You are on page 1of 23

HUTAN DAN KEGUNAAN

TING SENG KONG

JENIS-JENIS HUTAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang terletak di kawasan iklim khatulistiwa


diliputi oleh lapisan hutan yang tebal. Kebanyakan daripada tanah yang
ditumbuhi hutan telah digazet sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negara
dan Taman-Taman Negeri. Kawasan-kawasan Hutan Perlindungan bertujuan
untuk pemeliharaan pelbagai jenis pokok dan herba yang terdapat supaya
kajian yang lebih lanjut dapat dijalankan oleh generasi masa kini dan akan
datang. Secara umumnya hutan di Malaysia merupakan hasil proses sesaran
hutan dari kawasan pantai, hutan bakau sehingga ke kawasan Hutan
Dipterokap tanah Pamah, Hutan Dipterokap Tanah Tinggi dan Hutan
Pergunungan.

Hutan Pantai

Hutan ini didapati di sepanjang pantai negeri Sabah. Hutan in semakin pupus
disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat. Spesies
yang mendominasi hutan ini ialah Casuarina equisetifolia.

Hutan Bakau

Hutan ini meliputi sebahagian besar pantai barat dan pantai timur negeri
Sabah. Rhizophora sp. dan Bruguiera sp. merupakan spesies yang banyak
terdapat di kawasan ini. Spesies-spesies tersebut mula dieskport ke luar negeri
sejak 1986. Kayu bakau mempunyai kegunaan akhir yang berguna seperti
sebagai kayu api, tiang-tiang rumah dan bahan bakar. Kawasan Hutan Bakau
penting untuk hidupan laut seperti ikan dan udang.

Hutan Nipah

Hutan ini biasanya didapati tumbuh bersama dengan vegetasi Hutan bakau.
Hutan ini tumbuh di kawasan air tawar. Daun nipah digunakan untuk
membuat atap rumah manakala luahan digunakan sebagai minyak.

Hutan Transitional

Hutan ini didapati di antara Hutan Bakau, Hutan Nipah atau Hutan Paya dan
dikenali sebagai Hutan Tanah Kering. Spesies yang mendominasikan kawasan
hutan ini adalah seperti Nibong (Oncosperma sp.), palma, rotan dan merbau
(Intsia palembanica).
Hutan Paya

Hutan ini terbentuk di antara Paya Gambut dan paya Air Tawar. Paya Air
Tawar menerima sumber air dari kawasan jeram dan sungai, manakala Paya
Gambut menerima kelembapan dari air hujan.

Hutan Dipterokap

Terminologi Dipterokap telah diambil sempena sifat fizikal buah yang


mempunyai dua helai sayap. Jenis hutan ini mendominasikan hutan di negeri
Sabah. Hutan ini merupakan jenis Hutan Hujan Tropika yang terkenal dengan
pokok yang mempunyai ketinggian paling tinggi berbanding dengan pokok dari
hutan-hutan lain di dunia. Spesies Dipterokap mempunyai banir besar dan
pengeluaran bunga dan buah pada dahan. Hutan ini boleh didapati pada
ketinggian 900m atas paras laut dan dibahagikan kepada 8 genera utama.

Hutan Riverine

Hutan ini banyak didapati di sepanjang sungai dengan kandungan spesies


yang pelbagai. Spesies untuk kayu balak adalah kurang didapati tetapi hutan
ini penting sebagai penghalang banjir, pelindung tebing sungai dan
mengurangkan hakisan tanah di kawasan tanah curam.

Hutan Kerangas

Hutan ini ditumbuhi pokok-pokok yang berdiameter kecil, daun berkulit dan
tanah hutan yang nipis dan berasid. Tanah nipis tersebut biasanya dilapisi
batu kapur. Spesies kayu balak dan hidupan liar kurang didapati di kawasan
hutan ini.

Hutan Ultrabasic

Struktur hutan adalah berbeza dengan hutan lain. Pokok mempunyai silira
dan daun yang kecil. Jenis hutan ini banyak didapati di kawasan berbukit,
daerah Telupid.

Hutan Pergunungan

Hutan ini wujud pada ketinggian yang melebihi 900m atas paras laut. Jenis
hutan ini boleh didapati di sepanjang Banjaran Crocker dan Gunung
Kinabalu. Pokok Oaks dan Chestnuts banyak didapati kerana tahan dengan
tiupan angin kencang dan keadaan cuaca yang ekstrim.

Hutan Cloud
Hutan ini wujud pada ketinggian yang melebihi 2200m atas paras laut dan
tumbuh pada lapisan tanah yang nipis. Spesies ini boleh didapati di kawasan
Gunung Kinabalu pada ketinggian melebihi 3300m atas paras laut. Spesies
lumut dan tumbuhan Red Rhododendrons didapati tumbuh pada pokok rhu
dan Dacrydium beccarri.

PENGKELASAN HUTAN

Secara umumnya hutan di Malaysia telah dibahagikan kepada 7 kelas hutan


untuk tujuan pengurusan dan pengawalan hutan.

Kelas I - Hutan Perlindungan

Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan untuk kepentingan alam
sekitar. Kawasan hutan ini tidak boleh dibalak dan jumlah luas melebihi
99980 ha. di negeri Sabah.

Kelas II - Hutan Komersil

Hutan ini boleh dibalak untuk membekalkan pelbagai jenis kayu keras yang
berharga seperti Acacia mangium, Paraserianthes falcataria, Gmelina arborea
dan Eucalyptus deglupta bagi kepentingan ekonomi negara. Pembalakan
dijalankan selaras dengan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
seperti yang digariskan dalam dasar Perhutanan Negara 1978 ( Pindaan 1992).

Kelas III - Hutan Domestik

Hasil hutan dari kawasan ini adalah untuk kegunaan tempatan sahaja.
Pengeluaran hasil hutan untuk tujuan komersil adalah tidak digalakkan.

Kelas IV - Hutan Ameniti

Hutan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan menyediakan kemudahan


rekreasi. Spesies exotic kadangkala ditanam untuk meningkatkan nilai ameniti
kawasan hutan.

Kelas V - Hutan Bakau

Hutan ini berfungsi untuk membekalkan kayu bakau terutamanya Rhizophora


sp. Kayu bakau mempunyai kegunaan luas seperti sebagai kayu api, tiang,
arang kayu dan bahan samak.

Kelas VI - Hutan Simpan Dara


Hutan ini ditanam unutk tujuan penyelidikan perhutanan. Aktiviti
pembalakan adalah dilarang dijalankan di kawasan hutan ini. Hutan Simpan
Dara Sepilok merupakan antara salah satu contoh hutan jenis ini.

Kelas VII - Hutan Simpan Hidupan Liar

Hutan ini berfungsi untuk perlindungan dan penyelidikan hidupan liar.


Rhinoceros sumatrana merupakan salah satu haiwan terlindung dalam hutan
tersebut.

HUTAN DAN KEGUNAAN

1. Hutan Malaysia menghasilkan pelbagai makanan dan buah-buahan


seperti petai, jering, sagu, durian dan manggis . Di dalam hutan juga
terdapat binatang buruan seperti rusa, kijang, burung punai dan ayam
hutan. Flora dan fauna yang mempunyai "biodiversiti" yang tinggi telah
menjadi makanan utama penduduk asli yang masih hidup dalam
keadaan serba kekurangan.
2. Kayu bakau juga digunakan sebagai kayu api, tiang, arang kayu dan
bahan samak. Daun pokok nipah digunakan sebagai atap rumah. Kayu
pokok ru digunakan untuk membina perahu. Getah poko jelutung
digunakan untuk membuat gam kunyah.
3. Hutan juga berupaya menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi. Misalnya
pokok pain dan akasia yang cepat tumbuh ditanam di kawasan
pembalakan untuk menghasilkan pokok lembut bagi perusahaan
membuat kertas. Kertas yang dihasilkan kebanyakan dieksport ke
negara-negara Eropah yang mempunyai permintaan yang tinggi
terhadapnya disebabkan oleh kepesatan pembangunan industri
percetakan.
4. Hutan juga menyediakan beberapa jenis tumbuhan ubat tradisional.
Menurut kenyataan Pusat Pengesanan Pemuliharaan Dunia (World
Conservation Monitoring Centre), sumber genetik tumbuhan ubat-
ubatan di Malaysia baru mula dibuat penilaian. Antara spesies yang
diminati oleh penjual herba dan pengamal ubat tradisional ialah dari
famili Apocynaceae, Annonaceae, Rutaceae, Dioscoreaece, Leguminosae,
Lauroceae dan Zingiberaceae.
5. Hutan Malaysia menghasilkan kayu keras tropika, rotan dan buluh.
Hasil-hasil ini dibuat kayu bergergaji, papan lapis, venir, dan perkakas.
Contohnya meja dan kerusi yang dihasilkan di Malaysia telah mendapat
sambutan yang tinggi di luar negeri.
6. Keunikan pelbagai jenis fauna dan flora yang terdapat menyediakan
suatu kawasan rekreasi kepada mereka yang berminat dalam
pengembaraan. Apabila ramai pelancong asing melawat ke negara ini,
maka secara tidak langsung ini akan menggalakkan pengaliran masuk
wang ke negara kita.
7. Hutan juga boleh menghasilkan jenis pokok non-kayu yang mempunyai
nilai dan potensi ekonomi yang cukup tinggi. Beberapa jenis hasil hutan
non-kayu yang dimanfaatkan pada masa kini ialah madu, gula kawung,
bambu, agar laut, kapulaga, koneng gede, laja dan pelbagai jenis
tumbuhan obat.
8. Salah satu jenis kayu keras yang berharga ialah kayu jati atau nama
saintifiknya Tectona grandis telah dipindahkan dari Myanmar, Laos dan
negara Thai untuk ditanam di Malaysia. Kayu jati telah mendapat
sambutan yang menggalakkan di luar negara.

Walau bagaimanapun pembalakan hutan yang meluas telah mendatangkan


pelbagai kesan kepada negara ini. Misalnya hakisan tanah, banjir dan
pencemaran air serta merosakkan tumbuhan dan habitat semulajadi haiwan.
Gangguan keseimbangan semula jadi dan saling kaitan di antara tumbuhan
dengan haiwan telah memaksa binatang liar mencari makanan di kawasan
pertanian dan mengakibatkan kerosakan tanaman. Pembukaan hutan tanpa
pengawasan dan kawalan boleh menyebabkan tumbuhan dan haiwan yang
berguna terpupus. Justeru itu, Hutan Simpan dan taman negara telah
diisytiharkan untuk melindungi tumbuhan dan haiwan . Taman Negara
terdapat di Semenanjung Malaysia, Gunung Mulu dan Gunung Kinabalu.

SINOPSIS

Objektif Dasar Perhutanan, 1978 adalah untuk memelihara dan mengurus


hutan melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan serta
mengekalkan peranan pentingnya dalan ekonomi negara dan kestabilan alam
sekitar.

Secara ringkasnya, Dasar Perhutanan Negara adalah bertujuan untuk


mencapai objektif berikut:

 Pengwartaan Hutan Simpan Kekal

Untuk memperuntukkan kawasan tanah yang mencukupi bagi Hutan


Perlindungan, Hutan Berhasil, Hutan Lipur dan Hutan Pendidikan dan
Penyelidikan sebagai Hutan Simpan Kekal.

 Perundangan Hutan

Untuk memastikan sumber hutan dikekal dan diuruskan secara berkekalan


melalui penguatkuasaan undang-undang hutan yang cekap.

