P. 1
54137732-Kayak

54137732-Kayak

|Views: 1,171|Likes:
Published by Halimah Rahim

More info:

Published by: Halimah Rahim on May 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2013

pdf

text

original

1.

0

PENDAHULUAN

Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Ini kerana kawasan dunia yang dilitupi dengan air adalah sebanyak 75% dan manusia pada zaman dahulu menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka.

Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding dengan darat secara tidak lansung memilih manusia membuka kawasan penempatan di pinggir sungai, tambahan lagi air adalah sumber yang sangat penting disamping memberikan sumber makanan kepada mereka. Oleh hal demikian masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout .

1.1

Definisi Kayak

Kayak adalah bot yang didayung oleh manusia, ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland dan dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Struktur asal binaan merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dan dikemudikan dengan mengguna kan pendayung dua belah. Bahagian atas kayak ditutupi dengan geladak manakala pengayuh pula duduk dalam lubang dibahagian kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll. Namun begitu kayak yang terdapat pada masa sekarang telah diubahsuai menjadi lebih maju antaranya seperti: berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas atau kayu.

2.0) 2.1 i.

ANATOMI KAYAK DAN PENGAYUH Anatomi Kayak Bow dan stern (haluan dan buritan) Bow merupakan bahagian muncung hadapan kayak manakala stern merupakan bahagian belakang kayak yang berbentuk tajam dan bulat. Bahagian ini boleh ditentukan dengan melihat bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.

1

Fungsi bow dan stern adalah memotong air dan memecah ombak selain dari menjadi arah tuju kayak. (Rujuk lampiran gambar rajah 1.0, 2.0, 3,0 dan 4.0)

ii. Hull Dinding, lantai dan geladak bahagian bawah kayak. Bentuk hull berbeza-beza

bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

iii. Deck (Geladak atas) Dinding bahagian atas kayak dimana terletaknya kokp it. Fungsi deck adalah menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian pedayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck manakala deck bahagian belakang dipanggil aftdeck.

iv. Toggles Merupakan tali pemegang yang terdapat pada bahagian hujung bow dan stern. Fungsi toggles adalah memudahkan mengangkat sesebuah kayak dan merupakan tempat berpaut apabila terbalik dan digunakan untuk mengikat kayak di tebing. Terdapat dua jenis toggle, jenis pertama ialah toggles yang terdiri daripada tali yang diikat kepada sejenis pemegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Toggles jenis ini lebih selamat dan selesa digunakan. Jenis kedua ialah ends loops yang terdiri daripada seutas gulungan tali yang terletak di hujung bow dan stern. Toggles ini murah dan mudah disediakan tetapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan.

v. Cockpit Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Cockpit merupakan tempat di mana pedayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang cockpit boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapan cockpit berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.

vi. Seat (tempat duduk) Tempat duduk pendayung terletak di dalam cockpit. Tempat duduku terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard, sederhana dan ketat. Tempat

2

Tempat duduk yang tinggi akan memberi kesan terhadap daya dayungan dan menambah kelajuan kayak. Berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan. Tempat duduk ketat digunakan untuk aktiviti rodeo dan di kawasan yang mempunyai arus deras. menunda dan mengikat kayak. Selain keel. sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Tidak semua kayak mempunyai keel. xi. ix. Coaming Coaming merupakan bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Tempat duduk yang rendah pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yan rendah. Tempat duduk sederhana digunakan untuk rekreasi. bahu. lowerback dan kaki terhadap 3 . Rudder terdapat pada kayak laut dan kayak untuk pertandingan pecut. Berfungsi sebagai tali untuk menyelamat. Keel membolehkan sesebuah kayak bergerak dengan lurus dan cepat. Towline/deckline Towline merupakan tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. vii. viii. x. Tidak semua kayak mempunyai keel. Memudahkan gulingan dan mengelakkan pedayung daripada terkeluar apabila terbalik. Berfungsi untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi yang sama dengan keel iaitu skeg. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras. Knee brace Terletak di bahagian coaming pada foredeck. Berfungsi untuk menyokong lutut pedayung dan memberi cengkaman yang lebih kuat terhadap kayaknya. Keel Terletak di bahagian geladak bawah kayak.duduk standard mempunyai saiz yang tetap. Knee brace hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja. Footbrace Terletak pada bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Coaming berfungsi untuk menghalang air daripada memasuki cockpit dan tempat untuk spray cover.

