You are on page 1of 63

Isu-isu etika guru

Kesantunan guru
Kepedulian guru
Penampilan guru
Berniaga di sekolah
Pengurus masa
Pengurus kewangan
KESANTUNAN GURU
• Kesantunan berpakaian
• Kesantunan tingkah laku
• Kesantunan berbahasa
Kesantunan berpakaian
• Jenis pakaian yang digunakan;
• Fesyen pakaian tersebut;
• Solekan yang digunakan oleh guru;
• Berpakaian sopan sesuai dengan etika
berpakaian;
• Tidak boleh berpakaian yang dapat
merangsang orang lain (terutama dari jenis
jantina berlainan);
Kesantunan berpakaian
• Pakaian tembus pandang (transparence),
menampakkan bahagian badan, blause yang
terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
• Kesesuaian berpakaian sama ada ke majlis
rasmi atau majlis santai.
Kesantunan tingkahlaku
• Ialah tatacara bertindak atau gerak geri guru
ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu.
• Contohnya:-
• ibu bapa yang datang berurusan di sekolah;
• berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan;
• duduk di dalam kelas;
• berhadapan dengan orang yang kita hormati;
• Berjalan di tempat umum;
Kesantunan tingkahlaku
• Waktu makan bersama:-
• Kesantunan dalam cara duduk;
• Cara mengambil makanan;
• Cara makan atau mengunyah;
• Cara menggunakan senduk;
• Cara membersihkan mulut;
• Cara memakai tusuk gigi.
Kesantunan berbahasa
• Tercermin dalam cara guru berkomunikasi
sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa.

• Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil


kira norma-norma budaya dan tidak hanya
sekadar menyampaikan idea yang difikirkan
sahaja.
Kesantunan berbahasa
• Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-
unsur budaya yang ada dalam masyarakat
setempat.
• Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah
sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
• Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan
berbahasa denan betul mungkin akan dianggap
sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh,
egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice (1975)

• Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan


penggunaan implikasi perbualan dalam
meneroka sesuatu kewajaran.
• Ini bermaksud guru perlu memberikan
pendapat atau berucap sebagaimana yang
dikehendaki sahaja.
• Guru perlu mengambil kira ketepatan apa yang
dituturkan, tempat perbincangan dan
kewajaran pertuturan tersebut.
Grice telah mengemukakan 4 prinsip;

