1 Dasar-dasar yang diperkenalkan semasa era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. Bincangkan.

PENGENALAN

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu nama besar yang begitu dikenali di Malaysia. Bahkan, bukan sahaja di Malaysia malahan seantero dunia juga beliau turut dikenali dan disegani. Tun Dr. Mahathir Mohamad sememangnya dikenali sebagai µBapa Pemodenan Malaysia¶ di negara kita kerana beliau telah banyak memodenkan negara kita daripada pelbagai segi sewaktu di era pemerintahan beliau.

Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini tersohor bukan sahaja sebagai µBapa Pemodenan Malaysia¶ tetapi juga sebagai pemimpin Dunia ke-3 dan Dunia Islam yang disegani.1 Beliau sangat disegani dengan sikap keterbukaan serta berani apabila berkata-kata dan juga mengeluarkan idea. Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik.

1

Adi Alhadi, Siapa Mereka?, Hexa Print Enterprise Sdn Bhd, Educlass Publishing and Printing Sdn Bhd, 2007, h. 4.

2 Dalam bidang pendidikan pula, Dr. Mahathir telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII of Medicine, Singapura. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) daripada University of Malaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berkahwin dengan Tun Dr. Siti Hasmah pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata. Beliau dan isteri telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Tun Dr. Mahathir Mohamad amat meminati bidang penulisan sejak di bangku persekolahan lagi. Antara buku yang pernah diterbitkan hasil daripada penulisan beliau ialah buku yang bertajuk ³Dilema Melayu´ yang diterbitkan pada tahun 1970.2

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bergiat dalam politik sejak tahun 1945-an lagi. Pelbagai jawatan yang telah disandang oleh beliau dalam bidang politik sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Pada 16 Julai 1981, dan berusia 55 tahun beliau akhirnya telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas faktor kesihatan.

2

http://www.ipdm.uum.edu.my/web/Tun/drm.htm, 5 Mac 2011.

3 Beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Selain itu juga, beliau turut memperkenalkan pelbagai dasar untuk memajukan negara. Antaranya seperti Dasar Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan 2020 dan banyak lagi.

pendidikan dan sebagainya. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dasar secara amnya merujuk kepada prinsip. Tambahan pula. agama. Pengajian Am STPM. pandangan serta pegangan secara kolektif yang diambil dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah. sosial. Tahun 2020 dipilih kerana untuk memberi ruang pembentukan generasi baru dalam tempoh 30 tahun melalui rancangan dan persekitaran yang baik ke arah pembangunan negara. h. Antara dasar yang diperkenalkan oleh beliau ialah Dasar Wawasan 2020.3 Wawasan 2020 merupakan matlamat Malaysia menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Raminah Hj Sabran. Selain itu. MAHATHIR MOHAMAD Terdapat pelbagai dasar yang telah diperkenalkan Tun Dr. politik. 2006. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mahathir Mohamad melalui kertas kerjanya bertajuk µMalaysiaMelangkah ke Hadapan¶ telah memperkenalkan Wawasan 2020. Kok Meng Kee. sikap.4 DASAR-DASAR TUN DR. haluan. tahun 2020 dipilih kerana ianya jangka masa yang munasabah dan praktikal untuk capai matlamat yang dikehendaki. Dasar kerajaan sememangnya bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat khususnya bidang ekonomi. 261. Tun Dr. tahun 2020 dipilih untuk menetapkan satu wawasan yang ambitious tetapi munasabah agar tidak ketinggalan dalam perkembangan 3 Wong Khek Seng. . Herald Printers Sdn Bhd. Pada 28 Februari 1991.

