You are on page 1of 10

1

PRODUKTIVITI DI MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Kemajuan sesebuah firma pada dasarnya dilihat pada keuntungan yang dicatat
melalui operasinya. Dari dahulu lagi, ukuran daripada segi kewangan digunakan bagi
menilai prestasi firma. Ukuran kewangan seperti jualan, keuntungan, perbelanjaan,
aset, pulangan atas pelaburan dan perolehan sesaham yang mewakili pengukuran
wang sebenarnya hanya memberikan pandangan satu dimensi tentang aktiviti
syarikat. Penggunaan petunjuk kewangan bertujuan memenuhi keperluan peraturan
dan undang-undang syarikat. Walau bagaimanapun, penilaian prestasi yang dilihat
dari sudut kewangan semata-mata kepada pembuat keputusan syarikat boleh
diibaratkan seperti memberikan mereka satu set alat pengurusan yang tidak lengkap
(Shaw, 1999).

Namun demikian, setelah kajian demi kajian dilakukan, penilaian prestasi


menggunakan pengukuran produktiviti adalah satu ukuran tepat yang menunjukkan
tahap pencapaian atau kecekapan sesebuah firma. Pengukuran produktiviti adalah
berbeza-beza mengikut jenis firma.Menurut lhaami dan Wan Suryati (2008), dan
produktiviti adalah satu istilah yang sukar untuk diiktiraf dan diukur khususnya
dalam firma yang begitu beranika ragam Menurut asward (2008), produktiviti telah
menjadi satu isu yang sering diketengahkan dan industri pembinaan tidak terlepas
daripada merasai

Menurut Company manual Productivity Assestment (COMPASS), mereka


mendefinisikan produktiviti adalah nisbah penghasilan output kepada penggunaan
input. Produktiviti merupakan ukuran peringkat dalam proses. Sesebuah industri
dianggap produktif sekiranya ia mencapai matlamatnya melalui penukaran input
kepada output pada kos yang rendah. Dengan itu produktiviti menggambarkan dua
2

konsep utama iaitu keberkesanan dan kecekapan. Secara kesimpulannya semakin


produktif sesebuah organisasi, semakin baiklah kedudukaan persaingannya kerana
kos unitnya adalah lebih rendah (Ilhaamie, Wan Suryati, 2008).

Produktiviti adalah satu ukuran kecekapan dan menurut Taylor & Davis (1997),
“good productivity measurement can provide accurate estimation toward overall
efficiency. Traditionally productivity is measured using the ratio of unit output per unit
input. If more than one input has been utilize, productivity is known as Total Factor
Productivity. The concept of Total Factor Productivity is defined as the ratio of unit
output per unit input of labor and capital”. Pengukuran produktiviti yang dijelaskan oleh
Taylor dan Davis adalah mengkhusus kepada produktiviti industri barangan.Secara
tradisinya produktiviti industry barangan dinilai dengan cara menisbahkan unit output
kepada unit input.

Menurut Noorasiah Sulaiman dan Zakariah Abdul Rashid, “in analyzing


productivity changes, apart from estimating growth, the more essential aspect is to
identify the sources of growth in TFP”.

2.0 Definisi Produktiviti

Produktiviti adalah satu istilah yang sukar diukur dan ditakrifkan, khususnya dalam firma
yang beranika ragam (Ilhaami, Wan Suryati, 2008). Pandangan mereka seiring dengan
pandangan Quenay (2005) yang menyatakan produktiviti adalah sesuatu yang sukar
diukur dan ia dikatakan perkataan multi dimensi kerana takrifan produktiviti adalah
berbeza mengikut situasi yang berlainan. Walau bagaimanapun menurut Molseng dan
Rostada (2001), produktiviti merupakan satu keupayaan untuk memenuhi keperluan
masyarakat dengan menggunakan bilangan input yang minimum.

Kebanyakan kajian berkenaan produktiviti adalah mengenai produktiviti barangan


atau produk kilang. Menurut Bernolak (1997), produktiviti perindustrian ialah “how
3

much and how well we produce the resourses used. If produce more from the better
goods from the same resources, we increase productivity. Or if we produce the same
from the lesser resources, we also increase productivity”.

