You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA

JXEA 1104

TAJUK : HIKAYAT MUHAMMAD HANAFIAH


NAMA : MOHD FAIZ BIN YUSOF

NO. MATRIK : JEA 080 166

SEMESTER : 1

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH


Hikayat Muhammad Hanafiyyah

Hikayat Muhammad Hanafiyyah merupakan salah satu teks sastera lama

yang sangat penting dari segi isi, khususnya dari segi emosi ,nilai kebudayaan dan

sosio politik. Hikayat ini sudah terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

pada abad ke-16 lagi. R.O.Winstedt menggolongkan Hikayat Muhammad Hanafiyyah

sebagai sastera roman yang ditemui di aceh pada tahun 1603-1604 Masihi. Beliau

berpendapat bahawa perkataan dan struktur bahasa dalam hikayat ini bersifat

arkaik.Hikayat Muhammad hanafiyyah telah tersebar ke Melaka pada tahun 1511

dan di Aceh dikenali sebagai “Hikayat napiah” (Hurgronje 1985:190-191).

Hikayat Muhammad Hanafiyyah ialah kisah yang bertemakan perjuangan

menuntut bela kematian akibat dendam.oleh sebab itu, peperangan demi

peperangan dilukiskan dengan cara yang terperinci dalam hikayat ini. Peperangan

itu melibatkan tokoh-tokoh utamanya.

Dalam kebanyakan cereka, plot dan perwatakan tidak dapat dipisahkan.Ini

disebabkan plot menjalinkan watak-watak atau tokoh untuk beraksi dan

berinteraksi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat(2005:1804),perwatakan

dimaksudkan sebagai watak seseorang keseluruhannya.Sebelum itu,penulis ingin

memperkenalkan siapa Muhammad Hanafiyyah secara ringkasnya. Hanafiyyah ialah

anak kepada Ali dan ibunya ialah Khaula Ibn Muhammad.Mengikut keturunan

ibunyalah Muhammad dikenali sebagai Muhammad Hanafiyyah.

Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah,watak amat banyak sekali.Hubungan

watak antara watak dijalin begitu menarik sekali oleh pengarang. Hal ini dilakukan
hingga menampakkan jalinan plot yang begitu menarik. Perwatakan positif yang

pertama dilihat melalui ulasan pengarang teks ini sendiri yang menampakkan sifat

Hanafiyyah yang baik. Bermula pada bahagian awal hinggalah akhir teks,sifat baik

Muhammad Hanafiyyah digambarkan oleh pengarang apabila kedatangan

Muhammad Hanafiyyah adalah untuk menuntut kematian saudaranya iaitu Hassan

dan Hussein. Hal ini bermaksud niat utama yang tertanam dalam hati Muhammad

Hanafiyyah ialah menuntut bela.Baris yang dapat menggambarkan tindakan

Muhammad Hanafiyyah selepas menerima surat daripada utusan Hussein ialah:

Maka Muhammad Hanafiyyah pada ketika itu juga keluar dari negeri Buniara,sekira-

kira empat keruh bumi jauhnya, disanalah Muhammad….(hlmn249,baris 47-

49).Tindak balas atau aksi pertama yang ditunjukkan oleh Muhammad Hanafiyyah

sudah cukup untuk menunjukkan Muhammad Hanafiyyah seorang yang baik hati

iaitu ingin menuntut bela.

Selain itu, Hanafiyyah juga digambarkan seorang yang bijak dalam

peperangan.Kebijaksanaan dalam peperanganadalah salah satu senjata bagi

seseorang selain dari aspek lain untuk mendapat kemenangan dalam

peperangan.Kebijaksanaan yang dimiliki oleh Muhammad Hanafiyyah inilah yang

mungkin memberi kemenangan kepada pihaknya untuk menentang puak Yazid.

Selain watak Muhammad Hanafiyyah, tumpuan juga diberikan kepada watak-

watak yang benar-benar penting dan ada hubungkaitnya dengan pokok

perbincangan.Ia boleh dikategorikan kepada dua jenis,iaitu watak bulat dan watak

leper. Watak-watak bulat yang terpenting ialah Ali,Hussain,Muawiyah dan yazid.

Watak-watak leper ialah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Mariam,

Hawa, Hajar, Sarah dan lain-lain.


Dari segi perwatakan,watak-watak bulat yang dikemukakan terbahagi kepada

dua kumpulan iatu protagonis dan antagonis. Tokoh-tokoh protagonisnya ialah

Ali,Hassan dan Hussain.Muawiyyah dan Yazid ialah tokoh-tokoh antagonis. Tokoh-

tokoh protagonisnya digambarkan sebagai manusia yang sempurna lahir dan

batinnya.Antagonisnya diberi gambaran penuh keburukan.