Objektifnya yang paling utama adalah untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam seluruh aspek kehidupan sam ada dalam bidang ekonomi. bersatu. sekiranya Wawasan 2020 ini dapat dicapai Malaysia akan terdiri daripada sebuah bangsa yang tidak dapat dibezakan melalui kaum. Tahun 2020 juga dipilih agar negara tidak ketinggalan kerana masa menjadi penentu kemajuan sesebuah negara. berdaya saing. kebudayaan mahupun kemajuan dalam jiwa rakyat Malaysia. malahan kemajuan yang dihajati meliputi nilai-nilai moral dan etika yang tinggi dalam diri rakyat Malaysia. Tun Dr. . Malaysia Berjaya menjadi sebuah negara yang benar-benar maju. rakyat Malaysia nanti bukan setakat menggunakan sains dan teknologi. malahan dapat melibatkan diri dalam mencipta dan membaharui sesuatu. Rakyat Malaysia juga akan menjadi rakyat yang bermoral dan beretika tinggi berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan sistem kekeluargaan akan mejadi asas pembentukan masyarakat negara. Selain itu juga. sekiranya berjaya dicapai pasti ramai masyarakat Malaysia yang bertoleransi. malahan keadilan ekonomi dan sosial akan dapat dicapai melalui pengagihan yang adil antara kaum. dan mampu berdikari dengan sendirinya. Dasar Wawasan 2020 mempunyai objektifnya yang tersendiri. Melalui Wawasan 2020 ini. politik. progresif. Mahathir Mohamad berharap agar menjelang tahun 2020. Tambahan pula. wilayah dan kawasan bandar dengan luar bandar. berdaya tahan. Bukan itu sahaja.5 arus pembangunan dunia sejagat. sosial. Ini bermakna Malaysia bukan sahaja setakat ingin mencapai kemajuan fizikal. dinamik dan demokratik dapat dilahirkan. dalam bidang perindustrian.

Cabaran keempat ialah melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika seperti memiliki nilai kukuh dalam agama dan nilai moral serta etika yang tinggi.6 Namun. cabaran yang ketiga adalah cabaran untuk melahirkan masyarakat yang diplomatik yang mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan mengamalkan demokrasi. berintegrasi di peringkat negeri. Kemudian. bukan mudah untuk mencapai Wawasan 2020 ini kerana rakyat Malaysia harus mengatasi sembilan cabaran ataupun rintangan yang digariskan dalam Wawasan 2020 ini. Cabaran yang . cabaran yang ketujuh adalah melahirkan masyarakat penyayang yang mengutamakan budaya penyayang seperti mengutamakan kepentingan masyarakat. Negara bersatu yang dimaksudkan adalah mewujudkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum yang memiliki matlamat serupa untuk melahirkan bangsa Malaysia yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman. Cabaran kelima iaitu mewujudkan masyarakat liberal bertolak ansur. Cabaran yang keenam pula adalah melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif dengan memiliki daya perubahan yang tinggi dan menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa hadapan. berkeyakinan terhadap keupayaan diri. Malaysia. mementingkan kebajikan semua insan dan sistem kekeluargaan yang kukuh. bekerjasama antara kaum dan juga setia dan dedikasi kepada negara. Cabaran pertama iaitu negara bersatu. mewujudkan integrasi kaum. gagah menghadapi pelbagai cabaran dan tidak mengalah kepada sesiapa. bebas mengamalkan adat dan kebudayaan tersendiri serta mementingkan kesetiaan kepada negara kita. Seterusnya. Cabaran kedua ialah melahirkan masyarakat berjiwa bebas seperti tenteram.

Seterusnya. Antara strategi dan pelaksanaan yang telah dijalankan untuk mengatasi cabaran yang pertama dalam Wawasan 2020. dinamik dan kental. Selain itu juga. Manakala. perkongsian dalam bidang ekonomi dan tidak mewujudkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. untuk . penekanan mata pelajaran Pengetahuan Moral dan Pendidikan Islam terhadap pelajar dilaksanakan bagi mengatasi cabaran Wawasan 2020 yang keempat. ialah kerajaan memperkenalkan cogan kata µMalaysia Boleh¶ pada tahun 1990 sebagai pendorong untuk meningkatkan keyakinan diri rakyat. Sehingga kini. Di samping itu. strategi dan pelaksanaan yang telah dijalankan untuk mengatasi cabaran Wawasan 2020 yang kedua iaitu mewujudkan masyarakat berjiwa bebas. ialah mewujudkan Sekolah Wawasan. cabaran yang kesembilan iaitu mewujudkan masyarakat makmur dan mempunyai ekonomi berdaya saing. pelbagai strategi dan pelaksanaan telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan mengatasi sembilan cabaran seperti yang disebut di atas. untuk mengatasi cabaran yang ketiga kerajaan telah mewujudkan Majlis Perundangan Ekonomi (MAPEN) yang merupakan forum untuk perbincangan pendapat rakyat berkenaan dasar ekonomi yang diperkenalkan kerajaan. Akhir sekali. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) telah diperkenalkan kepada remaja berumur 18tahun untuk memupuk semangat patriotik selain semangat perpaduan. iaitu perkongsian antara Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan diperkenalkan.7 kelapan adalah melahirkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu dengan melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. Kemudian.

