You are on page 1of 21

PSIT Portal

SOAL JAWAB Haji & Umrah


Contributed by Administrator
Friday, 15 December 2006

Jemaah wajib sempurna tawaf, bayar dam


? Apakah hukumnya orang yang sudah Tahallul kemudian teringat bahawa tawafnya tidak cukup tujuh keliling.
Tawaf itu tidak sah dan dia wajib mencukupkan tawafnya. Kemudian melakukan sai dan bercukur/bergunting rambut di
kepalanya dan wajib ke atasnya membayar dam. Dam menggunting rambut sebelum sempurna tawaf dan sai (Dam
Takhyir dan Taqdir)
? Adakah sah seorang jemaah haji mengerjakan umrah sekembalinya dari Mina, sedangkan beliau belum Tahallul Thani
lagi (belum selesai kerja haji).
Jemaah haji yang masih lagi belum selesai Tahallul Thani (belum selesai kerja haji) adalah dilarang mengerjakan umrah
(tidak sah umrahnya).
? Berapa jamkah sekurang-kurangnya seseorang itu mesti bermalam di Mina (Mabit di Mina) tiap-tiap malam hari Tasyrik.
Seseorang itu mesti bermalam di Mina (Mabit di Mina) sekurang-kurang masanya lebih daripada separuh malam.
Sekiranya jumlah masa daripada masuk matahari hingga terbit fajar 12 jam maka hendaklah dia berada di sana lebih
daripada enam jam. Pendapat Al Asah (kedua) dikira mabit dengan semata-mata berada di Mina ketika terbit fajar kedua
(subuh).
? Bolehkah bermalam di Mina itu diwakilkan kepada orang lain.
Tidak boleh.

Jemaah boleh cukur rambut orang lain


? APAKAH Hari Nahar.
Hari Nahar ialah hari 10 Zulhijah (Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban). Pada hari itu jemaah haji melontar Jamrah
Kubra.
? Pada 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Haji/Korban adakah kita disunatkan juga sembahyang raya atau tidak.
Sembahyang hari raya itu tetap juga sebagai ibadat sunat tetapi bagi jemaah haji tidak disunatkan berjemaah.
? Bilakah masa bagi melontar Jamrah Kubra.
Masa bagi melontar Jamrah Kubra ialah selepas masuk setengah malam yang

kedua, pada malam 10 Zulhijah iaitu malam Hari Raya Haji dan habis

masanya dengan masuk matahari pada 13 Zulhijah iaitu akhir hari Tasyrik.
? Apa hukumnya seseorang yang membuat Tahallul Awal dengan mengerjakan

tawaf dan bercukur tetapi terlewat membuat Tahallul Thani iaitu melontar

Jamrah Kubra hingga selepas terbenam matahari 13 Zulhijah.


Hukum hajinya sah. Sekiranya dia tidak melontar hingga selepas terbenam

matahari 13 Zulhijah, maka ia tidak wajib melontar tetapi dikenakan dam

tertib dan taqdir.


? Adakah seseorang itu boleh mencukur/menggunting rambut orang lain

sebelum dia mencukur/menggunting rambutnya sendiri.


Boleh, tetapi afdalnya dia bercukur/bergunting bagi dirinya terlebih

dulu sebelum dia mencukur/menggunting rambut orang lain.


? Apa hukum bertahallul dengan mencabut rambut saja dengan tidak

menggunakan gunting.
Hukumnya sah dengan syarat rambut yang dicabut itu tiada kurang

daripada tiga helai kerana hasil Tahallul dengan menanggalkan rambut itu

dengan apa caranya.

Tidak sah dahulukan sa'ie sebelum tawaf


? Apakah hukum melakukan sa'ie umrah dulu daripada tawaf kerana tidak tahu di mana tempat tawaf.
Jemaah haji melakukan sa'ie dulu daripada tawaf adalah tidak sah.
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

? Apakah makna hari Tarwiyah.


Hari Tarwiyah ialah hari kelapan Zulhijjah. Pada hari inilah jemaah haji biasanya bertolak ke Arafah untuk berwuquf.
? Seorang yang berniat haji Ifrad semasa berangkat ke Arafah, adakah

disunatkan ia mengulangi niat hajinya.


Tidak disunatkan mengulangi berniat ihram haji bahkan memadai dengan

niat yang dibuatnya semasa di miqat.


? Apakah yang dikatakan wuquf di Arafah?
Wuquf itu ialah berada di Arafah walau satu saat sekalipun. Waktunya

mulai dari masa gelincir matahari hari kesembilan Zulhijjah hingga terbit

fajar pagi hari ke-10 Zulhijjah.


? Sebutkan syarat berwuquf di Arafah.
Syarat berwuquf di Arafah adalah seperti berikut:

• Berihram dengan niat haji

• Seorang ahli bagi beribadat (tidak gila, pitam atau mabuk yang hilang akal sepanjang masa)

• Berada di Arafah walaupun seketika dalam waktu wuquf.


? Apakah hukum jemaah haji yang berada di Arafah kemudian meninggalkan

Arafah sebelum tenggelam matahari 9 Zulhijjah di atas sesuatu sebab.


Harus meninggalkan Arafah sebelum tenggelam matahari pada 9 Zulhijjah dan sah wuqufnya.
? Seorang jemaah haji tidak sedarkan diri ketika wuquf di Arafah,

tetapi selepas dibawa keluar dari Arafah tiba-tiba dia sedar, apakah

hukum hajinya.
Jemaah haji yang tidak sedar diri (pengsan) dan luput wuquf di Arafah

tidak ada haji baginya. Jemaah haji itu hendaklah Tahallul dengan amalan

umrah dan wajib qada pada tahun berikutnya dan dikenakan dam luput wuquf

(tertib dan taqdir).


? Apakah hukumnya jemaah haji yang luput mabit di Muzdalifah disebabkan

menunggu bas di Arafah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.


Luput bermalam (mabit) di Muzdalifah dengan sebab menunggu bas atau

kenderaan tidak dikenakan dam dan tidak berdosa kerana ia dikirakan uzur.
? Bolehkah batu lontaran itu dikutip lebih awal (sebelum 10 Zulhijjah)

sama ada di Muzdalifah atau Mina dan dibawa ke Makkah sebelum digunakan

untuk melontar jamrah.


Boleh tetapi ia menyalahi sunnah.
? Bolehkah membawa batu untuk melontar dari Malaysia dan adakah sah

lontaran menggunakan batu itu?


Hukumnya memang sah tetapi makruh.

Tawaf ifadah, sa'ie afdal elok disegerakan


? APAKAH hukum jemaah haji yang sengaja melewat-lewatkan tawaf ifadah dan sa'ie sehingga masuk Muharam tahun
baru?
Jemaah haji yang sengaja melewat-lewatkan tawaf ifadah dan sa'ie

sehingga masuk Muharam tahun baru hukumnya makruh tetapi yang afdalnya

hendaklah disegerakan.
? Apakah hukum jemaah haji yang sihat mengerjakan tawaf dengan
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

menggunakan usungan semata-mata kerana tidak mahu bersesak-sesak?


Jemaah haji yang sihat mengerjakan tawaf dengan menggunakan usungan

adalah sah tawafnya tetapi makruh.


? Orang yang jatuh sakit di Makkah dan ia dikatakan (uzur syarie)

sejauh manakah kedudukan itu yang ada kalanya boleh diupah dan ada

kalanya tidak boleh diupah?


Yang boleh diupah bagi orang yang uzur syarie hanya melontar, adapun

tawaf dan saie tidak sah diupah kepada orang lain. Sebaliknya seseorang

itu hendaklah mengerjakan sendiri, tetapi diharuskan mengupah orang lain

untuk menolaknya dengan kerusi roda.


? Jemaah haji yang uzur mengupah seorang untuk melakukan tawaf dan

sa'ienya tanpa orang yang mengupah itu ikut sama. Bagaimanakah pandangan

syarak berhubung perkara ini?


