You are on page 1of 7

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

1.0 IMPROVISASI

Teknik lakonan yang telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater Melayu sejak
dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey dan teater transisi, iaitu
bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi
sepenuhnya. Menurut Som Hj. Nor (1994) melalui (2006) Improvisasi membawa
maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.
Improvisasi diaplikasikan kepada aktiviti - aktiviti yang dalamnya murid-murid lebih
banyak kebebasan bekerja, tidak seperti dalam kebanyakan main peranan biasa.
Murid-murid bekerja berdasarkan satu scenario dalam kumpulan dan tidak secara
berpasangan atau bertiga-tiga.

Peter Moore telah menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak – kanak
mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

i. Permainan Bebas (Free Play)


Aktiviti ini sesuai untuk kanak – kanak prasekolah. Guru menyediakan
beberapa peralatan atau objek serta menyediakan situasi / persekitaran yang
tertentu dan kanak – kanak digalakkan bermain secara bebas tetapi dengan
pantauan guru sambil mencipta scenario atau cerita mereka sendiri
berdasarkan peralatan tersebut. Seterusnya permainan diperingkatkan
dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti patung boneka an
kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii. Improvisasi Spontan (Spontaneus Improvisation)


Guru menyediakan beberapa rangsangan tertentu dan kanak – kanak
memberikan respons secara spontan. Improvisasi menggalakkan kanak –
kanak untuk
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan
- Mendengar pendapat orang lain
- Melakukan tugas secara kolaboratif
- Berfikir secara kreatif dan imaginatif
- Melahirkan idea dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain

Bukan bertujuan untuk melakukan persembahan tetapi lebih kepada


menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan hati, interaksi antara
watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

iii. Improvisasi Verbal (Verbal Improvisation)


Murid - murid digalakkan untuk mencipta monolog dan dialog berdasarkan
petikan dialog dalam sesebuah cerita. Mereka boleh menyambung dialog
tersebut untuk situasi yang dirasakan sesuai dengan ekspresi dan gaya
pengucapan yang sesuai.

iv. Main Peranan (Role Play)


Murid - murid berpura – pura menjadi orang lain. Murid - murid diberi peranan
tertentu dan diminta memikirkan cara untuk beraksi dan memberi respons
berdasarkan satu – satu situasi. Murid - murid dilatih untuk melakukan
justifikasi untuk lebih penghayatan pada watak dengan mengemukakan
pertanyaan seperti :
- Nama penuh watak
- Umur
- Latar belakang keluarga
- Pekerjaan
- Sikap dan tingkah laku
- Hobi dan minat
- Keadaan kesihatan
- Pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang dilakonkan

Mereka juga digalakkan untuk

- Menulis diskripsi watak


- Melukis potret
- Membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama dan seumpamanya
- Membuat kostum dan memilih prop yang sesuai untuk kegunaan
watak

v. Improvisasi Terlatih (Rehearsed Improvisation)


Menggalakkan murid – murid membuat persembahan. Kanak – kanak diberi
tajuk, tema atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan
sesuatu persembahan. Guru akan memberikan tempoh masa tertentu untuk
perbincangan berkumpulan.

vi. Improvisasi Selari (Parallel Improvisation)


- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar –
benar diketahui untuk meneroka isu – isu baru. Sebagai contoh,
mereka menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti.
- Pengalaman dan pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh
digunakan seperti murid – murid telah mempelajari sejarah penjajahan
Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet dalam mata
pelajaran Sains, mereka menggunakan kedua – dua pengetahuan itu
untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas.
- Guru juga boleh menggunakan situasi yang diambil daripada karya
sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan
dengan isu baharu. Guru boleh menimbullkan persoalan kepada murid
untuk mengaitkan keadaan dahulu dengan masakini.
2.0 TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah
dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, apabila pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

3.0 TEATER BERCERITA

Teater bercerita melibatkan seorang pencerita dan gabungan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan bertindak menyampaikan cerita manakala pelakon akan beraksi
mengikut watak dalam cerita berkenaan. Skrip perlu disiapkan terlebih dahulu untuk
memudahkan penceritaan si pencerita. Skrip juga boleh dihasilkan oleh guru atau pun
murid. Murid – murid yang tidak terlibat akan mencatatkan maklumat berdasarkan
arahan guru. Teknik ini sesuai digunakan untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa
klasik.

4.0PERMAINAN BAHASA

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar


memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Permainan bahasa dapat :

 merangsang interaksi verbal pelajar di dalam kelas untuk memandang rakannya


yang lain dan berinteraksi
 menambah kefasihan dan keyakinan dengan berinteraksi serta memberikan
jawapan yang betul. Selain itu juga murid akan lebih mengenali bahasa
 menyediakan konteks pembelajaran berdasarkan permainan yang disediakan
tidak bercanggah dengan Huraian Sukatan pembelajaran murid
 bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan apabila melakukan
aktiviti permainan
 bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dimana guru
boleh menggunakan permainan bahasa untuk memulihkan murid seperti
pemutar lidah untuk kecekapan berbahasa

JENIS PERMAINAN BAHASA

MENDENGAR

 Mengecam dan meneka bunyi – bunyi tertentu seperti bunyi urutan


perlakuan sesuatu peristiwa dan bunyi alat – alat muzik yang berbeza – beza
 Mengecam dan meneka suara kawan
 Meneka sesuatu berdasarkan pernyataan yang diberikan

BERTUTUR

 Meneka frasa, ayat dan ungkapan


 Menyoal dan menjawab teka – teki
 Membisikkan pesanan
 Membina kalimat atau bercerita

MEMBACA

 Aktiviti membaca
- Tangga kesihatan
- Binaan perkataan
- Nombor dan perkataan
- Mencari harta karun
- Panjat tangga
- Bingo
- Posmen
- Tangga ayat
- Teka makna perkataan
- Melengkapkan kata

MENULIS

 Krisis
 Peristiwa dan akibat
 Piramid perkataan
 Memenuhkan huruf
 Melengkapkan kata
 Teka silang kata
 Persekitaran rumah
 Membina kata dari kata
 Ingatan kembali
 Biodata

5.0 BERCERITA

Salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian
perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

 Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Jika
cerita yang digunakan bertahap tinggi murid – murid tidak dapat memahami
cerita yang ingin disampaikan. Untuk murid – murid sekolah rendah, cerita
berbentuk pengajaran adalah sesuai dengan penggunaan tulisan bahsa yang
mudah. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Walaupun cerita yang bersesuaian tetapi perlu dipastikan mengikut
pelajaran yang ingin disampaikan.
 Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
 Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
 Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
 Guru bercerita dalam keadaan yang selesa untuk mengelakkan berasa takut
atau gementar bercerita.
 Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
 Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

You might also like