Hatch hanya terdapat pada kayak laut. xv. Selain itu berfungsi mengukuhkan dan menyokong bahagia geladak atas dan bawah. Back strap memberikan keselesaan pada pedayung untuk bersandar sewaktu aktiviti berdayung. Foot brace melindungi pedayung daripada terhentap atau menggeluncur kehadapan akibat daripada hentakan atau perlanggaran. c. Selain itu. Saiz hatch bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Hatch Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Fungsi utamanya adalah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air. xii. Berfungsi untuk memegang loop atau toggle yang dipasang padanya. Bentuk pasangan pedal yang terletak pada sisi port dan starboard kayak. Back strap Sejenis tali dan lapisan getah yang diikat pada bahagian belakang tempat duduk. Berbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi port dan starboard kayak. Terletak di bawah deck bahagian bow dan stern. back strap berfungsi melindungi bahagian belakang pedayung daripada cedera akibat hentakan daripada belakang. Eye pit Lubang yang terdapat di hujung bow dan stern yang ada pada sesetengah jenis kayak. Mempunyai berbagai-bagai bentuk. Buoyancy (bahan apungan) Bahan apungan terdapat di dalam kayak.penghasilan daya dayung yang baik. 4 . Deck eye/ Eye cleat Lubang atau besi yang terdapat di atas geladak berfungsi untuk mengikat towline di kawasan atas geladak. Secara umumnya terdapat tiga jenis footrest: a. Berbentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah kayak. xvi. xiii. b. xiv. Berfungsi untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan.

Be rfungsi untuk mengaut seberapa banyak air untuk menghasilkan pergerakan kayak.0. Berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.2 Anatomi Pendayung Pendayung berfungsi untuk menggerakkan kayak dan untuk mempraktikkan teknik-teknik kayak.0 anatomi pendayung) 5 . Merupakan bahagian pemegang pendayung. Kedudukan bilah ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap bilah dayung yang berada di udara semasa berdayung. kevlar dan plastik. Berikut adalah anatomi pendayung: i. Drip ring (bulatan getah) Diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. vi. Blade (bilah mata dayung) Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. 6. Tidak semua pendayung mempunyai drip ring. plywood. ii.0 dan 7. Front of blade (muka dayung) Bahagian belakang muka dayung. iii. Pendayung mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukan. fibreglass. Shaft/ loom/ bar (batang pendayung) Bahagian batang pendayung yang berbentuk bulat dan lurus. Tip (pelindung mata dayung) Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung.2. Berfungsi untuk menghalang air dari mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Bahan buatan pendayung adalah daripada kayu. Berfungsi untuk melindungi mata dayung daripada rosak akibat hentakan. iv. v. (Rujuk Lampiran Gambar Rajah 5. Neck (leher pendayung) Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

