You are on page 1of 109

Koleksi

Bahan Inovasi

Anugerah Guru Inovatif


1999 -2001

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KOLEKSI BAHAN INOVASI
ANUGERAH GURU INOVATIF
1999 - 2001

KOLEKSI BAHAN
Disusun oleh: INOVASI
ANUGERAH GURUKurikulum
Pusat Perkembangan INOVATIF
Kementerian Pendidikan
1999 - 2001Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia


Kuala Lumpur
2002
ISBN 983-40232-0-0

Cetakan Pertama, 2002

Hakcipta Terpelihara Kementerian Pendidikan Malaysia 2002

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Diterbitkan di Malaysia oleh:


Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50604 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Kandungan Muka Surat

Kandungan v
Kata Aluan vii
Kata Pengantar viii

1.0 Koleksi 1999

1.1 English Through Environment 3


1.2 Cemerlang 6
1.3 Projek Celik Bacaan 11
1.4 Alat Pencampuran Cahaya Berwarna 13
1.5 Pengajaran Ciri-Ciri Sisiempat Melalui Origami 17
1.6 Laman Bestari Merentasi Kurikulum 19
1.7 Bacalah Cikgu 23
1.8 Kuiz Minda Bestari 27
2.0 Koleksi 2000
2.1 Program Keharmonian Bacaan 32
2.2 Program BIMO ( Bimbingan Motivasi) 37
2.3 Mari Belajar Sambil Menyanyi 40
2.4 Kaedah PJK Dalam Pengajaran dan 45
Pembelajaran Bahasa Melayu
2.5 BIO-EKS 50
2.6 Program Muafakat Matematik 55
2.7 Momentum One 60
2.8 Projek Kecemerlangan Bahasa Melayu 63
2.9 Rekod Latihan Matematik (RELAMAT) 66
3.0 Koleksi 2001
3.1 Kaedah Cepat Baca, Cepat Faham, 70
Cepat Menulis, Tulisan Cantik
3.2 Bahasa Melayu : Mengenal Huruf Dan Perkataan 76
Suku Kata Terbuka
3.3 Celik Huruf 78

3.4 Permainan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 80


Matematik
3.5 Kalender Hidup 83
3.6 Kit Gelombang 86
3.7 Pemimpin Kecil 89
3.8 Master Mind 93
3.9 Master Vocab 97
Kata Aluan
Anugerah Guru Inovatif yang diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Guru bertujuan
memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru atau kumpulan guru yang telah
menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Usaha kreatif dan inovatif dibuat
dalam pelbagai bentuk aktiviti atau projek meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran,
kaedah penilaian dan kemajuan murid, dan pembinaan alat bantu mengajar. Ia perlu
didokumenkan supaya boleh menjadi rujukan kepada guru-guru lain, terutamanya guru
muda untuk dijadikan panduan.

Buku Koleksi Bahan Inovasi ini menghimpunkan 26 hasil inovasi pelbagai jenis dan kategori
anugerah iaitu individu rendah, individu menengah dan kumpulan. Hasil inovasi ini
merupakan yang terbaik dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Saya
bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan keizinanNya, Kementerian
Pendidikan dapat menghasilkan buku Koleksi Bahan Inovasi, Anugerah Guru Inovatif
sempena sambutan Hari Guru, Tahun 1999 hingga 2001.

Semoga penerbitan buku koleksi ini dapat membantu mengisi keperluan para guru
khususnya dan keperluan golongan pendidik dalam usaha meningkatkan pelaksanaan
kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Saya juga berharap buku koleksi ini dapat
dijadikan bahan rujukan dan bacaan yang berguna bagi mereka yang berusaha untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara.

Syabas dan tahniah kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) atas inisiatif dan usaha
untuk menerbitkan buku ini bagi tatapan umum.

TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MUHAMAD


Menteri Pendidikan Malaysia
Kata Pengantar
Inovasi diertikan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan keberkesanan dan
kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan sesuatu peralatan dan bahan.
Konsep inovasi bagi Anugerah Guru Inovatif sempena sambutan Hari Guru merujuk kepada
usaha penghasilan idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum
untuk mencapai kecemerlangan dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Hasil usaha kreatif dan inovatif ini terjelma melalui pendekatan
kaedah, teknik, bahan dan peralatan baru yang digunakan oleh guru yang terbukti berjaya
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.

Buku Koleksi Bahan Inovasi Anugerah Guru Inovatif Tahun 1999-2001 merupakan satu
usaha murni untuk menghimpunkan hasil usaha kreatif dan inovatif guru-guru yang diberi
pengiktirafan dan penghargaan di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru
tahun 1999, 2000 dan 2001. Hasil usaha yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai bentuk
inovasi meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat persekolahan rendah dan
menengah. Adalah diharapkan segala idea dan pembaharuan yang dihimpunkan ini dapat
menjadi rujukan dan contoh kepada para guru dan seterusnya dimanfaatkan di bilik darjah
dan sekolah masing-masing.

Semoga idea-idea yang ditampilkan dapat merangsang guru-guru untuk terus meningkatkan
usaha dan berikhtiar bagi mencari dan mencuba idea-idea baru yang kreatif dan inovatif ke
arah meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Saya percaya kejayaan menghasilkan penerbitan ini adalah simbol kejayaan sistem
pendidikan itu sendiri, hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara
semua pihak.

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Koleksi Bahan Inovasi

PROGRAM ENGLISH THROUGH ENVIRONMENT (ETE)


(Pemenang Pertama)

Indar Jeet Kaur a/p Badan Singh


SK Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan

SINOPSIS

Program English Through Environment (ETE) bertujuan untuk menimbulkan


minat dan memotivasi murid menguasai Bahasa Inggeris melalui objek
sebenar yang terdapat di persekitaran murid. Dengan menyentuh dan melihat
sendiri objek yang terdapat dalam topik-topik yang dipelajari, murid dapat
memahami dan mengingati sesuatu yang dipelajari dengan lebih mudah. Di
samping itu, program ini juga mampu menghilangkan rasa jemu murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan bilik
darjah dan mengekang pergerakan murid serta menghadkan interaksi di
antara mereka.

OBJEKTIF

1. Menimbulkan minat dan memotivasi murid menguasai Bahasa Inggeris


melalui objek sebenar yang terdapat di persekitaran;

2. Membolehkan murid lebih memahami dan mengingati apa yang dipelajari


dengan lebih mudah dengan menyentuh dan melihat sendiri objek-objek
yang berkaitan dengan topik yang dipelajari;

3. Menggunakan persekitaran taman sekolah dan bahan terbuang sebagai


bahan bantu mengajar sebenar;

4. Murid dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan tidak berasa


segan melafazkan sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris;

5. Memenuhi waktu terluang murid dengan aktiviti yang berfaedah.

Anugerah Guru Inovatif 3


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

Persekitaran sekolah

Botol

Bunga plastik

Bahan Pengajaran Alat permainan kanak-


dan Pembelajaran kanak

Pakaian

Peralatan berkebun

Basikal buruk

Kaedah Yang Diguna Untuk Mengendali Program ETE

Kuiz Proses Aktiviti Permainan


Pembacaan Nyanyian Bahasa

Peningkatan Sudut Jaya


Perbendaharaan
Diri
Kata

Setiap aktiviti mempunyai lembaran kerja dan buku kerja murid. Penggunaan
taman adalah mengikut jadual masa yang telah ditetapkan. Murid digalakkan
menggunakan masa pagi sebelum bunyi loceng, masa rehat, masa sebelum masuk
ke kelas Pengetahuan Asas Fardu Ain atau apabila murid berpeluang untuk ke
taman tersebut bagi menyiapkan lembaran kerja. Insentif dan cenderamata diberi
kepada murid yang paling aktif dan mendapat markah tertinggi pada setiap bulan.

4 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

• Murid lebih memahami sesuatu topik dan dapat mengingatinya bagi jangka
masa yang lama.

• Murid lebih mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan tidak berasa


malu untuk melafazkan sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

• Murid dapat memenuhi waktu yang terluang dengan lebih bermakna.


Mereka dapat pergi ke taman untuk menyiapkan lembaran kerja yang
disediakan oleh guru.

• Pembelajaran secara kendiri menjadi aktif. Murid bersoal jawab sesama


mereka untuk menjawab soalan yang disediakan, mereka mampu merujuk
kamus dan bertanya guru tentang makna sesuatu perkataan.

• Pencapaian murid Tahun 4 dan 5 menunjukkan peningkatan yang


memberangsangkan.

• Guru yang mengajar mata pelajaran lain boleh mendapat manfaat dari
taman tersebut bagi aktiviti mata pelajaran masing-masing.

Anugerah Guru Inovatif 5


Koleksi Bahan Inovasi

PROGRAM CEMERLANG TAHUN 1M 2000


(Pemenang Kedua)

Che Jamaliah Sidek


SK Singkir, Bedong ,Kedah.

SINOPSIS

Program Cemerlang ini dirancang khas untuk murid Tahun 1M dengan tujuan
untuk memberi pendedahan tentang dengan alam persekolahan secara
formal. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid supaya sentiasa
ingin datang ke sekolah. Program ini juga membolehkan mereka berkenalan
antara satu sama lain serta dapat memupuk nilai-nilai murni ke arah
pencapaian budaya cemerlang sekolah. Menerusi program ini, suasana bilik
darjah yang ceria dan cemerlang dari segala aspek diwujudkan untuk
merangsang murid belajar. Suasana pembelajaran yang ceria, selesa dan
cemerlang di dalam bilik darjah akan menarik minat murid untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan menghasilkan
murid yang berdisiplin dan dapat menguasai 3M dengan cemerlang.

OBJEKTIF:
Objektif utama program ini ialah untuk :
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang alam persekolahan secara
formal.
2. Membolehkan murid berkomunikasi dan berkenalan di antara satu sama
lain.
3. Melatih murid mengucap ucapan yang bertatasusila.
4. Melatih murid berdisiplin dan menepati masa.
5. Melatih murid menghargai keindahan dan keceriaan tempat belajar dan
bekerjasama memeliharanya.
6. Menanam nilai murni dalam diri murid serta mewujudkan budaya
cemerlang di sekolah.
7. Menanam sikap bekerjasama dan tolong menolong menuju ke arah
kejayaan.

6 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Projek khas yang terkandung dalam Program Cemerlang ini adalah seperti berikut:

Projek Keceriaan Kelas


Projek ini dilaksanakan bagi membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran
dengan penuh keselesaan dan seterusnya dapat menguasai kemahiran 3M dengan
jayanya. Projek ini juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat
dilakukan secara berterusan dan berkesan. Suasana pembelajaran yang ceria ini
akan menimbulkan semangat belajar yang tinggi di kalangan murid. Antara aspek
keceriaan yang diberi perhatian ialah:

Pengurusan sudut
pembelajaran

Perpustakaan mini

Anugerah Guru Inovatif 7


Koleksi Bahan Inovasi

Projek Rakan Angkat (Mentor-Mentee) dan Berkumpulan

Matlamat projek ini ialah untuk menanam sikap


bekerjasama ke arah menuju kejayaan, menerap sikap
tanggungjawab dan toleransi serta mengikis perasaan
malu untuk belajar di kalangan murid. Setiap murid
mempunyai seorang mentor yang memainkan peranan
membantunya dalam pelajaran dengan pemantauan
guru. Di samping itu, murid dibahagi kepada 6
kumpulan bagi memudahkan aktiviti berkumpulan.

Projek Galakan Membaca


Matlamat projek ini ialah untuk menanam budaya membaca di kalangan murid.
Antara objektif projek ini ialah untuk menimbulkan minat membaca di kalangan
murid; menambah ilmu pengetahuan murid; meningkatkan kemahiran membaca
murid; dan menambah perbendaharaan kata murid. Aktiviti membaca ini boleh
dikategorikan mengikut kriteria berikut:

Kumpulan Sasaran
Murid-murid Tahun 1M

Bahan Bacaan
Buku-buku dan kad-kad bacaan dari perpustakaan mini

Waktu Aktiviti
Pagi sebelum loceng pertama berbunyi; pada waktu lapang; setelah
selesai pengajaran dan pembelajaran; dan selepas waktu

8 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Proses Aktiviti
• Murid membaca seberapa banyak buku yang boleh, mengikut
kemampuan masing-masing;
• Murid mencatat perkataan-perkataan yang susah/kurang
difahami;
• Murid yang telah selesai membaca lima buah buku dilekat gambar
kartun pada kad bintangnya;
• Murid yang tidak lancar dimulai dengan kad-kad bacaan;
• Murid yang telah selesai membaca lima kad bacaan dilekat
gambar kartun pada kad bintangnya;
• Judul buku-buku yang telah dibaca dicatat dalam Kad Rekod
Bacaan; dan

Penilaian
Penilaian dibuat mengikut jumlah buku dan kad bacaan yang telah
dibaca.

Projek Bacalah Sayang:


Projek ini dirancang khusus untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran 3M. Projek ini boleh dijalankan setiap hari selepas waktu persekolahan.
Setiap murid yang lemah dibimbing oleh guru untuk membaca bahan bacaan yang
terdiri daripada kad bacaan dan buku ‘Bacalah Sayang’

Projek Mayang:
Projek ini bertujuan untuk menolong murid yang dikategori sebagai murid lembam.
Mereka diajar asas 3M seperti mengenal dan menulis abjad; mengenal dan menulis
suku kata terbuka dan tertutup; membaca dan menulis kad perkataan dua suku kata
sebelum diberi tugasan membina ayat mudah secara lisan dan bertulis berdasarkan
gambar.

Bahan-bahan terbuang dan tidak digunakan seperti meja-meja lama yang dicat
semula, botol-botol, rangka-rangka payung, bekas meletak buah-buahan digunakan
untuk menceriakan kelas dan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian

Anugerah Guru Inovatif 9


Koleksi Bahan Inovasi

murid dalam setiap aktiviti program dibuku dan difailkan untuk memudahkan guru
mengikuti perkembangan setiap murid dan mengetahui perkembangan program ini.

