You are on page 1of 21

KURSUS: FONETIK DAN

FONOLOGI BAHASA MELAYU


KOD KURSUS: BBM 3202

Oleh
Profesor Madya Haji Arbak Othman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota Tambahan

SUKU KATA

DEFINISI

Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi


yang mempunyai satu puncak kelantangan.
Puncak kelantangan ialah kelantangan yang
paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi
vokal dalam suku kata. Oleh sebab itu, bunyi
vokal wajib ada dalam suatu suku kata, sama
ada secara bersendirian, misalnya [a] dalam
kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi
konsonan sebelumnya, misalnya, bunyi [a]
dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau selepasnya,
misalnya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’,
atau didahului dan diikuti oleh bunyi
konsonan, misalnya, [a] dalam kata [taŋ + ga]
‘tangga.’

STRUKTUR

Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur


suku kata bahasa Melayu ialah (K)V(K). Oleh
sebab V (Vokal) merupakan unsur wajib
dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V
ini dinamakan NUKLUS.

Konsonan pula boleh hadir sebelum atau


selepas vokal atau nuklus. Supaya penyebutan
konsonan tidak berulang, maka bunyi
konsonan sebelum vokal membuka suku kata.
Konsonan yang membuka suku kata ini
dipanggil ONSET. Konsonan yang hadir
selepas vokal pula menutup suku kata.
Konsonan yang menutup suku kata ini
dipanggil KODA. Oleh sebab itu struktur
suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan
konsonan, adalah seperti berikut:

2
SUKU KATA

ONSET NUKLUS KODA

Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan


pembahagian binari (pembahagian kepada
‘dua’), maka struktur suku kata dapat
dirajahkan sebagai berikut:

SUKU KATA

ONSET RIMA

NUKLUS KODA

Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur


wajib dalam suku kata, dengan onset dan koda

3
tidak wajib, maka struktur suku kata dapat
dinyatakan dengan kependekan O sebagai
onset, N sebagai nuklus dan K sebagai koda,
supaya struktur suku kata dapat dinyatakan
sebagai berikut:

(O)N(K)

Berdasarkan rajah di atas, menurut


pembahagian binari, maka struktur suku kata
dapat digambarkan sebagai berikut:

SK

O R

N K

Untuk tujuan peperiksaan, keempat-empat


istilah ini akan digunakan jika soalan tentang
suku kata keluar. Malahan, dalam penentuan

4
fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus
dan Koda) akan digunakan.

VOKAL SEKUNDER
(Secondary Vowel)

Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan


Vokal Primer, seperti lapan vokal bahasa
Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [] dan
[ə]. Pengeluaran bunyi vokal sekunder
berbeza daripada bunyi vokal primer dari segi
bentuk bibir yang terlibat.

(1) Bila bentuk bibir tak bundar untuk


mengeluarkan bunyi [i] dijadikan
bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu
namanya ialah “vokal depan sempit
bundar”.

(2) Jika bentuk bibir untuk vokal separuh


luas tak bundar [e] dijadikan bundar,
maka bunyi vokal sekunder yang
terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah
“vokal depan separuh sempit bundar.”

5
(3) Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak
bundar [a] dijadikan bundar, maka
bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah
[œ] dengan nama “vokal depan luas
bundar.”

(4) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang


sempit bundar [u] dijadikan tak bundar,
maka bunyi vokal sekunder yang
terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal
belakang sempit tak bundar.”

(5) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang


separuh sempit bundar [o] dijadikan tak
bundar, maka bunyi vokal sekunder
yang terhasil ialah [ë] dengan nama
“vokal belakang separuh sempit tak
bundar.”

(6) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang


luas [ä] dijadikan tak bundar, maka
bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah
[α] dengan nama “vokal belakang luas
tak bundar.”

6
Depan Bundar Belakang Tak Bundar

___________ _____________

ü y ï
___________ _____________

ö ë
___________ _____________

œ ^
___________ _____________

œ α
___________ _____________

7
KONSEP PENGELUARAN BUNYI

Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria:

(1) Bahagian lidah: depan; tengah;


belakang.

(2) Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh


sempit; separuh luas; luas.

(3) Keadaan lelangit lembut:

(a) Diangkat untuk semua vokal oral;


(b) Diturunkan untuk semua yang
disengaukan.