Kayak rekreasi ini mempunyai kokpit yang besar berbanding kayak-kayak yang lain untuk memudahkan masuk dan keluar kayak. Peringkat upsweep di haluan kayak juga membolehkan kayak untuk turun dan naik ke atas dan melewati gelombang ombak yang mendatang. Ia sesuai digunakan untuk orang-orang yang suka memancing atau mengambil fotografi di bahagian-bahagian tasik. Kayak single ini juga boleh dibahagikan lagi kepada dua kategori iaitu kayak air putih dan kayak l aut. Kayak Single) 3. sisi yang keras dengan kepanjangannya yang 6 .4 hingga 3 meter.6meter.7 meter. Kayak rekreasi ini tidak sesuai digunakan di laut. Biasanya kayak ini mempunyai kelebaran 12-15 kaki iaitu bersamaan dengan 3. kelebaran pada kayak ini juga memberi kestabilan pada kayak untuk menampung kapasiti beban yang terdapat pada kayak. kepanjangannya adalah antara 10 atau 12 kaki iaitu antara 3 hingga 3. Gaya kokpit ini melibatkan kedudukan di mana pengayak duduk dengan kaki dan pinggul di dalam perut kayak. Kayak laut untuk kayak single ini juga berkombinasi dengan profil dek dan gaya kokpit.1 JENIS-JENIS KAYAK Kayak Single Kayak boleh dibahagikan kepada kayak single dan kayak double.7 hingga 4. Kayak ini mempunyai berat kira-kira 20 hingga 29kg.5 meter dengan kedalaman sebanyak 19 hingga 25 inci iaitu bersamaan dengan 48-63 cm. Kedudukan kokpit ini membantu untuk mengurangkan tekanan angin. kayak ini mempunyai kapasiti mengangkut barang yang terhad.3 Surf kayak Surf ski kayak pula sesuai digunakan di kawasan air yang berombak. Kayak single bermaksud hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk berada dalam sesebuah kayak. bahagian bawah yang rata. Kayak ini disediakan khas untuk seorang sahaja yang mendayung. Bagi kayak air putih pula. Namun. Namun.3.0 3.9-5. semakin luas sesebuah kayak. Ia mempunyai kokpit yang terbuka. Selain itu. Model kayak air putih yang paling pendek pula berada dalam kelebaran lebih kurang 8 hingga 10 kaki bersamaan dengan 2. (Rujuk lampiran Gambar Rajah 8. 3. ia semakin memerlukan lebih banyak tenaga dalam bahagian air di sekitar perut kayak untuk mendayungnya. Salah satu jenis kayak dalam kategori ini adalah kayak Sit On Top yang mana ia mempunyai 4 pendayung. Kayak ini juga amat stabil dengan kedalaman kayak antara 27-36 inci ( 69-91 cm).2 Kayak Rekreasi Kayak rekerasi ini mudah dikendalikan. Biasanya kelebaran kayak laut untuk kayak single adalah dalam lingkungan 16 hingga 18 kaki iaitu dalam 4.

0 4. Ia seharusnya dibalut dengan selapis bahan yang licin serta lembut. Namun begitu. Pikulan di bahu beseorangan Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. 7 . namun. dan Afrika Selatan. Bentuk yang paling popular ialah sistem rak sarang burung merpati. Teknik ini akan menjimatkan ruang kawasan simpanan. Teknik ini kerap digunakan pada kayak perlumb aan. Contohnya ialah Kelab Tasik Putrajaya dan Pusat Kegiatan Air Tanjung Bungah. 4. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. (Rujuk Lampiran Gambar Rajah 10: Teknik Kerusi).Pulau pinang. Pepara rak ini boleh diperbuat daripada kayu ataupun besi. Terdapat pelbagai jenis rak yang boleh disediakan. kayak jenis ini masih digunakan untuk berlumba seperti di New Zealand.1 CARA MENYIMPAN KAYAK DAN PENJAGAANNYA. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak. Kayak ini memang khas digunakan untuk surf. Kayak pula boleh diletakkan secara mendatar ataupun mengiring bergantung kepada keluasan pepara. Ini bertujuan untuk mengelakkan kayak yang diletakkan di atas pepara ini daripada calar ataupun rosak. Teknik Menyimpan Kayak. Melalui teknik ini kayak diletakkan diatas penyangga yang berbentuk kerusi di bahagian bow dan stern. Kayak boleh disimpan dia atas rak. keluasan bagi kayak ini hanya 18 inci bersamaan dengan 46 cm sahaja.2 Cara Mengangkut Kayak Terdapat 3 cara untuk mengangkat kayak ke tempat berair. Teknik ini seringkali digunakan pada kayak perlumbaan. Sehingga kini. Idea utama sistem ini ialah untuk menyimpan kayak di atas pepara yang bertingkat-tingkat.4 meter. Teknik ini dikategorikan seperti di bawah: i. Ia merupakan teknik menyimpan kayak yang mudah alih serta tidak melibatkan sebarang struktur kekal. Teknik pepara ini kerap digunakan di kelab-kelab kayak yang mempunyai kawasan penyimpanan yang luas. 4. Australia. (Rujuk Lampiran Gambar Rajah 9: Teknik Pepara) Kayak yang ringan dan diperbuat dari komposit ( karbon. ia hanya sesuai digunakan di kawasan yang luas.kevlar.gentian kaca) boleh disimpan dengan menggunakan teknik kerusi. Selain itu. manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung kayak. ia juga amat sesuai digunakan dalam proses memeriksa dan juga membaik pulih kayak.mencecah 21 kaki bersamaan dengan 6.

Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. bertenaga dan lancar kordinasinya.0 TEKNIK-TEKNIK MENDAYUNG Sebelum mempelajari teknik dayungan. jurulatih kayak haruslah mengadakan sesi demonstrasi bersama peserta kayak di darat. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.1 Teknik Dayungan Asas Bahagian ini akan menjelaskan tentang teknik-teknik dayungan yang harus dipelajari dan dikuasai bagi mereka yang ingin mempelajari sukan kayak. kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Dengan menggunakan teknik ini. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat iii. hanya kekuatan tangan sahaja yang digunakan tetapi hal ini sebenarnya tidak betul. 5. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. 8 . Dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Namun. kuasa dan daya dayungan lebih efisien. Hal ini bagi memastikan peserta dapat memerhatikan dengan jelas teknik dayungan yang betul dan memudahkan jurulatih untuk memantau sebarang kesalahan atau kesilapan peserta.ii. 5. Teknik-teknik ini penting bagi menjadi seorang pendayung yang mahir. Pikulan di bahu berpasangan Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. penggiat kayak haruslah mengetahui tentang cara memilih pendayung yang sesuai untuk mereka. Lengan haruslah ditegakkan ke udara dan pastikan jari dapat mengggengam mata dayung yang berada di atas. Pendayung yang sesuai dan efisien mestilah bersesuaian dengan ketinggian mereka yang ingin berkayak. tangan dan kaki. Cara pemilihan pendayung yang sesuai boleh ditentukan dengan berdiri tegak dan letakkan pendayung secara menegak. Ramai yang menyangka bahawa ketika mendayung . Kelekan di pinggang berpasangan Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Untuk menghasilkan dayungan yang efisien dan bertenaga adala h melalui gabungan pergerakan dan daya bahagian torso.

Tarik dayung sehingga berada di sisi pinggang. Jangkau seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.1 Dayungan ke hadapan (Forward Stroke) Teknik ini merupakan teknik yang asas dan penting untuk dipelajari. Mata dayung dikeluarkan dari dalam air. Tangan kiri pula berperanan memberikan tekanan dan tambahan tenaga kepada mata dayung yang berada di dalam air. ii. Firming i.5. Mata dayung dikeluarkan dan diatur untuk membuat dayungan di sisi yang bersebelahan pada peringkat ini. Bengkokkan tangan kiri sehingga paras bahu dan pergelangan tangan kiri seelokeloknya separas bahu. ii. A. ii. Pull/Draw/Power i.1. D. iii. C. iii.al. Di peringkat ini. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan mata haruslah memandang tepat ke arah sasaran. Jangkaukan tangan kanan ke hadapan dan jangkau mata dayung seberapa jauh yang boleh. B. 9 . Catch i. Gerakkan torso kanan anda ke belakang dan tangan kanan seharusnya menarik mata dayung ke belakang. tenaga utama digunakan untuk iv.Menurut Izzati Radzi et.al aplikasi teknik dayung ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu: (2009). 2009) . Aplikasi dayungan ini terbahagi kepada beberapa tahap utama iaitu: (Rujuk Lampiran Gambar Rajah 11: Dayungan ke hadapan (forward stroke) Sumber: Izzati Radzi et. Permulaan dayungan dibuat pada peringkat ini. Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan iv. Mata dayung dimasukkan ke dalam air. ii. Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi menghasilkan daya pergerakan. v. Teknik ini harus dikuasai dengan baik oleh semua pendayung. Exit i.

al (2009). 10 .iii. A. Catch Gunakan genggaman yang sama seperti genggaman dayungan ke hadapan. masukkan mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik dan menolak mata dayung. arah dayungan dan kedudukan badan .1. Dayung mestilah diletakkan dalam keadaan keadaan yang rendah dan rata. ii. Sandarkan badan anda sedikit ke belakang dan pusingkan bahagian torso kanan ke arah stern. i. Kemaskan semula pegangan tangan kiri apabila mata dayung telah dipusingkan sebanyak 90°. Push and exit Bagi membolehkan kayak mengundur ke belakang. Dayungan ini dimulakan dengan meletakkan blade sejauh yang boleh ke depan tanpa membengkokkan badan ke hadapan. Bagi menghasilkan dayungan ke hadapan yang lancar dan efisien. teknik dayungan ini digunakan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak. v. Hulurkan tangan kanan ke arah stern. lihat arah pergerakan dan pastikan menuju arah yang lurus. jangkau mata dayung seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung ke dalam air. ii. i.al (2009).3 Dayungan sapuan hadapan ( Forward sweep stroke) i. Pergelangan tangan kanan haruslah memutar batang dayung ke atas agar mata dayung menghadap permukaan air.1. teknik ini merupakan teknik dayungan yang berlawanan dengan teknik dayungan ke hadapan. Menurut Izzati Radzi et. 5. Untuk memudahkan bahagian batang dayung dipusingkan. cengkaman tangan kiri dilonggarkan. Tujuan utamanya ialah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk. Pastikan mata dayung rapat dengan bahagian sisi kayak. Bagi memastikan kayak tidak melanggar sebarang halangan.2 Dayungan mengundur ( Backward Stroke) Menurut Izzati Radzi et. B. iv. ii. tolak mata dayung ke hadapan di bahagian kiri dan kanan kayak berulang-ulang kali. 5. iii.

