di Malaysia, tidak
ada mana – mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian kuasa Perlembagaan.
Malah, ketiga – tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan dan
Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
Kuasa – kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga
tertakluk kepada sekatan – sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam
Perlembagaan.

Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan pada

perkara 4(1):

Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama persekutuan dan apa –


apa undang – undang yang diluluskan yang berlawanan dengan Perlembagaan
adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.
PENDAPAT – PENDAPAT TOKOH MENGENAI PERLEMBAGAAN
KONSEP
PERLEMBAGAAN

Konsep
Perlembagaan

Merupakan sumber undang-


Untuk menyelaraskan
undang tertinggi sesebuah
pemerintahan sesebuah
Negara
Negara.
Berperanan sebagai garis panduan
pembentukan undang-undang sama ada
di pihak pemerintah atau rakyat. Bermatlamat untuk memberikan
jaminan dan perlindungan kepada
rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh


pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA,
keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa
Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.

BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan yang tidak
disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang
Malaysia adat. Contoh: adat perpatih.
UNSUR-UNSUR
PERLEMBAGAAN

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


Unsur – unsur tradisi adalah antara faktor penting untuk mewujudkan identity
Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga merupakan sebuah
kontrak sosial yang telah dipersetujui dan disepakati. Unsur – unsur tradisi yang
terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi

 Bahasa

 Agama

 Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

serta kedaulatan pemerintahan beraja.

Ketiga- tiga aspek atau tradisi ini amat penting dan termaktub di dalam
Perlembagaan antara tujuan untuk menstabilkan sistem politik di Nagara Malaysia. Hak
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi
negara serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak serta kuasa raja- raja tidak boleh di sentuh atau dipertikaikan.

Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan¹ atau lebih di
kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act 1960 (ISA)
Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan berkaitan dengan unsur – unsur
tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Maka di sini unsur – unsur tradisi boleh dianggap sebagai
isu yang sensitif serta dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

Unsur- unsur ini penting kerana menjadi faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan, ia juga merupakan satu
“kontrak sosial”. Ianya telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan
Persekutuan 1963 dan ia berperanan menstabilkan sistem politik negara” (Tun Salleh
Abbas bekas Ketua Hakim Negara).
KRONOLOGI
SEJARAH
PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN
SEHINGGA
PENUBUHAN
MALAYSIA
TAHUN PERISTIWA PENERANGAN

Sejarah perlembagaan Malaysia bermula


apabila Sultan menandatangani Perjanjian
Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau
Pangkor. Merupakan perjanjian bertulis antara
negeri Perak dengan British. Perjanjian tersebut

1874 PERJANJIAN PANGKOR menjadi kesinambungan kepada pembentukan


perlembagaan Malayan Union.

Dianggotai oleh 4 orang wakil Raja Melayu,


2 wakil UMNO, 6 wakil pegawai British. Tugas
1946 JAWATANKUASA KERJA utamanya adalah untuk merangka
perlembagaan baru yang boleh diterima orang
Melayu.

Dianggotai oleh 5 orang Eropah, 2 orang


Cina, 2 orang India. Peranan jawatankuasa ini
adalah untuk mendapatkan pandangan orang
JAWATANKUASA bukan Melayu mengenai draf perlembagaan .
1946
PERUNDING

1948 PENUBUHAN
PERSEKUTUAN TANAH
Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor
MELAYU
dan membuat pindaan perlembagaan yang
dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya
menerima perlembagaan tersebut dan
dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi
menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini
dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan
Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian
tersebut terdapat beberapa perubahan penting
yang dilakukan dalam Perlembagaan
Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian
tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan
Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai
kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya
Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal)
untuk menghalang rang undang-undang yang
diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu


mempunyai perlembagaan masing-masing.
Johor dan Terengganu telah pun mempunyai
perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing
pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda
supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian
Persekutuan 1948.

JAWATANKUASA
1949 HUBUNGAN ANTARA KAUM Memupuk persefahaman antara pemimpin
( CLC ) pelbagai kaum.

1955 PILIHAN RAYA PERTAMA Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada
pelbagai parti dan kumpulan politik pada
penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an
telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan
untuk mengadakan satu pilihan raya bagi
kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun
1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi
memilih anggota-anggota Majlis Perundangan
Persekutuan yang mengandungi 52 anggota
yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12
pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan
persetujuan Raja-raja.

