You are on page 1of 2

Dialog Faedah Membaca

Lee: Apa khabar saudari?

Foo: Khabar baik.

Lee: Bolehkah saya bertanya kalian tentang faedah membaca?

Semua: Boleh.

Lee: Adakah kalian berasa pada masa kini golongan muda semakin kurang
membaca?

Tan: Saya berasa pada masa kini golongan muda semakin kurang membaca.

Yap: Saya juga. Masyarakat kini selalu berbincang tentang perbualan ini. Ini
sudah menjadi buah mulut masyarakat kini.

Lee: Pada pendapat kalian, bagaimana untuk menangani gejala ini?

Teh: Pada pendapat saya, pihak berkenaan perlu mengadakan ceramah faedah
membaca.

Lee: Apakah faedah membaca?

Foo: Salah satu faedah membaca ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Yap: Jika kita belajar bersungguh-sungguh, kelak, kita akan menjadi insane yang
berguna dalam masyarakat.

Lee: Selain itu, kita boleh mencapai kejayaan kita.

Teh: Kita juga boleh membaca surat khabar untuk boleh mengetahui hal-ehwal
semasa negara kita dan luar negara.

Tan: Kalau begitu, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.

Teh: Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sikap membaca
perlu diamalkan sejak kecil-kecil lagi.
Foo: Kalau kita membaca buku-buku berkenaan pelancongan, kita akan
mengetahui keistimewaan agama, adat resam, asal-usul, dan makanan
masing-masing.

Lee: Adakah kalian berasa sekarang jarang-jarang orang membaca di mana-


mana tempat?

Tan: Saya juga berasa sekarang jarang-jarang orang membaca di mana-mana


tempat. Kalau kita berada di tempat-tempat awam seperti di lapangan
terbang, perhentian bas, kedai kopi, taman rekreasi dan banyak lagi kita
boleh mengisi masa lapang ini dan membaca.

Yap: Saya bersetuju percadangan Zhi Ching. Keadaan yang sedemikian perlu
diseimbangkan.

Lee: Terima kasih atas percadangan kalian.

Semua: Sama-sama.

Sekian, terima kasih.

You might also like