Tidak sah mengupah orang lain untuk mengerjakan tawaf dan sa'ie

sebaliknya seseorang itu hendaklah mengerjakan sendiri tetapi diharuskan

mengupah orang lain untuk menolaknya dengan menggunakan kerusi roda.


? Seorang perempuan telah berniat ihram haji Ifrad tetapi apabila

sampai ke Makkah didatangi haid. Bilakah ia boleh melakukan tawaf qudum?


Ia hendaklah menunggu hingga berhenti haidnya, kemudian mandi

mengangkat hadas. Selepas itu barulah boleh melakukan tawaf qudum.


? Adakah dikira sah jemaah haji yang uzur melakukan sa'ie dengan

menaiki kereta sorong yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi, tetapi

mereka disorong hanya sampai setakat penghabisan pagar perjalanan kereta

itu saja?
Ya, dikira sah kerana ia bersa'ie di kawasan yang termaklum (Batnul

Wadi). Selain itu, Kerajaan Saudi mengehadkan pangkal bukit Safa dan

Marwah ialah pada penghabisan pagar laluan kereta sorong itu, dan untuk

makluman pada tahun 1950-an dulu asal Bukit Safa dan Marwah itu (tapak

tangga) adalah lebih ke bawah lagi dan hukum menaiki hingga anak-anak

batu itu adalah sunat bagi lelaki saja, tidak bagi perempuan.
? Adakah sah saie, suami isteri yang sama-sama mengerjakan sa'ie dalam

keadaan suami menyorong dan isteri duduk di atas kereta yang disorong

kerana isteri uzur tidak dapat berjalan?


Hukumnya sah, dengan syarat suaminya mengqasadkan untuk sa'ie dan bukan

semata-mata menyorong.
? Adakah sah seseorang bersaie, selepas ia sa'ie tiga kali pusingan, ia

pun balik ke rumah sama ada uzur ataupun tidak, kemudian esoknya barulah

ia melakukan empat pusingan lagi?


Ya, sah kerana muwalat dalam sa'ie adalah sunat saja.
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

? Adakah kawasan sa'ie di tingkat atas itu masih bertapak di bukit

'Batnul Wadi' (tempat yang termaklum) dan adakah sah bersa'ie di kawasan

itu?
Ya, kawasan sa'ie di tingkat atas itu masih bertapak di "Batnul Wadi'

(tempat yang termaklum). Mengikut pendapat yang muktamad sah sa'ie di

kawasan itu dan walau di kawasan di tingkat langit ketujuh atau di bawah

tanah ketujuh sekalipun.


? Apakah hukum sa'ie seseorang yang bersa'ie kerana disangkanya sudah

mengerjakan tawaf dan ia bercukur dengan tidak tawaf?


Hukum sa'ienya tidak dikira sah dan ia dikenakan dam kerana bercukur

sebelum sampai masanya, dan ia hendaklah melakukan tawaf dulu kemudian

mengulangi saie dan bercukur. Damnya adalah takhyir dan taqdir.

Larangan sentuh kelambu Kaabah ketika tawaf


? YANG manakah lebih afdal sama ada membanyakkan tawaf sunat atau

membanyakkan sembahyang sunat.


Membanyakkan Tawaf Sunat adalah lebih afdal.
? Apakah hukum bertawaf di tingkat atas Masjidil Haram.
Hukumnya sah, dengan mengikut syarat tertentu dalam tawaf walaupun

tingkat atas itu lebih tinggi daripada Kaabah.


? Apakah hukum seseorang yang mengerjakan haji ifrad tetapi tidak

melakukan tawaf qudum.


Seseorang yang tidak mengerjakan tawaf qudum sah haji kerana tawaf

qudum itu sunat.


? Adakah wajib muwalat (berturut-turut) mengerjakan tawaf dan sai bagi

haji dan umrah.


Tidak wajib muwalat iaitu mengerjakan dengan berturut-turut antara

tawaf dan sai, harus selepas tawaf mengerjakan kerja lain dulu seperti

berehat di tempat kediaman dengan menjaga daripada larangan di dalam

ihram walaupun beberapa hari baru dikerjakan pula sai. Adalah lebih afdal

selepas selesai mengerjakan tawaf mengerjakan sai secara berturut-turut.


? Adakah sah tawaf tersentuh Hijir Ismail atau tersentuh kelambu Kaabah.
Tidak sah tawaf bagi mereka yang tersentuh Hijir Ismail atau kelambu

Kaabah kerana ia melanggar syarat sah mengerjakan tawaf. Mereka yang

tersentuh hendaklah mengulangi pusingan yang terbatal itu saja.


? Apakah hukum tawaf apabila seorang perempuan terbuka aurat di

bahagian tangan ketika tawaf.


Kalau disengajakan batal tawaf dan kalau tidak sengaja dan segera tutup

kembali, dimaafkan.
? Rasa ragu-ragu pada masa melafazkan niat tawaf, adakah sah tawaf.
Jika ragu-ragu kepada lafaz tidak menjejaskan akan tawaf tetapi jika

ragu-ragu kepada niat ia menjejaskan tawaf, yang wajib berniat seperti,


http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

tawaf nazar, sunat dan wada'. Adapun tawaf haji dan umrah tidak perlu

kepada niat.
? Adakah sah haji/umrah apabila seseorang tidak tawaf tetapi bersai dan

tahallul.
Seseorang yang tidak tawaf walaupun ia bersai dan tahallul maka haji

dan umrah tidak sah. Ia dikenakan dam takhyir dan taqdir kerana mengerat

rambut sebelum tiba masanya. Ia dikehendaki menyempurnakan tawaf

haji/umrah diikuti dengan sai dan tahallul.


? Seorang jemaah haji bersama anak yang berumur dua tahun sama-sama

mengerjakan haji. Bolehkah ia mendukung anak tersebut untuk tawaf

bersamanya.
Boleh jika jemaah haji hendak mengerjakan tawaf anak dulu, tetapi tidak

boleh tawaf untuk kedua-dua secara serentak (ayah, ibu dan anak).
? Adakah tawaf seseorang itu boleh dikerjakan oleh orang lain.
Tawaf seseorang tidak boleh dikerjakan oleh orang lain, kerana kerja haji yang boleh dikerjakan oleh orang lain hanya
melontar saja bagi mereka yang uzur syarii.