1956 RUNDINGAN
KEMERDEKAAN
Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul
Rahman telah berangkat ke London untuk
berunding dengan kerajaan Inggeris tentang
kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan
tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti
Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan
wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.
Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu
telah mencapai persefahaman sebelum mereka
tiba di London. Dalam rundingan yang
berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari
1956, persetujuan telah dicapai iaitu
melaksanakan penubuhan segera Persekutuan
Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan
kemerdekaan yang sepenuhnya.

1956 SURUHANJAYA REID


Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa
Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji
dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi
mewujudkan sebuah kerajaan pusat.
Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini
turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir
William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul
Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk
mengesyorkan satu Perlembagaan
Persekutuan berdasarkan demokrasi
berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat
dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan
Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini
dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur
tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu
pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga
diminta menjamin kedudukan istimewa orang
Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain.
Semasa proses merangka rang undang-undang
yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah
menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan
telah menggemukakan laporannya pada
Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut,
sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan.
Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima
131 memorandum yang dikemukakan oleh
parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai.
Antara 131 memorandum yang bertulis, dua
daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja
Melayu dan parti Perikatan.

Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-


Undang Perlembagaan yang pertama
diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak
MENGGUBAL RANG tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang
1957 UNDANG-UNDANG terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil
PERLEMBAGAAN Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan
Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua
Setiausaha dan Peguam Negara telah dibentuk
untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos
1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena
KEMERDEKAAN TANAH
1957 pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu.
MELAYU
Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil
toleransi pelbagai kaum di negara ini,
terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu,
Cina dan India.

1962

PENUBUHAN Terdiri daripada 2 orang wakil British dan 2


orang wakil kerajaan. Tujuan suruhanjaya ini
SURUHANJAYA COBBOLD
adalah untuk meninjau pandangan rakyat
DAN REFERENDUM DI
Sabah dan Sarawak untuk membina satu
SINGAPURA
perlembagaan baru.

Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian


telah ditandatangani di London, di antara
kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut
perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan
satu undang-undang untuk memberi
1963 PENUBUHAN MALAYSIA
kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan
Sarawak yang masing-masing akan mempunyai
perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah
Melayu, Parlimen Persekutuan akan
meluluskan satu undang-undang yang dipanggil
Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan
pada 26 Ogos 1963.
CIRI-CIRI UTAMA
DALAM SETIAP
PERINGKAT KE
ARAH
PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN
 Ciri – ciri Malayan Union

Malayan Union merupakan


gabungan 11 buah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Negeri Melayu
tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri
Selat . Ciri-ciri utama Malayan Union ialah Singapura telah diasingkan menjadi Tanah
Jajahan Mahkota kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Selain itu,
Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England.
Manakala, Raja-raja Melayu dilantik sebagai ahli Majlis Raja- raja dan hanya
membincangkan soal agama dan adat istiadat orang Melayu. Kerakyatan sama rata
berdasarkan prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union juga telah
diperkenalkan. Pada maa yang sama, Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan
sebagai badan pelaksana dan perundingan.

 Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan gabungan 11 buah negeri , 4


buah negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2
buah Negeri Selat. Kerajaan Pusat diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu 2
badan kerajaan iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Negeri pula diketuai oleh
sultan dan jawatan Menteri Besar diwujudkan sebagai pentadbir negeri. Selain itu,
konsep Raja Berperlembagaan telah diwujudkan, kuasa raja ditentukan oleh
Perlembagaan. Sistem kerakyatan diperketatkan. Kerakyatan jus soli hanya untuk
rakyat melayu dan rakyat British yang lahir di sesebuah negeri Melayu dan menjadi
rakyat negeri itu secara automatik. Rakyat British ialah mereka yang lahir dan tinggal di
Pulau Pinang dan Melaka malahan British juga telah mengiktiraf semula ketuanan
Melayu yang diperakui sejak Perjanjian Pangkor.

