You are on page 1of 132

TAMADUN ISLAM KPLI

Oleh:

PUAN HASNAH BT HAJI AHMAD.


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL (JAPIM).
IPG KRM
PEMARKAHAN

Pembentangan tajuk yang 40%


ditetapkan
(Kumpulan & Individu)
Ujian -(50 soalan) 50%
(Individu)
Sahsiah & Kehadiran 10%
(Individu)
Jumlah 100%
Pembahagian Tajuk
Unit 1 Kuliah & Perbincangan
Konsep Asas Tamadun
Unit 2 Pembentangan &
Tamadun Islam dan Perbincangan
Peradaban Manusia (Kumpulan 1 )
Unit 3 Pembentangan &
Pencapaian Dan Kesan Perbincangan
Tamadun Islam (Kumpulan 2 )
Unit 4 Pembentangan &
Isu-Isu Semasa Perbincangan
(Kumpulan 3 )
PENGENALAN TAMADUN
• Dari perspektif semasa:

 Kemudahan asas dari segi metirial.


 Pencapaian yg tinggi dlm bidang sains dan
teknologi.
 Pembangunan perbandaran dan penempatan.

• Dari perspektif etimologi:

 Kehalusan budi pekerti (perlakuan, pemikiran).


 Kehidupan beragama.
Tamadun juga bermaksud :
• Kemajuan.
• Menuju ke taraf kota / bandar yang
serba maju.
• Kehalusan budi yang terpuji.
• Menggambarkan kehidupan yang
beragama.
Rengkasnya…
• Tamadun.
• Pencapaian tatasusila dan moral yang
tinggi.
• Kemajuan sains dan teknologi.
• Kemajuan penempatan
• Kemudahan yang sempurna
Istilah lain yang sama
1. Hadharah.
Ertinya peradaban
Ibnu Khaldun: “sekumpulan manusia yang tinggal
kekal di sesuatu tempat atau kota atau tanah
pertanian”.
2. Umran .
Ertinya kemajuan
3. Thaqafah.
Ertinya kebudayaan
TAKRIF DAN KONSEP TAMADUN
Daripada perspektif Islam, takrif yang
dikemukakan melalui madaniyyah,
umran, hadarah dan tamaddun
meskipun masing-masing agak berbeza,
tetapi sebenarnya menemui titik
persamaan daripada segi konsep
tamadun, iaitu meletakkan unsur agama
yang berpaksi kepada akidah, syariah
dan akhlak sebagai asas dan dasar
dalam pembinaan dan perkembangan
tamadun.
Perspektif tamadun oleh sarjana barat:

a) Arnold Toynbee: tamadun ialah suatu


sistem masyarakat yand dapat membantu
manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai empat
elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni.
b) J.K Fieblemen: tamadun ialah kepandaian
dan mengeksploitasi material oleh
masyarakat. Dengan perkataan lain, proses
masyarakat terhadap material dengan
sendiri menjadikannya barang baru bagi
keperluan tertentu .
Menurut Perspektif sarjana Islam:

a) Ibn Khaldun:

Tamadun ialah kemuncak pembangunan


yang berkait dengan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat
kepada pelbagai aspek industri yang boleh
mempertingkaykan kualitinya. Ini
termasuk keperluan kepada bahan-bahan
makanan, peralatan rumahtangga dan
sebagainya.
.
b) Muhammad Rasyid Redha:
Agama adalah asas tamadun. Ini kerana
peningakatan unsur maknawi (spiritual)
akan mendorong kebangkitan fizikal.
Rasionalnya semua tamadun di dunia ini
ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.
Peningkatan atau kemusnahan sesuatu
tamadun itu bergantung kepada keteguhan
pegangan agama atau sebaliknya
Ciri Ciri Tamadun Islam -

1. Konsisten
– Proses tamadun Islam adalah berterusan-
sehingga kini sudah 14 kurun .
– Islam yang dibawa oleh Rasulullah mampu
bertahan sehingga hari kiamat.
– Ini merupakan antara keunikan tamadun
Islam.
- Sistem perundangan dalam tamadun Islam
tetap berpandukan al-Quran dan al-sunnah.
– Perintah serta larangan Allah adalah mutlak
tanpa berubah mengikut arus zaman.
– Ciri Islam yang begitu konsisten berupaya
menghadapi cabaran zaman.
2. Terbuka dan Rasional

– Tamadun Islam yang mengalami proses


pembinaan yang agak lama tentunya memberi
ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk
diasimilasikan supaya sesuai dengan resam dan
budaya penganutnya.
– Islam menerima tatacara yang tidak
bertentangan dengan syariat Allah.
– Islam bersifat terbuka untuk menerima
pembaharuan yang dapat memperkukuh sistem-
sistem yang wujud dalam Islam.
– Islam juga bersifat rasional terutamanya
berkaitan dengan persoalan semasa yang tidak
melibatkan hukum bersifat mutlak.
– Perbincangan(musyawarah) digalakkan dalam
untuk meleraikan sesuatu masalah.
3. Bersifat semasa
– Islam masih bertahan sehingga kini
disebabkab ia dapat disesuaikan dengan
perubahan semasa.
– Sistem-sistem yang wujud dalam Islam
berupaya menerima unsur-unsur
peradaban lain yang tidak bertentangan
dengan Islam.
– Pembudayaan serta gabungan akal dan
keimanan melahirkan perkara-perkara
baru sesuai dengan kehendak zaman.
– Ch; sistem perbankan dan kewangan
diubahsuai supaya menepati syariat Islam.
4. Sesuai dengan fitrah manusia

– Berupaya membawa kebaikan di dunia dan akhirat.