Guna ubat gigi, sabun mandi wangi harus selepas pakai ihram
? APAKAH hukum seseorang yang dalam ihram memakai songkok, baju atau menggunakan air wangi dengan terlupa
atau tidak sengaja.
Hukumnya ia tidak dikenakan dam dan tidak berdosa, tetapi hendaklah dia menanggalkan segera selepas ingat atau
diperingatkan.
? Adakah kain ihram lelaki boleh diikat dengan tali atau disemat dengan pin.
Kain ihram lelaki yang dipakai sebelah bawah yang wajib dipakai untuk menutup barang yang di antara pusat dan lutut
harus diikat dengan tali atau dibuat lubang, untuk dimasukkan kancing. Kain ihram yang dipakai sebelah atas sunat
dipakai untuk menutup seluruh tubuhnya tidak boleh diikat dengan tali atau disemat dengan pin.
? Jemaah haji lututnya lemah dan uzur sakit. Bolehkah dia memakai sarung lutut (knee guard) di dalam ihram untuk
melegakan sakit lututnya.
Boleh, tetapi dikenakan Dam Takhyir dan Takdir dan tidak berdosa.
? Apakah hukumnya seorang yang berihram menyeluk beg tangan atau uncang batu lontaran.
Tidak mengapa.
? Apa hukum kalau seseorang yang dalam ihram memotong kuku atau mencabut rambut atau bulu pada kepala atau
badannya dengan terlupa atau tidak sengaja.
Hukumnya tidak berdosa, tetapi dikenakan dam walaupun perbuatan itu dilakukan dalam keadaan lupa tidak sengaja
atau tidak diketahui akan haramnya.
? Apakah hukumnya seseorang yang berihram umrah, memakai pakaian biasa dengan tidak sengaja selepas tawaf
sebelum sai dan bercukur.
Tidak mengapa, jika dia tidak tahu (jahil) atau lupa, tetapi hendaklah menanggalkannya dengan segera, kalau tidak
dikenakan Dam Takhir dan Taqdir.
? Apakah hukumnya, seseorang yang dalam ihram mengucup Hajarul Aswad yang diketahui berlumuran dengan minyak
wangi.
Seorang yang berada dalam ihram mengucup Hajarul Aswad yang diketahui berlumuran dengan minyak wangi,
hukumnya haram dan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir.
? Bolehkah merokok dalam ihram dan apakah hukum menghisap paip yang diwangikan tembakaunya.
Menghisap rokok hukumnya makruh. Sama ada dalam ihram atau tidak, sebaik-baiknya tinggalkanlah menghisap rokok.
Ada pun menghisap paip atau rokok yang diwangikan tembakaunya dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir jika
disengajakan.
? Apakah hukum seseorang dalam ihram memakai ubat gigi minyak ubat dan sabun mandi yang ada berbau wangi.
Ubat gigi dan minyak ubat, hukumnya adalah harus walaupun jika ada berbau wangi kerana penggunaannya bukan
kerana berwangi-wangian. Begitu juga sabun mandi jika digunakan semata-mata dengan maksud membersih adalah
harus.
Fatwa diambil daripada Darul Ifta' Mesir, bermaksud: "Apa yang diharuskan bagi orang yang dalam ihram"
Sesudah berihram (niat ihram) harus mandi, menukar pakaian ihram, menggunakan sabun untuk membersih, sekalipun
yang ada wangi dan bagi perempuan membasuh rambutnya, mengurai dan menyikatnya.
? Apakah hukum membunuh binatang buruan yang halal dimakan pada masa berihram.
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

Haram membunuh binatang atau menghalau binatang buruan itu dari tempatnya. Dikenakan Dam Takhyir dan Ta'dil
sekiranya binatang itu binasa.
? Ketika ke masjid, seorang jemaah haji di dalam ihram umrah terpijak belalang hingga mati. Adakah ia dikenakan dam?
Belalang termasuk dalam kategori binatang buruan dan dikenakan dam mengikut nilai belalang yang mati.

Perempuan haid boleh niat ihram


? SEORANG perempuan dalam haid, bolehkah dia mandi sunat ihram.
Boleh, kerana disunatkan sedemikian.
? Adakah dibolehkan perempuan yang didatangi haid berniat ihram.
Haid, nifas atau berada di dalam junub tidak menghalang seseorang itu untuk berniat ihram sama ada bagi haji atau
umrah.
? Seorang jemaah haji wanita kedatangan haid sebelum Tahallul Umrah, bolehkah dia mengupah orang lain sebagai
gantinya untuk tawaf.
Tidak boleh mengupah orang lain dalam masalah ini kerana tawaf termasuk di dalam rukun umrah dan dia hendaklah
melaksanakan tawaf itu sendiri selepas suci daripada haidnya.
? Apakah hukumnya berniat ihram tidak menghadap kiblat.
Tidak mengapa, tetapi disunatkan berniat ihram dengan menghadap ke arah kiblat.
? Apa hukum bagi seorang yang berniat ihram sama ada haji atau umrah

setelah melampaui miqat


Niat haji atau umrah itu sah. Tetapi, dia dikenakan dam kerana meninggalkan miqat (tidak berniat ihram di miqat). Dam
Tertib dan Taqdir.
? Apakah hukumnya mengerjakan haji atau umrah dengan berniat ihram di Jeddah.
Jeddah bukan miqat tempat berniat. Berniat di miqat adalah satu daripada wajib haji dan umrah. Sesiapa yang
meninggalkan wajib haji dan umrah dia dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
? Jemaah haji sudah berada di Makkah kemudian membuat umrah tanpa keluar berniat di Miqat Makani, adakah sah
umrahnya?
Umrahnya sah tetapi berdosa jika sengaja dan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
? Saya mula berniat sai sebelum masuk pintu masjid, adakah ini sah atau wajib saya ulangi semula.
Sai itu sah kerana sai umrah dan haji tidak wajib berniat, niat padanya

adalah sunat saja.


? Bolehkah seseorang itu membatalkan niat ihramnya setelah berniat.
Tidak boleh membatalkan niat ihramnya.
? Jemaah haji hendak membuat Haji Tamattuk dari Madinah sengaja tidak mahu berniat umrah di Bir Ali kerana tidak
mahu menjaga pantang larang dalam perjalanan dan apabila sampai di Makkah barulah berniat Umrah dari Tanaim.
Apakah hukumnya.
Jemaah yang sengaja meninggalkan berniat ihram di miqat adalah haram dan berdosa serta dikenakan Dam Tertib dan
Taqdir. Hukum niat umrahnya adalah sah.
Jawapan disediakan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji
FAKTA

Pengertian dam
PENGERTIAN DAM dari segi bahasa ialah darah.

Dari segi takrif ialah menyembelih binatang dan penggantinya dam itu

daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang

mengerjakan haji dan umrah.


Sebab diwajibkan dam

• Melanggar pantang larang dalam ihram.

• Meninggalkan perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah.

• Mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran, menurut syaratnya.

• Berlaku ihsar bagi orang yang berniat ihram.

• Melanggar nazar ketika mengerjakan haji.

• Luput wukuf di Arafah.

http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52


PSIT Portal

• Meninggalkan tawaf Wada'.

Berniat di Bir Ali amalan Nabi Muhammad


? BAGAIMANA cara seseorang yang mengerjakan Haji Tamattuk boleh melakukan Tawaf Qudum.
Jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk boleh melakukan Tawaf Qudum apabila mereka selesai. Umrahnya mereka
keluar ke miqat untuk berniat haji dan selepas itu masuk balik ke Makkah dan di sini mereka disunatkan Tawaf Qudum.
? Seorang jemaah berihram umrah dalam bulan haji untuk orang lain, kemudian dia mengerjakan haji untuk dirinya
sendiri pada tahun sama dan berihram umrah selepas haji, adakah dikira Haji Ifrad.
Hajinya adalah Haji Tamattu' dan dia dikenakan Dam Tamattu'.
? Apakah pengertinya ihram dalam haji.
Ihram ertinya berniat mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya. Dengan niat berkenaan seseorang itu terlarang
daripada melakukan perkara larangan di dalam ihram.
? Apa yang wajib dibuat oleh orang yang hendak mengerjakan Haji Ifrad manakala sampai di miqat.
Wajib dia memakai ihram sekiranya belum memakainya dan berniat ihram haji.
? Apa yang wajib dibuat oleh orang yang hendak mengerjakan Haji Tamattu' manakala sampai di miqat.
Wajib dia memakai ihram sekiranya belum memakainya dan berniat ihram umrah.
? Apa yang wajib dibuat oleh orang yang hendak mengerjakan Haji Qiran apabila sampai di miqat.
Wajib dia memakai ihram sekiranya belum memakainya dan berniat ihram haji dan umrah bersekali/serentak.
? Bolehkah melafazkan niat beramai-ramai dengan diketuai oleh ketua