 Ciri- ciri Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada


Mac 1956. Tujuan pembentukannya adalah
untuk berbincang dan susun Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord Reid ( Hakim British ). Tugas Suruhanjaya ialah
merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

 Ciri-ciri Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold adalah sebuah suruhanjaya yang diwujudkan adalah untuk


meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya
ini turut membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
Suruhanjaya ini bertugas dari Februari ke April 1962 dan seterusnya mengemukakan
laporan kepada British pada Jun 1962. Ahli-ahli yang terlibat ialah Lord Cobbolt, Sir
Antony Abell, dan Sir David Waterson.

KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN
DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

Secara amnya perlembagaan amat penting untuk mewujudkan satu bentuk


pemerintahan negara yang adil dan dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan
kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir
menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Ini adalah pengajaran
yang diambil kesan dari kezaliman dan penyalahkuasaan kuasa pemimpin-pemimpin
terdahulu. Selain daripada sebab-sebab yang diperbicangkan, terdapat beberapa

kepentingan perlembagan kepada negara kita seperti yang dinyatakan berikut:-


Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya. Begitu juga
dengan perlembagaan Malaysia. Kebanyakkan kepentingannya yang dinyatakan
seperti di atas banyak mengekalkan perpaduan antara semua kaum dan keistimewaan
orang melayu di Malaysia ini. Antara keistimewaannya ialah, menjamin kestabilan
sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di dalam
merangka dan membentuk pentadbiran ketua atau Perdana Menteri bersama ahli
kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan.

Perlembagaan dijadikan sebgai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan.


Dengan mengambil kira perlembagaan semasa merangka dan bentuk pentadbirannya
kestabilan sesebuah Negara dapat di nikmati dengan baik. Selain itu juga dengan
adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran,
keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis panduan bagaimana cara gerak kerja
sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar sehingga
berjaya.

Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah kejujuran,
keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah
Negara. Kerana di sinilah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang
pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah Negara yang maju dan
harmoni. Perlembagaan juga sebagai panduan pemimpin setiap semasa memerintah
supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini
kerana masa hadapan rakyat dan Negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang
berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus Negara supaya
segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.

Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan inilah
rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat. Dengan
tertubuhnya perlembagaan ini juga menyatakan seseorang yang mempunyai
kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kerakyatan kewarganegaraannya dan boleh
dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Malaysia secara khususnya tidak memerlukan golongan yang derhaka pada
Negara yang akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan yang disebabkan
tiada kesetiaan pada Negara. Oleh itu, dengan perlembagaan ini rakyat Malaysia akan
terus mempertahankan hak mereka supaya tidak mudah di cabuli. Bagi mereka yang
tidak ada kesetiaan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Akhir kata, kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang


sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan
pemerintahan Negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan
terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran Negara. Perlembagaan
sebenarnya adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.
Perlembagaan juga telah menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen
di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara sama ada pemerintah dan
rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya
KONTRAK SOSIAL
DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

KONSEP KONTRAK SOSIAL


Menurut sejarah idea mengenai ‘kontrak sosial’ mula berkembang di Eropah
pada abad ke-17 dan 18.Istilah asal Kontrak Sosial (the social contract) telah
dikemukakan oleh Plato,seorang ahli falsafah Yunani,lebih 2500 tahun yang lalu dalam
tulisannya ‘The Republic’.Namun begitu penjelasan secara terperinci mengenainya
tidak diberi oleh beliau.

Konsep kontrak sosial kemudiannya dijelaskan dengan lebih mendalam oleh ahli
falsafah seperti Hugo Grotius, Jaque Rousseau, John Locke, Thomas Hobbes dan
Kant. Tiga orang ahli falsafah yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori kontrak
sosial dalam sains politik moden Barat,ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri
adalah Thomas Hobbes (Leviathan,1651M) ,diikuti oleh John Locke (Two Treaties of
Government ,1960) dan Jean Jacques Rousseau (Du Contact Social 1762).

Manakala dalam Islam persoalan-persoalan mengenai kontrak sosial telah


diperjelaskan oleh Rasulullah di dalam Piagam Madinah (Sahifah Madinah) sewaktu
perjalanan dakwah baginda mewujudkan Negara Islam di Madinah. Piagam Madinah
adalah dianggap kontrak sosial dan perlembagaan bertulis yang pertama di Dunia.