Tokoh-tokoh protagonis digambarkan sebagai pahlawan-pahlawan yang

terbilang,tiada tolok bandingnya,serta terlalu dibesar-besarkan hingga melebihi

kemampuan dan kebolehan manusia biasa.Unsur ini dapat dikesan dalam setiap

peperangan yang diceritakan. Semua peperangan yang dilukiskan dalam Hikayat

Muhammad Hanafiyyah melibatkan Ali dan anak-anaknya dengan Muawiyyah dan

Yazid.

Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah terdapat plot cerita yang terdiri

daripada beberapa bahagian.Bahagian yang pertama iaitu permulaan kehidupan

Nabi Muhammad serta Hassan dan Hussein semasa kecil.Nabi Muhammad ,

Fatimah, Hassan dan Hussein ialah ahlul bait iaitu penghuni rumah Nabi Muhammad

yang penuh dengan cahaya keimanan dan sering dikunjungi oleh malaikat. Jibrail

telah mengunjung ke dalam keluarga Nabi Muhammad dan mengayun buaian

Hasan dan Husain sewaktu Ali dan Fatimah sedang solat dan meramalkan masa

depan merka melalui pakaian.

Bahagian kedua pula memaparkan kehidupan masyarakat islam setelah Nabi

Muhammad dan Fatimah wafat.Abu Bakar menjalankan pentadbiran jawatan

khalifah.Dalam upacara sayembara memilih jodoh, Syaharbanun memilih Hussain

sebagai bakal suminya(tradisi Arya).Kini kekhalifahan di bawah pemerintahan

Umar.Beliau meneruskan tradisi melarang Marwan Hakim pulang ke Madinah.Umar


wafat ditikam oleh Abu LuklukUsman dipilih menjadi khalifah.Pentadbiran Usman

bersifat kroni dan nepotisme.Timbul kontroversi pelantikan antara Marwan dengan

Muhammad Abu Bakar. Pengikut Muhammad Abu Bakar telah membantah.Hassan

dan Hussain turut membantu Usman.Akhirnya Usman Terbunuh.

Ketika menjadi khalifah,Ali sentiasa berhadapan dengan cabaran.Aisyah

membantu Muawiyah berperang dengan Ali.Setelah Muawiyah kalah,Ali,Hassan,dan

Hussain kekal di Madinah. Ali Muhammad Hanafiah memerintah di buniara,Umar

Ali,Talib Ali dan Akil Ali memerintah di Baghdad.Masib Kaka memerintah di

Iraq,Tughan Turk,Mughan Turk menjadi pemerintah di Tabriz,manakala Ibrahim Astar

memerintah tujuh.Akhirnya Ali mati dibunuh oleh Abdul Rahman Ibn Muljam.

Pada bahagian ketiga,cerita bermula apabila Muawiyyah menyuruh Abu

Hurairah melamar Zainab binti Jaafar Tayyar untuk Yazid tetapi peminangan itu

ditolak kerana zainab menerima pinangan Hassan. Pada masa yang sama

Muawiyyah juga meminta bantuan Musa Asyari melamar bekas isteri Abdullah

tetapi ditolak kerana beliau menerima lamaran daripada Hussain.Yazid mengupah

isteri Hassan meracuni Hassan lalu wafat.Yazid menaikkan dendam masyarakat

Arab pada zaman Jahiliah kerana banyak kalangan mereka yang mati dibunuh oleh

masyarakat islam.Dendam mereka itu dilaksanakan dengan cara berperang dengan

Hussain dan Hussain meminta bantuan Muhammad Hanafiyyah. Dalam peperangan

dengan Yazid di Karbala banyak keluarganya yang meninggal iaitu Kasim,Ali

Akbar,dan Hussain sendiri wafat pada 10 Muharam,hari Jumaat.

Pada bahagian keempat pula,menceritakan tentang Muhammad Hanafiyyah

menerima surat tentang Muawiyah meracun Hassan dan Yazid membunuh


Hussain.Peperangan tercetus antara keluarga Muhammad Hanafiyyah menentang

tentera Yazid. Peperangan hebat terus berlaku dan tangan Muhammad Hanafiyyah

terputus.Ibrahim Astar menyelamatkan Muhammad Hanafiyyah dengan

menyambung ke bahu dan sembuh semula.

Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah juga terdapat latar iaitu latar

masa,latar tempat dan latar masyarakat.Latar masa ialah pada zaman

pemerintahan Nabi Muhammad serta zaman pemerintahan sahabat-sahabat Nabi

iaitu khalifah Umar,Usman,Ali dan Abu Bakar.Latar tempat pula ialah di tanah Arab

tempat pemerintahan Nabi Muhammad dan latar masyarakat juga ialah masyarakat

Arab yang sering berperang dengan kaum Musyrikin.

BIBLIOGRAFI

Ali Ahmad. 1987, karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur,

kementerian Pendidikan Malaysia.

Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sd.

Bhd. 1977.

Mohd Taib Osman, 1986, Sastera Sejarah Interprestasi dan Penilaian , Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like