kumpulan.
Melafazkan niat beramai-ramai dengan diketuai oleh ketua kumpulan tidak salah, tetapi niat hendaklah ada di dalam hati
masing-masing.
? Bagi jemaah haji di Madinah, di manakah lebih afdal untuk berniat ihram di Rumah Zon atau Bir Ali.
Berniat ihram di Bir Ali lebih afdal daripada berniat ihram di Rumah Zon kerana mengikut amalan Rasulullah SAW.
? Jemaah haji lelaki sebelum Tahallul Umrah memakai kain sarung yang tidak disarungkan ketika mandi, adakah
dikenakan dam.
Hukum memakai kain sarung yang tidak disarungkan ketika mandi dibolehkan walaupun ia masih dalam ihram.
? Adakah pakaian ihram berwarna putih itu sunat untuk kedua-dua lelaki dan wanita atau sunat untuk lelaki saja. Ia
kerana dilihat ramai jemaah haji wanita dari negara Asia Barat memakai pakaian berwarna hitam.
Sunat memakai pakaian ihram berwarna putih untuk lelaki mahupun perempuan.
? Ketika di dalam ihram haji, jemaah perempuan bermimpi bersama suami sehingga keluar air mani. Bagaimana hajinya.
Bermimpi tiada menjejaskan hajinya. Dia wajib mandi mengangkat hadas besar kerana keluar air mani. Dia tidak
dikenakan dam.
? Jemaah Haji Tamattu' setelah wukuf bermalam di Muzdalifah, Mina dan melontar jamrah balik ke Makkah Nafar Thani.
Selepas solat Isyak tertidur. Dalam tidur dia bermimpi bersetubuh dan keluar mani. Bangun tidur didapati ada kesan air
mani di pakaiannya. Dia pun mandi hadas besar, kemudian ke masjid lalu tawaf serta sai diikuti solat Subuh. Apakah
hukum hajinya.
Hajinya sah. Dia tidak dikenakan dam kerana hanya mimpi bersetubuh walaupun keluar air mani.
? Jemaah memakai kasut di kaki yang sihat dalam masa ihram kerana hendak mengimbangkan kasut yang dipakai di
kaki palsu. Apakah kasut ihramnya.
Jemaah haji memakai kasut di kaki yang sihat atas tujuan mengimbangkan kasut yang dipakai pada kaki palsunya
adalah harus berbuat demikian tetapi dikenakan dam dan ia tidak berdosa.
? Apakah hukumnya memakai semula kain ihram yang ada bau-bauan pada masa ihram.
Memakai semula kain ihram yang ada bau-bauan di dalam masa ihram hukumnya haram dan dikenakan dam.
? Berapa lamakah masa yang dibolehkan memakai pakaian ihram selepas

mandi sunat ihram.


Jemaah haji disunatkan mandi sunat ihram iaitu yang disertai selepasnya memakai pakaian ihram kerana mandi untuk
membersihkan badan. Bagaimanapun, sekiranya jarak masa mandi dengan memakai pakaian ihram itu tidak begitu lama
kira-kira tidak menjejaskan keadaan kebersihan badan, maka dibolehkan.

Lima syarat dikenakan dam bagi tamattu'


? MENGAPA orang yang mengerjakan haji tamattu' dikenakan dam.
Orang yang mengerjakan haji tamattu' dikenakan dam kerana beliau mengerjakan umrah dan haji dalam bulan haji pada
tahun sama. Dikatakan juga kerana ia bertamattu' (bersedap-sedap dengan menanggalkan ihram selepas berihram)
dalam bulan haji dan tidak keluar ke miqatnya atau ke suatu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya dua marhalah
dari Tanah Haram itu untuk berniat ihram haji.
? Apakah syarat dikenakan dam bagi orang yang mengerjakan haji tamattu'.
Syarat seseorang dikenakan dam adalah seperti berikut:

• Jemaah bukan daripada penduduk Makkah

http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52


PSIT Portal

• Tinggal di tempat yang jauhnya dua marhalah atau lebih dari Tanah

Haram.

• Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji pada tahun yang sama.

• Tidak berniat ihram haji miqat bagi penduduk negerinya atau bagi

penduduk dari arah mana dia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan

haji.

• Tidak berniat ihram haji dari tempat yang jaraknya dua marhalah atau

lebih dari Tanah Haram.


? Sesetengah orang berkata ada antara orang yang mengerjakan haji

tamattu' tidak dikenakan dam, adakah ini benar dan bagaimana.


Benar, ada di antara orang yang mengerjakan haji tamattu' tidak

dikenakan dam sekiranya ia mempunyai salah satu dari lima keadaan berikut:

• Dia adalah penduduk Tanah Haram.

• Dia tinggal di tempat yang jauhnya tidak sampai dua marhalah dari

Tanah Haram (91 kilometer atau 56 batu).

• Dia keluar pada miqat untuk berniat ihram haji.

• Dia keluar kepada dua marhalah dari Tanah Haram atau lebih untuk

berniat haji di sana, kemudian baru masuk ke Makkah untuk mengerjakan

haji.

• Dia mengerjakan umrah bukan di dalam bulan haji.


? Bilakah masa sesuai melaksanakan dam tamattu'.
Dam tamattu' itu boleh dilaksanakan pada bila-bila masa selepas tahallul umrah. Yang afdalnya pada hari nahar (hari
raya haji). Tidak harus dilakukan sebelum tahallul daripada umrah dan hendaklah penyembelihan itu dilakukan di Tanah
Haram.
? Mengapa orang yang mengerjakan haji qiran dikenakan dam.
Sebabnya ialah ia mendapat keuntungan dan kesenangan dari segi amalan. Haji dan umrah hanya dikerjakan dengan
sekali serentak iaitu dengan tawaf yang satu, sa'ie yang satu, bercukur atau bergunting yang satu dan juga miqatnya
pun satu.
? Apakah pula syarat dikenakan dam bagi orang mengerjakan haji qiran.
Syarat-syaratnya seperti berikut:

• Ia bukan penduduk Tanah Haram

• Ia tinggal di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram

• Ia tidak kembali ke miqatnya atau ke tempat yang jaraknya dua

marhalah atau lebih dari Tanah Haram kerana berniat ihram haji.
? Apakah sebab-sebab bagi orang yang mengerjakan haji qiran tidak

dikenakan dam.
Ada orang yang mengerjakan haji qiran tidak dikenakan dam jika ada salah satu dari keadaan seperti berikut:

• Dia adalah penduduk Tanah Haram

• Tempat tinggalnya tidak sampai dua marhalah dari Tanah Haram (91 kilometer atau 56 batu)

• Dia kembali ke miqatnya atau ke tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram kerana berniat ihram
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

haji (mereka yang memasukkan haji berserta umrahnya).

Sunat jika suami isteri bersama ke Tanah Suci


? APAKAH persediaan untuk menunaikan fardu haji. Adakah wang perbelanjaan yang cukup menjadi matlamat
terpenting dengan tidak mengambil perhatian terhadap perkara lain seperti sembahyang serta wajib, rukun dan cara
mengerjakan haji dan perkara lain yang ada hubungan dengannya.
Selain wang perbelanjaan mengerjakan haji, kesihatan dan bekalan yang

cukup, bakal jemaah mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan

mengenai cara hendak mengerjakan ibadat haji itu daripada rukun, wajib,

sunat, sah, batal, haram dan sebagainya.


Sahibuzzubad berkata maksudnya: " Sesiapa yang membuat amalan tanpa

ilmu pengetahuan yang betul maka segala amalannya ditolak dan tidak

diterima."
? Adakah wang perbelanjaan menunaikan ibadat haji seseorang isteri

wajib ditanggung oleh suami.


Wang perbelanjaan naik haji seseorang isteri tidak wajib ditanggung

oleh suami kerana ia tidak termasuk dalam nafkah yang wajib atas suami

terhadap isteri. Bagaimanapun, sunat seorang suami mengerjakan haji

bersama isterinya.
? Terangkan dengan jelasnya apa maksud:

(i) Rukun haji

(ii) Wajib haji


Adakah menjadi kesalahan kepada jemaah haji sekiranya meninggalkan

salah satu daripada perkara itu dan andainya berlaku yang demikian itu

sama ada secara sedar atau tidak adakah sah hajinya.


Rukun haji ialah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang

yang mengerjakan haji sekiranya salah satu daripada rukun haji itu tidak

dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat hajinya tidak sah.
Wajib haji ialah perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika

mengerjakan ibadat itu. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara

wajib haji, maka hajinya sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa

jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.


? Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah.
Cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga iaitu cara Ifrad, Tamattuk dan

Qiran.
? Apa perbezaan di antara ketiga-tiga cara itu.
Mengerjakan haji cara Ifrad ialah dengan berniat mengerjakan haji dulu

dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah.


Mengerjakan haji cara Tamattuk ialah dengan berniat mengerjakan umrah

terlebih dulu kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga.


Mengerjakan haji cara Qiran ialah dengan berniat mengerjakan haji dan

umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja atau
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

berniat mengerjakan umrah saja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan

haji.
Mengerjakan haji cara Ifrad tidak dikenakan dam. Sementara, mengerjakan

haji cara Tamattuk dan Qiran dikenakan dam dengan syarat tertentu.
? Haji yang manakah terlebih afdal (baik) di antara haji Ifrad,

Tamattuk dan Qiran.


Mengikut Imam Syafie, haji Ifrad adalah lebih afdal sekiranya umrah

dikerjakan selepas haji pada tahun itu juga, kemudian Tamattuk dan Qiran.
? Untuk mengerjakan haji Ifrad adakah seorang itu mesti pernah

menunaikan fardu haji.


Tidak
? Seorang membuat umrah dalam bulan haji kemudian dia keluar semula ke

miqat untuk berihram haji seperti ke Bir Ali di Madinah. Adakah haji cara

ini dikatakan haji Ifrad atau Tamattuk dan adakah diwajibkan dia membayar

dam.
Cara ini dinamakan haji Tamattuk tetapi tidak wajib di atasnya membayar

dam kerana dia berniat ihram di miqat.

Haji badal perlu dapat keizinan


? ADAKAH sah haji badal orang yang diupah hajinya ketika berniat

disebutkan nama saja tanpa binnya?


Sah hajinya selagi diniatkan haji itu untuk orang yang ditentukan.
Adakah disyaratkan izin untuk mengerjakan ibadat haji bagi ibu bapa

uzur yang tiada harapan sembuh atau tua yang tidak berdaya atau meninggal

dunia?
Masalah izin untuk mengerjakan haji bagi ibu bapa adalah seperti

berikut:

1. Jika ibu bapa uzur yang tiada harapan sembuh atau tua yang tiada

berupaya bagi mengerjakan haji maka disyaratkan izinnya.

2. Jika ibu bapa itu meninggal dunia dan sudah mengerjakan haji fardu,

disyaratkan wasiatnya mengikut pendapat yang Al-Asah (yang kuat).

3. Jika ibu bapa itu sudah meninggal dunia dan belum mengerjakan haji

fardu, tiada disyaratkan izinnya.

Rujuk: Al Majmu' juzuk 7 muka surat 112 dan 113 Manasikul Haj muka

surat 109
? Seorang anak hendak membuat haji badal bapanya yang lumpuh dan tiada

harapan sembuh. Wajibkah dia meminta izin bapanya terlebih dulu?


Ya, wajib dia mendapatkan izin bapanya terlebih dulu.
? Bolehkah seorang bapa ibu tolong mengerjakan umrah anaknya yang

sedang sakit di hospital dan dia berniat ihram haji tamattu'?


http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

Tidak boleh. Dia dikehendaki menyempurnakan sendiri tawaf umrah dan

saie dengan menggunakan usungan atau kereta sorong atau menunggu

keadaannya sihat, atau boleh juga dia berniat haji Qiran apabila hendak

ke Arafah kalau belum tawaf umrahnya.


? Di atas nama siapa dam upah haji dilaksanakan? Adakah dinamakan

dengan nama orang mengupah atau mengambil upah?


Bayaran dam dibuat atas nama orang yang mengambil upah (orang yang

mengerjakannya).
? Apakah hukum dan perbezaan membayar upah haji melalui cek atau kad

kredit?
Diharuskan membayar upah haji dengan cek atau kad kredit dengan

keredaan kedua-dua belah pihak.


? Apakah hukum seorang yang berniat ihram haji bagi dirinya dan sebelum

mengerjakan rukun haji yang lain, beliau mengubah pula niatnya kepada

mengerjakan haji untuk orang lain sebagai badal haji?


Tidak boleh kerana dia berniat ihram untuk dirinya.
? Seorang jemaah haji berniat haji di dalam bas sebelum bertolak ke

Arafah, kemudian teringat dia diamanahkan mengerjakan haji untuk orang

lain lalu dia pun berniat sekali lagi untuk orang yang dihajikannya itu.

Adakah sah haji badal itu?


Apabila seseorang itu berniat ihram haji untuk dirinya, maka dia tidak

dibolehkan lagi berniat ihram haji untuk orang lain. Jika dilakukan tidak

sah haji badal itu, bahkan haji yang dikerjakannya itu adalah untuk

dirinya.
? Adakah perlu bagi orang yang mengambil upah haji berniat mandi sunat

ihram khusus untuk pengupah haji?


Orang yang mengambil upah haji tidak perlu berniat mandi sunat ihram

khusus untuk pengupah haji.


? Adakah boleh seseorang itu mengerjakan upah haji lebih daripada

seorang?
Mengerjakan haji dibolehkan untuk seorang saja bagi satu musim haji.

Menerima upah haji lebih daripada seorang untuk diserahkan kepada orang

lain bagi melaksanakannya diharuskan.


? Adakah wajib seseorang yang sudah sembuh daripada sakit lumpuh

mengerjakan haji sedangkan ketika sakitnya ia mengupah orang lain

mengerjakan haji untuknya?


Jemaah haji yang mengupah hajinya pada waktu lumpuh, wajib mengerjakan

semula haji jika berkemampuan.


? Adakah dibolehkan seseorang yang sudah mengerjakan haji ketika belum

baligh mengerjakan haji untuk orang lain selepas dia baligh?


Tidak boleh kerana dia belum menunaikan haji fardu bagi dirinya.
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

Anak boleh kerjakan haji untuk ibu bapa


? SESEORANG meninggal dunia sebelum mengerjakan haji sedangkan pada masa

hayatnya ia berkuasa, adakah wajib dilakukan haji daripada hartanya?


Wajib dihajikan daripada hartanya sebelum dibahagikan kepada waris sama

ada ia berwasiat atau tiada.


? Bolehkah diwakilkan haji bagi seseorang yang sudah meninggal dunia?

Apakah dalilnya?
Boleh. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah, beliau

berkata: "Sudah datang seorang perempuan kepada Nabi dan berkata:

Sesungguhnya ibu hamba meninggal dunia pada hal dia tidak mengerjakan

haji lagi. Adakah hamba menghajikan untuknya? Sabda Rasulullah: "Ya,

hajikanlah untuknya."
? Apakah syarat bagi orang yang menerima wakil untuk mengerjakan haji

orang lain yang diwakilnya?


Syaratnya seperti berikut:
1. Orang yang menerima wakil itu sudah menunaikan fardu haji bagi

dirinya sendiri dengan sempurna.


2. Hendaklah penerima wakil itu melakukan haji itu untuk seorang saja

bagi satu-satu musim haji.


3. Ia hendaklah berihram di miqat orang yang hendak dihajikannya atau

pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan miqatnya

untuk berihram hendaklah ia berihram pada miqat yang ditentukan itu.


Jika tidak ditentukan mana-mana miqat maka harus bagi orang yang

mengambil upah haji itu berihram pada mana-mana miqat yang dilaluinya.
Bagi penduduk Makkah, sama ada bermastautin atau bermukim yang

mengambil upah haji, wajib ia keluar ke miqat orang yang dihajikannya

atau boleh juga di mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya.


Jika ia berihram pada miqatnya di Makkah nescaya ia berdosa dan wajib

ia membayar dam. Inilah qaul yang muktamad di sisi Sheikh Ibni Hajar dan

Sheikh Ramli.
Pendapat Al-Jamal at Tabari adalah diharuskan orang Makkah itu berihram

di Makkah dengan tiada dikenakan dam dan tidak dikurangkan upahnya.


4. Ia hendaklah seorang yang cukup keahlian bagi mengerjakan ibadat

haji itu dengan sempurnanya.


