You are on page 1of 13

Warisan Kesenian: Permainan Tradisional

Permainan tradisional juga merupakan seni dan budaya masyarakat kita tapi ianya semakin
dilupakan oleh masyarakat terutama golongan remaja. Dibandar-bandar contohnya,
permainan tradisional semakin dilupakan ada diantaranya pula tak tahu apakah jenis
permaianan tradisional itu. Pekara ini amat menyedihkan. Kerana ia merupakan adat resam
masyarakat kita. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah banyak mengusahakan
pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan lagi seni dan budaya dalam permainan tradisional.
Contoh yang boleh kita lihat ialah Festival Gasing Malaysia yang akan dianjurkan setiap
tahun. Didalam Penganjuran Program Merakyatkan Seni dan Budaya juga terdapat beberapa
aktiviti yang disisipkan berbentuk permainan tradisional seperti congkak, batu seremban,
gasing dan sebagainya. Semoga Usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan agensi
di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berjaya dalam memartabatkan
seni dan budaya permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.

Contoh: 

batu seremban

congkak

dam harimau

dam panjang

sepak bulu ayam

ketuk keli

galah panjang

ketingting

Tiga contoh dan penerangan:

1. Gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni
permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
yang kecil dan mudah dipermainkan. 

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh
kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas
dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi
serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan
gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga
meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan
serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

gambar

2. Congkak

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang
atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.
Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang
bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-
dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu
demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya
mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.
Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di
situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Setelah
tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan
jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan
mengaku kalah. 
gambar

3. Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan
oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak
kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai
awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang
masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di
dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar
giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau
dengan menangkap pemain.

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua
pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan
dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika
salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran
kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan
sebaliknya.

gambar

______

Kepentingan Warisan Kesenian

1. Perpaduan kaum

Bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.


Contohnya setiap kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan kesenian. Oleh itu,
setiap kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain. Mereka juga dapat
berinteraksi mesra antara satu sama lain.

2. Peluang Kerjaya

Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Contohnya


sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan
diri.

3. Industri Pelancongan 

Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarik pelancong tempatan dan luar negara.
Contohnya kesenian seni kraf seperti batik, ukiran kayu, labu sayung, anyaman dan songket.
Pelancong juga tertarik dengan kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, dan ulik
mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari meberikan
pulangan pendapatan kepada para penggiat seni.

_____________

Memperkenalkan Warisan Kesenian

1. Pertandingan Aktiviti Kesenian

Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap
warisan kesenian. Contohnya pertandingan tarian singa, tarian kuda kepang, seni kraf dan
seni mempertahankan diri.

2. Pameran Kesenian 

pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang
ramai mengenali warisan kesenian tersebut.

3. Persembahan Kesenian 

Persembahan kesenian membolehkan masyarakat mengenali, mempelajari dan menghayati


pelbagai arisan kesenian negara. Contohnya persembahan drama dan teater. Selain itu,
perarakn Citrawarna Malaysia menonjolkan kesenian muzik dan tarian.

4. Kursus Kesenian

Kursus kesenian diadakan untuk memupuk minat generasi muda mendalami pengetahuan
dalam bidang seni. Contohnya kursus seni tari, seni drama, seni kraf dan seni
mempertahankan diri. Kursus tersebut dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, institusi
kebudayaan daerah dan negeri.

5. Media Massa

Media massa seperti televisyen dan akhbar menyiarkan dokumentari, pertandingan dan
persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat dapat mengetahui dan mengenali bidang
kesenian tersebut.

__________

Mengekalkan Warisan Kesenian

Cara-cara mengekalkan warisan kesenian


1) Kuat Kuasa Undang-Undang
- Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa
bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan
dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.

2) Pendokumentasi
- Usaha pendokumentasi bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan
dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para
pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.

3) Pendidikan
- Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi
pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi
tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti
Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf
Negara.