KEJAYAAN PROGRAM
Kecemerlangan telah dicapai dalam beberapa aspek berikut:-

• Kelas Tahun 1M telah menjadi kelas paling ceria di sekolah bagi tahun
1997, 1998, dan 1999. Murid dapat belajar dalam suasana yang selesa
dan menjadi amat berminat untuk datang ke sekolah.
• 100% murid Tahun 1M 1998 telah lulus dalam semua mata pelajaran
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama
Islam.
• Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan amat
berkesan kerana murid telah biasa belajar secara berkumpulan.
• Murid-murid Tahun 1M telah berjaya didisiplinkan dengan cemerlang.
Semua murid Tahun 1M mempunyai tingkah laku yang amat baik dan
berbudi bahasa.

10 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

PAKEJ CELIK BACAAN


(Pemenang Ketiga)

Md Radzi bin Misran


SK Rawang, Rawang, Selangor

SINOPSIS
Pakej Celik Bacaan ditumpukan kepada murid pemulihan khas, khususnya
mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti mengenal
abjad, suku kata, ejaan dan membaca. Dalam tempoh tiga bulan murid dapat
menguasai kemahiran membaca, menulis dan memahami ayat mudah.

OBJEKTIF
1. Mengatasi masalah tidak mengenal huruf di kalangan murid.
2. Membantu murid yang lemah menguasai asas kemahiran menulis dan
membaca.
3. Memberi keyakinan kepada murid dalam mempelajari mata pelajaran lain.

ASPEK INOVASI

Bahan yang digunakan dalam melaksanakan program ini terdiri daripada:-


• kad imbasan
• kad perkataan
• buku latihan
• buku bacaan berpandu
• kaset
• set permainan bahasa
• buku panduan
• radio
• modul celik huruf
Semua bahan ini diletakkan di dalam bilik khas. Murid yang lemah menguasai
asas mengenal huruf dan membaca diberi pemulihan di bawah bimbingan guru.
Program berbentuk pemulihan ini diselang-seli dengan aktiviti nyanyian lagu
melalui kaset. Di samping itu, aktiviti permainan bahasa juga disediakan untuk
murid. Kaedah ini dapat mengelakkan perasaan bosan ketika mengikuti kelas
pemulihan.

Anugerah Guru Inovatif 11


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
Kejayaan projek ini ialah:-
• Murid dapat mengenal huruf dalam tempoh masa yang singkat.
• Murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dalam tempoh 3 bulan.
• Murid dapat menguasai asas kemahiran menulis dalam tempoh masa yang
dijangkakan.
• Murid lebih yakin mempelajari mata pelajaran lain.
• Murid berasa lebih seronok mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

12 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

ALAT PENCAMPURAN CAHAYA BERWARNA


(Pemenang Pertama)

Tan Chung Yong


SMB St. Thomas, Kuching, Sarawak

SINOPSIS
Alat Pencampuran Cahaya Berwarna merupakan satu inovasi yang digunapakai
dalam mata pelajaran Sains untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk “Cahaya,
Warna dan Penglihatan”. Alat ini dapat membantu murid memahami konsep cahaya
berwarna dengan mudah, jelas dan tepat. Di samping itu, alat ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan minat murid terhadap sains melalui eksperimen.
Alat ini mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan mudah alih.

OBJEKTIF
Alat ini dapat:
1. Membantu murid membina konsep yang betul melalui eksperimen.
2. Meningkatkan minat murid terhadap sains melalui eksperimen.
3. Menghubungkaitkan sains dengan kehidupan seharian.
4. Membantu guru sains mengajar topik “Alat Pencampuran Cahaya Berwarna”
ini dengan strategi inovatif.
5. Memberi pengetahuan asas kepada murid yang ingin menceburi bidang lain
seperti lakonan dan perhiasan dalaman.

ASPEK INOVASI
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
• kadbod
• penapis yang berwarna primer dan warna sekunder
• batang kayu (2cm x 1.5cm x 73cm)
• 3 keping cermin (10cm x 2cm)
• 12 batang skrew (2.5cm)
• sekeping papan (10.6cm x 9cm x 2cm)

Anugerah Guru Inovatif 13


Koleksi Bahan Inovasi

Alatan ini mengandungi dua


bahagian iaitu:
• slaid buatan sendiri
• alat pemantul

Slaid Projektor Buatan Sendiri

Alat Pemantul

Aplikasi Alat
1. Alat ini boleh digunakan di dalam bilik AVA atau dimakmal sains yang
mempunyai projector.
2. Rajah berikut menunjukkan susunan radas untuk menjalankan eksperimen.

14 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

3. Semasa projektor dihidupkan, warna-warna yang akan dikaji dipantulkan


pada skrin. Kaedah ini dapat menghasilkan cahaya berwarna yang terang
dan luasnya cukup besar supaya kajian dapat dijalankan oleh semua
murid.

4. Sudut pantulan pada cermin dapat diubah dengan memutarkan


batang kayu yang disokong oleh skrew. Dengan demikian,
pencampuran cahaya berwarna dapat dihasilkan.

5. Penolakan cahaya berwarna boleh dikaji dengan


meletakkan penapis di X.

6. Penolakan cahaya berwarna sebagai proses serapan dan


pantulan cahaya oleh objek berwarna juga boleh dikaji
dengan meletakkan objek berwarna di Y.

Anugerah Guru Inovatif 15


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

1. Dengan bantuan alat ini, murid memahami konsep cahaya berwarna dengan
mudah, jelas dan tepat.

2. Murid lebih memahami kesan cahaya berwarna ke atas warna pakaian para
pelakon di pentas. Pengetahuan mengenai kesan cahaya berwarna ke atas
sesuatu objek juga sangat berguna dalam bidang kajian perhiasan dalaman dan
pengawalan cahaya pentas lakonan.

3. Alat Pencampur Cahaya Berwarna ini mudah dibuat dan senang digunakan
dalam proses pengajaran pembelajaran.

16 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

PENGAJARAN CIRI-CIRI SISIEMPAT MELALUI ORIGAMI


(Pemenang Kedua)

Ramlah bt Saad
SM Tinggi Bukit Mertajam Bukit Mertajam, Pulau Pinang

SINOPSIS

Lipatan Origami yang berasal dari negara Jepun merupakan inovasi yang
diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 1. Seni
origami menghasilkan lipatan yang tepat tanpa menggunakan alat seperti
pembaris, jangka lukis, jangka sudut mahupun gam. Kebanyakan objek origami
menggunakan segiempat sama. Guru boleh memanfaatkan asas-asas origami
dalam pengajaran Matematik khususnya dalam bidang geometri. Dengan cara ini
murid dapat menggabungjalinkan subjek Matematik dan Pendidikan Seni di
samping dapat menghayati penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF
Pendekatan ini dapat:
1. Mengatasi masalah pemahaman konsep.
2. Mempermudahkan lagi kaedah pengajaran.
3. Memaksimumkan penggunaan Hemisfera Otak Kanan dan Hemisfera Otak Kiri.
4. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
5. Menambah dan mempertingkatkan minat dan motivasi belajar Matematik.
6. Menambah kemahiran psikomotor murid dengan melakukan kerja-kerja melipat
kertas dan melukis rajah.
7. Memberi kesedaran kepada murid bahawa Matematik itu bukan sekadar
melakukan latihan bertulis sahaja.
8. Memberi peluang kepada murid membuat inferens.
9. Mengembangkan daya kreativiti murid dengan menghasilkan beberapa objek
origami.

Anugerah Guru Inovatif 17


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

Bentuk Bahan
Bahan yang digunakan bersifat mudah alih, senang
digunakan dan mesra alam. Nilai sayangkan alam sekitar
dapat dipupuk melalui penggunaan semula kertas
terpakai. Turut digunakan ialah bentuk-bentuk sisiempat
dan lembaran kerja.

Pengendalian pengajaran
berpusatkan murid. Aktiviti
yang dijalankan mengambilkira dan melibatkan
kepelbagaian kecerdasan murid seperti kecerdasan
linguistik, logiko-matematik, kinestatik, naturalis, spatial,
interpersonal dan intrapersonal.

KEJAYAAN
Inovasi ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ciri-ciri
sisiempat melalui penglibatan murid yang menyeluruh dalam aktiviti. Murid dapat
memahami konsep dengan mudah dan berkeyakinan. Di samping itu inovasi ini berjaya
mencungkil kreativiti murid dalam mengaplikasikan konsep. Inovasi ini juga boleh
dikembangkan dalam tajuk-tajuk lain seperti pecahan, simetri, jenis-jenis poligon, luas
dan perimeter.

18 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

LAMAN BESTARI
“Laman Bestari Merentasi Kurikulum”
(Pemenang Pertama)

Hamidah bt. Dugel


Fauzi b. Taib @ Mohd. Taib
Che Rashid b. Che Musa
Mohd. Sopi b. Mamat
W. Ahmad Fadziruddin W. Muhammad
SK Jambu Lawar, 18500 Machang, Kelantan

SINOPSIS

Laman Bestari adalah kawasan seluas 0.2 hektar yang dibahagikan kepada 13
laman yang dibangunkan dari segi bentuk, pengisian dan penggunaannya untuk
menjadi medan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran diperkembangkan supaya setiap
laman dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid melalui aktiviti dan projek yang
dicadangkan.

OBJEKTIF

1. Dijadikan tempat untuk penyelidikan yang terancang


2. Mengumpul bahan untuk penyelidikan dan rujukan
3. Sebagai medan pembelajaran luar kelas
4. Meningkatkan minat murid dalam proses pembelajaran
5. Meningkatkan pencapaian dalam semua mata pelajaran

ASPEK INOVASI

Tanah lapang seluas 0.2 hektar dimanfaatkan sepenuhnya untuk dijadikan sumber P&P.
Terdapat tiga belas (13) buah laman di kawasan ini yang diisi dengan pelbagai bahan
mengikut tajuk yang ditentukan. Di samping itu juga terdapat dua belas (12) Projek Khas
yang dilaksanakan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid. Setiap laman
diisi dengan pelbagai bahan mengikut kesesuaian tema laman. Bahan-bahan yang
digunakan adalah bahan terpakai, mudah didapati, tahan lama dan bahan semulajadi.
Laman dijaga oleh seorang guru penyelaras dan sekumpulan murid sebagai pengawas
laman.

Anugerah Guru Inovatif 19


Koleksi Bahan Inovasi

Tema Laman Projek Khas


Laman 1 – Pusat Awetan Projek 1 – Kelas Terbuka
Laman 2 – Taman Haiwan dan Galeri Warisan Projek 2 – Pusat Saintis Muda
Laman 3 – Kota Memanjat Projek 3 – Permainan Matematik
Laman 4 – Taman Batu Projek 4 – Pusat Tanaman Hidroponik
Laman 5 – Pusat Hidroponik Projek 5 – Sawah Padi
Laman 6 – Pokok Memanjat Dinding Projek 6 – Dangau Warisan
Laman 7 – Tapak Semaian Projek 7 – Projek Hidro
Laman 8 – Kawasan Pertanian Projek 8 – Pusat Kaji Cuaca
Laman 9 – Air Terjun Projek 9 – Jam Matahari
Laman 10 – Tanaman Ubatan Tradisional Projek 10 – Kolam Kura-kura
Laman 11 – Kolam Ikan Projek 11 – Galeri Warisan
Laman 12 – Hutan Simpanan Projek 12 – Kedai Laman Bestari
Laman 13 – Taman Berpasu

CONTOH 1: Laman Empat – TAMAN BATU


Sesuai untuk mata pelajaran:
• Bahasa Melayu – karangan bertajuk
batu-batan (Tahun 5 & 6)
• Bahasa Inggeris – Labelling the stones
• Sains – Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan
Habitat tumbuhan darat
Bumi dan alam semesta

Kaedah:
• Murid membuat kajian jenis
batuan
• Murid menulis karangan tentang
batuan
• Menamakan batuan

20 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

CONTOH 2: Laman Sembilan – LAMAN AIR TERJUN


Sesuai untuk mata pelajaran:
• Kajian Tempatan – sumber alam, sumber
tenaga, pemeliharaan dan pemuliharaan
sumber alam
• Sains – sumber tenaga elektrik, janakuasa
elektrik
• Bahasa Inggeris – to express statements
which are accepted as universe all truths, to write a story
Kaedah:
• Membuat kajian
• Melukis tentang keindahan alam semulajadi
• Bercerita Mengarang

CONTOH 3: Projek Khas Warisan – DANGAU WARISAN


Terdapat dangau, alatan tradisional, perangkap
tikus, bantal tradisional, alatan memasak.
Objektif:
• Murid dapat mengetahui kaedah pengurusan
sawah secara tradisi
• Memupuk semangat kerjasama dan gotong-
royong
• Menjalankan kerja penanaman padi secara
amali

Kaedah untuk Bahasa Melayu:


• Bercerita menggunakan ayat sendiri tentang proses
penanaman padi
• Menulis karangan “Nasi sebagai makanan asasi”
• Menulis pantun “Tuai padi antara masak….”
• Membuat kajian terhadap pokok padi

Anugerah Guru Inovatif 21


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

• Pengurangan kos operasi


– bahan sedia ada

• Penjimatan masa –
Laman Bestari digunakan sebagai
alat bantu mengajar

• Peningkatan dan keberkesanan pengajaran


dan pembelajaran – murid menerima proses
pembelajaran secara langsung dan tidak
langsung melalui pengalaman baru

• Peningkatan pencapaian akademik


murid melalui pencapaian UPSR

• Peningkatan dalam tahap kepuasan hati


guru dan pelajar di mana:

- Pengajaran dan pembelajaran berjalan


dengan lebih lancar
- Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar
- Semangat kerjasama di kalangan guru dan
pelajar meningkat
- Perlakuan yang lebih positif terutamanya
di kalangan pelajar
- Lanskap sekolah yang lebih ceria

22 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

BACALAH CIKGU
(Pemenang Kedua)

Hjh. Ainun Jamilah bt. Mohd. Ali


Mohd b. Omar
Rafeah bt. Abdullah
SMK Tengku Lela Segara, 21600 Marang, Terengganu

SINOPSIS
Program ‘Bacalah Cikgu’ dimulakan untuk menggalakkan guru memasuki dan
menggunakan Pusat Sumber Sekolah (PSS) supaya pengetahuan mereka
berkembang untuk menyumbang minda masing-masing semasa pengajaran dan
pembelajaran. Dengan program ini, guru lebih mengenali dan menghargai
keberkesanan penggunaan perpustakaan dan menjadi penggerak untuk
mendorong pelajar menggunakan perpustakaan dengan lebih efektif dan
menjadikan PSS sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran (Teaching-Learning
Centre).