Berbeza pula dengan produktiviti dalam konteks perkhidmatan. Pengukuran


produktiviti perkhidmatan harus diterjemahkan dengan lebih meluas berbanding dengan
yang tradisional. Kualiti dimasukkan dalam analisis produktiviti operasi perkhidmatan
(Gronross, 1990; Shaw dan Capoor, 1979). Produktiviti perkhidmatan menggunakan
inputnya untuk menyediakan perkhidmatan dengan kualiti yang sepadan dengan jangkaan
pelanggan (Jarvinen, 1996). Aspek kuantiti dan kualiti mesti dipertimbangkan dalam
pengukuran produktiviti perkhidmatan (Vuorinen, 1998).

Selain digunakan bagi mengukur kecekapan kilang dan kualiti perkhidmatan,


kajian tentang produktiviti firma-firma lain turut mula mendapat perhatian, antaranya
kajian terhadap produktiviti Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan produktiviti hospital.

3.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Produktiviti

1 Menurut kajian Illhaami Abd. Ghani dan Suryati Wan Ahmad (2008), individu
merupakan salah satu aset yang diperlukan bagi menghasilkan produktiviti kerja. Ia
merupakan aset paling penting berbandingkan dengan modal, tanah, bangunan dan
sebagainya. Justeru, sikap dan demografi seorang individu boleh melahirkan gelagat yang
boleh mempengaruhi produktiviti kerja. Menurut kajian Ilhaamie Abd. Ghani dan Wan
Suryati Wan Ahmad, faktor jantina, umur, taraf perkahwinan dan tempoh perkhidmatan
adalah mempunyai hubungan signifikan dengan produktiviti kerja.

Walaubagaimanapun, upah adalah faktor yang berhubung secara langsung


dengan produktiviti. Ia seperti mana kajian Mohd Shukri, Zulkifly Osman dan Ishak
Yussof yang mana telah membuktikan bahawa Terdapat tiga model umum Sistem Upah
4

Berkait Produktiviti : (1) Model Keuntungan, (2) Model Produktiviti, dan (3) Model
Gabungan Keuntungan-Produktiviti. Dalam Model Keuntungan, galakan upah hanya
diberikan jika keuntungan firma mencecah paras yang telah ditetapkan. Kadar
galakan upah ini ditentukan berdasarkan kepada formula perkongsian keuntungan.
Dalam Model Produktiviti, firma mewujudkan sistem pengukuran produktiviti
yang boleh digunapakai pada semua peringkat keseluruhan firma, jabatan dan individu
pekerja.

Berkaitan dengan sikap dan demografi individu, Danny Lee (2007) dalam
kajiannya menyatakan bahawa faktor kelewatan pekerja hadir ke tempat kerja turut
mempengaruhi produktiviti sesebuah firma. Semakin lewat pekerja tiba di tempat kerja,
maka semakin tidak produktif pekerja tersebut.

Selain upah, sikap dan demografi, serta kelewatan pekerja hadir ke tempat kerja,
tahap pendidikan juga berhubungkait dengan tahap produktiviti seseorang pekerja.
Menurut kajian Endang dan Zamroni (2009), Pendidikan mempunyai hubungan
signifikan kepada sesetengah kumpulan pekerja. Menurut mereka “Education, for some
sets of workers, is a significant determinant in boosting productivity. Others confirm that
their productivity is principally related to education, though less directly, because it is a
signalling or screening device that is necessary to enable promotion or career
development. The significance of education can be recognised by considering that
workers’ ability to absorb new instructions or to understand advanced technology is
determined by their education. The more advanced their education, the more responsive
they will be. Individual ability to innovate and produce is much more possible for
educated workers”.

Kesihatan fizikal dan mental juga adalah penting dalam memastikan pekerja
menjadi produktif. Pekerja yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan lebih
menjamin keproduktifan sesebuah firma berbanding dengan pekerja yang mempunyai
masalah kesihatan. Kesihatan pekerja dan produktivitiadalah berhubung secara positif
5

(Md Safian , 2007).

