Professional Documents
Culture Documents
CONTOH KARANGAN
Usaha-usaha mengatasi keracunan makanan
Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa.Keracunan makanan bukan hanya berlaku
di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanandicemari kuman. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama untuk mengatasi masalahkeracunan
makanan.
Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan
diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat
mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengansempurna bagi memastikan tiada kuman di
dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa
denganmengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makananbak kata pepatah “kebersihan asas
kesihatan”.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan.Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-
anak mereka makan di kedai ataupun warung yangkotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ
keranamungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebutmungkin terdedah kepada serangga dan haiwan
pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus.Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan
kebersihantahap makanan.
Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada
bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan
masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makananperlu membersihkan makanan sebelum dimasak
serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasaterdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka
tidakdihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasimasalah keracunan makanan.
Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah
keracunan makanan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan
kebersihan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakanyang segera jika ada kedai makanan yang kotor.
Mereka boleh melaporkan masalah tersebut dipejabat kesihatan daerah.
Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini
demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuahkedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan
mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpaperlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman
beratseperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaanamat penting bagi mengatasi masalah keracunan
makanan.
Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkanperanan yang sewajarnya. Semua pihak mesti
mengutamakan kebersihan dalam makanan danminuman. Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguh-
sungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.
CONTOH KARANGAN
Usaha-usaha memajukan industri desa
Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita. Pelbagai produk industridesa telah dipasarkan untuk keperluan
masyarakat. Untuk memajukan lagi industri desa, pelbagaiusaha perlu dijalankan dengan kerjasama semua pihak.
Usaha pertama yang boleh dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan
kepada mereka yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada
pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan boleh memberikanbantuan modal dan khidmat nasihat secara
berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyakmengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraftangan dan
makanantradisional. Peranan kerajaan penting agar industri desa terus berkembang maju di negara kita.
Selain itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluarandan kualiti industri desa. Penghasilan
produk industri desa yang semakin meningkat danberkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan
kursustentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan mesinpenting untuk menghasilkan produk industri
desa yang berkaitan dengan pembuatan makanantradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai
lagimereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa.
Untuk memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu
Daerah Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan
memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan,latihandan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri
desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melakatelah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”. Sesungguhnya, setiap
kerajaannegeri boleh mencontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnyadi luar bandar.
Seterusnya, kerjasama semua pihak penting untuk memasarkan keluaran industri desa.Keluaran industri desa yang unik serta
berkualiti mampu menarik perhatian masyarakat luar.Pameran-pameran perlu diadakan dengan lebih kerap untuk memperkenalkan lagi
keluaranindustri desa kepada masyarakat. Sebagai contoh, pihak swasta seperti TV3 boleh membantumemperkenalkan industri desa melalui
program Jom Heboh.
Kesimpulannya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluangsepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan.
Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiranbagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Kita amat berharap agar industri desa
yangdijalankan di negara kita terus seiring dengan kemajuan Negara.
CONTOH KARANGAN
Tajuk : Sebab-sebab memilih Malaysia sebagai tempat / destinasi pelancongan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Ramaipelancong sama ada dari luar dan dalam
memilih Negara kita sebagai destinasi pelancongan.Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di Negara sendiri.
Antara sebabnya ialah keindahan alam semulajadi yang menarik terdapat di Negara ini.Malaysia mempunyai hutan yang menarik dan
dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat-tempatini boleh menenangkan fikiran seseorang contohnya Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah
diSarawak dan lain-lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.
Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati contohnyanegeri Melaka. Terdapat bangunan-bangunan
bersejarah seperti Kota A.Famosa, tugu-tugu lamapeninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu
jugadapat menambah ilmu pengetahuan.
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Di Pantai dan di Pulaumembolehkan seseorang pelancong itu menghilangkan
tekanan dan mendapat hiburan. RakyatMalaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.Sebagai
contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson,Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain.
Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya MegaMall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di
Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley danlain-lain. Barangan yang dijual setanding dengan luar negara. Selain itu terdapat juga
pelbagaikraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan KraftanganMalaysia kerana menarik dan harganya
murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi hargabarangan dan jualan mega. Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar
Negarakerana Malaysia mempunyai segala-galanya.
Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat
memajukan sektor pelancongan Negara.
CONTOH KARANGAN
Langkah memajukan sukan Negara
Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One ,LeTour De Langkawi,Sukan komenwell dan
sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai penganjurtidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia sebagai
pesertaamatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan untukmemajukan sukan negara.
Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masadepan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha
harus dilakukan untuk menjamin masa depanmereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaundan
pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili Malaysia, tidakkira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di
samping itu, suatu organisasi harusditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.
Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet,pendedahan haruslah dimulakan dari
peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina disetiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat
sekolahrendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknikpernafasan yang betul diajar selain teknik
menguasai permainan sukan yang dipilih. Subjeksukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Oleh
Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktivitikesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang
menarik pula perlulah ditawarkan sebagaiganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolahharuslah
ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang seharusnya menjadipelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan
untuk sukan dan peruntukan untukmembeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa.
Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negarakita. Pihak Kerajaan haruslah giat
menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara.Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan
kepada anak-anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.
CONTOH KARANGAN
Keluarga Impian Saya
Keluarga ialah sebuah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu ,anak-anak, saudara maara dansebagainya. Sebagai seorang biasa, semua orang
mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.Saya juga ingin memiliki keluarga yang bahagia.
Keluarga impian saya mestilah mempunyai keluarga yang sempurna. Keluarga impiansaya mestilah mempunyai sumber kewangan
yang kukuh. Sebagi contoh, bapa saya seorangtokoh korporat yang berjaya manakala ibu saya seorang usahawan yang berjaya.
Segalakelengkapan dan permintaan saya akan dipenuhi oleh kedua ibu bapa saya.Mereka juga tidakmempunyai masalah untuk memberi wang
yang secukupnya kepada saya apabila sayamemerlukannya.
Saya mengimpikan keluarga yang mengamalkan cara hidup ajaran agama dan patuhkepada agama. Ahli keluarga saya tidak
meningalkan sembahnyang, sentiasa merendah diri, sukamelakukan amal Kebajikan, pemurah dan sebagainya. Tuhan akan sentiasa memberkati
keluargasaya dan memberikan kami kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Selain itu, keluarga impian saya mestilah saling menyanyangi antara satu sama lain dantidak mempraktikan perasaan seperti enaau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Ahli keluarga terutamanya kedu ibu bapa saya mestilah mementingkan anak-anaknya
daripadaurusan kerjanya. Mereka hendaklah sedia mendengar masalah saya ataua adik beradik yang laindan membantu menyelesaikan masalah
tersebut. Ibu bapa saya juga perlu memantau pencapaianakademik dan sahsiah saya supaya saya tidak leka dalam mencapai hasrat mereka untuk
melihatsaya berjaya kelak.
Di samping itu, keluarga impian saya mestilah mempunyai latar pendidkan yangcemerlang dalam pelajaran. Misalnya, ibu bapa saya
memiliki ijazah Sarjana Muda, abang dankakak saya memiliki Ijazah dan sebagainya.
Kesimpulannya, sebagai manusia , kita menginginkan keluarga yang sempurna. Walaubagaimanapun, tidak ada manusia yang
dilahirkan sempurna. Kita hanya merancang tetapi Tuhanyang menentukan.
CONTOH KARANGAN
Usaha-usaha Menghargai Warga Tua
Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melaluipelbagai rintangan dan dugaan untuk
membesarkan anak-anak.. Namun, pada hari ini warga tuasering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
.
Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkankita dan bapa pula mencari rezeki untuk
membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalasdengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua
dantidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.
Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tuayang terdiri daripada ibu bapa kita perlu
disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertuturdengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak
kaki ibu.
Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagaikemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh,
warga tua akan mendapat rawatan percuma dihospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.
Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitanpenderitaan hidup warga tua. Hal ini
menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalamhidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untukmengurangkan beban warga tua manakala kunjungan
ke rumah orang-orang tua dapatmengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbananwarga tua. Kita tidak boleh mengabaikan
warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita danmembesarkan kita.
CONTOH KARANGAN
Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara.
Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remajamemainkan peranan penting dalam
memajukan negara dan golongan inilah yang mudahterpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha
untukmemastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitumenjadikan Malaysia sebagai negara maju
menjelang tahun 2020.
Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorangitu boleh mengubah nasib
dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmupengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita
masihbergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlangyang boleh mereka cipta sesuatu kerana
remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannyapengguna teknologi semata-mata.
Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalammasalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam
vandalisme,gengsterisme,peras ugut danpenyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukankeluarga.
Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikanmasalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa
yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yangberwawasan perlu
menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas.
Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negaraagar negara aman dan rakyat dapat hidup
dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikapyang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara
dapatdijalankan dengan sempurna.
Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remajasepatutnya menjadi teladan yang baik kepada
adik-adik mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen
CintailahSungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapatmemainkan peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara.
Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan tenagadan idea yang berterusan agar aspirasi
negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untukmencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan
berbentukpengetahuan dan berusaha untukmeningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek sepertipengetahuan ICT yang membolehkan mereka
memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusiinternet. Mereka boleh bertukar-tukat idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya
bolehmenjana idea untuk menjayakan wawasan negara.
Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin
kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kitabersama-sama
berganding
bahu
untuk
mewujudkan
remaja
yang
ben
ar-benarberwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setandingnegara maju yang lain.
CONTOH KARANGAN
Disiplin Teras Kejayaan Akademik
Seseorang yang berjaya dalam hidup biasanya merupakan orang yang mematuhi peraturan,menghargai masa dan mempunyai matlamat hidup.