OBJEKTIF
Menggalakkan guru
Mendedahkan kepada guru meminjam buku rujukan
kemudahan yang ada di yang berkaitan dengan
perpustakaan untuk opsyen guru dan
Menggalakkan guru digunakan dalam pengajaran mendedahkan maklumat
menggunakan bahan dan pembelajaran tersebut kepada pelajar
rujukan di
perpustakaan

Menyediakan buku Membolehkan guru


rujukan umum meminjam
dalam pelbagai maklumat terkini
bidang untuk berkaitan isu dan
membantu guru perkembangan
meluaskan pendidikan negara
pengetahuan sedia
ada

Mewujudkan suasana
harmoni untuk
Memudahkan pihak bertukar-tukar fikiran
pengurusan memberi dan mengeratkan
maklumat terkini hubungan silaturrahim
kepada guru di kalangan guru

Anugerah Guru Inovatif 23


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

• Mengarah guru ke PSS setiap hari Selasa (guru sidang pagi) dan Rabu

(guru sidang petang)

• Melarang guru ke Bilik Guru pada hari Selasa dan Rabu

• Mewujudkan Sudut Rujukan Guru di PSS

• Menambah buku bacaan dan rujukan untuk guru

• Mengadakan Hari Penerangan dan Hari Perbincangan yang diuruskan

oleh Kumpulan Pengurusan dan Penyelaras PSS

• Menggalakkan guru menulis sinopsis buku yang dibaca

• Guru memaklumkan kepada rakan guru dan pelajar sesuatu maklumat

yang sesuai dan penting untuk P& P

• Menimbulkan amalan berkongsi buku persendirian di kalangan guru

• Mengadakan sesi ulasan buku

• Menggalakkan guru menyumbang buku / majalah kepada PSS

24 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

• Kos operasi program berkurangan


sebab:
- guru menyumbang buku,
majalah dan artikel
- penggunaan kemudahan yang
telah ada di PSS

• Penjimatan masa
- guru ke PSS cuma sewaktu mereka tiada
kelas atau tidak mengajar
- masa ‘bersembang’ bertukar kepada
masa membaca, merujuk dan
berbincang
- guru yang telah menghayati program ini
terus masuk ke PSS pada hari lain
termasuk hari Sabtu

• Keberkesanan P&P guru jelas kelihatan


- pelajar lebih seronok belajar
- lebih ramai pelajar mengunjungi PSS
- permohonan untuk kelas tambahan
meningkat
- keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Sejarah menunjukkan
peningkatan
- Isi kandungan pengajaran guru lebih
beranika dan menarik

Anugerah Guru Inovatif 25


Koleksi Bahan Inovasi

• Guru dan pelajar berpuas hati dengan program ini


- guru memohon tambahan dari 2 ke 3 hari
untuk ke PSS
- pelajar berpuashati dan sedar bahawa guru
mereka lebih bersedia dan berpengetahuan

• Kepuasan hati guru dan AJK PSS


- PSS menjadi nadi dan pusat P&P serta
pusat ilmu yang terulung
- Guru merasa selesa dan sesuai berada di
PSS dibandingkan dengan berada di bilik
guru kerana berada di alam ilmu

• Pengiktirafan program
- PSPN mengiktirafkan sebagai program
berdaya maju serta berkesan
- PSS dikenali sebagai PSS Contoh Peringkat
Negeri Terengganu
- Mendapat peruntukan bahan bacaan
bernilai RM 10,000.00 daripada
Perpustakaan Awam Negara pada 1 Ogos
1998

26 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KUIZ MINDA BESTARI


(Pemenang Ketiga)

Maiddin b. Suratman
Hjh Muhainia bt.Abd Kadir
Kasniza Kumari bt. Shamsir
Paridah bt. Saman
Zaleza bt. Zakaria
Puvaneswary
SK Danau Kota ,53300 Setapak, Kuala Lumpur

SINOPSIS
Kuiz Minda Bestari (KMB) merupakan bahan yang dapat mencernakan
pengetahuan dan mengembangkan pemikiran murid berasaskan kepada pelbagai
jenis permainan. Program ini telah berjaya meningkatkan peratus lulus murid
dalam akademik. Kemahiran sosial murid turut membantu program ini menerusi
pelbagai jenis permainan yang masih bersangkut paut dengan proses
pembelajaran. Antara permainan yang terdapat dalam KMB ialah congkak,
lingkaran nombor, bulatan dan jam, teng-teng, galah panjang dan suku kata.
Kejayaan ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kehadiran murid
untuk datang ke sekolah.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan prestasi akademik agar lebih cemerlang.
2. Menambah minat terhadap pelajaran dan keyakinan diri.
3. Menjana minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan berasaskan soalan kuiz yang diberi.
4. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
5. Memupuk sikap positif dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Anugerah Guru Inovatif 27


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

Dataran Ilmu Warisan Alat adalah satu kawasan di mana beberapa jenis permainan
rakyat disediakan dalam Program KMB. Contoh permainan di Dataran Ilmu Warisan Alat
ialah:

Jenis Permainan Contoh Gambar Permainan

• Congkak
• Galah Panjang
• Teng-teng Rumah Batu
• Teng-teng Kapal Terbang
• Jam Sri Danau
• Sifir Beroda
• Dam Suku kata
• Road Runner
• Speed Way

28 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh Permainan: SPEED WAY

Permainan Speed Way Cara / Peraturan


• sama permainan Dam Ular
• murid terpaksa bergerak Cara Permainan
dari satu petak ke satu
• Setiap murid diminta melambung
petak hingga permainan
buah dadu. Murid yang
tamat
mendapat nombor yang paling
• 2 hingga 4 orang pemain
tinggi akan memulakan permainan
• Buah dadu
dan diikuti oleh murid yang
seterusnya.
• Lambung dadu, bergerak mengikut
nombor yang diperolehi.
• Sekiranya murid berada di petak
yang mempunyai arah anak
panah, hendaklah mengikuti arah
anak panah, sama ada naik atau
turun ke petak lain.
• Murid atau pemain pertama
sampai ke garisan penamat
diisytiharkan sebagai pemenang.
Untuk sampai ke garisan penamat,
pemain memerlukan nombor yang
tepat. Sekiranya pemain mendapat
nombor yang berlebihan, pemain
perlu mengundur ke petak
belakang.

Anugerah Guru Inovatif 29


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Penjimatan

Kos • berjaya melatih murid mencari maklumat dan


• tidak melebihi RM100 belajar berdikari
• dibiayai oleh PIBG • kecekapan minda murid dalam menyelesaikan
• derma masalah dan mencongak semakin meningkat dari

Masa setahun ke setahun

• mengikut perancangan • murid Tahap 1 dan Tahap 2 boleh

• bantuan guru dan menggunakannya secara berterusan


murid

Tingkahlaku / Sikap
Sebelum Kuiz Minda Bestari Selepas Kuiz Minda Bestari
• Masa murid terbuang • Masa lapang yang berfaedah
• Tahap disiplin kurang memuaskan • Disiplin terkawal
• Murid kurang mengenali jenis • Menambah pengetahuan tentang
permainan tradisional permainan tradisional
• Murid bersikap pasif • Aktif, cergas dan sentiasa bersedia

Akademik
Sebelum Kuiz Minda Bestari Selepas Kuiz Minda Bestari
• Murid Tahap 1 kurang mahir • Boleh membina perkataan
membina perkataan suku kata • Memperbaiki kemahiran mencongak
• Kurang cekap mencongak • Dapat berfikir dan menjawab mengikut
• Kecekapan minda menyelesaikan arahan
masalah adalah lemah • Menunjukkan minat dan ada pelbagai
• Kurang berminat dalam mata kemahiran PJK
pelajaran Pendidikan Jasmani dan • Meningkatnya prestasi Penilaian
Kesihatan ( PJK ) Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 1999

30 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Anugerah Guru Inovatif 31


Koleksi Bahan Inovasi

PROGRAM KEHARMONIAN BACAAN


( Pemenang Pertama )

Hajah Rosni Abdullah


SK Anak-Anak Angkatan Tentera ,Tok Jelai, Jitra, Kedah

SINOPSIS

Program Keharmonian Bacaan mempunyai tiga elemen iaitu Modul Bacaan, Menu
Ganjaran dan Bacaan Berpasangan. Modul Bacaan mempunyai 12 set buku
bacaan bergred yang berjudul ‘Mari Membaca’.Buku ini yang disusun daripada
yang mudah kepada yang susah. Menu Ganjaran merupakan satu teknik
pengurusan tingkahlaku. Peneguhan yang digunakan bertujuan merangsang
pelajar melakukan perubahan tingkahlaku daripada yang negatif kepada yang
positif. Bacaan berpasangan merupakan satu teknik pengajaran bacaan yang
melibatkan dua murid iaitu seorang murid yang lemah dalam bacaan dan seorang
pembimbing. Kumpulan sasaran projek ini ialah pelajar yang tidak menguasai
kemahiran membaca.

OBJEKTIF
1. Murid lemah dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat dan
bersistematik.
2. Murid dapat menguasai kemahiran membaca keseluruhannya.
3. Murid berkeupayaan mengikuti pembelajaran di kelas biasa.
4. Guru dapat menjalankan aktiviti pemulihan di dalam kelas secara berterusan.
5. Ibu bapa atau ahli keluarga dapat terus membimbing murid di rumah dengan
menggunakan bahan yang sama.

ASPEK INOVASI
1. Modul Bacaan
Modul Bacaan terdiri daripada 12 buah buku bacaan bergred dari Buku 1 hingga
Buku 8B. Set buku ‘Mari Membaca’ disusun daripada yang mudah kepada yang
susah. Perkataan dan ayat yang digunakan disusun mengikut keutamaan.
Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan mengikut kaedah binaan. Perkataan
utama yang dipilih dalam ayat dan petikan adalah mudah serta mempunyai makna
dan bunyi yang boleh membantu pembelajaran secara berkesan.

32 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Set buku ‘Mari Membaca’

Proses bimbingan bermula dengan Buku 1. Murid akan diperkenalkan dengan


huruf vokal ‘a’ dan ‘u’. Ini diikuti dengan dua huruf konsonan ‘ b’ dan ‘d’.
Daripada empat abjad ini murid sudah boleh membina suku kata terbuka dan
seterusnya membentuk perkataan dan ayat mudah.
Contoh:
Huruf - a, u, b, d
Suku kata - ba, bu, da, du
Perkataan - baba, bubu, dada, dadu, ada
Ayat - Saya baca buku.

Aktiviti pemulihan menggunakan Modul Bacaan

Anugerah Guru Inovatif 33


Koleksi Bahan Inovasi

Setelah murid menguasai kemahiran dalam Buku 1, mereka ada dibekalkan Buku
2 dan seterusnya sehinggalah Buku 8B. Keseluruhan buku ini meliputi
perkembangan struktur Bahasa Melayu daripada yang mudah kepada yang lebih
sukar.
Apabila murid telah menguasai kemahiran bacaan buku 8B mereka boleh
menguasai kemahiran membaca keseluruhannya dan berkeupayaan mengikuti
pembelajaran di kelas biasa.

2. Menu Ganjaran
Menu Ganjaran merupakan satu teknik pengurusan tingkahlaku. Peneguhan yang
digunakan bertujuan merangsang murid melakukan perubahan tingkah laku
daripada yang negatif kepada yang positif. Pelaksanaan Menu Ganjaran adalah
seperti berikut:

Tahap 1: Peneguhan Promosi


Peneguhan Promosi merupakan satu jenis peneguhan yang diwarwarkan dahulu
bentuk ganjaran yang akan diterima jika sesuatu kejayaan dicapai.
Contoh:
Bulan Januari - habis membaca sebuah buku akan dapat sebatang pensil.
Bentuk ganjaran akan dihebahkan setiap bulan dan bahan ganjaran juga tidak
sama setiap bulan.
Contoh:
Januari -

Februari -

Mac -

Tahap 2: Ekonomi Token


Ganjaran ini menggunakan ‘token’ sebagai satu simbol yang boleh ditukarkan
dengan peneguhan lain yang disukai murid. Token diberi setelah tingkah laku
yang positif tercapai. Token di buat dalam pelbagai bentuk seperti bintang, setem,
butang, wang, cip dan kad. Peneguhan sokongan diberikan selepas token tertentu
terkumpul misalnya 10 token boleh ditukarkan dengan sebatang pensil. Token

34 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

juga digunakan untuk pengurusan tingkah laku yang berkaitan dengan memberi
perhatian semasa belajar.
Contoh: 4 token – mendengar dan menyumbang 3 idea
Token juga digunakan untuk aktiviti bacaan dan latihan bertulis. Murid
dikehendakki membayar denda sekiranya melanggar peraturan dan disiplin
kelas.

Menu Ganjaran

3. Bacaan Berpasangan
Bacaan berpasangan merupakan satu teknik pengajaran bacaan yang melibatkan
dua pihak iaitu murid yang lemah dalam bacaan dan seorang pembimbing yang
telah menguasai kemahiran membaca. Mereka terdiri daripada guru, rakan
sebaya, ibu bapa atau ahli keluarga. Murid dan pembimbing bebas memilih
tempat dan masa yang difikirkan selesa untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti yang
dijalankan berlaku dalam keadaan harmoni dan tanpa sebarang tekanan daripada
mana-mana pihak.

