You are on page 1of 10

TEKS UCAPAN FORUM REMAJA

Pengerusi: Sudah adat orang tetamu,

Dilayan mesra bagaikan raja,

Forum remaja menjana ilmu,

Bahasa didaulat warisan terjaga.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian yang

dihormati.

Pada hari yang ceria ini, kita akan membicarakan tajuk”perdagangan dan

perindustrian teras Negara maju”. Dewasa ini, topik ini hangat dibincangkan

dalam kalangan masyarakat Malaysia. Persoalannya, sejauh manakah

perdagangan dan perindustrian menjejaskan pembangunan Negara kita, dan

apakah manfaat yang boleh kita peroleh daripada perkembangan sektor

perdagangan dan sektor perindustrian?

Sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari

kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini..bersama saya

ialah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Baiklah di sebelah kanan saya,

ahli panel pertama,ayu berbaju kurung saudari Sakinah. Selamat datang

saudari. Seterusnya ahli panel kedua, saudari Ong Shan Yin. Selamat datang

saudari. Dan di hujung sana, Nampak pemalu tetapi bijak berkata-kata , saudari

Oo Zhi Xin. Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya

menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah perbezaan

sektor- sektor tersebut?


Ahili Panel 1: Baiklah saudari pengerusi. Sektor perindustrian dan perdagangan mempunyai

banyak persamaaan tetapi tetap mempunyai perbezaannya. Sektor

perindustrian merujuk kepada aktiviti pembuatan dan penghasilan barangan

untuk perdagangan. Secara umumnya, Sektor ini dibahagikan kepada 3 jenis

iaitu industri berat, industri sederhana dan industri ringan. Manakala sektor

perdagangan merupakan aktiviti jual beli antara pedagang. Masing-masing

sektor tersebut membawa seribu satu manfaat kepada pembangunan tanah air.

Pengerusi: Terima kasih saudari Sakinah. Apakah pula pandangan saudari Ong terhadap

topik ini?

Ahli Panel 2: Terima kasih saudari pengerusi.Seperti yang kita sedia maklum, sektor

perdagangan dan perindustrian telah membawa Malaysia ke era sebuah negara

maju dan seterusnya menjana ekonomi negara. Baru-baru ini, topik semakin

menjadi buah mulut orang ramai disebabkan oleh kemajuan Malaysia di

persada antarabangsa. Pada era 60 an hingga 70 an, industri negara yang

menumpukan kepada sumber bahan mentah memang berkembang kerana

Malaysia mempunyai potensi pengeluaran komoditi yang tinggi.

Pada era 80 an, Negara kita telah mengalami satu lagi perkembangan menerusi

penggalakkan industri berat untuk memperkukuh lagi asas perindustrian

Negara. era 90 an merupakan perubahan paling besar kerana Malysia telah

menceburkan diri dalam bidang automotif. Kejayaan ini merupakan impian

semua rakyat kerana kita memang tidak pernah menjangka Malaysia mampu

mengeluarkan kereta nasional sendiri iaitu Proton. Walaupun menghadapi

banyak cabaran, karajaan Malaysia tetap melaksanakan rancangan ini.


Ahli Panel 3: Minta maaf saudari pengerusi. Bolehkah saya mengajukan satu soalan kepada

saudari Ong?

Pengerusi: Silakan.

Ahli Panel 3: Apakah yang telah mendorong perdana menteri kita pada masa itu iaitu Tun Dr

Mahathir bin Mohamad untuk melaksanakan projek tersebut?

Ahli Panel 2: Sikap perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang

tidak berputus asa telah berjaya mencapai aspirasi negara menuju ke arah

perindustrian. Tun Dr Mahathir mempunyai pandangan yang jauh dan yakin

bahawa Malaysia akan mencapai kejayaan dalam bidang automotif.

Ahli Panel 3: Terima kasih saudari Ong.

Ahli Panel 2: Sama- sama. Pada era 2000 hingga kini, Malaysia memang berkembang dalam

bidang R&D dan berupaya menghasilkan produk berkualiti tinggi yang dapat

bertanding dengan negara lain.

Pengerusi: Terima kasih saudari ong. Walaupun sudah dimaklum akan perkembangan

sektor sektor perdagangan dan perindustrian di Malaysia. Soalan saya kepada

ahli panel kita yang ketiga pula. Saudari Oo, apakah manfaat yang boleh kita

peroleh daripada perkembangan sektor sektor tersebut?

Ahli Panel 3: Terima kasih saudari pengerusi. Tidak dapat dinafikan bahawa sektor

perdagangan dan perindustrian perlu diberi perhatian utama dalam konteks

pembangunan negara. Perkembangan kedua-dua sektor ini dapat menjanakan

kemajuan negara secara berterusan. Pencapaian yang cemerlang sektor-sektor

ini turut dapat menarik masuk lebih banyak modal pelaburan asing lalu

menguntungkan ekonomi negara. Jika kita menghalusi kebaikan perkembangan


sektor perindustrian, kita akan mendapati bahawa lebih banyak peluang

pekerjaan dapat dibekalkan kepada anak-anak watan berbanding dengan sektor

pertanian.

