You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU

JXEA 1104

TAJUK: SYAIR NASIHAT, SYAIR KELEBIHAN

ILMU: ILMU ITU BEKALAN HIDUP

SHAH NORAISA BINTI SUHAIMI JEA 080124

PENSYARAH: DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/ 2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,

UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN

Istilah syair dikatakan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum.

Dalam bahasa Melayu istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Mengikut

Harun Mat Piah, 1989 syair Melayu dikatakan tidak beracunkan syair daripada tradisi

Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair Melayu sudah mempunyai bentuk dan

acuan melayu asli masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu,terdapat juga pendapat

yang menyatakan syair melayu menerima pengaruh puisi Arab. Orang melayu mula

mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam melayu melalui pengkajian kitab

yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma; Fusus al-Hikam, Al-Insan al-kamil

yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.

Karya klasik yang dipilih untuk tugasan ini adalah syair nasihat iaitu syair kelebihan

ilmu: ilmu itu bekalan hidup. Syair ini dituturkan oleh Haji Abdul Rahim Shafie kepada
wahyunan Haji Abd.Gani dan Mohamad Shaidan ini mengutarakan tema ilmu sebagai

hidup. Dalam syair ini diceritakan tentang peranan ilmu sebagai pedoman hidup, harga

ilmu yang tidak ternilai, ilmu sebagai panduan hidup, ilmu menjamin kesejahteraan hidup

di dunia dan akhirat serta kuasa ilmu yang tidak dapat disekat.

Dalam syair kelebihan ilmu sebagai bekalan hidup ini, falsafah yang ingin

diutarakan oleh penyair adalah mengenai kepentingan ilmu sebagai bekalan hidup.

Dalam rangkap pertama syair ini,penyair ada menyebut tentang peranan ilmu yang sangat

penting kerana ilmu pengetahuan yang luas membolehkan seseorang menguasai dunia

dan tanpa ilmu seseorang mudah untuk menjadi jahil dan sesat. Ilmu dikatakan sangat

berharga kerana ilmu yang digunakan sebaik mungkin akan mendatangkan kebaikan

sehingga ke akhir hayat.Ilmu juga dikatakan tidak ternilai harganya dan tidak dapat

disamakan dengan benda lain di dunia ini. Seseorang yang mempunyai ilmu mampu

untuk menerokai dunia kerana kuasa ilmu itu tidak dapat disekat.

Dalam syair ini,penyair menyatakan peranan ilmu sebagai penyuluh hidup.

Martabat seseorang individu akan meningkat dalam masyarakat dengan adanya ilmu

pengetahuan dalam diri. Ilmu pengetahuan mampu menjadi penghibur kepada hati yang.

Hal ini dijelaskan oleh penyair dalam rangkap kelima syair. Selain itu, dalam syair ini

ilmu duka dan menjelaskan keadaan di akhirat. Ilmu juga boleh dijadikan pelindung diri

diutarakan sebagai suatu yang penting untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

serta ilmu mempunyai kegunaan yang sangat luas. Dalam rangkap terakhir, penyair ada

menyebut tentang kegunaan ilmu pengetahuan yang sangat penting dan boleh menjadi
cita-cita bagi orang yang bijak. Dalam rangkap ini juga, penyair menerangkan tentang

cabang ilmu yang sangat luas dan menyeru masyarakat supaya menuntut ilmu hingga ke

akhir. Keseluruhan syair ini membincangkan tentang kepentingan dan kelebihan ilmu

sebagai bekalan hidup. Ilmu pengetahuan seringkali dikaitkan dengan bidang

pendidikan.