4) Mengadakan Kursus Kesenian


- Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk
mempelajari warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapat menyebarkan
kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian
_________

Refleksi

Saya berasa sungguh gembira dan puas hati kerana berjaya menyiapkan folio ini. Maklumat-
maklumat telah didapati daripada buku log Kajian Tempatan, buku teks dan beberapa buah
laman web.
Posted by the best at Monday, June 01, 2009
Labels: folio

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?t=53&menu_id=53&c3=50&click=1

Tarian
Tarian Musim Bunga
  Berdasarkan nama tarian ini dapat dikatakan bahawa ia dipersembahkan pada musim bunga.

Tarian Cinta Bertemu


  Tarian penuh gemalai yang menggambarkan cinta, kerinduan dan keinginan. Perjalanan
seorang wanita muda dalam menemui kekasihnya.

Tarian Menyambut Tahun Baru


  Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim
inilah yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam
tarian.

Tarian Payung
  Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di Negeri
China.

Tarian Bunga Teratai


  Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di
Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam
teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana
riang-ria seperti di zaman dahulu.

Tarian Kegembiraan
  Tarian ini merupakan tarian perayaan Cina. Suasana yang bising dan riuh-rendah
mewujudkan suasana kegembiraan ketika menyambut musim perayaan Cina. Pada masa ini
dimainkan muzik dihasilkan dengan mengetuk gong dan canang (gembereng).

Tarian Bunga
  Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian
Cina yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita Cina dengan lemah lembut.
Pergerakan tarian ini menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang
dan harmoni.

Tarian di malam Bulan Penuh


  Tarian yang romantik ini adalah disampaikan oleh seorang kekasih. Waktu bulan penuh
adalah menggambarkan cinta dan asmara. Tarian ini memaparkan seorang gadis menunggu
ketibaan kekasihnya.

Tarian Hadrah
  Asal tarian ini dari negeri Parsi. Tarian hadrah terdapat di negeri Perlis dan Kedah.

Tarian Hala
  Tarian Hala popular di Negeri Kelantan dan dikaitkan dengan semangat sawah padi.

Tarian Asli
  Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu.
Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi
dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang.

Tarian Asyik
  Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan dipersembahkan di istana
(Raja-Raja Kelantan).

Tarian Ayam Didik


  Ayam Didik menjadi masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan bahagian utara Perak.

Tarian Barongan
  Barongan adalah kesenian yang berasal dari Jawa, menggambarkan kisah-kisah di zaman
Nabi Allah Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap.

Tarian Calok (Sumpah-Sumpah)


  Pada ketika dahulu tarian ini ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding,
berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin.

Tarian Ceracap Inai


  Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda
mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di
Daerah Muar.
Tarian Cik Siti Wau Bulan
  Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan
seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi.
Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan
telah dicipta.

Tarian Cinta Sayang


  Tarian Cinta Sayang berasal daripada satu tarian asli yang bernama 'Zikir Rahmat'. Ia
termasyhur di negeri Kedah lazimnya ditarikan oleh nelayan-nelayan di negeri-negeri Pantai
Barat Malaysia.

Tarian Dabus
  Dabus adalah tarian tradisional di Perak bercorak kepahlawanan.

Tarian Gayong Otar


  Sebagai sebuah tarian pahlawan, Tarian Gayong Otar ditarikan berpasang-pasangan (lelaki
sahaja). Di samping pedang, penari juga membawa sebuah perisai yang digantung padanya
loceng-loceng kecil.

Tarian Ikan
  Ia merupakan sebuah tarian unik dalam mana secara artistik menggambarkan keadaan ikan
yang berenang ke sana ke mari menikmati kebebasan di laut biru.

Tarian Inang
  Tarian Inang

Tarian Jala Ikan


  Tarian Jala Ikan adalah sebuah tarian yang dicipta dengan cara meniru gerak-geri nelayan
Melayu bekerja.

Tarian Joget
  Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu
Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan
seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain.

Tarian Kuda Kepang


  Kuda Kepang menampakkan pengaruh Jawa dan Islam. Pengaruh Jawa terlihat pada
pakaian penari-penari, sedangkan pengaruh Islam tersimpul dalam cerita tariannya. Ia
mengisahkan peristiwa peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya
dengan penuh kegagahan memperjuangkan Islam.

Tarian Labi-Labi
  Tarian ini dikatakan berasal dari Endau, Rompin dan kian berkembang. Tarian ini berasal
dari peniruan gerak labi-labi yang memakan umpan seorang pengail. Tarian ini ditarikan
sebagai hiburan untuk petani kerana tarian ini melucukan dan akan menghilangkan penat
petani tersebut.

Tarian Lagu Anak Indung


  Tarian Anak Indung merupakan persembahan ritual masyarakat Ulu Tembeling yang
berhubung rapat dengan alam pertanian khususnya sawah padi dan padi huma.
Tarian Lesung Indik Beras Bertampi
  Tarian ini berasal dari kawasan Ulu Cheka, Jerantut. Tarian ini berpandukan kepada
pergerakan orang menanam dan menuai padi. Tarian ini berdasarkan penggunaan lesung
yang dinamakan lesung indik.

Tarian Lilin
  Asal usul Tarian Lilin adalah dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan
oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta.

Tarian Mak Inang


  Tarian Mak Inang disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina sangat popular ditarikan di
istana Sultan-Sultan Melaka.

Tarian Masri Kercing


  Tarian Masri Kercing berdasarkan kepada muzik berentak 'Masri'. Ciri-ciri Arab tergambar
pada gerak tari, irama muzik dan juga Kostium penari.

Pelanduk Dance
  Tarian ini berasal daripada Bukit Bentung, Kuala Lipis. Tarian ini biasanya dipersembahkan
untuk majlis-majlis tertentu.

Tarian Piring
  Diperkenalkan dari Sumatera, khususnya dari daerah Rawa. Pada kebiasaannya tarian ini
dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri,
keramaian atau pesta kampung.

Tarian Randai
  Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu
kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya
tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat
diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung
dan gong.

Tarian Zapin Lenga


  Tarian ini berunsurkan 'Timur Tengah' dan diiringi muzik berirama Padang Pasir. Berkaitan
rapat dengan Islam yang berkembang di persisiran Pantai Barat Semenanjung. Oleh kerana
itu Tarian Zapin Lenga ini ditarikan oleh Penari-penari Lelaki sahaja. Tarian ini juga
terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar. Tarian ini ditarikan di
majlis-majlis keramaian dan di majlis perkahwinan bagi menyerikan lagi suasana. Ditarikan
oleh 4 - 8 orang penari lelaki.

Tarian Zapin Pekan


  Dipercayai berasal dari Tanah Arab dan mula diperkenalkan di daerah Pekan pada tahun
1930-an oleh seorang tukang songkok yang dipercayai seorang perantau dari Sumatera
bernama Adam. Dikenali sebagai Zapin Pekan kerana mula dipopularkan oleh penduduk
kawasan tersebut. Tarian ini amat popular di majlis kenduri kahwin selain turut
dipersembahkan di istana. Tarian ini agak cepat gerak tarinya tetapi kurang bunga tarinya.
Perbezaan tarian ini dengan zapin biasa ialah dari segi rentak dan gerak langkah yang
bertolak dari tiga langkah manakala gerak tari dari sebelah kiri, bukannya dari sebelah
kanan. Tarian ini ditari oleh dua hingga enam pasangan antara lelaki dan perempuan yang
memakai baju gombang Pahang yang bersampingkan kain songket tenun dan bersongkok
untuk lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini.

Tarian Saba
  Tarian ritual ini boleh dilihat di Ulu Terengganu, Terengganu. Bahan seperti pucuk kelapa
(Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemenyan dan berjenis alat yang penuh dengan
semangat digunakan dalam tarian ini. Penari-penari akan menari dalam jelmaan binatang-
binatang. Selalunya temasya ini diadakan selepas musim menuai, sembuh dari penyakit,
menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun.

Tarian Sarah
  Dengan iringan muzik berirama Padang Pasir yang rancak, Tarian Sarah, ditarikan dalam
suasana riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan
Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Di Johor, Tarian ini
kebiasaannya ditarikan oleh Pasangan Lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan
gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat
menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti
dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan
oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk
penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-
majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya
berlarutan hingga jauh malam.