1. Jangkaukan tangan kanan anda ke belakang. Teknik ini terbahagi kepada beberapa kemahiran dayungan iaitu (Rujuk Lampiran Stern Rudder. ii. Kelajuan dan pergerakan yang lancar adalah diperlukan bagi teknik ini. Peserta perlu menarik dayung ke belakang dalam bentuk separuh bulatan dengan mengekalkan tangan kirinya dalam posisi yang lurus. 11 . Untuk menukar haluan kayak dengan cepat.1 Stern Rudder Teknik ini digunakan untuk mengemudikan haluan kayak ke kiri dan kanan sewaktu melalui kawasan yang agak sempit seperti gua. Teknik Dayungan Lanjutan Teknik ini merupakan teknik yang akan dipelajari apabila teknik dayungan asas telah dikuasai sepenuhnya dan susah untuk diaplikasi jika teknik dayungan asas ti dak dikuasai.2. v. (Rujuk Lampiran Gambar Rajah 12: Dayungan sapuan hadapan (Forward sweep stroke) Sumber: Izzati Radzi et. Tangan kiri memegang bahagian neck dan tangan kanan memegang tengah bahagian batang pendayung. iv. Tolakkan pendayung ke kanan jauh dari stern dalam bukaan darjah yang kecil. ii.1.4. Namun begitu.4. teknik ini amat efektif sekali untuk digunakan. Langkah-langkah untuk menguasai teknik ini adalah seperti berikut: i. Teknik Dayungan Lanjutan ): Gambar Rajah 13: 5. benamkan mata dayung kanan di bahagian bow. pastikan mata dayung kanan berada di bahagian stern dalam kedudukan rendah. teknik ini memiliki prestasi dan daya dayungan yang efisien. Pastikan permukaan dayung berada selari bahagian bow dengan bukaan sudut sebanyak 45° sahaja.al. Pastikan tangan kiri berada separas kepala dan lengan dilintangkan separas dahi. Sewaktu kayak sedang bergerak dengan laju. Haluan kayak pasti akan berubah ke kiri. iii. Dayungan ini dilakukan dengan memusingkan dayung sejauh yang boleh ke depan. 2009) 5. Tarik pendayung ke kiri merapat ke arah stern dalam bukaan darjah yang kecil dan kayak akan berubah haluannya ke kanan.1. Bow Rudder/Duffek Teknik ini berfungsi untuk memusingkan kayak dengan cepat melalui teknik mengemudi bahagian bow kayak. 5. i.iii.4.