Murid dibimbing oleh


rakan sebaya pada
waktu rehat

Anugerah Guru Inovatif 35


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
Program ini telah menolong murid lemah menguasai kemahiran membaca dan seterusnya
berupaya mengikuti pembelajaran di kelas biasa. Sebagai contoh, pada tahun 1999
seramai 40 murid daripada 52 murid yang mengikuti program ini telah berjaya
menguasai kemahiran membaca dan mengikuti pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

36 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

PROGRAM BIMO
(Bimbingan Motivasi)
(Pemenang Kedua)

Rasif Ahmad
SK Taman Selayang I, 68100 Batu Caves, Selangor

SINOPSIS
Program BIMO adalah satu program terancang untuk membantu mengatasi
masalah murid menghadapi kesukaran belajar dan tercicir dalam pencapaian
akademik di peringkat awal persekolahan. Program ini dibimbing oleh guru
pemulihan khas dan dibantu oleh guru-guru lain. Sebuah bilik darjah yang
mempunyai suasana yang menarik dan kondusif diwujudkan. Bilik darjah
tersebut dilengkapi dengan bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran
pemulihan khas. Bahan sokongan lain yang digunakan ialah buku Pakej
Jauhari yang merupakan himpunan latihan yang disediakan oleh guru
pemulihan khas. Murid membuat latihan dengan menggunakan buku tersebut
dan pencapaian dicatat dalam rekod pencapaian murid.

OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran membaca dan menulis secara terancang dan bersepadu.


2. Mengikut proses pembelajaran dengan selesa dan berjaya.
3. Meningkatkan prestasi akademik pelajar melalui bimbingan dan
4. program motivasi yang berterusan.
5. Membentuk keyakinan diri dan ketahanan diri untuk bersaing
6. Meningkatkan tahap disiplin yang baik.

Anugerah Guru Inovatif 37


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

Semua murid baru Tahun Satu menduduki ujian


diagnostik Bahasa Melayu. Ujian adalah seperti
mengenal huruf besar dilakukan secara rambang,
mengenal suku kata mengikut pemeringkatan (KV, KVK,
KVKK, VK, KVVK, KVV, KKV, KKVK, KVVV), membaca
ayat mudah, dan membaca cerita pendek.
Murid yang belum menguasai huruf diasingkan ke kelas
BIMO. Murid Tahun Satu ini menggunakan buku Pakej Jauhari Bahasa Melayu dan
mengikuti program pengajaran yang telah disusun secara mudah dan berkesan. Di
samping itu, susunan ruang dalam kelas Program BIMO dapat dibahagikan kepada:

i. Kelas BIMO (Am) - Setiap kelas mempunyai ruang belajar untuk;


a. pengajaran individu
b. menampung 25- 30 orang murid
c. mini perpustakaan
d. ruang perpustakaan
e. ruang pameran hasil kerja murid
ii. Kelas Sumber BIMO - Kelas sumber ini mempunyai ;
a. ruang tayang VCD
b. keperluan fizikal lain seperti Kelas BIMO (Am)

Contoh bahan kandungan yang terdapat dalam buku Pakej Jauhari yang dijalankan
dijalankan melalui Program BIMO adalah seperti berikut:

38 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

1. Mewujudkan masyarakat sekolah yang perihatin terhadap tanggungjawab masing-


masing untuk membantu dan mengatasi masalah tidak boleh membaca.
2. Dapat menyusun matlamat kurikulum dengan lebih berkesan apabila sikap dan minat
murid mencapai tahap memberangsangkan.
3. Dapat mengatasi masalah membaca dengan cepat dan terancang.
4. Dapat mengelakkan kebosanan murid untuk menghadapi subjek/tajuk dalam mata
pelajaran lain.
5. Murid dapat merasakan suasana bilik darjah yang lebih selesa dan pembelajaran yang
menarik.
6. Dapat mewujudkan kerjasama antara guru Pendidikan Pemulihan khas BIMO dengan
guru-guru kelas BIMO.

Anugerah Guru Inovatif 39


Koleksi Bahan Inovasi

MARI BELAJAR MATEMATIK SAMBIL MENYANYI


(Pemenang Ketiga)

Ahsahri Hj. Kasdi


SK Sri Setia Jaya,Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor

SINOPSIS
Program Mari Belajar Matematik Sambil Menyanyi adalah satu formula lagu
matematik yang sesuai diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
khususnya bagi kumpulan sederhana dan lemah di Tahap Dua yang bakal
menduduki UPSR. Program ini membantu mereka menghafal formula
matematik mengikut tajuk dengan mudah dan cepat. Terciptanya lagu
matematik ini adalah bertujuan membantu murid menghafal, mengingati dan
memahami formula yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dengan cara
yang lebih mudah, berkesan dan efektif. Di samping itu, kaedah ini dapat
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan
menyeronokkan. Murid tidak berasa bosan semasa belajar .

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran hafalan formula lagu Matematik murid dapat:

1. Menjawab soalan-soalan Matematik mengikut kemahiran yang dipelajari


dengan lebih berkesan dan cepat;
2. Menghafal sifir secara lebih berkesan dan efektif, dalam masa yang singkat.
Ini memberi galakan kepada mereka untuk terus mempelajari operasi asas
seterusnya (tambah, tolak, darab dan bahagi);
3. Menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah yang mempunyai beberapa
kemahiran di dalam satu soalan;
4. Belajar matematik dengan riang dan seronok. Mereka tidak berasa bosan
kerana belajar sambil menyanyi. Ini secara tidak langsung dapat memupuk
semangat dan kesungguhan mereka mendalami mata pelajaran ini;
5. Mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid berani memberi pendapat dan
komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan;

40 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

6. Membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka
yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada secara spontan atau bertulis
berpandukan lagu yang dipelajari;

ASPEK INOVASI
Dilaksanakan dalam set induksi dan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas melalui nyanyian. Bentuk bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

• Cakera padat/kaset lagu Matematik; dan


• Senikata lagu

Lagu-lagu matematik yang telah dicipta antaranya ialah:-


• Pak Wa Berlaga – hafalan sifir;
• Tambah dan Tolak;
• Pecahan;
• Rumah Nombor;
• Kotak;
• Oh La La;
• Untung-Untung dan Rugi;
• Diskaun;
• Dividen, dan
• Masa

Anugerah Guru Inovatif 41


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh lirik lagu matematik ‘Tambah-Tambah Tolak’:-

TAMBAH & TOLAK

Kalau jumpa sebelum kita tolak


Kalaulah jumpa kurang kita tolak
Kalaulah jumpa beza kita pun juga tolak
Sebelum kurang beza kita tolak

Kalau jumpa selisih kita tolak


Kalaulah jumpa banding kita tolak
Kalaulah jumpa rugi kita pun juga tolak
Selisih banding rugi kita tolak

Kalau jumpa diskaun kita tolak


Kalaulah jumpa baki kita tolak
Kalaulah jumpa awal kita tolak
Diskaun baki awal kita tolak

Kalau jumpa selepas kita tambah


Kalaulah jumpa lebih kita tambah
Kalaulah jumpa lewat kita pun juga tambah
Selepas lebih lewat kita tambah

Kalau jumpa dividen kita tambah


Kalaulah jumpa untung kita tambah
Kalaulah jumpa jumlah kita juga tambah
Dividen untung jumlah kita tambah

42 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh Penggunaan
Lagu ‘Tambah dan Tolak’

1. Lagu ini sesuai digunakan bagi soalan-soalan berbentuk penyelesaian


masalah.

2. Pelajar menggaris perkataan yang ada dalam senikata lagu ini.

3. Contoh:
a. Ali tiba di sekolah lima minit sebelum pukul 7.25. Pukul berapakah
Ali tiba? (-)

Cara pengiraan 7.25


0.05
7.20
b. Pendapatan seorang pekerja pada bulan April ialah 20% kurang
daripada (-) pendapatannya pada bulan Mac. Jika pendapatan pada
bulan Mac ialah RM780.00 berapakah gaji pekerja tersebut pada
bulan April?

Cara Pengiraan: i. Tukarkan terlebih dahulu 20%


20 x 780 = 156
100

ii. Tolakkan (kerana terdapat perkataan


kurang)

c. Cari beza 26.4 kg dengan 24 kg (-)


d. Ali pergi ke sekolah 15 minit selepas pukul 7.00 pagi. (+)
e. Ali mempunyai wang sebanyak RM10.00. Ayahnya memberikan wang
tambahan sebanyak RM2.00. Berapakah jumlah wang Ali sekarang?
(+).
Anugerah Guru Inovatif 43
Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

PERATUS LULUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR


MATA PELAJARAN MATEMATIK
SKSSJ

100 98%
93.6%

90

84.4%
80

69.9%
70

60
56% 55%

50

40

30

20

10

1995 1996 1997 1998 1999 2000

SEBELUM MENGGUNAKAN FORMULA / LAGU

SETELAH MENGGUNAKAN FORMULA / LAGU

SASARAN

44 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KAEDAH PJK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU
(Pemenang Pertama)

Nor Aziziun bt Razali


S.M.K. Hutan Melintang
36400 Hutan Melintang, Perak

SINOPSIS

Projek ini bertujuan untuk membantu guru menggunakan Kaedah PJK


khususnya permainan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah bermain sambil belajar mampu menarik
minat murid untuk belajar dengan cepat dan mudah khususnya dalam
pengajaran dan pembelajaran Kata Adjektif.

OBJEKTIF

Kaedah ini dapat:

1. Mengubah amalan dan sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan
2. Membantu guru menggunakan kaedah PJK khususnya permainan bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
3. Memahami situasi pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum
4. Meneroka pendekatan kepada “Learning is Fun”

ASPEK INOVASI
Pengajaran dijalankan secara berperingkat mengikut kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran PJK.

Anugerah Guru Inovatif 45


Koleksi Bahan Inovasi

CONTOH MODUL KAEDAH PJK DALAM


PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Tajuk: Kata Adjektif


Objektif: Murid dapat:
1. memberi beberapa contoh kata adjektif
2. membuat beberapa ayat dengan menggunakan kata adjektif
Objektif Kemahiran Berfikir:
1. Mencari kata adjektif berdasarkan gambar
2. Mengumpul kata keterangan untuk menguatkan kata adjektif
3. Mengelaskan kata penguat depan, belakang dan bebas
4. Memilih dan menyesuaikan penggunaan kata adjektif dalam membina
ayat.
Kemahiran Berbahasa:
1. Mendengar dan memahami makna, frasa dan ayat
2. Membaca dan memahami kata, frasa dan ayat
3. Membina ayat yang betul dan tepat
Aktiviti:
Soal jawab, penerangan, kuiz, demonstrasi dan sumbangsaran.
Masa: 1 jam

Alat Bantu Mengajar


Bola tenis, surat khabar, kertas pendua, gunting, gam, pen marker, kad imbasan
dan kad kuiz adjektif.

Nilai Murni
Bekerjasama, keberanian, keadilan, baik hati, kejujuran, kerajinan, kasih sayang,
kesyukuran, hormat menghormati dan semangat bermasyarakat.

46 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Turutan Pengajaran
Set Induksi
Secara berpasangan murid merebut bola.
Murid yang menang disoal tentang warna, bentuk dan kekenyalan bola tenis dengan
kata adjektif.

Aktiviti Penggunaan Adjektif


Murid menampal gambar daripada akhbar di atas kertas dan menyenaraikan 3 – 8
adjektif. Mereka yang berjaya dijemput membina ayat daripada 5 kata adjektif.

Aktiviti kata Penguat Adjektif


Guru memperkenalkan ayat yang menerangkan kedudukan kata penguat adjektif .
Guru minta murid mencadangkan contoh untuk kata penguat depan, belakang dan
bebas dalam bentuk peta minda, jadual atau carta aliran.
Murid diminta membuat ayat secara kumpulan dengan menggunakan kata penguat
adjektif.

Kuiz
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Murid setiap kumpulan merebut bola tenis dalam kumpulan masing-masing.
Ahli kumpulan yang mendapat bola terbanyak berpeluang menjawab soalan kuiz
kata adjektif.
Murid yang berjaya menjawab soalan kuiz mendapat 5 markah.
Skor murid dicatatkan dalam jadual untuk menentukan kumpulan pemenang.

Pengukuhan
Murid melukis gambar adiknya dan menghuraikan gambar dengan kata adjektif.

Penulisan
Secara lisan guru meminta murid memberi contoh:
- kata adjektif
- kata penguat
- ayat adjektif

Anugerah Guru Inovatif 47


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh Latihan
Contoh 1

Arahan:
Guru meminta setiap murid mencari sekeping gambar di dalam surat khabar dan
menyenaraikan 3 hingga 8 kata adjektif.

Arahan:
Guru meminta murid membina ayat daripada lima kata adjektif yang disenaraikan:
1) Kapal terbang itu laju.
2) Harga sebuah kapal terbang sangat mahal.
3) Kapal terbang sangat berat.
4) Bentuk kapal terbang itu canggih.
5) Warna kapal terbang itu cantik.

48 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh 2

Arahan:
Murid diminta memilih nombor kad dan membuat ayat adjektif
berdasarkan kad yang dipilih.

Contoh kad soalan adjektif:

KEJAYAAN
1. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dapat disepadukan dengan
berkesan.
2. Keputusan peperiksaan Bahasa Melayu meningkat.
3. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi.

Anugerah Guru Inovatif 49


Koleksi Bahan Inovasi

BIO-EKS
(Pemenang Kedua)

Mazinah bt. Muda


SMK Mulong,
16010 Kota Bharu, Kelantan

SINOPSIS

Bahan ini mengeksploitasikan sumber alam di persekitaran sekolah bagi


meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan 4.
Pendekatan ini dapat merangsang pemikiran murid ke arah membuat
penyelidikan pada peringkat sekolah.

OBJEKTIF:

Modul ini dapat:

1. Memaksimumkan penggunaan sumber alam sebagai sumber


rangsangan efektif kepada pembelajaran biologi di luar
makmal.
2. Melatih murid membuat penyelidikan dengan menggunakan
sumber alam di persekitaran mereka dan kemudahan di
makmal sains.
3. Mendedah dan meningkatkan penguasaan kemahiran
saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif di kalangan murid bagi membantu pencapaian
skor markah yang selesa.
4. Mendedahkan kepada murid dengan kemahiran berfikir
selaras dengan kehendak format Biologi KBSM terkini.
5. Memberikan penekanan kepada kemahiran melukis rajah.
6. Meningkatkan minat serta mengikis sikap fobia Biologi terutama kepada murid
lelaki.
7. Menyemai dan memupuk nilai murni di kalangan murid.

