You are on page 1of 14

pembiayaan dalam islam

PENDAHULUAN

Kesedaran orang ramai mengenai sistem ekonomi dan kewangan Islam telah
mendorong para ilmuan Islam untuk meneroka kembali khazanah keilmuan mereka
yang menjadi warisan umat Islam. Para ulama juga telah menyusun kembali serta
mengubah-suai bentuk-bentuk instrumen yang didapati daripada kitab-kitab turath.
Mungkin kita tidak akan dapati mudarabat dalam bentuk asalnya sebagaimana yang
terdapat dalam kitab-kitab fiqh turath berikutan ubah-suai daripada para ulama
sekarang untuk menyesuaikan sesuatu produk tersebut dengan zaman sekarang. Walau
bagaimanapun tindakan mereka masih dalambatas-batas syariat.

Fungsi asas bagi sesebuah bank ialah menerima simpanan (deposit). Selain menerima
dan mengumpul deposit, pihak bank juga akan melaburkan deposit yang diterimanya
untuk mendapatkan keuntungan. Salah satu daripadanya ialah menerusi pinjaman atau
pembiayaan samada pembiayaan ekuiti mahupun pembiayaan hutang.

Islam sebenarnya telah menyediakan produk-produk pembiayaan yang cukup banyak


seperti mudarabat, muSyarakah dan sebagainya. Apa yang penting ialah penerokaan
dan pengubahsuaian oleh ulama pada masa sekarang untuk diamalkan oleh
maSyarakat.

Skop perbincangan
Pembiayaan dalam sistem bank cukup luas. Ia terdiri daripada pembiayaan ekuiti dan
pembiayaan hutang. Pembiayaan hutang pula boleh dibahagikan kepada pembiayaan
dagangan seperti jaminan surat kredit, pembiayaan pemilikan harta dan sebagainya.

Dalam artikel ini, penulis akan cuba mengecilkan skop perbincangannya kepada
pembiayaan berjangka. Pembiayaan berjangka pula terbahagi kepada beberapa
bahagian seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan pemilikan harta. Walau
bagaimanapun penulis hanya akan mengkhususkan kepada pembiayaan perumahan
dan kenderaan.
Produk pembiayaan bagi rumah kediaman dan kenderaan banyak ditawarkan di bank-
bank samada melalui skim perbankan Islam mahupun konvensional. Antaranya ialah
Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Maybank, CIMB dan sebagainya.

Untuk kajian kes, penulis akan memberikan tumpuan kepada pembiayaan perumahan
dan kenderaan yang ditawarkan di Bank Rakyat (skim perbankan Islam) dan Maybank
(konvensional). Pilihan ini dibaut berdasarkan cadangan penulis sendiri dengan
persetujuan daripada Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir. Kertas kerja ini dibahagikan
kepada 3 bahagian.

Dalam bahagian pertama perbincangan tertumpu kepada gambaran pembiayaan dalam


Islam seperti mudarabat dan sebagainya.

Dalam bahagian kedua pula, penulis memberi tumpuan kepada gambaran dan bentuk
pelaksanaan yang diamalkan di Bank Rakyat dan Maybank. Penulis juga akan
mengemukakan pandangan Syarak terhadap amalan pembiayaan di kedua-dua buah
bank tersebut.
Seterusnya dalam bahagian ketiga dan terakhir akan diterangkan beberapa persoalan
semasa yang ditimbulkan oleh Prof. Madya Dr. Hailani Muji Tahir untuk dibincangkan
bersama.

BAB 1

Pembiayaan dalam Islam

Konsep pembiayaan dalam Islam telah pun bermula sejak zaman Saidina Umar lagi.
Pada masa itu, seorang sahabat telah meminjam daripada Baitulmal sejumlah wang
untuk berniaga lalu diizinkan oleh Saidina Umar. Sahabat tersebut telah membeli
barangan lalu berniaga dan memperolehi untung yang banyak. Beliau kemudiannya
telah membayar balik wang yang dipinjamnya daripada Baitulmal.

Sementara dalam kisah kedua pula, Abdullah dan Ubaidillah (anak-anak Saidina Umar )
selepas menamatkan ekspedisi ketenteraan di Iraq pergi ke Basrah untuk berjumpa
dengan Abu Musa al-ashcariy, gabenor Basrah. Sebelum Abdullah dan Ubaidillah
berlepas pulang ke Madinah, Abu Musa ingin mengirimkan harta untuk dihantar ke
perbendaharaan negara dan mencadangkan kepada mereka berdua supaya
memperniagakannya di Madinah. Abdullah dan Ubaidillah kemudiannya membawa harta
tersebut pulang ke Madinah lalu berniaga menggunakan modal daripada harta tersebut.
Setelah mendapat untung yang banyak, mereka pergi berjumpa dengan Saidina Umar
untuk menyerahkan harta tersebut kepada perbendaharaan negara. Pada mulanya
Saidina Umar cukup marah kerana mereka seolah-olah menggunakan kedudukan
mereka sebagai anak khalifah untuk memperoleh dan menggunakan harta tersebut
sebagai modal berniaga. Setelah berlaku perbincangan dan perdebatan dengan anak-
anak beliau, Saidina Umar akhirnya bersetuju dengan perbuatan tersebut setelah
Ubaidillah menawarkan untuk memberikan sedikit keuntungan kepada Baitulmal.[1]

Daripada dua kisah di atas, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa konsep
pembiayaan sebenarnya telah bermula sejak dahulu lagi. Dalam contoh pertama,
sahabat tersebut telah membayar balik hutangnya tanpa disyaratkan bayaran lebihan
sementara dalam contoh kedua Saidina Umar reda dengan perbuatan anaknya setelah
Ubaidillah menawarkan untuk memberikan sedikit keuntungan yang dipeolehi kepada
Baitulmal. Saidina Umar pada mulanya tidak bersetuju disebabkan beliau merasakan
bahawa anak-anaknya telah menggunakan kedudukan mereka sebagai anak khalifah
utnuk membawa dan menggunakan harta Baitulmal untuk berniaga.

