You are on page 1of 9

KURSUS : FALSAFAH DAN

LOGIKA MELAYU
KOD KURSUS : JXEA1104
TAJUK : TOKOH FALSAFAH
NAMA : MARY KWAN
NO. MATRIK : JEA080165
SESI : 2008/2009
SEMESTER : SATU
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN
MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH
BTE ABD. RAHMAN
PERKARA MUKASURAT

Pengenalan 1

Pemikiran dan Falsafah BUYA HAMKA dalam 2-4


Menegakkan Dunia Islam

Penutup 5

Bibliografi 6

Lampiran Gambar BUYA HAMKA 7-9


PENGENALAN

Hamka ( 1908-1981) adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin

Abdul Karim Amrullah. Beliau lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17

Februari 1908 dan meninggal dunia di Jakarta 24 Julai 1981. Beliau diberikan gelaran

Buya Hamka, iaitu gelaran atau panggilan untuk orang Minangkabau yang berasal

daripada perkataan abi dan abuya dalam bahasa Arab yang bermaksud ayah kami atau

seseorang yang dihormati. Ayahnya Syeikh Abdul Karim bin Amrullah dipanggil Haji

Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari

Mekah. Hamka seorang tokoh yang lahir daripada keluarga yang harmoni dan berkah.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah

Dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera

Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa

Arab. Hamka juga pernah mengikuti kelas agama di surau dan masjid yang disampaikan

ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid dan Sultan Mansur.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan

Tebing, Medah dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Setelah itu, Hamka

dilantik menjadi sebagai pensyarah di Universiti Islam, Jakarta, Indonesia dan Universiti

Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 sehingga 1958. Selepas itu, beliau

dinaikkan pangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor

Universiti Mostapo, Jakarta. Pada tahun 1951 sehingga 1906 beliau menjawat-jawatan

sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia.


PEMIKIRAN DAN FALSAFAH BUYA HAMKA DALAM MENEGAKKAN
DUNIA ISLAM

Ketokohan Buya Hamka dalam menegakkan atau mempertahankan agama Islam

terbukti apabila beliau berjaya menemui teori persejarahan kedatangan Islam di

Nusantara. Beliau dengan tegas menolak pandangan orientalis yang mengatakan Islam

datang dari Benua Kecil India. Buya Hamka telah membentangkan kajiannya dalam

seminar Kedatangan Islam di Medan pada tahun 1963. Beliau menyatakan Islam di

Nusantara datang atau berasal dari Semenanjung Arab pada zaman permulaan Islam lagi

iaitu pada kurun ke -7 Masihi. Beliau menegaskan lagi pendapat ini untuk menolak

pendapat Sarjana Barat yang mendakwa Islam yang dianuti di Nusantara tidak asli

sebaliknya dipengaruhi oleh kebudayaan dan pengaruh Hindu dan Buddha. Sumbangan

penulisan terbesar beliau dalam bidang sejarah ialah Sejarah Umat Islam sebanyak 4 jilid

yang diusahakan selama lebih dari 30 tahun.

Selain itu, Hamka mempertahankan Bahasa Melayu-Indonesia yang banyak

terdapat daripada istilah dan perbendaharaan Arab. Apabila wujud usaha untuk menolak

kalimah Arab dan menggantikannya dengan istilah Sanskrit dengan satu contoh beliau

mengajak agar kalimah hajat ditukar dan keperluan dalam bahasa Melayu kepada istilah

butuh. Justeru sekiranya hendak menolak ciri-ciri Arab dan Islam, maka bahasa Melayu

, Indonesia wajib digunakan walaupun dengan secara karut-marut, tegasnya.

Buya Hamka juga adalah seorang jurudakwah dan ulama yang lembut

perwatakan. Namun, beliau tegas dalam memegang aqidah dan nilai-nilai Islam sehingga

dengan lantang dan berani mengundurkan diri daripada menjawat jawatan sebagai Ketua

MUI (1977-1981) dalam rangka mempertahankan fatwa haram pembangunan Jakarta


daripada hasil judi pada masa Gabenor Ali Sadikin. Bahkan selama menjawat jawatan

Ketua MUI, Hamka dengan tegas menolak pemberian gaji dan faedah bagi menegakkan

atau mempertahankan maruah Islam.

Buya Hamka akan terus dikenang sebagai ulama yang tegas dengan pendiriannya.

Ketika ada usaha untuk mengiktiraf ‘agama Jawa’ yang disebut sebagai

‘KEPERCAYAAN’ beliaulah antara ulama yang paling lantang mengingatkan Presiden

Suharto agar bersikap tegas supaya tidak mudah tunduk kepada desakan golongan

tersebut. Ketika ada pihak yang melarang memuatkan tafsir surah Al-ikhlas dalam

kurikulum pelajaran, beliau dengan tegasnya mengatakan kalau tafsir surah al-ikhlas itu

dilarang, kerana mahu menjaga hati golongan yang bertuhan tiga. Justeru beliau dengan

lantang mengatakan, “apa lagi ertinya kami yang menyakini keesaan Tuhan”! Apabila ada

desakan supaya kalimah jihad dianggap sebagai berbahaya, maka didepan pegawai tinggi

ABRIC ( Angkatan Bersenjata Repbulik Indonesia- hari ini TNI) beliau mengatakan, “

saya akan merasa sangat terhormat bila dianggap sebagai Kepala Komando Jihad”.

Pada tahun 1960-an, Buya Hamka mula menerima pelbagai masalah kerana

sikapnya yang tegas seringkali menimbulkan pertembungan dengan pihak pemerintah.

