You are on page 1of 13

Falsafah dan logika

melayu jxea 1104

Tajuk : pemikiran ekonomi ibn


khaldun.

PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD.


TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN.

NAMA : MUHAMMAD BIN HASHIM.


NO.MATRIK : JEA 080168.

SEMESTER 1, SESI 2008/2009


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.
Abdul Al-Rahman

Ibn Muhammad Ibn Khaldun


PENGENALAN

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr

Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac

1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik

kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali

sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut

mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya

Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang

terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan

pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the

Cruel of Castile.

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan

riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah

dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane,

pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa

ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan

Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan
ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh

dibuktikan secara empirikal.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun

membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya

dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan,

mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana

dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga

buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari

kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi,

menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi

membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi,

numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula

bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran

efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN

Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun

tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak

melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi

(economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic

man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas

muka bumi ini.


Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat.

Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan

mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala

ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau

pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau

menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-

faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu

untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat

melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang

mahir dan cekap.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian

tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori

pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh

Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang

sama.

Teori Nilai, Wang dan Harga


Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan

nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu

barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.

"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan

keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan

melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau

upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat.

Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,

pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh

yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada

penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme

permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara

harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu
KUPASAN FALSAFAH PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN

Dari penulisan-penulisan Ibn Khaldun saya mampu merumuskan bahawa beliau

mengiktiraf peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan kestabilan dan

keharmonian ekonomi tercapai. Pencapaian matlamat tersebut merupakan prasyarat kepada

kemampuan negara menjana pembangunan ekonomi. Contoh yang jelas tentang pendekatan

tersebut dapat kita rujuk kepada ulasan beliau berkaitan dengan peranan kerajaan dalam

menggubal dasar pencukaian negara. Pendekatan yang beliau kemukakan jelas memberi satu

gambaran bahawa kedua-dua sektor awam dan swasta sangat penting berperanan dalam

memajukan ekonomi negara. Yang lebih menarik beliau meletakkan peranan yang besar kepada

sector swasta. Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada

menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti

berikut: “Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit,

mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya

mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu

mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah

kewajipan terhadap orang perseorangan dantaksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai

akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran

terhadap orang perseorangan) akan meningkat.” Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat

penganalisaan berikut: “Setiap kewajipan terhadap individu dan taksiran ditingkatkan, demi

mendapat kutipan hasil cukai (jibayah) yang lebih tinggi. Cukai kastam dikenakan terhadap

barang-barang dagangan dan dikutip dipintu-pintu kota. Kemudian, jumlah taksiran cukai

dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan

budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan

sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu
menyukarkan mereka. Pengenaan cukai yang tinggi menjadi suatu keharusan dan tradisi, sebab

peningkatan jumlah itu dilakukan secara sedikit demi sedikit, dan tidak seorang pun secara

khususnya tahu siapakah yang meningkatkan jumlah itu, atau siapa yang mengenakannya.

Mereka mengenakan kepada hamba rakyat sebagai suatu tanggungjaab dan tradisinya. Taksiran

itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak melakukan

budaya mengusahakan akan menjadi lenyap, kerana apabila mereka bandingkan perbelanjaan

dan cukai dengan pendapatan yang mereka membandingkan perbelanjaan dan cukai dengan

pendapatan dan keuntungan dan mereka lihat keuntungan yang mereka perolehi adalah begitu

kecil, mereka menjadi putus asa. Dengan demikian, ramai yang tidak terdorong untuk turut

terlibat dengan budaya mengusahakan. Sebagai akibatnya ialah pendapatan cukai keseluruhan

akan menurun, sepertimana menurunnya taksiran pendapatan orang perseorangan. Selalunya

apabila pengurangan itu disedari, jumlah yang diwajibkan terhadap individu dipertingkatkan.

