You are on page 1of 11

PRASEKOLAH DINAMIK, BANDAR BAHARU KEDAH

1.0 Latar Belakang/Pengenalan

Menurut Akta Pendidikan 1996: Seksyen 2 menyatakan “pendidikan


Prasekolah” ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6
tahun. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan
Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996. Pendidikan
formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi adalah merupakan satu
pendidikan yang penting bagi kanak-kanak. Hal ini adalah melalui
pendidikan prasekolah, kanak-kanak dapat diransang untuk meningkatkan
intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia dalam
kalangan mereka.

Melalui pendidikan awal kanak-kanak ini juga kanak-kanak dapat


didedahkan kepada semangat satu Malaysia. Atau dengan kata lainnya
kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dapat belajar berinteraksi dengan
rakan-rakan yang berbilang bangsa. Gagasan 1 Malaysia adalah salah
satu usaha pemimpin negara untuk menyediakan satu keadaan atau
persekitaran yang bebas bagi setiap bangsa untuk membincangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat kewarganegaraan
berbilang bangsa.

Pendidikan di prasekolah juga merupakan pengajaran lanjutan


daripada pengajaran di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah
Dinamik adalah merupakan yang perlu sebagai khidmat kepada
masyarakat dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang
pendidikan yang mereka perlukan. Motto Prasekolah Dinamik adalah “Ke
arah Pembentukan 1 Malaysia” dan bertemakan “Joy In Learning”.

1
2.0 Rasional
Rasional penubuhan prasekolah ini adalah seperti berikut:
2.1 Memenuhi keperluan masyarakat setempat yang terdiri daripada
melayu, cina dan India terhadap kehendak pendidikan awal kanak-
kanak.
2.2 Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar.
2.3 Memberikan persediaan kepada kanak-kanak untuk ke alam
persekolahan rendah/ tahun satu.
2.4 Memperkembangkan potensi, minat dan perkembangan kanak-
kanak dari setiap aspek secara menyeluruh.

3.0 Nama, Visi dan Misi Prasekolah

3.1 Nama Prasekolah


Nama prasekolah yang dicadangkan adalah Prasekolah Dinamik.
Nama Dinamik dipilih adalah berdasarkan kepada makna
perkataan dinamik tersebut iaitu bertenaga dan berkekuatan serta
mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan
dan kemajuan. Melalui inspirasi ‘Dinamik’ ini, diharapkan dapat
melahirkan kanak-kanak yang bertenaga, kuat dan mampu
bersaing sesama sendiri untuk menghadapi cabaraan arus
pendidikan semasa.

3.2 Visi Prasekolah


Menghasilkan budaya pembelajaran yang berterusan di samping
memperkembangkan potensi, minat dan kemahiran individu.

3.3 Misi Prasekolah


Misi penubuhan prasekolah adalah seperti berikut:
3.3.1 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai
budaya,agama dan bangsa.

2
3.3.2 Menghasilkan individu yang mampu berdaya saing dalam
arus pendidikan semasa.

4.0 Objektif Penubuhan

Penubuhan Prasekolah Dinamik dilihat sebagai bertepatan dengan hala


tuju 1 Malaysia atau gagasan 1 Malaysia yang telah dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia. Ianya juga adalah untuk memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk menyuburkan segala bakat dan potensi
dalam setiap kanak-kanak yang berbilang bangsa dalam aspek
pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial (JERIS).
Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:
4.1 Memperkembangkan potensi individu melalui tunjang dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
4.2 Membentuk tahap perkembangan individu yang menyeluruh iaitu
dari aspek intelektual, sosial, fizikal dan emosi.
4.3 Memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran iaitu
kemahiran membaca, menulis, menaakul dan mengira.
4.4 Memupuk perpaduan dalam kalangan kalangan murid pelbagai
kaum.