1.1. Pembiayaan dalam sistem bank


Segala bentuk operasi yang dijalankan dalam perbankan dan kewangan Islam mestilah
selari atau mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Prinsip-
prinsip umum Islam bolehlah dirumuskan seperti berikut:[2]
a) setiap urusniaga yang dijalankan mestilah dengan penuh kerelaan pihak-pihak yang
berkontrak.
b) Pihak yang berkontrak mestilah sempurna keahlian dan kontrak itu tidak cacat
dengan perkara-perkara yang boleh membatalkannya seperti paksaan (duress)
salahnyataan (misrepresentation) dan khilaf (mistake)
c) Barangan yang menjadi objek kontrak haruslah sesuatu yang diketahui jenisnya,
sifat, jumlah dan berupaya diserah hantar. Ia juga bermanfaat dan bersih pada
pandangan Syarak.
d) Muamalah itu tidak diwujudkan di atas asas riba, al-qimar (judi), al-maysir, al-
gharar (unsur tidak pasti) dan perkara-perkara yang diharamkan.
e) Muamalah itu hendaklah terhindar daripada unsur-unsur penindasan (ihtikar),
sekatan barangan (talaqqi al-rukban) mahupun keuntungan berlebihan yang
menyebabkan kerugian besar kepada pihak lain yang berkontrak (ghabn al-fahish)[3]

Pembiayaan dalam sistem bank dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembiayaan
hutang dan pembiayaan ekuiti. Kedua-dua bentuk pembiayaan ini adalah sama perlu
dalam mengembangkan sistem perbankan. Ini kerana terdapat sesetengah ahli
masyarakat yang berhajat kepada pembiayaan ekuiti dan ada yang inginkan
pembiayaan hutang.

1.1.2 pembiayaan ekuiti


1) al-musyarakah (disebut juga al-syirkat)
Syirkah asalnya merujuk kepada gabungan di antara dua atau lebih ladang, dalam
keadaan kedua-duanya tidak dapat dibezakan di antara satu sama lain. Menurut istilah
undang-undang, perkataan itu merujuk kepada kesatuan dua atau lebih dalam satu
perkara. Istilah syirkah dapat diperluaskan penggunaannya untuk meliputi kontrak-
kontrak, walaupun ladang-ladang itu tidak digabungkan secara fizikal, kerana kontrak
menyebabkan berlakunya gabungan itu.[4]

Sementara al-musyarakah dari segi bahasa bererti percampuran sama ada bercampur
sekutu atau harta[5]. Dari segi istilah, ia bermaksud kontrak perkongsian antara dua
pihak atau lebih yang sama-sama berkongsi harta atau usaha dengan sama-sama
berkongsi keuntungan atau kerugian di antara mereka.[6]Contohnya 2 orang sahabat
yang sama-sama mengeluarkan modal dan sama-sama berusaha untuk membuka dan
menjalankan sesuatu pekerjaan. Mereka akan sama-sama menanggung segala risiko
sama ada kerugian atau keuntungan. Konsep ini dinamakan musyarakah atau syirkah.
Konsep ini telah pun wujud pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pada masa itu,
penduduk Quraisy telah menjadikannya sebagai satu perkara kebiasaan dan hal ini
telah diketahui dan dipersetujui oleh nabi sendiri.[7]

Dalam sistem bank pada hari ini, konsep al-musyarakah diamalkan dalam pembiayaan
projek. Pembiayaan al-musyarakah dapat dijelaskan seperti berikut:[8]
1) bank dan pelanggan menjalankan satu usahasama bagi projek yang dicadangkan
oleh pelanggan dimana kedua belah pihak memeberikan sumbangan modal.
2) bank menawarkan pembiayaan sama ada atas dasar perkongsian atau pun melalui
penubuhan syarikat usahasama
3) projek diuruskan oleh pengusaha dan bank dibenarkan untuk campur tangan dalam
urusan projek tersebut
4) pembahagian perkongsian keuntungan adalah mengikut nisbah atau peratusan yang
dipersetujui
5) pembahagian perkongsian ke atas kerugian pula mengikut nisbah sumbangan
masing-masing

2) al-mudarabah
Al-mudarabah merupakan kontrak pelaburan yang telah lama diamalkan oleh
masyarakat Arab sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W lagi. Pada masa itu,
golongan kaya biasanya memberikan kepercayaan untuk membawa barangan
dagangan kepada mereka yang dipercayainya. Nabi kita juga pernah membawa barang
dagangan milik Khadijah Khuwailid ke Syam untuk diniagakan. Ringkasnya, amalan ini
cukup masyhur diamalkan dan diiktiraf oleh Islam.