• 1) Kuantiti (sempurna): memberi maklumat


yang cukup berguna dan memastikan
maklumat tidak melebihi daripada apa yang
sepatutnya.
• 2) Kualiti (betul): tidak menyebut sesuatu yang
difikir akan tidak betul dan tidak menyebut
sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti.
• 3) Kesinambungan: bahan mempunyai
kesinambungan dan relevan maklumatnya.
• 4) Cara penyampaian (sejelas mungkin):
elakkan kesamaran dan terlalu ringkas,
laksanakannya secara teratur.
Model Kesantunan Lakoff (1978)
• Lakoff menyarankan 3 prinsip sekiranya
sesuatu perbualan ingin mengekalkan
keharmonian dalam perbualan tersebut.
• Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang
berikut;
• 1)jangan memaksa
• 2)berikan pilihan
• 3)jadilah pendengar selesa
Jangan memaksa
• Merupakan prinsip untuk mengekalkan
kesantunan formal bagi mengekalkan jarak
pendengar dengan penutur.
• Ini bermakna kedua-dua pihak, sama ada
penutur atau pendengar tidak boleh memaksa
salah seorang daripada mereka untuk terus
berkomunikasi.
• Situasi sebegini akan memberikan keselesaan
kepada mereka semua.
Jangan memaksa
• Sebagai contohnya ketika berada di dalam
sesebuah kelas, guru tidak seharusnya
memaksa murid untuk terus mendengar
sahaja apa yang hendak diperkatakan.
• Sebaliknya guru harus juga bersikap terbuka
untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan
oleh murid mereka.
Berikan pilihan
• Merupakan prinsip dalam situasi tidak formal.
• Keadaan ini memberi peluang kepada
pendengar membuat pilihan menerima atau
menolak sesuatu permintaan, berfikir dan
bertindak balas terhadap permintaan yang
bersesuaian dengan kehendaknya.
• Dalam konteks di dalam sebuah kelas, guru
harus memberikan pilihan kepada murid untuk
berkomunikasi demi pembelajaran mereka.
Berikan pilihan
• Komunikasi dua hala atau pelbagai hala sangat sesuai
untuk digunakan oleh guru.
• Ini bermaksud guru boleh berkomunikasi dengan
murid, murid dapat bertindak dan memberi respon
terhadap apa yang diperbincangkan dan dalam masa
yang sama murid juga boleh berinteraksi sesama
mereka demi mendapatkan hasil pembelajaran yang
maksimum.
• Dalam proses komunikasi tersebut, setiap aspek
kesantunan perlulah diamalkan.
Jadilah pendengar selesa
• Akan merapatkan hubungan yang baik antara
penutur dengan pendengar.
• Ini akan menonjolkan perasaan positif penutur-
pendengar dan digunakan dalam kalangan
mereka yang ingin menjalinkan hubungan yang
lebih rapat.
• Namun begitu model ini hanya tertumpu
kepada kepentingan pendengar dan bersifat
egosentrik.
Jadilah pendengar selesa
• Penutur akan melakukan apa sahaja demi
kepuasan pendengar.
• Model ini mengutamakan kepentingan pendengar,
tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa
bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.
• Oleh yang demikian, guru harus bijak memilih
prinsip yang boleh digunakan semasa berinteraksi
cengan murid supaya akhirnya metlamat
pembelajaran akan dapat dicapai.
Prinsip kesantunan Leech (1983)
• Leech membina prinsip kesantunan atas
prinsip kualiti.
• Prinsip kesantunan bermaksud penghubung
tersirat yang penting iaitu menjalinkan prinsip
kerjasama dengan masalah bagaimana
menghubungkan maksud dengan kuasa.
6 prinsip kesantunan yang dikemukakan oleh
Leech iaitu;
• 1)santun/berhemah; meminimumkan kos dan
memaksimumkan faedah kepada orang lain.
• 2)budiman; meminimumkan faedah atau
manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri
sendiri.
• 3)sokongan/berkenan; meminimumkan cacian
dan memaksimumkan pujian terhadap orang
lain.
6 prinsip kesantunan yang dikemukakan oleh
Leech iaitu;
• 4)merendah diri/kerendahan hati;
meminimumkan pujian, memaksimumkan
cacian terhadap diri sendiri.
• 5)persetujuan; meminimumkan perbalahan,
memaksimumkan persetujuan antara diri
dengan orang lain.
• Simpati; memaksimumkan simpati antara diri
dengan orang lain.
4 fungsi komunikasi dalam prinsip
santun/berhemah;
• 1)persaingan; matlamat perhubungan adalah
berbentuk persaingan dengan matlamat sosial
seperti memerintah, mendesak, merayu.
• 2)beramah tamah; matlamat perhubungan
sama dengan matlamat sosial seperti
mempelawa, menyapa, mengucapkan terima
kasih.
4 fungsi komunikasi dalam prinsip
santun/berhemah;
• 3)kolaboratif; matlamat perhubungan tidak
peka terhadap matlamat sosial, seperti
menyatakan dan mengumumkan.
• 4)berkonflik; matlamat perhubungan
berkonflik dengan matlamat sosial seperti
mengancam atau menuduh.
KEPEDULIAN GURU
• Dari segi moral, pendekatan kepedulian
merupakan kesanggupan seseorang untuk
berkorban demi orang lain.
• Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah
‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan
‘menyayangi’, yang melibatkan responsif
sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap
keterbukaan dan perhatian terhadap
pengalaman mereka.
4 komponen penting dalam pendekatan ini,
iaitu:
• Modeling
• Dialog
• Praktis
• Kepastian
Modeling
• Komponen ini adalah penting dalam
