You are on page 1of 8

CARA MEMBUAT SARUNG BANTAL BERSULAM.

1. Membuat pola sarung bantal berdasarkan ukuran yang diinginkan.

2. Ambil kain C, lipat hujung kiri-kanannya kemudian jahit.

3. Lipat mengikut garis merah, kemudian lipat lagi membentuk renda.

4. Jahit lipatan renda tersebut dengan jahitan tangan yang kasar. Lipatan jangan
terlalu besar, atur jarak seperti gambar dibawah sehingga panjang pita sesudah
dilipat dapat menyusut separuh.
5. Letakkan pita renda tersebut diantara kedua kain A, atur seperti gambar di
bawah. Lalu jahit gabungan ketiganya sesuai garis hijau sambil mengatur letak
pita renda mengelilingi A.
Warna biru menggambarkan arah renda diantara kain A. Warna hijau
menunjukkan hasil jahitan. Perhatikan, bahagian yang dijahit hanya pada 3 sisi
kain A (perhatikan lagi garis hijau), sehingga akan terdapat sisa pita renda.

6. Sisa pita renda tersebut jahit lagi ke sisi yg masih kosong, namun jahit dengan
menempelkannya ke kain A yang atas.
7. Ambil kain B, lipat hujung kiri-kanannya dan jahit supaya lipatan tidak terbuka.
Kemudian lipat juga bahagian atasny. Kain B ini untuk menutupi jahitan renda di
bibir kantung supaya rapi. Selepas itu jahit mengelilingi bibir kantung sesuai
garis hijau. Lipat juga bahagian bawah kain B dan jahit sehingga rapi.

8. Hasil sarung bantal yang sudah siap dijahit. Untuk bertambah menarik boleh
ditambah dengan hiasan manik dan jahitan corak sulam tangan.
CARA MEMBUAT CORAK BUNGA SULAMAN TANGAN

1. Lukis corak bunga yang diinginkan di atas sarung bantal menggunakan pensel.
Kemudian jahit mengikut corak yang sudah dilukis itu.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT HIASAN SULAMAN

TANGAN.

1. Jarum sulam

2. Benang sulam

3. BENANG
4. RENDA

5. GUNTING

You might also like