? Bagaimana seseorang yang uzur kerana sakit yang tiada harapan sembuh

atau terlalu tua hendak mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan

haji bagi dirinya?


Caranya adalah seperti berikut:
1. Hendaklah ia mendapatkan seseorang yang cukup syarat bagi menerima

wakil mengerjakan haji untuknya.


2. Mewakilkan kepada orang itu untuk mengerjakan haji bagi dirinya
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

dengan ijab dan kabul seperti berikut: "Aku mewakilkan akan dikau untuk

mengerjakan fardu haji bagi diriku."


Jawab penerima wakil: "Aku terima wakil untuk mengerjakan fardu haji

bagi dirimu", yang lebih baik dilakukan lafaz ijab dan kabul ini dengan

cara ju'alah seperti ia berkata: "Aku meletakkan tanggungan di atas

zimmahmu bagi menghasilkan haji diriku." Jawab penerima: "Aku terima."


3. Mewakilkan orang lain untuk mengerjakan haji itu boleh dilakukan

dengan upah yang dipersetujui oleh si penerima wakil atau dengan secara

sukarela.
? Seorang perempuan yang mengalami kecederaan tulang belakang (beliau

sudah menjalani pembedahan) mengupah seorang (ustaz) untuk menghajikannya

pada 1417 Hijrah) sedangkan beliau boleh berjalan walaupun tidak berapa

kuat kerana ustaz itu memberitahunya boleh menghajikan orang yang masih

hidup dengan syarat ia mengidap penyakit. Oleh kerana perkara ini telah

berlaku, adakah sah haji badalnya?


Tidak sah haji badalnya itu, kerana ia bukan dalam sakit yang putus asa

daripada baik dan ia masih mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji

bagi pihak dirinya.

Wanita tunai haji bersama suami elak timbul fitnah


? TERANGKAN permasalahan mahram dalam ibadat haji bagi bakal haji wanita

Malaysia.
Hukum wanita yang akan belayar menunaikan haji bersama mahram adalah

seperti berikut:
1. Wajib seseorang wanita itu menunaikan haji bersama suami atau

mahramnya.
2. Jika tiada suami atau mahram, boleh pergi bersama dua perempuan yang

thiqah (yang dipercayai amanah dan taat). Memadai juga dengan seorang

perempuan yang thiqah.


3. Harus dia pergi seorang diri sekiranya diyakini keadaan dirinya

dalam pelayaran/perjalanan selama menunaikan haji itu aman dan selamat.


Memandangkan keadaan sekarang, bagi seseorang bakal haji wanita

Malaysia itu seboleh-bolehnya pergi bersama suami atau mahramnya saja

(tidak selainnya) untuk menjauh atau mengelakkan dirinya daripada fitnah

dan kesusahan.
? Seorang perempuan mengerjakan haji sunat (mengikut qaul yang asah)

wajib ditemani oleh mahramnya. Adakah boleh sekiranya mahramnya ini belum

mumaiyiz atau sudah mumaiyiz, tetapi baru berumur lima atau enam tahun.
Tidak harus ditemani mahram kanak-kanak yang belum mumaiyiz, tetapi
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

boleh dengan syarat remaja yang boleh menjaga keamanan diri dan

keluarganya.
? Seseorang meninggal dunia sebelum mengerjakan haji, sedangkan pada

masa hayatnya dia berkuasa, adakah wajib dihajikan daripada hartanya.


Wajib dihajikan daripada hartanya sebelum dibahagikannya kepada waris

sama ada dia berwasiat atau tiada.


? Bolehkah diwakilkan haji bagi seseorang yang sudah meninggal dunia.

Apakah dalilnya.
Ya, boleh. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah,

dia berkata bermaksud: "Telah datang seorang perempuan kepada Nabi SAW

dan berkata: Sesungguhnya ibu hamba sudah meninggal dunia, pada hal dia

tidak mengerjakan haji lagi. Adakah hamba menghajikan untuknya? Sabda

Rasulullah SAW: "Ya, hajikanlah untuknya."


? Apakah syarat bagi orang yang menerima wakil untuk mengerjakan haji

orang lain yang diwakilinya.


Syaratnya:
1. Orang yang menerima wakil itu sudah menunaikan haji bagi dirinya

sendiri dengan sempurna.


2. Hendaklah penerima wakil itu melakukan haji itu untuk seorang saja

bagi satu-satu musim haji.


3. Dia hendaklah berihram di miqat orang yang hendak dihajikannya atau

pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan miqatnya

untuk berihram hendaklah dia berihram pada miqat yang ditentukan itu.
Jika tidak ditentukan mana-mana miqat, maka harus bagi orang yang

mengambil upah haji itu berihram pada mana-mana miqat yang dilaluinya.

Bagi penduduk Makkah, sama ada bermastautin atau bermukim, wajib dia

keluar ke miqat orang yang dihajikannya atau mana-mana miqat yang lebih

hampir kepadanya. Jika dia berihram pada miqatnya di Makkah nescaya dia

berdosa dan wajib dia membayar dam. Inilah qaul yang muktamad di sisi

Sheikh Ibni Hajar dan Sheikh Ramli. Pendapat Al-Jamal at Tabari adalah

diharuskan orang Makkah itu berihram di Makkah dengan tiada dikenakan dam

dan tidak dikurangkan upahnya.


4. Dia hendaklah seorang yang cukup keahlian bagi mengerjakan ibadat

haji itu dengan sempurna.


? Seseorang itu sudah menunaikan umrah, tetapi belum menunaikan haji,

adakah dibolehkan dia menunaikan umrah untuk orang lain.


Boleh menunaikan umrah untuk orang lain. (Rujuk Kitab Al-Umm edisi lama, juzuk 3 muka 109).

Dilarang tunai haji ketika edah suami mati


? ADAKAH wajib seseorang perempuan menunaikan fardu haji dengan seorang
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

diri saja.
Tidak, dia disyaratkan pergi bersama-sama suami atau mahramnya atau

perempuan yang "thiqah" iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua

orang dan dia tidak berada di dalam edah.


Tetapi, harus baginya pergi dengan seorang perempuan thiqah atau

seorang diri sekiranya yakin terjamin keselamatan dirinya.


? Adakah perempuan mesti meminta izin daripada suaminya untuk

menunaikan haji.
Dia dikehendaki meminta izin daripada suaminya, jika tidak diizinkan

boleh juga pergi dan sah hajinya, tetapi berdosa kerana melanggar izin

suami.
Sebaik-baiknya suami tidak melarang isterinya daripada menunaikan

hajinya.
? Sepasang suami isteri bercadang mengerjakan haji bersama-sama, tetapi

suami hendak ihram Tamattu' manakala isteri ihram Ifrad. Adakah wajib

isteri meminta izin daripada suami sebelum ihram.


Ya, wajib.
? Adakah isteri perlu meminta izin suaminya yang pergi bersama-sama

sekiranya beliau hendak berihram secara bersyarat.


Tidak perlu.
? Seorang perempuan diizinkan suaminya pergi menunaikan haji, tetapi

sebelum pergi, suaminya meninggal dunia. Adakah beliau boleh pergi

menunaikan haji dalam masa edah mati itu.


Tidak boleh. Ini kerana perempuan yang masih dalam edah kematian suami

tidak dibenarkan oleh syarak meninggalkan rumah.


? Seorang perempuan yang masih di dalam edah talak raj'e, adakah

diwajibkan meminta izin daripada bekas suaminya untuk menunaikan haji.


Ya, wajib meminta izin.
? Apakah hukum jemaah haji perempuan menunaikan haji sunat yang

ditemani oleh perempuan thiqat.