menunjukkan bagaimana kita mengambil
berat terhadap orang tersayang, iaitu murid
kita.
• Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada
murid bagaimana untuk mengambil berat dan
menyayangi dengan cara membuat hubungan
yang baik terhadap mereka.
Modeling
• Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh
oleh murid lain di kelas itu.
• Mereka juga sudah tentu akan lebih
menyayangi dan mengambil berat perihal
rakan sekelas.
• Keadaan seumpama ini sudah tentu akan
dapat menjalinkan hubungan rapat antara
guru dan murid.
Dialog
• Komponen ini bukan sahaja hanya melibatkan
percakapan atau perbualan semata-mata,
tetapi ianya mempunyai pembuka dan
penutup, di mana kedua-dua pihak
mengetahui keputusan atau matlamat yang
akan dicapai melalui aktiviti berdialog.
• Ia memberikan murid peluang untuk bertanya
dan membantu kedua-dua pihak mencapai
keputusan yang seimbang dan dipersetujui.
Dialog
• Guru yang mengamalkan komponen ini pula
akan sentiasa mewujudkan komunikasi dua
hala di dalam kelasnya.
• Komunikasi yang baik antara guru dan murid
sudah tentu akan meningkatkan penglibatan
murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi
kualiti pengajaran guru.
Praktis
• Komponen ini juga hampir sama dengan
komponen modeling di mana guru akan
mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan
kasih sayang di antara guru dan murid.
• Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada
seorang murid.
• Apabila guru berbuat demikian, murid itu
mengucapkan terima kasih.
Praktis
• Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu
merupakan salah satu praktis.
• Praktis yang dilakukan secara bersungguh-
sungguh juga akan dapat menggalakkan
hubungan baik antara guru dan murid.
Kepastian
• Perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang
terbaik daripada orang lain.
• Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita
mengenali seseorang dengan cukup rapat
untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak
capai.
Kepastian
• Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat
murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih
kepada belajar menggunakan teknologi
maklumat, misalnya komputer, guru perlu
menggalakkan aktiviti tersebut.
• Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan
rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan
mereka sudah tentu akan melibatkan diri
secara aktif dalam pengajaran guru.
PENAMPILAN GURU
• Hendaklah menampilkan watak terpuji,
berimej, berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik yang unggul.
• Menunjukkan sifat yang positif.
• Mengamalkan semua nilai murni dalam
kehidupan seharian dan ketika melaksanakan
tugas sebagai seorang guru.
Guru mestila mempunyai sifat:-
• Sabar yang tinggi
• Mesra
• Bertimbang rasa
• Kesediaan mendengar
• Kesediaan menerima kritikan
• Rajin
• Adil
• Periang
• Berdedikasi
• Kreatif dan inovatif
Penampilan sifat rohaniah
• Keimanan yang kental kepada Allah swt;
• Keimanan kepada hari akhirat, hari
pembalasan dan seluruh para rasul;
• Sifat-sifat keimanan asas yang lain.
Penampilan sifat-sifat akhlak
• Sentiasa bercakap benar dan jujur;
• Menepati janji, amanah dan ikhlas dalam
perkataan dan perbuatan.
• Penampilan sebegini akan menjadikan guru
sentiasa merendah diri, sabar, tabah dan
cekal, pemaaf dan toleransi serta sentiasa
meyanyangi murid, mementingkan orang lain
dan pemurah.
Penampilan sifat-sifat mental
• Cerdas (kepintaran teori, amali & sosial);
• Menguasai mata pelajaran yang diajar;
• Luas pengetahuan am;
• Cenderung kepada pelbagai bidang;
• Kecenderungan dan memahami keperluan
murid;
• Fasih & petah dalam penyampaian
pengajaran.
Penampilan sifat kejiwaan
• Sifar tenang dan emosi yang mantap;
• Optimistik dalam hidup (penuh harap kepada
Allah dan tenang jiwa mengingatiNya);
• Bersifat lemah lembut dan baik dalam
pergaulan;
• Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri
dalam masyarakat.
Penampilan sifat fizikal
• Sihat tubuh badan;
• Terhindar dari penyakit;
• Berpewatakan cantik/tampan;
• Kemas;
• Bersih.
Faktor penampilan diri guru
• Faktor pendidikan
• Faktor pengalaman
• Faktor persekitaran
Faktor pendidikan
• Lebih menfokuskan pendidikan awal yang
diterima oleh seseorang guru.
• Kebiasaannya guru yang terdidik dalam
keluarga yang mementingkan penampilan
sahsiah diri, turut akan menonjolkan
penampilan diri dalam amalan kehidupan dan
perkhidmatan yang mereka ceburi.
Faktor pengalaman
• Pengalaman hidup dan kerja seseorang guru
dapat mempengaruhi sikapnya, sama ada ke
arah yang lebih positif atau negatif;
• Sebagai guru permulaan, anda harus berusaha
untuk mebentuk penampilan diri yang posotif
dengan merujuk kepada mereka yang lebih
berpengalaman dalam sesebuah sekolah yang
ditempatkan kelak.
Faktor persekitaran
• Amat luas skopnya termasuklah keluarga,
kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa,
pengalaman dan masyarakat;