Dari sudut bahasa, al-mudarabat mempunyai pelbagai makna. Antaranya ialah berjalan
dan berkelana. Ia juga bermaksud mengusahakan sesuatu. Akad atau kontrak ini juga
dipanggil al-muqaradah atau qirad. Dari segi istlilah, ia bermaksud suatu kontrak
usahasama yang melibatkan 2 pihak. Pihak yang pertama menyumbangkan modal dan
pihak kedua mengeluarkan usaha.[9]Mereka akan sama-sama berkongsi keuntungan
dan kerugian. Contohnya A yang memberi modal kepada B untuk membuka
perniagaannya melalui akad al-mudarabah. Sekiranya untung, keuntungan tersebut
akan dibahagikan di antara mereka berdua. Jika rugi, si A akan kehilangan modalnya
dan si B akan habis dari sudut tenaga dan usahanya.
Konsep al-mudarabah diamalkan oleh bank di bawah skim pembiayaan projek. Ia dapat
dijelaskan seperti berikut:[10]
1) bank membiayai keseluruhan modal bagi projek yang dicadangkan oleh pelanggan
untuk satu tempoh yang ditetapkan
2) pelanggan yang menerima pembiayaan merupakan pengusaha (mudarib) projek
manakala bank adalah pemilik modal (rab al-mal)
3) pengusaha atau pelanggan akan menguruskan projek yang dibiayai oleh bank tanpa
campur tangan pelanggan.
4) Segala kerugian kewangan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak bank kecuali jika
kerugian tersebut berpunca daripada kecuaian manusia.

Walau bagaimanapun konsep al-mudarabah dan al-musyarakah jarang diamalkan oleh


pihak bank sama ada Bank Rakyat atau pun Bank Islam. Hal ini berpunca daripada
beberapa faktor. Di antaranya ialah dasar bank yang lebih mengutamakan konsep BBA
(al-bayc bi thaman ajil), AITAB (al-ijarah thumma al-bayc) dan juga al-murabahah
yang mendatangkan keuntungan berbanding dengan al-mudarabah dan al-musyarakah
yang belum pasti mendatangkan keuntungan. Sebagai sebuah bank, pastinya mereka
akan berusaha untuk memaksimumkan keuntungan.

Selain itu, sekiranya bank mengamalkan konsep al-mudarabah mahupun al-


musyarakah, bank akan menilai terlebih dahulu sesuatu projek tersebut sama ada
mendatangkan keuntungan atau kerugian. Bank akan merujuk sesuatu projek itu
kepada pihak tertentu yang akan memberikan khidmat nasihat kepada bank dengan
bayaran tertentu. Kesannya kos bagi sesuatu projek itu akan meningkat dan
mengurangkan keuntungan sedangkan keuntungan daripada al-musyarakah dan al-
mudarabah belum pasti.

Ringkasnya, pembiayaan ekuiti dalam sistem perbankan Islam masih lagi belum meluas
penggunaannya sama ada al-musyarakah atau al-mudarabah.

1.1.3 pembiayaan hutang


Pembiayaan hutang merupakan salah satu tugas utama bagi sesebuah bank. Produk
pembiayaan ini memberikan pendapatan yang besar kepada sesebuah bank selain
daripada deposit penyimpan.

Pembiayaan di bank yang menawarkan produk Islam terdiri daripada al-murabahah,


bayc al-salam, bayc al-istisnac, al-ijarah, al-qard al-hasan, al-ijarah thumma al-bayc.

1) bayc al-murabahah
al-murabahah tergolong dalam kategori jenis kontrak buyuc al-amanah. Ini kerana
penjual disyaratkan ketika menjual sesuatu barangan terlebih dahulu menyatakan kos
barangan yang dibelinya sebelum menentukan sesuatu harga jualan.[11]

Dari segi bahasa, al-murabahah bererti pertambahan dan kenaikan dalam perniagaan.
Ia juga bermaksud pertambahan ke atas harga modal sesuatu barangan. Sementara
dari segi istilah pula, al-Sarakhsiy menakrifkannya sebagai jualan dengan keuntungan
yang diketahui.[12] al-Kasani pula menakrifkannya sebagai jualan dengan harga
pertama bersama pertambahan ke atas modal.[13]

Ciri-ciri utama jualan ini ialah penjual menyebut kepada pembeli kos harga barangan
itu dan menjualkannya dengan jumlah keuntungan yang akan diperolehinya.
Keuntungan yang dipersetujui boleh ditentukan sama ada dalam bentuk peratusan
tertentu atau sebagainya.[14] Contoh jualan al-murabahah ialah seperti penjual hendak
menjual sesuatu barangan kepada pelanggan dan berkata kepadanya, barang ini aku
beli dengan harga RM100 dan aku hendak menjualnya kepada kamu dengan harga
RM120. Jika pelanggan bersetuju dengan harga tersebut maka termeterailah akad jual
beli tersebut berdasakan al-murabahah[15]. Al-murabahah mempunyai beebrapa
syarat khusus baginya:[16]
1) penjual hendaklah menyatakan kos sebenar bagi barangan yang hendak dijual itu
kepada pembeli
2) penjual dan pembeli bersetuju mengenai kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai
tambahan ke atas modal
3) sekiranya berlaku kekecohan dalam menentukan kadar sebenar kos atau modal
barangan itu, pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut dan terbubarlah jual beli al-
murabahah
4) barangan dan harga jualan itu bukanlah barangan ribawiy yang ditegah pertukakan
jual belinya
5) jika barangan yang hendak dijual beli secara murabahah itu telah dibeli daripada
pihak lain, jual beli pertama hendaklah sah

Aplikasi daripada konsep ini ialah surat kredit yang berdasarkan prinsip al-murabahah.
Ia dapat dijelaskan seperti berikut:[17]
a) pelanggan memberitahu bank tentang butir-butir barangan yang hendak dibeli atau
diimport dan syarat-syarat pengeluaran surat kredit
b) bank bersetuju membeli barangan tesebut dan kemudian menjualkannya kepada
pelanggan berdasarkan jualan dengan prinsip jualan dengan tambahan untung
c) bank mengeluarkan surat kredit kepada pelanggan. Setelah menerima makluman
mengenai surat kredit daripada bank pembekal, bank akan menjelaskan bayaran
dengan wang sendri
d) bank kemudian menjula barangan tersebut kepada pelanggan dengan tambahan
untung. Pelanggan akan membuat bayaran tunai atau ansuran kepada bank.
e) bank mengenakan upah atas perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan juga akan
membayar perbelanjaan mengurus yang berkaitan degan pengeluaran surat kredit
berkenaan

Jualan dengan harga tangguh ( bayc bi thaman ajil @ BBA)


BBA ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barangan yang hendak
dijual kepada pembeli dan ditangguhkan pembayaran harganya sehingga ke suatu
masa yang ditetapkan sama ada secara sekaligus atau secara bulanan atau tahunan
mengikut tempoh masa tertentu sebagaimana dipersetujui kedua belah pihak.[18] Dari
segi bentuk, ia bertentangan dengan bayc al-salam. Ini kerana bayc al-salam itu
merupakan jualan dengan disegerakan harga dan ditangguhkan penyerahan
barangannya. Contoh BBA dalam perbankan Islam ialah pembiayaan perumahan
manzili yang ditawarkan oleh Bank Rakyat yang akan dibincangkan secara khusus
dalam bab berikutnya.

Bayc al-salam
Al-salam atau al-salaf merupakan dua perkataan yang membawa makna yang sama.
Perkataan al-salam digunakan oleh penduduk Hijaz dan perkataan al-salaf pula
digunakan oleh penduduk Iraq[19]. Ia bermaksud menjual sesuatu yang disebut dan
maklum tentang sifat-sifatnya dalam keadaan penyerahan ditangguhkan tetapi
harganya dijelaskan pada masa akad dilakukan.[20] Sesetengah pula menakrifkannya
sebagai membeli sesuatu yang bertangguh dengan harga yang dibayar pada masa akad
dilakukan.[21]

Sewaaan (al-ijarah)
Dari segi bahasa, al-ijarah bermaksud pembalasan di atas kerja atau pahala[22].
Manakala dari segi istilah pula, al-ijarah bermaksud akad yang dilakukan ke atas
sesuatu yang berharga dan bermanfaat dengan bayaran tertentu. Ia merupakan
sebagai gantian kepada manfaat iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan
sesuatu. Contohnya sewaan yang dilakukan terhadap tanah pertanian atau rumah
kediaman.

Dalam konteks bank pada hari ini, ia adalah kontrak dimana bank atau institusi
kewangan memajakkan peralatan atau bangunannya kepada pelanggan dengan
dikenakan sejumlah harga yang tetap. Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia,
Bank Rakyat khususnya menggabungkan konsep al-ijarah ini dengan konsep jualan
yang dinamakan sebagai al-ijarah thumma al-bayc. Konsep ini digunakan secara
meluas terhadap pembiayaaan kenderaan dan pemilikan harta benda seperti komputer,
mesin basuh dan sebagainya. Namun secara praktikalnya, pembiayaan pemilikan harta
seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya tidak begitu popular dan meluas
penggunaannya disebabkan pelanggan lebih suka membeli barangan tersebut secara
tunai.

Pinjaman kebajikan (al-qard al-hasan)


Konsep ini merupakan pinjaman kebajikan kerana peminjam hanya perlu mebayar
semula sejumlah wang yang dipinjamnya tanpa perlu membayar apa-apa bayaran
lebihan tambahan. Walau bagaimanapun pelanggan yang meminjam di atas dasar
ihsannya boleh memberikan sedikit bayaran lebihan sebagai saguhati kepada orang
yang dipinjamnya. Pinjaman ini biasanya diberikan dengan tujuan selain daripada motif
keuntungan. Ia diwujudkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang saling
membantu dan tolong menologn sesama mereka[23]

Contoh instrumen kewangan Islam yang menggunakan prisip ini ialah Sijil Pelaburan
Kerajaan. Melalui produk ini, kerajaan akan mengeluarkan siji pelaburan yang akan
dijual kepada orang ramai. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, kerajaan akan
membeli balik sijil tersebut dengan harga yang dijual. Walau bagaimanapun , kerajaan
di atas budi bicaranya boleh memberikan sedikit bayaran lebihan tambahan sebagai
saguhati kepada mereka. Sijil Pelaburan Kerajaan pernah diterbitkan pada awal tahun
80an dahulu semasa penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan Syarikat Takaful
Islam.

Bayc al-istisnac
Bayc al-istisnacmerupakan kontrak jualan antara pembeli dan pembuat barang. Dalam
kontrak ini, pembuat barangan menerima pesanan daripada pembeli. Pembuat barang
lalu berusaha melalui orang lain untuk membuat atau membeli barang menurut sifat
dan spesifikasi yang dipersetujui dan menjualnya kepada pembeli. Kedua belah pihak
telah sepakat ke atas harga dan jenis barangan[24]

Ulama telah berselisih pendapat tentang konsep ini.[25] Sesetengah ulama


meletakkannya di bawah tajuk bayc al-salam dan sesetengah yang lain pula khasnya
Mazhab Hanafi mengatakan bahawa konsep ini merupakan konsep yang terpisah
daripada bayc al-salam. Ini kerana mereka mengatakan bahawa kontrak ini merupakan
tempahan yang disyaratkan padanya kerja atau perbuatan. Sementara bay bayc al-
salam pula tidak disyaratkan kerja atau pembuatan

1.1.4 pembiayaan hutang di bank konvensional


Pada asasnya, pembiayaan hutang yang ditawarkan di bank konvensional hampir sama
dengan produk yang ditawarkan di bank yang menawarkan perbankan islam dari segi
bentuknya. Apa yang berbeza ialah pembiayaan di bank konvensional melibatkan
urusniaga secara riba. Ini kerana bank konvensional mengenakan kadar faedah di atas
pinjaman untuk pembiayaan yang dibuat.