(4) (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer:

(a) bundar untuk vokal belakang


(b) tak bunda untuk vokal depan

(2) Keadaan bibir untuk Vokal


Sekunder:

8
(a) bundar untuk vokal depan
(b) tak bundar untuk vokal belakang

(5) Pita suara: Bergetar kerana semua vokal


adaah bersuara

Untuk pengeluaran bunyi KONSONAN,


perhatikan kriteria berikut:

(1) Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi,


ke gusi, ke lelangit keras, ke lelangit
lembut dan glotis (lubang dalam pita
suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir;
[t],[d] = bunyi gusi; [h] bunyi glotis; [k],
[g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb.

(2) Cara pengeluaran = bentuk arus udara,


Misalnya, tersekat → sekatan.
Misalnya: semua bunyi letupan:
[p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?]
tersempit → sempitan. Misalnya:
semua bunyi geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb.

(3) Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan


pita suara; kalau bergetar → bersuara;

9
Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau tak
bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x].

FITUR DISTINGTIF

DEFINISI

Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada


dari segi nilai artikulasi (pengeluaran) atau
nilai akustik, bahawa sebarang perbezaan
bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat
atau fitur dapat membezakan fonem. Itu
sebabnya istilah distingtif digunakan, kerana
distingtif bermaksud membezakan makna kata.
Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari
segi fitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi
bersuara, manakala [p] bunyi tak bersuara.
Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara
ini membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/.
Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atau
artikulasi, fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/
tergolong kepada fonem yang berbeza
daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara].
Oleh sebab itu [+ bersuara] adalah fitur
distingtif yang membezakan fonem /b/ [+
bersuara] daripada /p/ [- bersuara].

10
Fitur juga dapat diukur mengikut daerah
artikulasi yang terlibat. Bunyi [p] dan [b]
dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan
dua-bibir ditandai dengan fitur [+bilabial].
Bunyi [t,d] dihasilkan di daerah gusi, maka
kedua-dua bunyi itu ditandai dengan fitur
[+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi].
Bunyi [k,g] terhasil di daerah lelangit lembut,
maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan nama
fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya
fonem /k,g/ memiliki fitur [+velar]. Bunyi [ŋ]
yang dihasilkan di daerah lelangit keras, ia
ditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah
fonologi bagi maksud lelangit keras. Yang
berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu
dengan nama fiturnya dalam fonologi:

Nama daerah artkulasi Nama fitur

dua-bibir [+bilabial]
bibir-gigi [+labio-dental]
gigi [+ dental]
gusi [+alveolar]
lelangit keras [+palatal]
lelangit lembut [+velar]
glotis [+glotal]

11
Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur
dibuat mengikut pembahagian bunyi
konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fitur
untuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya
dinamakan [+afrikat]; jika geseran, nama
fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, nama
fiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan
bukan-sengau ditandai oleh fitur [-nasal]. Oleh
sebab itu, konsonan /p/ ditandai dengan fitur
[+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/
memiliki fitur [+plosif,+velar,+bersuara];
konsonan [f] memiliki fitur [+labio-dental,
+frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/
memiliki fitur [+nasal, + alveolar, + bersuara].

Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan


dengan bunyi konsonan, maka fitur [+vokalik]
hanya dimiliki oleh vokal, manakala konsonan
/p/ memiliki fitur [-vokalik]. Ini kerana fitur
[+vokalik] dapat menandai vokal yang
memiliki fitur [+vokalik], atau konsonan [-
vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /p/
mempunyai fitur [-vokalik, +plosif, +bilabial,
+tak bersuara].

Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan


ada yang tidak tulen. Konsonan tulen terdiri

12
daripada konsonan letupan [+plosif], letusan
[+afrikat] dan geseran [+frikatif]. Konsonan
tulen memiliki fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu,
konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif,
+velar, + bersuara], manakala konsonan /t/
memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +alveolar, -
+bersuara]. Konsonan liquida yang terdiri
daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus
udara tidak mengalami sekatan, atau sempitan,
tetapi membenarkan udara mengalir keluar,
maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur
[+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran
/w,j/ tidak tergolong kepada mana-mana vokal
mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [-
vokalik, -konsonantal].

Semua vokal ditandai dengan fitur [-


konsonantal, +vokalik]. Oleh sebab itu, vokal
sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana
bila udaranya sempit, lidah diangkat tinggi.
Fitur tinggi ditandai dengan fitur [-Rendah],
kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan
[+Rendah].

13
TAJUK KERJA KURSUS
BBM 3202

(a) Pilih SATU daripada tajuk-


tajuk yang disenaraikan di
bawah ini.

(b) Huraikan tajuk yang dipilih


dengan menyatakan perkara-
perkara yang berikut
(mengikut kesesuaian):

i. definisi
ii. sifat
iii. lambang fonetik/fonemik
iv. faktor/syarat/keadaan
v. penyebaran dalam kata
vi. contoh-contoh yang tepat
vii. gambarajah (di mana sesuai)

14
TAJUK KERJA KURSUS

1. Bunyi vokal Dialek


Kelantan: cara pengeluaran
dan penyebarannya dalam
kata.

2. Kosa Kata Khusus Dialek


Kelantan (atau Dialek
Trengganu) dan maknanya,
serta transkripsi setiap kata
yang disenaraikan.

3. Kosa Kata Khusus Dialek


Utara dan maknanya, serta
transkripsi fonetik setiap
kata yang disenaraikan.

4. Kosa Kata Khusus salah satu


bahasa di Sabah (Kadazan
15
dan Dusun, Murut, Melayu,
Bajau, Sulu, Orang Sungai,
Bisaya, Tidong, Kedayan,
Tranum, Kwijau,
Tambunuo, Dumpas, Paitan,
Minokok, Ramanau,
Margang, Idahan, Iranum).
Setiap satu kosa kata itu
hendakalah diterangkan
maknanya, serta transkripsi
fonetik setiap kata yang
disenaraikan.

5. “Alat tutur” dan


peranannya dalam
pengeluaran bunyi bahasa
Melayu.

6. “diftong” dan “rangkap


vokal” salah satu bahasa di
Sabah. Nyatakan juga proses
pengeluaran setiap satunya,
serta perbezaan antara
kedua-dua istilah tersebut.

16
7. Cara-cara “Fonem” dan
“Alofon” ditentukan dalam
bahasa Melayu, serta
hubungannya dengan kajian
fonemik.

8. Ciri-ciri suprasegmental
salah satu dialek di
Semenanjung (Johor, Perak.
Selangor, Terengganu,
Pahang, Kelantan, Negeri
Sembilan, Melaka, dialek
Utara).

9. Artiklasi tambahan dalam


salah satu bahasa di
Sarawak (Iban, Bidayuh,
Kayan, Kenyah, Murut,
Bisayah, Punan, Sian, Penan,
Melanau, Ukit, Narom).

10. Bunyi Vokal dan Konsonan


dalam satu bahasa di
Sarawak. Nyatakan
penyebarannya dalam kata,
17
serta berikan makna kata-
kata yang dijadikan contoh
itu.

PENILAIAN KERJA KURSUS

1. Markah maksimum untuk kerja


kursus ialah 30 daripada 100
(30%).

2. Huraian mestilah asli, yakni


berbentuk pengolahan bahan
bacaan.

3. Sebarang tulisan yang bersifat


menyalin akan diberikan markah
maksimumnya 20 sahaja, yakni
bukan 30.

4. Bahan rujukan hendaklah


sekurang-kurangnya tiga sumber.

5. Semua kertas kerja hendaklah


sampai ke Pusat Jarak Jauh UPM
18
selewat-lewatnya sehari/tarikh
sebelum tarikh Peperiksaan
Pertengahan Tahun.

6. Kertas kerja yang diserahkan lewat


daripada tarikh itu, markah
maksimum untuk penilaian ialah 20
(20%) sahaja. Dan jika sebelum
tarikh peperiksaan markah
maksimum ialah 10 (10%) sahaja.

7. Sebarang kertas kerja yang


dihantar selepas tarikh peperiksaan
tidak akan diterima lagi, kerana
tindakan menerimanya adalah
salah dari segi peraturan
peperiksaan universiti.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

1. Penilaian sebanyak 30%.

2. Berbentuk ujian objektif sebanyak


30 soalan.
19
3. Aspek yang disoal ialah segala-gala
tentang bidang fonetik.

AGIHAN TUGAS

Jasa baik tutor Pusat Pengajaran


diminta mengagihkan kajian yang
berkaitan dengan dialek di Sarawak
dan Sabah supaya setiap bahasa yang
dikaji hanya dituliskan oleh seorang
atau tidak lebih daripada dua orang
calon sahaja, kecuali apabila aspeknya
berlainan. Maknanya, tidak boleh
tajuk yang sama dituliskan oleh dua
orang calon.

20
21

You might also like