50 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

Modul terdiri daripada lembaran kerja yang memerlukan murid menjalankan suatu
penyelidikan terarah iaitu penyiasatan ke atas Keladi Chalek yang berfungsi sebagai
Antiseptik Semulajadi secara berkumpulan. Modul ini adalah berteraskan konsep Guided
Learning Approach (GLA). Rangsangan diberikan lebih awal sebelum masa pengajaran
sebenar. Bio-Eks cuba menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam
aktiviti pada setiap lembaran kerja yang terkandung di dalamnya.

Contoh Lembaran Kerja Murid


Tajuk : Keladi Chalek – Habitat dan Ekosistemnya

Pengetahuan
Ekosistem mer upakan kawasan semulajadi yang terdiri daripada
dua komponen iaitu komponen biosis atau pelbagai benda hidup
termasuk haiwan dan tumbuhan dan komponen abiosis atau benda
bukan hidup seperti tanah, keamatan cahaya. Komponen ini saling
bersandaran antara satu sama lain

Objektif : Mengkaji habitat dan ekosistem keladi chalek.

Arahan
1. Lawat ke kawasan berhampiran dengan sekolah yang terdapat keladi chalek.
2. Buat satu lakaran gambar atau rakaman gambar foto untuk menunjukkan untuk
menunjukkan seberapa banyak hidupan yang terdapat di kawasan itu.
3. Kenal pasti dan senaraikan komponen biosis dan abiosis di kawasan itu.

Pemerhatian
1. Lakarkan gambar atau gambar foto kawasan tersebut.

2. Rekodkan komponen biosis dan abiosis. (dalam bentuk jadual)

Anugerah Guru Inovatif 51


Koleksi Bahan Inovasi

52 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Anugerah Guru Inovatif 53


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

1. Interaksi aktif dan mesra antara murid dan guru, murid dengan staf makmal
dan murid dengan murid telah menceriakan suasana pengajaran dan
pembelajaran.

2. Murid telah mempunyai keyakinan diri dengan penonjolan perlakuan suka


bertanya, berani menggunakan alat radas dan bahan kimia semasa menjalankan
eksperimen di makmal dan dapat membentangkan hasil kerja mereka.

3. Guru berpeluang menerapkan sebanyak mungkin kemahiran saintifik dan


kemahiran berfikir di kalangan murid pinggiran bandar / luar bandar.

4. Guru dapat menghabiskan sukatan pelajaran dengan lebih cepat.

5. Murid membuat tugasan dalam Modul secara penyelidikan dan perbincangan


dengan rakan tanpa tekanan masa.

6. Murid menggunakan masa dengan lebih terancang tanpa pembaziran.

54 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

PROGRAM MUAFAKAT MATEMATIK


(Pemenang Ketiga)

Ding Hong Eng


SMK (P) Air Panas, 53200 Setapak, Kuala Lumpur

SINOPSIS

Program Muafakat Matematik ialah satu program bimbingan dan pemulihan


untuk membantu murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang mempunyai
masalah dalam pembelajaran Matematik menguasai kemahiran asas,
memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan
pencapaian dalam Matematik. Program ini juga mewujudkan suatu budaya
bekerjasama, tolong-menolong di antara murid.

OBJEKTIF

Program ini dapat :

1. Mengenal pasti kelemahan murid serta memberi bimbingan dan pemulihan.


2. Membimbing murid memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem
matematik.
3. Membantu murid menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik.
4. Memberi motivasi dan membina keyakinan murid dalam pembelajaran matematik.
5. Membolehkan murid lemah mendapat bantuan serta merta dengan mudah.
6. Mewujudkan semangat bekerjasama dan tolong menolong di kalangan murid.
7. Mengikiskan perasaan perkauman, mewujudkan iklim sekolah yang muhibbah
dan mesra untuk pembelajaran.
8. Membantu murid lemah meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam
peperiksaan sekolah, PMR dan SPM.

Anugerah Guru Inovatif 55


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Program Muafakat Di Dalam Kelas
Guru mengenal pasti kelemahan murid selepas ujian pertama.
Setiap murid pandai diberi seorang murid lemah
untuk dibimbing. Murid pandai diberi nama Kakak
dan murid lemah dipanggil Adik.
Adik boleh bertanya kepada Kakak jika tidak faham
atau tidak tahu membuat latihan.
Kakak pula membimbing Adik membuat latihan
tambahan seperti Soalan Peperiksaan Tahun Lepas
dan buku latih tubi format PMR/SPM.

Program Muafakat Di Antara Kelas

Kelas pandai dan kelas lemah dikenal pasti selepas


ujian pertama.
Satu masa khas diadakan di mana kelas pandai dan
kelas lemah berkumpul di Dewan Perhimpunan.
Setiap kelas pandai diberikan satu kelas lemah dan murid kedua-dua kelas duduk
bersama-sama.
Setiap murid pandai diagihkan seorang murid lemah atau murid memilih pasangan
sendiri.

Penghargaan Insentif
1. Murid pandai yang terlibat dalam program ini diberi sijil penghargaan pada akhir
tahun jika ada bukti yang menunjukkan murid di bawah jagaannya telah
meningkatkan prestasi.
2. Lima pasangan yang menunjukkan peningkatan prestasi terbaik diberi sijil
pencapaian cemerlang dan hadiah yang menarik.

56 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Rekod Keberkesanan
Borang rekod disediakan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program dan
sebagai bukti untuk menerima sijil penghargaan dan hadiah.

Contoh Rekod Program Muafakat

Nama Kakak : _____________________ Tingkatan : ____________________


Nama Adik : _____________________ Tingkatan : ____________________

Adik telah bertanya/berbincang masalah pada tarikh-tarikh yang berikut:


Bil. Tarikh Masa Bil. Tarikh Masa Bil. Tarikh Masa
1.
2.
3.
4.
5.
7.
8.
9.
10.

Jumlah: _______________ (sekurang-kurangnya sekali seminggu)

Pencapaian Adik
Ujian Peperiksaan Ujian Peperiksaan Peperiksaan Tanda-
Bulan Pertengahan Bulan Percubaan PMR/SPM tangan
Feb./Mac Tahun Ogos PMR/SPM Adik

Ulasan Kakak :

Ulasan Adik :

Anugerah Guru Inovatif 57


Koleksi Bahan Inovasi

Penyeliaan Guru
Penyeliaan guru adalah penting untuk memastikan keberkesanan program.
Perjumpaan dan perbincangan di antara guru dengan murid diadakan sebulan sekali.

KEJAYAAN
Program Muafakat Matematik ini dapat mengatasi masalah dan kelemahan murid
dalam kemahiran asas, pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran menyelesaikan
masalah matematik. Program ini juga telah berjaya meningkatkan prestasi Matematik
dalam ujian dan peperiksaan. Peningkatan pencapaian Matematik dalam PMR dapat
dilihat pada jadual berikut:

Jadual 1: Keputusan Matematik PMR


Tahun % Kelulusan
1997 94.87
1998 94.84
1999 96.67

Pencapaian Program Muafakat Di Dalam Kelas


Kelas 3A, 3F, 3I, 3J yang terlibat dalam program telah menunjukkan pencapaian
cemerlang. (Sila rujuk jadual 2):

Jadual 2: Pencapaian Program Muafakat Di Dalam Kelas


Kelas Kelulusan Peperiksaan Kelulusan PMR
Pertengahan Tahun (%) Sebenar (%)
3A 35.0 100%
3F 52.5 100%
3I 40.0 100%
3J 40.5 100%

58 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Pencapaian Program Muafakat Di Antara Kelas


Enam kelas yang terlibat dalam program iaitu kelas pandai (3C,3E,3G) membimbing
kelas lemah (3B,3D,3H) telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam PMR. (Rujuk
Jadual 3).

Jadual 3 : Pencapaian Program Muafakat Di Antara Kelas


Kelas Pembimbing Kelas Dibimbing
Kelulusan Kelulusan Kelulusan Kelulusan
Kelas Peperiksan PMR Kelas Peperiksan PMR
Pertengahan Sebenar Pertengahan Sebenar
Tahun (%) (%) Tahun(%) (%)
3C 85 100 3B 5.26 81.08
3E 92.5 100 3D 0.00 91.89
3G 87.5 100 3H 16.22 92.10

Anugerah Guru Inovatif 59


Koleksi Bahan Inovasi

MOMENTUM ONE
(Pemenang Pertama)

Ahmad Rushdan Abd. Aziz


Ishak Che Mat
Zainol Azhar Hussain
Hashim Din
Aminordin Che Lah
Kolej Sultan Abdul Hamid Jalan Langgar,Alor Setar, Kedah

1. Apakah MOMENTUM ONE?


Momentum One (MO) merupakan satu cara pengajaran dan pembelajaran alternatif yang
menggunakan komputer. Bermula dari idea ini
tercetus PAKSI 1 dan PAKSI 2 (Pendekatan
Alternatif Komputer Sumber Inovasi 1 dan 2).

Momentum ONE = Program Latih Tubi


Berkomputer

Dirancang untuk mata pelajaran SAINS


menengah rendah = menggunakan perisian
Authorware

2. Kenapa MOMENTUM ONE?


Untuk menarik minat pelajar dan guru
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

Dengan itu…..

• Murid dapat belajar sendiri (Self-Access Learning) secara berterusan


• Meningkatkan minat dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Sains
• Memperkaya dan memperkukuh pengetahuan sedia ada mata pelajaran Sains
• Meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan peperiksaan
• Meringankan tugas guru dalam persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran

60 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

3. Strategi Pengajaran

3 Peringkat

• 5 orang (gubal) Sains 2 makmal komputer Selain memperkukuh dan memperkaya


Menengah Rendah berangkaian disediakan. pengetahuan sedia ada MO juga
• Bengkel (pilih tajuk) Boleh menampung enrolmen 2 adalah sebagai alat pengukuran
o kumpul bahan kelas dalam 1 masa. Aktiviti • Untuk Murid
o bahagi tugas seperti: 1. Pilih bab tertentu dari MO
• 15 tajuk dikenalpasti • Murid menggunakan MO 2. Jawab soalan dengan 2 pilihan
• Demonstrasi untuk sebelum P&P sebenar tindak balas
penyelarasan berlaku dalam Makmal 3. MO segera memberi respon
Tajuk yang dihasilkan Sains § SYABAS diberi kepada jawapan
Tingkatan 1 • Murid menggunakan MO betul atau TERUS MENCUBA
1. Memperkenalkan Sukan setelah tamat proses P&P jika jawapan salah
2. Kepelbagaian Benda dalam Makmal Sains • Markah akan dipaparkan
Hidup • Masa lapang (free period), • Untuk Guru
3. Kepelbagaian Sumber di murid memilih bab tertentu 1. MO akan merekod secara
Bumi dari MO mengikut minat automatik markah setiap murid
4. Bentuk dan Sumber dan kecenderungan 2. MO akan menganalisa jawapan
Tenaga • MO dibekalkan kepada pilihan murid bagi setiap soalan.
5. Udara di Sekeliling Kita murid lemah mengikut bab • Justeru, guru dapat:
6. Haba dan Pemindahan tertentu − mengesan kelemahan & kekuatan
Haba murid (mengikut bab)
Tingkatan 2 − mengesan kelemahan & kekuatan
1. Dunia Melalui Deria Kita murid (melalui setiap soalan yang
2. Air dan Larutan dijawab)
3. Makanan dan − maklumat aras kesukaran setiap
Pembebasan Tenaga soalan dari setiap bab dengan
4. Saling Bersandaran segera
Antara Benda Hidup − maklumat tentang bab yang sukar
Dengan Alam Sekitar dikuasai pelajar dengan segera
5. Daya dan Gerakan
Tingkatan 3
1. Pembiakan dan
Pertumbuhan
2. Tanah dan Sumbernya
3. Elektrik dan Elektromagnet
4. Bumi dan Alam Semesta

Anugerah Guru Inovatif 61


Koleksi Bahan Inovasi

Terhadap murid

SEBELUM MO SELEPAS MO

Minat dan perhatian mendatar Minat belajar meningkat


Belajar pada kadar kelas Belajar pada kadar sendiri
Ulang kaji terhad Ulang kaji berterusan
Keputusan memerlukan masa Keputusan serta merta
Tiada sikap berlumba Sentiasa ingin mengatasi kawan
Bergantung kepada guru Tidak banyak bergantung kepada guru
Menerima ilmu Mencari ilmu

Kesan Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

SEBELUM MO SELEPAS MO
Guru sebagai pengajar Guru sebagai pembimbing /
pemudahcara
Pendekatan pengajaran yang Pendekatan pengajaran lebih
hambar menarik
Lalai Sentiasa “mencuri” peluang masa
Penilaian memerlukan masa Penilaian dapat diperoleh segera
Pengesanan sukar dibuat Pengesanan segera
Ulang kaji memerlukan Ulang kaji sendiri dan berterusan
pembimbing

Kesan Terhadap Keputusan Peperiksaan 1999


Gred (%)
Peperiksaan %
A B C D E Lulus
Percubaan PMR 21.2 37.0 17.9 21.2 2.7 97.3
Gerak Gempur 38.4 43.2 9.2 7.0 2.2 97.8
PMR 1998 51.4 25.2 19.2 4.2 0 100
PMR 1999 64.7 19.3 12.3 3.7 0 100

Dengan MO jelas kelihatan peratus kelulusan dan kecemerlangan meningkat antara


PMR 1998 dengan PMR 1999.

62 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

PROJEK KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU


“Lampu Aladin”
(Pemenang Kedua)

Ramlah Asgali
Aladin Mamat
Che Abd Ghazak Che Omar
Hjh Napisah Abd Rahman
Amizura Jusoh
SK Beta Hulu 16450 Kota Bharu, Kelantan

SINOPSIS
Projek Kecemerlangan Bahasa Melayu Lampu Aladin merupakan program untuk
memastikan pencapaian seratus peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Set bahan projek ini merangkumi tatabahasa, penulisan, bahan bantu
mengajar dan keratan akhbar.

OBJEKTIF
1. Mengekalkan minat terhadap pengajaran yang dijalankan.
2. Menjimatkan masa belajar.
3. Cepat mencari sesuatu maklumat yang dikehendaki.
4. Meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap apa yang diajar.
5. Mencapai peningkatan kecemerlangan dalam Bahasa Melayu.

