P. 1
ABDULLAH MUNSYI

ABDULLAH MUNSYI

4.0

|Views: 3,103|Likes:
Published by Firda
falsafah dan logika melayu
abdullah munsyi
noor adzlienda binti adnan
falsafah dan logika melayu
abdullah munsyi
noor adzlienda binti adnan

More info:

Published by: Firda on Sep 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

NAMA PELAJAR: noor adzlienda binti adnan NO.MATRIK: JEA080169 KURSUS: PENGAJIAN MELAYU LECTURER: PROF.

AMRAN BIN MUHAMAD Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN ABDULLAH MUNSYI
1

Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi(17961854) dan berasal dari keluarga yang terpelajar. Beliau berketurunan arab dari Yaman. Beliau di lahirkan pada tahun 1797 di Melaka dan merupakan anak kepada Sheikh Abdul Kadir. Beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa arab yang menetap di India selatan dan memperisterikan seorang isteri yang berketurunan India. Abdullah merupakan pengkarya melayu yang pertama yang telah lari daripada corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di gelar bapa sastera moden. Pada masa yng sama beliau telah menterjemah kitab injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan Melaka. Antara karya-karya yang telah di hasilkan oleh beliau Syair Singapura di makan Api(1830), Hikayat Abdullah(1849), Hikayat Binatang , Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah(1854) dan Dewa-ul-kulub(1883). Ini adalah karya-karya yang di hasilkan oleh beliau di sepanjang hayatnya. Menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa melayu pada zaman tersebut. Karya yang dihasilkan di olah dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya barat dan timur. karya-karyanya juga tidak terikat dengan bentuk penulisan lama seperti cerita donggeng/mitos, alam ghaib dan ajaib. Beliau juga menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya terhadap sesuatu perkara.

KUPASAN TENTANG FALSAFAH ABDULLAH MUNSYI

2

Abdullah Munsyi adalah seorang pengkarya pertama yang di gelar bapa sastera moden. Hal ini demikian kerana beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa melayu melalui setiap karya kesusateraannya malahan juga beliau menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa melayu. Ini adalah sebab mengapa beliau berpendapat pentingnya buku nahu bahasa; ”Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya” Hal ini kerana nahu sesebuah bahasa itu dapat menyelesaikan masalah penggunaan bahasa walaupun tidaklah membantu menyelesaikan seratus peratus. Tetapi ianya amat penting untuk di pelajari khususnya pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar di ipt serta pengkarya-pengkarya lain. Tetapi ianya tidak bermaksud yang kita akan menjadi pandai dalam soal karang-mengarang sekiranya dapat menguasai nahu bahasa tetapi hanya sekadar untuk memperkasakan lagi bahasa kita daripada dianggap tidak mengetahui apaapa tentang nahu bahasa.

Sekiranya dibandingkan penggunaan bahasa melayu sebelum munculnya Abdullah, perbezaannya amat ketara sekali kerana bahasa yang digunakan oleh Abdullah Munsyi

3

ternyata ada perkembangannya berbanding pengkarya lain. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan dibawah; ”Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munshi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang, telah memberi sambutan dagangan kepada China sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri Pahang dan Trengganu dan Kelantan, Patani dan Senggora.” Perkembangan bahasa melayu yang diperlihatkan oleh Abdullah Munsyi dalam petikan tersebut amat indah gaya penulisannya disertai dengan ungkapan-ungkapan baru yang timbul. Perkembangan tersebut tidak hairanlah kerana beliau telah mendapat pendidikan inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendaapt pendidikan barat. Oleh sebab itu dalam setiap karya beliau akan terdapat perkataan-perkataan baru hasil ubahsuaian beliau dari perkataan inggeris di melayukan. Beliau juga menciptakan perkataan-perkataaan baru atau ungkapan baru dalam bahasa melayu untuk mempercakapkan tentang hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara budaya barat dan timur dan juga mengutarakan pandangan orang melayu terhadap kedatangan british. Hal ini demikian kerana beliau ingin memberitahu kepada orang melayu supaya jangan berprangsaka buruk terhadap penjajah kerana tanpa jajahan dari mereka kita