– Islam mengajar manusia agar menghargai diri,
masyarakat dan alam.
– Manusia memerlukan keseimbangan dari segi
rohani dan jasmani.
– Fitrah manusia memang memerlukan imbangan
yang menghubungkan elemen kemanusiaan dengan
aspek-aspek ketuhanan.
– Hubungan tersebut ialah hubungan dengan Allah,
sesama manusia dan alam sekeliling.
5. Sempurna/syumul

– Islam adalah sempurna dan


menyempurnakan keperluan manusia.
– Meliputi segala aspek kehidupan
termasuklah sosial, ekonomi,
perundangan, politik dan sebagainya.
– Kepelbagaian ini sepatutnya digunakan
oleh umat Islam untuk membina kembali
tamadun ini.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN
KEBUDAYAAN
– Cara berpakaian.
– Cara makan.
– Cara hidup.
– Cara belajar.
– Cara …….
– Cara ………
KESAN CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
Dapat dilihat dari segi:
1. Seni bina.
cth: Masjid
2. Kesenian.
Cth :seni khat dan awan larat yg menghiasi
bangunan, kitab,alat-alat perhiasan sprv
tembaga, kaca dll.
3. Kota raya.
Cth: Menukarkan nama bandar, mendirikan
kota raya dll.
4. Sains dan ilmi pengetahuan.
Cth:Sumbangan dalam berbagai bidang sains
tulin dan sains sosial.
Masjid Brunai
Darussalam.
Kesan yang diutamakan
dalam matlamat Tamadun
Islam

• Mendapat keredaan Allah.


• Dapat berbuat baik kepada manusia
dan alam sekitar .
PRINSIP TAMADUN ISLAM
yang utama.
Di antaranya ialah :

1. Memelihara keselamatan jiwa dan nyawa.


2. Memelihara akal fikiran.
3. Memelihara maruah dan keturunan.
4. Memelihara keselamatan harta benda.
5. Memelihara hak dan kebebasan.
1. Memelihara keselamatan
jiwa dan nyawa.
• Nyawa sangat berharga. Tanpa nyawa, jasad
manusia tidak berharga.
• Tamadun Islam mengutamakan pemeliharaan
nyawa sendiri dan nyawa orang lain.
• Segala bentuk tingkah laku yang menjejaskan
nyawa samada cedera , cacat atau hilang
anggota adalah di tegah.
• Banyak dalil dari al-Quran yang menegah
membunuh dan mencederakan.
Comelnya…….
2. Memelihara Akal
• Akal membezakan antara manusia
dengan makhluk lain.
• Menjaga kebersihan akal adalah sangat
dituntut.
• Apabila seseorang telah mengidap sakit
gila, sasau , kurang masak, mabuk – maka
keseluruhan hidupnya tidak bermakna
Cara memelihara akal :
Disuruh:
• menuntut ilmu (/)
• Mengkaji diri sendiri dan kejadian alam
dengan petunjuk kitab Allah (/)
• Belajar ilmu agama secara berguru (/)
Dilarang:
• Diharamkan semua t. laku yang boleh
merosakkan akal spr :-
minum minuman keras (X) penyalahgunaan
dadah (X)
2. Memelihara maruah dan
keturunan

• Allah meletakkan taraf manusia lebih tinggi dari


makhluk yang lain. Bermula dari Nabi Adam a.s.
sebagai penghuni syurga. Diutuskan sebagai
“Khalifah” di dunia.
• Keistimewaan manusia adalah wujudnya kombinasi
yang unik iaitu roh, jasad. Akal, istiqamah. Semuanya
membolehkan manusia menjaga maruah diri
• Sesiapa yang tidak boleh menjaga maruah akan
turunlah taraf manusianya dari taraf yang mulia
kepada taraf yang hina.
• Islam telah menyediakan cara memelihara maruah
seperti :
Memelihara keturunan dengan menentukan cara
perkahwinan yang sah. Juga untuk menyalurkan naluri
keinginan seks ke jalan yang halal.
3. Memelihara keselamatan
harta benda
• Manusia mempunyai fitrah mahukan
kekayaan dan kesenangan.
• Islam menggalakkan seseorang itu
mencari kekayaan dan lari dari
kemiskinan
• Harta adalah amanah Allah kepada
pemiliknya dan akan di soal di hari
akhirat kelak tentang penjagaannya dan
penggunaannya.
• Cara pemilikan harta juga perlu pada jalan
yang halal dan bersih (bukan curi, rompak,
tipu, judi, harta anak yatim dsb).
• Bagi mereka yang dianugerahkan kekayaan
yang lebih , diwajibkan zakat dan juga
sedekah agar mereka yang kurang bernasib
baik dapat merasai nikmat Allah itu.
• Orang kaya yang tidak mengeluarkan
zakat , seolah-olah harta mereka adalah
tidak bersih kecuali mereka berbuat
demikian.
4. Memelihara hak dan
Dua kategori: kebebasan