Selain itu pembiayaan di bank konvensional juga mementingkan keuntungan tanpa


mengambil kira sesuatu projek itu sama ada ia melibatkan perkara yang diharuskan
Syarak atau tidak. Apa yang penting ialah projek tersebut menguntungkan. Contohnya
pembiayaan untuk projek kilang arak dan sebagainya
BAB 2

Gambaran Umum Pembiayaan Dalam Sistem Bank

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia


Perkhidmatan ini disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membeli
atau membina rumah kediaman, rumah kedai, lot tanah perumahan dan juga
pengubahsuaian serta baik pulih rumah kediaman. Ia terbuka kepada pemohon
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak melebihi umur 65
tahun di akhir tempoh tamat pembayaran pembiayaan. Skim ini agak istimewa kerana
ia mebolehkan pelanggan membuat bayaran balik pembiayaan dalam tempoh yang
agak lama iaitu sehingga 30 tahun. Tujuannya untuk memberi kemudahan kepada
pembeli yang tidak mampu membuat bayaran tunai.[26]

Pada asasnya produk ini berasaskan konsep perbankan bayc bi thaman ajil (BBA).
Konsep BBA ini seara umumnya sama dengan murabahah, kecuali BBA untuk
pembiayaan bagi tempoh yang lebih panjang, biasanya melebihi 12 bulan. BBA
membolehkan pembelian sesuatu barangan dengan bayaran ditangguhkan sehingga ke
suatu masa yang ditetapkan dengan bayaran secara beransur-ansur[27]
Pembiayaan ini melibatkan prosedur berikut:[28]
1) bank akan membeli asset yang dikehendaki oleh pelanggan
2) bank kemudiannya menjual asset tersebut kepada pelanggan pada harga yang
meliputi kos asal aset( harga belian yang telah dibayar oleh bank) dan tambahan
untung bagi bank
3) pelanggan bersetuju membeli aset tersebut dan membuat pembayaran secara
ansuran selama tempoh masa yang ditetapkan

Contohnya seorang pelanggan Bank Rakyat bernama Encik Ahmad ingin


membeli sebuah rumah kediaman dengan menggunakan produk BBA, Bank Rakyat
akan membeli rumah tersebut( katakan pada harga RM100,000) kemudian pihak bank
akan menjualkan kembali rumah tersebut kepada Encik Ahmad dengan harga
RM180,000. harga ini berdasarkan harga asal rumah (RM100,000) dan juga margin
keuntungan sebanyak RM80,000. Encik Ahmad akan membayar balik jumlah
RM180,000 ini dalam
tempoh 15 tahun (180 bulan) sebanyak RM1000 sebulan. Justeru itu, dalam tempoh
180 bulan tersebut Encik Ahmad dikehendaki membayar harga RM100,000 sebulan
tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dalam tempoh 15 tahun tersebut sama ada
perkembangan ekonomi sesebuah negara berkembang atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun jika dalam tempoh 10 tahun(120 bulan), Encik Ahmad sudah
membayar RM120,000 dan beliau sudah bersedia untuk membayar sepenuhnya
keseluruhan baki yang tinggal, persoalannya adakah Encik Ahmad dikehendaki
membayar sebanyak RM60,000? Dalam masalah ini, prinsip kewangan Islam
membenarkan pihak yang memberikan pembiayaan untuk memberi rebate kepada
pelanggan untuk mengurangkan jumlah yang harus dibayar balik.

Berdasarkan contoh di atas, Bank Rakyat akan memberi rebate kepada Encik Ahmad
secara ibra’. Berdasarkan kaedah ibra’ (rebate) Encik Ahmad diberi pelepasan hutang
dan beliau tidak perlu membayar apa-apa lagi. Kaedah ini berbeza dengan Bank Islam
Malaysia Berhad yang memberi rebate secara muqassah. Dalam kaedah muqassah
sekiranya Bank Islam menganggap bahawa margin keuntungan yang munasabah
selepas 10 tahun ialah RM50,000, muqassah yang diberi kepada Encik Ahmad ialah
sebanyak RM30,000, dikira seperti berikut:[29]

Harga belian rumah 100,000


Margin keuntungan + 50,000
= 150,000

Jumlah yang telah dibayar balik 120,000


Jumlah yang perlu dibayar balik = 30,000

Baki jumlah mengikut perjanjian asal 60,000


Baki jumlah mengikut perkiraan baru 30,000
Muqassah = 30,000

2.2 skim pembiayaan kenderaan kakitangan kerajaan (car hire purchase financing)
Produk ini disediakan untuk kakitangan kerajaan termasuk kakitangan kerajaan negeri,
anak syarikat kerajaan dan badan berkanun yang telah berkhidmat selama 12 bulan.

Skim ini berdasarkan konsep al-ijarah thumma al-bayc (AITAB). Konsep ini merujuk
kepada 2 kontrak yang ditandatangani secara berasingan dan berturutan iaitu:[30]
1) kontrak al-ijarah (sewa)
2) kontrak al-bayc (beli)

Dalam konsep AITAB, bank akan membelikan kenderaan yang ingin disewa oleh
pelanggan. Bank kemudian menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan pada
kadar dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua pihak. Seterusnya jika pelanggan
bersetuju membeli kenderaan tersebut maka prinsip atau konsep yang digunakan ialah
AITAB yang melibatkan 2 kontrak berasingan iaitu sewa dan jual beli. Pelanggan diberi
pilihan untuk membeli kenderaan yang disewa pada nilai nominal. Pada teorinya, harga
belian adalah sama dengan jumlah bayaran sewa yang diterima oeleh bank dalam
tempoh sewaan.[31] Pada harga sewaan yang terahir, pelanggan akan melakukan akad
jual beli kereta tersebut pada harga sewa yang terakhir. Pelaksanaan AITAB dapat
diterangkan dalam contoh berikut:[32]

Contoh 1 : andaikan sewa bulanan = RM800


tempoh sewa = 48 bulan
jumlah sewa RM800 x 48 bulan = RM38,400
pada akhir tempoh sewaan, aset itu dibeli oleh penyewa pada harga RM800 iaitu nilai
sewa bulan tersebut.

