You are on page 1of 21

Senarai Kandungan

Bil Perkara Halaman


1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Dapatan Kajian
- Konsep Pencemaran Alam Sekitar
- Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin
Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
- Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin
Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
- Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin
Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
- Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran
Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100
Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Bahan Grafik
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran Geografi
Tingkatan 3 Berdikari Tahun 2011, Puan Shahazanzurina bt Mat Daud, atas segala tunjuk
ajarnya kepada saya. Segala informasi yang beliau berikan di dalam kelas dapat saya
praktikkan sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 Tahun
2011 ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, tidak mungkin dapat saya siapkan tugasan ini dengan
sempurna.

Seterusnya, saya turut mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua ibu bapa, Salihan bin Selamat dan Khairul Nisa Sulaiman di atas sokongan
mereka. Mereka telah menyediakan segala keperluan yang saya minta sepanjang proses
menyiapkan folio ini. Mereka turut bekerjasama memberikan pelbagai maklumat yang saya
perlu ketika membuat kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan dan kesemua pihak telibat
dalam proses pembuatan kerja kursus ini – Syafiqah Pillay, Teivardashni, penduduk
Taman Shamelin Perkasa, etc. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin saya boleh
melengkapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2011 ini.

~ Terima Kasih ~
Pendahuluan
Saya, Nur Farrah Hanis bt Salihan telah memilih tugasan 1 Kerja Kursus Geografi PMR 2011
yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebab- sebab saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian bagi kerja kursus saya tahun
ini adalah kerana terdapat banyak jenis pencemaran alam sekitar yang jelas dilihat di
Taman Shamelin Perkasa. Ini dapat memudahkan tugasan saya yang sudah terang lagi
bersuluh merangkumi topic pencemaran alam sekitar.

Selain itu, penduduk di Taman Shamelin Perkasa memberi kerjasama yang amat
memuaskan ketika proses temu bual dijalankan. Hal ini amat menggembirakan saya
kerana informasi-informasi yang diberi penduduk dan informasi yang saya jumpa di dalam
internet mencukupi untuk melengkapkan tugasan saya ini dengan sempurna.

Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk menyiapkan kajian saya sebelum
kesemua informasi yang saya perolehi boleh dimuatkan ke dalam Kerja Kursus Geografi
PMR 2011 ini.
Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah yang telah saya gunakan sepanjang proses melengkapkan Kerja
Kursus Geografi PMR 2011.

Antaranya, Kaedah Pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap pencemaran


alam sekitar yang berlaku di Taman Shamelin Perkasa. Memang jelas dapat dilihat kejadian
pencemaran yang sedang berlaku di kawasan kajian tersebut. Antara pencemakan yang dapat
saya perhatikan termasuklah pencemaran udara, bunyi dan bau.

Selain itu, saya juga telah menggunakan Kaedah Temu Bual di mana saya telah menemu
bual 3 orang individu yang masing-masing menetap, bekerja dan bersekolah di Taman
Shamelin Perkasa. Borang temu bual yang telah diisi dengan lengkap ada disematkan di
dalam folio ini.

Seterusnya, saya turut menjalankan Kaedah Soal Selidik. Dalam kaedah ini, saya telah
mengedarkan 20 helai boring soal selidik untuk diisi sesiapa sahaja yang berada di Taman
Shamelin Perkasa semasa saya sedang menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar
di kawasan tersebut. Borang ini juga ada digabungkan di dalam folio ini.

Berikut merupakan 3 kaedah kajian tentang pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin
Perkasa yang telah saya gunakan untuk melengkapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2011 ini.
Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar di Taman
Shamelin Perkasa.

Antaranya kita dapat mempelajari konsep pencemaran alam sekitar. Selain itu, kita juga
dapat mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar. Kita juga boleh mengetahui punca
pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, kita boleh menyatakan kesan pencemaran alam sekitar sekali gus
memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Akhir sekali, kita
dapat memberikan penerapan nilai ataupun unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Kawasan Kajian
Saya telah memilih Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian bagi Kerja Kursus Geografi PMR 2011.
Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Antara contoh pencemaran alam sekitar adalah pencemaran udara, air, tanih, bunyi dan bau.
Pencemaran udara biasanya diakibatkan oleh pelepasan asap kenderaan. Contoh pencemaran
air pula adalah pembuangan sampah sarap dan toksik ke dalam sungai atau tasik.
Pencemaran tanih berlaku apabila petani menggunakan kaedah sembuaran racun perosak
serangga. Pancemaran bunyi pula biasanya berlaku di bandar-bandar yang dipenuhi dengan
kereta. Ada kereta yang mengeluarkan bunyi enjin yang amat kuat. Akhir sekali adalah
pencemaran bau yang memang tidak asing lagi. Pencemaran ala mini berlaku di mana-mana
tempat kerana masyarakat kini mempunyai sikap tidak bertanggungjawab dan sering
membuang sampah sarap di merata-rata tempat.

Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras,


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang jelas dilihat di Taman Shamelin
Perkasa.

Pertamanya, pencemaran udara. Ini jelas dilihat dan dianggap pencemaran yang paling
ketara di tempat kajian. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap kenderaan dan
kilang-kilang kecil yang banyak terdapat di sekitar kawasan kajian. Taman Shamelin Perkasa
sering dipenuhi kereta kerana terdapat banyak pejabat dan empat buah sekolah di situ. Ada
juga banyak petempatan. Dengan adanya perkara-perkara tersebut, pencemaran udara
memang sentiasa berlaku di Taman Shamelin Perkasa.

Selain itu, pencemaran bunyi turut berlaku di Taman Shamelin Perkasa. Pencemaran ini
disebabkan kawasan kajian merupakan kawasan petempatan yang lengkap dengan sekolah
dan pejabat. Ada juga banyak kilang-kilang kecil di sekitar kawasan kajian. Kehadiran
banyak kenderaan mendatangkan pencemaran bunyi. Jeritan murid-murid sekolah setelah
habis waktu persekolahan juga mendatangkan ketidak selesaan penduduk kerana bunyi yang
bising.

Seterusnya, pencemaran bau. Jenis pencemaran ini memang sering berlaku di sini. Bau
sampah sarap yang dibuang merata-rata tempat mendatangkan bau yang amat busuk. Ada
juga longkang-longkang yang tidak diselenggara dengan baik yang menghasilkan bau yang
meloyakan. Selain itu asap-asap kilang dan kenderaan turut mengeluarkan bau busuk.

Punca pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras,


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya, kenderaan. Taman Shamelin Perkasa sering dipenuhi kenderaan kerana terdapat
empat buah sekolah dan banyak pejabat di kawasan ini. Kenderaan merpakan faktor utama
pencemaran alam sekitar di kawasan kajian kerana mendatangkan banyak jenis pencemaran.
Asap kenderaan mendatangkan pencemaran udara dan bau. Enjin kenderaan yang diubah suai
pula menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

Seterusnya, sampah sarap. Kawasan kajian yang merupakan sebuah kawasan petempatan
memang banyak dipenuhi sampah sarap. Terdapat empat buah sekolah di kawasan ini dan
terdapat beberap gerai di tepi jalan di mana murid-murid sering membeli barang makanan
selepas waktu persekolahan. Anak-anak kecil ini yang masih naïf akan membuang sampah
sisa makanan mereka merata-rata tempat. Sampah sarap mendatangkan pencemaran baud an
imej yang tidak elok untuk Taman Shamelin Perkasa.

Selain itu, pembinaan. Di kawasan kajian, sebuah pembinaan pusat membeli belah sedang
dijalankan. Akibat buruk daripada pembinaan ini adalah masalah pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran udara, bunyi dan bau. Bunyi peralatan pembinaan yang digunakan sangat
kuat dan menggangu penduduk. Habuk hasil pembinaan turut mendatangkan pencemaran
udara dan tidak elok untuk individu yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma.

Akhir sekali, perniagaan dan petempatan. Taman Shamelin Perkasa sebuah kawasan
petempatan. Terdapat pelbagai jenis kedai dan gerai di sekeliling kawasan kajian. Perkara ini
mendatangkan banyak pencemaran. Pencemaran udara berlaku akibat asap kenderaan. Selain
itu peniaga dan penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap merat-rata
tempat dan menyebabkan pencemaran bau.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap alam
sekitar yang telah dianugerahi tuhan.

Kesan pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras,


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa telah mendatangkan banyak kesan
negative yang agak mendatangkan masalah bagi penduduk.

Pertamanya, pelepasan asap kilang dan kenderaan telah menyebabkan berlakunya


hujan asid dan jerebu. Hujan asid menjadi sebuah masalah kerana boleh menyebabkan
penyakit kulit. Dinding-dinding rumah juga turut terjejas akibat masalah ini. Jerebu pula telah
membuat kawasan ini berhabuk dan sesiapa yang berada di Taman Shamelin Perkasa akan
menghadapi masalah untuk melihat dalam jarak yang jauh kerana jerebu yang tebal.

Seterusnya, masalah pencemaran juga ada mendatangkan penyakit seperti penyakit


kulit atau penyakit yang melibatkan pernafasan. Penyakit lain seperti demam denggi dan
keracunan makanan turut dilihat. Ini disebabkan masalah pembuangan sampah merata-rata
serta system saliran yang tidak baik menyebabkan air bertakung – tempat pembiakan
nyamuk.

Selain itu, oleh kerana kawasan ini dikelilingi kilang dan pertempatan, ada berlakunya
masalah pulau haba yang menyebabkan peningkatan suhu. Kawasan Taman Shamelin
Perkasa sememangnya panas terutama pada waktu tengah hari dan kadang kala pada waktu
malam.