Ini disifatkan sebagai membayar ganti rugi di atas pengurangan itu. Akhirnya, kewajipan

terhadap individu dan taksiran mencapai kepada hadnya. Tidak ada faedahnya untuk

meningkatkannya lagi. Kos untuk membiayai seluruh aktiviti keusahawanan sekarang ini sudah

menjadi begitu tinggi, cukainya menjadi terlalu membebankan, dan keuntungan yang

dijangkakan gagal dicapai. Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk

melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, se

bab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.Sekiranya seseorang itu

memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti

keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke

atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan. Dalam

hal begini, orang berkenaan secara psikologisnya akan terangsang untuk melibatkan diri untuk

melakukannya kerana mereka berasa yakin akan mendapat keuntungan daripadanya. Dan Allah
s.w.t. penguasa segalanya, dan “yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu”. (Surah

36:83) Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian

negara kita dapat memahami pandangan beliau berkaitan peranan kerajaan (sektor awam) dan

kepentingan pengusaha (sektor swasta) dalam berperanan ke arah penyusunan sebuah ekonomi

dan seterusnya menjana kepada pertumbuhan ekonomi. Pengajaran yang boleh kita pelajari

adalah berikut:

i. Dalam menggubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga semangat

keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan.

ii. Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras

yang rendah.

iii. Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada

perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal. Akibat dari gelagat pemerintah yang

mewah, kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan

meningkat.

Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran. Jelas dari

pendekatan Ibn Khaldun terhadap dasar pencukaian negara, peranan sektor awam jika suasana

mengizinkan perlu diminimakan semoga sektor swasta dapat berperanan dengan lebih bebas

untuk membolehkannya memberi impak yang besar kepada kemajuan ekonomi negara.

Keberkesanan dalam memajukan keusahawanan ahli masyarakat (sektor swasta) adalah teras

utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Perlu kita fahami bahawa apabila Ibn Khaldun menulis, khususnya dalam kitabnya

Mukadimah Ibn Khaldun, kitab tersebut bukan buku ekonomi. Oleh itu sebagai pengkaji kepada

pemikiran beliau berhubung dengan penyusunan masyarakat untuk menjana ekonomi, pemikiran
beliau tentang pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan (sektor awam) dalam menggubal

dasar percukaian negara jelas member gambaran kepada kita bahawa, pertama beliau

mengiktiraf kepentingan sektor awam dan pengusaha (sektor swasta) berperanan secara tepat dan

harmoni. Kedua, pendekatan yang beliau anjurkan menepati teori penyusunan ekonomi

masyarakat (negara) mengikut Islam, iaitu dalam keadaan ekonomi yang stabil peranan sector

swasta perlu diberi ruang yang seluasnya jika ekonomi negara hendak mencapai kemajuan yang

tinggi. Pendekatan yang di anjur oleh Ibn Khaldun yang selari dengan kehendak Islam,

merupakan satu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan bermasyarakat dan bernegara

dalam rangka menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan.

Ibnu Khaldun adalah raksasa intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapak

sosiologi tetapi juga Bapak ilmu Ekonomi, karena banyak teori ekonominya yang jauh

mendahului Adam Smith dan Ricardo. Artinya, ia lebih dari tiga abad mendahului para pemikir

Barat modern tersebut. Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah karya ilmiah berjudul

Abul Iqtishad : Ibnu Khaldun. Artinya Bapak Ekonomi : Ibnu Khaldun. Dalam tulisan tersebut

Ibnu Khaldun dibuktikannya secara ilmiah sebagai penggagas pertama ilmu ekonomi secara

empiris. Tulisan ini menurut Zainab Al-Khudairi, disampaikannya pada Simposium tentang Ibnu

Khaldun di Mesir 1978. Sebelum Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih

bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif hukum, moral dan adapula dari perspektif

filsafat. Karya-karya tentang ekonomi oleh para imuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan

zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, karena pemikir zaman pertengahan tersebut

memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan hukum. Sedangkan Ibnu Khaldun

mengkaji problem ekonomi masyarakat dan negara secara empiris. Ia menjelaskan fenomena

ekonomi secara aktual. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan poin-poin penting dari

materi kajian Ibnu Khaldun tentang ekonomi. Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on
economics including the subject value, division of labour, the price system, the law of supply and

demand, consumption and production, money, capital formation, population growth,

macroeconomics of taxation and public expenditure, trade cycles, agricultural, industry and

trade, property and prosperity, etc. He discussses the various stages through which societies pass

in economics progress. We also get the basic idea embodied in the backward-sloping supply

curve of labour . (Ibn Khaldun membahas aneka ragam masalah ekonomi yang luas, termasuk

ajaran tentang tata nilai, pembagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan,

konsumsi dan produksi, uang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro ekonomi dari

pajak dan pengeluaran publik, daur perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik

dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membahas berbagai tahapan yang dilewati masyarakat

dalam perkembangan ekonominya. Kita juga menemukan paham dasar yang menjelma dalam

kurva penawaran tenaga kerja yang kemiringannya berjenjang mundur.

Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan

tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka,

menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan. Beliau turut

menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi

membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Wacana atau pemikiran Ibnu

Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi

pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang sedang menuju status negara maju.

Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi

berharap ilmu berkenan dapat menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis

moral yang dihadapi masyarakat hari ini.

KESIMPULAN
Beberapa ahli bahkan menyebut Ibn Khaldun sebagai „ Bapak Ekonomi (father of

economics)“ yang sebenarnya atau dengan sebutan „Bapak Ilmu Sosial Modern (father of

modern social science)“ serta mengklaim bahwa ide-ide yang digagas oleh Ibn Khaldun paling

tidak mengilhami atau dicetuskan kembali, empat abad kemudian, oleh pemikir-pemikir seperti

Adam Smith atau David Ricardo, dan kemudian oleh Karl Marx atau John Maynard Keynes.

Terlepas dari berbagai perbandingan yang cukup membingungkan, kedalaman dan analisa yang

kuat dari berbagai karya yang dihasilkannya sangat mengagumkan. Terutama pada karyanya

„Muqaddimah“, yang berati sebuah pendahuluan atau pengantar dari berbagai karyanya yang

kemudian mengenai sejarah. Dalam karyanya ini Ibn Khaldun membangun teori perburuhan,

termasuk ide menarik mengenai teori tentang nilai, teori pembagian kerja, teori mengenai

perpajakan dan berbagai kerangka teori yang menyangkut beberapa area lainnya dan dapat

dikatakan sebagai area “modern” untuk ukuran saat itu. Dalam berbagai tulisan mengenai

ekonomi Ibn Khaldun menyokong adanya pasar terbuka yang didasari oleh permintaan dan

penawaran. Ia juga menolak diberlakukannya cukai atau bea/pajak yang terlalu tinggi,

perdagangan dengan orang asing dan percaya kepada kebebasan memilih bagi rakyat serta

membiarkan mekera bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Karya-karya Ibn Khaldun bermula

pada penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan suku-suku nomaden yang masih ada di

wilayah Arab pada saat itu, yang dianalisa melalui pendekatan sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn

Khaldun dalam berbagai karyanya mempercayai bahwa berbagai hal yang telah ditetapka Allah

didalam Al Qur’an boleh dibuktikan secara empirik.

Ibn Khaldun juga turut memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ia

membangunkan idea bahawa tugas pemerintah adalah memberikan perlindungan kepada

rakyatnya dari berbagai ancaman, melindungi harta mereka, menghindari adanya penipuan dalam
perdagangan, mengurusi pencetakan uang, dan melaksanakan tata pemerintahan yang baik

dengan memadukan persoalan sosial dengan kepentingan politik tanpa pemaksaan.

Rujukan

1. Rahimah Ibrahim. 2006. “Warga tua dan pembangunan : pembentukan jurang perbezaan
dari perspektif Ibn Khaldun”. SOURCE: Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun
Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Paper 4 (5p.).Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya
Dalam Tamadun Kontemporari

2. Mohd Fauzi Hamat. 2005. “Budaya berfikir kritis menurut Ibn Khaldun sebagai asas
pembinaan budaya berfikir Melayu masa kini. SOURCE: Seminar Antarabangsa Budaya
dan Pemikiran Antara China dan Malaysia, sidang editor Wan Abd. Hamid Wan Teh
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, 521-544.

3. Ibrahim Haji Daud. 1978. “Ibn Khaldun wa-falsafatuhu”. Academic exercise (B.A.) –
Kelantan : Kulliyah al-Shari`ah wa-al-Qanun bi-Markaz al-Dirasat al-Islamiyah `Aliyah.

4. Gill, Sarjit s. SOURCE. 2006. “Konsep Asabiyah Ibn Khaldun”. Inspirasi untuk memikir
semula perpaduan masyarakat Malaysia. Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun
Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun
Kontemporari Paper 13(13.).

5. Mohd. Hazim Shah. 2006. “Pemikiran ekonomi oleh Ibn Khaldun”. Seminar Kebangsaan
Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Paper 11. Pemikiran Ibn
Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari

6. Jaffary Awang. 2006. “Pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang ekonomi”. Satu
pemerhatian sosio-budaya. SOURCE: Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn
Khaldun : Kuala Lumpur : Paper 10 (11p.). Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya
Dalam Tamadun Kontemporari.

You might also like