5.0 Lokasi Tapak dan Bangunan


Lokasi yang dipilih untuk dijadikan bangunan prasekolah ialah bertempat
di negeri Kedah.Tapak bangunan ini beralamat di No. 11, Jalan
Permatang Pasir , 34950 Bandar Baharu, Kedah. Lokasi yang dipilih ini
terletak di kawasan luar bandar

6.0 Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah

6.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk lampiran 1)


Berdasarkan lampiran 1, pelan lantai bahagian dalam prasekolah
yang direka bentuk adalah menepati konsep pengajaran dan

3
pembelajaran yang difokuskan dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Bangunan ini adalah seluas 20 x 40 kaki persegi di atas


sebidang tanah seluas 50 x 60 kaki persegi. Antara sudut yang
telah direka dalam bangunan prasekolah ini ialah berteraskan
komponen dalam KSPK iaitu sudut sains dan teknologi, fizikal dan
estetika, bahasa dan komunikasi, pendidikan Islam dan moral,
keterampilan diri dan kemanusiaan. Selain itu, terdapat juga sudut
ICT, sudut santai, sudut ekspresi kreatif murid dan sudut
1Malaysia. Dalam bangunan prasekolah ini juga mempunyai pusat
perpustakaan kelas iaitu ‘mini library’ dan ruangan bagi sesi
perbualan pagi.

Sudut yang disediakan berteraskan enam komponen adalah


bagi membantu murid memperkembangkan dan mengukuhkan
perkara yang dipelajari. Hal ini bagi memberikan peluang kepada
murid untuk meneroka secara bebas. Manakala, sudut ICT
diadakan bagi memberikan kemahiran kepada murid dalam
menggunakan komputer. Di samping itu, sudut santai memberikan
kebebasan kepada murid untuk melepaskan rasa tekanan. Sudut
ekspresi kreatif membantu murid untuk meluahkan dan
memperkembangkan kemahiran dan bakat murid dalam berkarya.
Seterusnya, sudut 1Malaysia diadakan bertujuan untuk memupuk
rasa perpaduan dan hormat antara murid. Pusat perpustakaan
kelas merupakan sumber bagi murid untuk mendapatkan maklumat
dan bahan bacaan.

Di ruangan pembelajaran murid, disertakan kemudahan


meja dan kerusi. Dalam pelan lantai bahagian dalam prasekolah ini
juga disediakan ruang bagi sesi perbualan pagi.

4
6.2 Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk lampiran 2)

Pelan lantai bahagian luar kawasan prasekolah dibina dengan


beberapa landskap, sudut dan taman. Antara sudut dan taman
yang dibina ialah kolam ikan, taman herba, sudut pasir dan air,
taman permainan, ruang makan, bahagian dapur,stor dan tandas.
Terdapat dua pintu utama yang disediakan bagi laluan masuk dan
keluar. Di setiap sudut dan taman yang diadakan disediakan
segala kemudahan dan keperluan yang diperlukan.

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran

7.1 Kurikulum Utama


Kurikulum utama yang menjadi rujukan ialah Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum ini merangkumi enam
komponen dalam KSPK iaitu bahasa dan komunikasi, keterampilan
diri, perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian dan moral,
sains dan teknologi dan kemanusiaan.

7.2 Kurikulum Tambahan


Kurikulum tambahan yang ditawarkan adalah pendidikan sivik dan
kewarganegaraan. Hal ini bagi memupuk semangat perpaduan dan
kerjasama antara murid di samping menanam semangat cinta akan
negara.

7.3 Jadual Pembelajaran


Sesi pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah
hari. Tambahan masa selama 10 minit bagi setiap hari bagi
mengajarkan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Jadual
pembelajaran boleh dirujuk pada lampiran 3.

5
7.4 Buku
Buku yang digunakan sepanjang sesi pembelajaran ialah adalah
berdasarkan kepada KSPK. Oleh yang demikian, murid dibekalkan
dengan 5 buah buku iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sains,
matematik dan pendidikan sivik dan kenegaraan.

7.5 Program Tambahan


Program tambahan yang dirancangkan adalah program yang
melibatkan kerjasama antara ibu bapa, pihak pengurusan
prasekolah dan komuniti setempat.