kerajaan telah mengadakan sekmen µJejak Kasih¶ dalam rancangan µMalaysia Hari Ini¶ di TV3. 1995 diluluskan untuk membantu mangsa rumah tangga. mata pelajaran Teknologi Maklumat disediakan sebagai langkah mewujudkan lebih sumber tenaga mahir dalam ICT dan juga bidang vokasional dan teknik serta politeknik berteraskan kemahiran ditambah. malahan kerajaan juga telah mewujudkan Program Sekolah Bestari.8 mengatasi cabaran yang kelima. untuk cabaran yang keenam kerajaan telah mengadakan projek mega. Kerajaan juga turut menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk mempercepatkan usaha kita daripada terlalu bergantung kepada teknologi luar negara. Hot-line8003040 diadakan juga untuk membantu mangsa-mangsa penganiayaan dan juga Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga. Selain itu. iaitu setiap sekolah dapat dihubung oleh Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN) dan menghubungkan Rangkaian Kawasan Meluas (WAN) ke sekolah lain bertujuan melahirkan masyarakat celik komputer. . malahan kerajaan juga turut menubuhkan Yayasan Penyayang Malaysia (CARE) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menyediakan tempat tinggal dan pembiayaan untuk anak-anak yatim. Kemudian. Bukan itu sahaja. kerajaan telah melaksanakan Program Citrawarna yang diadakan setiap tahun untuk menonjolkan kebudayaan negeri-negeri berbeza selain meningkatkan sektor pelancongan negara. Bagi mengatasi cabaran yang ketujuh pula. iaitu MSC bagi menyediakan masyarakat ke arah negara maju. Selain itu juga. iaitu melahirkan masyarakat yang penyayang. Bukan itu sahaja.

Mahendran dan N. kerjasama semua kaum di Malaysia telah berjaya memulihkan semula ekonomi negara kita. Bukan itu sahaja.9 Di samping itu. iaitu Gunung Everest pada tahun 1997. Wawasan 2020 sememangnya satu dasar yang bagus untuk meningkatkan serta memajukan negara. Mohanadass yang berjaya mendaki gunung tertinggi dunia. kerajaan telah melaksanakan penggunaan gentian optic oleh Telekom Malaysia Berhad untuk memberi perkhidmatan berkesan kepada masyarakat. Sehingga kini. untuk cabaran yang seterusnya iaitu cabaran yang kelapan. Datuk Azhar Mansor yang berjaya berlayar secara solo mengeliling dunia pada tahun 1997 dan juga Datuk Abdul Malik Mydin yang telah berjaya . bagi mengatasi cabaran yang terakhir iaitu cabaran melahirkan masyarakat yang makmur. Selain itu. banyak kejayaan Wawasan 2020 telah dicapai seperti semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Sistem LRT (Light Railway Transit) dan monorel juga telah diwujudkan untuk memberi kemudahan meningkatkan taraf hidup rakyat. malahan kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan kesanggupan 2000 orang rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk menjayakan sukan berkenaan antara contoh kejayaan Wawasan 2020. ramai rakyat Malaysia telah berjaya menyahut seruan cogan kata µMalaysia Boleh¶ seperti M. kerajaan telah memberikan tumpuan kepada pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) agar meningkat taraf ekonomi mereka memandangkan kebanyakan Bumiputera merupakan golongan termiskin. Seterusnya.

monorel dan sebagainya yang dapat dinikmati oleh rakyat masa kini. Mykad. passport. Di bawah Dasar Pembangunan Nasional terdapat Dasar Telekomunikasi Negara dan juga Koridor Raya Multimedia. jelas menunjukkan bahawa Wawasan 2020 merupakan satu dasar yang bagus untuk memajukan serta membangunkan negara untuk menjadi negara yang gah di persada dunia. Selain daripada Dasar Wawasan 2020.10 berenang selama 7 jam 30 minit merentasi Selat Inggeris di antara England dengan Perancis pada tahun 2003. nombor akaun bank dan sebagainya juga merupakan bukti kejayaan Wawasan 2020. Dasar Pembangunan Nasional juga sememangnya dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua yang merangkumi jangka masa 10 tahun iaitu dari tahun 1991 hingga 2000 dan meliputi Rancangan Malaysia Keenam dan juga Rancangan Malaysia Ketujuh. sistem LRT. Mahathir juga turut memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991. Bukti kejayaan Wawasan 2020 juga dapat dilihat apabila banyak kemudahan yang setanding dengan negara maju boleh diperoleh seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tun Dr. iaitu kad pintar yang merupakan kad pengenalan rakyat menyimpan pelbagai maklumat pemegangnya seperti butiran kad pengenalan. Objektif dasar ini diwujudkan adalah untuk melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat agar kita dapat menikmati kestabilan sosial dan politik dan pembangunan ekonomi . Melalui bukti-bukti pencapaian Wawasan 2020 ini.