 Pengurusan Hutan Secara Berkekalan


Untuk mengurus hutan melalui amalan prinsip pengurusan hasil secara
berkekalan bagi mencapai faedah sosial, ekonomi dana alam sekitar yang
maksimum.

 Pemeliharaan dan Pemulihan Hutan

Untuk meningkatkan program pembangunan hutan melalui operasi


pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur
yang sesuai bagi mencapai produktiviti yang maksimum.

 Pengusahasilan Hutan

Untuk menggalakkan cara-cara pengusahasilan hutan yang cekap melalui


rancangan pengurusan dan pengusahasilan hutan yang ditetapkan bagi
penghasilan keluaran hutan secara berkekalan.

 Keluaran dan Industri Hutan

Untuk mencapai keseimbangan yang rasional antara kapasiti keupayaan


industri pemprosesan dengan bekalan sumber hutan.

 Ladang Hutan

Untuk menubuh dan menguruskan ladang hutan bagi menampung bekalan


kayu balak dari kawasan hutan asli serta menggalakkan pelaburan sektor
swasta yang aktif dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.

 Pengeluaran Hutan Bukan Kayu

Untuk meningkatkan keluaran hutan bukan kayu bagi menampung


permintaan tempatan serta keperluan industri pemprosesan yang berkaitan.

 Penyelidikan Perhutanan

Untuk menggalakkan sektor awam dan swasta dalam perlaksanaan semua


aspek penyelidikan perhutanan.

 Pembangunan Tenaga Manusia dan Latihan

Untuk menambah bilangan tenaga manusia yang terlatih bagi menampung


keperluan perhutanan dan industri berasaskan kayu.

 Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat


untuk melaksanakan program-program yang sesuai bagi mengekalkan
kepelbagaian hayat dan memelihara jenis-jenis flora dan fauna yang unik.

 Nilai Khusus Saintifik

Untuk mewujudkan kawasan yang sesuai bagi tujuan pendidikan dan


keperluan sains. Koleksi tumbuhan yang terdapat amat berguna dalam
program pemeliharaan, penyelidikan dan demontrasi pemeliharaan.

RUJUKAN

KANDUNGAN

PENGENALAN

o Definisi hutan
o Definisi hutan hujan
o Definisi hutan hujan tropika
o Lokasi hutan hujan tropika
o Struktur hutan tropika pamah di Malaysia
o Pengelasan hutan hujan tropika di Malaysia

Kepentingan dan Kegunaan Hutan Hujan Tropika di Malaysia :

o Habitat semulajadi kepada flora dan fauna


o Tempat perlindungan semulajadi kepada orang asli
o Kawasan tadahan air
o Penutup bumi semulajadi
o Sebagai bunga karang dan penapis air
o Penstabil cuaca bumi
o Agen pembersih udara
o Sumber bahan mentah
o Mempunyai nilai-nilai perubatan
o Mempunyai nilai-nilai dagangan
o Sumber kayu-kayan
o Sebagai sumber pendapatan negara
o Sumber keluaran hasil hutan bukan kayu
o Rotan
o Nipah
o Rumbia/sagu
o Bertam
o Buluh
o Tumbuhan berwarna
o Damar
o Sumber getah
o Sumber makanan fauna dan manusia
o Sumber buruan
o Sumber tumbuhan beracun
o Sumber minyak sayuran dan minyak bauan asli
o Kegunaan hiasan dan senitaman
o Sumber tanah
o Memudahkan kajian-kajian flora dan fauna
o Sebagai tempat hutan simpanan

KESIMPULAN

PENGENALAN

Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok.
Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan.
Yang pertama, dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok.
Yang kedua, seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai
oleh pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok
yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.

Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat
dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana
ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama
dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri
daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang
turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan
episit.

Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan


yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada
kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat
dan habitat separa darat yang luas di zon intertropika.

Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027
Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia
adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan
tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia
Selatan.

Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil


yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara
utama, tumbuhan tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah ( Lampiran
1 ).

Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m.


Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterocarpaceae dan
Leguminosae. Diterocarpaceae sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-
pokok balak komercial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing,
meranti, merawan, mersawa dan seraya.

Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili


yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis,
penarahan dan kelat. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan
palma yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan
sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok
dan pokok muda. Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-
palma kecil, tumbuhan renek dan herba ( Lampiran 2 ).

Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu
hutan-campuran ( mixed forest ) dan hutan dominan tunggal ( single-dominant
forest ). Hutan campuran seperti hutan Dipterokarpa tanah pamah terdiri
daripada berbagai famili tumbuhan manakala hutan dominan tunggal dapat
dilihat pada jenis hutan dominan tunggal spesies kapur ( Dryobalanops
aromatica ) seperti yang terdapat di Kanching, Selangor. Ia adalah campuran
spesies yang berbeza-beza dari segi komposisi flora dan ia berubah mengikut
habitat. Pengelasan jenis-jenis kawasan hutan di Semenanjung Malaysia
adalah berdasarkan kepada komposisi tumbuh-tumbuhan yang dominan di
habitat-habitat tertentu ( Lampiran 3 ). Selain itu, jenis-jenis hutan di
Malaysia boleh dikelaskan berdasarkan kepada beberapa faktor lain seperti
pengaruh iklim, tanah dan biotik.

Dengan berdasarkan kepada ketinggian kawasan di atas aras laut, hutan ini
juga boleh dikelaskan kepada hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa
bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan oak-gunung dan hutan ericaceous
gunung. Dipterokarpa merupakan kumpulan pokok-pokok berdamar famili
Dipterokarpa yang terdapat di lapisan sudur hutan dan di bahagian silara
utama hutan. Hutan dipterokarpa pamah meliputi semua hutan atau rimba di
kawasan tanah dan di kaki-kaki bukit sehingga ketinggian 30m. Hutan
dipterokarpa bukit pula adalah hutan di bukit-bukit antara ketinggian 30
hingga 762m manakala hutan antara ketinggian 762 hingga 1200m adalah
hutan dipterokarpa atas. Hutan oak-gunung adalah hutan antara paras
ketinggian 1200 hingga 1500m. Hutan yang melebihi 1500m adalah hutan
ericaceous gunung.