1. Hak Allah
- Kebebasan bertaklid / mengikut
kepercayaan tanpa merosakkan akidah .
- Bebas mencari bukti kewujudan Allah.
- Bebas mengawal diri dari kesesatan
dalam mencari kebenaran..
2. Hak dan Kebebasan
Manusia
1. Kebebasan bergerak.
Bebas mencari kehidupan-ekonomi,
sosial, politik, pendidikan dsb asalkan
tigak melanggar syariat.
2.Kebebasan bersuara.
Bebas mengeluarkan hasrat hati
selagi tidak mencemari batas-batas
akidah, syarak dan akhlak.
3. Kebebasan berpersatuan.
Bebas berkumpul, berorganisasi dan
bergaul selagi tidak mencemari batas-
batas akidah, syarak dan akhlak
4. Kebebasan beragama.
Seseorang Islam tidak boleh memaksa
orang lain supaya memeluk Islam kecuali
berdakwah dan memberi penerangan
tentang Islam. Mereka boleh memeluk
Islam secara suka rela dan ikhlas.
Berikut adalah sumber-
sumber Tamadun Islam:

1. Wahyu (Al-Quran , As-Sunnah)


2. Akal fikiran.
3. Penemuan dan Penciptaan baru,
4. Pengubahsuaian dan Penyempurnaan
semula.
1. WAHYU
• Wahyu yang pertama diturunkan jelas menyarankan agar
manusia berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi
buta huruf, mencari dan meningkatkan pengetahuan

• Maksud Ayat al-Quran:


“Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan
Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena( tulis
baca) . Mengajarkan kepada manusia apa yang belum
diketahui”
Al-’Alaq : ayat 1-5
2. AKAL FIKIRAN
• sumber penting dlm pembentukan Tamadun Islam.
• dapat menjangkau perkara yang nyata dan perkara
ghaib.
• mencetuskan semangat dan dapat meningkatkan
kerohanian.
• meneroka alam, menyeberangi lautan,
mengeluarkan hasil bumi, mengusahakan
pertanian,mendapatkan punca rezeki yang ada di
langit , dibumi , di perut bumi, di udara, di lautan
• Geledah semua hasil tersebut untuk mencipta
benda-benda yang berfaedah.
3. PENEMUAN DAN PENCIPTAAN
BARU,
• Berasaskan perintah Allah dalam al-Quran
dan kekuatan akal banyak penemuan hasil
alam yang mencipta berbagai kemajuan,
kemudahan dan keperluan hidup.
• Selain itu hasil tamadun Islam seperti
kedoktoran dan biologi, kimia dan fizik,
teknologi, geografi, astronomi, matematik
dan sebagainya.
PENYEMPURNAAN SEMULA.

• Hasil dari penemuan itu perkembangan TI sedikit


sebanyak dipengaruhi oleh pengubahsuaian dan
penyempurnaan semula dan tidak bercanggah
dengan akidah, syariah dan akhlak.
• Lahir pengarang dan penterjemah yang sangat
berkalibar dan diberi kedudukan yang istimewa.
• Semua hasil tersebut telah dibukukan dan
disimpan di Baitul Hikmah di Baghdad.
• Sehingga peperangan Salib.
• Namun khazanah itu tetap unggul.
PERINSIP AKIDAH MENJADI ASAS
PEMBENTUKAN KECEMERLANGAN
TAMADUN ISLAM
• Semua kegiatan penerokaan ilmu, penulisan buku
dan usaha penterjemahan giat dilakukan kan
• Segala pengetahuan asing yang tidak bercanggah
dengan dengan akidah, akhlak dam syariah Islam
terus digalakkan oleh Islam dan
memperkembangkannya. Ilmuan Islam sendiri
terpaksa belajar ilmu asing dari penduduk
tempatan sehingga perbendaharaa Islam semakin
kaya dan berkembang.
Matlamat tamadun islam
• Matlamat Umum:

Mengangkat Islam sebagai al-deen


iaitu satu cara hidup yang lengkap
dan komprehensif.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
• Matlamat khusus :

1. Hubungan manusia dengan pencipta.


2. Hubungan manusia sesama manusia.
3. Hubungan manusia terhadap alam .
1. Hubungan manusia
dengan pencipta
1. Menghidupkan rasa perhubungan
dengan pencipta (Allah).
2. Satu bentuk hubungan yg unik,
berkekalan dan mutlak serta tidak
menyamai atau dapat dibandingkan
dengan sebarang bentuk hubungan
lain.
2. Hubungan manusia
sesama manusia.
• Tidak terbatas sesama agama sahaja.
• Mementingkan hubungan baik,saling
menghormati, bertoleransi ,
berdisiplin dll.
3. Hubungan manusia
terhadap alam .
• Haiwan
• Tumbuh-tumbuhan
• Tidak merosakkan atau memusnahkan
alam sekitar , membunuh menyiksa dll.
SEKIAN .
TERIMA KASIH.
SELAMAT MENJALANI
PRAKTIKUM DENGAN
BERSUNGGUH-SUNGGUH.
11 Januari 2011
PENCAPAIAN
TAMADUN ISLAM
1. INTELEKTUAL
i. Definisi ilmu:
- Pengetahuan dan kepandaian (dalam perkara dunia
, akhirat, zahir, batin dll)
ii. Pembahagian ilmu:
1. Ilmu dunia 2. Ilmu Akhirat
iii. Kesepaduan ilmu:
-Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat saling bersepadu dan
berkaitan antara satu sama lain.
Pencapaian dan sumbangan intelektual Islam dapat di
lihat dalam perkembangan
bidang-bidang berikut :

• Bidang Sains Tulin


• Bidang Sains Sosial
• dan Bidang Seni
Kelebihan manusia yang diberi oleh Allah ialah :

