You are on page 1of 3

PERMAINAN BAHASA

Nama permainan : Kotak Misteri


Kemahiran : Membina kosa kata

Jenis aktiviti : Individu (di kelas)

Prosedur permainan :

Guru memberikan arahan kepada murid-murid untuk duduk dalam satu


bulatan besar.
Seorang murid akan diberikan untuk memegang ‘Kotak Misteri’ yang berisi
lipatan kertas pelbagai warna sebagai titik permulaan permainan. Setiap
kertas tersebut ditulis perkataan-perkataan umum seperti sekolah, dapur dan
sebagainya.
Guru akan menerangkan arahan permainan dan mengingatkan murid-murid
bahawa perkataan yang dikemukakan hendaklah mempunyai kaitan dengan
perkataan yang terdapat pada lipatan kertas pelbagai warna tersebut .
Apabila muzik dimulakan, maka murid yang menjadi titik permulaan tadi akan
menyerahkan kepada rakan disebelah kirinya. Proses ini akan berterusan
sehinggalah muzik berhenti.
Murid yang memegang ‘Kotak Misteri’ pada waktu itu akan membuka kotak
tersebut dan mengambil salah satu lipatan kertas mengikut warna pilihannya.
Murid tersebut akan diberikan masa seminit untuk menyebut perkataan-
perkataan yang mempunyai kaitan dengan perkataan yang terdapat pada
kertas tersebut. Guru akan mencatat nama murid tersebut dan bilangan
perkataan yang berjaya disebut mengikut masa yang ditetapkan.
Permainan ini diteruskan apabila muzik dimainkan lagi. Titik permulaan akan
berganti kepada murid yang menjadi titik perhentian sebelumnya. Murid yang
gagal menyebut sebarang perkataan yang berkaitan akan didenda dengan
mencabut kertas dendaan yang terdapat dalam ‘Kotak Hukuman’. Murid
tersebut diminta untuk melaksanakan arahan yang terdapat ada kertas
dendaan tersebut.
Setelah tamatnya aktiviti ini, guru akan mengumumkan pemenang yang
berjaya menyebut perkataan yang paling banyak.

Kelebihan dan kelemahan teknik :


PERMAINAN BAHASA
KELEBIHAN KELEMAHAN
Dapat menarik perhatian murid- Memerlukan tempoh masa yang
murid untuk mengambil bahagian panjang.
dalam sesi pengajaran dan Kawalan kelas dari sedi kawalan
pembelajaran (p&p). suara murid-murid agak goyah
Suasana proses p&p menjadi (kebisingan).
lebih seronok dan berkesan. Memerlukan masa yang panjang
Melatih murid untuk berfikir secara untuk dirancang dan dikendalikan
kritis dan kreatif. oleh guru.
Memupuk semangat daya saing Kanak-kanak yang lemah akan
dalam diri murid. berasa rendah diri.
Membina pemikiran murid supaya
bersedia untuk menghadapi
cabaran.
Dapat membina keyakinan dalam
diri murid.
Memberikan peluang kepada
murid-murid untuk
memperlihatkan secara langsung
kreativiti, bakat dan potensi diri.
CARA MENGATASI KELEMAHAN
Guru perlu merancang dengan teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Memberi peringatan kepada murid-murid apabila mereka membuat bising
tetapi tidak sehingga menggangu keseronokan permainan.
Guru melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.
Memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan cabutan
kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat.
PERMAINAN BAHASA
Terdapat banyak kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada permainan
bahasa ini sepertimana permainan bahasa yang lain yang tidak boleh dimainkan
pada semua situasi dan peringkat umur murid-murid. Hal ini terpulang kepada
kreativiti seorang guru tersebut dalam mengubahsuai seseuatu permainan bahasa
itu untuk disesuaikan dengan murid-murid mereka.

Kelebihan yang pertama ialah permainan ‘Kotak Misteri’ ini dapat menarik
perhatian murid-murid untuk mengambil perhatian murid-muridnya untuk mengambil
bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p). Hal ini kerana, kelancaran
sesuatu proses p&p juga bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh murid-
murid. Kedua ialah suasana proses p&p menjadi lebih seronok dan berkesan dengan
kerjasama murid-murid dengan guru mereka. Aktiviti ini lebih berfokuskan latihan
murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila memikirkan jawapan.

Apabila mereka dapat memberikan perkataan yang berkaitan, secara tidak


langsung permainan bahasa ini dapat memupuk semangat daya saing mereka,
membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi caparan, dapat
membina keyakinan dalam diri murid dan sterusnya dapat memberikan peluan
kepada murid untuk memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi
diri menerusi dendaan.

Walau bagaimanapun, permainan bahasa ini berlangsung dalam tempoh


masa yang panjang dalam p&p. Kawalan kelas dari segi kebisingan suara murid-
murid akan berlaku setiapkali pusingan dan dendaan tersebut berlaku. Selain itu,
guru juga memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan mengendalikan
permainan ini dan seterusnya kanak-kanak yang lemah akan berasa rendah diri
apabila mereka tidak dapat memberikan sebarang jawapan.

Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh guru khasnya dalam
membaiki kelemahan yang ada. Pertama sekali ialah guru perlu merancang dengan
teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.Kemudian
memberi peringatan kepada murid-murid apabila mereka membuat bising tetapi
tidaklah sehingga menggangu keseronokan permainan.Perkara ketiga ialahguru
melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.Akhir sekali
ialah guru perlu memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan
cabutan kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat.

You might also like