Dalam hal ini ,bagi seorang pelajar,disiplinmerupakan teras kejayaaan akademik.Mengapakah disiplin begitu penting dalam kehidupanseorang
pelajar? Marilah kita lihat hubungan erat antara disiplin dengan kejayaan akademikseseorang itu.
Pelajar yang berdisiplin dapat menguruskan masa dengan sempurna . Mereka tidakmembuang masa dengan sia-sia kerana masa yang
berlalu tidak akan kembali lagi.Apabilapelajar belajar mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut jadual waktu yangdisediakan,sudah tentu dia
dapat belajar dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalanpeperiksaan dengan mudah. Akhirnya,pelajar yang berdisiplin ini akan mendapat
kejayaan dalamakademik.Di sini, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan akademik.
Selain itu, pelajar yang berdisiplin juga dapat mengawal diri mereka daripada melakukanperkara-perkara negatif seperti peras ugut,
buli, vandalisme dan penyalahgunaan dadah. Merekajuga tidak akan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah. Mereka akan
belajarbersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan. Dalam hal ini, disiplin merupakanbenteng yang ampuh yang mampu
mengekang remaja atau pelajar terjebak dalam kemelut sosialyang kian meruncing kini.
Di samping itu, pelajar yang berdisiplin biasanya mempunyai sahsiah yang baik. Merekaakan menghormati ibu bapa,guru,dan orang-
orang yang lebih tua. Hal ini bertepatan denganhasrat kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mewujudkan insan
yangseimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Hanya pelajar yang berdisiplin danmemiliki akhlak yang mulia sahaja yang mampu
mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik.
Pelajar yang berdisiplin mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik. Hal inidemikian kerana pelajar yang menjalani kehidupan
seharian dengan teratur dan sempurnamampu menjana fikiran mereka untuk menghasilkan inovasi baru menerusi kajian dan penemuanbaru serta
eksperimen. Komitmen serta keiltizaman yang tinggi dalam kalangan remaja yangberdisiplin mampu mewujudkan kejayaan,bukan sahaja dalam
bidang akademik tetapi dalamkerjaya mereka setelah mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.
Berdasarkan perbincangan di atas tadi, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakanteras kejayaan akademik.Orang yang
berdisiplin akan memperoleh kejayaan dalam hidup keranadia mampu membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Oleh
itu,marilahkita bersama-sama mewujudkan generasi yang berdisiplin agar mereka dapat merealisasikanimpian negara.
CONTOH KARANGAN
Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkanperadaban bangsa dan negara melanda
golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenaigolongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu
inimenjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antarapenyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala
vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusikeluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi
keluargadiibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu pentingdalam usaha menangani gejala sosial
sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secarabesar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga
untukmemastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remaja daripada terjebak
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anakmereka dan mengasuh anak-anak bagai
menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlumenganggap anak-anaksebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-
anakdengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibukmengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama
sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilaikebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibukdengan
kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujungminggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk
melakukan aktiviti-aktiviti riadahbersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin didestinasi-destinasi yang
menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anakdiibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlumampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amatmemerlukan kasih
Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna.Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan
ajaran agama terhadap pembentukan mental remajakerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan
antaraperkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah lakumereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa
bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripadamenyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali.
Merekajuga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna.Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan
masa untuk membekalkan ajaran agama kepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Didikanagama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyaibenteng diri yang kukuh untuk menolak
ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apatindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah
keluarga.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-
anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke
semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulahmenghadirkan diri dalam sebarang pertemuan
antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihaksekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remajayang
bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikanbahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-
perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga
kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkankepentingan anak-anak mereka dan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapasememangnya perlu memastikan segala
tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segalaperlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu
bapaakan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk sepertimerokok perlulah bertaubat dan berhenti
merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinanbesar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa
kelemahanyang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak merekaterdedah kepada amalan yang kurang
Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dariakar umbinya kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulahmengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja
tidakakan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negarapada masa hadapan. Mereka harus dibimbing
agar akan menjadi modal insan yang berintegritidan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan
CONTOH KARANGAN
Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum.
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan
permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelabatau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada
setiapaktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokanmalahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan
pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat bergunakepada para pelajar apabila sudah dewasa.
Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpinsesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih
yakinuntuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinanini haruslah dipupuk sejak awal lagi
permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yangkuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan
peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhanmanusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membinakekuatan
stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. PepatahMelayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan
makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagaiaur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan.
Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakilipasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti
dalampasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dankukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengahpelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat
pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum,kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum.
Sebagaicontohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelahmenyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya
terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati,yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang
untukmewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan
kemudiannya negara.
Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergasdalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana
kegiatan kokurikulum ini memberikanpeluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripadasemua
pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapatdilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati