You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

SULALATUS SALATIN

SINGAPURA DILANGGAR TODAK

NAMA : NORHAFIZA BINTI YA’ACOB


NO. MATRIK : JEA 080172
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
SESI : SEMESTER 1, SESI 2008 / 2009
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN
Dalam teks Sulalatus Salatin, terdapat sebuah cerita dimana, menceritakan

sebuah kisah iaitu “cerita Singapura di langgar todak”. Cerita ini bermula,bila ikan

todak melanggar negeri Singapura. Akibat daripada itu, ramai penduduk telah

terkorban di tikam ikan todak tersebut. Setelah berita itu sampai ke pengetahuan

Paduka Seri Maharaja, baginda pun segera pergi ke tepi pantai untuk melihat kejadian

tersebut. Sampai di sana, baginda menitahkan semua rakyat berkubukan betis untuk

menbunuh ikan todak tersebut, datang seorang kanak – kanak memberi cadangan

supaya jangan berkubukan betis kerana ia akan mengorbankan lebih ramai rakyat

negeri Singapura, sebaliknya dia mencadangkan supaya berkubukan batang pisang.

Paduka Seri Maharaja pun bersetuju dengan cadang tersebut.

Baginda pun segera mengarahkan rakyat untuk mengejakannya. Maka semua

ikan itu pun melompat dan melekat pada batang pisang tersebut. Ikan todak itu pun

berjaya dibunuh sehingga bertimbun di tepi pantai, sehingga tidak termakan oleh

peduduk negeri Singapura. Pada suatu ketika, semasa bagida sedang melihat kejadian

yang menimpa negeri Singapura. Seekor ikan todak telah melompat dan terkena baju

baginda terus terkoyak. Kejadian itu teleh menbuatkan rakyat mencipta sebuah

seloka. Setelah selesai, baginda pun pulang ke istana. Sampai di istana para

pembesar pun menghasut Paduka Seri Maharaja. Mereka mengakatakan bahawa

apabila kanak -kanak itu besar, kanak – kanak itu akan menggugat kedudukkan

baginda sebagai seorang raja dan akan merampas takhta dari baginda.

Mereka mencadangkan supaya budak itu dibunuh. Baginda pun bersetuju

dengan cadang tersebut, baginda pun menjatuhkan hukuman tanpa berfikir dan

bertindak mengikut telunjuk pembesar. Maka kanak – kanak yang tidak berdosa itu

pun dibunuh.
Berdasarkan kisah tersebut, terdapat falsafah yang dapat kita ketengahkan iaitu

falsafah tentang tindakan tanpa berfikir. pengarang buku salatus salatin iaitu Tun Seri

Lanang memaparkan kisah seorang raja yang mengambil tindakan tanpa berfikir,

dengan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seorang kanak – kanak yang telah

menyelamatkan negeri Singapura daripada serangan todak. Tindakan itu diambil bila

pembesar negari mengatakan bahawa kanak – kanak itu akan merampas takhtanya

kelak. Tun Seri Lanang telah memberi gambaran bahawa raja pada ketika itu mudah

termakan hasutan pembesar.

Raja pada zaman itu juga, sangat menpercayai pembesar mereka. Raja pada

masa itu, tidak boleh membuat keputusan yang adil. Selain daripada itu, Tun Seri

Lanang juga, menggambarkan perbuatan para pembesar negeri Singapura yang tidak

bertanggungjawab, tamakkan harta dan takut kehilangan jawatan masing – masing.

Mereka sanggup menfitnah kanak – kanak tersebut. Mereka jugak sanggup

menghasut Paduka Seri Maharaja supaya kanak – kanak tersebut dijatuhkan hukuman

bunuh. Tun Seri Lanang juga menunjukkan bahawa kisah daripada tindakan

pembesar – pembesar tersebut telah menyebabkan raja mengambil satu tindakan yang

sangat kejam terhadap budak yang telah memberi cadangan untuk menyelamatkan

negeri Singapura daripada serangan ikan todak.

Raja pada masa itu, tidak mempunyai perasaan belas kasiah kerana dia

bertindak tanpa memikirkan, bagiada tidak berfikir bagaimana perasaan keluarga

kanak – kanak tersebut, bila mendapat tahu anak mereka akan dibunuh. Berdasarkan

tindakan – tindakan tersebut, maka dapat disimpulkan dari sudut falsafah membuat

tindakan tanpa berfikir. Mereka tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia akan

mendatangkan keburukan dan kerugian pada banyak pihak khususnya negeri itu

sendiri.
Selain itu, dalam cerita ini juga kita dapat melihat raja pada ketika itu tidak

dapat berfikir secara rasional kerana telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap

kanak – kanak yang tidak berdosa. Sedangkan jika difikirkan secara positif, suatu

hari nanti kanak – kanak itu akan mendatangkan kebaikkan dan keuntungan kepada

negeri tersebut. Dengan kebijaksanaan yang ada pada kanak – kanak tersebut,

mungkin suatu hari nanti dia dapat memberikan buah fikiran untuk mengatur strategi

untuk memajukan negeri dan mempertahankan negeri.

Sepatutnya seorang raja tidak boleh bersikap terburu – buru atau pun mengikut

dan terlalu percaya pada kata pembesar yang hanya takut kedudukan mereka akan

dirampas atau digugat oleh kanak – kanak tersebut. Seorang raja juga perlu bersikap

adil dalam semua aspek tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, kaya atau miskin.

Seorang raja yang adil tidak akan membezakan antara golongan bangsawan dan

golongan biasa.