Tidak diharuskan bagi orang perempuan menunaikan haji sunat bersama

dengan teman-teman perempuan yang thiqat, tetapi yang dibolehkannya

adalah bagi haji yang wajib saja mengikut qaul yang asah. Mengikut qaul:

(Rujukan: Tuhfatul Muhaj, Juzuk 4 m/s 25. Al Fiqh `Alal Mazahib Al

Arba'ah Juzuk 1 m/s 636 dan manasikul Haj m/s 103)


Maqabilul Asah, harus bagi seorang perempuan menunaikan haji sunat/

umrah sunat tanpa mahram dengan syarat:


1. Memastikan tidak ada fitnah dan keselamatan diri terjamin ketika

dalam perjalanan haji atau umrahnya.


2. Jika dia bernazar mengerjakan haji secara tabarrur dan hendaklah

nazar itu bukan alasan yan diada-adakan untuk menunaikan haji.


Bagaimanapun, mengikut satu wajah yang diaf adalah diharuskan.
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

(Rujuk : Al-Majmuk juzuk 6 muka 65)


? Apakah hukum seorang isteri yang kematian suaminya dalam masa

perjalanan bersama menuju ke Makkah. Bolehkah dia terus ke Makkah untuk

mengerjakan hajinya.
Jemaah haji yang kematian suaminya dalam perjalanan ke Makkah adalah

harus baginya meneruskan ke Makkah untuk menunaikan hajinya.


Jika dia tidak berupaya untuk berpatah balik, tetapi jika dapat

berpatah balik maka wajib di atasnya balik semula.


(Rujukan: Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Ibadat haji (TH Pusat Islam)

1/1422 hijrah bersamaan 16 April 2001.


Setiap bakal jemaah perlu peka dengan peraturan dan larangan sebelum ke

tanah suci, agar ibadat mencapai kesempunaan.

Halal haram sumber kewangan pergi haji


? ADAKAH wajib haji di atas orang yang ada mempunyai rumah lebih daripada secukupnya (hajatnya), tetapi dia tidak
ada wang untuk perbelanjaan haji.
Mengikut Mazhab Syafie orang yang sedemikian wajib ke atasnya

mengerjakan haji. Dia wajib menjual rumah yang lebih daripada hajatnya

untuk perbelanjaan menunaikan fardu hajinya.


? Saya mempunyai dua rumah, sebuah untuk kediaman saya dan sebuah lagi

disewakan. Oleh kerana tidak mempunyai wang simpanan, saya cagarkan rumah

sewa saya sejumlah RM60,000. Sebanyak RM20,000 saya gunakan untuk

menunaikan fardu haji dan baki RM40,000 saya bayar balik kepada bank,

baki yang lain saya bayar secara ansur melalui wang sewa rumah itu.

Adakah diharuskan saya pergi haji secara begini.


Jika berhutang atau wang cagaran itu yang berkait dengan syarat riba

atau bunga adalah haram dan pemergian hajinya adalah dengan saluran

haram.
? Bagaimanakah pula kalau seseorang itu ada mempunyai perniagaan. Adakah wajib ia membelanjakan wang
perniagaannya untuk haji?
Mengikut qaul Imam Syafie yang kuat, wajib dia mengeluarkan

perbelanjaan hajinya daripada wang perniagaannya, sekalipun langkah itu

menghabisi modal perniagaannya.


Mengikut satu qaul yang lain tidak wajib yang demikian itu supaya tidak

jatuh kepada kemiskinan.


? Bagaimana jika seseorang yang ada wang yang mencukupi untuk

perbelanjaan haji, tetapi dia juga ingin berkahwin.


Jika keinginan kahwinnya itu telah meningkat sekira-kira kalau dia

tidak berkahwin boleh sampai melakukan zina, maka hendaklah dia

mendahulukan kahwin daripada haji. Sebaliknya, jika keadaan tidak

sedemikian, maka haji hendaklah didahulukan.


http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

? Apa hukum menunaikan haji dengan wang haram.


Sah hajinya dengan wang yang haram tetapi berdosa. Pendapat Imam Ahmad

pula tidak sah berdasarkan hadis bermaksud: "Bahawa Allah itu baik

(bersih) tidak menerima melainkan yang baik (bersih)."


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda

bermaksud: "Jika seseorang keluar untuk menunaikan fardu haji dengan

nafkah yang baik (halal) dan ketika meletakkan kakinya pada tali sandang

(tempat berpijak untuk menaiki tunggangan atau kenderaan) maka menyerulah

ia.
Maka disambut oleh yang menyeru dari langit. Maksudnya : "Seruan kamu

diterima dan bahagialah kamu, bekalan kamu itu halal, kenderaan atau

tunggangan kamu halal dan haji kamu haji Mabrur (tidak ditolak)."
Sebaliknya, jika seseorang keluar menunaikan haji dengan perbelanjaan

yang haram dan kotor dan meletakkan kakinya di tali sandang untuk naik ke

atas tunggangan atau kenderaannya, manakala dia bertalbiah, maka disambut

oleh yang menyeru dari langit.


Maksudnya: "Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan bagi

kamu, bekalan kamu haram, perbelanjaan kamu haram, haji kamu ditolak,

tidak ada pahala dan tidak ada ganjaran bagimu."


? Adakah sah haji seseorang yang menggunakan wang pampasan insurans.
Menggunakan wang pampasan insurans untuk menunaikan haji adalah sah

hajinya.
? Apakah hukum hajinya dengan menggunakan wang daripada keuntungan

pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN).


Jemaah haji yang menggunakan wang daripada keuntungan pelaburan ASN sah

hajinya.

Tidak boleh berhutang untuk pergi Haji


? APA erti berkuasa dalam ibadat haji.
Berkuasa bererti berupaya menunaikan fardu haji sama ada dengan

sendirinya atau dengan pertolongan orang lain.


? Apa erti berkuasa dengan sendirinya.
Berkuasa dengan sendirinya bererti:

• Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan yang
ditinggalkan.

• Mampu mendapatkan kenderaan untuk pergi dan balik.

• Aman perjalanan bagi diri dan harta daripada musuh dan penyakit.

• Sihat tubuh badan.

• Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan Umrah.


? Apa erti berkuasa dengan pertolongan orang lain.
Berkuasa dengan pertolongan orang lain ertinya seseorang itu cukup

http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52


PSIT Portal

semua syarat untuk mengerjakan ibadat haji, tetapi dia uzur kerana sakit

yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua.


Maka, beliau boleh mewakilkan kepada orang lain untuk menunaikan fardu

haji bagi pihak dirinya.


? Adakah orang buta wajib ke atasnya menunaikan fardu haji sekiranya

tiada orang yang membantunya.


Tidak wajib orang buta menunaikan fardu haji kecuali ada pembimbing dan

dia berkuasa membayar perkhidmatannya.


? Adakah tertunai Rukun Islam kelima bagi seorang yang belum mampu

menunaikan haji, tetapi dengan pertolongan anak-anaknya beliau dapat

menunaikan fardu haji.


Bakal haji yang dapat menunaikan fardu haji dengan bantuan

kewangan/pertolongan daripada anaknya, hajinya sah dan tertunai Rukun

Islam yang kelima.


? Adakah wajib bagi seorang yang telah cukup syarat menunaikan fardu

haji tetapi dia masih mempunyai hutang.


Dia hendaklah membayar hutangnya terlebih dulu, jika baki wangnya tidak

mencukupi untuk dia menunaikan fardu haji maka tidak wajib baginya

menunaikannya.
? Seseorang membayar hutang melalui pendapatan bulanan secara

beransur-ansur. Dia telah mempunyai perbelanjaan yang cukup baginya untuk

menunaikan fardu haji. Adakah dia wajib mengerjakan haji, sedangkan

hutangnya masih berbaki hingga dia selesai mengerjakan haji.


Orang itu wajib mengerjakan haji sekiranya jumlah perbelanjaan atau

harta (selain harta yang menjadi keperluan asasi) yang terkumpul pada

satu-satu musim haji telah mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan fardu

itu.
Hajinya termasuk perbelanjaan orang dalam tanggungannya yang

ditinggalkan.
Sementara hutangnya dibayar beransur-ansur seperti yang dipersetujui di

antaranya dan pihak yang dihutanginya.


