You are on page 1of 6

KURSUS : FALSAFAH DAN

LOGIKA MELAYU
KOD KURSUS : JXEA1104
TAJUK : KARYA KLASIK
NAMA : MARY KWAN
NO. MATRIK : JEA080165
SESI : 2008/2009
SEMESTER : SATU
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN
MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH
BTE ABD. RAHMAN
PENGENALAN

Pantun ialah satu bentuk sastera lisan dan hingga sekarang tidaklah dapat

ditentukan tarikh bilakah pantun mulanya pantun popular dalam masyarakat Melayu.

Sebagaimana genre-genre puisi yang lain, pantun mungkin telah wujud dan terkenal sejak

daripada zaman permulaaan lagi, iaitu terdahulu daripada kedatangan Islam, bahkan lebih

awal daripada kedatangan Hindu.

Pantun juga merupakan warisan Melayu di alam Melayu. Menurut Anthony

Reid(1988:230-231) mengutip daripada Alana (1668 (3):34-35) bahawa orang Visaya

menyanyikan bikal antara dua orang lelaki dengan dua orang perempuan yang

menyanyikan balak (lagu cinta). Menurut Reid lagi di Siam dan Laos, quantrin ini juga

dinyanyikan di Vietnam (ly), di kalangan orang Jawa ( parikan ), orang Sunda

(susuwalan), orang Batak (umpama), orang Melayu (pantun). Tradisi berpantun ini bukan

sahaja khusus tradisi Melayu di Tanah Melayu dan Sumatera tetapi merupakan tradisi

rantau ini, tradisi Alam Melayu.

Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud atau sampiran

atau isi, tetapi kedua-dua bahagian tersebut bertaut secara integrative sehingga menjadi

pengucapan yang indah. Dua bahagian tersebut ibarat dua struktur yang saling

melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi satu, menjadi pantun. Daillie

(Daillie Francois Rene, 1990:131) menyebut kedua-dua struktur itu ibarat body and soul

atau “ jasad dan roh ”, tetapi menyedari falsafah Descrates, jasad dan roh tidak wujud

sebagai kesatuan iaitu dualisme kerana kedua-duanya berasal daripada sumber yang

berbeza. Namun dalam tradisi Melayu-Islam, jasad dan roh itu tergabung menjadi satu

menjadi manusia, maka begitulah pantun Melayu.


Tradisi pantun-berpantun merupakan perkara yang semulajadi atau fitrah kepada

mereka yang pandai berpantun dalam masyarakat Melayu. Dalam Pantun Melayu

terdapat pelbagai jenis pantun seperti Pantun Kanak-kanak, Pantun Patriotik, Pantun

Adat, Pantun Nasihat, Pantun Budi, Pantun Agama, Pantun Dondang Sayang, Pantun

Erotis atau Humor dan Pantun Nasihat. Kesemua pantun tersebut memainkan peranan

masing-masing dalam menyampaikan mesej sama ada menyindir, menasihat, dan

menanam semangat kepada masyarakat agar sedar akan ketelanjuran kata maupun bahasa

dalam kehidupan seharian.

Ta-teh setahun lagi,


Pandai berjalan pandai berkata,
Ta-teh sebulan lagi,
Boleh jadi bujang perkasa,
Buai tinggi,
Sampai ke cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab,
Oh bulan,
Di mana bintang,
Sudah terlindung di kayu ara,
Oh! Sayang,
Di mana bujang,
Bujang perkasa.

Pantun kanak-kanak yang selalu digunakan orang ialah semasa ibu-ibu

ataupun nenek-nenek memanjakan anak-anak atau cucu-cucunya. Ketika ibu-ibu atu

nenek-nenek menimang anak-anak atau cucu-cucu mereka sambil itu mereka

menyanyikan pantun untuk menanam semangat keperkasaan jiwa anak-anak atau cucu-

cucu mereka supaya cergas, dapat berjalan dan sebagainya.

Sehubungan itu, Pantun Kanak-kanak ini digunakan untuk menyemaikan

semangat dalam jiwa dan sanubari kanak-kanak dengan harapan apabila mereka sudah
dewasa nanti mereka akan menjadi orang yang bijak, bersemangat serta

bertanggungjawab kepada dirinya sendiri dan juga kepada bangsa dan negara.