Dikurniakan akal fikiran, alam yang sesuai


dengan keperluan hidup dan wahyu sebagai
panduan hidup. Juga mencari ilmu
pengetahuan untuk diri sendiri dan juga untuk
orang lain.
Tahap orang yang berilmu atau
cendekiawan menurut perspektif
Islam ialah orang yang :

- dikurniakan beberapa darjat


daripada Allah
- takut dan takwa kepada Allah.
- berakal dan bijak.
2. Sumbangan intelektual Islam dalam
bidang ilmu:

Bidang Sains Tulin:


i. Sains &Matematik – Al-Khawarizmi
ii. Perubatan – Ibnu Sina dan Ar-Razi
iii. Astronomi – Az-Zarqali
iv. Fizik- Ibnu Haitham
Bidang Sains Sosial :

i. Psikologi – Al-Ghazali.
ii. Falsafah - Al-Farabi.
iii. Sejarah – Ibnu Khaldun.
iv. Pendidikan – HAMKA
v. Geografi – Ibnu Batutah
Bidang Seni:
i. Seni Bina.
ii. Seni Khat.
iii. Seni ukir.
iv. Seni Suara.
v. Seni sastera
• Naluri manusia sukakan keindahan.
• Seni Islam mementingkan nilai-nilai
akidah, syarak dan akhlak.
• Contoh seni yang dilarang dalam Islam
seperti lukisan yang boleh menaikkan
nafsu syahawat.
Berikut adalah di antara mereka yang memberi
sumbangan yang besar dalam tamadun Islam ialah
:

• Jabar Ibnu Hayyan • Ibnu Rusyd


• Al-Khawarizmi • Al-Battani
• ar-Razi • Ibnu Sina
• Ibnu Khaldun • Al-Ghazali
• Al-Farabi
• HAMKA , dll
Tokoh (1) Ibnu Sina
IBNU SINA BAPA
PERUBATAN DUNIA

Nama : Abu Ali Hussien bin Abdullah


b. Hassan b. Ali b. Sina
Gelaran : AVICENNA
Keturunan : Turki
T/Lahir : 370H/980M di Turki.
M/Dunia : 438H /1037M
Umur : 58 tahun
1. Biodata;
Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin
Sina
Lahir 980M / 424H di Bukhara
Keturunan turki
Terkenal dalam bidang kedoktoran dan
falsafah Islam

2. Sifat peribadi;
Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai
ilmu khasnya ilmu perubatan .
Bersungguh-sungguh mempelajari ilmu
Mampu menggabungkan ilmu sains dengan
perkara ghaib . Akalnya cerdas
3. Pendidikan:
3.1. Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara .
3.2. Belajar :
Ilmu Tafsir , Al-Quran , Fikah ,Usuluddin ,
Tasawwuf , Ilmu Mantic, Matematik, Geografi,
Sains, Fizik dan Astronomi
3.3. Hafaz al-Quran umur 10 tahun
3.4. Mempelajari ilmu kedoktoran semasa umur 17
tahun.
3.5. Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah
mendapat galakan daripada Ibnu Yahya.
Menghasilkan ‘kitab’ dalam bidang perubatan
iaitu Qanun Fi at-Tib ketika berusia 18 tahun.
3.6. Banyak membaca buku semasa bertugas di
perpustakaan ( buat rujukan dan fakta hafaz
4. Sumbangan;

• Menghasilkan kitab al-qanun fit-tib


(membincangkan masalah kedoktoran
secaraspekulatif dan praktikal )

• Menghasilkan banyak risalah dalam bidang


kedoktoran

• Menjalankan kajian dalam bidang biologi


dan fizik (diikitraf pemikirannya
mendahului zamannya)

• Membawa pemikiran: ( ilmu logic adalah


salah satu cabang sains yang berhubung
dengan kajian jiwa )
• Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan
negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb
telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593
sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul Precepts of
Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai
100 tahun, buku itu telah dicetak ke
dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17,
buku tersebut telah dijadikan sebagai
bahan rujukan asas diuniversiti-universiti
Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad
ke-19, bukunya masih diulang cetak dan
digunakan oleh para pelajar perubatan.
• Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah
buku yang diberi judul (Remedies for The
Heart) yang mengandungi sajak-sajak
perubatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan 760 jenis
penyakit bersama dengan cara untuk
mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina
sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
perubatan sahaja. Tetapi turut
merangkumi bidang dan ilmu lain seperti
metafizik, muzik, astronomi, philologi
(ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
• Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku
kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama
dalam bidang perubatan dari generasi ke
generasihinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan
ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan
Inggeris

Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai
bidang perubatan yang menjadi rujukan
para doktor.
Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau
yang masyhur ialah :

a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan


dengan alam tabie
b) Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan
5. KETOKOHAN

- Ahli Falsafah Islam


- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau
telah menghuraikan sebanyak 760
jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.
- Perdana Menteri di Hamzan setelah
beliau menjadi doktor dan mampu
menyembuhkan penyakit beberapa
pemerintah di sana.
- Pakar dalam bidang Anatomi.
TOKOH (2) AL-
KHAWARIZMI
AL-KHAWARIZMI

