You are on page 1of 9

(Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di


peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang
dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education).

Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah


matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki
masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar
kehidupan masa hadapannya lebih sempurna.

Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan
mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar
berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar
domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi


di bilik darjah :
Beberapa unsur terlibat dalam proses ini , pertamanya sejauh mana penguasaan
ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini.
Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam
kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan
murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi
psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita
mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak
diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita
kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan
“selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, “buat sahaja perancangan
pelajaran tahun lalu” atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan
pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah
“kekurangan”
Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang
positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di
maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan
pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya
dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh
mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam
mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan
semasa.
Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun
70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat
disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat
antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan
perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau
menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu
disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu
makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada
yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan
melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-
pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk
menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-
kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu
sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.
Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah,
matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat
merancang pelajaran dengan berkesan . Kandungan sukatan pelajaran boleh
ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat
dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan
kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran
bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan
komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh
diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar
didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan
merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar
bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru,
secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat
perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh
menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian
membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah
kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan
mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah
cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira
peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui.
Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah
gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih)
dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan
bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan
semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk
terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan
yang baik)
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
• pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin
berkembang
• pelajar lebih berasa yakin terhadap kebolehannya, kerana guru telah
merancang pelajaran dengan memfokuskan kepada prosidur (Lansing 1971,
Efland 1977)
Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :

(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)


Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam
menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana
idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian
visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang
hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan
fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan
contengan mudah.
(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.
(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek
melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah
memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus
asa.
(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada
kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah
konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi
contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan
bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai
keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka


Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan
sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif
menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada
mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan
juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya
mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza
daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat
orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas
serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa
mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada
satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek
dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya
mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini
boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea
yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan
saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan
perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan
ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk
mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran
untuk memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam
idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses
kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak
masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar
daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat
konvensional dan bersifat biasa sahaja.
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan
rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan
terbaru melalui penyelidikan dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata
malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria
sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.
Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan
hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi
pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar
pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa
bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.
Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik.
Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.
5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses
kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa
yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran
hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi
hasil karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya
bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan
daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan
tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen
yang mereka berikan di dalam kelas.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :


(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan
tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing
pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan kaedah menjana idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi
mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema
dan objektif penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan
dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh
murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

DBAE menggunakan empat disiplin utama seni iaitu penghasilan seni, estetik, sejarah
seni dan ... Berdasarkan kepada perbandingan bagi melihat persamaan dan kelainan
struktur ... Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,
pendekatan ..... Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, ...

You might also like