You are on page 1of 2

Guru kreatif dan inovatif

GURU PERMULAAN Oleh DR. ISMAIL ZAIN (drismailzain@yahoo.com)

Manakala inovatif pula membawa pengertian kemampuan membuat transformasi atau


mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan
perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik.

Kedua-dua sifat tersebut yang meletakkan seseorang guru itu ke satu tahap yang tinggi dan
disanjung oleh pelajar. Ia juga menjadi aspirasi profesion perguruan. Pembelajaran pada abad
ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi
pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka pelajar yang
dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa
dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada pelajar
supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomuniksi dan
berkolaborasi.

……students must also learn the essential skills for success in today’s world, such as critical
thinking, problem solving, communication and collaboration…….(The 21st century skills
movement)

Dipetik daripada www.21stcenturyskills.org

Untuk mencapai hasrat ini guru seharusnya menghadapi cabaran secara positif dengan
mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri
dalam usaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini di dalam bilik darjah.

Antara strategi yang boleh digunakan ke arah melahirkan guru yang kreatif dan inovatif
ketika melalui proses P&P dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

• Daya imaginasi

Daya imaginasi memainkan peranan yang penting dalam proses mencerna minda pelajar.
Apabila seseorang guru memulakan pengajarannya seharusnya dimulakan dengan soalan
yang umum atau apa yang disebut sebagai essential questions (Project-based-learning, Intel
Teach Program, ver. 10, 2007).

Soalan ini mampu merentas subjek dan kurikulum. Ia bertujuan untuk membuka minda
pelajar dan berfikir di luar kotak (think outside the box) di mana pelajar boleh memberi
pandangan atau pendapat seluas mungkin tanpa dihadkan.

Seterusnya guru akan membimbing ke soalan yang berkaitan dengan unit pembelajaran (unit
questions) dan diikuti soalan yang menjurus kepada isi pelajaran (content questions).

Di sini pelajar dilatih untuk berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan isu
yang hendak diperbincangkan dalam isi pembelajaran seperti mana yang dihasratkan dalam
hasilan pembelajaran.
• Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran

Media memainkan peranan yang penting dalam proses menjana minda pelajar. Media ini
berbentuk visual (video), audio, teks atau grafik. Ia boleh digunakan mengikut klasifikasi
masing-masing atau digabung dalam bahan perisian dalam bentuk persembahan multimedia.

Dalam hal ini guru harus mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia
memerlukan kemahiran mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian
komputer.

Melalui media pengajaran pelajar boleh dibawa mengembara atau menerokai tempat yang
mungkin mustahil dilawati oleh pelajar-pelajar seperti di planet atau di dasar lautan di mana
tedapat seribu satu macam misteri di dalamnya.

Pengaplikasian media ini harus juga digandingkan dengan strategi pedagogi yang sesuai agar
hasilan pembelajaran dapat dicapai di akhir pelajaran.

Proses pembelajaran ibarat menghidang makanan jaulan. Hidangan itu tetap mengenyangkan
tetapi apa yang penting hidangan itu terlebih dahulu perlulah menyelerakan di mana ia
banyak bergantung kepada kreativiti dalam ramuan masakan, penyusunan dan promosinya.
Oleh itu pastikan proses pembelajaran guru itu menyelerakan pelajar-pelajar!

You might also like