You are on page 1of 33

BAB 2:

INTERAKSI ANTARA
TAMADUN
Tamadun perlu sentiasa berinteraksi
dan berhubung dengan tamadun lain
untuk menjamin perkembangan dan
kemajuannya demi kelangsungan
tamadun manusia itu sendiri.
Interaksi boleh membawa kebaikan dan
kadangkala membawa bencana.
Penyerapan ilmu saintifik daripada
Islam oleh tamadun Barat moden
PROSES INTERAKSI
Proses interaksi bermula sejak nabi Adam lagi.
Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan,
pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara
individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya
negara.
Proses interaksi ini mengambil masa yang agak
panjang kerana tamadun itu melampaui masa dan
tempat
Contohnya tamadun Melayu dapat dikesan melalui
aspek material seperti bangunan, tembikar, agama,
bahasa, pakaian, makanan, gaya hidup dll.
JENIS-JENIS INTERAKSI
Terdapat beberapa jenis interaksi antara
tamadun iaitu:
1) Interaksi fizikal
2) Interaksi teologi atau agama
3) Interaksi sains dan teknologi
4) Interaksi budaya
INTERAKSI FIZIKAL

Iaitu kewujudan bangsa daripada tamadun


asing mendiami sesebuah tamadun.
Berlaku sepanjang sejarah manusia.
Contohnya masyarakat di India Barat yang
terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina
dan Eropah serta di Mohenjodaro dan
Harappa.
Kedatangan orang Arab ke alam Melayu
Terdapat penempatan orang Arab di timur
dan barat Sumatera.
INTERAKSI TEOLOGI ATAU AGAMA
Merupakan sistem yang tertutup
Contoh : agama Shinto di Jepun telah
menyerap agama Buddha dari segi moral dan
etika. Menambahkan aspek yang tiada dalam
agama Shinto.
Contoh: agama Hinduisme dan Buddhisme.
Buddhisme wujud daripada Hinduisme.
Terdapat konsep moksha, karma dll.
INTERAKSI SAINS DAN TEKNOLOGI

Penyebaran empat ciptaan agung Cina ke


seluruh dunia.
Tiga ciptaan agung Cina yang penting iaitu
kompas, bahan letupan dan percetakan
diperkenalkan ke dunia Arab dan Eropah.
Antara Jepun dan Barat contohnya Komodor
Perry telah menghadiahkan satu model
keretapi, alat telegraf, kapal wap dan alat-alat
kelengkapan tentera kepada Maharaja Jepun
pada 1880-an.
INTERAKSI BUDAYA
Aspek yang paling jelas dan dapat dilihat oleh
semua tamadun yang meliputi aspek
kehidupan seperti makanan, pakaian, seni
bina, seni ukir, muzik dan sebagainya.
Contohnya ialah proses amalgamasi
(penyatuan) atau perkahwinan campur,
proses akulturasi (pembudayaan) iaitu proses
pertembungan yang membawa proses
peminjaman unsur budaya di antara
tamadun.
FAKTOR YANG MEMBAWA INTERAKSI

Antaranya ialah :
1) Geografi
2) Perdagangan
3) Kepimpinan
4) Agama dan budaya
5) Pengalaman sejarah
1) GEOGRAFI
Kedudukan yang strategik iaitu jalan
perdagangan antara timur dan barat seperti di
Asia Tenggara.
Asia Tenggara pernah dipengaruhi oleh
Buddhisme kemudian Hinduisme dan
seterusnya ajaran agama Islam. Contohnya
di Srivijaya.
Faktor ini mewujudkan interaksi dua budaya
yang berbeza yang melahirkan budaya yang
istimewa. Contohnya di India iaitu India
Selatan (Dravidia) dan India Utara (Indo-
Arya).
2) PERDAGANGAN
Kepesatan perdagangan berkaitan dengan
kepentingan ekonomi
Contohnya kerajaan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang berkunjung ke situ adalah
pedagang daripada Timur dan Barat.
Interaksi antara China dengan Asia Barat dan
Eropah agak perlahan. Jalan yang
menghubungkan China dengan kawasan
Asia Timur, Asia Barat dan Eropah dikenali
sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan
laut yang menghubungkan China dengan
kawasan Asia Tenggara, India dan Afrika
dikenali sebagai jalan Sutera Maritim.
3) KEPIMPINAN
Kepimpinan Rasulullah s.a.w di Madinah.
Penerimaan kaum Aus dan Khazraj terhadap kaum
Muhajirin. Berlakunya interaksi antara kaum Yahudi
dan Kristian. Perlembagaan Madinah digubal dan
Rasulullah s.a.w memberi perlindungan kepada
orang Islam dan bukan Islam
Peristiwa keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan
pemulihan Meiji pada 1868. Maharaja Meiji dan
pemimpin2 berazam menjadikan Jepun sebuah
negara yang kaya,kuat dari segi ketenteraan dan
permodenan dari segi ekonomi, politik dan sosial
menurut garis panduan barat.
4) AGAMA DAN BUDAYA
Agama ada yang terbuka dan tertutup.
Agama yang terbuka ialah Islam, contohnya
di Andalusia yang dapat mengekalkan kuasa
sehingga 700 tahun. Masyarakat yang terdiri
daripada Yahudi dan Kristian. Agama Buddha
dan Hindu antara China dan India di mana
penterjemahan kitab2 Buddhisme daripada
bahasa Sanskrit atau Pali ke bahasa Cina.
Perkembangan unsur-unsur budaya seperti
kesenian (muzik)
5) PENGALAMAN SEJARAH
Sikap isolasi dipengaruhi pengalaman sejarah seperti
pencerobohan, eksploitasi ekonomi, perubahan
pemikiran dan sebagainya. Tamadun Cina dan Jepun
pernah mengambil dasar tutup pintu terhadap Barat
sehingga menggugat kestabilan pemerintahan
Maharaja di China dan Keshogunan di Jepun. China
120 tahun (dasar tutup pintu) yang menyebabkan
kemunduran.
Dasar buka pintu bermula pada akhir kurun ke-19.
Pengenalan Gerakan Kebudayaan Baru (golongan
intelektual menerima pendidikan sama ada di Jepun,
Eropah atau Amerika Syarikat. Perubahan berlaku
dari segi ekonomi,politik dan sosial.
INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIF

Interaksi positif
Hinduisme dan Buddhisme
Yahudi dan Islam dengan Kristian
Muslim dan Buddhisme di Asia
tenggara
Muslim dan Hindu di India
Islam dan Konfusianisme
Interaksi negatif
• Hubungan antara Kristian dan Yahudi
• Islam dan yahudi

Kesan-kesan yang positif hasil


interaksi
antara antara tamadun:
a) Pemerintahan yang adil
b) Golongan beragama mewujudkan
suasana harmoni
PERSAMAAN DAN PERBEZAAAN
ANTARA TAMADUN
Nilai-nilai universal antara tamadun ada tujuh
persoalan iaitu:
Alam sekitar
Keluarga
Komuniti
Kerajaan
Kegiatan ekonomi
Pendidikan
Kesihatan
CONTOH-CONTOH INTERAKSI
ANTARA TAMADUN
1) Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun
Melayu.
2) Interaksi Tamadun Melayu dengan
Tamadun India.
3) Interaksi Tamadun Melayu dengan
Tamadun Cina.
1) INTERAKSI TAMADUN ISLAM
DENGAN TAMADUN MELAYU
Bermula sejak abad pertama Hijrah (abad ke-
7M) iaitu perkembangan agama Islam berlaku
ke rantau Melayu.
Teori kedatangan Islam melalui Tanah arab,
India dan China.
Islam berkembang melalui perdagangan di di
Asia Tenggara seperti di Pantai Timur Tanah
Melayu iaitu Terengganu dan Patani.
Kesan perubahan akidah daripada agama
Hindu-Buddha kepada Islam yang
mentauhidkan Allah s.w.t.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU
DENGAN TAMADUN INDIA
Bermula sejak zaman sebelum masihi lagi.
Perdagangan di antara India ke sekitar Asia
Tenggara.
Membawa unsur-unsur budaya dan tradisi
India ke alam Melayu.
Pengaruh budaya India ke atas bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Peminjaman daripada
bahasa Sanskrit dan Tamil. Contohnya
perkataan bhumi kepada bumi dll.
Contoh lain Hikayat Seri Rama, Hikayat
Pendawa Lima
TAJ MAHAL
INTERAKSI TAMADUN MELAYU
DENGAN TAMADUN CINA
Berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke-
3 M. interaksi berlaku secara aman iaitu
melalui misi diplomatik, migrasi dan
perdagangan.
Kemuncaknya di zaman kesultanan Melaka
(1400-1511)
Kesan interaksi ialah pengenalan sutera,
porselin, tembikar dan makanan seperti
taugeh, tauhu, kicap dll. Pengenalan teknik
pembinaan, pertanian yang lebih baik
daripada tamadun Cina. Pengenalan sains
dan teknologi.
Mosque Xian China
KESIMPULAN

Interaksi antara tamadun menghasilkan dua


kesan iaitu positif dan negatif.
Kesan yang positif memajukan sesebuah
tamadun.
Kesan yang negatif mewujudkan konflik dan
kemusnahan.
Interaksi antara tamadun menyumbang
kepada kelangsungan kecemerlangan
sesebuah tamadun

You might also like