kestabilan politik. Dasar Pembangunan Nasional ini menetapkan garis panduan agar membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju dari segi keadilan sosial. Dasar Pembangunan Nasional ini juga berobjektif untuk membasmi kemiskinan bagi mengurangkan kemiskinan relatif. Dasar ini berasaskan kepada Dasar Ekonomi Baru kerana dasar ini ingin mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan objektif mencapai perpaduan. Selain itu juga. kecekapan pentadbiran dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. pemeliharaan alam sekitara dan ekologi agar pembangunan serta sumber negara dapat dikekalkan secara berterusan. dasar ini mempunyai beberapa aspek yang perlu ditekankan. membangunkan masyarakat progresif agar kesejahteraan dinikmati rakyat memiliki sikap bangga serta cinta pada negara. Di samping itu. dasar ini juga menekankan integrasi nasional antara kawasan Bandar dengan luar bandar dan antara negeri di Malaysia. memastikan pembangunan seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi negara dan juga mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang saksama antara rakyat Malaysia. ketertinggian moral dan etika. menjadikan sains dan teknologi sebagai asas perancangan dan pembangunan sosioekonomi dan akhir sekali. memberikan tumpuan kepada pembangunan sebuah . Dasar ini juga menekankan aspek untuk memajukan sumber manusia agar dapat menghadapi cabaran pembangunan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. Antaranya ialah mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan saksama.11 yang berterusan.

kerajaan turut menyusun semula masyarakat mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan hak milik agar memajukan Bumiputera dalam bidang ekonomi. Bagi mencapai dasar ini juga. Kerajaan juga turut melaksanakan perubahan dalam sektor awam dengan tumpuan kepada beberapa program bagi tujuan membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dalam hal berkaitan pendidikan dan latihan. Bukan itu sahaja. kesihatan.12 Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) agar mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Malaysia juga meningkatkan daya tarikan untuk menarik kemasukan pelabur di samping mengamalkan dasar liberal yang menggalakkan sektor swasta dan berani menghadapi risiko persaingan perdagangan antarabangsa. Selain itu. jalan pengangkutan luar bandar. perumahan dan juga bekalan air dan elektrik. Selain itu. malahan kerajaan juga turut menjadikan Majlis Pembangunan Negara untuk memantau bagi memastikan setiap dasar yang dilaksanakan selaras dengan objektif Dasar Pembangunan Nasional. dasar ini juga memberikan penekanan dalam sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan juga memberikan tumpuan kepada pembangunan sumber manusia agar mencapai pertumbuhan ekonomi saksama. pengangkutan. Antara strategi dan juga pelaksanaan yang dilaksanakan untuk mencapai dasar ini adalah dengan memberikan penekanan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan untuk menghapuskan kemiskinan. .

Setiap dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta. Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara. Dasar Pandang Ke Timur sememangnya tidak ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengetepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat. seperti yang kita sedia maklum.13 Selain daripada Dasar Wawasan 2020 dan juga Dasar Pembangunan Nasional. penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. . Kuala Lumpur. Selain itu. Mahathir Mohamad sememangnya mempunyai objektifnya yang tersendiri. Dasar ini didefinisikan sebagai pihak Kerajaan akan membuat pengkajian. Mahathir Mohamad juga turut memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 8 Februari 1982 semasa persidangan ³5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA´ di Hilton. negara Jepun dan Korea merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun di beberapa bidang dan kedua-dua negara ini adalah lebih maju daripada beberapa negara Barat sendiri. Tun Dr.

Perdana Menteri Jepun. Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Mahathir semasa Tun Dr. nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan. semasa dalam kenyataan akhbar bersama dengan Tun Dr. keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri. kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja. Mahathir membuat lawatan ke Jepun pada 23 hingga 29 Januari 1983 dan kenyataan bersama. Pelbagai strategi dan juga pelaksanaan telah dilaksanakan bagi mencapai Dasar Pandang Ke Timur ini. pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak sematamata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek. Antaranya.14 Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah kerajinan dan disiplin bekerja. Encik Chun Doo Hwan semasa Tun Dr. peningkatan kecekapan. Encik Nakasone. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Mahathir dan Presiden Republik Korea. Tun Dr. tekanan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi. Mahathir membuat lawatan ke Korea Selatan dari 8 hingga 14 Ogos 1983. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara. dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita. Selain itu. telah menaruh harapan yang tinggi bahawa Dasar Pandang .