Contoh 2 : andaikan selepas 3 tahun, penyewa ingin menamatkan kontrak sewa dan
mahu membeli kenderaan tersebut.
Harga belian kenderaan tersebut ialah perbezaan di antara jumlah sewa untuk 4 tahun
dan jumlah sewa yang telah dibayar selama 3 tahun (RM800 x 36 bulan )
RM38,400 – RM28,800 = RM9,600
Selain itu, pihak bank juga harus memastikan bahawa penyata bulanan mestilah
sampai ke tangan penyewa. Penyata tersebut mengandungi butiran-butiran penting
seperti jumlah sewaan yang telah dibayar dan sebagainya. Sekiranya penyewa gagal
membayar sewa lebih daripada 3 bulan dan penyewa telah menerima penyata bulanan
serta surat amaran daripada pihak bank, bank akan mengenakan denda terhadap
penyewa sebanyak 1% daripada bayaran tertunggak. Denda ini dipanggil tacwid. Denda
yang dikenakan kepada penyewa yang lambat membayar ini telah dipersetujui dan
diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat.[33]

Sementara itu, Bank Islam telah menawarkan produk yang berbeza dalam pembiayaan
kenderaan. Skim pembiayaan kenderaan di Bank Islam dbibuat berdasarkan konsep
BBA ( al-bayc bi thamn ajil)
2.3 Pandangan Syarak terhadap produk pembiayaan Bank Rakyat
Asasnya setiap bank yang menjalankan urusniaga inginkan keuntungan. Namun
keuntungan dan usaha yang telah dilakukan ini hendaklah berdasarkan kepada prinsip-
prinsip Syarak seperti bebas daripada unsur riba, penipuan, penindasan dan
sebagainya.

Daripada pengamatan yang telah dilakukan, dapatlah dirumuskan bahawa pembiayaan


perumahan mahu pun kenderaaan yang ditawarkan di Bank Rakyat bebas daripada riba
dan unsur-unsur lain yang boleh merosakkan akad dan kontrak pembiayaan. Walau pun
harga yang ditawarkan untuk pembiayaan perumahan manzili khasnya agak tinggi
namun ianya dibuat berasaskan kontrak jual-beli dan bukannya kontrak pinjaman. Ia
tidak mengandungi unsur-unsur riba kerana dilaksanakan di atas prinsip jual beli dan ia
bukanlah barangan ribawi yang disyaratkan berlaku penyerahan yang sama nilai.

Selain itu, Islam juga pada asasnya tidak menetapkan sebarang had keungungan yang
boleh diambil. Terdapat dalam sebuah hadis bagaimana seorang sahabat mengadu
kepada nabi tentang kenaikan harga barangan di pasar Madinah. Sahabat tersebut
meminta kepada nabi sebagai ketua negara menentukan harga di pasar. Nabi menolak
cadangan itu dan mengatakan bahawa Allah S.W.T yang akan menentukan harga di
pasar Madinah.

Dalam contoh yang lain pula, nabi telah memerintahkan sahabatnya yang bernama
cUrwah supaya membeli seekor kambing dan memberikannya wang sebanyak 1 dinar.
cUrwah telah pergi ke kampung badwi dan membeli 2 ekor kambing dengan wang 1
dinar tersebut kerana harga jualan kambing di kawasan kampung agak murah. cUrwah
kemudiannya membawa kedua-dua ekor kambing tersebut ke Madinah dan menjual
seekor daripadanya dengan harga 1 dinar. Beliau telah mengambil untung sebanyak
100%. Perbuatan ini diketahui oleh nabi dan baginda tidak melarang perbuatan itu.

Ini menunujukkan kepada kita bahawa walaupun harga jualan rumah yang ditawarkan
di Bank Rakyat agak tinggi namun pada asasnya ia tidaklah menyalahi syarak
Maybank
2.4 Pembiayaan Perumahan Rumahku (housing loan)
Pembiayaan ini bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan perumahan kepada
pelanggan untuk membina atau membaiki serta mengubah-suai rumah mereka. Selain
rumah, skim ini juga boleh digunakan untuk pembiayaan rumah kedai, pangsapuri dan
kondominium. Melalui skim ini, pihak bank akan membiayai rumah atau kediaman yang
ingin dimiliki oleh pelanggan sehingga 90%. Pelanggan dikehendaki membayar balik
pinjaman perumahan ini dengan kadar faedah bagi tahun pertama sebanyak 2.5%
tidak termasuk BLR ( kadar asas pinjaman).[34]

Bank juga menyediakan pinjaman perumahan secara berkumpulan (groups savers


package). Melalui skim ini, pelanggan yang ingin meminjam mestilah terdiri daripada 3
orang atau lebih dengan harga diskaun sebanyak 0.25% daripada kadar faedah.
Sementara nilai minimum pinjaman bagi pakej ini ialah RM150,000.[35] Contohnya
Encik Mahmood hendak membuat pinjaman perumahan di bawah skim rumahku. Beliau
akan mengemukakan permohonan kepada Maybank dan akan melalui beberapa
prosedur tertentu. Setelah permohonannya diluluskan, pihak bank akan meluluskan
pinjaman sebanyak 90% daripada harga rumah. Sementara kadar faedah pula ialah
sebanyak 2.5% setahun bagi tahun pertama tidak termasuk BLR. Pihak bank juga
berhak untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah pinjaman itu dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu.