Anugerah Guru Inovatif 63


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI

4 bentuk bahan bantu mengajar telah dibina iaitu:


SET KANDUNGAN
Tatabahasa
• kata ganda berirama
• simpulan bahasa
• kiasan/bandingan semacam
• penjodoh bilangan
• antonim
• sinonim
• Bahasa Istana
• perbuatan binatang
Penulisan
• helaian format
• ciri karangan
• cara menulis karangan
• contoh karangan
• cara menulis isi penting
• analisis soalan penulisan UPSR

Bahan Bantu Mengajar


• soalan peperiksaan
• lembaran kerja murid
• kertas jawapan
• contoh cara menjawab yang dikehendaki

Keratan Akhbar
• Tampalan keratan akhbar yang
mengandungi isu semasa untuk tujuan
mencari:
o isi penting
o makna perkataan
o rangkai kata

64 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
Peningkatan boleh dilihat dari segi pencapaian keputusan peperiksaan UPSR tahun
1998 dan 1999. Pencapaian murid yang meningkat dalam peperiksaan telah
menjadikan Projek Kecemerlangan Bahasa Melayu “Lampu Aladin” sebagai contoh bagi
mata pelajaran lain.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


Tahun A B C Bil %
1998 27 15 3 45 100
(60%) (33.3%) (6.7%)
1999 33 11 1 45 100
(73.3%) (24.5%) (2.2%)

BAHASA MELAYU PENULISAN


Tahun A B C Bil %
1998 25 9 6 40 88.9
(55.6%) (20%) (13.3.%)
1999 23 14 3 40 88.9
(51.1%) (31.1%) (6.7%)

Anugerah Guru Inovatif 65


Koleksi Bahan Inovasi

RELAMAT
(Pemenang Ketiga)

Ramlah Salleh
Siti Zainon Hj Md Nor
Hawariah Abdul Ghani
Abd Halid Hj Yasin
Noraini Yahaya
SK Telok Panglima Garang
42500 Telok Panglima Garang
Selangor Darul Ehsan

SINOPSIS

‘Relamat’ merupakan program yang membantu meningkatkan pengajaran dan


pembelajaran Matematik. Program ini menitikberatkan penggunaan tiga jenis
kad yang menjurus kepada soalan berkaitan Fakta Asas, Mekanis dan Masalah.
Murid menjawab soalan yang ada dalam kad tersebut. Jawapan dan latihan
dicatat dalam buku Relamat dan rekod disemak oleh guru.

OBJEKTIF
1. Meningkat dan mengukuhkan penguasaan kemahiran Matematik murid.
2. Meningkatkan peratus lulus dalam mata pelajaran Matematik.
3. Meningkatkan peratus cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.
4. Menanam sikap rajin membuat latihan Matematik.
5. Memupuk minat dan keyakinan diri murid terhadap mata pelajaran Matematik.

ASPEK INOVASI
Bahan Relamat adalah pelbagai bentuk soalan dan jawapan yang telah dibina oleh guru
Matematik. Bahan soalan dibina dalam bentuk kad Fakta Asas (Biru), Mekanis
(Kuning) dan Masalah (Merah).

66 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh kad soalan

Contoh kad jawapan

Anugerah Guru Inovatif 67


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
Penjimatan kos
o Kad soalan yang dibina tahan lama

Penjimatan masa
o Guru mengesahkan segala kerja murid
o Guru tidak perlu memberi arahan
o Memenuhi masa lapang murid

• Latihan yang sistematik telah meningkatkan peratus kelulusan murid dalam mata
pelajaran Matematik

• Program Relamat telah dilancarkan di Daerah Kuala Langat / Sepang sepanjang


tahun 2000

Kesungguhan dan Minat Murid

68 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Anugerah Guru Inovatif 69


Koleksi Bahan Inovasi

KAEDAH CEPAT BACA,


CEPAT BACA, CEPAT FAHAM,
CEPAT MENULIS TULISAN CANTIK
(Pemenang Pertama)

Roslan Bin Nikmat


SK Sarang Tiong, Kuala Rompin, Pahang

SINOPSIS
Projek ini menggunakan modul yang disediakan untuk murid prasekolah.
Modul yang digunakan bertujuan untuk membolehkan murid mencapai tahap
minimum penguasaan kemahiran berbahasa apabila tamat satu sesi
persekolahan serta memberi peluang kepada murid yang lemah
mengembangkan potensi mereka. Penggunaan kad dan lagu dalam kelas
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru yang melaksanakan projek ini mengamalkan “peer-group teaching” dan
“peer-group evaluation”

OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran membaca dengan cepat.


2. Membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan cepat.
3. Menguasai kemahiran menulis dengan cepat dan menghasilkan tulisan yang
cantik.

ASPEK INOVASI
Aspek inovasi yang ditonjolkan dalam projek ini ialah seperti berikut:

Buku Asas Bacaan Bahasa Melayu “MARI MEMBACA”


Dengan menggunakan bahan ini, murid akan diajar tentang:

a) Perkataan – berbual; bersoal jawab berpandukan gambar (aktiviti lisan);


menyebut perkataan berpandukan gambar; mengeja dan membunyikan suku
kata berpandukan petak; mengeja perkataan; mengulang beberapa kali ejaan
perkataan dan mewarnakan gambar.

70 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

b) Ayat – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar; mengeja semua perkataan


dalam ayat; dan membaca ayat dengan intonasi dan sebutan yang betul.

c) Ayat dan Menjawab Soalan - berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;


mengeja semua perkataan dalam ayat; membaca semua ayat yang telah dieja;
mengeja dan membaca soalan; mencari jawapan berpandukan ayat yang telah
dibaca; mengulang baca soalan dan menjawab; dan mengulang baca semua ayat
termasuk soalan dan menjawab.

Buku Asas Bahasa Melayu “MARI MENULIS”


Dengan menggunakan bahan ini, murid diajar menulis secara berperingkat seperti
berikut:

a) Mewarnakan Gambar – bersoal jawab/berbual berpandukan gambar; dan


mewarnakan gambar dengan warna yang sesuai.

b) Melukis dan Mewarnakan Corak – melukis corak


menggunakan pensil mengikut contoh garisan
putus-putus; mewarnakan corak tersebut;
menggunakan warna yang berlainan dan
memastikan corak yang dilukis menepati garisan
atas dan bawah sebagai panduan.

c) Menulis Huruf – menyebut huruf dengan betul dan jelas; menulis huruf
menggunakan pensil mengikut contoh berpandukan garisan putus-putus;
warnakan huruf tersebut menggunakan warna yang berlainan; memastikan
huruf yang ditulis mengikut kaedah/cara yang betul; memastikan huruf yang
ditulis menepati garisan atas, tengah dan bawah serta pensil sentiasa tajam.

d) Menulis Perkataan Menggunakan Garis Empat – mengeja dan membaca


perkataan; menulis berpandukan garisan putus-putus; dan menulis perkataan
berpandukan huruf awal.

Anugerah Guru Inovatif 71


Koleksi Bahan Inovasi

e) Menulis Rangkai Kata dan Ayat Menggunakan Garis Empat – mengeja dan
membaca rangkai kata/ayat; menulis rangkai kata/ayat berpandukan huruf
awal perkataan dan selangkan satu jari antara dua perkataan.

f) Tulis Perkataan dan Ayat Menggunakan Garis Satu – pastikan tiang huruf
mencecah garisan atas dan ekornya mencecah garisan bawah; pastikan juga saiz
semua huruf sama besar; tulis perkataan beberapa kali dan jarakkan sekadar
satu jari; tuliskan ayat berpandukan contoh dan tiang huruf direndahkan
manakala ekornya dinaikkan sedikit.

Buku Bahasa Melayu Prasekolah


Dengan menggunakan bahan ini, murid diajar tentang perkara berikut:

a) Pramenulis – murid mewarna gambar dengan teliti dan menggunakan warna


yang sesuai; dan apabila melukis serta mewarnakan corak, pastikan menepati
garisan atas dan bawah sebagai panduan.

b) Abjad – kenalkan huruf secara berperingkat; diikuti dengan aktiviti menulis;


menyanyi lagu abjad dengan iringan kaset; dan diikuti dengan latihan
pengukuhan.
c) Perkataan – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar; sebutkan gambar;
mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan garisan di bawah suku
kata; mengeja perkataan; menyanyikan lagu perkataan dengan iringan kaset;
menulis perkataan; dan latihan pengukuhan.

d) Rangkai kata - berbual/bersoal jawab berpandukan gambar; sebutkan gambar;


mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan garisan di bawah suku
kata; mengeja rangkai kata; menyanyi lagu rangkai kata dengan iringan kaset;
dan latihan pengukuhan.

e) Ayat – mengeja dan membaca ayat; menulis ayat; menyanyi lagu ayat dengan
iringan kaset; latihan pengukuhan; dan latihan bacaan.

72 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Buku Bahasa Melayu Tahun 1


Dengan menggunakan bahan ini, murid diajar tentang perkara berikut:

a) Aktiviti Pramenulis – mewarna gambar dengan teliti dan menggunakan warna


yang sesuai; melukis dan mewarnakan corak menepati garisan atas dan bawah
sebagai panduan.

b) Mengajar Ayat – kenalkan huruf secara berperingkat diikuti dengan aktiviti


menulis; menyanyi lagu abjad dengan iringan kaset; dan latihan pengukuhan.

c) Mengajar Perkataan – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar (aktiviti


lisan); menyebut gambar; mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan
garisan di bawah suku kata; mengeja perkataan; menyanyikan lagu perkataan
dengan iringan kaset; menulis perkataan; dan latihan pengukuhan.

d) Mengajar Rangkai Kata – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;


menyebut gambar; mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan garisan
di bawah suku kata; mengeja rangkai kata; dan menyanyikan lagu rangkai kata
dengan iringan kaset.

e) Mengajar Ayat – mengeja dan membaca ayat; menulis ayat; menyanyikan lagu
ayat dengan iringan kaset; dan latihan pengukuhan.

f) Mengajar Asas Kefahaman – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;


membaca dan memahami petikan; membincangkan jawapan yang sesuai
berpandukan soalan; dan latihan menjawab soalan.

g) Mengajar Asas Penulisan - berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;


membincangkan jawapan yang sesuai berpandukan soalan latihan; dan latihan
melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai dalam petikan.

Anugerah Guru Inovatif 73


Koleksi Bahan Inovasi

Kad Bacaan Bergred “ASAS BACAAN BAHASA MELAYU” (30 siri)


Dengan menggunakan Kad Bacaan ini, murid membaca dan memahami bahan
dengan sebutan dan intonasi yang betul.

a) Siri 1 (A1 hingga A10) - murid diajar tentang


perkataan dan ayat mudah berkaitan dengan
perkara yang hampir dengan diri mereka.

b) Siri 2 (B1 hingga B10) – murid dapat


mengembangkan potensi bacaan mereka
untuk memahami kandungan bahan yang
dibaca.
c) Siri 3 (C1 hingga C10) – murid dapat meningkatkan kemahiran membaca dan
memahami kandungan cerita pendek.

Kaset Lagu “ASAS BACAAN BAHASA MELAYU”


Menggunakan kaset lagu ini, murid akan diajar asas bacaan Bahasa Melayu secara
berperingkat bermula dengan mengenal abjad; diikuti dengan perkataan suku kata
KV-KV; rangkai kata KV –KV dan ayat KV-KV.
Set Ujian Intervensi 3M

Set ujian ini melalui proses yang berikut:

a) Uji murid dengan ujian 1 hingga 5 yang mengandungi Ujian Bacaan; Ujian
Tulisan; Ujian Lisan dan Ujian Bertulis.

b) Sekiranya murid gagal dalam ujian 1 hingga 5, murid memulakan pelajarannya


dengan kemahiran 1 (Abjad a – z).

c) Setelah menguasai kemahiran 1 hingga 4, murid diuji dengan ujian 1 hingga 5.

d) Sekiranya murid berjaya dengan ujian 1 hingga 5, murid meneruskan


pelajaran dengan kemahiran 10 hingga 17.

74 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

e) Setelah menguasai kemahiran 10 hingga 17, murid diuji dengan ujian 6 hingga
10. Proses ini diteruskan hingga kemahiran 24 dan ujian 15.

f) Sekiranya murid telah menguasai/lulus semua ujian murid boleh mengikuti


semula pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah seperti biasa.

KEJAYAAN
Antara kejayaan yang telah dicapai dalam projek ini ialah:

• Murid boleh membaca dalam jangka masa yang singkat.


• Murid boleh membaca dan memahami kandungan bahan yang dibaca.
• Murid boleh menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
• Hasil penulisan murid bertambah baik.

Anugerah Guru Inovatif 75


Koleksi Bahan Inovasi

BAHASA MELAYU: MENGENAL HURUF DAN PERKATAAN SUKUKATA


TERBUKA
(Pemenang Kedua)

Normah Musa
SK Pangkalan TLDM,32100 Lumut, Perak

SINOPSIS
Program yang merupakan program pemulihan khas khusus untuk murid
pemulihan Tahun 3 dan 4. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer digunakan. Aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh
guru pemulihan khas ialah memperkenalkan gambar, menyebut perkataan,
menyanyi dan menulis. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
dalam bilik darjah khas untuk pemulihan.

OBJEKTIF:
1. Mendedahkan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer kepada murid pemulihan.
2. Penggunaan perisian dalam program ini akan dapat menarik minat murid
untuk meneruskan pembelajaran.
3. Memberi penglibatan secara interaktif kepada guru atau murid tentang
penggunaan komputer dan mengaplikasikan perisian tersebut secara kendiri.

ASPEK INOVASI
Aspek Bahan
a. mencipta dan menyusun sendiri bahan
pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.
b. Setiap huruf, suku kata dan perkataan
ditayangkan tidak keluar serentak hanya
mengikut bunyi sukukata bagi sesuatu
perkataan. Selain daripada mempunyai suara dan boleh didengar berulang-
ulang kali sekiranya perlu.
c. Bahan yang telah siap dihasilkan ke dalam hard disk dan juga ke dalam cakera
padat.

76 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Aspek Pengendalian Bahan


a. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini boleh diajar terus di kelas pemulihan
atau di bilik tayangan dan makmal bestari.
b. Bahan juga boleh digunakan di rumah sekiranya mempunyai komputer.
c. Peralatan yang diperlukan untuk pengendalian bahan pengajaran dan
pembelajaran ini hanyalah sebuah komputer.