BIODATA.
• Tokoh yang bernama lengkap Abu Ja’far
Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi (780-846 M)
ini merupakan intelektual muslim yang banyak
menyumbangkan karyanya di bidang matematik,
geografi, musik, dan sejarah. Dari namanyalah
istilah algoritma diambil.
• Lahir di Khawarizmi, Uzbekistan, pada tahun 194
H/780 M. Kepandaiandankecerdasannya
megiktiraf beliau masuk ke lingkungan Dar al-
Hukama (Rumah Kebijaksanaan), sebuah lembaga
penelitian dan pengembangan ilmu pengetahuan
yang didirikan oleh Ma’mun Ar-Rasyid, seorang
khalifah Abbasiyah yang terkenal.
• Hisab al-Jabr wa al-Muqabla (Pengutuhan Kembali dan
Pembandingan) dan Al-Jama’ wa at-Tafriq bi Hisab al-
Hind (Menambah dan Mengurangi dalam Matematik
Hindu) adalah dua di antara karya-karya Al-
Khawarizmi dalam bidang matematik yang sangat
penting. Kedua karya tersebut banyak menguraikan
tentang persamaan (linear dj& quadratic);
penghitungan integrasi dan persamaan dengan 800
contoh yang berbeza; tanda-tanda negatif yang
sebelumnya belum dikenal oleh bangsa Arab.
• Dalam Al-Jama’ wa at-Tafriq, Al-Khawarizmi
menjelaskan tentang selok-belok kegunaan angka-
angka, termasuk angka no dalam kehidupan sehari-
hari. Karya tersebut juga diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin. Al-Khawarizmi juga diyakini sebagai
penemu angka no l.
• Sumbangan Al-Khawarizmi dalam ilmu ukur sudut
juga luar biasa. Tabel ilmu ukur sudutnya yang
berhubungan dengan fungsi sinus dan garis
singgung tangen telah membantu para ahli Eropah
memahami lebih jauh tentang ilmu ini.
• Selain matematik, Al-Khawarizmi juga dikenali
sebagai astronomi. Di bawah Khalifah Ma’mun,
sebuah pasukan astronomi yang dipimpinnya
berhasil menentukan ukuran dan bentuk bundaran
bumi. Penelitian ini dilakukan di Sanjar dan
Palmyra. Hasilnya hanya selisih 2,877 kaki dari
ukuran garis tengah bumi yang sebenarnya.
Sebuah perhitungan luar biasa yang dapat
dilakukan pada saat itu. Al-Khawarizmi juga
menyusun buku tentang penghitungan waktu
berdasarkan bayang-bayang matahari.
• Al-Khawarizmi juga seorang ahli geografi.
Bukunya, Surat al-Ardl (Bentuk Rupa Bumi),
menjadi dasar geografi Arab. Karya tersebut
masih tersimpan di Strassberg, Jerman.
• Selain ahli di bidang matematik, astronomi,
dan geografi, Al-Khawarizmi juga seorang ahli
seni muzik. Dalam salah satu buku
matematiknya, Al-Khawarizmi menuliskan pula
teori seni muzik. Pengaruh buku ini sampai ke
Eropah dan dianggap sebagai perkenalan muzik
Arab ke dunia Latin. Dengan meninggalkan
karya-karya besar nya sebagai ilmuwan
terkemuka dan terbesar pada zamannya, Al-
Khawarizmi meninggal pada tahun 262 H/846
M di Bagdad
.
SUARA MINDA mengajak pelajar sekalain
mencontohi keperibadian AL-
KHAWARIZMI yang ternyata disegani
oleh masyarakat eropah malah seluruh
duia.Bakal-bakal saintis muda harus
mencontohinya dan kita tidak semestinya
harus mengagungkan tokoh-tokoh ilmuan
lain yang natijah nya mengambil iktibar
daripada kisah sejarah Ilmuan Islam. Kita
harus berbangga dengan mereka.
• Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali
ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam
keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap
penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai
pembangkitan jasad manusia dengan perasaan
kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

• Walau apa pun pandangan yang dikemukakan,


sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah
Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau
boleh dianggap sebagai orang yang
bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains
dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja
unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan
dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri
iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
TOKOH (3) IBNU
RUSYD
• Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu
Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126
dan meninggal dunia 1198) adalah ahli
falsafah, perubatan, matematik, teologi,
ahli fikah mazhab Maliki, astronomi,
geografi dan sains.
• Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia
di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah
yang paling agung pernah dilahirkan dalam
sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja
berkembang luas didunia Islam, tetapi juga
di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat,
beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa
kepada fahaman sekularisme.
Biografi
• Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova
(sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
• Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang
terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.
• Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal At- Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
• Selain menjalin perhubungan yang akrab
dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai
hubungan yang baik dengan kerajaan Islam
Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan
Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla
pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau
dilantik menjadi hakim di Cordova.

• Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau


dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182
berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang
berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan
Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak
tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid,
beliau dibuang ke daerah Alaisano.
• Setelah selesai menjalani tempoh
pembuangannya, beliau pulang semula Cordova.
Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak
diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh
orang ramai serta menerima pelbagai
penghinaan daripada masyarakatnya.