Tindakan Sukarno menerapkan ‘demokrasi pemimpin’ dibidas oleh Hamka sebagai ‘jalan

lurus menuju neraka’. Pendirian tegas ini menyebabkan beliau menjadi sasaran

pemerintah. Salah satu daripada tuduhan itu ialah terlibat dalam komplot untuk

membunuh Presiden Sukarno dengan menerima sejumlah wang daripada Tuanku Abdul

Rahman. Buya Hamka dipenjarakan selama 2 tahun. Ketika dipenjarakan beliau

melengkapkan tafsir Al-Azhar (30 juzu’) yang merupakan karya teragung beliau.
Dibawah “Order Baru”, beliau dibebaskan dan kembali aktif berdakwah . Pada

tahun 1957 HAMKA dilantik menjadi Ketua Majlis ulama Indonesia. Beliau memegang

sehingga meletakkan jawatan pada tahun 1981 kerana mempertahankan fatwanya yang

mengharamkan natal bersama (umat Islam disaran turut merayakan hari natal). Atas

desakan Menteri Agama beliau menarik balik penyiaran fatwa ke media tetapi

menegaskan bahawa fatwa tersebut tetap dipertahankan. Menteri Agama H.Alamsyah

mengugut untuk mengundur diri. Demi untuk mengendurkan ketegangan, Buya Hamka

telah membuat keputusan agar beliau dilantik sebagai Ketua Majlis Ulama yang

bertanggungjawab atas peredaran fatwa yang diputuskan oleh Komisi Fatwa itu yang

meletakkan jawatan.

Menurut Buya Hamka yang merupakan filsuf muslim dalam bukunya Falsafah

Hidup (1982: 192-194) dalam menegakkan Islam, kita akan menghadapi tentangan

fahaman baru seperti fahaman Atheisme, Komunisme dan Sosialisme serta faham

Mu’tazillah yang merupakan percampuran agama dan falsafah serta mementingkan ratio.

Kekhuatiran tersebut terbukti dengan fenomena yang terjadi pada masa kini iaitu banyak

ditimbulkan orang Skeptisme, Mazhabisy-Syak iaitu keraguan dalam menerima

kebenaran Islam. Mereka menentang bahkan menolak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis

yang sudah jelas akan kebenarannya. Seringkali mereka menafsirkan Al-Quran dan Hadis

secara sambil lewa tanpa mengikuti kaedah-kaedah bahasa Arab dan latar belakang

sejarah diturunkan suatu ayat (asbabun nuzul). Hal ini disebabkan mereka terlalu

mementingkan kemerdekaan akal dan mantiq ( logika ) sahaja.


KESIMPULAN

Melalui pengalaman dan renungan Buya Hamka, beliau telah melahirkan

pengetahuannya dalam penulisannya yang akan dihayati setiap generasi umat manusia.

Peranannya sebagai ulama amat jelas apabila beliau berupaya menghasilkan Tafsir Al-

Azhar sebanya 30 jilid pada tahun 1978 ketika dipenjarakan bawah pemerintahan rejim

Sukarno. Hamka adalah ulama Nusantara yang telah berjaya mengangkat medium

penulisan dakwah dan genre kreatif mahupun ilmiah. Pengaruhnya amat besar di

kalangan masyarakat pada kurun ke-20 dan 21. Kini lebih 20 tahun beliau meninggal

dunia, namun jasa dan peninggalannya masih menjadi panduan masyarakat. Tidak

hairanlah beliau telah meninggalkan banyak karya kerana motif penulisannya adalah

cinta kepada Allah. Jelas Hamka dalam catatannya:

“ Cinta tertinggi adalah kepada Dia Yang Maha Pangasih dan Maha Penyayang

dan Maha Pengasih iaitu Allah SWT. Pandanglah Islam dengan penuh cinta . Dengan

begitu anda akan berbalas-balas cinta dengan Dia Pemberi Cinta-cinta Sejati adla

tatkala anda memasuki gerbang maut dan tatkala and memasuki gerbang maut dan

bertemu dia: Almautu ayatu bi sadiq..”

Pulanglah Hamka sebagai seorang tokoh dakwah yang tidak akan lupus

kehormatannya bak kata pepatah, “ gajah mati meninggalkan gading, harimau mati

menunggalkan belang, Buya Hamka wafat meninggalkan nama besar dan karya-karya

monumentalnya.”
Hamka. 1951. Kenang-kenangan Hidup 111. Jakarta. Gapura
Fatmawati.

Hamka. 2002. Di Bawah Lindungan Kaabah. Selangor. Pustaka Dini

H. Rusydi Hamka.2002. Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun


Melayu. Menatap Peribadi dan Martabatnya. Selangor.Pustaka Dini.

Hamka. 2007. Peribadi. Selangor. Pustaka Dini

http://hamka_ulama dan pujangga_nusantara

http://krj .tganu:blogspot.com/2006/02

http://tokohindonesia.com/ensiklopedia/hamka/index

http://syairsyair.blogspot.com/2008/04/hamkafalsafah

http://www.tabiyah .com/elsfam/tokoh/hamka.htm

http://www.forum.ummuhami/com/index

http://www.kainlipat.wordpress.com/2007/07/hamka-hilangnya-seorang -tokoh-
ilmuah-islam

http://www.homelibrary.com/ekarya /tokoh/hamka/htm

http://www.yisc-alazhar.id.or

http://www.geocities.com/tradisionalislam/pemikiran/hamka.htm

You might also like