You are on page 1of 35

ISU- ISU

DALAM SUKAN

DISEDIAKAN OLEH
NORZAINIATUN BT MOHAMAD ISA
5 PISMP PJ/PK
ISU-ISU DALAM
SUKAN
WANITA & SUKAN
SEJARAH PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN…

• GREEK..
 Masyarakat Greek telah membina nilai-nilai kebudayaan dan
pendapatnya dalam bentuk dewa-dewi.
 Dewi Greek diketahui telah mengambil bahagian dalam acara
menunggang kuda, memburu, berenang, dan berlari.
 Namun, Dewi Greek bukanlah dicirikan sepenuhnya dengan sifat
begitu berkuasa.
 Banyak pendapat tentang dewi-dewi Greek yang menonjolkan
kecemerlangan dan kecantikan wanita, walaupun hakikatnya
terdapat kelemahan-kelemahan tertentu.
 Oleh itu, walaupun orang-orang Greek mengagumi dewi-
dewinya, mereka masih merendahkan wanita pada golongan
bawahan dibandingkan dengan lelaki.
• ROM PURBA
Keluarga orang-orang Rom diketuai oleh
lelaki.
Kaum wanita dilarang daripada aktif secara
fizikal dan ditegah juga menghadirkan diri di
tempat perlumbaan kuda, pedang dan apa
sahaja aktiviti berbentuk pertandingan/
pertarungan.
Namun, ada juga wanita yang mengambil
bahagian dalam aktiviti sukan walaupun
secara tertutup.
Untuk tempoh masa yang agak lama, tidak
banyak pendedahan tentang penglibatan
wanita dalam sukan.
Pada abad ke-14, sukan mula diterima
sebagai percubaan untuk kaum wanita.
Dua aktiviti yang diperkenalkan ialah luncur
ais dan lawan pedang dengan kuda.
Namun tidak berpanjangan kerana ia kurang
sesuai untuk wanita.
Terdapat suara-suara bantahan daripada wanita
sehinggalah Thomas Aguinas berpendapat
bahawa wanita adalah subjek untuk lelaki
berdasarkan keadaannya lemah, samada dari
segi fikiran mahupun fizikal. Ini adalah
berdasarkan undang-undang semulajadi dan
bukannya kata-kata pengabdian.
Pada akhir abad ke 16 penglibatan wanita dalam
sukan hanya diterima oleh golongan bangsawan
dan terhad dalam aktiviti seperti badminton,
menunggang kuda dan menari.
Kefahaman ini berlanjutan sehingga
perkembangan era sukan pada pertengahan
abad ke 18
PERANAN WANITA DALAM MASYARAKAT &
SUKAN…

• ANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP WANITA..


 Masyarakat Barat dan Timur meletakkan wanita sebagai
lemah. Wanita hanya sebagai emak dan isteri.
 Pergerakan pembebasan wanita pada tahun 1960 sangat
berpengaruh dan telah mencapai hak-hak wanita dalam
pergerakan sosial. Penggeraknya ialah Betty Friedlar dalam
tulisannya “The Feminine Mustique” (1963).
 Marie Hart pula telah menyatakan bahawa peranan wanita
tidak lagi terhad sebagai ibu, setiausaha atau ratu. Mereka
harus diberikan bukan sahaja kebebasan malah kehormatan
kerana berjaya dalam sukan.
Pergerakan wanita menjadi aktif dengan
pembentukan dua badan iaitu badan sukarela
i. menghapuskan penindasan terhadap
perbezaan jantina dan
ii. membawa wanita ke arah penglibatan yang
lebih meluas dalam bidang-bidang utama
dalam masyarakat di Amerika.
Pada tahun 1973, salah satu pertubuhan telah
meluluskan resolusi ke atas kesan, yakni
untuk menghapus segala bentuk diskriminasi
terhadapa wanita dalam sukan & rekreasi
pada semua peringkat.
• Pandangan lelaki.
Olga Connoly (1972) membawa bendera
Amerika dalam sukan Olimpik di Munich,
pelbagai reaksi dan bangkangan telah dibuat.
Pengasas Olimpik moden, Baron Pierre de
Coubertin telah memberikan pandangan
bahawa:-
“ penghargaan kepada kebebasan menuntut supaya
seseorang itu tidak boleh mengganggu dalam
tindak-tanduk persendirian, tetapi dalam
pertandingan umum, penglibatan wanita ditegah
sama sekali. Ianya tidak baik bagi penonton
melihat pergelutan dan pergerakan tubuh badan
wanita.”
SUKAN SEBAGAI AKTIVITI JANGGAL UNTUK
WANITA..