Akhir sekali, pelepasan asap kilang dan kenderaan turut menyebabkan udara tercemar
dan sampah-sarap yang dibuang merata-rata berbau busuk. Penduduk amat tidak selesa
dengan keadaan in kerana mengganggu kehidupan harian mereka.

Sebagai seorang warganegara, kita haruslah lebih prihatin akan alam sekitar.

Cadangan untuk Mengurangkan Kesan pencemaran Alam Sekitar di Taman


Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pencemaran alam sekitar di Taman Shamelin Perkasa telah menjadi sangat ketara dan
langkah mengurangkan kesan pencemaran haruslah dijalankan dengan segera.

Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ini boleh diatasi dengan kaedah penguat
kuasaan undang-undang. Pihak kerajaan boleh mendenda individu yang membuang
sampah merata-rata seperti yang sedang giat dijalankan di Singapura. Kenderaan dan kilang
pula patut dilengkapi dengan penapis asap dan catalytic converter untuk mengurangkan
pencemaran.

Selain itu, Kempen Cintai Alam Sekitar patut dianjurkan di kawasan ini. Kempen seperti
itu dapat memupukkan kesedaran penduduk untuk menghargai alam sekitar. Kempen itu
boleh dianjurkan di dewan sekolah-sekolah di sekeliling kawasan kajian.

Seterusnya, murid-murid sekolah harus dilengkapi dengan pendidikan alam sekitar, bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anka dan muda-mudi yang didik
dari usia kecil akan lebih memahami kesan buruk pencemaran alam sekitar.

Akhir sekali, sebuah tapak pelupusan sampah patut diwujudkan. Dengan ini, penduduk
diharapkan akan lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat
lagi.

Kita haruslah bekerjasama menuju ke arah negara bebas pencemaran kerana alam ini akan
diwarisi anak dan cucu kita kelak.

Bahan Grafik

1. Peta Minda
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran
Alam Sekitar
2. Jadual

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Shamelin


Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Bil Jenis Punca Kesan Cara Menangani
Pencemaran
1 Pencemaran - Asap - Hujan asid - Kuat kuasa
Udara Kenderaan - Jerebu undang-undang
- Asap Kilang - Penyakit - Kempen cintai
- Pembinaan - Suhu Meningkat alam sekitar

2 Pencemaran - Kenderaan - Ketidakselesaan - Pendidikan


Bunyi - Perkilangan penduduk moral
- Pembinaan - Menjatuhkan - Ceramah
- Petempatan imej Negara kesedaran
- Perniagaan penduduk
3 Pencemaran - Asap kilang dan - Menjatuhkan - Kempen
Bau kenderaan imej Negara kesedaran
- Habuk - Bau busuk - Pendidikan di
pembinaan - Ketidakselesaan sekolah
- Petempatan dan Penduduk - Kuat kuasa
perniagaan undang-undang
- Sampah sarap - Mewujudkan
tapak pelupusan
sampah

Rumusan

Saya Nur Farrah Hanis bt Salihan telah mengambil masa selama lebih kurang sebulan untuk
membuat kajian bagi melengkapkan Kajian Geografi Tempatan PMR 2011 ini.
Selama proses menyiapkan folio ini, saya telah pelajari pelbagai perkara baru. Saya telah
memilih untuk mengkaji tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku berhampiran sekolah
saya iaitu di Taman Shamelin Perkasa. Sepanjang kajian saya, saya telah mendapati bahawa
kawasan tersubaut memang banyak menghadapi masalah pencemaran alam sekitar.

Kawasan kajian yang merupakan sebuah kawasan petempatan yang juga dikelilingi banyak
kilang-kilang kecil sememangnya amat terdedah dengan pencemaran seperti pencemaran
udara, bau dan bunyi.

Saya telah berpeluang meminta pendapat beberapa penduduk di kawasan kajian dengan
mengedarkan boring-borang soal selidik yang telah saya selitkan dalam folio ini pada
bahagian lampiran. Saya juga telah manemubual 3 orang yang terdiri daripada penduduk
kawasan kajian, murid yang bersekolah di situ dan guru yang berkerja di kawasan tersabut.

Secara intihalnya, folio ini dapat saya lengkapkan dengan sempurna dengan bantuan beberapa
pihak seperti penduduk kawasan Taman Shamelin Perkasa, rakan-rakan, guru dan ibu bapa.

Dalam menyiapkan folio ini, saya mempelajari bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita
haruslah mula mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan masalah pencemaran
alam sekitar di Negara ini kerana pencemaran yang berterusan akan menghasilkan impak
yang besar kepada dunia.

Ingatlah, kita sekadar menjaga bumi ini sebelum generasi akan dating bangkit mewarisinya
daripada kita. Adakah kita ingin anak dan cucu kita hidup bertemankan sampah sarap? Tepuk
dada, tanya selera.

~ SEKIAN ~

Rujukan

You might also like