KEJAYAAN PROGRAM
Kecemerlangan telah dicapai dalam beberapa aspek berikut:-
1. Sebagai bahan bantu mengajar terutama guru-guru pemulihan khas.
2. Tidak perlu diperbanyakkan bahan untuk
kegunaan semua murid kerana bahan telah
sedia ada di dalam komputer.
3. Tidak perlu membuat persediaan bahan untuk
dibawa ke kelas dan hanya boleh menjimatkan
kos.
4. Kawalan kelas lebih mudah kerana semua
murid akan memberi tumpuan yang lebih
kepada pengajaran dan pembelajaran tersebut.
5. Murid lebih berminat dan berlumba untuk mencuba latihan yang terdapat dalam
perisian tersebut.
6. Murid mendapat pendedahan tentang penggunaan komputer dan mengaplikasikan
bahantersebut secara sendiri walaupun murid pemulihan.
7. Gerak kerja bertulis akan cepat disiapkan kerana ingin mengaplikasikan bahan
tersebut.
8. Kejayaan yang diperolehi pada tahun pertama pembinaan dan penggunaan bahan
ini seorang murid pemulihan khas telah berjaya mengatasi pencapaian murid
biasa di kelas beliau dengan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan PKBS 2
Tahun 2000.

Anugerah Guru Inovatif 77


Koleksi Bahan Inovasi

CELIK HURUF
( Pemenang Ketiga)

Dutis@ Dullahmin bin Igib


SK Giok, WDT.15, Tamparuli, Sabah

SINOPSIS
Pendekatan pengajaran kemahiran membaca yang diketengahkan dalam
projek ini adalah berunsurkan Kaedah Fonik, iaitu mengajarkan kemahiran
membaca dengan memberi penekanan kepada penguasaan bunyi huruf terlebih
dahulu. Terdapat 4 peringkat pengajaran dalam projek Celik Huruf iaitu
membaca vokal, membaca suku kata dan perkataan yang dibina daripada
suku kata terbuka, membaca suku kata tertutup dan perkataan yang dibina
daripada suku kata terbuka dan tertutup, membaca perkataan dengan bunyi
diftong dan vokal berganding dan membaca perkataan dengan huruf konsonen
bergabung/fonem pinjaman.

OBJEKTIF
1. Murid-murid Tahun 1 boleh membaca dalam masa tiga bulan persekolahan.
2. Membasmi buta huruf di kalangan murid luar bandar
3. Murid boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis sebelum melangkah
ke tahun 2

ASPEK INOVASI
Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran prinsip-prinsip berikut
diamalkan:

• Murid diajar menyebut vokal bukan nama huruf vokal.


• Nama huruf vokal diajarkan secara tidak langsung.
• Bunyi e taling tidak diperkenalkan di peringkat awal.
• Murid diajar menyebut nama huruf-huruf konsonan.
• Bunyi konsonan diajar dengan menggabungkannya dengan huruf vokal.
• Suku kata diajarkan berdasarkan bunyi bukannya ejaan.
• Penggunaan huruf besar dan tanda baca tidak digalakkan di peringkat awal.
• Latihan tulisan (menulis perkataan yang dibentuk) mesti dibuat setiap kali
selepas mengajar sesuatu kemahiran.

78 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

• Murid hendaklah didedahkan dengan kaedah membaca sekurang-kurangnya


1 jam ( 60 minit) sehari.

KEJAYAAN
Projek ini mula diperkenalkan pada tahun 1997 di SK. Giok, Tamparuli. Sehingga
tahun 2001, semua murid di sekolah ini boleh membaca dengan lancar. Lebih
membanggakan lagi ialah murid tahun 1 boleh membaca dengan lancar dalam masa
3 bulan pertama persekolahan mereka. Hal ini merupakan keberkesanan projek Celik
Huruf berunsurkan Kaedah Fornik.

Anugerah Guru Inovatif 79


Koleksi Bahan Inovasi

PERMAINAN DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


(Pemenang Pertama)

Ahmad Khusairi Badiozaman


SMK Layang-Layang Kiri, 32800 Parit,Perak

SINOPSIS
Inovasi ini memperkenal Matematik sebagai suatu permainan bagi murid
Tingkatan 1 khususnya murid luar bandar yang menganggap pembelajaran
Matematik itu susah. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik melalui
permainan dapat membantu murid mengingati konsep dan fakta Matematik
dengan mudah dan berkesan dalam suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.

OBJEKTIF

Program ini dapat :

1. Menerapkan pelbagai konsep dan fakta matematik secara tidak formal kepada
murid.
2. Membentuk sahsiah diri murid dari aspek jasmani dan rohani.
3. Menyuntik semangat bersaing kearah kecemerlangan diri dikalangan murid.
4. Menerapkan nilai-nilai murni di samping memupuk semangat bekerjasama serta
mempraktikan konsep berjemaah dan mesyuarah dalam menangani masalah.
5. Menyedarkan murid bahawa pengalaman dan sosio budaya setempat boleh
dijadikan rangsangan untuk mengukuhkan konsep-konsep .
6. Melahirkan semangat yakin diri dikalangan murid.
7. Memupuk unsur-unsur riang, aktif, terangsang ketika murid membuat ulangkaji.
8. Menggubah tanggapan bahawa matematik ialah satu mata pelajaran yang
menakutkan.
9. Dapat menggabungkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif semasa murid menyelesaikan masalah matematik.
10. Guru dapat menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan kepada pelajar.

80 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dijalankan dalam bentuk permainan seperti
Peperangan Abad Ini, Melastik Burung, Memburu dan Memancing ikan yang
kesemuanya berkaitan dengan aktiviti seharian murid. Contohnya dalam permainan
Peperangan Abad Ini murid mengatur strategi untuk mendapat jumlah skor. Ini
melibatkan konsep matematik seperti titik-titik kordinat. Dalam permainan
memancing ikan, murid terlibat dengan aktiviti menimbang dan menjual ikan yang
dapat menerapkan konsep matematik seperti berat, harga dan untung rugi .

Contoh permainan:
BOLA SEPAK MATEMATIK
1. Visi-Kemenangan, Juara, jaringan 1.Visi – untuk masa depan aplikasi dalam
gol karier. Kegunaan sepanjang hayat

2. Memerlukan kekuatan fisikal dan 2. Juga memerlukan kekuatan fisikal dan


mental mental (Badan sihat otak cergas)

3. Memerlukan kemahiran asas bagi 3. Kemahiran asas juga perlu mantap


memantapkan permainan dengan tujuan menuju ke arah visi. Asas-asas
melakukan latihan yang sistematik mengira seperti operasi campur, tolak,
darab wajar digilap bagi penyelesaian
masalah matematik

4. Dalam permainan terdapat strategi 4. Juga perlu ada strategi mengukuhkan


untuk kemenangan. Pelbagai set penguasaan kemahiran matematik
piece di olah untuk memastikan
kemenangan.

5. Kombinasi atau gabungan 5. Kombinasi kemahiran berfikir wajar


kemahiran asas bermain serta hal- diterap dan diaplikasikan bagi
hal tektikal wajar di aplikasikan di menyelesaikan sebarang masalah
setiap pertandingan matematik. Perbandingan ini bagi
meyakinkan murid bahawa matematik
sebenarnya satu permainan juga.

Anugerah Guru Inovatif 81


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
Program ini dapat mengatasi masalah murid kurang minat terhadap mata pelajaran
matematik. Melalui aktiviti permainan matematik, murid dapat memahami dengan
mudah dan dapat mengukuhkan konsep dan fakta Matematik yang dipelajari. Murid
dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu
program ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dikalangan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik.

82 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KALENDAR HIDUP
(Pemenang Kedua)

Tan Chung Yong


SMB St. Thomas, 93000 Kuching, Sarawak

SINOPSIS
Kalendar Hidup merupakan sejenis alat bantu mengajar yang digunakan untuk
mengajar konsep-konsep berikut secara bersepadu:
Perubahan fasa bulan
Air pasang surut
Gerhana matahari dan gerhana bulan
Kalendar Qamari

OBJEKTIF
Kalendar Hidup dicipta untuk menolong murid :
1. Meninjau konsep yang telah dipelajari dalam bentuk gambar yang lebih
konkrit.
2. Menggabungkan semua gambar untuk membentuk satu alat.
3. Memahami bagaimana tarikh kalendar Qamari dapat memberitahu jenis fasa
bulan, ketinggian air pasang dan kemungkinan berlakunya gerhana matahari
dan gerhana bulan.
4. Memahami hubungan dari interaksi antara keempat-empat konsep itu dan
mengukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari.
5. Menghubungkaitkan pengetahuan murid dengan fenomena kehidupan
seharian.
6. Mengatasi masalah pembelajaran melalui imaginasi.
7. Mencetuskan situasi pembelajaran berpandukan kemahiran berfikir.

Anugerah Guru Inovatif 83


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Alat ini mengandungi :
• Bulan diperbuat daripada kertas putih berjejari 0.75 cm
• Bumi diperbuat daripada kertas ungu berjejari 2 cm
• Matahari diperbuat daripada kertas kuning berjejari 0.5 cm
• Air pasang surut diperbuat daripada kertas biru berbentuk bujur dengan skala
berselang 0.5 cm
• Disk bulatan diperbuat daripada kadbod hitam berpusat
• Tarikh bulanan kalendar Qamari iaitu satu siri nombor bermula dengan 1 – 29
berbaris dalam bulatan berjejari 9 cm
• Penutup diperbuat daripada kadbod berbentuk segiempat tepat 90 cm x 46 cm
dengan lubang berbentuk fasa bulan
• Dawai untuk mengikat bulan, bumi, air pasang surut dan disk bulatan pada
penutup

Bahagian-Bahagian Kalendar Hidup

Tarikh bulanan kalendar Qamari


Bulan Kadbod
Dawai/klip kertas

Air pasang surut

Disk bulatan

Penutup

84 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Aplikasi Alat
Apabila Disk Bulatan diputar perlahan-lahan, hubungan-hubungan seperti yang
berikut boleh dikaji:
• Kedudukan bulan dan fasa bulan.
• Kaedah hari pertama setiap bulan
kalendar Qamari ditetapkan.
• Hubungan antara kedudukan matahari,
bulan dan ketinggian air pasang surut.
• Hubungan antara fasa bulan dan
ketinggian air pasang.
• Hubungan antara fasa bulan dan
gerhana yang mungkin boleh
berlaku.

KEJAYAAN
• Ciptaan ini telah menyepadukan semua fenomenon dalam satu alat.
• Murid dapat mengulang aktiviti sehingga dia memahami sesuatu hubungan.
• Murid berminat dalam aktiviti ini kerana dapat menghasilkan sesuatu yang
senang dibuat.
• Murid dapat menghubungkaitkan semua konsep yang telah dipelajari secara
konkrit.
• Murid dapat memahami hubungan antara keempat-empat fenomena yang
mereka temui dalam kehidupan seharian secara saintifik.

Anugerah Guru Inovatif 85


Koleksi Bahan Inovasi

KIT GELOMBANG AIR UNTUK OVERHEAD PROJECTOR


“Kajian Sifat-Sifat Gelombang Air”
(Pemenang Ketiga)

En. Goh Teng Keang


Penang Free School, 11600 Georgetown
Pulau Pinang

SINOPSIS
Projek ini merupakan satu inovasi dalam eksperimen untuk mengkaji sifat
gelombang air. Projek ini merupakan satu kit gelombang air yang dicipta khas
untuk di gunakan bersama dengan Overhead Projektor (OHP). Pengajaran yang
menggunakan kaedah ini dapat membantu murid melihat dengan jelas dan
memahami pelbagai sifat gelombang air secara mendalam.

OBJEKTIF
Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Gelombang Air.

ASPEK INOVASI
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kit air terdiri daripada:
• Bingkai plastik ( diambil daripada jam dinding lama)
• Talam segiempat lutsinar berukuran 53 cm x 41 cm x 3 cm
• Empat keping penyerap gelombang (sepan)
• Pengayun lurus (kepingan plastik)
• Pengayun titik (bebola plastik)
• Pemantul lurus dan pemantul melengkung (jalur aluminium)
• Plat kaca berbentuk trapezium 5 mm tebal
• Baji getah kecil (4 keping getah kasut)
• Stroboskop tangan
• Pengetar bermotor (didapati daripada kamera rosak)
• Sebiji bateri AA 1.5V
• Pemegang bateri (didapati daripada jam dinding lama)
• Suis
• Perintang bolehubah

86 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Kesemua sifat gelombang air dapat dikaji melalui


OHP dengan menggunakan kit ini.

Aplikasi Alat

1. Talam plastik lutsinar diletakkan di atas OHP dan


diisikan dengan air sedalam 1 cm.
2. Baji dimasukkan ke bawah talam jika perlu untuk
mengaraskannya.

3. Pengetar bermotor kemudian dipasangkan dengan


bentuk pengayun yang sesuai dan di letakkan ke
dalam talam yang berair itu.
4. Suis pengetar dipasang dan sifat gelombang dapat
dikaji di atas skrin besar OHP.
5. Frekuensi pengetar boleh dikawal dengan
melaraskan perintang bolehubah.
6. Sepan diatur di sisi talam untuk menyerap
gelombang yang sampai ke tepi.

Anugerah Guru Inovatif 87


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN

Alat ini banyak menjimatkan masa persediaan kerana dapat digunakan pada setiap
masa sahaja dan mesra pengguna.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Murid dapat


menghayati setiap sifat gelombang air dalam suasana yang lebih teratur dan
pemerhatian yang lebih jelas serta tepat. Imej yang terbentuk di atas skrin besar
mempunyai mutu yang tinggi. Sesi amali bagi setiap sifat gelombang yang dikaji
dapat diselang-seli dengan sesi teori kerana kit inovasi ini dapat dipasang dengan
segera.

