You are on page 1of 9

F

ALSAFA H

DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 11O4

HIKAYAT 1001 MALAM

NAMA PELAJAR : NOR ASMANIRA BINTI ZAKARIA

NO MATRIK : JEA 080187

SESI : SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH :DR.AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR :CIK HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI :AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan……………………………………………………… 1

Falsafah pemikiran tokoh……………………………………….. 2-4

Penutup………………………………………………………….. 5

Bibliografi………………………………………………………..6
HIKAYAT 1001 MALAM

PENGENALAN

Merujuk kepada buku Prof. Dr. Awang Sariyan falsafah dari sudut etimologi berasal

daripada perkataan yunani iaitu Philos bererti “cinta” dan Sophia bererti “hikmah” kata

falsafah atau falsafah dalam bahasa melayu bererti “cinta akan hikmah”. Manakala bagi

pendapat Prof. Hasyim bin Hj Musa falsafah ditaktifkan sebagai satu penyelidikan dan

satu pengajian ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan penakulan (reasoning)

Saya memilih falsafah kecurangan seorang isteri berdasarkan petikan teks

hikayat 1001 malam. Kecurangan merujuk daripada kamus tatabahasa terbitan Dewan

Bahasa Dan Pustaka bermaksud “tidak jujur” dan isteri bermaksud “perempuan yang

menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki”. Dalam petikan yang dipetik daripada

hikayat 1001 malam yang menceritakan kisah kecurangan permaisuri Raja Malik Shah

Zaman yang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang biduan istana, Peristiwa ini

telah berlaku samasa Raja Malik Shah Zaman keluar dari istana untuk memenuhi

jemputan kekandanya Raja Malik Shahriar. Tetapi malangnya di Sebabkan Baginda

tertinggalkan sesuatu hadiah untuk kekandanya maka baginda pun berpatah balik untuk

mengambilnya, ketika Raja Malik Shah Zaman masuk ke istana di situ banginda melihat

permaisuri dengan seorang biduan istana sedang bercekerama, berbalasan pantun, dan

bercumbuan. Setahu baginda walaupun sekali permaisuri tidak pernah berani keluar dari
bilik peraduan, disebabkan itulah permaisuri diberi penghormatan sepenuhnya oleh isteri-

isteri kerabat diraja Sasan

Dalam petikan ini pengarang iaitu Hasan Jauhar, Muhammad Ahmad Beranik

dan Ahmin Ahmad Al-Atar ingin mengetengahkan falsafah kecurangan seorang isteri.

Kecurangan Permaisuri Raja Malik Shah Zaman mungkin disebabkan kesunyian apabila

permaisuri selalu ditinggalkan oleh baginda. Ini menunjukkan permaisuri tidak

mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada Baginda oleh itulah Permaisuri beralih

kasih kepada seorang Biduan Istana. Masalah ini mendorong Permaisuri berlaku curang

apabila permaisuri tidak boleh meminta cerai dengan mudah daripada Raja, ini kerana

jika berlaku perceraian antara pemerintah dengan permaisuri ia akan dianggap sebagai

menghina Kerajaan dan rakyat sikit demi sedikit akan hilang penhormatan kepada

pemerintah tersebut. Kerana pemerintah dizaman tersebut mempunyai kuasa tertinggi

dan dianggap mulia dalam semua aspek pada masa itu

Kecurangan seorang isteri kepada suami merupakan dosa besar di sisi agama.

walaupun apa agama yang dianutinya. Namun kebanyakan isteri sanggup melakukan

perbuatan ini kerana terasa selamat apabila perbuatan yang dilakukan tidak diketahui oleh

suami. Falsafah kecurangn seorang isteri sinonim untuk dikaitkan dengan masyarakat

melayu sekarang kerana banyak masalah perceraian berlaku akibat isteri menjalinkan

hubungan cinta dengan pihak ketiga. Bagi pendapat isteri seperti ini mereka menganggap

masalah rumah tangga yang dihadapi akan selesai dengan adanya pihak ketiga walhal

mereka sepatutnya duduk semeja untuk berbincang masalah yang ditanggung dan
dihadapi masing-masing. Kecurangan yang berlaku dalam rumah tanggatidak juga

kerana paras rupa dan harta benda, malam petikan 1001 malam baginda digambarkan

mempuyai paras rupa dan harta lebih banyak daripada seorang biduan istana yang tidak

mempunyai banyak kelebihan namun permaisuri sanggup berlaku curang terhadap Raja

Malik Shah Zaman . Begitu juga dalam masyarakat melayu sekarang masalah perceraian

yang berlaku kerana seorang isteri yang tidak setia dan menjalinkan hubungan dengan

lelaki lain juga terjadi pada golongan berada dan memiliki paras rupa yang elok Seorang

isteri yang melakukan perbuatan ini boleh dikatagorikan tidak mempunyai pegangan

hidup dan tidak berfikir secara waras bahawa perbuatan yang dilakukan ini akan

memburukkan dan meretakkan lagi hubungan rumah tangga mereka sendiri

Namun begitu tidak semua para isteri pada zaman sekarang dan dahulu kala

berlaku curang kepada pasangannya, hanya segelintir sahaja isteri menduakan suami

untuk memuaskan perasaan sendiri.isteri yang berlaku curang adalah kerana mereka tidak

