You are on page 1of 6

S/K.KEW/PK/KP/9999/020100/02/09 JLD.16 (Sj.

3)/1(1)

KERAJAAN MALAYSIA

PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2009

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Ketua Agensi Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

SISTEM PANEL BAGI PEROLEHAN MEREKA BENTUK, MEMBUAT,


MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENYUSUN PERABOT LOGAM DI
SEMENANJUNG MALAYSIA

1. TUJUAN

1.1. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkan


kepada semua Agensi Kerajaan mengenai pelaksanaan perolehan melalui Sistem
Panel untuk mereka bentuk, membuat, menghantar, memasang dan menyusun
perabot berasaskan logam di seluruh Semenanjung Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Tempoh kontrak bagi PKP Bil. 4 Tahun 2007 bagi kontrak mereka
bentuk, membuat, menghantar, memasang dan menyusun perabot berasaskan
logam kepada semua Agensi Kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia telah
berakhir pada 14 Mei 2009. Selepas tempoh tersebut Kementerian Kewangan
telah memutuskan supaya item di bawah PKP tersebut dikeluarkan dari Kontrak
Pusat dan diwujudkan Sistem Panel.

1
2.2 Perolehan bagi item ini mulai 15 Mei 2009 hendaklah dibuat melalui
syarikat Panel pembekal yang dilantik mengikut kaedah perolehan yang
ditetapkan seperti di perenggan 5.

2.3. Pelantikan syarikat Panel pembekal tersebut adalah berdasarkan kepada


kriteria seperti berikut:-

i. Syarikat kekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf


Pembuat Bumiputera sepanjang tempoh Sistem Panel ini berkuatkuasa;

ii. Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai Sijil Ujian daripada Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM); dan

iii. Setiap produk mempunyai Lesen Pensijilan Barangan daripada SIRIM


QAS International Sdn. Bhd yang masih sah tempoh lakunya.

3. TEMPOH KUAT KUASA

3.1. Perolehan secara Sistem Panel ini adalah untuk tempoh dua (2) tahun
berkuat kuasa dari 15 Mei 2009 hingga 14 Mei 2011.

4. SYARIKAT PANEL PEMBEKAL

4.1. Bagi perolehan item perabot logam, Kementerian Kewangan telah


bersetuju melantik syarikat-syarikat panel seperti berikut :-
Bil. Nama Syarikat Alamat Perincian Bank
1. Redah Jaya Sdn. Bhd. Lot 2779, AL RAJHI BANK
Kg. Baru Sg. Buloh, A-G-12, Blok A
Seksyen U19 Glomac Square
Sg. Buloh Jalan SS6/5A
40160 Shah Alam 47301 Kelana Jaya
Selangor Selangor

No. Tel : 03-6157 0885 / 2188 / 0382 No. Akaun :


No. Fax : 03-6157 0890 12100-1061-001-154
E-mel : redahjsb@tm.net.my

2. Profitech Engineering Lot 451, Jalan Perusahaan 2 CIMB BANK BERHAD


Sdn. Bhd. Bandar Baru Sg. Buloh Lot 395, Jalan 1A/1
47000 Sungai Buloh Bandar Baru Sungai Buloh
Selangor 47000 Sungai Buloh
Selangor
No. Tel : 03-6156 0271
No. Fax : 03-6156 3756 No. Akaun:
12290000815051
E-mel : profitec@streamyx.com

2
Bil. Nama Syarikat Alamat Perincian Bank
3. Nagasteel Equipment 23-A, Jalan 3/4C RHB BANK BERHAD
Sdn. Bhd. Desa Melawati Lot 6&7, Tingkat Bawah
53100 Kuala Lumpur Giant Hypermarket
Jalan Changkat Permata
No. Tel : 03-4105 6791 Taman Permata
No. Fax : 03-4105 6790 53300 Kuala Lumpur
E-mel : sales@naga.com No. Akaun :
2-12330-10003110

4. Cityskill (M) Sdn. Ibu Pejabat & Kilang CIMB BANK BERHAD
Bhd. No. 1A, Kawasan Perindustrian MIEL K712, Jalan Sulaimani
Jakar Phase IV Chukai
24000 Kemaman 24000 Kemaman
Terengganu Terengganu.