Jenis-jenis hutan ini terjadi akibat daripada perbezaan komposisi tumbuh-


tumbuhan flora dan struktur umum yang terkandung dalam hutan itu. Hutan
dipterokarpa pamah dan hutan dipterokarpa bukit adalah jenis hutan tanah
pamah tropika yang terbesar di dunia. Hutan dipterokarpa atas dan hutan
oak-gunung pula merupakan pembentukan jenis hutan pergunungan rendah
manakala hutan ericaceous ialah jenis hutan tropika pergunungan tinggi
( Lampiran 4 ).

Hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.


Kegunaannya tidak lagi dinafikan oleh kita. Untuk melindungi hutan, kita
harus sedar akan kepentingannya sebelum kita dapat menghayati dan
menjaganya untuk generasi yang akan datang.

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA

Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kepada semua
orang di bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. Hutan memainkan
peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan
penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai
simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi
yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia.
Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga
90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia.
Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih
daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada
8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung,
115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan.
Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan
tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies
fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung
kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun
dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai
kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk.

Hutan adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang


asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka dapat menyara hidup mereka
melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian
mereka amat bergantung kepada hutan. Mereka memburu bukan sahaja
untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk mendapatkan pakaian
dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak.
Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Kebanyakan barang
keluaran hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi
dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber
tambahan pendapatan kepada mereka. Justeru itu, masyarakat orang asli
seperti suku kaum Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman Negara,
masih berinteraksi secara langsung dengan khazanah hutan. ( Lampiran 8 ).

Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam
sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke
sungai-sungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara
kita tidak terputus sepanjang tahun.

Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi


tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi
sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya.
Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan
mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat.

Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga,


menyerap air hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak
sungai bagi mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak
sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara
tidak langsung. Kitar atau edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan
hutan akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi
kuantitinya, ekosistem hutan berperanan sebagai " regulator " air dan
mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama, silara pokok hutan
berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga 28%, di mana
sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan pepeluhan
( Lampiran 5 ). Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus
mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang
secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia.

Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada
penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa
tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida
dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama ( Lampiran 6 ). Ini diimbangi
oleh pernafasan ( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina
yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida
melalui proses karbonisasi.

Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan


berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara.
Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan
masalah pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi pengurangan
kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon
yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida,
Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric ozone dan nitrid oksida di
atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan
bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya fenomena
kesan rumah hijau.

Hutan juga berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses


fotosintesis. Wap air yang dibebaskan melalui proses tersebut dapat menolong
melembab dan menyamankan udara. Selain itu, hutan juga berupaya
mengawal bahan cemar yang terapung di udara apabila pencemaran tidak
begitu tinggi. Ini memandangkan permukaan dalaman daun adalah lebih
besar dan mampu menyerap bahan pencemaran dengan lebih berkesan.
Contohnya, hutan mampu memerangkap unsur plumbum yang tinggi di udara
dan menyimpannya di dalam tanah.

Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah ( Lampiran 9 ). Hutan


merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan
haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan
tropika. Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan
tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buah-
buahan tempatan seperti manggis ( Garcinia mangostana ) dan rambutan (
Hephelium lappaceum ). Selain itu, buah-buahan seperti limau, pisang , betik,
manggo dan nanas secara asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika.
Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu manis,
buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada
mulanya ( Lampiran 7 ).

Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai


nilai-nilai perubatan. Secara anggarannya, satu perempat daripada prekripsi
dadah adalah bersumber daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan
tropika. Ini telah meningkatkan kegunaan tumbuhan tempatan terutamanya
dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin.
Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi
nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar,
pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada
tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia
dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit
kuning. Misalnya dalam kegunaan perubatan tradisional, masyarakat Melayu
meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan E.apiculata )
sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang
asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati
demam cacar ( smallpox ) manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat
luka atau bisul serta bagi meredakan deman malaria ( Lampiran 7 ). Di antara
spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai
perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah / kacik Fatimah (
Labisia sp. ), mempisang ( Goniothalamus sp.) dan medang ( Cinnamomum sp.).
Bunga pakma ( Rafflesia hasselti ) pula dikatakan mengandungi nilai
perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran ( Lampiran 7 ).

Hutan hujan tropika juga dapat menampung sumber bahan getah, damar,
resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang
mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Di antara contohnya ialah bahan-
bahan seperti getah daripada pokok jelutong ( Dyera costulata ) pernah
digunakan dalam pengeluaran gula getah pengunyah ( chewing gum ). Minyak
pokok keruing gondol ( Dipterocarpus kerrii ) pula digunakan sebagai bahan
asas dalam pemprosesan minyak wangi tempatam.

Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan


berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis,
nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-
kayan di negara kita untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk
dieksportkan. Selain itu, kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan telah
membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk menggunakan spesies-
spesies kayu dijalankan secara lebih meluas.

Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia


memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dari segi
pendapatan pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan.
Antara Januari hingga September 1990, nilai eksport balak dan barangan
kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport
negara. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut
adalah melebihi RM 967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah
terdiri daripada kayu gergaji, papan lapis, kayu kumai, venir dan perabot.
Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti, premium dan sumber-
sumber lain seperti hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan
perhutanan, lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta.
Selain itu, ia juga menawarkan pekerjaan lebih daripada 62800 orang sama
ada dalam kegiatan pembalakan atau kegiatan hiliran seperti kilang papan
dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan.

Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu
yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh,
mengkuang dan pandan, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain.

Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung


Malaysia. Ia telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di
kawasan luar bandar. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran
perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan aktiviti mengeksport barangan
rotan separa proses dan siap. Manau ( Calamus manan ) adalah rotan yang
paling popular diperdagangkan dan berharga tinggi.
Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. Bagaimanapun
penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang
popular seperti rumbia, nipah dan bertam sahaja.

Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh


Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap
dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka
( anak daun ) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok.
Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi
mendapatkan nira ( palm-wine ).

Rumbia atau sagu ( Metroxylon sagu ) dan ( M.rumphii ) ialah jenis palma
yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ianya merupakan bahan
utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya.
Daunnya pula boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya
juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam
dan itik.

Bertam ( Eugeissona tristis ) adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan


pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bertam juga boleh dijadikan atap.
Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput (


Gramineae ). Penggunaan buluh adalah lebih meluas. Ini disebabkan sifat
batangnya yang ringan, seragam, tegar dan mudah diperolehi. Dengan
penggunaan mesin-mesin pemprosesan, industri barangan berasaskan buluh
dapat dikembangkan menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. Misalnya,
Kedah merupakan negeri yang terbanyak mengeluarkan buluh semantan (
Gigantochloa scortechinii ). Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betung (
Dendrocalamus asper ) dan beting ( Gigantochloa levis ) yang hidup liar atau
ditanam boleh dijadikan sumber makanan yang berzat.

Tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Semenanjung Malaysia


ialah daripada spesies sepang ( Caesalpinia sappan ) yang digunakan untuk
mewarnakan pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan
sebagai pewarna bahan makanan. Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah
mengkudu ( Morinda sp. ), merbau ( Intsia sp. ), sena ( Pterocarpus indicus )
dan akar kunyit ( Fibraurea chloroleuca ). Di samping kulit bakau, kulit pokok
punggai ( Coelostegia griffithii ), bayur ( Pterospermum sp. ), ketapang (
Terminalia sp. ), rhu ( Casuarina sp. ) dan rengas juga boleh digunakan bagi
menghasilkan bermacam-macam warna.

Damar dikutip daripada pecahan atau luruhan kulit batang bagi membuat
andang, pemetik api dan pemampal bahagian-bahagian perahu dan perabot.
Damar Mata Kucing yang dihasilkan daripada spesies merawan ( Hopea sp. )
dan Damar Perak yang dihasilkan daripada spesies cengal ( Neobalanocarpus
heimii ) lazimnya digunakan dalam industri penggilapan dan pembuatan
kertas. Agathis borrensis pula adalah pokok damar minyak yang digunakan
sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan dan rawatan tradisional, lampu
penyuluh, pemetik api, penampal bahagian bot yang bocor dan juga sebagai
asap penghalang nyamuk. Ia juga dieksport khususnya bagi pembuatan bahan
penggilap gred tinggi dan pelekat selain digunakan dalam pemprosesan kulit
haiwan.

Hutan juga adalah sumber getah yang penting. Misalnya, getah gutta-perca
yang didapati daripada pokok nyatoh taban merah ( Palaqquim gutta )
mempunyai ciri-ciri sebagai salah satu bahan bukan konduktor kuasa panas
atau elektrik. Getah ini tidak menganjal dan akan bertukar menjadi plastik
apabila dipanaskan pada suhu 820C ( 1800F ) dengan mengekalkan bentuk
yang digubah ketika ianya masih panas. Bahan ini mempunyai beberapa
kegunaan teknikal seperti membuat pemegang alat-alat pembedahan, bola-
bola golf, bahan penampal sementara gigi dan penutup corong-corong
kegunaan di makmal-makmal kimia.

Sebelum tanaman pokok-pokok getah ( Hevea brasiliensis ) diperkenalkan di


Semenanjung Malaysia, sumber-sumber getah asli diperolehi daripada pokok-
pokok hutan tropika terutama daripada tumbuhan pepanjat seperti akar-akar
gerit daripada famili Apocynacease. Di antara genera-genera pepanjat daripada
famili ini yang menghasilkan getah ialah Willughbeia, Leuconotis, Chilocarpus
dan Melodinus .

Buah dan biji-bijian liar yang terdapat di hutan Semenanjung Malaysia


menjadi sumber makanan fauna dan manusia. Di antara buah-buahan hutan
yang dijual di pasar-pasar tempatan adalah macang ( Mangifera foetida ),
jambu ( Eugenia sp. ), durian ( Durio sp. ), sentul ( Sandoricum koetjape ),
rambutan ( Nephelium sp. ), langsat ( Lansium domesticum ) dan manggis (
Garcinia mangostana ). Daun-daun asam gelugor ( Garcinia atroviridis ) dan
cemperai ( Champereia manillana ) pula boleh dijadikan sayur-sayuran
sementara biji-biji buah hutan seperti petai ( Parkia speciosa ) dan jering (
Pithecelobium jiringa ) pula boleh digulai atau dijadikan ulam. Enau yang
dikenali sebagai kabong ( Arenga pinnata ), sejenis palma besar yang hidup di
pinggir hutan dapat dijadikan sumber gula yang boleh dimasak bersama-sama
santan kelapa dan gula Melaka. Kini sumber pemakanan dari hutan telah
mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah sumber makanan tempatan.

Berbagai bahan daripada binatang-binatang di hutan menjadi buruan kepada


mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber
dagangan yang lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-
haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah, kulit harimau, badak,
harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung. Tahi atau najis
kelawar dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin
lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan
makanan atau perubatan.

Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan di hutan mengandungi unsur-unsur


racun yang dapat mengakibatkan kemudaratan jika tersalah penggunaannya.
Sesetengah tumbuh-tumbuhan mempunyai bulu atau duri halus yang boleh
mengakibatkan gatal dan lecur pada kulit manusia. Walaupun demikian,
terdapat beberapa tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai tuba untuk
menangkap ikan, racun serangga dan menghalau atau menghindari serangan
anai-anai. Di antara tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai tuba
termasuklah Derris elliptica ( tuba ), Anamirta cocuculus ( kris ), Diospyros
wallichi ( tuba buah ) dan Barringtonia scortechinni ( putat tuba ).Racun ipoh
yang didapati secara menoreh kulit pokok ipoh ( Antiaris toxicaria ) paling
terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di
kalangan Orang Asli.