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal


piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada
pembentukan sebuah negara baru iaitu Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi
dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan
yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir
serta hubungan luar negara. Keseluruhan perkara yang diperbincangan menjadi contoh
bagi kontrak sosial dalam Agama Islam.

Dalam tamadun Melayu pula, kontrak sosial dapat dikesan di dalam Sejarah
Melayu (Salalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang (1612) yang menyebut perjanjian
antara Sang Purba (Raja) dan Demang lebar daun (rakyat).Yang dipersetujui bersama
ialah perlunya rakyat patuh kepada Raja selagi raja berlaku adil. Ungkapan yang
dipegang oleh rakyat ialah ‘Raja adil raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’.

Hasil dari istilah-istilah kontrak sosial yang diperolehi melalui sejarah definisi
Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu
maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

KONTRAK SOSIAL DI NEGARA MALAYSIA


Kontrak sosial di Malaysia bermula apabila British mula berfikir untuk
memerdekakan negara-negara jajahan mereka.Dalam masa yang sama rakyat di
Tanah Melayu juga memulakan usaha menuntut kemerdekaan daripada British. British
telah meletakkan syarat bahawa untuk mencapai apa yang mereka sebut sebagai
sebuah ‘kemerdekaan’, penduduk negara tersebut mestilah mengadakan apa yang
mereka sebut sebagai sebuah ‘kemerdekaan’.Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak
akan mencapai kemerdekaan kerana British menjadikan permuafakatan itu sebagai
prasyarat.

Elemen-elemen penting yang terdapat dalam kontrak sosial ini telah menjadi
keutamaan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Semasa kontrak
sosial ini dibincangkan antara kaum Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British
telah menawarkan kepada orang Cina dan India, sekiranya mereka tidak mereka tidak
bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka dua
pilihan iaitu pulang ke negara asal mereka dan berpindah ke negara-negara Asia di
bawah jajahan takluk British. Pada waktu itu kaum Cina dan India telah bersetuju
dengan kontrak sosial tersebut.

Kontrak sosial juga telah menjadi anak kunci kepada hubungan kaum
sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Kontrak sosial juga menjadi asas
kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara Demokrasi Berparlimen,
Raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Kontrak sosial telah
memainkan peranan penting dalam perkara perlembagaan, kemerdekaan, hubungan
kaum dan sistem pemerintahan.

Seawal termeterainya kontrak ini di awal pembinaan negara, hal ini dipandang
relevan kerana masyarakat bukan bumiputera masih baru di tanah ini. Namun setelah
masa selama 50 tahun berlalu, generasi terkemudian, masyarakat yang lahir daripada
benih penduduk bukan bumiputera tadi sudah merasakan bahawa mereka juga rakyat
Malaysia yang perlu mendapat kesaksamaan hak dalam menongkah arus kehidupan di
bumi tercinta ini. Isu ini sememangnya antara isu yang boleh membawa negara ke arah
kemusnahan sekiranya tidak difahami secara teliti terutamanya oleh generasi muda
dewasa ini.

Perlembagan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil dari kontrak
Sosial yang telah dipersetujui antara etnik dalam proses pembentukan Negara
semasa;

 Bantahan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union melahirkan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 Pemuafakatan pelbagai etnik di wakili oleh Parti Perikatan, cadangan NGO’s dan
Raja-Raja Melayu-Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957

