Professional Documents
Culture Documents
JXEA 1104
Hikayat melayu biasanya isinya terbahagi kepada dua ,iaitu bahagian yang merupakan
dongeng ,myth atau legend, dan bahagian yang menceritakan apa yang terjadi dalam
sejarah. Bahagian pertama itu memberikan konotasi kepada apa yang terjadi berabad-
abad sebelum zaman pengarang, sedangkan bahagian yang kedua itu berlaku dalam z
aman pengarang itu sendiri. Hikayat Raja Muda adalah cerita penglipur lara yang penuh
kematian dipaparkan juga, yang menunjukkan dengan jelas bahawa pada zaman dahulu
kesusasteraan lebih merupakan milik bangsawan. . Motif tua hikayat tidak ketinggalan
mencari raja untuk negeri yang tidak beraja dan adegan yang memerlukan Raja Muda
bongsu,ke rumah Nenek Kebayan.Hikayat ini ditulis dalam bahasa prosa ynag indah dan
2
Falsafah yang dapat dikeluarkan dalam hikayat ini adalah falsafah
kesedihan.falsafah Kesedihan ini dapat dilihat dari petikan Raja Muda yang sedang
berfikir seorang diri dalam keadaan tidak menentu dan menangis mengenangkan untung
nasib kehidupannya pada masa akan datang. Dalam keadaan sedih Raja Muda
meyuruh Raja Muda makan sekali bersama baginda.denagan linangan air mataraja Muda
melanda anakandanya itu setelah melihat wajah Raja Muda yang muram itu. Raja Muda
mengguris hati ayahandanya. Raja Muda meminta izin ingin pergi ke luar negeri kerana
ingin melihat keadaan negeri orang dan melihat-lihat keadaan dimana Raja Muda boleh
membuat kebajikan.dalam petikan ini kita dapat melihat falsafah kesedihan, ketika
Ayahanda Raja Muda menangis kerana terlalu sedih di atas permintaan Raja
khuathir Raja Muda tidak akan kembali lagi ke istana memandangkan ayahandanya
sudah tua tiada siapa yang akan menggantikan tempat ayahandanya apabila ayahandanya
meninggal dunia kelak,tambahan pula kakanda Raja Muda iaitu puteri Lindunagan Bulan
yang sudah hamil dan dalam keadaan sarat hendak melahirkan anak pertamanya.Setelah
3
mendengar ayahandanya berkata-kata,Raja Muda pun tertunduk kesedihan dan tidak
Selain daripada itu falsafah kesedihan dapat dilihat di dalam petikan ini ketika
Raja Muda pergi bertemu kakandanya iaitu Puteri Lindungan Bulan.Raja Muda
menceritakan Kakandanya tentang hajatnya ingin pergi ke negeri orang dan bertanya
nyiur,kerana ingin mengggunakan parang puting yang digunakan oleh Raja Bujang
Lindungan Bulan berasa amat sedih kerana adindanya sanggup meninggalkannya dalam
Bulan tidak sanggup untuk berpisah dengan adindanya sungguhpun masih ada ayahanda
disisinya,kerana ayahandanya sudah tua tidak lagi menghiraukan apa-apa hal ehwal lagi.
