P. 1
PANTUN

PANTUN

|Views: 1,613|Likes:
Published by Firda
falsafah dan logika melayu
pantun
SITI ZAIDA BINTI AWANG
falsafah dan logika melayu
pantun
SITI ZAIDA BINTI AWANG

More info:

Published by: Firda on Sep 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2013

pdf

text

original

PENGENALAN PANTUN DAN FALSAFAH Pantun boleh dilihat dari sudut pandangan falsafah iaitu kupasan makna disebalik

bait-bait atau baris-baris ayat yang membina struktur mahupun rangka sesebuah rangkap pantun.Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek digunakan buat pertama kali oleh Pythagoras(570-504 SM) iaitu ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 SM.Perkataaan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” yang bermaksud “cinta” dan ‘sophia” “kebijaksanaan”.Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai bermaksud cinta akan

kebenaran.Namun takrif ilmu falsafah seharusnya lebih terperinci daripada pengertian yang begitu luas dan longgar itu.Mengikut pandangan Plato(428-347 SM),seorang ahli falsafah unggul Yunani sesudah Pythagoras merupakan orang yang mula-mula memberi takrif falsafah dengan lebih terkhusus.Mengikut Plato “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas empat intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu.

Saya memilih pantun nasihat sebagai bahan kajian saya untuk memperjelaskan teori falsafah.Hal ini dapat di lihat di bawah.Sekiranya kita meneliti rangkap pantun tersebut, “ Apabila pelita tidak bersumbu Tidakkan dapat dibuat suluh Apabila dada tidak berilmu Banyaklah sifat tidak senonoh’’

Unsur falsafah jelas kelihatan pada maksud dasarnya.Pantun tersebut membawa maksud bahawa sifat-sifat baik dan nilai-nilai moral yang tinggi terbina hasil daripada pengetahuan dan kekayaan ilmu yang kita miliki.Hal ini bermakna ilmu pengetahuan merupakan asas kepada pembentukan nilai peribadi dan sahsiah diri yang unggul dalam diri setiap manusia.Ilmu di gambarkan menjadi tunjang dalam pembentukan sahsiah diri manusia yang baik untuk melahirkan individu yang

menepati ciri-ciri insaniah yang sempurna. INTI PATI Kajian falsafah terhadap rangkap pantun di atas boleh dibahagikan kepada empat bidang kajian ilmu falsafah iaitu epistemologi,logika,metafizik dan aksiologi.Sekiranya kita melihat dari sudut epistemologi,ilmu itu sendiri merupakan cabang kepada aspek epistemologi iaitu kajian tentang ilmu pengetahuan.Sekiranya kita melihat dalam konteks epistemologi,ilmu ditakrifkan secara umum sebagai satu situasi mengkaji,mengetahui,mendalami,mengenali,mengecami,memahami,mengingati sesuatu perkara,benda,unsur,suasana,kejadian dan kelakuan serta himpunan daripada apa yang difahami.Hal ini dapat dikaitkan dengan pantun di atas di mana ia mengetengahkan maksud tentang ilmu yang menjadi elemen utama dalam pembentukan sifat-sifat,jati diri dan sahsiah diri yang baik.Secara

terperincinya,falsafah yang dapat dikupas dalam pantun tersebut ialah tentang kepentingan ilmu yang menjadi asas kepada pembinaan nilai-nilai moral dalam diri seseorang individu.

Selain itu,kita juga boleh menyentuh cabang falsafah tentang ilmu dari sudut logika.Logika merupakan kajian tentang alasan dan struktur hujah secara logik atau dalam erti kata lain,sesuatu hujah yang disampaikan itu boleh diterima oleh akal.Jika kita meneliti maksud pantun di atas,tidak dapat dinafikan bahawa ilmu itulah sebenarnya yang menjadi unsur utama dalam usaha menanam sifat-sifat mahmudah dalam diri seseorang insan. Pembentukan nilai-nilai moral tersebut boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara atau ‘method’.Ilmu tersebut boleh disampaikan melalui pemerhatian,tunjuk ajar dan panduan.Hakikatnya,peranan pantun dalam kehidupan orang Melayu adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan moral yang sarat nilai-nilai luhur agama,budaya dan norma-norma sosial masyarakatnya.Selain itu,pantun turut berperanan dalam mewujudkan pergaulan seresam,hiburan yang bernas serta penyampaian isi hati,kritikan dan sebagainya.Pantun juga sebenarnya mencerminkan pemikiran masyarakat Melayu dan hal ini jelas menunjukkan betapa besarnya perasaan pantun dalam kehidupan orang Melayu kerana melalui pantun itulah isi hati atau aspirasi masyarakat dapat disalurkan dengan baik tanpa menimbulkan perpecahan atau berselisih sesama mereka.

