Professional Documents
Culture Documents
Pensyarah : Dr. Zarina Samsudin
Nama : Muhamad Izhar Bin Salim (94293)
Plagiat.
Plagiat sangat sinonim dengan isu hak cipta dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Plagiat merupakan perbuatan menciplak hasil karya orang lain sama
ada sebahagian mahupun secara keseluruhannya tanpa memberi pengiktirafan kepada
orang tersebut. Dalam erti kata lain, plagiat merupakan perbuatan menciplak hasil
kerja orang lain dan kemudia mengaku hasil kerja itu sebagai hasil kerja sendiri.
Budaya plagiat semakin mudah dilakukan dengan pengunaan teknologi web melalui
penggunaan internet. Akses yang tersangat mudah dan meluas ini memberikan
keyakinan dan kelebihan kepada si pelaku plagiat untuk melakukannya.
Di Malaysia, isu plagiat seringkali dikaitkan dengan pelajar pelajar pada
peringkat pengajian tinggi. Bedasarkan laporan Utusan Malaysia pada 28 Disember
2007, Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT) amat memandang serius terhadap isu
plagiat. Pengamalan dan pembudayaan plagiat dikalangan pelajar akan mencemar
kualiti dan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dalam jangka panjang.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu, Datuk Mustapa Mohamed
berkata, langkahlangkah pencegahan perlu diambil segera kerana jika dibiarkan,
gejala tersebut akhirnya akan melahirkan siswazah yang tidak berkualiti. Beliau juga
turut meminta pensyarah universiti supaya tidak berkompromi dengan pelajar yang
melakukan plagiat atau menciplak tesis.
Walaupun keskes yang melibatkan isu plagiat masih kecil jumlahnya namun
kesannya tidak mengira angka keskes yang berlaku. Hal ini kerana, pelajar yang
melakukan plagiat juga akan bergraduasi jika terlepas. Mereka kemudiannya, akan
melangkah ke alam pekerjaan, akhirnya, di situlah segalagalanya akan terbongkar.
Jika selama ini mereka hanya melakukan kerja mudah dengan menciplak hasil karya
orang lain tidak lagi di tempat kerja. Maka, akan timbul persoalan apakah yang
dilakukan oleh institu pengajian tinggi di negara ini sehingga melahirkan graduan
yang gagal menjana kretiviti. Di penghujungnya, imej, kredebiliti serta kemampuan
institut pengajian tinggi itu yang menjadi pertikaian.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita mencegah dan
menangani isu plagiat ini. Penyemaian nilai intergriti perlulah bermula sebaik sahaja
pelajar itu sendiri melangkahkan kaki ke universiti. Pada awalnya, menjadi
tanggungjawab pihak universiti untuk memperkenalkan mengenai plagiat, contoh,
kesan dan hukumannya. Penjelasan yang tepat dan mudah akan memberi satu
gambaran jelas kepada para pelajar akan impak pembudayaan plagiat. Maka selesai
persoalan pencegahan jika gambaran jelas telah diberikan. Hal ini kerana, ratarata
yang melakukan plagiat tidak tahu tidakannya itu adalah plagiat. Persoalan pengajaran
pula, perlulah berfokus kepada hukuman yang setimpal dan tegas. Tidak kira dalam
apa jua keadaan sekalipun hukuman yang telah ditetapkan mesti di laksanakan.
Ketegasan mestilah menjadi pegangan asas dalam memerangi isu ini. Sentimen hati
dan perasaan kasihan tidak boleh tidak mesti diketepikan untuk survival pengajian
tinggi itu sendiri. Jika perlu digantung pengajian, maka ia mesti dilaksanakan supaya
ia menjadi pengajaran kepada si pelaku dan juga orang lain.
Namun demikian, jangan sesekali kita menganggap perkara ini selesai
bersandarkan kepada dua mekanisme di atas. Hal ini kerana, ukuran intergriti dan
kesedaran adalah sangat subjektif. Justeru, kesungguhan kita dalam memerangi isu
plagiat juga memerlukan pemantauan. Dalam hal ini pihak univesiti dan juga para
pensyarah pelu memperkasa diri dengan perkembangan semasa baik dari segi material
mahupun intelek. Hanya dengan pemerkasaan ini, baru pemantauan dapat dilakuakn
dengan sangat efektif yang akhirnya menjadi salah satu medium pancegahan plagiat.
Kesimpulanya, untuk memerangi isu plagiat, tiga perkara yang perlu kita
laksanakan iaitu pengenalan asas plagiat, hukuman untk pengajaran serta pemantaun
secara efektif.