2.5) Skim Pembiayaan Kenderaan (hire purchase)


Skim ini tidak jauh bezanya dengan skim yang ditawarkan oleh Bank Rakyat melalui
perbankan Islam. Melalui skim ini, bank akan membiayai sesebuah kenderaan yang
ingin dimiliki oleh pelanggan dengan pembiayaan maksimum 85%. Walau
bagaimanapun untuk kereta nasional seperti Proton Waja atau Perodua Kancil, pihak
bank akan memberikan pinjaman sehingga 100% dengan syarat-syarat tertentu.
Tempoh yang ditetapkan pula sehingga 7 tahun dengan kadar faedah tertentu.
[36] Sekiranya pelanggan ingin memiliki kenderaan baru, kadar faedah yang dikenakan
adalah asebanyak 4.95% sehingga 5.5% bagi tahun pertama, sementara untuk kereta
terpakai pula sebanyak 5.75% hingga 6.25%.[37]

2.6) Pandangan Syarak terhadap pembiayaan di Maybank


Berdasarkan contoh dan gambaran yang telah diberikan, dapatlah kita rumuskan
bahawa pembiayaan di Maybank mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana pelanggan
yang membuat Pembiayaan Perumahan Rumahku contohnya dikehendaki membayar
kadar faedah sebanyak 2.5% tidak termasuk BLR. Kadar ini adalah kadar untuk tahun
pertama sahaja. Dalam keadaan tertentu, pihak bank berhak untuk menaikkan atau
menurunkan kadar faedah. Faedah ini merupakan bayaran lebihan yang dibayar di atas
pinjaman. Jelasnya ia berkonsepkan riba. Begitu juga pembiayaan kenderaan(hire
purchase) yang menetapkan kadar faedah di atas pinjaman.
BAB 3

Beberapa Persoalan Semasa

3.1) penetapan kadar untung, alasan dan sebab

3.1.1) faktor keuntungan


Secara umumnya, setiap penniaga inginkan keuntungan. Begitu juga dengan bank
sama ada bank berorientasikan perbankan Islam mahupun konvensional

Objektif perbankan Islam adalah untuk mencari keuntungan dalam rangka


pembangunan umat berteraskan keadilan Islam. Untuk mencapai objektif ini, Bank
Rakyat khasnya harus patuh kepada hukum tabii seperti meminimumkan kos,
melakukan promosi, melatih pekerja dan sebagainya untuk mencari keuntungan. Walau
bagaimanapun setiap usaha untuk medapatkan keuntungan mestilah mematuhi hukum
Syarak dan bebas daripada sebarang unsur yang merosakkan kontrak.

Contohnya pembiayaan perumahan yang dibuat berdasarkan konsep BBA, bank akan
membeli rumah kediaman yang ingin dimiliki oleh pelanggan dengan harga katakan
RM100,000 dan setersunya bank akan menjual kembali rumah tersebut dengan haga
RM180,000. Lebihan RM80,000 tersebut ialah margin keuntungan yang bakal diperolehi
oleh bank.

3.1.2 Mencapai kadar keuntungan tahunan


Pihak bank juga akan menentukan tahap dan kadar keuntungan tahunan yang ingin
diperolehi oleh mereka. Selepas kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan
ditentukan, harga jualan yang melibatkan modal dan margin akan dapat ditentukan.
Contohnya dalam kontrak BBA, jika pembiayaan perumahan RM100,000, kadar
keuntungan ialah 5 % setahun untuk tempoh 180 bulan dan selepas diambil kira
faktor-faktor lain seoperti factor annuiti barulah pihak bank akan dapat menentukan
harga jualan kepada pelanggan.[38]

Pada asasnya, amalan penentuan margin keuntungan khasnya BBA dipengaruhi oleh
kadar faedah pasaran. Ini kerana perbankan Islam menggunakan Kadar Faedah Antara
Bank (KLIBOR: Kuala Lumpur Interbank Offer Rate) sebagai penunjuk aras polisi
penetapan harga jualan BBA.[39] Bank Islam khasnya menggunakan KLIBOR kerana
belum ada Interbank Offer Rate Islam yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Oleh itu ,
Bank Islam terpaksa menggunakan KLIBOR sebagai penunjuk aras supaya kadar
keuntungan adalah kompetitif dalam suasana dwi-sistem.

Selain itu, pembiayaan hutang di Bank Rakyat juga ditentukan berdasarkan kepada
Kadar Asas Pinjaman (BLR).[40] Kadar ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia
dan ianya berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi Malaysia.
3.2 kos pengurusan bagi sesuatu produk serta perbandingannya dengan zakat
Di antara golongan yang layak menerima zakat ialah para pemungut zakat (camilin
calaiha). Golongan ini terdiri daripada amil yang dilantik oleh kerajaan seperti imam,
kerani, jurutulis, penjaga stor dan sebagainya yang dilantik dalam menguruskan zakat

Para pemungut zakat dibayar upah daripada hasil zakat tanpa mengira kedudukan
kewangan mereka. Ia merupakan gaji yang dibayar kerana kerja mereka yang
berkaitan dengan zakat. Setiap daripada mereka akan menerima gaji yang akan
ditentukan berdasarkan jenis pekerjaan dan tahap tanggungjawab mereka, sama
seperti yang diamalkan dalam jabatan-jabatan kerajaan.[41]
Menurut satu mazhab, para pemungut zakat harus dibayar upah bagi khidmat mereka
tetapi jumlah keseluruhannya tidak melebihi 5 % daripada hasil zakat. Sementara
menurut pendapat ulama lain, jumlah bayaran zakat boleh dinaikkan sehinggan ¾
daripada hasil zakat. Sementara pendapat yang lain pula tidak menyatakan sebarang
had maksimum sebagai bayaran kepada pemungut zakat.