Ramai tokoh menggunakan dan mengaitkan ilmu dengan mengeluarkan pelbagai

falsafah dan pandangan mereka. Dalam falsafah islam,ilmu dianggap sebagai suatu

sumber yang kekal dan mapan sifatnya serta ilmu pengetahuan dikatakan mampu

melahirkan insane yang baik [al-Attas,1991: vi dan 23]. Hal ini sesuai dengan syair

nasihat iniyang mana penyair menekankan tentang ilmu iti suatu yang kekal dan tidak

akan terpisah daripada manusia sehingga ke akhir hayat. Keadaan ini dapat dilihat dalam

rangkap kedua syair nasihat ini. [Ilmu berfungsi sebagai himpunan prinsip, kepercayaan,

konsep, andaian dan premis yang ada hubungan erat dengan amalan pendidikan yang

ditentukan dalam bentuk yang lengkap melengkapi, bertalian dan selaras yang berfungsi

sebagai teladan dan pembimbing [Hassan Langgulung,1991; 43-44]. Pandangan ini jelas

mengaitkan ilmu pengetahuan dengan bidang falsafah iaitu falsafah pendidikan, Situasi

ini yang ingin disampaikan oleh penyair dalam karyanya.

Keadaan ini dapat dilihat dalam rangkap kedua syair nasihat ini, yang mana

penyair menyatakan mengenai ilmu pengetahuan yang sukar dipisahkan daripada


seseorang atau manusia sehingga ke akhir hayat dan ilmu pengetahuan yang

dimanfaatkan atau digunakan sebaik mungkin boleh mendatangkan kebaikan sehingga ke

akhir hayat.

Dalam rangkap keempat syair ini pula, penyair menekankan fungsi ilmu sebagai

penyuluh hidup yang boleh dikaitkan dengan falsafah pendidikan yang dikeluarkan oleh

Hassan Langgulung. Falsafah sering dikatakan berkait rapat dengan ilmu pengetahuan.

Defisi falsafah dari sudut bahasa sendiri yang membawa maksud cinta akan hikmah atau

cinta akan kebijaksana memperlihatkan hubungan yang rapat antara ilmu pengetahuan

dengan bidang falsafah. Malah falsafah itu sendiri dikatakan salah satu daripada cabang

ilmu pengetahuan. Hal ini disokong oleh Immanuel Kent iaitu seorang ahli falsafah barat

moden yang menganggap bidang falsafah sebagai ilmu yang menjadi pokok atau pangkal

segala ilmu
PENUTUP

Kesimpulan, melalui karya klasik iaitu syair nasihat kelebihan ilmu; ilmu itu bekalan

hidup yang dituturkan oleh Haji Abd Rahim Shafie ini dapat disimpulkan bahawa penyair

menekankan isu kepentingan ilmu sebagai bekalan hidup.penyair menekankan kelebihan

ilmu pengetahuan adalah asas atau focus utama syair ini. Secara rumus bidang falsafah

memeng berkait rapat dengan ilmu pengetahuan.Immanuel Kant [1724-1804m] yang

merupakan ahli falsafah moden mengutarakan pandangan yang menganggap bidang

falsafah sebagai ilmu yang menjadi pokok atau pangkal segala ilmu.

Syair Nasihat

Syair Kelebihan Ilmu:Ilmu Itu Bekalan Hidup

Berkata ilmu akulah sultan


Kerajaan aku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan

Ilmu itu gemala sakti


Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati

Harganya tidak dapat ternilaikan


Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya bersukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan
Jasa seorang ialah taulan
Teman berbeka suluh berjalan
Jasa berhimpun ialah pengenalan
Hiasan penyata polan si polan

Bagi yang duka ia perghibur


Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kandil di dalam kubur
Lamun dengannya beramal subur

Ialah penarang ke jalan syurga


Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai ialah telaga
Laut yang luas ialah juga

Ialah alat sangat berguna


Idaman orang yang bijaksana
Hampirnya luas pandang sejuta
Tepinya ajal sempadan fana

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor Darul Ehsan:

Synergymate Sdn. Bhd

Hashim Bin Haji Musa.2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu.

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Mutiara Sastera Melayu Tradisional.

Penyelenggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like