You are on page 1of 4

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

SISTEM RESPIRASI/PERNAFASAN
• Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan
pertukaran gas.
• Semasa badan dalam keadaan rehat, tisu-tisu badan menerima bekalan oksigen
sepanjang masa melalui proses pernafasan.
• Dalam keadaan melakukan aktiviti fizikal, keperluan oksigen semakin bertambah.

Komponen utama sistem respiratori dibahagi kepada dua:

(a) Salur pernafasan


 Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari
tubuh.
 Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul.

(b) Paru-paru
 Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang 1 kg.
 Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga
lobus.
 Terdapat banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-
gas pernafasan.

Proses sistem pernafasan berlaku seperti berikut :

Hidung

Farinks

Larinks

Trakea

Bronkus

Bronkiul

Alveolus
Nuriliaamalina23@yahoo.com
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

• Bulu dan lendir yang terdapat pada bahagian dinding hidung akan memerangkap
zarah-zarah habuk dalam udara yang disedut.
• Alveolus dan bronkiol membentuk paru-paru. Paru-paru adalah organ yang
lembut dan berongga. Beratnya dianggarkan 1 kg.
• Pada bahagian paru-paru kiri, terdapat dua lobus manakala pada bahagian paru-
paru kanan pula terdapat tiga lobus.
• Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh pergerakan sangkar kerangka
(rib cage) dan diafragma, yang mengembangkan paru-paru untuk menarik udara
masuk dan mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar.
• Struktur alveolus yang terdapat dengan banyak di dalam paru-paru bagi
membolehkan berlakunya pertukaran gas-gas untuk pernafasan.

PROSES PENGANGKUTAN GAS OLEH DARAH


Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan
oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan
diangkut ke paru-paru.
(a) Pengangkutan oksigen
Oksigen diangkut melalui dua cara:
 Oksigen larut di dalam plasma.
 Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.

(b) Pengangkutan karbon dioksida


Karbon dioksida diangkut melalui tiga cara:
 Pelarutan dalam plasma.
 Bikarbonat.
 Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

Nuriliaamalina23@yahoo.com
RESPIRASI LUARAN
PJM 3106 ANATOMI DAN DAN RESPIRASI
FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
DALAMAN
RESPIRASI LUARAN RESPIRASI DALAMAN
 Semasa respirasi luaran, darah yang  Respirasi dalaman melibatkan
melalui paru-paru memerangkap pertukaran gas-gas respiratori
oksigen. antara darah dan sel-sel tisu.
 Darah beroksigen dihantar ke jantung  Pertukaran ini melibatkan
dan diagihkan ke sel-sel tisu badan. pemindahan oksigen daripada
 Sel-sel tisu badan menggunakan darah ke sel-sel tisu dan karbon
oksigen secara terus-menerus dioksida daripada sel-sel tisu
menyebabkan kekurangan oksigen kepada darah.
dalam darah berbanding di alveolus.  Oksigen yang diangkut dalam
 Dengan itu, oksigen dari alveolus akan bentuk oksihemoglobin oleh darah
meresap ke dalam kapilari-kapilari akan dibebaskan daripada sebatian
pulmonari melalui dinding kapilari tersebut dan meresap ke dalam sel-
alveolus. sel tisu.
 Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan  Pada masa yang sama karbon
karbon dioksida ke dalam darah. dioksida meresap ke dalam darah
 Kandungan karbon dioksida yang tinggi untuk membentuk asid karbonik.
dalam kapilari-kapilari pulmonari Asid ini membebaskan ion-ion
meresap ke dalam alveolus dan bikarbonat ke dalam plasma darah
dihembus keluar dari paru-paru semasa yang diangkut oleh sistem
respirasi. peredaran darah untuk dikumuh.
 Darah yang melalui paru-paru ke vena-  Respirasi dalaman menyebabkan
vena pulmonari mempunyai kandungan darah pada vena lebih kaya dengan
oksigen yang tinggi dan karbon dioksida karbon dioksida berbanding dengan
yang rendah. Oleh itu pertukaran gas darah yang meninggalkan paru-
berlaku. paru untuk ke jantung.

Nuriliaamalina23@yahoo.com
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI – IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

INSPIRASI/TARIK NAFAS CIRI-CIRI EKSPIRASI/HEMBUS NAFAS


(INHALATION) (EXHALATION)
Inspirasi adalah proses menyedut DEFINISI Ekspirasi ialah proses menghembus
udara. Ini berlaku apabila diafragma udara.Ini berlaku apabila diafragma
dan otot-otot interkosta menguncup. dan otot interkosta mengendur dan
mengembalikan rusuk ke kedudukan
asal manakala isi padu kaviti toraks
menjadi kurang dan tekanan udara
di dalam akan meningkat.

Menguncup (contract) DIAGFRAM Mengendur (relaxes)


Menguncup (contract) INTERCOSTAL Mengendur (relaxes)
MUSCLE
Menaik (expand) TULANG Kedudukan asal
RUSUK
Menurun ( decrease) TEKANAN Meningkat (increase)
Meningkat (increase) ISIPADU Menurun (decrease)
paru-paru
GAMBAR

Nuriliaamalina23@yahoo.com

You might also like