• Persekitaran yang baik dan harmonis boleh
mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya;
• Guru seharusnya mempunyai jati diri agar mereka
tidak terpengaruh dengan penampilan negatif
yang ditunjukkan oleh persekitaran mereka.
BERNIAGA DI SEKOLAH
• Perniagaan bermaksud perihal urusan jual
beli yang melibatkan barangan dan bertujuan
untuk mencari keuntungan
• Melibatkan produk ataupun perkhidamatan
kepada pelanggan
1) Ramai guru terlibat dalam perniagaan di
sekolah samada secara terus ataupun sistem
MLM ( Multilevel Marketing)
• Guru yang terlibat mula beralih arah dan
melepaskan tanggungjawab dan hilang daya
tumpuan dalam mengajar khususnya yang
terlibat dalam MLM
– Berjaga malam
– Merebak disekolah
• Menyalahi etika kerja
• Tugas sebenar dianggap sampingan
• Tidak menghargai amanah yang diberikan
kepada mereka
2) Ketika musim perayaan juga menimbulkan
peluang berniaga
• Peluang berniaga kuih raya, baju raya,
tempahan pakaian, perhiasan wanita dan
ianya membelakangkan tanggungjawab utama
guru
• Mewujudkan budaya yang tidak baik di
sekolah
3) Minggu suai kenal dengan menjadi tempat
individu yang dijemput mempromosi
barangan mereka kepada ibu-bapa
4) Guru berkempen murid menyertai tuisyen
yang dijalankan
– Melewatkan sukatan pelajaran
– Memberikan penumpuan yang berbeza
– Mengambil untung
– Menggunakan sekolah sebagai tempat tuisyen
– Menggagalkan atau memberi markah rendah
kepada murid yang disasarkan
– Menggunakan kemudahan sekolah untuk tuisyen
– Menjual makanan ketika kelas tuisyen kerana tiada
kantin
5) Persoalan :
• Gaji guru tidak mencukupi sehingga terpaksa
berniaga disekolah?
• Kerjaya guru merupakan salah satu kerjaya di
Malaysia yang mendapat gaji paling rendah
dalam sektor awam
• Masyarakat menilai sesuatu pekerjaan melalui
duit yang diterima bukan apa yang dilakukan
• Kemungkinan masalah kekurangan guru
seperti doktor yang lebih cenderung ke sektor
swasta
KERJAYA SAMBILAN
• Kerja sementara untuk menambah
pendapatan
• Pengalaman bekerja menjelaskan erti
kehidupan sebenar
• Menerap nilai menepati masa, mengikut
arahan,rajin dan menggunakan minda serta
labih berwawasan
• Tekanan hidup memaksa guru dikawasan bandar
mencari alternatif menambah pendapatan
– Kos sewa rumah
– Perbelanjaan keluarga
– Bebanan hutang
• Contoh kerja sampingan yang dilakukan guru :
– Pengajar tuisyen/pusat tuisyen
– Penceramah seminar
– Berniaga di pasar malam
– MLM (Multilevel Marketing)
– Memandu teksi
• Aktiviti kerja sampingan selepas waktu di
sekolah membawa kesan negatif
– Keletihan dan lesu
– Perancangan mengajar tidak lengkap
– Tiada tumpuan mengajar
• Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 1 Tahun 1999 dimana ianya untuk
memantau dan memberi kebenaran kepada
individu yang terlibat
• Antara panduan yang ditetapkan ialah :
– Ketika memohon telah disahkan jawatan
– Kerja sampingan tidak melebihi 4 jam seminggu
– Markah prestasi tahunan anda haruslah tinggi
iaitu bersamaan atau melebhi 80% bagi tahun
sebelumnya
– Kerja sampingan tidak mengganggu tugas rasmi
– Tidak dibenarkan menggunakan peralatan
pejabat/ sekolah
– Pemohon dapat sokongan Ketua Jabatan masing -
masing
• Guru – guru yng terlibat, terikat dengan
pekeliling dan syarat-syarat peraturan 5(3),
Peraturan – Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
– Tidak melakukan aktiviti dalam waktu pejabat dan
pada ketika anda dikehendaki menjalankan tugas
rasmi
– Tidak dengan apa cara menjejeaskan kegunaan
anda sebagai pnjawat awam
– Tidak dengan apa – apa cara bercanggah dengan
kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar
dengan kedudukan anda sebagai pegawai awam
PENGURUS MASA
• “Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di
dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan
beramal soleh serta berpesan-pesan dengan
kebenaran dan berpesan kepada kesabaran”
• Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan
dan kaedah atau teknik untuk merancang masa dengan
sesuai untuk mencapai matlamat anda
• Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan masa
yang baik untuk mandapat kesan yang maksimum
• Taktik penting yang perlu diketahui :
– Tentukan keutamaan
– Merancang masa depan dan tuliskannya
– Membaca dengan laju dan menulis dengan cepat
– Tidak melakukan perkara tidak penting
– Delegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain
– Mengikut seminar yang boleh meningkatkan kemahiran
– Memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya
– Elak menangguh kerja
– Seimbangkan masa untuk kerjaya,keluarga dan
masyarakat
• Kehilangan masa melibatkan :
– Keluarga
– Rakan
– Aktiviti tidak berfaedah
– Pengaruh media massa
– Sikap
• Kaedah mengurus masa :
– Senaraikan semua aktiviti yang mahu dijalankan
dalam 1 hari
– Susun aktiviti berdasarkan kepentingan
– Elak senarai aktiviti tidak berfaedah
– Agihkan masa untuk setiap aktiviti
– buat jadual untuk aktiviti
– Disiplinkan diri
– Jadual sehari kemudian seminggu