8.0 Aspek Pemakanan

8.1 Prinsip Penyediaan Makanan


Penyediaan makanan disediakan sendiri oleh pembantu
prasekolah. Dalam sehari, murid diberi makan sebanyak 2 kali iaitu
pada waktu sarapan dan rehat iaitu makan tengah hari.
Pemakanan seimbang disediakan bagi keperluan murid mengikut
panduan pemakanan pyramid makanan.

8.2 Menu Makanan


Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan dan tengah hari bagi
perancangan dalam sebulan. Menu akan ditukar pada setiap
minggu. Lampiran 4 menjelaskan set menu bagi sarapan dan
tengah hari.

9.0 Aspek kebersihan dan keselamatan

9.1 Aspek Kebersihan


Untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat belajar dalam
keadaan yang selesa dan kondusif tahap kebersihan sentiasa

6
dipastikan berada pada tahap yang optimum. Oleh itu, pihak
prasekolah akan sentiasa memastikan para pekerja yang diupah
untuk membersihkan bangunan prasekolah menjalankan tugas
mereka dengan teliti. Rutin pembersihan akan dilakukan sebanyak
dua kali sehari iaitu pada awal pagi sebelum sesi bermula dan pada
waktu tengahari selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
berakhir.

9.2 Aspek Keselamatan

9.2.1 Bahagian dalam bangunan prasekolah


Keselamatan di dalam bangunan prasekolah adalah seperti
pemilihan saiz kerusi, meja dan perabot yang sesuai dengan
peringkat umur kanak-kanak. Meja dan kerusi yang
digunakan tidak mempunyai bucu yang tajam. Selain itu,
bilangan kerusi dan meja yang disediakan juga mencukupi
dan disusun mengikut kumpulan. Susun aturnya juga kemas,
teratur dan selesa serta tidak menghalang pergerakan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kotak suis juga dipasang pada ketinggian yang tidak boleh
dicapai oleh murid-murid. Setiap tingkap dan pintu
prasekolah dipasangkan grill mengikut spesifikasi Pihak
Jabatan Bomba.

9.2.2 Bahagian luar bangunan prasekolah


Setiap longkang yang ada disekeliling prasekolah diletakkan
dengan penutup khas longkang untuk mengelakkan murid–
murid prasekolah terjatuh. Kawasan persekitaran bangunan
prasekolah juga dipagar supaya murid-murid tidak
berkeliaran di luar kawasan prasekolah. Taman permainan
pula dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti alat

7
permainan sentiasa diselenggarakan. Hal ini untuk
memastikan setiap peralatan yang digunakan oleh murid-
murid prasekolah berada dalam keadaan baik serta selamat
digunakan. Pintu pagar masuk dan keluar akan sentiasa
dikunci ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Tukang kebun akan diupah untuk
membersihkan kawasan luar prasekolah seperti memotong
rumput dan lain-lain yang berkaitan.

9.2.3 Ruang dapur


Ruang dapur pula akan diselenggara dengan baik seperti
dapur gas diletakkan lebih tinggi daripada ketinggian murid
prasekolah. Seterusnya, peralatan dapur yang tajam seperti
pisau pula diletakkan dalam bekas khas. Selain itu, tong gas
pula di letakkan di dalam kabinet bawah bahagian dapur gas.
Pinggan dan gelas yang digunakan ialah diperbuat daripada
plastik kerana ianya selamat digunakan oleh murid-murid
prasekolah. Disamping kedudukan kabinet dan dapur tidak
mengganggu pergerakan murid-murid prasekolah. Semua
peralatan dibersihkan dan disimpan supaya tidak berselerak
dan penyapu diletakkan di tempat khas.

9.2.4 Tandas
Disediakan dua buah tandas yang direka khas untuk
kegunaan murid-murid prasekolah. Tandas lelaki dan
perempuan diasingkan. Jubin yang digunakan juga adalah
daripada jenis yang tidak licin apabila terkena air. Sinki
tandas juga dipasang sesuai dengan ketinggian murid-murid
prasekolah.

8
9.2.5 Bahan bantu mengajar

Bahan bantu mengajar yang digunakan dipilih dengan


saiznya bersesuaian dengan murid-murid prasekolah.
Semua alat mainan yang ada diletakkan di tempat khas dan
dilabelkan. Setiap kali habis digunakan ianya perlu terus
dikemas dan diletakkan di tempatnya semula.