boleh menerima kekurangan suami dan merasakan dirinya lebih baik dibanding dengan

suaminya. Namun kebanyakkan isteri dalam masyarakat melayu sekarang sudah sedia

menerima baik dan buruk suami apabila mereka berkahwin dan isteri-isteri ini akan

sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik jika berlaku perselisihan faham dalam

rumah tangga mereka disamping sentiasa mencari peluang untuk membahagiakan rumah

tangga. Hal ini mungkin juga kerana isteri pada zaman ini lebih berpendidikan

berbanding isteri zaman dahulu yang tiada pendidikan tinggi. Selain itu perkahwinan

pada dalam masyarakat melayu sekarang berlangsung apabila pasangan saling menyukai
ini berbeza dengan perkahwinan pada zaman dahulu yang kebanyakkannya perkahwinan

berlangsung atas dasar paksaan dan bukan atas kerelaan individu itu sendiri. Namun kita

dapat melihat ibu bapa kita dulu, mereka tetap menjadi pasangan yang bahagia dan tidak

berlaku curang diantara mereka walaupun perkahwinan mereka dilangsungkan tanpa

mengenali antara satu sama lain dan dirancang oleh datuk nenek kita. Ini menunjukkan

walaupun pada zaman dahulu mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi mereka

tetap hidup bahagia hinggalah sekarang. Ini bermakna tidak semua para isteri zaman

dahulu yang kurang berpendidikan berlaku curang kepada golongan suami mungkin

isteri-isteri ini mempunyai pegangan agama yang kuat dan mereka takut dengan azab

Allah jika berlaku curang.

Tindakan yang diambil oleh suami keatas isteri yang curang bukan lagi bunuh

sebagaimana tindakan Raja Malik Shah Zaman yang terus menikam permaisuri apabila

baginda melihat perlakuan permaisuri yang hina itu,kerana tindakan ini mengambarkan

Raja Malik Shah Zaman suka mengambil tindakan mengikut perasaan bukan terlebih

dahulu bertanya kepada pembesar apakah tndakan yang patut dijatuhkan kepada

permaisuri, dan hukuman yang akan dijatuhkan mistilah setimpal dengan kesalahan yang

dilakukan. Ini menunjukkan perbezaan yang besar jika dibandingkan dengan zaman

sekarang kerana pada zaman ini setiap kesalahan yang dilakukan mestilah merujuk

kepada undang-undang Negara walaupun seorang pemerintah yang bersalah dan tindakan

bunuh pula amat susah untuk dijatuhkan kepada seorang pesalah disamping itu setiap

hukuman hendaklah mengikut langkah-langkah yang betul contohnya ada hukuman

penjara, hukuman sebat dan sebagainya.


PENUTUP

Kesimpulannya kecurangan yang berlaku pada zaman dahulu dan dalam

masyarakat melayu sekarang kerana pasangan suami isteri tidak memikul tanggungjawab

masing-masing dengan sempurna.masalah ini tidak boleh dipersalahkan satu pihak

sahaja kerana jika suami menjalankan tanggungjawab dengan baik, pasangannya

mungkin tidak akan berpaling arah kepada pihak yang ketiga dan setiap tindakan yang

diambil oleh suami hendaklah dilakukan dengan sabar dan murujuk kepada hukum allah

bukan mengikut perasaan dan nafsu kerana sabda Allah menyatakan “Maka sabarlah

engkau sebagaimana, sabarnya Rasul-rasul Ulul Azmi yang mempunyai keazaman dan

ketabahan hati dari kalangan Rasul-rasul yang mendahului daripadamu dan janganlah

meminta disegerakan azab untuk mereka.”…(Surah Al-Ahqaf’s)

Petikan Hikayat 1001 Malam


Apabila baginda masok ka-istana, di-dapati-nya permaisuri-nya sedang berchengkerama

serta berbalasan pantun dengan sa-orang biduan istana. Sa-tahu baginda bahawa

permaisuri-nya itu belum pernah berani keluar hatta dari bendul bilek peraduan-nya sa-

kali pun, kerana demikian-lah penghormatan yang telah teradat bagi isteri raja2 bangsa

Sasan masa itu.

Demi di-lihat oleh raja Shah Zaman akan peristiwa yang sangat memalukan diri-

nya itu maka dengan serta-merta timbul-lah kemurkaan baginda dan api kemarahan-nya

pun naik menyala2. dengan tidak berfikir panjang lagi baginda pun segera menghunus

pedang-nya lalu menerkam permaisuri serta biduan yang sedang berchumbu2an itu.

Permaisuri serta biduan itu pun mati ditikam baginda.

BIBLIOGRAFI
Hikayat 1001 malam penggal 1 terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mutiara sastera melayu tradisional,penyelanggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia.


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 2006

Liaw Yock Fang,1991,Sejarah kesusasteraan melayu klasik1:Jakarta Penerbit Erlangga

Vansina,J,1972,Oral Tradition:A Study in Historical Methodology.London Routledge &


Kagen paut Ltd

Zainal Abidin Ahmad(Za’ba),1962,ilmu pengarang melayu:


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaliha Sharif dan Jamilah Hj Ahmad(peny),1993.kesusasteraan melayu tradisional,


Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like