Minyak-minyak daripada sayur-sayuran terdapat secara semulajadi dalam


buah-buahan dan biji-bijian tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan daripada
minyak-minyak kini boleh dimakan. Contohnya minyak daripada pokok
sengkawang dan ketapang. Terdapat sumber-sumber minyak daripada
tumbuhan. Contohnya penaga yang boleh digunakan untuk membuat bahan-
bahan seperti sabun, cat dan lilin.

Minyak bauan asli ialah sejenis minyak yang meruap dan terdapat lazimnya
pada pada bahagian-bahagian kulit, akar, daun, buah atau bunga tumbuh-
tumbuhan. Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum. Di antara
jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang sering dimanfaatkan sebagai bahan dasar
di dalam penghasilan minyak bau-bauan ini adalah kenangan, bunga tanjung
dan keruing gondol. Penaga dan pulasari pula adalah di antara jenis-jenis
tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam pembuatan bahan perisa dan
haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan.

Kawasan hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis pokok, palma, pokok
renek, herba dan paku-pakis yang berpotensi untuk didomestikasikan, dipilih
dan dipopularkan sebagai spesies tumbuhan yang sesuai bagi kegunaan
hiasan dan senitaman. Keunikan sifat tumbesaran dengan bunga-bunga yang
beranika bentuk, warna dan keharuman bau adalah ciri-ciri istimewa yang
terdapat pada kebanyakan tumbuh-tumbuhan kita. Pokok-pokok tempatan
seperti medang ( Cinnamomum sp. ), penaga ( Mesua sp. ), palma-palma palas (
Licuala sp. ), pinang hutan ( Pinanga sp. ), pokok-pokok renek delek (
Anisophyllea sp. ), herba-herba setawar ( Costus sp. ), lumbah ( Curculigo sp. )
dan berbagai spesies paku-pakis adalah merupakan antara tumbuhan hutan
spesies tempat yang mampu menawarkan kesan yang lebih berkesan bagi
kegunaan hortikultur hiasan dan senitaman di negara kita.
Selain itu, hutan adalah suatu sumber tanah yang penting. Memandangkan
kawasan hutan adalah luas, maka dengan pembukaan hutan yang terancang,
kawasan hutan berpotensi untuk berbagai kegunaan seperti ladang ternak,
tapak penempatan baru, kawasan ladang baru atau sebagai tapak untuk
kegiatan rekreasi dan pendidikan.

Dengan adanya hutan, ia telah memudahkan kajian-kajian terhadap flora


dan fauna. Walaupun berbagai spesies flora dan fauna telah dijumpai, namun
masih terdapat banyak lagi yang belum dikenali nama. Kehadiran hutan
membolehlkan penerokaan ilmu secara berkekalan ( Lampiran 8 ).

Hutan juga dijadikan sebagai tempat ideal untuk hutan simpanan bagi
pertumbuhan semulajadi flora dan fauna. Dengan kepupusan sesetengah
haiwan dan tumbuhan, hutan simpan adalah langkah penting untuk
menjamin populasi sesuatu flora dan fauna daripada diancam dan mengalami
kepupusan.

Kesimpulan :

Jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam
semulajadi, menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan
dan manusia. Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada
spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa banyak
genus dan famili yang masih belum lagi diketahui.

Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah


laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana, termasuk pertalian
ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan,
mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika.

Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan


keadaan semulajadi di hutan. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari
segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan
terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan
pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025.

Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan.


Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan
kerjasama daripada semua pihak bagi membendung pemusnahan hutan yang
berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk
generasi yang akan datang.
MANUSIA DAN HUTAN HUJAN TROPIKA
WAHIYAH BINTI MAHMUDDIN ( A 71906 )
FAKULTI SAINS KEMASYARAKATAN DAN KEMANUSIAAN
KANDUNGAN
1.Pendahuluan
2. Kegunaan hutan kepada manusia
2.1. Makanan dan minuman
.2.2. Pembalakan dan pendapatan negara
2.3. Perubatan
2.4. Kestabilan cuaca
2.5. Bahan api
2.6. Pertukangan
2.7. Perabot dan kraftangan
2.8. Lain-lain kegunaan
3. Kesimpulan
4. Bibliografi
5. Lampiran
PENDAHULUAN.
Hutan Hujan Tropika atau di kenali sebagai Hutan Malar Hijau Merupakan sejenis
hutan yang terdapat di Malaysia. Dengan keadaan suhu yang tinggi iaitu kira-kira
27 darjah celsius seragam sepanjang tahun dan hujan yang lebat di antara 1000 –
2000 mm setahun telah menggalakkan pertumbuhan pokok. Pokok tersebut
tumbuh secara berlapis-lapis, rapat dan bertaburan. Keluasan hutan di Malaysia
meliputi 47 % Di Semenanjung, 60% di Sabah dan 78% di Sarawak dengan purata
61% keluasan permukaan.
Hutan Hujan Tropika mempunyai beberapa jenis pokok kayu keras
kumpulan mahagoni yang bernilai tanggi seperti cenggal, meranti, seraya, balau,
ramin, merbau dan kapur. Di sampingitu, terdapat juga tumbuhan lain seperti
pokok kecil, herba, palma, dan paku-pakis.
Kekayaan dan khazanah yang terkandung di dalam hutan tersebut telah
memberi seribu satu rahmat khususnya dalam kehipan manusia. Melaluinya
manusia dapat meneruskan kehidupan.
KEGUNAAN HUTAN KEPADA MANUSIA
MAKANAN DAN MINUMAN
Tumbuh-tumbuhan di Hutan Hujan Tropika memberikan sumber makanan
terutamanya kepada orang asli dan masyarakat tempatan. Bahagian-bahagian
tumbuhan yang digunakan sebagai makanan termasuklah daun, ubi, buah dan
bijirin. Keladi liar (Dioscorea sp) misalnya salah satu sumber karbohidrat yang
utama bagi masyarakat asli. Manakala buah-buahan hutan seperti durian (Durio
zebethinus) merupakan sunber karbohidrat yang kedua bagi kaum Semang selain
dari buah tampoi (Baccaurea Griffithii) yang juga dapat dijadikan minuman keras.
Biji-bijian tumbuhan dari jenis kekacang famili Leguminosae khususnya
petai (Parkia spesia), kerdas (Pitnecellobium bubalinum) dan perah
(Elateriospermum tapos) turut menjadi makanan kepada kebanyakkan masyarakat
tempatan lain., malahan turut diperdagangkan. Di samping itu, terdapat juga
pepanjat atau akar dan liana yang menjadi sumber air minuman di hutan seperti
akar setawan (Poikilospermum suareeolens), akar kait (Uncaria sp.), rotan dan
buluh.
PEMBALAKAN DAN PENDAPATAN NEGARA.
Sektor perhutanan di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan sosio ekonomi negara sama ada dari segi pendapatan, pertukaran
asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Hal ini berlaku kerana Malaysia
mempunyai sumber kayu keras yang bernilai seperti cengal, meranti, seraya dan
merbau. Pengeluaran balak di Semenanjung Malaysia telah meningkat kepada 12.
1 juta meter padu pada tahun 1989 berbanding hanya 11.1juta meter padu pada
tahun 1988.
Penggunaan kayu keras tropika dari spesis yang kurang terkenal turut giat
digunakan seperti dari spesis pauh kijang ( Irvingia malayana ), tempinis
( Streblus elongatus), merbatu ( Meranthes corymbosa) dan derum ( Cratoxylum
sp. ) serta yang berdiameter kecil seperti kayu getah bagi menampung penggunaan
kayu keras tropika di Semenanjung Malaysia.
Hasil-hasil eksport sektor perhutanan termasuklah kayu gergaji, papan lapis,
kayu kumir, venir dan perabot. Kayu balak dieksport terutamanya ke negara Jepun,
Taiwan dan Korea Selatan. Nilai eksport balak dan barangan kayu telah
mencatatkan sebanyak RM 21 billion atau 40 % daripada jumlah pendapatan
negara di antara bulan Januari hingga September 1990.
Pengembangan sektor ini bukan sahaja mengembangkan sektor pembalakan,
malah meluaskan sektor perindustrian seperti pembinaan kilang papan dan perabot
seperti di kebanyakkan kawasan di Kuching, Sibu danSandakan. Hal ini juga turut
menambah peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
PERUBATAN.
Hutan Hujan Tropika turut membekalkan bahan-bahan asas perubatan,
terutamanya perubatan tradisional. Di antara tumbuh-tumbuhan yang dapat
digunakan sebagai perubatan tradisional termasuklah :
POKOK TONGKAT ALI.
Tongkat Ali atau dikenali sebagai Eurycoma longfolia dalam nama sainsnya ialah
sejenis herba tradisional yang terkenal di kalangan kaum Melayu dan Bumiputra
di Malaysia. Tongkat Ali berupaya melengkapkan nutrien harian, meningkatkan
kekuatan batin kaum lelaki , menyihatkan tubuh badan, menguatkan pinggang dan
buah pinggang, merendahkan tekanan darah tinggi, melegakan
reumatisme,keletihan, membaiki masalah mati pucuk dan lain-lain lagi. Tegasnya,
Tongkat Ali mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.
Penggunaan Tongkat ali dalam perubatan telah dipelbagaikan cara
penggunaannya bagi memudahkan orang ramai mengambilnya. Syarikat CNI
misalnya, telah memperkenalkan kapsul Tongkat Ali dan kopi ginseng Tongkat Ali
yang diperbuat daripada bahagian akar Tongkat Ali. Kedua-dua produk ini
dihasilkan dengan teknik kering beku dan teknik nyah kuman melalui sinaran
gamma. Dikalangan masyarakat melayu lazimnya Tongkat Ali dimakan dengan
cara meminum air rebusannya.
POKOK KACIP FATIMAH.
Pokok Kacip Fatiamah atau nama sainsnya Labisia Pumila turut dijadakan sumber
perubatan untuk mengubati sakit puan, cirit birit dan kembung perut.
PETAI
Petai atau Parkia speciosa merupakan tumbuhan liar di hutan Hujan Tropika
dengan ketinggian mencapai 50 metar tingginya. Petai dikatakan dapat mengatasi
masalah kencing manis dengan cara memakannyan sama ada secara mentah atau
dibuat jeruk.
MENGKUDU.
Pokok Mengkudu juga merupakan salah satu tumbuhan yang terdapat di Hutan
Hujan Tropika. Terdapat tiga jenis pokok mengkudu iaitu, Morinda citrifolia,
Morinda elliptica dan Morinda umbellata. Morinda citrifolia yang buahnya boleh
dimakan amat sesuai bagi membersihkan darah dan mengawal penyakit kencing
manis serta menurunkan tekanan darah tinggi. Manakala daunnya pula dikatakan
dapat mengubati penyakit demam dan sakit perut dengan cara melayurkannya dan
didemah pada dada dan perut.
Morinda elliptica pula didapati dapat menyembuhkan sakit buasir.
Manakala pokok mengkudu jenis Morinda umbellata dapat digunakan untuk
mengubati penyakit kulit. Peyakit kulit dapat diubati dengan cara menyapu air
rebusan akar pokok pada kulit.
KESTABILAN CUACA.
Pengaruh Hutan Hujan Tropika memberi kesan yang besar terhadap kestabilan
cuaca di Malaysia. Semasa proses fotosintesis berlaku, tumbuhan akan menyerap
karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Pengulangan proses tersebut akan
menolong melembabkan dan menyamankan udara melalui wap-wap air yang
terhasil. Pokok-pokok tersebut juga berfungsi sebagai agen pembersih udara yang
seterusnya akan membawa kepada kestabilan cuaca. Kestabilan cuaca ini amat
penting kepada manusia kerana ia melibatkan keselesaan hidup. Pokok-pokok juga
ditanam sama ada di bandar-bandar atau di sepanjang jalan raya bagi tujuan
tersebut, di samping bertindak sebagai zon penyerap bunyi dan menambah
keindahan persekitaran. Penghasilan oksigen oleh tumbuhan juga penting kepada
manusia untuk pernafasan.
BAHANAPI
Penggunaan kayu-kayan sebagai bahanapi atau bahan bakar merupakan cara yang
sudah lama digunakan untuk keperluan harian seperti memasak dan digunakan di
kilang-kilang. Sehingga kini, penggunaan kayu-kayan sebagai bahanapi masih lagi
digunakan terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.
Walau bagaimanapun bahan tersebut telah berkurangan kerana terdapat sumber
atau bahan lain yang lebih baik seperti penggunaan batu arang, pertroleum, gas asli
dan kuasa elektrik.
PERTUKANGAN.
Pertambahan penduduk yang pesat telah mengakibatkan meningkatnya permintaan
terhadap kayu-kayan sebagai bahan binaan. Penggunaan bahan binaan berunsur
kayu terus mendapat sambutan walaupun penggunaan batang besi dan simen
semakin bertambah. Kayu-kayan dijadikan papan lapis dan kayu gergaji bagi
tujuan pembinaan bangunan dan rumah. Penggunaan daun nipah turut digunakan
bagi tujuan membina tempat tinggal khususnya di kawasan pedalaman dan
masyarakat orang asli. Buluh juga turut digunakan sebagai bahan binaan yang
murah seperti untuk membuat titi dan tangga.
Perkembangan sektor perikanan dan perkapalan turut memaksimumkan lagi
penggunaan kayu. Kayu-kayan telah di jadikan bahan asas membina sebuah
perahu, bot dan kapal. Jenis kayu yang digunakan termasuklah kayu cenggal, kayu
meranti dan kayu balau.
PERABOT DAN KRAFTANGAN.
Di samping digunakan sebagai sumber bahan binaan seperti rumah dan ka.pal,
hutan Hujan Tropika turut menyediakan bahan binaan membuat perabot seperti
almari, meja, kerusi dan katil. Kayu-kayan yang bermutu seperti cenggal dan
meranti bukan sahaja menghasilkan perabot yang bermutu tinggi, malahan lebih
murah berbanding peraabot yang diimport dari luar negara.
Terdapat juga perabot yang dihasilkan dari rotan yang turut mendapat
sambutan dari masyarakat. Rotan juga turut dijadikan pelbagai barangan
kraftangan seperti bakul dan dulang oleh masyarakat asli untuk dijual kepada
penduduk kampung dan pekan. Di samping itu, buluh juga telah digunakan untuk
membuat perabot, bakul, kayu sepit dan pencungkil gigi.
LAIN-LAIN KEGUNAAN
Di antara kegunaan lain Hutan Hujan Tropika termasuklah menghasilkan gentian
tiruan seperti rayon dan accetate. Gentian-gentian ini di hasilkan menerusi
pemprosesan selulos tumbuh-tumbuhan.
Bahan-bahan seperti getah daripada pokok jelutong (Dyera costulata) juga
telah digunakan dalam pengeluaran gula-gula getah pengunyah (chewing gum).
Penghasilan kapur telah diperolehi daripada pokok kapur , manakala resin, bahan
pencelup (dragon’s blood) telah diperolehi daripada pokok palma dan pokok rotan.
Melalui penyelidikan terbaru yang dijalankan, didapati bahan asas bagi memproses
minyak wangi tempatan telah ditemui iaitu dari minyak pokok Keruing Gondol
(Dipterocarpus kerrii).
Di samping itu, Tumbuhan hutan juga diperlukan dalam penghasilan gam
dan turpentin. Buluh Betong (Dendrocalamus asper) misalnya turut digunakan
untuk menghasilkan alat muzik seperti angklung.
Kayu-kayan turut digunakan sebagai bahan membuat pulpa dan kertas.
Lebih kurang ¼ daripada kayu-kayan telah digunakan bagi tujuan tersebut. Hal ini
berlaku akibat perkembangan perusahaan mencetak dan kegunaan yang berkaitan.
KESIMPULAN.
Hutan Hujan Tropika merupakan salah satu khazanah alam yang tidak terhingga
nilainya. Nilainya kepada manusia amatlah besar. Faedah dan kepentingan hutan
kepada manusia bukan sekadar menghasilkan balak dan keluaran hutan lain seperti
rotan, buluh dan nipah tetapi sebagai bahan makanan manusia dan digunakan
sebagai
Punca pendapatan. Oleh yang demikian, menjadi tugas manusia untuk mengurus
dan memelihara khazanah tersebut dengan baik dan teratur agar ia akan terus
berkekalan
Bibliografi.
Ahmad Ismail. 1999. Etnobotani: tumbuhan, manusia dan kehidupan.Bangi :
UKM.
A. A.    Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
CNI. 1999. CNI Tongkat Ali. Shah Alam : CNI Enterprise (m) Snd, Bhd.
Goh Cheng Leong. 1987. Geografi Fizikal dan Manusia. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Snd. Bhd.
Katimah Rostam Tengku Dalam.1989. Geografi manusia. Kuala Lumpur : Nurin
Enterprise.
Keng Su Seng. 1998. Geografi Alam Sekitar dan Manusia STPM. Shah Alam :
Fajar Bakti.
 

You might also like