 Jan Felshin telah menggunakan perkataan janggal


dalam menerangkan peranan wanita dalam sukan.
 Wanita yang melibatkan diri dalam sukan peringkat
kebangsaan menanggung risiko-agresif.
 Digelar “deviant”.
 Wanita mempunyai rupa paras dan bentuk tubuh
yang menarik, serta mengenakan pakaian sukan yang
seksi sering menjadi tarikan penonton. Tumpuan
diberikan lebih kepada rupa paras berbanding
kebolehan dalam bidang sukan.
SUKAN MEMBAHAYAKAN UNTUK WANITA…
 Dua alasan utama:-
i. Wanita adalah lembut dan lemah
ii. Aktiviti fizikal dalam sukan akan mengakibatkan wanita
menjadi agresif, pergerakan pantas, tubuh pejal.
 Dua reaksi terhadap pelatih fizikal:-
i. Reaksi progresif:- menekankan kepentingan latihan fizikal.
ii. Reaksi berkaitan kasihankan wanita:- mengenakan latihan
fizikal yang terhad kepada petih wanita berbanding lelaki.
 Sukan berbahaya kepada organ atau sistem pembiakan dan
buah dada serta ke atas perjalanan haid dan kehamilan
mungkin ada kebenarannya.
 Wanita juga boleh memakai alat-alat pelindung pada
bahagian-bahagian tubuhnya sepertimana lelaki.
PENCAPAIAN WANITA BELUM
MENANDINGI LELAKI
Pernyataan ini dianggap tidak logik
walaupun ada kebenarannya.
Pencapaian wanita harus diukur berdasarkan
pencapaian keseluruhan wanita yang
mengambil bahagian dan bukannya
dibandingkan dengan lelaki.
WANITA TIDAK BERMINAT
DALAM SUKAN.
Ramai berpendapat bahawa wanita tidak
berminat dalam sukan sebaliknya meminati
aktiviti yang bersifat indoor seperti memask
menjahit dan sebagainya.
Wanita dianggap tidak suka berpeluh dan
berpanas apabila bersukan.
SUKAN & MEDIA MASSA…
MEDIA & SUKAN
• Media sangat penting ketika sukan kerana ia
dapat memastikan liputan menyeluruh kepada
seluruh penonton di seluruh dunia.
• Sukan Olimpik di Sydney(2000) adalah sukan
yang paling ramai penonton iaitu seramai 3.7
bilion (pertambahan 20% daripada sukan 1996).
Ia disiarkan di 200 buah negara.
• Sukan Olimpik musim sejuk di Lillehammer
(1994) disiarkan di 120 buah negara dan
mempunyai seramai 10.7 bilion penonton.
• Sukan di Nagano (1998) disiarkan di 160 buah
negara.
Secara keseluruhan :- 10376 media yang membuat liputan
di Nagano
:- 8,145 di Lillahammer
:- 10800 di Salt Lake 2002
PERRHUBUNGAN MEDIA DALAM
SUKAN
• Perkembangan industri sukan yang pesat
telah menarik perhatian media massa untuk
membuat liputan yang meluas setiap hari.
• Leonard (1998) berpendapat bahawa
perhubungan antara sukan & media massa
adalah ‘saling bergantungan’ (symbiotic).
Saling bergantungan untuk menghasilkan
faedah masing-masing.
ORGANISASI SUKAN GUNA
MEDIA UNTUK:-
i. Mendedahkan acara (iklan)
ii. Mendedahkan kemudahan/ fasiliti sukan.
iii. Mendedahkan produk yang ditawarkan
kepada masyarakat umum.
Cth:- laporan pengenalan/ previu yang
didengar dalam radio mungkin akan
mempengaruhi anda dalam membuat
perancangan untuk menyaksikan sesuatu
perlawanan.
• Publisiti dalam media massa boleh menjadi satu
aset kepada organisasi sukan apabila publisiti
positif disebarkan.
• Ia merupakan kaedah promosi paling murah
berbanding dengan kaedah lain. (masa sebaran
publisiti ke udara adalah percuma jika
dibandingkan dengan kaedah promosi lain).
• Sebaran publisiti melalui radio mempunyai lebih
kredibiliti & kebolehpercayaan kerana pengguna
faham bahawa mesej yang disampaikan bukan
dibayar oleh organisasi sukan.
• Publisiti media massa yang negatif
merupakan liabiliti kepada organisasi sukan.
• Organisasi sukan tidak boleh mengawal isi
kandungan mesej atau berita yang
disampaikan oleh media massa dan tidak
boleh menghalang media massa daripada
menyiarkan sesuatu yang negatif jika terdapat
