You are on page 1of 21

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

Bagaimana Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur


Sosial dan Kebudayaan Golongan Dominan? Kritikan
Tentang Teori Penentangan dan Contoh dalam konteks
Malaysia.

Muhammad Sabri Bin Haron P-PM0084/07


Mohamad Termizi Bin Borhan P-PM0289/08
Pierre Bourdieu (1973)
Mentakrifkan peranan sosiologi pendidikan sebagai sains yang
menghubungkan struktur sosial dan kebudayaan

Hubungan sekolah dengan

Budaya Kelas / Struktur Dominasi


Sosial

Pembiakan budaya
• Proses nilai dan norma budaya yang sedia ada diturunkan dari
generasi ke generasi yang seterusnya.
• Menghasilkan pembiakan sosial, atau proses memindahkan
aspek masyarakat (seperti kelas) dari generasi ke generasi.
• Diperkenalkan oleh Pierre Bourdieu dan Passeron dalam
Cultural Reproduction and Social Reproduction
Struktur Sosial

•Entiti atau kumpulan yang mempunyai perhubungan yang jelas


antara satu sama lain, yang mempunyai corak kelakuan dan
perhubungan dalam sistem sosial,

• Masyarakat dikelompokkan dalam kumpulan yang berkaitan yang


melakukan fungsi yang berbeza.

•Salah satu contoh struktur sosial ialah stratifikasi sosial, yang


merujuk kepada masyarakat yang mempunyai strata yang berbeza,
berdasarkan perbezaan sosial seperti bangsa, kelas dan jantina.
Stratifikasi Masyarakat

Raja Kelas Atasan

Pembesar Kelas Menengah

Kelas Pekerja
Rakyat

Kelas bawah
Hamba

Staratifikasi masyarakat tradisional Staratifikasi masyarakat moden


Golongan yang kaya dari
segi wang dan aset harta
Kelas Atasan -Golongan profesional
dan pentadbir
-Kolar putih seperti pensyarah,
Kelas Menengah guru, kerani dan jururawat

Kolar biru yang melakukan


Kelas Pekerja pelbagai bentuk kerja
manual seperti operator
pengeluaran
Kelas Bawah Terbahagi kepada 4 golongan
-miskin pasif yang meminta sedekah
-Hostile iaitu penjenayah jalanan
-Hustlers yang mempunyai pendapatan
secara haram tapi tak ganas
Stratifikasi masyarakat moden -Traumatic yang sentiasa mabuk
dan tidak berumah (lumpenproletariat)
Teori Pembiakan
 Terumpu kepada aspek struktur (structural) masyarakat. Melihat
bagaimana struktur sosial dipindahkan dari satu generasi ke satu
generasi (theory of tramsmissions).
 Melihat bagaimana struktur sosial membantu fungsi umum
masyarakat.
 Sekolah bukan agen yang mengalakkan amalan demokrasi, mobiliti
sosial dan kesamaan (equality) – sebaliknya sekolah menjadi
tempat membiakkan ideologi masyarakat dominan dan hiraki
struktur kelas
 Untuk melihat bagaimana teori ini mempengaruhi sistem pembiakan
di Malaysia, ianya dijelaskan mealui tiga model pembiakan iaitu
model pembiakan ekonomi, model pembiakan kebudayaan dan
model pembiakan hegemoni negara.

Model Pembiakan Model Pembiakan Model Pembiakan


Ekonomi Kebudayaan Hagemoni Negara
 Model Pembiakan Ekonomi

• Sekolah berfungsi sebagai gatekeeper

Kanak-kanak dari kelas sosial yang rendah dipaksa untuk bertaat setia,
berpatuh kepada peraturan dan undang-undang sekolah, menepati masa
dan membiasakan diri untuk sentiasa mengikut arahan.

Bagi kanak-kanak dari kelas sosial atasan dan pertengahan, mereka


berpeluang untuk membuat keputusan, menaakul, berfikir secara analitikal
dan kritis, serta kreatif dan boleh bekerja tanpa pengawasan.

Juga berasaskan ras, dimana wujudnya sekolah kebangsaan (Melayu), SKJ


(Cina) dan SKJ Tamil (India).

Dari segi pilihan subjek juga memperlihatkan kelas sosial yang berlainan
dalam menengah rendah. Pelajar lelaki mengambil matapelajaran Kemahiran
Hidup Pilihan 1,pelajar perempuan pula mengambil subjek
Kemahiran Hidup Pilihan 2
 Model Pembiakan Kebudayaan

Pihak sekolah terima dan amal modal budaya kumpulan-


kumpulan sosial dominan dan meneruskannya seolah-olah
ianya diagihkan secara saksama kepada semua pelajar. Autoriti
guru adalah mewakili authoriti kelas dominan.

Kriteria mengadili murid -berasaskan budaya dominan. “guru


sendiri merupakan hasil sistem pendidikan yang bertujuan
untuk memindahkan budaya golongan dominan” (Bourdieu,
1966) dalam Amir Hasan Dawi (2002).