 Pemuafakatan antara etnik merangkumi Sabah dan Sarawak dalam Penubuhan


Malaysia-Perlembagan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

Semasa proses pembentukan Perlembagaan Perseketuan terdapat beberapa


kaedah yang di praktikan antara etnik

konsep win-win solution/situation


persefahaman, tolenrasi,berkongsi kuasa.
sedia berkorban

Contoh; Orang melayu sanggup memberikan kerakyatan manakala bukan melayu


sanggup menerima hakikat kedudukan istimewa orang melayu. Hasilnya prinsip “jus
soli” diterima dan 80000 etnik cina diterima menjadi warganegara.
PERBINCANGAN MENGENAI KONTRAK SOSIAL
Setelah merujuk banyak buku dan melayari internet berkaitan dengan Kontrak
Sosial kami berpendapat bahawa kontrak sosial ini merupakan satu perjanjian yang
tidak bertulis yang telah dimeterai oleh pemerintah dan pentadbir Negara pada zaman
sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Kontrak sosial ini masih lagi
menjadi pegangan dan ikutan oleh pemimpin pada masa kini. Bagi kami, kontrak sosial
ini memang merupakan tindakan bijak yang dilakukan oleh pemimpin tiga kaum utama
di Malaysia iaitu Melayu, India, dan Cina dalam menjadikan rakyat Tanah Melayu yang
pada masa itu berkerjasama dan hidup sebagai satu komuniti masyarakat yang
harmoni. Masyarakat ,Malaysia pada masa itu terlalu bersikap pasif terhadap satu sama
lain. Pada masa tersebut, setiap kaum hanya mementingkan keadaan dan keperluan
kaum masing-masing sahaja. Malah pada masa itu perasaan cinta kepada Tanah
Melayu masih belum terpahat dalam diri rakyat bukan Melayu. Ini seterusnya membawa
kepada pembentukan perjanjian yang tidak bertulis yang telah membawa kepada
permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malah kontrak sosial ini turut
menjamin keamanan Negara sehingga ke hari ini.

Dapat dikatakan di sini bahawa pemimpin pada zaman dulu telah mengambil
keputusan yang bijak dengan mewujudkan kontrak sosial yang terus diikuti walaupun
tiada bukti hitam putih yang menyatakan perkara tersebut. Permuafakatan antara kaum
akan terus terpelihara jika semua orang mengetahui tentang kontrak sosial ini dan
terus mengikutinya.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara
hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam
kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.
Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang
diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk
membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan
menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dengan mematuhi
perlembagaan yang telah dibentuk dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan
ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta
mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-
kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan
berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah
semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah
masyarakat majmuk di Malaysia.
REFLEKSI KENDIRI

Pada 21 Februari 2011 yang lalu, guru- guru pelatih PISMP dari semester tiga
telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran WAJ3106, Hubungan
Etnik. Tugasan ini merupakan sebuah tugasan kumpulan yang terdiri daripada tiga
orang ahli. Kumpulan saya terdiri daripada saya LINGGESWARAN ILMAREN, YASOTA
KAVARI dan SHARMILA DEVI GOPAL.

Tugasan Hubungan Etnik pada kali ini banyak membincangkan berkaitan dengan
Perlembagaan Malaysia. Ianya telah menjelaskan secara terperinci bagaimana
golongan terdahulu berkorban untuk mendapatkan Kemerdekaan malah membentuk
sebuah kerajaan daripada tangan Penjajah.

Melalui tugasan kali ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk
mendalami dan memahami kandungan Perlembagaan Malaysia. Ia juga memberi
peluang kepada saya mengkaji dan menilai peraturan dan undang – undang yang
ditetapkan di dalam Perlembagaan. Malah, secara tidak langsung ia dapat
meningkatkan kefahaman saya tentang unsur – unsur tradisi yang terkandung di dalam
Perlembagaan dan keutamaan untuk mengetahui dan menjaganya.
Selain itu, tugasan ini telah membuka mata saya tentang hubungan etnik di
Malaysia dan kepentingan sebuah Perlembagaan untuk menjaga dan mengawal
kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara yang mempunyai berbilang etnik.
Selain itu, ia juga memberi pemahaman kepada saya tentang kewujudan kontrak sosial
yang harus di peliharan dan difahami.

Akhir kata, melalui tugasan ini dapat saya simpulkan bahawa bukan mudah
untuk membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai berbilang etnik di dalamnya.
Perlembagaan sesebuah negara haruslah dijunjung dan dihayati sebagai satu panduan
menjaga keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.

LINGGESWARAN ILMAREN .
REFLEKSI KENDIRI

Pada 21 Februari 2011 yang lalu, guru pelatih PISMP semester tiga telah diberi
satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran WAJ3106, Hubungan Etnik.
Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa
yang agak singkat itu, kami dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan perlembagaan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Haji
Bakri kerana menjadi hala tuju kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah
memberikan banyak pandangan dan idea bagi menyiapkan tugasan ini. Sebelum
memulakan tugasan, En. Haji Bakri telah memberikan penerangan yang terperinci
mengenai tugasan yang diberikan ini. Mujurnya kami diberikan peluang untuk
menyiapkan tugasan ini dalam kumpulan tiga orang.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut


masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain.
Saya terpaksa berbuat begitu untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah
kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai perlembagaan dalam nota
pembelajaran kami, jadi ini dapat memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini
pada waktunya.

Saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan tugasan ini


dengan merujuk sumber-sumber yang disediakan di Pusat Sumber IPG KTAA. Selain
itu, sumber internet juga telah membantu saya untuk mendapatkan beberapa maklumat
tambahan berkaitan tugasan. Saya juga telah mendapatkan gambar-gambar yang
menarik dan berkaitan bagi kegunaan tugasan kerja kursus ini.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah
musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi
penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak
kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat’. Saya dan rakan-rakan saya bersatu-padu dan sentiasa
berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya akan berbincang dan
meminta pandangan rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan
izin Tuhan, saya akan mempraktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah membuat banyak
pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang sejarah penggubalan perlembagaan
dan kaitannya dengan perpaduan dengan lebih mendalam. Saya juga dapat mengetahui
kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara dan
kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Saya akan berusaha sedaya
upaya untuk mengekalkan perpaduan yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum di
negara Malaysia yang gemilang ini.

Walaupun menghadapi sedikit masalah, saya dan rakan-rakan telah berjaya


menyiapkan tugasan kerja kursus pendek yang diberikan ini dengan sempurna dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua
pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah
pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh
arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah, rakan-rakan, keluarga dan insan-insan yang membantu saya
secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan kerja kursus pendek
ini.

YASOTA A/P KAVARI


BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : LINGGESWARAN A/L ILMAREN (901006-02-5793)

SHARMILA DEVI A/P GOPAL (900101-06-5844)

YASOTA A/P KAVARI (901119-04-5504)

KUMPULAN : PISMP BT/PJ/KH SEMESTER : 3

MATA PELAJARAN : HUBUNGAN ETNIK

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK HAJI BAKRI

TARIKH CATATAN T/TANGAN


PERKARA YANG DIBINCANGKAN

21.2.11 Menerima soalan tugasan dan  Tugasan perlu dihantar


taklimat daripada pensyarah selewat-lewatnya 11
matapelajaran Mac 2011

22.2.11 Membuat rancangan  Membuat perancangan


untuk mencari sumber
maklumat

24.2.11 Mencari maklumat  Mencari maklumat dari


beberapa buah buku di
pusat sumber
 Mengumpul maklumat
dari internet
27.2.11  Menyusun maklumat
Menyediakan draf

3.3.11  Menganalisis
maklumat berdasarkan
kehendak tugasan
 Menghubungkait
maklumat yang relevan

13.9.11 Membuat kerja kursus  Membuat huraian


– terperinci
17.9.11
 Memasukkan data dan
maklumat yang
diperolehi ke dalam
kerja kursus
 Menaip segala input
yang diperlukan

9.3.11  Menyempurnakan
tugasan
 Membuat semakan
terakhir

11.3.11 Menghantar tugasan lengkap Diterima dan direkodkan


kepada pensyarah pembimbing

BIBLIOGRAFI
1.Internet

a.http://www.malaysianbar.org.my

b. http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-presentation

c. http://5s2st.netfirms.com/sejarah5.htma

d. www.scribd.com/doc/8024671/tajuk 6 perlembagaanmalaysia

e. www.scribd.com/doc/16539305/Kontrak-Sosial-Dalam-an Malaysia

f..http://www.scribd.com/doc/13592503/Bab 7-Perlembagaan Malaysia

g. www.pemuda-enggang.org

2.Shamsul Amri Baharudin.Modul hubungan Etnik.Kuala Lumpur.

Kementrian Pengajian Tinggi

3.Mohamad Salleh Abas 1987.Sejarah Perlembagaan Malaysia.Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4.Nota-nota kuliah.

(http://www.malaysianbar.org.my

(www.scribd.com/doc/16539305/Kontrak-Sosial-Dalam-an yang dilayari pada 1hb Ogos


2009

(www.pemuda-enggang.org yang dilayari pada 1Ogos 2009)

You might also like