Cekap dan Amanah dan juga Kepimpinan Melalui Teladan. perubahan sikap dan latihan dan kursus. kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti perubahan struktur. Buktinya. penggunaan tanda nama. konsep pejabat terbuka. program perubahan sikap memberikan pendedahan berkaitan perkhidmatan cemerlang. perindustrian. penyelidikan dan pengurusan. Manakala. perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat dan juga fail meja dan manual prosedur kerja. program latihan dan kursus di bawah Dasar Pandang ke Timur ini adalah seperti Latihan Perindustrian dan Teknikal yang bertujuan untuk melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun . Konsep Bersih. selaras dengan dasar ini. Selain itu. Program Perubahan Struktur memberikan pendedahan dan juga pengenalan kepada sistem kad perakam waktu kerja.15 Ke Timur ini akan mewujudkan kerjasama yang lebih rapat di antara Malaysia dengan kedua-dua negara itu terutamanya dalam bidang ekonomi. latihan-latihan teknikal dan akademik. penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC). Seterusnya. program kemajuan eksekutif. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Program Pengajian Akademik bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea. Kemudian.C. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang 'business contacts' dengan rakan-rakan perniagaan di sana. Q. usahawan-usahawan bumiputera terhadap idea baru dan teknologi luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk memajukan urusniaga mereka. Program Pengajian Teknikal bertujuan untuk menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan Politeknik. Selain itu. program Hubungan di antara Institusi-institusi pula bertujuan untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea. Penekanan-penekanan yang di berikan dalam program ini ialah latihan-latihan dalam bidang pengurusan Sogoshosha. .C dan pengurusan am. Perjawatan. Selain itu. Program Kemajuan Eksekutif pula adalah untuk menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea.16 dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja. Program Skim Latihan Pembangunan Usahawan pula merupakan program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan. Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun dan Korea. Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan pendedahan.

Dasar seterusnya yang diperkenalkan oleh Tun Dr. .17 Sebagai kesimpulannya. Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan dibincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik. Di samping itu ianya boleh menjadi asas penwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif. Mahathir Mohamad adalah Dasar Pensyarikatan Malaysia. Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi. Keduadua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik. dalam negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini. Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini. Secara amnya. Dasar ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini. Dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha di atas dan seterusnya. iaitu sektor swasta dan sektor awam. ahli-ahli perniagaan. Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporate ini telah diutarakan oleh Tun Dr. manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat perusahaan. pegawai kerajaan dan juga golongan intelektual. Mahathir Mohamad sewaktu pelancaran Forum INTAN pada 25 Februari 1983.

Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. Tun Dr. melalui cukai dan penglibatan sosial secara Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai sekiranya sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta dihapuskan. bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan mafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.18 Selain itu juga. Dengan itu. erat ini sememangnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami. kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja . keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan asas yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi. Keuntungan yang diperoleh oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersama-sama bersungguh oleh pihak swasta. dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Persyarikatan Malaysia berobjektif untuk mewujudkan satu kerjasama yang erat. Mahathir Mohamad sendiri sememangnya telah menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama berkongsi maklumat. perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta. objektif dan prosedur-prosedur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang sosial. cabaran serta memahami polisi. tanggungjawab.

Di samping itu. secara lebih berkesan. bahkan dalam usaha mewujudkan kerjasama yang lebih erat dan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan dasar dan prosedur. Tambahan pula. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka. beberapa program-program lain juga telah dijalankan seperti menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam juga hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara telah dikeluarkan. Bukan itu sahaja. badan berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di antara pihak swasta dan pihak awam. mengarah supaya semua Kementerian. Jabatan dan Badan Berkanun antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama. dalam hubungan ini. pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum. Beberapa syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar yang serupa. Selain itu. Jabatan.19 yang akan bersungguh membangunkan negara. Sebagai permulaannya seramai 18 orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari selok . hubungan di antara Kementerian. seminar dan perbincangan dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan pertukaran-pertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri. satu Surat Pekeliling Am Bil.

Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan . Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan. penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Hal ini timbul atas kesedaran kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju. Bukan itu sahaja. Tun Mahathir Mohamad juga turut memperkenalkan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. Sememangnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara.20 belok pengurusan sektor swasta dalam bidang perniagaan. Dasar Persyarikatan Malaysia ini adalah untuk mengusahakan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Secara amnya. Antara strategi dan juga pelaksanaan lain yang telah dilaksanakan bagi mencapai dasar ini adalah dengan mengadakan aktiviti tidak formal untuk memperkukuhkan hubungan sektor awam dengan sektor swasta. perdagangan dan industri. Sememangnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar memandangkan negara kita ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya diusahakan. Penswastaan dan lain-lain. Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia dapat dipertingkat. malahan kerajaan juga turut mengadakan sesi dialog yang digunakan oleh agensi kerajaan untuk berinteraksi dengan sektor swasta. iaitu satu proses yang menambah pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Dasar Pertanian Negara.

Saiz sektor awam sememangnya telah berkembang dengan begitu pesat. api. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi antara faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Penswastaan ini diperkenal. Antaranya adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan. dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan yang tertentu. malahan kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu dalam masa yang sama. . Dasar ini juga berobjektif untuk meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja. Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan tersendiri dan menikmati berbagai sokongan daripada kerajaan. pertahanan. Oleh itu. serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh diberi oleh pihak swasta adalaha dijangka perkhidmatan tersebut dapat ditingkatan dengan lebih baik lagi. jalan keretapi dan sebagainya. Bukan itu sahaja. Dasar ini sememangnya mempunyai objektifnya yang tersendiri. Hal ini kerana pada masa yang lepas.21 penyediaan perkhidmatan tetapi juga telah terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. kerajaan telah membelanjakan lebih ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan. air. Perbelanjaan ini telah terus meningkat daripada masa ke masa dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.

Dasar ini juga bertujuan untuk pembahagian sumber serta kecekapan. harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. pihak kerajaan juga dapat mengecapi nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan daripada syarikat-syarikat yang berkenaan.22 Objektif seterusnya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara. lebih banyak penglibatan kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Sememangnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya. Harga barang tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diperuntukkan pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Kerajaan juga . Lebih banyak syarikat swasta yang dapat diwujudkan dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Objektif yang seterusnya adalah untuk mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya. subsidi dan pengekalan sikap yang menginginkan kebajikan akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Seperti yang kita sedia maklum. Sebahagian besar daripada barangbarang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan sememangnya mencerminkan nilai pasaran negara. Di samping itu. Sememangnya. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran.

Pelbagai strategi dan pelaksanaan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai matlamat Dasar Penswastaan ini. kerajaan dapat mengenal pasti beberapa kaedah penswastaan. halangan pelaksanaan dan juga langkah yang sesuai diambil sebelum penswastaan bermula. Melalui pelan ini. sistematik dan komprehensif. Pelan Tindakan Penswastaan bertujuan untuk melaksanakan program bagi setiap tahun dengan mengenal pasti projek yang diswastakan. Selain itu juga. Bukan itu sahaja. Seterusnya. Pelan Induk Penswastaan telah digubal pada tahun 1991. malahan juga kerajaan turut mewujudkan Jawatankuasa khas. untuk memastikan pelaksanaan Dasar Penswastaan dijalankan dengan lebih selaras. mewujudkan dan menentukan perkhidmatan berkualiti yang diberi dan memastikan pembangunan industri . Jabatan Perdana Menteri membantu menswastakan agensi-agensi kementerian secara berperingkat kerana pelaksanaan dasar ini tidak merugikan pegawai-pegawai agensi berkenaan kerana sentiasa diawasi oleh kerajaan.23 dapat mewujudkan lebih banyak penyertaan daripada syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru. kerajaan juga turut mewujudkan Badan kawan selia yang berfungsi untuk mengekalkan standard dan melindungi kepentingan pengguna daripada segi harga. Unit Perancang Ekonomi untuk melaksanakan Dasar Penswastaan ini. Pelaksanaan peringkat awal bagi dasar ini adalah secara ad hoc berdasarkan Garis Panduan Penswastaan 1985. Antaranya.