Sistem memaksa secara arbitari memasukkan budaya dominan


kepada murid kelas rendah. Kelas bawah yang merupakan
kelas golongan subordinat tidak mempunyai modal budaya
(pengetahuan). Budaya dianggap sebagai satu ”modal”. Modal
budaya adalah berbentuk simbolik bukan seperti modal
ekonomi yang berbentuk material (wang).
Sambungan..........

 Sekolah kekalkan ketidaksamaan dan menghukum mereka yang


tidak menuruti atau tidak sesuai kepada piawaian kelas menengah
semasa ia menentukan kriteria kelas pencapaian yang memihak
kepada murid yang mempunyai modal budaya kelas menengah.

 Dominan kelihatan lebih cemerlang. Akhirnya penganiyaan simbolik


iaitu penindasan terhadapa kelas pekerja atau kelas sosial yang
lebih rendah oleh dominasi budaya berlaku. Dengan itu hieraki
sosial dalam masyarakat akan dihasilkan semula dan terus
berkembang.

 Sekolah berperanan dalam menghasilkan dominan cultural capital


(modal budaya dominan adalah seperti ketangkasan, kelulusan
akademik dan kemahiran. Sebagai contoh, budaya kerja yang
dominan dibiakkan dalam sistem persekolahan ialah setiap pelajar
sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
Sambungan..........

 ”Sistem pendidikan melengkapkan keseluruhan proses reproduksi


mengikut struktur pengagihan modal di kalangan kelas-kelas”
(Bourdieu, 1973).

 Disimpulkan, kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas


dominan mempunyai kelebihan dalam pendidikan. Mereka
mempunyai modal budaya untuk mencapai kehendak-kehendak
pendidikan masing-masing. Sementara itu mereka dari latar
belakang kelas pekerja perlulah mendapat modal budaya yang
sewajarnya untuk bersaing.
Model Pembiakan Hagemoni Negara

Pendidikan adalah sebagai salah satu alat kerajaan untuk


mengagihkan pekerjaan kepada rakyatnya mengikut kelulusan
akademik-stratifikasi sosial dikekalkan.

Peranan pendidikan - membiakkan indoktrinasi pemerintah


sangat penting selepas kemerdekaan. Pendidikan telah
dirancang sedemikian rupa supaya dapat menghasilkan rakyat
yang patuh kepada sistem pentadbiran negara. Pemikiran
rakyat dalam sistem pendidikan telah diorientasikan kepada
sistem demokrasi moden.

Pembiakan ideologi pemerintah penting untuk mencapai


matlamat-matlamat negara seperti perpaduan dan guna tenaga.
Sambungan.....

 Ibrahim Saad (1990) melihat sekolah memainkan peranan utama


sebagai alat negara dalam sosialisasi politik. Terdapat beberapa
cara sosialisasi politik dilakukan. Cara-cara berkenaan adalah
melalui kurikulum sekolah yang membiakkan nilai-nilai kebangsaan,
amalan-amalan atau ritual yang terdapat di sekolah dan melalui
tingkahlaku guru.

 Pembiakan nilai-nilai kebangsaan dalam kurikulum sekolah- subjek


tertentu seperti sejarah, pendidikan moral, agama, geografi dan
kajian tempatan. Ia dilakukan menerusi penulisan semula buku teks.

 Buku teks adalah berbentuk Malaysia dan tidak menyanggahi


dasar-dasar kerajaan.
Sambungan.....
Contoh- setiap pelajar dari pelbagai latar sekolah diwajibkan
mengambil matapelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia
sebagai alat perpaduan. Bermula pada Pernyata Razak (1956) dan
kemudian Penyata Rahman Talib (1960).

Penyata-penyata ini dilihat sebagai langkah awal kerajaan


Perikatan untuk membiakkan budaya perpaduan dikalangan rakyat.

Pada akta Pendidikan 1961, bahasa Malaysia diperkukuh


sebagai bahasa pengantar utama di sekolah tanpa mengabaikan
penggunaan bahasa ibunda lain. Bahasa Malaysia telah dijadikan
alat perpaduan untuk membiakkan perpaduan.

