You are on page 1of 2

DOA PENYERI KEHIDUPAN

A. Kepentingan Berdoa
 Doa ialah memohon sesuatu kepada Allah S.W.T yang merupakan keperluan
rohani dalam kehidupan manusia.
 Manusia hanya mampu berusaha tetapi yang menentukannya ialah Allah
S.W.T .
 Doa menjadi saluran untuk kita memohon sesuatu kepada Allah S.W.T .
 Doa merupakan senjata orang mukmin.
 Antara kepentingan doa dalam kehidupan mukmin ialah:-
- Memantapkan iman, menengkan jiwa, dan meningkatkan
keimanan.
- Merapatkan hubungan antara hamba dengan Allah S.W.T .
- Mendorong seseorang untuk terus berusaha bagi mencapai
kejayaan.
- Mengelakkan seseorang daripada berputus asa apabila
ditimpa kegagalan.

B. Adab Berdoa
 Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
 Memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat.
 Menghadapi ke arah kiblat.
 Mengangkat kedua-dua tapak tangan.
 Memulakan doa dengan memuji Allah S.W.T dan berselawat ke atas Nabi
Muhammad S.A.W .
 Berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri.

C. Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa


 Pada satu pertiga malam iaitu kira-kira pukul tiga pagi.
 Selepas mendengar azan.
 Pada hari dan malam Jumaat.
 Pada waktu di antara dua khutbah Jumaat.
 Pada waktu khatam Al-Quran.
D. Tempat Yang Mustajab Untuk Berdoa
 Di depan Kaabah.
 Di padang Arafah.
 Di dalam masjid.
 Di raudah, iaitu antara Mimbar dengan makan Rasulullah S.A.W .
 Multazim, iaitu antara rukun yamani dengan makam Nabi Ibrahim.

E. (1)Doa Yang Diterima Oleh Allah S.W.T


 Doa ibu-bapa terhadap anak-anak.
 Doa orang yang dizalimi.
 Doa orang yang berpuasa.
 Doa pemimpin yang adil.
 Doa orang yang bermusafir.

(2) Doa Yang Ditolak Oleh Allah S.W.T

 Doa orang yang melakukan maksiat.


 Doa orang yang makan dan minum daripada sumber yang haram.
 Doa orang yang dalam keadaan riak.
 Doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk.

F. Kesan Tidak Mengamalkan Doa Dalam Kehidupan


 Tidak mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T dalam melakukan
sesuatu kerja.
 Hati tidak tenang dah mudah terpesong akidah.
 Menjadi manusia yang lalai kepada Allah S.W.T .

G.Langkah Untuk Membiasakan Diri Berdoa


 Sentiasa mengingati Allah S.W.T di waktu senang atau susah.
 Berkawan dengan orang yang memiliki akhlak yang baik.
 Yakin dengan pertolongan dan ganjaran Allah S.W.T .

You might also like