You are on page 1of 15

SENARAI KANDUNGAN

Bil Aspek Halaman


1 Tajuk Kajian

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Objektif Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Laporan Kajian

7 Rumusan

8 Lampiran
9 Rujukan

1
PENGHARGAAN

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat


menulis penghargaan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada guru sejarah saya iaitu Puan
Normah Binti Othman kerana banyak membantu saya bagi menyiapkan
kerja kursus sejarah ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya,Puan Mariyah
Binti Sheikh Haji Ahmad yang banyak memberikan idea dan pendapat-
pendapat yang sangat bernas.Selain itu,saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya seperti Mohd. Amin
Ikhwan Bin Imran dan Muhammad Iqbal Hafidz bin Mohamad Sukri
kerana banyak membantu memberikan idea-idea yang bermanfaat.

OBJEKTIF KAJIAN
2
Tujuan saya membuat kerja kursus sejarah ini adalah:

1.Untuk mengetahui sejarah sekolah dengan lebih mendalam.

2.Untuk mengenali sekolah dengan lebih mendalam.

3.Untuk mengetahui penubuhan sekolah.

3
KAEDAH KAJIAN

-mengumpul fakta dari internet


Saya telah mendapat maklumat dari internet yang
membantu saya memahami dengan lebih mendalam
tentang SMAP Labu.

-pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekeliling sekolah
dan merakam beberapa gambar.

-temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang di sekeliling
sekolah untuk mendapat maklumat yang tepat dan
benar.

LAPORAN KAJIAN
4
LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah


Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan (Malaysia) pada waktu itu,
Tan Sri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana
kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu
untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas
cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai
Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP).

SMAWP pada mulanya tidak mempunyai bangunan sendiri dan 500


pelajar sekolah (yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 4, dan 6
rendah) menumpang di bangunan Kolej Islam Klang (KIK) di Selangor.
Generasi pertama pelajar diajarkan oleh sekitar 40 guru, dipimpin oleh
pengetua sekolah pertama, Tuan Hj Muhammad bin Shafie.

Selepas lebih kurang 2 tahun menumpang di KIK, pada awal Januari


1984, SMAWP dipindahkan ke sebuah bangunan sementara di kampus
Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya. Pada tahun 1985, Tuan
Hj Muhammad Yusof bin Abu Bakar menggantikan Tuan Hj
Muhammad bin Shafie sebagai pengetua dan berkhidmat sehingga pada
akhir tahun 1985. Di bawah kepimpinannya, SMAWP berjaya
memenangi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
pada tahun yang sama.

Pengetua seterusnya, Tuan Hj Muhd Yusof bin Hj Ahmad, meneruskan


warisan SMAWP. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan
berjaya menyelesaikan masalah bangunan sekolah pada bulan April
1987 dengan meminjamkan sebuah bangunan di Kilometer 11, Jalan
Labu yang sepatutnya digunakan sebagai maktab perguruan. Selepas
beberapa sesi rundingan, bangunan itu diberikan kepada sekolah secara
5
sah, dan secara rasmi dibuka pada bulan Julai 1989 oleh Duli Yang
Maha Mulia,Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang Di
Pertuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Nama SMAWP
kemudian berubah menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan
Labu (SMAPL) dan kekal hingga ke hari ini.

Detik kegemilangan SMAP Labu semakin terserlah apabila genapnya 25


tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak yang diadakan pada tahun
2007 telah menyaksikan perubahan SMAP Labu sebagai sebuah sekolah
yang menjadi nadi setiap insan yang ingin membina keperibadian yang
unggul serta berteraskan modal insan yang memiliki minda kelas
pertama.

NAMA-NAMA DAN LAMBANG SEKOLAH


6
Lencana Sekolah

Warna Kuning
Melambangkan sekolah ini menghormati dan setia kepada raja.

Warna Hijau
Melambangkan agama menjadi teras selain pelajaran khusus yang lain.

1982 – 1402
Tahun sekolah ditubuhkan.