Keduanya adalah melalui amalan-amalan atau ritual yang


terdapat di sekolah. Contoh amalan ini adalah seperti perhimpunan
setiap pagi sebelum memasuki kelas, menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu negeri sambil diiringi upacara menaikkan bendera, lafaz
persetiaan dan ikrar rukun negara (Amir Hasan Dawi, 2002).
Teori Penentangan dalam Pendidikan “ Resistance Theory
in Education ”
(Henry A. Giroux)
 Menjelaskan tentang konflik, perjuangan dan
penentangan berhubung dengan masyarakat dominan
dan sekolah .
 Teori penentangan ini bermula sebagai lanjutan kepada
kritikan teori Pembiakan Sosial dan Budaya ( Giroux,
1997 & Mc Laren 1998 )
 Penentangan yang ditunjukkan terutamanya oleh
golongan pelajar kelas bukan dominan / bawahan yang
melihat bagaimanakah sekolah yang sepatutnya menjadi
agen kepada transformasi dan mobiliti sosial serta
penggerak kepada amalan demokrasi dan kesamaan
dalam masyarakat tetapi telah bertukar menjadi tempat
untuk membiakkan ideologi sosial dan struktur hierarki
kelas pertengahan dan atasan.
Kelemahan Teori Penentangan
yang Boleh Dikritik Bagi Membentuk
Kerangka Teori yang Lebih Efisyen Antaranya

Kritikan 1
 Penyelidik teori penentangan gagal untuk menyoroti dan
mengaitkan secara terperinci pembentukan sikap
penentangan tersebut dengan sejarah latarbelakang
golongan penentang berkenaan
 Aksi penentangan dan bentuk penentangan yang gagal
dikenalpasti sama ada benar-benar penentangan kepada
sistem ketidaksamaan atau tidak
 Contohnya , pelajar kelas bawahan yang sering
melanggar peraturan sekolah mungkin sebagai protes
kepada amalan ketidaksamarataan bangsa dan jantina
bukannya mempunyai tahap disiplin yang rendah
Kritikan 2

 Teori penentangan tidak langsung memberikan ruang


untuk dikaitkan dengan isu jantina dan bangsa .
 Kajian sedemikian juga telah gagal untuk mengaitkan
secara signifikan bahawa kuasa penentangan kepada
kuasa dominasi yang wujud dalam pelbagai bentuk
persekitaran dan kelas sosial hanyalah dalam kalangan
pelajar lelaki semata-mata
 Tanpa isu wanita dan bangsa walaupun kedua-dua
golongan tersebut juga memiliki kuasa penentangan
kepada sebarang bentuk dominasi , teori tersebut
adalah tidak lengkap dan relevan .
Kritikan 3
 Teori penentangan menurut Jim Walker lebih
memfokuskan ke arah aksi pemberontakan
secara keterlaluan , terbuka dan terang-
terangan terhadap sesetengah golongan
pelajar.
 Teori penentangan telah mengabaikan sikap
penentangan secara tersembunyi oleh
sesetengah golongan pelajar yang lain.
 Realitinya amat sukar bukan sahaja kepada
golongan biasa malahan kepada pengkaji teori
penentangan sendiri untuk mengenalpasti
dengan tepat sebarang bentuk perlakuan yang
ditunjukkan oleh individu tertentu sama ada
boleh dikategorikan sebagai sebenarnya
penentangan ataupun tidak .
Beberapa Contoh yang
Relevan Dengan Isu yang Dikritikkan
yang Melibatkan Soal Jantina dan Kaum
Utama dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Contoh 1
 Jenis-jenis sekolah yang diwujudkan sekian lama
dalam sistem persekolahan di Malaysia boleh
mencipta aksi penentangan
 Penentangan pelajar akibat proses pengasingan
merujuk teori ’neo-maxist’ yang memfokuskan
tentang bagaimana pelajar menunjukkan
penentangan akibat pengasingan daripada
proses persekolahan yang normal ( Giroux, 1983
; McLaren, 1999 ; Willis, 1981 ).
Contoh 2
 Golongan pelajar kaum Cina yang cemerlang
akademiknya akan mempamerkan sikap
penentangan yang agresif terhadap identiti
politik etnik yang diwujudkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia
 Golongan pelajar Cina menunjukkan
penentangan terhadap peluang pendidikan
yang telah termaktub dalam Undang-undang
Persekutuan yang memberikan kelebihan
kepada golongan pelajar kaum Bumiputera
Contoh 3
 Penetangan keras pada tahun 1997 selepas kabinet meluluskan
penubuhan Sekolah Wawasan. Pertubuhan utama kaum Cina,
Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagai Gabungan Persekutuan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan
Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina , menentang pelaksanaan
Sekolah Wawasan
 Gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan yang
dirasakan akan menguburkan identiti SRJK
 Dong Jiao Zhong menganggap Sekolah Wawasan tidak perlu
kerana Sukatan Pelajaran yang dibuat oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk semua aliran sekolah termasuk
SRJKC adalah berlatarbelakangkan Malaysia dan semua pelajar
Melayu, Cina dan India akan belajar bersama ketika di Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Rumusan
Kesimpulannya, konsep kritikan pedagogi
walaupun dari satu sudut tidak berfungsi untuk
merawat isu bangsa dan etnik, tetapi boleh
disandarkan sebagai alat yang cukup bernilai
untuk mengembalikan semula amalan
persekolahan dan pendidikan yang tulen yang
memberikan lebih ruang dan kebebasan bersuara
kepada golongan guru, pelajar dan penyelidik
pendidikan alam.

You might also like