Jika peserta ingin merapatkan kayaknya ke kiri maka tindakan-tindakan berikut hendaklah dilakukan: i. Kayak pasti akan berpusing dengan cepat. Sewaktu kayak sedang meluncur dengan laju.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM AKTIVITI BERKAYAK Sebelum Aktiviti Berkayak 6. peserta perlu menarik tangannya yang di bawah itu lurus ke dalam dan seterusnya kearah pinggangnya. Sandarkan (edging) sedikit badan anda ke arah yang dituju. Untuk lebih selamat. iv. Pusingkan badannya ke kanan dengan bahu kirinya ke depan dan bahu kanannya ke belakang. i. Jangkaukan tangan kiri melintang ke bahagian bow kanan kayak.iii.1.1. Selepas itu blade dayung diputarkan keluar pada 90r.5 Merapatkan Kayak (2009). ii. 6.al merapatkan kayak selari dengan objek untuk tujuan berkumpul (raft-up). iii. Pendayung haruslah memiliki daya imbangan yang tinggi untuk mengaplikasikan tek nik ini.4. 5. Imbangan yang lemah boleh menyebabkan kayak terbalik. Awasi kayak dari terbalik jika dayungan ini dilakukan oleh kedua -dua peserta. gerakkan bahagian torso kiri anda ke bahagian kanan. Siku masih perlu dibengkokkan dengan dayung dalam keadaan menegak di dalam air dan sama dengan pinggang.3 Cross Bow Rudder Teknik ini sama seperti bow rudder iaitu untuk mengemudikan haluan kayak dengan menggunakan bahagian bow kayak. iv. Dengan keadaan blade dayung yang mempunyai jarak yang sama di antara satu sama lain dari kayak. Kekalkan posisi ini sepanjang dayungan ini dilakukan. sternman hendaklah melakukan dayungan tolakan (push-over) jika bowman melakukan dayungan tarikan ini. ii.1. Benamkan seluruh mata dayung ke dalam air dan sandarkan badan ke sebelah kanan kayak. iii. 5. iv.2 Jurulatih 12 . dayungan tarikan (draw) hendaklah digunakan untuk Menurut Izzati Radzi et.0 6.

Adakan pedoman dan tentukan haluan. 13 . rebut dan lain-lain. agihan kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan. ii. tanda-tanda nelayan yang sedang memukat ikan dan lain-lain. oren atau merah kerana mudah dilihat atau dikesan di laut.Gunakan baju lengan panjang dan berkasut sewaktu berkayak. v. jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah berada dalam keadaan baik dan boleh di gunakan. Jurulatih mengenalpasti tempat. vii. Membiasakan diri dengan keadaan tempatan termasuk keadaan laut. v. ix. ii. iii.1. lokasi bagi aktiviti berkenaan. gelombang.Setiap pergerakan hendaklah mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.4 i. semua peserta perlu membuat warming up . Hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta . Mengenalpasti arus dan air pasang surut. cuaca. Peserta tidak dibenarkan berkayak berseorangan. Sebelum memulakan aktiviti.Kayak hendaklah diperiksa untuk memastikan yang ianya tidak bocor.1. vi. Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat. Setiap peserta perlu ada wisel. 6. Peralatan buoyancy atau built in buoyancy Kayak hendaklah di lengkapi dengan beg-beg . Gunakan sarung tangan jika perlu. iii. tukun. bangkai kapal. Peserta tidak di benarkan memakai kasut yang berat dan pakaian yang sendat yang menyukarkan pergerakan badan. Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan aktiviti. berat dan 6. Mengenalpasti keadaan cuaca dan musim termasuk hujan. viii. Peserta mesti memakai jaket keselamatan sepanjang masa samada mereka tahu atau tidak tahu berenang. iv. Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai untuk berkayak. Kayak dan alat kelengkapan seperti paddle.3 Peserta i.alam sekitar yang membahayakan seperti batu karang. ii.i. iv.Gunakan pakaian yang cerah seperti warna kuning. Botol air dan lain-lain keperluan perlu diikat pada kayak. vi.

Semasa Aktiviti Berkayak Digalakkan sistem berpasangan buddy system lelaki dan perempuan dan tahap kebolehan berkayak serta berenang. tide .alat-alat keselamatan/survival seperti tali. Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna sebelum dibawa ke laut. 6. Bawa repair kit . rips . xi. ix. iv.iii. Laporkan alatan yang rosak atua hilang untuk tindakan selanjutnya. ii. Bot penyelamat dinghy perlu ada untuk mengawasi keselamatan peserta.2 i. x. Pastikan tali toggle ada pada kayak. Bersihkan dan simpan semua alatan dengan sempurna. viii. Pastikan bilangannya mencukupi. vi. whirpool .3 i. 6. Bawa kotak pertolongan cemas. Peralatan ( penyediaan kayak.Beritahu seseorang bila dan kemana anda tuju. iv. v. perahu dan lain-lain. v. vii. Memastikan setiap peserta dan jurulatih sendiri untuk memakai jaket keselamatan pada setiap masa sewaktu berada di kawasan perairan. Pastikan bilangan kayak. Ikatan jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat supaya jaket keselamatan tidak terlepas daripada badan para peserta sewaktu berada dalam air. iv. 14 . Repair Kit dan alat ganti henda klah di bawa bersama-sama semasa aktiviti kayak.pendayung dan jaket keselamatan mencukupi.Ini membahayakan dan boleh membawa maut. Elakkan daripada mendekati batu karang. Selepas Aktiviti Berkayak Penyelenggaraan alatan.bot dan kelengkapan) Pemeriksa buoyancy atau air bags dalam kayak. Kadar bilangan antara kayak dengan peserta hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan. iii. ii. iii.tiub kereta dibawa bersama. kapal.