kesalahan.
• Untuk menghadapi krisis tersebut, organisasi
sukan perlu sediakan pelan komunikasi krisis.
• Sukan telah menjadi kegemaran kepada
masyarakat, jadi media telah memberi
tumpuan dalam membuat lebih laporan/
liputan sukan.
• Sukan juga telah menarik peminat sukan
menonton TV, dan radio serta meningkatkan
jualan akhbar dan majalah, serta melayari
laman web.
• Secara am media:-
i. Media cetak (akhbar & majalah)
ii. Media elektronik (tv & radio)
• Program siaran langsung telah menarik minat
penonton dan syarikat-syarikat berminat
untuk menaja dalam program sukan yang
tertentu. (salah satu faktor utama media
terlibat dalam sukan).
• Media juga sebagai saluran maklumat
mengenai sukan kepada masyarakat.
POLITIK & SUKAN…
• Menurut Ronald Smith & Frederic Preston,
politik sebagai satu proses yang digunakan
oleh manusia untuk menyelesaikan
perbalahan di antara kepentingan
persendirian dengan kepentingan awam di
dalam sesebuah institusi masyarakat.
• Tetapi kini, politik lebih dikaitkan dengan
perwujudan sesebuah kerajaan.
• Namun, sukan tidak wujud tanpa campur
tangan politik atau pihak berkuasa kerajaan.
• Ahli sosiologi sukan Eitzen & Sage berpendapat bahawa
politik secara langsung terlibat dalam arena sukan
kerana:-
i. Para atlet mewakili organisasi-organisasi sosial seperti
sekolah, komuniti, majikan, negeri dan negara. Tambahan
pula, beberapa aktiviti sukan yang diceburi adalah atas
sebab kebanggaan, bertanggungjawab dan kesetiaan
terhadap pihak yang mereka wakili.
ii. Kepentingan sesuatu kumpulan tidak semestinya sama
dengan kepentingan kumpulan lain, maka, perasaan ingin
bertanding & konflik muncul secara automatik. Cth:- di
peringkat profesional wujud konflik di antara liga
kebangsaan dengan liga-liga yang bertanding
menganggotai liga tersebut.
iii.Perkara yang sama juga berlaku kepada ahli-ahli sukan,
persatuan-persatuan & pentadbir-pentadbir sukan untuk
mendapat kuasa.
• Telah wujud perhubungan yang sistematik di
antara sukan dengan politik .
• Cth:- lagu2 kebangsaan sesebuah negara
yang menang dalam pertandingan
dimainkan.
• Menteri-menteri serta ahli politik guna sukan
sebagai satu platform untuk menonjol.
KUASA POLITIK DI SUKAN
OLIMPIK
PENGARUH POLITIK DALAM
SUKAN PERINGKAT
KEBANGSAAN
• Hubungan antara politik & sukan juga jelas
dapat dilihat pada peringkat kebangsaan,
negeri & daerah.
• Bentuk & corak gangguan politik terjadi
dalam banyak cara. Namun, ia terjadi bukan
atas kehendak atlet kerana atlet telah disemai
agar menjauhkan diri daripada politik.
• Perbezaan kepentingan merupakan alasan utama
yang menyebabkan sesebuah badan sukan
dipengaruhi gangguan politik.
• Ada pihak berpendapat bahawa ada badan sukan
menggunakan ahli-ahli sukan untuk
kepentingan dan ahli-ahli politik guna sukan
demi kepentingan politik mereka.
• Di Malaysia, banyak badan sukan diketuai oleh
orang-orang berpengaruh dalam politik seperti
menteri/timb menteri/MB.
• Ini membawa kesan menguntungkan kepada
badan-badan sukan itu sendiri kerana
terdapatnya orang-orang berpengaruh di
dalamnya.
SUKAN PADA PERINGKAT
NASIONAL
• Sukan memainkan peranan dalam meningkatkan
nama serta menaikkan semangat rakyat.
• Peranan sukan:-
i. Sukan merupakan mekanisme yang boleh
menggalakkan integrasi nasional.
ii. Untuk mencapai kawalan sosial ke atas rakyat
jelata.
iii.Batu loncatan untuk mendapatkan pengiktirafan
daripada negara-negara lain.
KESIMPULAN SUKAN & POLITIK
• Sukan sebagai alat politik
• Sukan sebagai alat propaganda
• Sukan sebagai satu cara untuk memupuk
integrasi nasional
• Sukan sebagai satu cara untuk menunjukkan
nasionalisme.

You might also like