88 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

PEMIMPIN KECIL
(Pemenang Pertama)

Naemah Ali (K)


Zaleha Omar
Adibah Abd. Samad
Sabariah Ahmad
Termimah Muhamad
SK Seri Biram, Pekan, Pahang

SINOPSIS
Program ini bertujuan untuk membina persekitaran yang kondusif, informatif
dan memberi motivasi, dan meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan
kokurikulum. Program ini menjadikan hampir 90% murid dalam sesebuah
kelas memegang jawatan dan berusaha menjadi murid contoh. Terdapat 24
jawatan yang diwujudkan dan pemimpin kecil ini boleh memegang 4 jawatan.
Latihan, kursus, ujian khas, aktiviti pembelajaran dan pertandingan
dijalankan bagi mewujudkan daya saing dan memastikan mereka berwibawa
dalam menjalankan tugas.

OBJEKTIF
1. Membina keyakinan diri di kalangan murid
2. Menanam rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan masyarakat.
3. Membentuk displin
4. Membina persekitaran yang kondusif, informatif dan memberi motivasi
5. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

Anugerah Guru Inovatif 89


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Bagi menanam sikap bertanggungjawab dan berdisplin di kalangan murid, jawatan
kecil diadakan di setiap kelas. Setiap murid dikehendaki memegang sekurang-
kurangnya satu jawatan. Untuk mendapat pengiktirafan dalam sesuatu jawatan,
setiap murid perlu menunjukkan contoh dan karisma yang baik. Jawatan tersebut
adalah seperti berikut:-

• Perujuk Kamus: Memastikan kamus


sentiasa berada di atas mejanya dan
mencari perkataan dengan pantas apabila
dirujuk oleh guru.
• Word Tester: Menguji ‘vocab’ kumpulannya
sebelum guru Bahasa Inggeris
masuk/apabila disuruh guru.
• Penguji Sifir dan Penguji Surah: Menguji
penguasaan ahli kumpulannya.
• Doktor Muda: Memeriksa kebersihan kuku, gigi, rambut dan pakaian ketika
waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
• Pembimbing Rakan Sebaya: Membantu murid yang kurang faham dan
membantu menyemak kerja rakan.
• Imam dan Bilal: Menggalakkan murid yang datang awal pagi membaca Al-
Quran.

90 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
• Memupuk dan melahirkan murid yang mempunyai sifat kepimpinan yang
tinggi
• Menanamkan sifat tanggung jawab di kalangan murid
• Memupuk semangat cintakan sekolah
• Mewujudkan semangat kekitaan
• Menjadikan suasana sekolah ceria dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran

Anugerah Guru Inovatif 91


Koleksi Bahan Inovasi

MASTERMIND
“Mathematics Stimulation and Recreational Centre for the Mind”
(Pemenang Kedua)

Zaini Mahmood
Sharon Niza Shaari
Rozuna Dagang
Junita Baharom
Latipah Harun
SMK Jabi, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman

SINOPSIS
MASTERMIND adalah sebuah makmal Matematik yang mengandungi pelbagai
bahan bantu mengajar dalam bentuk permainan dan rekreasi yang menguji
minda murid. Kefahaman murid dalam konsep Matematik menjadi lebih jelas
apabila mereka menjalankan operasi penyelesaian masalah Matematik
melalui aktiviti permainan dan rekreasi yang menyeronokkan.

OBJEKTIF
1. Memudahkan pemahaman konsep Matematik oleh murid.
2. Sebagai tempat murid menjalankan simulasi permainan dan rekreasi Matematik.
3. Sebagai tempat menjalankan Projek dan Kajian Tindakan (Action Research) dalam
Matematik.
4. Menjana kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

92 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Bahan permainan dan rekreasi Matematik yang terdapat di dalam MASTERMIND
mempunyai hubungan dengan pembelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bahan
ini boleh digunakan secara individu atau dalam kumpulan. Murid menggunakan
kemahiran berfikir bagi menyelesaikan masalah dan meneruskan permainan. Bahan
tersebut adalah seperti berikut :

Nama Bahan/Permainan Fungsi


Magical Plus Menyelesaikan operasi tambah, tolak,
Operasi Menembak darab dan bahagi.
Point Wheel
Smart Shot
Mari Pancing
SNAP-math-mate Menukar pecahan kepada peratus dan
Pengembaraan Matematik nombor perpuluhan
3P Domino
Jutawan Alaf Baru
Roller Coaster Pembundaran Melakukan pembundaran nombor
secara konkrit dan logik
Cube Puzzles Menamakan pecahan
Jaring Janjang • Mengenalpasti urutan janjang
arithmetik
• Mengaplikasi penggunaan janjang
matematik dalam penyelesaian
masalah
Zeemath Puzzles Menyelesaikan masalah matematik
Kuiz Safari dalam pelbagai tajuk
Merentas Satah
4 by 4
Kad Matriks Pendaraban Matriks

Anugerah Guru Inovatif 93


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh 1
Nama permainan : Pengembaraan Matematik
Tujuan : i. Menjalani kuiz dalam suasana yang menyeronokkan
ii. Membuat latih tubi secara pertandingan
Hubungan : Nombor Bulat - Tingkatan 1 - 3
dengan topik Pecahan - Tingkatan 1 - 3
Nombor Perpuluhan - Tingkatan 1 - 3

Gandaan dan Faktor - Tingkatan 1 - 3

Permainan
Pengembaraan
Matematik

Peraturan Permainan :
i. Pemain-pemain hendaklah mengundi siapa yang memulakan pergerakan
dahulu.
ii. Bagi memulakan permainan, buah dadu hendaklah dilambung.
iii. Semasa berhenti dari pergerakan pemain yang berada di dalam petak yang
bewarna merah, biru dan ungu akan mengambil soalan yang berada di
dalam petak masing-masing. Sekiranya berjaya menjawab soalan, maka
markah akan diberi seperti yang tertera di dalam papan permainan.
iv. Jika pemain gagal menjawab soalan yang dikemukakan, maka tiada
markah diperolehi dan kedudukannya kekal di situ.
v. Jika pemain berada di dalam petak bewarna hijau, markah akan ditolak.
vi. Sekiranya pemain berada di dalam petak bergambar, pemain hanya perlu
mengikut arahan.

94 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Contoh 2
Nama permainan : Jaring Janjang
Tujuan : i. Membantu pelajar mengenal pasti urutan yang
Merupakan janjang arithmetik
ii. Mengaplikasi penggunaan janjang arithmetik dalam
penyelesaian masalah matematik
Hubungan : Janjang Arithmetik Tingkatan 4
dengan topik

Permainan
Jaring
Janjang

Peraturan permainan
i. Boleh dimainkan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil (3 atau
4 orang).
ii. Satu set terdiri daripada 7 nombor dalam urutan janjang arithmetik
diberikan dan murid diminta menyusun sedemikian rupa supaya hasil
tambah nombor yang terletak sebaris sama dengan baris lain.
iii. Pemenang ditentukan berdasarkan masa yang paling singkat dapat
menyelesaikannnya.

Anugerah Guru Inovatif 95


Koleksi Bahan Inovasi

KEJAYAAN
• MASTERMIND telah memberi kesan positif terhadap sikap murid. Mereka lebih
berminat untuk membuat latihan matematik secara bersendirian atau
bersama rakan-rakan.
• Soalan/masalah matematik dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
• Guru dapat mengurangkan masa memberi penerangan mengenai sesuatu
konsep Matematik kepada murid. Masa selebihnya dapat digunakan bagi
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

96 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

MASTER VOCAB
(Pemenang Ketiga)

Tamil Selvi a/p Bala Krishnan


Haslinar Hashim
Sufpiah Abu Samah
Rosmani Awang
Samihah Mohamed
SK Kampung Pek,18500 Machang, Kelantan Darul Naim

SINOPSIS
Master Vocab (MV) bertujuan memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris
dan memperkayakan pengetahuan perbendaharaan kata. Buku Master Vocab
bersaiz poket digunakan oleh murid untuk mencatat ejaan dan makna
perkataan yang diperolehi dari pelbagai sumber. Murid membuat hafalan
terhadap perkataan mengikut tahap kesukaran. Master Vocab Garden dengan
bahan maujud berlabel Bahasa Inggeris mendedahkan murid kepada suasana
pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan kerana murid dapat
melihat objek sebenar dan ejaan dalam Bahasa Inggeris. Pengukuhan ingatan
terhadap ejaan dan makna perkataan dilakukan melalui soal jawab bersama
rakan dan guru.

OBJEKTIF
1. Memupuk minat untuk belajar Bahasa Inggeris.
2. Memperbetulkan sebutan dan ejaan perkataan Bahasa Inggeris.
3. Memperkayakan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
4. Menambahkan masa pendedahan kepada persekitaran Bahasa Inggeris.
5. Meningkatkan keputusan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR.

Anugerah Guru Inovatif 97


Koleksi Bahan Inovasi

ASPEK INOVASI
Program Master Vocab menggunakan tiga bahan iaitu :
Buku Master Vocab Stage 1 dan Stage 2 bersaiz poket yang
merupakan bahan utama projek.

Master Vocab Garden mempamerkan


perkataan yang dilabelkan pada bahan
maujud bertema seperti ‘animals, fruits,
occupation dan clothing’.

English Bulletin yang dinamakan Super Readers yang


memuatkan hasil penulisan dan karya murid

Penggunaan Buku Master Vocab oleh murid menggabungkan 3 konsep iaitu :

BUKU MASTER
VOCAB

Mastery Learning Mesra Murid Buku di Tangan


Murid menguasai Murid dilayan sama Murid membawa
perkataan Bahasa rata oleh guru atau setiap masa buku
Inggeris daripada Guru Kecil Vocab jika Master Vocab bagi
mudah ke yang diminta diuji tujuan bacaan dan
sukar pengetahuan hafalan pada waktu
perbendaharaan kata yang sesuai

98 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Langkah Pelaksanaan Buku Master Vocab

1. Setiap murid memiliki Buku Master Vocab

2. Murid menghafal setiap perkataan dan maknanya melalui soal jawab dengan

3. Murid yang telah membuat hafalan ejaan, sebutan dan makna perkataan Bahasa
Inggeris tahap rendah berjumpa guru untuk diuji

4. Jika terdapat kesalahan, murid dikehendaki membaca semula di hadapan guru lain

5. Jika murid membaca dengan betul, buku MV diserahkan kepada guru dan guru
menyoal dengan pelbagai teknik perkataan yang terdapat pada muka surat tersebut

6. Jika guru penguji berpuas hati dengan penguasaan murid, satu tanda tangan
ringkas diturunkan pada ruang yang disediakan

7. Murid mendapatkan tanda tangan 2 guru sebelum berpindah ke muka surat


seterusnya

8. Setiap minggu Ujian MV akan diadakan serentak kepada murid yang menguasai 50

9. Hadiah galakan disampaikan semasa perhimpunan bagi murid yang berjaya dalam

10. Murid yang berjaya menghafal semua muka surat akan menduduki ujian khas dan
ditauliahkan sebagai Guru Kecil Master Vocab Junior atau Senior

Master Vocab Garden


Taman ini mempamerkan objek sebenar yang berlabel Bahasa Inggeris dalam
kategori/tema masing-masing. Guru menggunakan taman ini bagi menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Murid menggunakan taman ini pada masa yang
dirasakan sesuai bagi mengadakan perbincangan dan menambah perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris.

Anugerah Guru Inovatif 99


Koleksi Bahan Inovasi

English Bulletin atau Super Readers


Digunakan dalam aktiviti pengayaan Bahasa Inggeris seperti Reading Competition
sewaktu perhimpunan, sebagai bahan pembelajaran kendiri dan sebagai bahan p&p
di bilik darjah.

KEJAYAAN
Projek Master Vocab telah menunjukkan kesan kejayaan ke atas murid dan guru
dalam pelbagai aspek seperti berikut :
i. Perubahan Sikap Murid
• menunjukkan minat terhadap Bahasa Inggeris
• berkeyakinan untuk berjumpa guru bagi diuji pengetahuan
perbendaharaan kata
ii. Penjimatan Kos
• menjimatkan perbelanjaan untuk pembeliaan kamus Bahasa Inggeris
• buku MV boleh digunakan sebagai rujukan apabila murid
memasuki sekolah menengah
iii. Penjimatan Masa
• penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam jangka masa yang
singkat oleh murid (dianggarkan murid Tahap Satu dapat menguasai lebih
1000 perkataan dan 1209 perkataan oleh murid Tahap Dua)
• guru dapat menggunakan masa bagi menumpukan aspek pengajaran dan
pembelajaran yang lain dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
iv. Budaya Membaca
• budaya membaca Buku Master Vocab juga berlaku di luar sekolah
v. Penyebaran Ilmu
• penggunaan Buku Master Vocab turut mendapat perhatian daripada
sekolah lain di Daerah Tanah Merah/Machang/Jeli (taklimat berkaitan
program ini telah disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah
kepada guru dari daerah ini)

100 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

vi. Peningkatan Kelulusan Bahasa Inggeris UPSR


• Terdapat peningkatan dalam peratus kelulusan Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR seperti jadual di bawah :

Tahun Gred A-C D


Bil. % Bil. %
1998 60 38 57 35.8
1999 70 48.6 67 46.5
2000 86 51.2 82 48.8

Anugerah Guru Inovatif 101


Koleksi Bahan Inovasi

PENGHARGAAN

Pusat Perkembangan Kurikulum mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua pemenang yang telah
membenarkan bahan inovasi mereka didokumenkan dalam
koleksi ini, juga kepada pihak-pihak lain yang telah
membantu secara langsung atau tidak langsung untuk
menghasilkan koleksi ini.

102 Anugerah Guru Inovatif


Koleksi Bahan Inovasi

Penasihat
Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin

Ahli Panel
Dr. Sharifah Nor Puteh
Loh Kok Khuan
Jamilah Ali
Saidatul Azwa Mohd. Hashim
Nor Azian Mohd. Kamel
Zarina Abd. Majid
Sarina Salim
Norhayati Mokhtar
Aliza Abd. Manan
Saifuludin Abdullah
M. Nadaraja
Zulfifli Noordin
Kashry Ab. Rani

Rekabentuk Kulit & Rekaletak


Mat Desa Mat Rodzi

Penyelaras Percetakan
Abdul Salim Zainal

Jurutaip
Maggie David Edward
Premlatha Balakrishnan
Juhari Md. Zain

Anugerah Guru Inovatif 103

You might also like