You are on page 1of 7

CONTOH PERLEMBAGAAN KELAB HOKI

Contoh perlembagaan ini adalah merupakan panduan dan badan sukan


berkenaan perlu menyesuaikan contoh ini dengan keperluan masing-masing.
Secara asasnya perlembagaan badan sukan perlu mempunyai perkara-perkara
berikut:
FASAL 1. NAMA
FASAL 2. TEMPAT URUSAN
FASAL 3. DEFINISI
FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT
FASAL 5. LOGO/LAMBANG
FASAL 6. KEAHLIAN
FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI
FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
FASAL 10.
FASAL 11.
FASAL 13. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
FASAL 14. TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
FASAL 16. MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK(mengikut mana berkenaan)
FASAL 17. TUGAS-TUGAS MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN
FASAL 18. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
FASAL 19. TUGAS AHLI MAJLIS/ AHLI JAWATANKUASA INDUK
FASAL 21. KEWANGAN
FASAL 24. PENAUNG/ PENASIHAT
FASAL 25. PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 26. LARANGAN
FASAL 27. PEMBUBARAN
* Sila taip dalam bentuk selang 2 baris (double spacing) untuk memudahkan
Semakan
PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

1. OBJEKTIF AM

Guru-Guru dan murid-murid akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau
persatuan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli
kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai


aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan


berwawasan.

2. OBJEKTIF KHUSUS

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam
konteks kependidikan dan kepimpinan

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan
kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara


berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
3. KELAB ATAU PERSATUAN

Definisi:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan


berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan
mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

3.1 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan


kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

d. Berkongsi sumber dan peralatan.

e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi


kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi


masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat

b. Aktiviti dan kegiatan

c. Peraturan

d. Perlembagaan

Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar
dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.
Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar

Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau
Guru Besar

Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :

a. Memilih Ahli Jawatankuasa

b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan

c. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan

d.Mengoperasikan kelab atau persatuan

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Prosedur Penubuhan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja

2. Draf Perlembagaan Persatuan

3. Draf Aktiviti Tahunan.

4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.

5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru Besar)

6. Pengendalian Mesyuarat Agung:

i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung.

ii. Mesyuarat Agung.


Kelab Hoki,
Sekolah Kebangsaan Labu Besar,
09010 Kulim,
Kedah.
No. Tel : 04-4037688
_____________________________________________________________________
Ruj kami : SKLB/09/01/01(1)
Tarikh : 27 Febuari 2011

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labu Besar,
09010 Kulim,
Kedah.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB HOKI

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya …En. Azizul Rahim Bin Ismail……
berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196,
yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Kelab Hoki, Sekolah Kebangsaan Labu Besar mulai 1 Mac 2011.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas (Pelan Taktikal dan Operasi 2011)
2.3 Pelan Strategik 2011-2015

3. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih.

Sekian.
“MAJULAH SUKAN UNTUK SKLB”

Saya yang menurut perintah,

………………………………….
(AZIZUL RAHIM BIN ISMAIL)
Guru Penasihat,
Kelab Hoki,
Sekolah Kebangsaan Labu Besar,
Kulim, Kedah.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku.
Kuala Lipis, Pahang.

____________________________________________________________________
Ruj kami: SKPT06/09/01/(01)
Tarikh : 08 Januari 2009

Guru Penasihat,
Persatuan Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Merujuk surat tuan SKPT 09/01/01( 01) bertarikh 01 Januari 2005 dinyatakan bahawa
dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A)
196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa
Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis adalah diluluskan
berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang


diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta
Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut Perintah,


(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN)
Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Sekolah Kebangsaan Labu Besar,

Kuala Lipis Pahang

s.k. - Fail Timbul

You might also like