Pokok jati dahannya rendang,


Tumbuh sebatang tepian pantai,
Biar mati bertindih tulang,
Pada hidup cerminkan bangkai.

Anak enggang di dahan berangan,


Terbang seekor menuju ke sawah,
Selagi keris masih di tangan,
Pantang pahlawan menyerah kalah.

Perahu payung layarnya merah,


Belayar menuju arah utara,
Keris dipegang bersintokkan darah,
Adat pahlawan membela Negara.

( Alias Yunus,1996 : 261 )

Pantun di atas adalah merupakan Pantun Patriotik. Kita sedia maklum

bahawa Pantun Patriotik kebiasaannya menggambarkan semangat kepahlawanan dan

keperwiraan para pengikutnya. Alias Yunus ( 1966 : 25 ) menyatakan bahawa pahlawan

Melayu dahulu sering menggunakan pantun untuk menaikkan semangat pahlawan dan

pengikutnya. Pendapat ini mengingatkan betapa orang Melayu Melaka pada masa lalu

membaca Hikayat Muhammad Ali Hanafiah untuk membangkitkan semangat pahlawan

Melayu mempertahankan tanah air daripada serangan tentera Portugis.

Dalam konteks pantun di atas juga, menyatakan bahawa setiap pahlawan

perlu menjaga kehormatan, harga diri serta maruah dan tahu malu. Bagi pahlawan, dalam

perjuangan daripada hidup menanggung malu lebih baik mati sahaja. Selain itu, seorang

pejuang juga ialah seorang yang berpendirian, berprinsip dan bukannya seperti lalang

ditiup angin cepat melatah. Sehubungan itu, seorang pejuang juga merupakan seorang

yang rasa cinta akan negara, bangsa dan keluarga. Hal ini disebabkan semangat patriotik
sudah sebati dan menjadi darah daging dalam sanubari mereka. Justeru, sukar untuk

melunturkan semangat pahlawan atau kesetiaan mereka dalam unutk mempertahankan

negara.

Penakek pisau seraut,


Ambil galah batang lintabong,
Seludang ambil ke nyiru,
Setitis jadikan laut,
Sekepal jadikan gunung,
Alam terkembang jadikan guru.

Seterusnya ialah pantun enam kerat yang juga merupakan salah satu jenis

pantun Melayu. Pantun ini adalah merupakan perbilangan adat Melayu. Pantun ini tidak

seharusnya tinggal di dalam lipatan hidup masyarakat Melayu. Ia harus dihayati dan

dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana disebalik keindahan bahasa

terdapat falsafah yang tinggi dan dijadikan pedoman hidup serta motivasi di dalam

mencapai kejayaaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan daripada ungkapan ini

ialah memotivasikan diri supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.

Pantun enam kerat ini juga menyeru agar kita berikhtiar dan berusaha juga

berdaya kreatif. Selain itu, pantun ini juga menyemaikan nilai positif dan optimis

bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidup. Kejayaan

dapat dicapai melalui usaha yang berterusan. Pandangan yang terpancar daripada

ungkapan ini juga adalah selaras dengan ajaran Islam untuk berusaha, bersabar dan

bertawakal. Al-Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai daya ikhtiar.

Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan umat Islam seperti yang

diperjelaskan oleh Syed Naquib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di dalam

pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang

dibawa oleh al-Quran yang menganggap manusia sebagai “ mempunyai daya ikhtiar “
Abdul Latif Abu Bakar dan Othman Puteh. 1995. Globalisme dan Patriotisme dalam
Sastera Melayu. Kuala Lumpur. Universiti Malaya

Alias Yusof. Pantun Melayu Sastera Rakyat.1966. Selangor. Federal Berhad.

Zainal Abidin Borhan. Pantun Dondang Sayang Melaka: Olahan Kasih Melayu, Bil.6,
Hlm .41, 6-8 September 1999.

http://ms.wikipedia.com/wiki/pantun

http://penyair.wordpress.com/2008/02/19/pantun-patriotik

http://w3.spancity.com/yosi/kaedah/mengarang- pantun.htn

You might also like