Cawangan & Kilang No. Akaun :


No 16, Kawasan Perusahaan Ringan PKNS , 1305-0007735-05-8
Jalan Usahawan 5,
53300 Setapak
Kuala Lumpur

No. Tel : 09-868 1200 / 6324


No. Fax : 09-868 1214

E-mel : cityskil@tm.net.my

5. K.U.S Industries (M) Lot 3.22 & 3.23, Tingkat 3 CIMB BANK BERHAD
Sdn. Bhd. Pertama Kompleks G21 & G22,
Jalan Tuanku Abdul Rahman Pertama Kompleks
50100 Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul
Rahman
No. Tel : 03-2691 9288 / 5288 / 8586 50100 Kuala Lumpur
No. Fax : 03-2694 0107
No. Akaun:
Emel:kusindustries@yahoo.com 14081204724057

6. Azas Rekalogam Sdn. Lot 1019A, Jalan 4/32A MALAYAN BANKING


Bhd. Mukim Batu, Batu 6 ½ BERHAD
Off Jalan Kepong No. 8-10, Jalan 53
52000 Kuala Lumpur Desa Jaya Kepong
52100 Selangor
No. Tel : 03-6257 9066
No. Fax : 03-6251 2625 No. Akaun:
014208419169
Emel : sales@azasrl.com

3
Bil. Nama Syarikat Alamat Perincian Bank
7. Kabimas No. 21 & 23 , AFFIN BANK BERHAD
Manufacturing Jalan Bulan U5/9 , 101 Block C, Menara
Sdn.Bhd. Seksyen U5, Subang 2 Glomac
40170 Shah Alam Kelana Business Centre
Selangor. 97 Jalan SS 7/2
47301 Kelana Jaya
No. Tel : 03-7845 6000 Selangor
No. Fax : 03-7846 1644
No. Akaun:
Emel:info@kabimas.com.my 100980018782

4.2. Syarikat Panel pembekal adalah diwajibkan mengemukakan laporan ke


Kementerian Kewangan menggunakan format laporan seperti di Lampiran A,
untuk setiap suku tahun sebelum 15 hb. bulan berikutnya. Kegagalan syarikat
Panel mengemukakan laporan tersebut akan menjejaskan peluang penyenaraian
sebagai Panel pembekal pada masa hadapan.

5. KAEDAH PEROLEHAN

5.1. Tatacara bagi perolehan di atas ditetapkan seperti berikut:-

i. Perolehan bernilai sehingga RM50,000.00 setahun diuruskan secara


pembelian terus hanya dengan mana-mana Panel pembekal yang dilantik;

ii. Perolehan melebihi RM50,000.00 sehingga RM500,000.00 setahun


hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan Panel
pembekal yang dilantik. Bagaimanapun untuk mempertimbangkan
keputusannya, ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga
Agensi; dan

iii. Perolehan melebihi RM500,000.00 setahun hendaklah diuruskan melalui


sebut harga di kalangan Panel pembekal yang dilantik. Bagaimanapun
untuk mempertimbangkan keputusannya, ia hendaklah diputuskan oleh
Lembaga Perolehan Agensi.

6. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL

6.1. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan


memastikan agensi di bawah kawalannya mematuhi peraturan perolehan yang
ditetapkan dalam menguruskan perolehan ini.

4
7. HAL-HAL LAIN

7.1. Agensi hendaklah mengemukakan aduan secara rasmi mengenai prestasi


syarikat Panel pembekal yang kurang memuaskan, jika ada, ke Bahagian Perolehan
Kerajaan, Kementerian Kewangan seperti alamat berikut:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan


Kementerian Kewangan
Bahagian Perolehan Kerajaan (Seksyen Bekalan Dan Perkhidmatan)
Aras 3, Blok Utara
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA

7.2. Jika ada sebarang kemusykilan mengenai pekeliling Sistem Panel ini, agensi
kerajaan boleh menghubungi Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian
Kewangan di talian telefon 03-8882 4236 atau 8882 3239

8. KUAT KUASA

8.1. PKP ini berkuat kuasa mulai 15 Mei 2009 hingga 14 Mei 2011.
Dengan berkuat kuasanya PKP ini, PKP berikut adalah terbatal:

i. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2007


ii. Pindaan Pertama Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 4 Tahun
2007

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah.

( DATO’ FAUZIAH YAACOB )


Bahagian Perolehan Kerajaan
b.p Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia

Bertarikh : 21 Julai 2009

s.k.
Ketua Audit Negara Malaysia
Akauntan Negara Malaysia
Y.B Pegawai-Pegawai Kewangan Negeri
5
LAMPIRAN A

PENYATA PESANAN

NAMA ITEM : PERABOT LOGAM

BEKALAN BAGI BULAN ___________ /___________

BIL NAMA KAEDAH NO KUANTITI NILAI TARIKH KUANTITI KUANTITI


AGENSI 1 PEROLEHAN 2
PESANAN / PESANAN (RM) BEKALAN YANG YANG
TARIKH DIBEKALKAN BELUM
PESANAN DIBEKALKAN

JUMLAH

Adalah disahkan bahawa penyata yang dinyatakan di atas benar.

Tandatangan Kontraktor :

Nama dan Jawatan :

Tarikh dan Cap Syarikat :

1
Nama Agensi Kerajaan / Badan Berkanun yang membuat pesanan
2
Kaedah Perolehan (sama ada pembelian terus atau sebut harga)

You might also like