4

mungkin akan kekurangan ilmu dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi yang telah dipindahkan oleh penjajah terhadap penduduk tempatan. Walaupun kita beranggapan penjajah itu jahat namun kita perlu juga melihat dari sudut pandangan positif mengenai penjajah kerana tanpa mereka kita tidak akan maju. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Abdullah Munsyi melalui penulisannya kepada penduduk tanah melayu supaya mereka lebih berfikiran jauh dan positif menerima sesuatu.. Abdullah Munsyi juga memberikan kelainan dalam menghasilkan karyanya kerana beliau menghasilkan karya yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti terdapatnya cerita mitos/donggeng, alam ghaib dan ajaib. Hal ini demikian kerana beliau ingin menghasilkan sesuatu lain daripada yang lain dan mungkin juga kerana corak penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan sudah tiba masanya berlaku pembaharuan dalam sastera melayu dan penggunaan bahasa melayu. Beliau juga merasakan sekiranya berbuat demikian dengan menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam ghaib ianya tidak akan membantu perkembangan minda bahasa pembaca kerana perkara tersebut hanya mitos dan bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan. Oleh sebab itu didalam karyanya beliau telah menulis melalui hasil pengamatan beliau terhadap sesuatu perkara. Beliau juga telah menulis pengalaman dan dijadikan sebuah buku serta dikarang dengan bahasa yang baik dan indah oleh beliau. Kesemua buku yang di hasilkan oleh beliau di karang berdasarkan kejadian yang betul-betul berlaku dan tiada unsur mitos. Sebagai contoh Riwayat Abdullah merupakan buku yang paling popular kerana ia menceritakan kisah Abdullah Munsyi dari kecil sampailah dewasa.

5

Hal ini demikian kerana beliau berpendapat dengan menghasilkan buku berdasarkan pengalaman beliau dapat mengajar generasi-genarasi zaman kini dan pembaca tentang sesuatu perkara yang dialami oleh beliau dan fahami maksud yang ingin di sampaikan oleh beliau. Selain itu, pembaca dapat pelajari perkataan-perkataan baru yang ditulis oleh belia Abdullah Munsyi juga telah memberikan kritikan yang pedas di dalam penulisannya kepada golongan raja melayu dan golongan elit melayu di atas sikap golongan tersebut serta komen dan kritikan terhadap penjajah inggeris. Keberanian beliau itu telah di sifatkan sebagai fenomena baru dalam dunia penulisan melayu. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menyedarkan golongan tersebut yang perbuatan sebegitu tidak di terima oleh orang lain. Adullah Munsyi merupakan sastera melayu yang amat dikagumi kerana beliau berani dalam melakukan sesuatu dan menghasilkan sesuatu karya yang lain daripada yang lain serta seorang yang berfikiran jauh dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif .

-TAMAT-

SUMBER RUJUKAN:
• CORNELIUS-TAKAHAMA, VERNON 2001-03-29 (NATIONAL LIBRARY BOARD SINGAPORE.

6

• •

AINSLIE THOMAS EMBREE. ENCYLOPEDIA OF ASIAN HISTORY. MACMILLAN PUBLISHERS, 6 ISBN 0684186195. SHELLABEAR W.G (TRANS) (1981). THE AUTOBIOGRAPHY OF MUNSHI ABDULLAH. SINGAPORE: METHODIST PUBLISHING HOUSE. SUMBER DARI KATEGORI BACA-BACA, Buku Mesti Baca, PTS DUNLOP, P.K.G.(2000) STREET NAME OF SINGAPORE(P.216) SINGAPORE: WHO’S WHO PUB. (CALL NO: SING 959.57 DUN) A HISTORY OF SINGAPORE (P.300) (1996) SINGAPORE. OXFORD UNIVERSITY PRESS. (CALL NO: SING 959.57 HIS)

• • •

7

8

9

.

10

11

12

13

14

15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->