Walaubagaimanapun. ia akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap. cepat dan murah pada pengguna-penggunanya dan sekaligus akan mempercepat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Penswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan hakmilik yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Dasar ini dilancarkan oleh beliau pada pertengahan April 1982. secara konklusinya jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahgunaan kuasa monopoli di atas. terdapat satu lagi dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Badan kawal selia ini juga turut dibantu oleh empat orang suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Tenaga dan juga Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Pengangkutan yang dibawahnya terdapat dua suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Air dan Sanitasi dan juga Suruhanjaya Kawal Selia Sektor Komunikasi dan Multimedia. Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalam kepada semua di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum. Pemindahan ini sememangnya dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos harga dan pengagihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.24 berkembang dengan sihat di bawah program-program yang diswastakan. Selain daripada kesemua dasar yang telah dihuraikan. Mahathir Mohamad iaitu Dasar Bersih. . Dasar ini adalah selaras dan sebagai asas kepada kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19 Mac 1983.

Objektif utama dasar ini adalah untuk mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada hasil dan mutu kerja. tidak menyelewengkan sesuatu dan juga tidak menerima rasuah ataupun memberikan rasuah. Bersih di sini bermaksud mempunya moral yang tinggi. Cekap dan Amanah juga haruslah disematkan dalam jiwa semua. Kemudian. adalah bersikap tenang ketika menghadapi krisis. sikap cekap di sini bermaksud berani dan cepat dalam membuat keputusan. Perasaan dan juga tanggapan mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi keperluan diri sendiri iaitu untuk mendapatkan upah atau ganjaran hendaklah dikikis dan sebaliknya semangat bekerja bagi faedah negara dan rakyat keseluruhannya hendaklah ditanamkan di jiwa semua. Sikap bersih ini dapat diamalkan sekiranya amalan berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana pihak ataupun berat sebelah diamalkan terlebih dahulu. pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya. pegawai-pegawai swasta.25 Sememangnya. Cekap dan Amanah adalah satu usaha yang diharapkan dapat mencapai tujuan yang dikehendaki. hasad dan dengki merupakan antara contoh maksud bersikap bersih. Sikap tidak mementingkan diri sendiri dan juga tidak khianat. pekerka-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di samping mempunyai sikap bersih dan juga amanah. tatatertib dan berdisiplin. Selain itu sikap-sikap seperti Bersih. Kempen ataupun dasar Bersih. kesedaran haruslah ditanamakan di jiwa pegawaipegawai awan. Antara contohnya. bersikap tegas kepada . Oleh itu.

kerajaan berharap agar pentadbiran menjadi semakin licin dan mempercepat tindakan. siapa yang mempunyai kuasa.26 prinsip. Cekap dan Amanah. Hal ini mengakibatkan mereka tidak yakin untuk membuat keputusan tetapi sebaliknya terpaksa merujuk kepada pihak atasan tauapun agensi lain iaitu Manual Prosedur Kerja dan juga Fail Meja yang akan menentukan cara sesuatu kerja harus dijalankan. Melalui teknik ini. Sikap amanah pula bermaksud rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang diingini. pihak yang harus dihubungi. Perkara ini diwujudkan kerana kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awam berpunca daripada ketidakpastian pegawai dan kakitangan kerajaan mengenai tugas dan juga kuasa untuk bertindak dan juga wujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. berpandangan jauh. Oleh itu. pegawai-pegawai dan . dengan adanya Manual Prosedur dan juga Fail Meja. jujur kepada diri sendiri dan rakan dalam melaksanakan konsep ini. apa peraturan dan juga undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil. siapa yang bertanggungjawab. kerajaan telah membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja. mempunya keyakinan diri. Seterusnya. Antaranya adalah kerajaan mengadakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja. serta berpengetahuan berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu. Sikap amanah ini dapat dicapai sekiranya semua orang mempunyai sikap yang luhur dan murni. Pelbagai strategi dan juga pelaksanaan yang telah dijalankan untuk mencapai kempen serta dasar yang dikehendaki ini iaitu Bersih.

malahan pemakaian tag nama juga diwajibkan oleh kakitangan kerajaan.27 kakitangan kerajaan di semua lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak menunggu arahan semata-mata. kerajaan turut menghantar pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka agar dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan produktif. Secara khusunya. Selain itu juga. . mewujudkan perkhidmatan cemerlang bagi menghargai pegawai-pegawai yang dedikasi dan telah memberikan sumbangan yang istimewa dan di dalamnya terkandung tujuh Teras Perkhidmatan yang menjadi asas bagi prestasi kelakuan dan kerja-kerja seharian kakitangan awam dan akhir sekali. kerajaan turut meperluas khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan menjimatkan masa tanpa terpaksa pergi ke beberapa jabatan yang berasingan. Idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk membaiki mutu kerja. Kerajaan juga turut mewujudkan Pejabat Pelan Terbuka bagi memastikan ruang pejabat digunakan secara optima dan membolehkan pengawasan dijalankan dengan lebih sempurna. Bukan itu sahaja. kerajaan turut mengadakan pengisytiharan harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan kerajaan. teknik baru ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap inovatif dan juga kreatif. kerajaan menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah bagi menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah. Kad perakam waktu juga turut diperkenal bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat tentang waktu dan bertindak mengikut jadual. Disamping itu juga.