Kakandanya tidak akan merasa senag hati jika adindanya pergi juga dan menasihati
Setelah didengar oleh Raja Muda,lalu ia pun tunduk.tanpa berkata apa-apa lalau
meminta diri untuk pulang istananya.Kita juga dapat melihat falsafah kesedihan dalam
diri Raja Muda kerana tidak mendapat keizinan daripada ayahandanya dan juga
kakandanya untuk pergi berjalan-jalan ke negeri orang. Apabila malam hari Raja Muda
berjalan keluar dari istana dan menyerakhkan dirinya kepada Allah subhanahu wa taala
menuju ke dalam hutan besar mengikut kehendak hati.Selain itu kita dapat melihat
falsafah kesedihan dalam diri Puteri Lindungan Bulan ketika suaminya Raja Bujang
4
Selamat kembali ke istana.Raja Bujang Selamat Pulang ke istana setelah pergi mencari
nyiur buat isterinya,beliau mendapati keadaan isterinya amat kurus dan mukanya amat
pucat sekali.hal ini kerana isterinya amat merindui akan dirinya dan memikirkan tentang
adindanya yang ingin pergi itu.Selain daripada itu,falsafah kesedihan yang ditunjukkan
dalam petikan ini adalah ketika kehilangan Raja Muda. Setelah hari sudah siang
pengasuh mendapati Raja Muda belum bangun dari tidurnya,lalu pengasuh yang tua
tersebut pergi ke bilik Raja Muda dan menyelak kelambu yang di gunakan oleh Raja
Muda,pengasuh itu mendapati Raja Muda tiada. Lalu pengasuh itu pun menangis dan
Setelah itu segala orang di istana berlari berkeliaran ke sana ke mari ke segenap
taman dan tempat permainan,tetapi tidak juga jumpa . Lalu pengasuh yang tua pergi
menghadap baginda ke dalam istana besar dan Tuan Puteri di atas.sebaik sahaja
mendapat berita tentang kehilangan Raja Muda,baginda dan Tuan puteri tidak terkata
apa-apa lagi sehingga tunduk menangis dan merasa amat kecewa akan Puteranya yang
pergi itu.Setelah itu Raja Bujang Selamat pergi menghadap ayahandanya sambil
Muda.Raja Bujang Selamat berjanji kepada ayahandanya tbahawa beliau tidak akan
Ayahandanya pun berkata supaya membawa Raja Muda pulang ke istana dan jangan
membiarkan Raja Muda berjalan sendiri di dalam hutan.Setelah itu Raja Bujang Selamat
pergilah ke dalam hutan sendirian dengan membawa parang puting kesaktiannya itu.
5
Kesimpulan
Kesimpulannya disini kita dapat melihat tentang falsafah kesedihan dengan lebih
mendalam. Kita juga dapat merasa kesedihan yang dirasai oleh Raja Muda apabila
keinginan nya untuk pergi ke negeri orang terhalang oleh ayahandanya dan juga
kakandanya.Kita juga boleh mengambil ihktibar dari hikayat ini iaitu tidak membuat
sehingga menyebabkan seluruh ahli keuarga kita merasa sedih dan kecewa akan sikap
kita yang mementingkan diri itu.Kita juga harus menjaga hati orang tua kita dan tidak
ingkar dengan arahannya supaya orng tua kita tidak merasa sedih.
6
BIBLIOGRAFI
Pawang Ana.1998. Hikayat Raja Muda. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd
7
Petikan hikayat
Hatta, maka Raja Muda terkejutla lalu bangun seraya dicium bau tubuhnya
terlalu amat harum. Maka Raja Muda pun berfikir seorang dirinya di dalam peraduan itu
keluh kesah tiada berketahuan fikirannya seraya ia menangis terkenangkan nasibnya.
Seketika lagi hari pun sianglah .maka ia pun berangkatl ke tanam bersiram, lepas
bersiram kembali ke istananya lalu santap dilayani inang pengasuhnya, berupa muram
wajahnya.
Hatta, setelah sudah memakai itu, Raja Muda pun berangkatlah diiringi oleh
segala budak-budaknya menghadap ayahanda baginda ke dalam istana besar. Maka
ketika tu baginda ada tengah menghadapi persantapan. Setelah dilihat oleh baginda
ankanda baginda dating itu,bagunda tersenyum seraya bertitah, “silakan anakku duduk
dekat ayahanda ini, ayahanda pun sangatlah rindu dendam rasanya”.
Maka Raja Muda pun duduklah dekat dengan ayahanda baginda seraya
menyembah berlinang air matanya diajak baginda santap dua oramg sehidangan. Maka
baginda pun bertitah , “ayuhai anakanda, apalah sebab muram wajah ayahanda lihati ini,
apalah maksud anakanda,khabarkanlah benar kepada ayahanda.
Maka setelah didengar baginda akan sembah baginda itu, maka baginda pun
bertitah seraya menangis pula, “ayuhai anakku cahaya mata ayahanda, jikalau sampai
hayat maut ayahanda, siapalah akan ganti ayahanda memerintah negeri ini, tambahan
pula seperti baginda itu Puteri Londungan Bulan sudah hamil, di dalam keberkatan gering
sahaja.