• Pada lewat penghujung usianya, kedudukan


Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah
Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan
yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan
penghormatan yang diberikan kepadanya tidak
sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan
nafas terakhirnya pada tahun 1198.
Sumbangan
Kematiannya merupakan kehilangan
yang cukup besar kepada kerajaan
dan umat Islam di Sepanyol. Beliau
tidak meninggalkan sebarang harta
benda melainkan ilmu dan tulisan
dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, perubatan, ilmu kalam,
falak, fiqh, muzik, kaji bintang,
tatabahasa, dan nahu.
Falsafah dan ilmu logik
• Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan
hasil kerja Aristotle yang dilupai barat.
Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh
Ibnu Rushd pada awal abad ke-12,
pengetahuan yang ditinggalkan oleh
Aristotel mula diketahui ramai di barat.
• Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive
Treatise menjustifikasi pembebasan sains
dan falsafah dari aliran rasmi mazhab
Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian
sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai
bapa kepada fahaman sekularisme di
Eropah barat.
• Ibnu Rushd menterjemah dan memberi
komen hasil kerja Aristotle selama
hampir tiga dekad. Beliau banyak
mempengaruhi falsafah dunia Islam.
Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The
Decisive Treatise), beliau menekankan
pentingkan berfikir secara analitikal
untuk menterjemah Quran dan ini
bertentangan dengan pandangan
konservatif ulama' Islam di mana
penekanan pentafsiran Quran diletakkan
kepada sumber seperti hadith.
• Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak
tertumpu pada persoalan yang berkaitan
dengan metafizik, terutamanya ketuhanan.
Beliau telah mengemukakan idea yang
bernas lagi jelas, dan melakukan
pembaharuan semasa membuat huraianya
mengenai perkara tersebut.
• Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam
tulisannya, terutamanya dalam bidang
falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah
Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu
Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan
sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu
Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada
pembacaan karyanya.
• Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah
mencetuskan era Renaissance di Perancis
sehingga merobah wajah Eropah
keseluruhannya sebagaimana yang ada pada
hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya
terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana
pemikirannya, sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung, telah mencetuskan
revolusi di benua Eropah.
Perubatan
• Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu
Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang
mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara
umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun
1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku
itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul General Rules of Medicine.
• Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan
hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis
IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di
Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan
hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.
• Apabila melihat keterampilan Ibnu
Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka
tidak syak lagi beliau merupakan tokoh
ilmuwan Islam yang tiada tolok
bandingannya. Malahan dalam banyak
perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh
lebih besar dan berpengaruh jika
dibandingkan dengan ahli falsafah
yang pernah hidup sebelum zamannya
ataupun selepas kematiannya.
• Kehebatannya dalam bidang perubatan
tidak berlegar di sekitar perubatan
umum, tetapi juga merangkum
pembedahan dan fungsi organ di dalam
tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi
penekanan tentang kepentingan menjaga
kesihatan. Beberapa pandangan yang
dikemukakan dalam bidang perubatan
juga didapati mendahului zamannya.
Beliau pernah menyatakan bahawa
demam campak hanya akan dialami oleh
setiap orang sekali sahaja.
Kemasyarakatan
• Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu
Rushd turut menjangkau bidang yang
berkaitan dengan kemasyarakatan apabila
beliau cuba membuat pembahagian masyarakat
itu kepada dua golongan iaitu golongan elit
yang terdiri daripada ahli falsafah dan
masyarakat awam.

• Pembahagian strata sosial ini merupakan asas


pengenalan pembahagian masyarakat
berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh
ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max
dan mereka yang sealiran dengannya.
• Sarjana serba boleh
• Karya-karya lain Ibnu RushdMabadil termasuk
Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang
membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul,
buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah,
yang mengungkap persoalan falsafah dan
agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap
buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul
Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal
Syari'a yang menyentuh persamaan antara
falsafah dengan agama.
• Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik
yang diberi judul "De Anima Aristoteles"
(Commentary on the Aristotle's De Animo).
Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu
Rushd begitu terpengaru dan tertarik oleh
ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah
Yunani, Aristotle.
TOKOH (4) AL-FARABI
Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu
Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi.
Lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang
terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya
seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua
itu tidak menghalangnya daripada mendapat
pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari
bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr
Muhammad ibn al-Sariy.
 
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke
Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke
Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di
istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham
sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam
keadaan yang serba kekurangan.
 

 
• Al-Farabi terdidik dengan sifat
qanaah menjadikan beliau seorang
yang amat sederhana, tidak gilakan
harta dan cintakan dunia. Beliau lebih
menumpukan perhatian untuk mencari
ilmu daripada mendapatkan kekayaan
duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup
dalam keadaan yang miskin sehingga
beliau menghembuskan nafas yang
terakhir pada tahun 950M (339H).
Selain itu, dia juga merupakan seorang
pemuzik yang handal. Lagu yang
dihasilkan meninggalkan kesan secara
langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan untuk bermain
muzik, beliau juga telah mencipta
satu jenis alat muzik yang dikenali
sebagai gambus.
 
 

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau


juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam
bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah.
Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang
terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan
kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah
Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud


tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau
merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada
zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai
bahasa.
 
Dalam membicarakan teori politiknya,
beliau berpendapat bahawa akal dan
wahyu adalah satu hakikat yang padu.
Sebarang percubaan dan usaha untuk
memisahkan kedua-dua elemen tersebut
akan melahirkan sebuah negara yang
pincang serta masyarakat yang kacau-
bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu
dijadikan sebagai dasar kepada
pembinaan sebuah negara yang kuat,
stabil serta makmur.
 
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori
Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk
menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan.
Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang
paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan
seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani
secara teratur dalam bahasa Arab.
 
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh
falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato
yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan
manusia.
 
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya
memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya
perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli
falsafah yang sempurna.
 
Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai
cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk
kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah
yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di
antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana
keduanya merupakan komponen yang saling lengkap
melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar
diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh
ahli falsafah.
 
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya
sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam
kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai
Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan
para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang
tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.
 
• Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan
dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan
golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di
dalam sistem sosial sesebuah negara.
 
• Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak
pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau
menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula
jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara
manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.
 
• Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai
falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul
"Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah
zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah
disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-
Jam".
 
• Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh
Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah
"Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak
muridnya yang bernama Muhammad Al
Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-
Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim
pada tahun 988M.
 
• Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah
buku yang mengandungi pengajaran dan teori
muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa"
dan dianggap sebagai sebuah buku yang
terpenting dalam bidang berkenaan.
• Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-
Farabi turut memperlihatkan
kecenderungannya menghasilkan beberapa
kajian dalam bidang perubatan. Walaupun
kajiannya dalam bidang ini tidak
menjadikannya masyhur tetapi pandangannya
telah memberikan sumbangan yang cukup
bermakna terhadap perkembangan ilmu
perubatan di zamannya. 
• Salah satu pandangannya yang menarik ialah
mengenai betapa jantung adalah lebih
penting berbanding otak dalam kehidupan
manusia. Ini disebabkan jantung memberikan
kehangatan kepada tubuh sedangkan otak
hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut
keperluan anggota tubuh badan. 
• Sesungguhnya Al-Farabi merupakan
seorang tokoh falsafah yang serba
boleh. Banyak daripada pemikirannya
masih relevan dengan perkembangan
dan kehidupan manusia hari ini.
Sementelahan itu, pemikirannya
mengenai politik dan negara banyak
dikaji serta dibicarakan di peringkat
universiti bagi mencari penyelesaian
dan sintesis terhadap segala kemelut
yang berlaku pada hari ini.
TOKOH (5) AL-
GHAZALI
• Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali
ath-Thusi asy-Syafi'i
• (Lahir di Thus; 1058 / 450 H – meninggal di Thus; 
1111 / 14 Jumadil Akhir 505 H ketika berumur 52–
53 tahun) adalah seorang filosof dan teologi muslim
Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat
abad Pertengahan.

• Ia berkuniah Abu Hamid karena salah seorang


anaknya bernama Hamid. Gelar beliau al-Ghazali
ath-Thusi berkaitan dengan ayahnya yang bekerja
sebagai pemintal bulu kambing dan tempat
kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar Thus,
Khurasan, Persia (Iran). Sedangkan gelar asy-
Syafi'i menunjukkan bahwa beliau bermazhab
Syafi'i.
• Ia berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya
mempunyai cita-cita yang tinggi yaitu ingin
anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-
Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli
filsafat Islam yang terkemuka yang banyak
memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan
manusia.
• Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib
Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat
pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali
meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun 505
Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di
Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat
kelahirannya.
• Sifat Pribadi

Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang


kuat dan bijak berhujjah. Ia digelar Hujjatul
Islam karena kemampuannya tersebut.

Ia sangat dihormati di dua dunia Islam yaitu


Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat
kebesaran Islam. Ia berjaya menguasai pelbagai
bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat
mencintai ilmu pengetahuan..
• Ia juga sanggup meninggalkan segala
kemewahan hidup untuk bermusafir dan
mengembara serta meninggalkan kesenangan
hidup demi mencari ilmu pengetahuan. Sebelum
beliau memulai pengembaraan, beliau telah
mempelajari karya ahli sufi ternama seperti
al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami.
• Imam al-Ghazali telah mengembara selama 10
tahun. Ia telah mengunjungi tempat-tempat
suci di daerah Islam yang luas seperti Mekkah,
Madinah, Jerusalem, dan Mesir
• Ia terkenal sebagai ahli filsafat Islam
yang telah mengharumkan nama ulama di
Eropa melalui hasil karyanya yang sangat
bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau
telah dididik dengan akhlak yang mulia.
Hal ini menyebabkan beliau benci kepada
sifat riya, megah, sombong, takabur, dan
sifat-sifat tercela yang lain. Ia sangat
kuat beribadat, wara, zuhud, dan tidak
gemar kepada kemewahan, kepalsuan,
kemegahan dan mencari sesuatu untuk
mendapat ridha Allah SWT.
Karya :

Bidang Teologi:
Al-Munqidh min adh-Dhalal
Al-Iqtishad fi al-I`tiqad
Al-Risalah al-Qudsiyyah
Kitab al-Arba'in fi Ushul ad-Din
Mizan al-Amal
Ad-Durrah al-Fakhirah fi Kasyf Ulum al-Akhirah.

Bidang Tasawuf:
Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama),
merupakan karyanya yang terkenal
Kimiya as-Sa'adah (Kimia Kebahagiaan)
Misykah al-Anwar (The Niche of Lights)
Bidang Filsafat:
Maqasid al-Falasifah
Tahafut al-Falasifah, buku ini membahas kelemahan-
kelemahan para filosof masa itu, yang kemudian
ditanggapi oleh Ibnu Rushdi dalam buku Tahafut al-
Tahafut (The Incoherence of the Incoherence).