Bentuk Padi
Melambangkan akhlak yang tinggi dan mulia. 20 bunga padi
melambangkan sekolah ini merupakan SBP ke-20 yang ditubuhkan di
Malaysia. Bunga padi yang tunduk melambangkan hasrat terhadap
akhlak pelajar yang semakin tunduk semakin berisi.

Bentuk Lencana
7
Sejajar dengan sains dan teknologi tanpa meninggalkan ciri-ciri
keislaman iaitu kubah masjid.

Lambang Geometri
Melambangkan akademik turut diutamakan demi melahirkan generasi
yang berguna kepada masyarakat dan bangsa.

Bentuk Al-Quran
Melambangkan sumber utama dan panduan menulis dalam mencari ilmu
di dunia dan di akhirat.

Falsafah SMAP Labu


Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu,
iman dan amal soleh, budaya Islam serta suasana pembelajaran yang
sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab
untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan
yang bermanfaat kepada diri, ummah dan agama.

Moto SMAP Labu


“Berilmu, Beriman dan Beramal”

LAGU SEKOLAH
1982
Ditubuhkan dengan harapan waja
Dalam cabaran dalam rintangan
Akhirnya kau berdiri tegak megah
Melahirkan anak-anak yang berjaya
8
Engkau cemerlang dalam segala-gala
Menjadi kebanggaan nusa dan bangsa
Generasimu intelektual ulama’

Bangun segera bersatulah


Majukan sekolah menuju jaya
Seagama sebangsa dan sealiran

Tingkatkan kesatuan menuju ke hadapan


Berilmu beriman dan beramal
Konsep menghadapi pembelajaran
Islam panduan maju bersama

Sekolah Menengah Agama Persekutuan

Lagu dan Lirik oleh: Mohd Hafidz Khamis

SMAWP dan SMAPL 1984-1990

Misi SMAP Labu


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Visi SMAP Labu


Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Piagam Sekolah

Piagam SMAP Labu

9
Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam
melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami
dengan :

1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.


2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas,
menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam
peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan
seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani,
jasmani dan kepimpinan.
4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan
dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua
urusan rasmi :
i)     Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang.
ii)     Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan.
iii)     Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit.
iv)     Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada
ibu bapa dalam masa 10 minit seorang.
v)     Pengesahan sijil / dokumen peribadi dalam masa 30 minit.

INFRAKSTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS

10
PENGETUA
BIODATA PENGETUA
Nama : Pn. Hjh. Radziah bt Abdul Samad

Sekolah Lama : SMK Agama Limbang Sarawak (1.12.2001-


15.4.2007)

11
Tarikh Lahir : 3 Disember 1957

Tarikh Lantikan Pertama : 1 Jun 1981

Gred Jawatan : DG48

Kelulusan Akademik :
1. Diploma Pendidikan (1981)
2. Sarjanamuda Pengajian Islam (Kepujian) (1981)
3. Sarjana Pendidikan (1996)

Persatuan Yang Disertai :


1. ALUMNI Fakulti PengajianIslam UKM
2. ALUMNI Fakulti Pendidikan UM
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Majlis Pengetua SMKA Malaysia
5. Persatuan Pengetua Sek. Men. Sarawak Zon Limbang

RUMUSAN

Setelah bertungkus lumus,saya telah berjaya menyiapkan kerja


kursus ini dalam tempoh masa yang diperuntukkan.Melalui kerja
ini,saya mendapat beberapa pengajaran antaranya:
1) dapat mengenali sekolah dengan lebih mendalam dan
menanamkan rasa cinta akan sekolah.
12
2) sentiasa mengenang jasa orang yang telah banyak membantu.
3) mempunyai beberapa guru yang cemerlang.Pelajar senang
hendak bertanya berkenaan pelajaran yang tidak difahami.

LAMPIRAN
GAMBAR SEKOLAH

13
RUJUKAN

14
1) Melawat tempat kajian
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

2) Majalah
Majalah Ilham SMAP Labu
Penerbit:
Bilangan Muka Surat: 200

3) Internet
Portal Rasmi SMAP Labu

15

You might also like