Tarian Seweng
  Merupakan tarian tradisi semua Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang penari lelaki dan
perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia yang bertindak
sebagai penyanyi utama. Penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama
dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi
alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh
lima wanita di belakang. Tarian ini biasanya ditarikan untuk upacara tradisi dan juga untuk
pesta-pesta keramaian. Jika ditarikan di upacara bersunat, tarian ini dinamakan Tarian Ajok.
Semasa menari mereka akan memakai hiasan yang diperbuat dari pucuk kelapa di mana
sesudah menari, hiasan ini akan dikeringkan dan kemudian dibuang jauh dari tempat laluan
orang. Adalah menjadi pantang hiasan ini dilangkahi atau dibakar. Sekiranya berlaku
dipercayai orang yang melakukannya akan menjadi gila atau jatuh sakit.

Tarian Siti Payung


  Perkataan Siti Payung adalah Siti, anak gadis orang bangsawan yang sangat dikasihi.
Penari-penari lelaki akan cuba mendekati penari wanita dan penari wanita akan cuba
menjauhkan diri. Tarian ini dimulai dengan penari lelaki cuba mempelawa penari wanita
dengan melambai-lambai selendang yang tersilang dibahunya. Penari wanita akan datang
dan menari dengan penari lelaki.

Tarian Tempurung
  Tarian tempurung ini berasal daripada Pulau Tawar Pahang. Tarian ini ditarikan oleh kaum
lelaki sahaja di majlis-majlis perkahwinan. Biasanya saiz tempurung yang digunakan adalah
lebih kecil supaya mudah dibawa dan ia mempunyai nada apabila membuat ketukan. Bunga
tari yang sedia ada tidak boleh diubah suai atau pun ditukar kerana ia akan mengubah
pergerakan Tarian Tempurung ini. Pada awal dan akhir tarian penari akan membuka
sembah.

Tarian Upih
  Merupakan tarian yang diangkat dari pengubatan tradisional. Dipercayai penonton yang
hadir ke upacara ini akan ikut sama menari iaitu berdasarkan ketahanan “semangat��?
yang berada di dalam diri penonton. Tarian ini merupakan tarian ritual untuk mengubati
pesakit di mana pesakit akan bangun bersama-sama dan menyatakan dari mana sakitnya
datang. Pergerakan tarian ini tidak ditentukan aturan tapaknya kerana ketiga-tiga penari
akan menari di luar kawalan di mana semakin jauh keluar dari diri, semakin lembutlah
tarian tersebut. Jampi mentera akan dibaca oleh bomoh sambil memegang mayang pinang
yang diikat dengan upih kering. Apabila mayang diketuk ke upih kering tersebut, ianya
akan ikut sama mengeluarkan bunyi.

Tarian Zapin
  Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah
disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud 'gerak kaki' daripada perkataan al-
Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan kaki
penari-penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak Zapin sebagai
irama tarian.

Tarian Zapin Arab


  Kedatangan pedagang-pedagang Arab ke Johor pada masa silam bukan sahaja
memperkenalkan hasil dagangan mereka tetapi juga dibawa sarna dengan seni budaya
warisan asal mereka. Zapin Arab (lafin Arab) bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk-
penduduk berketurunan Arab di Johor tetapi juga telah dikembangkan lagi setelah
sebahagian daripada mereka berkahwin dengan penduduk tempatan. Diamalkan oleh
masyarakat Johor berketurunan Arab khasnya di Daerah Johor Bahru, Pengerang, Kota
Tinggi, Batu Pahat dan Muar, di majlis-majlis keraian, perkahwinan dan kekeluargaan.
Ragam tarinya tidak begitu banyak dan lebih kepada sifat individu. Kebiasaannya hanya
pasangan lelaki yang akan menari tarian ini. Penari akan menari bersilih ganti. Pasangan
lain akan masuk menari dan pasangan yang asal akan keluar bagi memberi laluan kepada
pasangan yang ingin menunjukkan kebolehan mereka. Alat muzik iringan utama bagi
Tarian Zapin Arab ini ialah Gambus, Maruas, Gendang dan Akordian.