Hatta setelah didengar oleh Raja Muda akan titah paduka ayahanda baginda
itu, ia pun tunduk, suatu pun tidak apa katanya. Seketika lagi baginda sudahlah santap
lalu santap sirih di dalam puan yang keemasan. Hari pun petanglah. Maka raja Muda
pun memohon kepada ayahanda baginda lalu kembali,singgah di istana baginda Tuan
8
Puteri Lindungan Bulan seraya duduk menyembah. Maka ditegur Tuan Puteri , “ Ayuhai
adinda, silakan duduk, apa khabar adinda berangkat kepada kakanda ini?”
Maka sabda Raja Muda, “ Ayuhai kakanda, adinda hendak berjalan, ingin
rsanya hendak melihat negeri orang, maka sekarang adakah pulang kakanda Raja Bujang
Selamat yang memanjat nyiur itu, kejana adinda hendak memohonkan parang putting
adinda yang dipinjam kakanda itu hendak diperbuat perintis jalan di dalam hutan.”
Setelah dudengar oleh Tuan Puteri Lindungan Bulan akan sabda adinda
baginda itu, maka Tuan Puteri pun menangis seraya bersabda, “Ayuhai adinda, sampai
hati rasanya hendak meninggalkan selaku kakanda selaku ini; sudahlah tiada bonda kita;
janganlah kita bercerai adik-beradik ini; sungguhpun ada ayahanda, ia sudah tiada
pedulikan apa-apa hal-ehwal. Maka seperti adinda hendak berangkat berjalan itu,
tiadalah sekali-sekali kesukaan bagi hati kakanda; janganlah adinda berjalan
meninggalkan kakanda ini serta melalui titah paduka ayahanda itu.”
Setelah didengar oleh raja Muda, maka iapun tunduk, suatu pun tiada apa
katanya seraya bermohon kepada kakanda baginda kembali ke istananya.
Seketimalamlah, bulan pun terang empat belas haribulan. Maka apabila sunyi senyap di
dalam istana, maka iapun turunlah berjalan sambil menyerahkan dirinya kepada Allah
subhanahu wa taala menuju ke dalam hutan besar mengikut sekehendak kakinya.
Maka Raja Bujang segeralah membelah nyiur itu dengan parang puting
kesaktian, dibelahnya tiga oleh Raja bujang Selamat; sekeping jatuh ke laut menjadi ikan
raya, sekeping jatuh ke bumi menjadi kerbau si benuang; maka sekeping itu didukungnya
dibawa turun tujuh hari tujuh malam. Selang antara tiada barapa lamanya sampailah ia
ke tanah, ke pangkal pohon nyiur itu. Maka didapatinya Tuan Puteri ada menanti terlalu
amat kurus pucat warna mukanya oleh kemasghulan bercinta akan suaminya, tambahan
pula dukacita hatinya akan saudaranya Raja Muda hendak berjalan itu. Maka Raja
Bujang Selamat pun sampailah menunjukkan nyiur gading kepada isterinya. Maka
disambut Tuan Puteri dengan sukacitanya lalu disantapnya.
Arakian, maka tersebutlah inang pengasuh Raja Muda, setelah tinggi hari
dinanti-nanti oleh inang pengusuh, rajanya belun bangun lagi. Maka pergilah pengasuh
yang tua masuk kedalam peraduan menyingkapkan tirai kelambu peraduan itu.
Dilihatnya tiadalah tuannya itu lagi. Maka inang itu pun menangislah berkhabarkan hal
itu kepada budak-budak kundangnya. Maka sekalian isi istana itu pun menangislah
berkeliaran ke sana ke mari mencari segenap taman dan tempat permainan sehari-hari itu,
tiadalah juga jumpa; Maka sudah lama dicari, maka inang yang tua pun pergilah
menghadap baginda ke dalam istana besar dan kepada Tuan Puteri da atas:
permaklumkan hal-ehwal anakanda baginda yang sudah hilang itu. Maka baginda dan
Tuan Puteri Lindungan Bulan kedua berputera tiadalah terkata-kata lagi sehingga tunduk
menangis bercucuran air matanya sahaja.