Pelbagai faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti, bagi pembinaan


pula, daripada kajian Mohd Hanizun (2003) telah merumuskan beberapa faktor utama
yang mempengaruhi produktiviti sector pembinaan, iaitu:

A- Di tapak bina :
a- Keadaan tapak bina
b- Saiz projek
c- Jalan masuk ke tapak bina
d- Keperluan reka bentuk
B- Ciri-ciri pengurusan
a- Pasukan projek
b- Perancangan kerja
c- Penjadualan kerja
d- Pengawalan pelaksanaan aktiviti pembinaan
e- Kelewatan pemeriksaan kerja-kerja sempurna yang telah dilaksanakan
f- Kecekapan penyelia tapak
g- Kesukaran pengambilan penyelia tapak
C- Ciri-ciri pengurusan tapak bina dan sumber
a- Ketersediaan bahan-bahan binaan
b- Kerosakan jentera
c- Kecukupan maklumat berkaitan
d- Urutan kerja
e- Kesesakan
f- Penyelarasan kerja sub-sub kontraktor
g- Pihak kontraktor tidak membuat pembayaran kredit kepada pembekal
D- Cirri-ciri tenaga kerja
a- Pengalaman bekerja
b- Latihan yang telah dihadiri
6

c- Pendidikan secara formal


d- Ketidakhadiran pekerja
e- Pemberhatian bekerja mengikut kehendak sendiri
f- Masalah komunikukasi
g- Kekerapan perubahan bilangan pekerja
h- Ketidakseragaman kadar upah
i- Gangguan dalam melaksanakan sesuatu kerja
j- Masalah moral para pekerja
E- Ciri-ciri persekitaran luaran
a- Keadaan suhu diluar jangkaan
b- Keadaan kelembapan diluar jangkaan
c- Arahan perubahan
d- Krisis ekonomi semasa
e- Aspek penyelidikan dan pembangunan

4.0 Pengukuran Produktiviti

Secara tradisinya produktiviti diukur dengan menisbahkan unit output dengan unit input.
Walau bagaimanapun, pengukuran produktiviti adalah berbeza mengikut bidang yang
diukur.

4.1 Produktiviti Kilang Barangan

Produktiviti kilang barangan dikira dengan mengikut takrifan asal produktiviti


iaitu nisbah output kepada input.

4.2 Produktiviti Hospital Kerajaan

i) Menurut Dean (1987), produktiviti hospital diukur melalui nisbah output


per input. Beliau mendefinisikan output bagi hospital ialah kuantiti dan
7

kualiti ouput yang dikeluarkan hospital, manakala input pula merujuk


kepada jumlah keseluruhan sumber hospital yang mana merupakan
pelaburan langsung mahupun tidak langsung.

ii) Serway, Strum dan Huang (1987) pula telah mencadangkan produktiviti
diukur menggunakan indikator yang lebih meluas iaitu fulltime equilavent
(FTE) per adjusted occupied bed, total operational expenses per nettotal
income from patient days and productive FTE expenses per number of
adjusted patiend days.

iii) Sear (1992) yang mencadangakn tiga penisbahan perlu didaperolehi dalam
mengukur produktiviti hospital iaitu staff FTE kepada jumlah katil, jumlah
jumlah waktu bekerja kepada adjusted patient days, serta staff FTE kepada
salary to adjusted patient days.

4.3 Produktiviti Institut Pengajian Tinggi

Menurut Gates dan Stones (1997), terdapat 4 langkah penting untuk mengukur
produktiviti dalam Institut Pendidikan Tinggi :

i) Mengenal pasti unit-unit yang dianalisis (universiti, jabatan akademik


yang tertentu dan sebagainya).

ii) Memastikan objektif bagi kajian.

iii) Mencipta satu ukuran untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan


sistem pengajian tinggi.

iv) Menghubungkait matlamat dengan cara pengukuran yang telah dikenal


pasti.
8

Menurut Chan dan Norehan (2007), produktiviti pengajian tinggi dibahagi kepada dua
bahagian iaitu kecekapan dalam aktiviti pentadbiran dan kecekapan dalam
aktiviti pengajaran. Pemboleh ubah yang akan digunakan untuk mengukur
kecekapan pentadbiran adalah kos operasi, pelaburan aset tetap, nisbah
pelajar dengan jawatan staf pentadbiran. Manakala pemboleh ubah yang
digunakan untuk mengukur kecekapan pengajaran pula ialah perbelanjaan bahan
bacaan, nisbah pelajar dengan PhD dan nisbah pelajar dengan jawatan staf
akademik.