? Bolehkah berhutang untuk menunaikan fardu haji.
Tidak boleh berhutang untuk menunaikan fardu haji. Ini berdasarkan

hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Auf

dia berkata maksudnya: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW dalam masalah

seorang yang belum mengerjakan haji, adakah dia boleh berhutang untuk

menunaikan hajinya." Jawab Rasulullah SAW: "Tidak"


? Adakah dibolehkan seorang yang memberi hutang menghalang orang yang

berhutang daripada menunaikan fardu haji melalui Mahkamah Sivil atau

Mahkamah Syariah kerana orang yang berhutang itu sentiasa berdolak-dalik


http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

untuk menjelaskan hutangnya pada hal ia mampu.


Boleh, kerana si pemberi hutang berhak menuntut hutangnya.

Mumaiyiz tetap wajib haji selepas baligh


? Apakah perbezaan di antara dua haji dan umrah.
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al Haram dalam bulan haji

kerana mengerjakan tawaf, sai dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat

serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.


Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al Haram pada bila-bila

masa kerana mengerjakan tawaf dan sai dengan menurut syarat serta

menunaikan segala rukun dan wajibnya.


Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan

dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.

Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi

orang yang dalam ihram dengan haji. Umrah, tidak ada wuquf, mabit di

Muzdalifah, di Mina dan melontar jamrah.


? Apakah hukum mengerjakan haji dan umrah.
Haji dan umrah kedua-duanya adalah wajib di dalam seumur hidup sekali

saja. Sunat dikerjakan berulang-ulang kali.


? Ke atas siapakah haji dan umrah itu difardukan.
Haji dan umrah difardukan ke atas setiap orang Islam yang baligh,

berakal, merdeka (bukan hamba) dan berkuasa sama ada lelaki atau

perempuan.
? Apakah hukum haji kanak-kanak belum baligh.
Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan haji. Jika

kanak-kanak yang mumaiyiz (yang tahu membezakan di antara kotor dan

bersih), tahu kerja haji dan membuatnya sendiri, maka hajinya sah tetapi

tidak menggugurkan fardu haji dirinya. Ia boleh berniat haji bagi dirinya

dengan syarat diizin oleh bapa atau walinya.


Jika kanak-kanak itu belum mumaiyiz dan ada bersama-sama bapa atau

walinya, maka bapa atau walinyalah yang meniatkan dan melakukan kerja

haji bagi kanak-kanak itu.


? Bagaimana bapa atau wali berniat dan melakukan haji bagi kanak-kanak

belum mumaiyiz.
Cara bapa atau wali berniat dan melakukan kerja haji bagi kanak-kanak

yang belum mumaiyiz adalah seperti berikut:

• Niat:
Bapa atau wali hendaklah berniat dengan menjadikan anak/ tanggungannya

berihram.
Lafaz niatnya: "Saja aku berihram dengan ihram haji untuk

anakku/tanggunganku kerana Allah Taala."


http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

• Menyempurnakan rukun dan wajib haji.


Anak/tanggungan itu hendaklah dibawa bersama untuk berwukuf, bermalam

di Muzdalifah dan bermalam di Mina dan dicukurkan. Ada pun tawaf, sai dan

melontar, maka bapa atau wali hendaklah mengerjakan kerja itu bagi

dirinya sebelum mengerjakannya bagi anak.

• Penjagaan pantang larang dalam ihram.


Bapa atau wali sayugialah menjaga anak/tanggungannya daripada melakukan

perkara yang dilarang dalam ihram. Jika kanak-kanak itu (yang belum

mumaiyiz) melakukan perkara yang dilarang dalam ihram tidak dikenakan

fidyah (dam). Tetapi, bagi kanak-kanak yang mumaiyiz wajib disempurnakan

dam.
? Apa hukum haji yang dilakukan kanak-kanak itu dan adakah dapat pahala.
Haji dilakukan kanak-kanak itu adalah haji sunat, tidak menggugurkan

haji fardunya. Ini bererti apabila dia baligh wajib mengerjakan haji

fardu atas dirinya.


Ibu atau bapa yang melakukan hajinya mendapat pahala, dalilnya

terkandung dalam hadis riwayat Abu Isa at-Tirmizi: "Seorang perempuan

telah mengangkat akan anaknya yang lelaki kepada Rasulullah SAW serta

berkata, Wahai Rasulullah SAW adakah bagi anak ini haji? Jawab Rasulullah

SAW : "Ya, dan bagi puan pahala."


? Bolehkah kanak-kanak belum mumaiyiz mengumpulkan batu dengan sendiri, atau perlu walinya mengutip untuknya.
Boleh dan seelok-eloknya wali hendaklah memungut dan memberi kepada

anaknya untuk melontar atau wali melontarkan untuk anaknya.

Haram cabut, binasa pokok di Tanah Haram


ADAKAH orang dalam ihram diharamkan mencabut atau membinasakan pokok di Tanah Haram dan Tanah Halal.
Haram mencabut atau membinasakannya di Tanah Haram saja, tidak di Tanah Halal.
Seorang jemaah haji telah melakukan kerja umrah kecuali tahallul yang belum lagi dilaksanakan. Kemudian balik ke
rumah memakai seluar dalam tanpa disedari. Apabila disedari lalu ditanggalkan dengan segera kemudian bertahallul.
Jika disegerakan menanggalkan seluar dalam apabila disedari ia tidak dikenakan dam.
Jemaah haji wanita menutup mulut dan hidung dengan tangannya kerana habuk/debu, adakah dikenakan dam.
Tidak dikenakan dam kerana menutup buat sementara untuk mengelakkan daripada debu berterbangan dan perbuatan
itu diharuskan.
Membuka pakaian ihram dalam masa ihram adakah dikenakan dam atau tidak.
Tidak dikenakan dam jika membuka pakaian dalam masa ihram.
Bolehkah seorang suami memegang tangan isterinya ketika menyeberang jalan raya pada masa ihram.
Boleh bila seorang suami memegang tangan isteri dalam ihram.
Seorang pesakit dalam ihram dicukur rambutnya oleh doktor untuk pembedahan. Adakah dikenakan dam.
Pesakit dikenakan dam tetapi tidak berdosa. Damnya adalah dam Takhyir dan Taqdir.
Seorang jemaah haji lelaki belum bersai untuk umrahnya dia jatuh sakit dan masuk hospital selepas balik ke rumah dia
memakai pakaian biasa. Adakah batal umrahnya.
Umrahnya tidak batal. Sekiranya dia memakai pakaian dengan sengaja maka dikenakan dam, tetapi jika dia
terlupa/jahil/teringat/diberi ingat maka hendaklah segera memakai pakaian ihram dan mengerjakan sai serta bertahallul.
Dia tidak dikenakan dam.
Apa hukum Ittibaa' dalam masa ihram.
Ittibaa' adalah sunat dalam masa tawaf yang diiringi sai dan juga dalam masa sai itu dan makruh pada masa yang lain.
Suami tawaf Umrah terlupa Ittibaa' hingga pusingan kelima barulah dia Ittibaa'. Apakah hukum tawafnya.
Sah tawafnya kerana Ittibaa 'ketika tawaf yang diringi dengan sai hukumnya sunat.
http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52
PSIT Portal

Tawaf dan sai ada bacaan yang dikhaskan untuk bahagian itu. Andainya ada antara jemaah haji tidak pandai membaca
atau tidak dapat menghafaz ayat itu, bagaimana cara untuk mengatasi masalahnya.
Jika tidak dapat membaca atau tidak dapat menghafaz doa atau bacaan tertentu ketika tawaf dan sai, maka bacalah
ayat al-Quran, zikir atau doa lain dan jika semuanya tidak boleh, maka tawaf dan sai tanpa apa-apa doa dan bacaan.

http://lotus.mschosting.com/~prosenii/ygmb/ Powered by Joomla! Generated: 2 April, 2011, 15:52

You might also like