You are on page 1of 11

Jenis dan Bentuk Kebudayaan

Melayu
Alif Iqbal
Muhammad Iqbal
Nilaidan etika
Kepercayaan
Pantang larang
Pengenalan
Kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir) serta segala hasil kegiatan dan
penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian
sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban,
kemajuan.

Kebudayaan Melayu menjadi teras kebudayaan


kebangsaan yang penting.
Dalam kebudayaan Melayu ada pelbagai jenis
elemen yang melambangkan identiti bangsa
Melayu itu sendiri seperti berikut:

Nilai dan Pantang


Kepercayaan
etika larang

Peralatan Peralatan
Adat istiadat
senjata permainan

Pakaian
1.0 Nilai dan etika
 Nilai adalah merupakan pegangan masyarakat
yang mentukan sifat seseorang.
 Menjadi asas penting dalam membina masyarakat
dan budaya serta setiap masyarakat mempunyai
nilai yang berbeza.
 Etika merupakan prinsip-prinsip akhlak atau
moral yang menjadi pegangan mana-mana pihak.
 Sumber nilai dan etika diperoleh melalui individu,
keluarga, masyarakat, kepercayaan dan agama.
Jenis-jenis nilai
 Nilai individu
 Ada pada individu selepas dilahirkan.
 Nilai individu dipengaruhi oleh keturunan dan
kepercayaan.
 Sumber nilai diperoleh melalui persekitaran.
 Jika nilai pada individu itu positif, maka sifatnya baik
dan disenangi.
 Nilai keluarga
 Menekankan kepercayaan dan persefahaman.
 Setiap tingkah laku dipengaruhi oleh keputusan bersama.
 Sekiranya ibu bapa melakukan sesuatu perbuatan maka
anak akan melakukan perbuatan yang sama.
 Nilai masyarakat
 Bentuk nilai yang lebih luas dan kompleks.
 Dipengaruhi oleh bangsa dan agama.
 Setiap bangsa mempunyai nilai yang berbeza.
 Masyarakat Melayu mempunyai nilai yang kompleks.
 Nilai dalam masyarakat Melayu diwarisi daripada
generasi kepada generasi yang berikutnya.
 Terdapat juga nilai kemasyarakatan yang dikongsi
bersama seperti semangat kejiranan, gotong-
royong, dan tolong-menolong.
 Terdapat banyak nilai yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu seperti berikut:
 Budi bahasa
 Rendah diri
 Budi dan pemurah
2.0 Kepercayaan
 Sesuatu yang diyakini, dipercayai dan benar
serta dapat diterima.
 Idea mengenai sesuatu yang baik atau yang
buruk adalah berdasarkan kepercayaan.
 Dalam masyarakat Melayu, kepercayaan mereka
berkaitan dengan agama Islam di mana segala
perlakuan bergantung kepada kepercayaan.
 Contoh kepercayaannya ialah sekiranya
melakukan sekecil mana kebaikan, maka akan
diberi ganjaran pahala.
3.0 Pantang larang
 Pantang bermaksud tegahan dari melakukan
sesuatu kerana akan membawa kesan yang buruk.
 Misalnya, ibu yang baharu sahaja melahirkan
anak ada pantangnya.
 Larang pula bermaksud tegahan dari melakukan
sesuatu yang terdapat dalam peraturan atau
undang-undang sama ada bertulis atau tidak.
 Contohnya rakyat zaman dahulu, dilarang
memakai pakaian berwarna kuning kerana warna
itu khas untuk raja-raja sahaja.
 Walaupun kedua-dua perkataan itu berbeza
makna, namun tetap digunakan sebagai satu
istilah kata majmuk yang membawa maksud
peraturan yang diterima secara tidak bertulis.
 Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai pantang
larang dalam kehidupan seharian.
 Beberapa contoh seperti berikut:
 Tidak boleh berubah tempat duduk semasa makan
kerana akan mendapat ramai suami/isteri.
 Tidak boleh duduk atas bantal nanti akan terkena
bisul.
 Jika makan nasi harus dihabiskan, jika tidak nasi
akan menangis.

You might also like