Raja yang berjiwa rakyat biasanya akan lebih disayangi dan disanjung tinggi

oleh rakyat. Tindakan yang diambil oleh Paduka Seri Maharaja itu sangat tidak wajar

sama sekali. Baginda perlu peka dalam keadaan tersebut. Kes – kes sedemikian perlu

disiasat atau diserahkan kepada pihak – pihak yang bertanggungjawab untuk

mengumpulkan bukti dan menyiasat sejauhmana kebenaran berita tersebut. Dengan

cara ini, kebenaran dapat dibuktikan dan tidak akan berlaku penindasan terhadap

golongan bawahan.

Walau bagaimanapun, tidak semua raja yang hidup pada era itu berkelakuan

zalim. Terdapat juga, raja – raja yang baik dan sangat prihatin terhadap kebajikan

dan keselamatan rakyat. Sesetengah raja sanggup menyiasat sendiri sesuatu kes tanpa

menyuruh orang bawahannya. Raja beginilah yang dimahukan oleh rakyat. Seorang
raja yang mampu berfikir secara rasional, berjiwa rakyat, dan sangat berdedikasi

untuk meneraju negeri.

Selain daripada itu juga, kita dapat melihat tindakan pembesar – pembesar

negeri yang menyebabkan raja mengambil tindakan tanpa berfikir. Sebagai seorang

pembesar, mereka sepatutnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap kebajikan

dan keselamatan rakyat. Bukan menindas atau menfitnah orang bawahan semata –

mata takut kedudukan atau jawatan akan dirampas. Mereka sepatutnya berasa bangga

dan kagum pada kanak – kanak tersebut kerana dia telah memberikan satu idea yang

bernas untuk mengelakkan lebih ramai rakyat menjadi korban ikan todak.

Di samping itu, mereka patut berasa gembira kerana ada golongan yang bijak

pandai yang akan menjadi pelapis mereka apabila mereka tua atau bersara suatu hari

nanti. Sepatutnya para pembesar harus lebih peka dan sebagai penasihat raja, seorang

pembesar itu harus berfikiran jauh untuk memajukan negeri dan menjaga kebajikan

rakyat. Seorang pembesar juga harus pandai mengambil kesempatan yang ada.

Bukan bersifat dengki, iri hati dan menbuat fitnah untuk menjatuhkan orang lain dan

kepentingan diri sendiri.

Sementara itu, terdapat pembesar yang sanggup menghasut pihak berkuasa

atau pihak atasan untuk menjatuhkan hukuman pada mereka yang dirasakan akan

mengugat kedudukan pembesar tersebut. Sepatutnya seorang pembesar itu perlu

pandai menghargai kebijaksanaan dan kecerdikan generasi muda yang bakal menjadi

generasi pewaris bangsa dan negara.

Para pembesar harus memainkan peranan penting untuk mengenengahkan

golongan bijak pandai ini. Hal ini demikian kerana golongan ini perlu dididik dan

diasah kepandaian mereka agak tidak lentur dan disia – siakan dengan begitu sahaja.

Seandainya hal ini terjadi, ia merupakan satu kerugian kepada negara, bangsa dan
individu itu sendiri. Golongan ini perlu diberi pelajaran yang secukupnya kerana

mereka mampu menjana pembangunan negara

Sebagai kesimpulannya, falsafah bertindak tanpa berfikir atau tanpa usul

periksa ini sememangnya ada kaitan dengan kisah Singapura dilanggar todak. Hal ini

sepatutnya tidak berlaku. Seandainya Paduka Seri Maharaja masih ingin menjatuhkan

hukuman terhadap kanak – kanak tersebut, baginda boleh mencari jalan lain selain

membunuh kanak – kanak yang tidak berdosa itu. Hal ini demikian kerana suatu hari

nanti kita akan memerlukan seseorang yang bijaksana khususnya untuk

menyelesaikan masalah yang melanda negeri atau negara kelak. Hargailah apa yang

sudah ada dan wujud di depan mata dan bukannya mengharap apa yang belum pasti.

Sekian, wassalam...........
TEKS SINGAPURA DILANGGAR TODAK

Maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke parit. Maka


segala Orang yang dipantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena
terus
-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri dipantai itu lagi. Maka
gemparlah
Orang berlari-larian kesana kemari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang
Kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.” Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik
Gajah, lalu Baginda keluar diirikan segala menteri hulubalang sida-sida bentara
sekalian.
Setelah datang ke pantai maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang
Yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka baginada pun menitahkan orang
Berkotakakan betis, maka dilompati oleh todak itu, terus berkancing kesebelah.
Adapun
Todak itu seperti hujan, usahkan kurang, semakin banyak orang mati.
Sahadan pada antara itu, datangalah seorang budak berkata,” apa kerja kita
Berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah
Baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda,
“benar seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang
pisang
Diperbuat kota. Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala
todak
Yang melompat itu melekat jongornya, tercacak pada batang pisang itu; dibunuh
Oranglah bertimbun-timbun dipantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala
Rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa
todak
Itu melompat, datang ke atas gajah Paduka seri Maharaja kena baju baginda; maka
Diperbuat orang seloka:

Carik baju dilompati todak,


Baharu menurut kata budak.

Selain itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda.
Maka
Sembah orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya.
Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah besar betapa lagi? Baiklah ia
kita
Bunuh tuanku.” Maka titah raja, “benarlah bagai kata tuan hamba sekalian itu,
bunuhlah
Ia!” maka adalah budak itu, takkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya
Atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah.
BIBLIOGRAFI

Tun Seri Lanang. penyelenggara A. Samad Ahmad . 2000. BUKU SALATUS


SALATIN :Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Awang Sariyan . 2007. Falsafah dan logika Melayu: Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik Teori Nilai dan Etika Melayu :
Akademi Pengajian melayu

http://www1.moe.edu sg/nadi/arkit/2005/jun/dogengwarisan.htm

http://ms.wipedia.org./ wiki / singapura‗dilanggar‗ todak

You might also like