Pantun nasihat di atas juga menampilkan sudut pandangan falsafah dari segi metafizik atau boleh juga dikatakan kajian tentang kewujudan apa yang ada disebalik sesuatu.Hal ini membawa maksud bahawa pantun nasihat di atas dan seperti yang dilampirkan sebenarnya membawa mesej yang tersendiri disebalik bait-bait pada rangkapnya.Metafizik disebalik pantun tersebut ialah pantun itu melambangkan minda dan pemikiran masyarakat Melayu zaman dahulu kala.Peradaban orang

Melayu dapat dikesan khususnya melalui pantun tersebut di mana mereka sangat mementingkan pembinaan nilai-nilai moral yang berkesan khasnya melalui tuntutan ilmu pengetahuan.Oleh sebab itu,dapatlah dikatakan bahawa pantun nasihat seperti yang dilampirkan merupakan antara contoh medium terbaik orang Melayu zaman dahulu bagi menzahirkan keintelektualan mereka.

Seterusnya,kita juga boleh menilai falsafah dalam pantun nasihat tersebut melalui aspek aksiologi.Aksiologi merupakan teori nilai atau kajian tentang manfaat,kegunaan dan fungsi sesuatu dari aspek akhlak,moral,etika dan fungsi.Berdasarkan pantun nasihat di atas dan juga yang telah dilampirkan,aksiologi pantun itu ialah ia berperanan dalam mendidik masyarakat untuk menjadi seseorang individu yang secara jelas memiliki ciri-ciri insaniah yang lengkap dan sempurna.Selain itu,pantun nasihat tersebut juga berfungsi untuk memberi nasihat kepada para pendengar dan penelitinya.Hal ini adalah relevan dengan nama pantun itu sendiri iaitu pantun nasihat.Mesej moral yang sarat yang sarat terdapat dalam pantun tersebut amat membantu dalam pembangunan diri secara lahiriah dan batiniah.Ungkapan klasik tersebut juga amat wajar dan rasional dijadikan sebagai media serba guna yang mampu mengangkat “aspirasi” masyarakat,mampu menyalurkan fikiran dan pandangan orang,mengetengahkan gagasan idea dan nilainilai luhur,mengajak orang berfikirdan berbual tentang kebajikan serta membentuk jati diri yang utuh dalam dimensi kehidupan masyarakat Melayu silam.

Secara konklusinya,kita dapat menilai bahawa pantun yang mewakili pemikiran dan sebagai menifestasi minda orang Melayu sebenarnya secara halus mengungkap rahsia falsafah yang terdapat di dalamnya.Hal ini jelas menunjukkan bahawa pantun dan falsafah yang di bawanya berhubung secara simbiosis dan saling berkait rapat.Tidak dapat disangkal lagi bahawa orang Melayu mempunyai “piawaian” tertentu dalam menyampaikan falsafah yang terkandung dalam maksud pantun-pantun mereka.

LAMPIRAN

Pantun Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh, Apabila dada tidak, Banyaklah sifat tidak senonoh.

BIBLIOGRAFI

Hashim bin Hj.Musa.2001.Falsafah,Logik,Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan.Kuala Lumpur.Akademi Pengajian Melayu. Awang Sariyan.2007.Falsafah Dan Logika Melayu.Selangor.Synergymate Sdn.Bhd

Tenas Effendy.2007.Khazanah Pantun Melayu Riau.Kuala Lumpur.Dawama Sdn.Bhd

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->