Pengerusi: Terima kasih saudari Oo. Saudari Sakinah, mengapakah sektor perindustrian

menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan

berbanding dgn sektor pertanian?

Ahli Panel 1: Tentulah dikatakan begitu kerana sektor peindustrian memerlukan tenaga kerja

yang besar. Andai kata anda mempunyai tanah seluas satu hektar untuk

bercucuk tanam, anda hanya memerlukan beberapa orang tenaga kerja untuk

mengusahakannya. Jika dibina kilang, berdasarkan keluasan yang sama anda

mungkin memerlukan ribuan pekerja untuk urusan-urusan seperti

mengoperasikan mesin, mengred, menimbang, membungkus dan kerja

penghantaran produk keluaran kilang. Hal ini bermakna perindustrian mampu

mengurangkan masalah pengangguran sekali gus mampu meminimumkan

kadar jenayah yang biasanya dilakukan oleh golongan yang menganggur ini.

Jika kita tinjau dari sudut yang lain, sekiranya negara kita tidak terlibat dalam

lapangan perindustrian seperti membuat peti sejuk, televisyen dan pelbagai

keperluan yang lain, barangan tersebut akan diimport dari luar negara juga.

Senario ini akan menyebabkan ekonomi negara kita merundum ekoran

pengaliran keluar wang negara. Jika hal ini berterusan, kemajuan negara akan

semakin lembap. Implikasinya, negara kita akan terus ketinggalan dgn negara-

negara luar.
Pengerusi: Terima kasih saudari Ooi. Begitu panjang lagi bernas pandangan saudari .

Sekarang apakah pandangan saudari Ong terhadap strategi yang telah

dilaksanakan di Malaysia untuk membangunkan sektor sektor perdagangan dan

perindustrian?

Ahli Panel 2: Sememangnya, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan sektor

perindustrian. Pihak kerajaan telah menubuhkan MITI iaitu Kementrian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menyelia kegiatan perdagangan

yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa dan menyelaraskan

dasar dan kegiatan perindustrian.

Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti

pinjaman modal, tapak, galakan dan sebagainya, Bagi rakyat yang menghadapi

masalah kewangan dalam perdagangan, mereka dapat memperoleh pinjaman

modal daripada bank perdagangan dan kementerian lain. Tapak- tapak untuk

dijadikan kawasan perindustrian juga akan dilengkapan dengan pelbagai

kemudahan. Galakan insentif akan diberikan kepada industri- industri baru.

Tambahan pula, zon perdagangan bebas disediakan oleh kerajaan untuk

menarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi lain dari negara maju seperti

Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun dan sebagainya. Kilang- kilang di kawasan

tersebut akan diberikan pelbagai kemudahan.

Pengerusi: Minta maaf saudari Ong. Bolehkah saudari memberikan penerangan yang lanjut

tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam usaha

membangunkan sektor perdagangan dan perindustrian di Malaysia.


Ahli Panel 2: Baiklah, keistimewaan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah seperti

kemudahan kredit, pengecualian cukai import dan export dan insentif cukai.

Melalui pemberian taraf perintis di antara 5- 10 tahun, pelabur asing dan

pelabur tempatan yang menceburi dalam bidang baru akan mendapat

pengecualian separuh bayaran cukai dalam tempoh lima tahun pertama.

Melalui strategi ini , memang terbuktinya Malaysia telah berusaha untuk menjadi

sebuah Negara perindustrian dan perdagangan. Bak kata ‘muafakat membawa

berkat’ , dengan penggemblengan kerjasama semua pihak, tentunya harapan

Malaysia akan dicapai.

Pengerusi: Terima kasih saudari Ong. Soalan yang seterusnya saya tujukan kepada

saudari Oo. Apakah pandangan saudari tentang halangan perkembangan

sektor perdagangan dan perindustrian yang telah timbul?

Ahli Panel 3: Maklumlah terdapat banyak halangan yang dapat menjejaskan bidang

perdagangan dan perindustrian sesebuah negara. Antaranya termasuklah

kemerosotan ekonomi seperti Kegawatan Ekonomi Dunia yang telah berlaku

pada tahun 2007 dan Krisis Kewangan Asia yang telah dimulakan pada Julai

1997 di Thailand. Kemerosotan ekonomi bukan sahaja menjejaskan bidang

perdagangan, malah juga meninggalkan kesan yang mendalam terhadap bidang

perindustrian negara.

Ahli Panel 1 : Minta maaf, saudari pengerusi. Izinkan saya ajukan satu soalan kepada ahli

panel ketiga.

Pengerusi : Silakan.

Ahli Panel 1 : Saudari Oo, bolehkah saudari buktikan pandangan saudari itu?
Ahli Panel 3 : Baiklah, saudari Sakinah. Menurut Indeks Kering Baltik, Kegawatan Eknomi

Dunia 2007 telah menyaksikan kejatuhan jumlah perkapalan secara

mendadak, iatu sebanyak 50 peratus dalam seminggu!

Ahli Panel 1: Ya. Pada pengetahuan saya, isu ini begitu serius dan mempunyai impak yang

besar sekali terhadap ekonomi dunia.

Ahli Panel 3 : Betul kata anda, saudari Sakinah. Sementelahan, terdapat juga banyak kilang

yang mengurangkan tenaga kerja untuk merendahkan kos pengeluaran. Ada

juga yang menggulung tikar akibat kesempitan wang.

Ahli Pnel 3 : Tidak dapat dinafikan bahawa pergolakan politik juga menjejaskan

pembangunan perdagangan dan perindustrian sesebuah negara. Hal ini

demikian kerana keadaan huru-hara di sesebuah negara akan menyebabkan

aktiviti perdagangan dan perindustrian negara tersebut tergendala.

Implikasinya, keadaan ekonomi yang tidak stabil ini tidak akan menyakinkan

para pelabur untuk melabur di negara tersebut.

Pengerusi : Jadi, adakah seorang pemimpin berusaha menjamin kestabilan politik negara

beliau?

Ahli Panel 3 : Tentulah begitu, saudari pengerusi. Sebagai contoh, keadaan porak-peranda di

Mesir belakangan ini bukan sahaja telah mengorbankan ratusan rakyat dan

menyebabkan kemusnahan khazanah negara, malah keadaan ini juga telah

menjejaskan bidang perdangangan dan perindustrian negara tersebut.

Tambahan pula, kekurangan teknologi moden dan pekerja yang professional

juga menjadi halangan kepada pembangunan perdagangan dan perindustrian

sesebuah negara. Hal ini demikian kerana sektor perindustrian amat


menitikberatkan teknologi dan kemahiran. Tanpa teknologi yang canggih dan

pekerja yang profesional, pengeluaran dan penciptaan alatan moden tidak

akan dapat dijalankan.

Ahli Panel 2 : Minta maaf, saudari pengerusi. Bolahkah saya ajukan satu soalan kepada

saudari Oo?

Pengerusi: Silakan.

Ahli Panel 2 : Saudari Oo, jadi, apakah strategi yang digunakan oleh negara yang

lebih mundur untuk meningkatkan ekonomi negara?

Ahli Panel 3 : Baiklah, saudari Ong. Negara-negara yang lebih mundur seperti Kemboja,

Ethiopia dan Somalia terpaksalah bergantung kepada bidang pertanian,

perikanan, perlombongan dan sebagainya untuk meningkatkan ekonomi

negara. Sebagai tuntasnya, terdapat banyak lagi halangan yang dapat

menjejaskan pembangunan perdagangan dan perindustrian sesebuah negara

seperti kekurangan buruh, kekurangan tapak perdagangan dan perindustrian

yang sesuai serta bencana alam. Kerajaan mestilah memikirkan modus

operandi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berpotensi menjejaskan

bidang perdagangan dan perindustrian negara untuk mengurangkan risiko

yang mungkin melanda ekonomi negara. Kerajaan haruslah menyediakan

payung sebelum hujan dan janganlah sudah terhantuk baru tengadah. Sekian.

Pengerusi: Terima Kasih saudari Oo. Baiklah mari kita berbalik kepada saudari Sakinah,

Apakah harapan saudari terhadap pembangunan sektor perdagangan dan

perindustrian di Malaysia?

Ahli Panel 1: Saya pasti setiap warga Malaysia mempunyai harapan yang sama iaitu
harapan agar Malaysia menjadi negara perindustrian. Oleh yang demikian,

saya berharap rata-rata pihak sama ada badan kerajaan mahupun badan

bukan kerajaan agar mengambil langkah-langkah drastik dan berganding bahu

bagi menempuhi segala cabaran dalam memajukan sektor perdagangan dan

perindustrian kerana manfaat yang diperoleh daripada sektor-sektor ini amat

lumayan. Janganlah sekali-kali kita bersikap bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-,asing. Insya-Allah, hal ini seterusnya dapat

merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 dan menjadikan bumi Malaysia duduk

sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn negara gergasi yang lain di persada

dunia.

Pengerusi: Terima kasih saudari Sakinah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ketiga-

tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-

masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan,

keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum

mengakhiri tajuk kita pada hari ini, Terimalah serangkap pantun indah daripada

saya

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat,dan ceria-ceria selalu. Sekian, terima kasih.

You might also like