9.2.6 Murid

Semua kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid di


prasekolah kami akan dijaga dengan sebaik mungkin. Ibu
bapa perlu menghantar anak mereka sehingga masuk ke
dalam bangunan prasekolah. Setelah habis waktu
persekolahan, ibu bapa perlu menjemput anak mereka di
dalam kawasan prasekolah.

9.2.7 Lain-lain

Prasekolah ini juga dilengkapi dengan peralatan bagi


mencegah dan memadam kebakaran seperti alat pemadam
api, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan.
Alatan ini akan diselenggarakan oleh pihak bomba mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh pihak bomba. Pihak bomba
juga akan dijemput untuk memberikan ceramah kebakaran
untuk murid-murid prasekolah sebagai persediaan untuk
murid-murid apabila berlakunya kecemasan. Selain itu,
prasekolah ini juga dipasang CCTV di bahagian dalam dan
luar bangunan prasekolah untuk merakam pergerakan
semua murid-murid ketika melakukan aktiviti. Sekiranya
berlaku sebarang kemalangan CCTV ini akan menjadi bahan
bukti bagaimana kejadian itu berlaku.

9
9.2.8 Pelan kecemasan

Ketika berlaku kecemasan, semua yang berada di dalam


bangunan prasekolah akan keluar melalui mana-mana pintu
yang berhampiran dan kemudian berkumpul di kawasan
garaj dan anjung. Rujuk Pelan Kecemasan Prasekolah
Dinamik, Lampiran 5. Latihan kebakaran atau kecemasan
akan diadakan setiap enam bulan sekali.

10.0 Aspek Kesihatan

Setiap kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid Prasekolah Dinamik


layak untuk menerima rawatan kesihatan pergigian dan kesihatan diri.
Sekiranya ada murid yang mengalami masalah kesihatan mereka akan
dibawa ke klinik kesihatan yang berdekatan. Sebelum murid yang sakit
dibawa untuk mendapatkan rawatan, pihak prasekolah akan menghubungi
ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran.

11.0 Kos Penubuhan


Modal permulaan bagi penubuhan RM 25 000 penubuhan prasekolah ini
adalah hasil perkongsian 3 orang pemilik Prasekolah Dinamik iaitu:
1) Nur Syahirah Binti Anuar
2) Rohizan Binti Alli
3) Siti Aisyah Binti Abd Halim

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Dinamik yang


lengkap adalah seperti dalam lampiran 6.

12.0 Staf
Seramai 2 orang staf iaitu seorang guru dan seorang pembantu dipilih
untuk bekerja di prasekolah ini. Mereka di pilih berdasarkan kepada minat
dan juga pengalaman mengajar dan keputusan yang baik dalam mata

10
pelajaran Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat
Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia. Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut:

Bil Nama No. K/P Kelulusan Pengalaman


Berkaitan

1 Rohani Binti Ahmad 780203-06-6050 Ijazah Menjadi guru tadika


Pendidikan di Parit Buntar
Awal Kanak- selama 4 tahun.
Kanak UKM
2 Nurul Atikah Binti 751112-08-5949 Diploma Mengasuh kanak-
Safwan Asuhan kanak di sebuah
Kanak-Kanak taman asuhan
UITM selama 5 tahun.

13.0 Penutup
Sambutan terhadap pendidikan prasekolah sekarang adalah sangat
menggalakkan kerana ibu bapa sudah mulai sedar akan kepentingan
pendidikan awal bagi anak-anak mereka. Melalui prasekolah juga, ibu
bapa dapat membantu anak-anak mereka membuat persediaan bagi
menjalani alam persekolahan.Oleh itu, seawal lima tahun, ibu bapa sudah
menghantar anak mereka ke prasekolah.

Diharapkan Kertas Kerja ini dipertimbangkan untuk diberi kelulusan.


Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan dalam meluluskan permohonan
ini akan dapat membantu menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak
Malaysia melalui pendidikan Prasekolah yang berkualiti.

11

You might also like