P. 1
Faktor-faktor Pertambahan Pekerja Asing di Malaysia

Faktor-faktor Pertambahan Pekerja Asing di Malaysia

|Views: 6,408|Likes:
Published by Akram Shaari
nie krangan bese jew..bce jew r..de statistik r..
nie krangan bese jew..bce jew r..de statistik r..

More info:

Published by: Akram Shaari on May 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/11/2014

pdf

text

original

Faktor-faktor Pertambahan Pekerja Asing di Malaysia

Dewasa ini, negara-negara besar dunia seperti Dubai, Amerika dan Mesir berlumba-lumba membina pembangunan terutamanya bangunan pencakar langit. Sedar tidak sedar negara kita terkena tempiasnya akibat revolusi yang diwujudkan oleh kuasa-kuasa asing. Hal ini dapat dibuktikan melalui corak pemerintahan bapa pembangunan kita, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lebih mengutamakan pembangunan dalam sistem pemerintahannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara maju ketika itu supaya Malaysia sebaris dengan negara-negara asing bak kata pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju dunia. Beliau juga telah membuktikan kata-kata Iskandar Dzulkarnain yakni tidak ada yang mustahil bagi orang-orang yang berani mencuba dengan berdiri teguhnya bangunan pencakar langit yang dibangga-banggakan oleh rakyat Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC). Tetapi pada hakikatnya, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana disebalik wujudnya bangunan itu, tangan-tangan asing jualah yang membina bangunan itu. Menurut info yang dikeluarkan oleh majalah Dewan Pelajar, seramai 75% buruh yang terlibat dalam pembangunan KLCC ialah buruh asing dari pelbagai negara seperti India, Indonesia dan Bangladesh. Jelaslah bahawa negara kita banyak bergantung kepada tenaga buruh asing. Sepanjang tahun 1980-an hingga tahun 1990-an, kedatangan pekerja asing mulai ketara di Malaysia. Malahan, Malaysia merupakan negara pengimport pekerja asing terbesar di Asia pada akhir tahun 1990-an. Pada akhir tahun 2003, jumlah pekerja asing yang mendaftar sahaja meningkat satu juta orang. Laporan Kementerian Dalam Negeri juga menunjukkan bahawa jumlah pekerja asing merangkumi 20 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2004. Pekerja-pekerja asing yang berpusu-pusu masuk kedalam negara ini dipercayai bukan sahaja melalui jalan halal, malahan jalan haram. Terdapat banyak faktor pertambahan pekerja asing di negara kita. Antaranya ialah pertambahan penawaran tenaga kerja tidak mahir di sektor perladangan dan pembinaan, pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia berpeluang untuk bekerja di sektor ini memandangkan kekurangan peluang pekerjaan di negara asal mereka. Dengan alasan ini, mereka mengambil jalan mudah dengan memasuki negara kita secara haram. Niat mereka baik yakni ingin mengubah kehidupan mereka kepada lebih baik tetapi dilakukan dengan cara yang haram. Mungkin juga mereka berpegang teguh kepada kata-kata John Henry Newman iaitu janganlah takut bahawa hidup anda akan berakhir tetapi takutlah bahawa hidup anda tidak pernah dimulakan. Selain itu, menurut kajian Persatuan Perladangan Bersatu Malaysia (UPAM), sektor perladangan getah dan kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM 370 juta pada tahun 1990 hingga tahun 1995 akibat kekurangan pekerja. Keadaan ini berlaku apabila penduduk di Malaysia enggan bekerja di sektor ini memandangkan kadar upah yang rendah dan syarat pekerjaan yang kurang memuaskan. Hal ini terbukti apabila Persatuan Buruh dan Tenaga Rakyat 2003/2004 melaporkan bahawa purata pendapatan bulanan pekerja ladang hanyalah RM 279. Kesan daripada ini, berduyunduyunlah pendatang tanpa izin datang bekerja di Malaysia. Sikap acuh tidak acuh rakyat Malaysialah yang menyebabkan terbukanya peluang pekerjaan kepada pendatang tanpa izin. Selain itu, kadar upah yang semakin meningkat lebih menarik pendatang asing masuk dan bekerja di Malaysia. Meskipun pekerja asing ini hanya bekerja sebagai tukang kayu, pelentur besi, pembancuh simen dan penyusun batu bata, namun kadar upah yang diterima oleh mereka adalah jauh lebih tinggi daripada upah di negara asal mereka. Tingkat upah yang begitu rendah di negara asal mereka menyebabkan golongan pekerja asing yang tidak mahir hidup dalam keadaan yang melarat dan amat menyedihkan hati. Jadi, untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini, mereka telah berhijrah ke Malaysia dengan cara haram untuk mencari pekerjaan. Bayangkanlah betapa beruntungnya pendatang asing di Malaysia kerana gaji seorang buruh asing di Malaysia adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada gaji seorang guru di Indonesia. Jadi, tidak hairanlah jika semakin banyak pendatang asing mencari peluang pekerjaan di Malaysia kerana dimana ada gula, disitu ada semut. Sikap majikan dan pengusaha juga memainkan peranan yang penting dalam peningkatan jumlah pekerja asing di Malaysia. Majikan lebih suka mengambil pendatang asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina kerana gaji yang dibayar kepada mereka adalah lebih rendah. Selain gaji yang murah, pihak majikan juga tidak perlu mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan insurans. Sikap pihak majikan ini seperti melepaskan batuk di tepi tangga. Sekiranya pekerja ini terkorban atau cedera semasa bekerja, pihak majikan tidak perlu membayar ganti rugi atau pampasan kerana mereka tidak ada hak di bawah Akta Buruh. Sikap

majikan yang tidak bertanggungjawab ini dan mementingkan keuntungan semata-mata dengan mengambil pendatang asing bekerja menyebabkan bilangan mereka semakin bertambah di Malaysia ini. Intihanya, kerajaan haruslah melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini. Tugas ini bukanlah hanya terletak diatas bahu kerajaan sahaja, malahan perlu dipikul oleh semua pihak termasuklah pihak bukan kerajaan (NGO) dan juga segenap lapisan masyarakat sendiri. Masyarakat janganlah seperti mendukung biawak hidup di dalam tanah air sendiri. Kita janganlah membiarkan sahaja pekerja-pekerja asing menceroboh tanah air kita kerana Bryron Lord pernah berkata orang yang tidak mencintai tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa. Oleh itu, kita semua haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi menangani masalah ini sebersih-bersihnya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->