Sukan kayak merupakan trend sukan masyarakat masa kini kerana rakyat Malaysia pada alaf baru ini sukakan aktiviti-aktiviti yang mencabar ketahanan. perlu banyak pendedahan mengenai kayak agar kayak dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya kepada pelajar yang merupakan pelapis muda Negara. Melalui beberapa keterangan mengenai cara mengayuh dan jenis-jenis kayak. Dengan itu. pengendalian kayak bukanlah mudah ini kerana ia mempunyai teknik yang tersendiri untuk memastikan kayak dapat dikawal dengan baik. untuk digunakan sebagai pengangkutan dan juga untuk aktiviti riadah pada masa sekarang. Sememangnya aktiviti kayak menarik dan menyeronokan kerana pendayung-pendayung dapat melakukan aksi-aksi yang menarik dan mencabar. Selain itu juga ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya. keyakinan dan kekuatan diri. 15 .KESIMPULAN Kayak adalah suatu alat yang sudah lama digunakan sejak berabad yang lalu.

(2005) Kayak Arus Deras : Antara Konflik Dan Kesejahteraan Alam Sekitar.scribd. Vonk. Syikin & Lin. Office of Boating Safety. http://izzuribarca. Sea Kayaking Safety Guide. Pada 1 mac 2011 www.com.blogspot. Canada. UPSI. Iowa Department of Natural Resources Jaffry Zakaria. An introduction to canoeing/ kayaking. Benderi Dasril. Des Moines. Dari: http://www. 1 mac 2011 16 .com.com. Universiti Sultan Perguruan.blogspot.(2009). Md Amin Md Taff. Jeffrey R. (2008). Canada Transport.com/doc/ 219775 99 / Kayak.BIBLIOGRAFI Izzati Radzi. Perak. (2007). Kayak. Pada: 19 Februari 2011.vikingkayak. Shira. Md Amin Md taff. Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Kedua . Pada 25 Februari 2011 http://sukanrekreasixtream. (2008).

0 a at aya s ¨ ¥ ¦   ¤  ©  ¤ ¨ § ¡ ¦ ¥¤ £ ¨ § ¡ ¦ ¥¤ £ ¢ ¡   seat bow toggle ta a agia .LA PIRAN LAMPI A .a agian aya yang penting) ©  © ¨ ¥© ( a a a a 1.0 anat i aya se ta a agian. /footrest (buoyancy)   ¨¥ ¨¥ ¦  ( a a a a 2.a agia aya ya g penting) 17 .

(Gambar Rajah 3.0: Pendayung yang tidak mempunyai feathered (Anatomi Pendayung)) 18 .0 anatomi kayak serta bahagian -bahagian kayak yang penting) (Gambar Rajah 5.0 anatomi kayak serta bahagian -bahagian kayak yang penting) (Gambar Rajah 4.

Front of blade Neck Drip ring Handgrip Blade Back of blade Bar/ shaft 4 2 ( a a a a 7.0 Penday ng yang eat e ed (Anat $ #      i Penday ng)) 19 .0 Anat i Penday ng) "  &3 " 1 0 ) ( '& % ! ( a a a a 6.

Kayak Single) (Gambar Rajah 9: Teknik Pepara) 20 .( Gambar Rajah 8.

2009) 21 .(Gambar Rajah 10: Teknik Kerusi) (Gambar Rajah 11: Dayungan ke hadapan ( forward stroke) Sumber: Izzati Radzi et.al.

(Gambar Rajah 12: Dayungan sapuan hadapan ( Forward sweep stroke) Sumber: Izzati Radzi et.al. Teknik Dayungan Lanjutan ) 22 . 2009) (Gambar Rajah 13: Stern Rudder.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->