Tarian Zapin Johor


  Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti
membongkok dan merendahkan badan. Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai.
Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita. Namun
demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai
tanda penghormatan kepada tetamu. Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis
keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6
orang penari wanita.

Tarian Zapin Tenglu


  Tarian Zapin Tenglu ini diamalkan oleh Penduduk-penduduk di kawasan Tenglu,
Mersing.Pergerakannya pantas dan sesuai dengan cara hidup kaum nelayan beserta dengan
irama muzik dan iringan lagunya yang juga rancak dan beralun. Asas tarinya sama dengan
Zapin Melayu Johor tetapi gerak gerinya agak berbeza di mana penari membebaskan lengan
kedua belah tangannya semasa menari. Juga dikenali sebagai 'Permainan lapin' ditarikan
sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis-majlis kenduri-kendara
dan majlis perkahwinan. Penarinya terdiri daripada penari lelaki sahaja dan bilangan
penarinya terdiri daripada 4 atau melebihi 8 orang penari lelaki.

Tarian Bhrata Natyam


  Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India. Kebiasaannya, Bharata Natyam
dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian
mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin dan
Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas.

Tarian Khatak
  Tarian Kathak berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Pada asalnya ia ditarikan
oleh masyarakat yang dipanggil tukang cerita (penglipurlara). Kathak juga dikenali sebagai
Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana).
Ia dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan. Muzik digubah berasaskan lirik seperti
Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

Tarian Klasik India


  Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan
yang mendalam dalam diri seseorang manusia. Asalnya Tarian India ini dari pertengahan
zaman purbakala. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian
tradisi yang dipersembahkan di kuil. Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan,
yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas
Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.

Tarian Gidda
  Ia merupakan tarian rakyat masyarakat Punjabi tetapi hanya dipersembahkan oleh penari-
penari wanita. la diseumpamakan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan
warna yang terkandung dalam Giddha. Selalunya dipersembahkan pada malam hari
perkahwinan di mana Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita-wanita untuk
meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling
berhubung melalui Bolian (rangkaian lagu rakyat) dan memaparkan selendang yang cantik.

Tarian Bhangra
  Tarian Bhangra adalah tarian menyambut musim menuai dan berasal dari Punjab, India.
Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang istimewa dan
merupakan gerakan artistik. Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang
berwarna terang dan berseri-seri.

Tarian Berunsai
  Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Penari-penari
yang terdiri dari lapan orang akan belakang membelakangi dan bergerak ikut pusingan
bulatan ke kanan. Mereka menyanyikan lagu tradisional beramai-ramai.

Tarian Anding
  Tarian Anding sebenarnya berasal daripada sejenis tarian asli orang Brunei tetapi
kemudiannya telah menjadi tarian tradisi yang popular di kalangan suku Kadayan Sipitang,
Sabah. Sambil menari, nyanyian turut disulamkan dalam persembahan. Alat muzik tradisi
yang mengiringi tarian ini adalah biola, rebana, tangkong dan kuritik
Tarian Buluh
  Tarian Buluh boleh dilihat ditarikan oleh gadis-gadis kaum Kwijau dari Keningau Sabah.

Tarian Sumazau
  Tarian Sumazau adalah sebuah tarian dengan gerakan perlahan dan lemah-Iembut.
Ditarikan oleh penari-penari lelaki dan perempuan. Penari lelaki dan perempuan berhadap-
hadapan dan menggerakkan kaki dengan 1 langkah kecil dan tumit kaki di angkat dan
diturunkan mengikut muzik. Tangan mereka pula dikepak keluar dan diturun-naikkan
seperti burung terbang.

Tarian Datun Julud


  Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia
merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau
dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur.

Tarian Ngajat
  Tarian Ngajat sangat popular di kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang
Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai
kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju
yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Koncong
  Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua
untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan
iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di
sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai
burung terbang.

Tarian Ayam Didik


>Ayam Didik menjadi masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan bahagian utara Perak. Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan
perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian
ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Adalah perlu tarian ini diiringi
oleh lagu Ayam Didik.

You might also like