Bidang Fiqah:
Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul

Bidang Logika:
Mi`yar al-Ilm (The Standard Measure of Knowledge)
al-Qistas al-Mustaqim (The Just Balance)
Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq (The Touchstone of Proof
in Logic)
Pendidikan
• Pada tingkat dasar, beliau mendapat
pendidikan secara gratis dari beberapa orang
guru karena kemiskinan keluarganya.
Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini
membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab
dan Parsi dengan fasih. Oleh sebab minatnya
yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula
mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul
fiqih,filsafat, dan mempelajari segala
pendapat keeempat mazhab hingga mahir
dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-
mazhab tersebut. Selepas itu, beliau
melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad ar-
Razkani dalam bidang ilmu fiqih, Abu Nasr al-
Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di
Naisabur.
• Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki
ketinggian ilmu, beliau telah dilantik menjadi
mahaguru di Madrasah Nizhamiah (sebuah
universitas yang didirikan oleh perdana
menteri) di Baghdad pada tahun 484 Hijrah.
Kemudian beliau dilantik pula sebagai Naib
Kanselor di sana. Ia telah mengembara ke
beberapa tempat seperti
Mekkah,Madinah,Mesir dan Jerusalem untuk
berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk
mendalami ilmu pengetahuannya yang ada.
Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab
Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan
besar kepada masyarakat dan pemikiran
manusia dalam semua masalah.
3.PENGARUH TAMADUN ISLAM
TERHADAP PERTUMBUHAN SAINS
MODEN DI EROPAH

i. Kerajaan Islam di Sepanyol


ii. Penterjemahan buku-buku intelektual
Islam.
iii. Penubuhan universiti-universiti di
Eropah
3.PENGARUH TAMADUN ISLAM
TERHADAP PERTUMBUHAN SAINS
MODEN DI EROPAH

i. Kerajaan Islam di Sepanyol


ii. Penterjemahan buku-buku intelektual
Islam.
iii. Penubuhan universiti-universiti di
Eropah
4.SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
DALAM BIDANG EKONOMI

i. Prinsip Ekonomi Islam.


ii. Sistem perbankan secara Islam.
iii. Takaful.
iv. Ar-Rahnu.
v. Pasaran saham yang halal
5.SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
DALAM BIDANG POLITIK.

i. Syura.
ii. Sifat-sifat kepimpinan.
iii. Konsep Negara
TASAWWUR
1. AQIDAH
i. Definisi
ii. Mengenal Allah.
iii. Kepentingan aqidah.
iv. Tugas manusia mencari kebenaran
aqidah
2. SYARIAH
i. Definisi.
ii. Pembahagian syariah:
 Ibadah.
 Muamalah.
 Ekonomi.
 Munakahat.
 Siasah.
 Jinayah
3. AKHLAK
i. Definisi.
ii. Kepentingan akhlak dlm kehidupan harian.
iii. Hubungan antara manusia dengan
pencipta.
iv. Hubungan sesama manusia.
v. Hubungan manusia dengan alam sekitar.
vi. Pendidikan akhlak diperingkat awal
TAMADUN ISLAM DAN
PERADABAN MANUSIA

”MANUSIA”
Asal kejadian manusia menurut Islam:

Berasal dari tanah dan bermula dari Nabi


Adam Alaihissalam.
Potensi manusia.
1) Dinamis -Meningkat dari segi rohani
dan jasmani .
2) Kreatif -Mempunyai daya cipta dari
bahan yang Allah ciptakan .
3) Inovatif - Menerima perubahan .
Manusia ada keperluan yang tersendiri
dan semula jadi. Iaitu keperluan rohani
dan keperluan jasmani.
Keperluan rohani setiap manusia dapat
dicapai melalui ” wujdan” . Wujdan
ialah naluri cinta dan rindu kepada
Allah.
Matlamat Tamadun Islam di antaranya
menerangkan cara hubungan manusia dengan
Pencipta (Allah) melalui Rukun Islam dan Rukun
Iman.

Rukun Islam lima perkara:

1.Mengucap dua kalimah syahadat


2.Solat lima waktu.
3.Puasa pada bulan Ramadan.
4.Zakat.
5.Haji.
Rukun Iman enam perkara:

1.Percaya kepada Allah,


2.Percaya kepada Malaikat,
3.Percaya kepada Kitab suci,
4.Percaya kepada Rasul,
5.Percaya kepada Hari kiamat
6.Percaya kepada Qada dan Qadar
Sabda Nabi Muhammad
s.a.w. yang bermaksud :

“ Bahawa dalam tubuh manusia ada


sepotong daging. Apabila ia baik , maka
baiklah seluruh bahagian tubuh yang lain.
Apabila ia rosak maka rosaklah (jahatlah)
seluruh tubuh yang lain . Ia adalah hati
KONSEP
KEKELUARGAAN ISLAM
Pembentukan keluarga –
bermula dari perkahwinan yang sah.

Perkahwinan merupakan :
1. Fitrah semula jadi manusia yang ada hawa nafsu.
2. Merupakan ibadat.
3. Dapat membentuk institusi keluarga yang teratur.
4. Mengembangkan zuriat dan keturunan.
Berkahwin
Perkahwinan adalah fitrah
semulajadi kehidupan .
Hukum berkahwin dalam
Islam adalah wajib. Di
antara tujuannya ialah
memelihara keturunan
dan menutup pintu-pintu
maksiat dan
mengelakkan zina.
• ”Kerukunan rumahtangga dapat dicapai melalui
perkongsian tanggungjawab antara suami isteri ” .
– Suami ada tanggungjawab masing-masing
Isteri juga ada tanggungjawab
masing-masing
Tanggungjawab Terhadap
Jiran
• Wujudkan persaudaraan
• Tidak melakukan kerosakan harta dan
perasaan jiran.
• Ucap tahniah atau takziah pada waktu yg
sesuai.
• Menghadiri majlis yang tidak bertentangan
dengan Islam
• Untuk jiran bukan Islam mempunyai
kewajipan yang sama.

You might also like