Walau bagaimanapun kerajaan haruslah mengawasi sepenuhnya bayaran kepada


petugas supaya zakat tidak hilang tujuan sebenarnya iaitu untuk membantu fakir
miskin. Dengan kata lain, Dalam keadaan apa pun, perbelanjaan mengurus tidak
dibenarkan melebihi hasilnya supaya zakat akan sentiasa produktif dan tidak hilang
segala hikmat dan kelebihannya.

Sementara kos pengurusan bagi sesuatu produk atau instrumen kewangan Islam pula,
kita tidak mempunyai nilaian yang tepat disebabkan kos yang berbeza mengikut setipa
instrumen tersebut. Selain itu, belanja perkhidmatan dan surat-menyurat juga dikira
sebagai kos pengurusan yang mesti dibayar oleh pelanggan. Contohnya dalam skim
pembiayaan perumahan manzili, segala perbelanjaan yang terhasil daripadanya akan
ditanggung oleh pelanggan. Kos ini berbeza mengikut produk yang berbeza. Yang pasti,
belanja pengurusan sesuatu produk haruslah tidak melebihi hasil dan keuntungan yang
diperolehi. Kalau tidak, pastinya ia akan menyebabkan kerugian dan pelanggan akan
hilang kepercayaan terhadap bank serta produk-produk yang ditawarkan.

PENUTUP

Kesimpulannya, seperti yang telah ditegaskan pada peringkat awal penulisan ini, para
ulama dan sarjana Islam mestilah meneroka kembali khazanah warisan Islam dan
mengubahsuaikannya dengan keadaan semasa asalkan masih berlegar dalam
lingkungan Syarak. Ini kerana fiqh muamalat itu sendiri sebrnarnya terdiri daripada
nas-nas qatciy dan zanniy yang memberi ruang yang luas kepada para ulama untuk
berijtihad. Saranan ini dibuat kerana 2 faktor:
1) faktor pertama ialah sambutan masyarakat terhadap produk-produk yang
ditawarkan oleh bank-bank Islam mahupun bank konvensional yang menawarkan skim
perbankan Islam amat menggalakkan. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai deposit di
Bank Islam selepas 10 tahun amat menggalakkan. Sementara di Bank Rakyat pula,
semenjak tahunn 1993-2003 (tempoh perubahan kearah perbankan Islam) deposit dan
pelaburan serta pembiayaan yang dibuat nyata menguntungkan. Ini berbeza dengan
prestasi Bank Rakyat di awal penubuhannya sehinggalah awal 90an. Yang paling
mengagumkan penulis ialah bagaimana Bank Rakyat menghadapi zaman kemelesetan
ekonomi pada tahun 1997 dengan begitu cemerlang. Dalam keadaan bank-bank lain
terpaksa mengecilkan operasinya serta membuang sesetengah pekerjanya, Bank
Rakyat tetap teguh menjalankan operasinya.

2) faktor kedua ialah keraguan masyarakat dan sesetengah cendekiawan terhadap


produk yang ditawarkan di bank yang mengamalkan perbankan Islam. Berdasarkan
contoh pembiayaan yang diberikan, jelas kepada kita bahawa bank yang beroperasi
berdasarkan sistem Islam sebenarnya masih terikat dengan Bank Negara Malaysia.
Setiap pembiayaan yang diberi kepada pelanggan akan diikat dengan BLR sebanyak
beberapa peratus. Peratusan ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia dan ianya
berubah mengikut keadaan ekonomi Malaysia. Tindakan ini dilakukan untuk menjaga
rizab serta nisbah kecairan dan mengawal nilai mata wang ringgit Malaysia. Walau
bagaimanapun, pada keseluruhannya produk-produk yang ditawarkan melalui skim
perbankan Islam sedang melalui prosses pembersihan dan menuju ke arah yang lebih
baik. Paling kurang, kita sudah pun mempunyai pilihan untuk melabur dan menyimpan
di bank yang menawarkan produk perbankan Islam. Apa yang penting, para ulama
mestilah mengerah segala usaha dan tenaga mereka untuk menyediakan suatu
alternatif perbankan Islam kepada seluruh ahli masyarakat samada Islam mahu pun
bukan Islam

Sementara itu, masalah yang dihadapi pula ialah saingan yang amat kuat daripada
perbankan konvensional ditambah dengan jumlah deposit dan pembiayaan yang masih
kecil daripada msyarakat bukan Islam. Bank konevensional dalam keadaan tertentu
dapat menaikkan dan menurunkan kadar faedah untuk menarik para pelanggan
menyimpan atau menggunakan skim pembiayaan yang mereka tawarkan. Berbanding
dengan Bank Rakyat mahupun Bank Islam, berdasarkan konsep BBA, harga jualan
tidak boleh diubah yang menyebabkan pelanggan dalam keadaan tertentu (khasnya
bukan Muslim) lebih gemar menggunakan pembiayaan daripada perbankan
konvensional. Selain itu, pelanggan bukan Islam juga masih belum yakin terhadap
produk pembiayaan Islam kalau dilihat daripada jumlah serta nilai deposit dan
pembiayaan di kalangan pelanggan bukan Islam

Penulis tertarik dengan cadangan serta saranan daripada M.A Mannan dalam bukunya
supaya dikenakan kadar faedah semasa kita berurusan dengan golongan bukan Islam.
Beliau membawa beberapa hujah serta dalil. Di antaranya sebagai mucamalah bi al-
mithli. Walau pun saranan beliau agak janggal dan boleh menimbulkan pertikaian di
kalangan ulama, namun mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, ianya agak
praktikal.

You might also like