4.4 Produktiviti Penyelidikan

Menurut kajian Norhazwani Yazit dan A.N. Zainab, produktiviti penerbitan bagi
penulisan sesebuah institusi di Malaysia diukur melalui jumlah penulisan yang
diterbitkan. Menurut Narin and Hamilton(1996), “Publication count is an
indicator of research Productivity and is used to rank faculties and academic
institutions”. Maka jumlah yang banyak dalam penyelidikan dan kajian adalah
penting dalam sesebuah institusi pendidikan bagi meningkatkan produktiviti
penyelidikan masing-masing.

M Cecil Smith, Susan G. Locke, Stephen J. Boisse, Peggy A. Gallagher,


melalui kajiannya turut menyatakan bahawa produktiviti ilmiah adalah diukur
melalui jumlah penulisan yang diterbitkan. Menurut mereka “the scholarly
productivity of educational psychologists, indexed in terms of the number of
papers published in professional journals in the field was the focus of this
investigation.”

4.5 Produktiviti Sektor Kewangan

Bagi sektor kewangan pula, produktiviti sektor kewangan diukur dengan cara
menilai tahap kecekapan teknikal, perubahan kecekapan, perubahan teknikal,
9

dan produktiviti dikalangan syarikat kewangan di Malaysia menggunakan indeks


Malmquist dan "Data Envelopment Analysis”, (Hazlina, 2001).

5.0 Perbincangan

Secara umumya setiap firma boleh diukur produktivitinya, walaubagaimanapun,


pengukuran produktiviti firma adalah berbeza-beza mengikut jenis firma. Keadaan ini
menjadikan produktiviti antara firma yang berlainan tidak praktikal untuk dibandingkan.

6.0 Rumusan

Persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu pasca krisis
kewangan global 2008 menjadikan persaingan antara negara dan juga firma
menjadi semakin sengit. Bagi negara Malaysia yang ekonominya sangat bergantung
kepada eksport, keadaan ini menuntut firma-firmanya mempunyai daya saing
yang tinggi berbanding firma-firma negara lain. Daya saing yang tinggi ini antara lain
terletak kepada bagaimana produk dapat dikeluarkan pada kos yang kompetitif
bersertakan kualiti yang tinggi. Tiada yang baru dengan syarat tersebut tetapi dalam
konteks ekonomi yang tidak menentu ini kaedah pencapaiannya mestilah yang
berdaya tahan terhadap perubahan pusingan ekonomi dari yang mengembang kepada
yang meleset dan sebaliknya. Ketika ekonomi meleset pengekalan dayasaing dengan
pengurangan pekerja akan mencetuskan ketidakstabilan sosio ekonomi yang akhirnya
merugikan negara dan seterusnya firma sendiri.

Untuk mencapai matlamat wawasan 2020, negara harus memberi


tumpuan kepada sumber tenaga manusia. Persaingan, produktiviti, inovasi dan
kebolehan serta keupayaan dalam pengurusan teknologi baru akan ditentukan oleh
kualiti sumber tenaga manusia itu sendiri. Mengikut Dasar Pembangunan Negara
Kedua, perkembangan sumber tenaga manusia mesti mempunyai polisi dan program
yang dibentuk bagi meningkatkan atau memperbaiki kualiti masyarakat. Oleh itu
10

program-program untuk peningkatan kualiti perlu dijalankan di tempat kerja


termasuklah program yang dapat meningkatkan produktiviti pekerja.

Kajian mengenai produktiviti terus menarik minat para penyelidik


memandangkan kepentingan sumbangan produktiviti ke atas pertumbuhan ekonomi.
Kajian mengenainya bukan sahaja menekankan kepada teknik-teknik pengukuran tetapi
juga menumpukan kepada komposisi produktiviti. Pemahaman mengenai komponen-
komponen yang terkandung dalam produktiviti dapat membantu penggubal dasar
mengenal pasti punca ketidakcekapan sesebuah industri.

You might also like