PLAN
ACT

DO

CHECK
• Kesan menguruskan masa dengan berkesan :
– Terurus
– Produktif
– Kurang tertekan
– Lebih mempunyai banyak masa melakukan aktiviti
yang bermakna dalam kehidupan
i. Mengubah tabiat lama yang negatif
– Menangguhkan kerja atau tugasan perlu dikikis
dan dibuang daripada sikap guru untuk menjadi
lebih efisen.
ii. Komunikasi
– Komunikasi amat penting dalam menyampaikan
maklumat. Ianya perlulah tepat, jelas, mudah difahami
agar masa yang digunakan menjadi lebih efisen
iii. Penumpuan
– Perlu mahir membezakan pengurusan masa untuk
sesuatu aktiviti
– Aktiviti yang memerlukan sepenuh penumpuan adalah
seperti berikut :
 masa beribadat, bekerja, menambah intelektual,
keluarga, bermasyarakat dan bersosial dan berehat
PENGURUS KEWANGAN
Elaun atau gaji anda tidak mencukupi?
Mempunyai wang simpanan kecemasan?
Bebas dari bebanan hutang?
• Guru harus manjadi pengurus kewangan yang cekap
kerana ia memberi kesan kepada kejayaan guru di
dalam kelas
• Aspek pengurusan kewangan disekolah :
– Gaji sendiri, yuran murid kelas anda dan yuran PIBG
– Pengutan wang murid perlu surat kuasa
– Kutipan segera diserah kepada pejabat
• Segala dokumen yang berkaitan perlu lengkap
sebagai bukti
• Segala rekod perlu disimpan dengan teratur
agar mudah disemak
• Segala wang memerlukan pengeluaran resit
sebagai bukti
• Tidak boleh melakukan Perbelanjaan Tanpa
Kebenaran atau melakukan urusan tanpa
kebenaran
• Perkara yang guru perlu perhatikan :
– Kenalpasti KEPERLUAN dan KEMAHUAN
– Sediakan peruntukan untuk “emergency buffer”
– Buat keputusan bagaimana wang sepatutnya
dibelanjakan
– Fokus pada matlamat jangka pendek dan panjang
– Kenalpasti kebocoran dalam corak perbelanjaan dan
tanganinya
– Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang dan
bukan pendapatan ramalan
– Mengingtakan diri sendiri tentang kepentingan
pengurusan kewangan
– Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga

You might also like