Dasar Bersih. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting dalam mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertamadun dan bermoral bertepatan dengan Islam sebagai agama rasmi di negara kita.28 Secara konklusinya. Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. pastinya ia akan memberi kesan dalam pencapaian satu pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak moral yang murni. . Sekiranya dasar ini dapat dicapai.

Sememangnya. Mahathir Mohamad sememangnya mempunya obektifnya yang tersendiri dan kebanyakannya adalah untuk memajukan negara kita. Datuk Azhar Mansor. Mahendran. . Buktinya. Dasar Wawasan 2020 telah melahirkan ramai rakyat Malaysia yang berjaya menggapai kejayaan dan memecahkan rekod dunia seperti M. Mohanadass.29 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dihuraikan di sini adalah kesemua dasar yang telah dilaksanakan oleh Tun Dr. N. Kadar kemiskinan pada masa kini juga di negara kita semakin berkurang malahan ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan Bumiputera semakin maju daripada segi ekonomi. bahkan pelbagai kemudahan baru dan juga sistem-sistem baru diwujudkan sekaligus menjadikan negara kita setanding dengan negara maju yang lain. Bukan itu sahaja. kita tidak dapat menyangkal bahawa kesemua dasar yang telah diperkenalkan beliau merupakan sebab ataupun faktor negara kita kini sudah dikenali di seantero dunia. dan Datuk Abdul Malik Mydin. Melalui Dasar Pembangunan Nasional pula negara kita telah berjaya melahirkan ramai rakyat yang bersatu-padu walaupun berlainan kaum dalam masa yang sama kestabilan sosial dan juga politik semakin maju dan pembangunan ekonomi semakin meningkat di persada dunia.

bahkan dalam bidang pengurusan dan pembangunan negara juga semakin meningkat jika kita lihat pada ketika ini. Bukan itu sahaja. ekonomi negara semakin maju pada masa kini. kualiti kecekapan dan juga produktiviti sehingga merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita pada masa kini. Akhir sekali. Selain itu juga pencapaian dalam pentadbiran juga . Bukan itu sahaja. Melalui Dasar Persyarikatan Malaysia ini. melalui dasar ini juga matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk menyusun semula bentuk hak milik dalam kerajaan juga berjaya dicapai dan juga beban kewangan kerajaan telah berjaya dikurangkan dengan adanya dasar penswastaan ini. Dasar Pandang Ke Timur pula merupakan faktor utama kepada hubungan perdagangan yang baik antara negara kita dengan negara-negara Timur dan dalam masa yang sama kita sehingga kini masih menjaga hubungan baik dengan negara-negara Barat juga. Perkhidmatan berkaitan perniagaan. Dasar Penswastaan telah meningkatkan mutu perkhidmatan. Seterusnya. Dasar ini juga telah meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara kita pada masa kini.30 Dasar Persyarikatan Malaysia pula telah mewujudkan jalinan mesra antara sektor awam dan juga swasta dalam menggembleng tenaga untuk membangunkan dan meningkatkan ekonomi negara. iaitu Dasar Bersih. perdagangan dan juga pelaburan di negara kita juga semakin maju dan meningkat. Cekap dan Amanah telah menyebabkan kegiatan rasuah semakin berkurangan dalam negara kita.

memang tidak dapat disangkal lagi bahawa dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr.31 semakin tinggi dan etika serta nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak-kehendak moral yang murni dan terpuji juga telah dapat dicapai apabila pada masa kini pelbagai kejayaan yang telah negara kita kecapi. . Mahathir Mohamad telah membawa kepada banyak pencapaian kepada negara kita dan juga merupakan faktor utama kepada peningkatan ekonomi dan juga mentaliti rakyat di negara kita. pastinya negara kita akan menjadi semakin dikenali dan dapat digelar negara dan juga rakyat kelas pertama. Konklusinya. Sekiranya dasar-dasar yang diperkenalkan beliau masih kekal dilaksanakan sehingga kini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful