You are on page 1of 12

1.

0 OTOT

Menurut Ramlah Mamat dan Tay Moh Niat (2009), otot merupakan tisu
perantara berfiber yang kuat yang memberi sokongan pada sendi. Ia juga dalam
bentuk tendon dan ligamen. Menurut Anne Waugh dan Allison Grant (2002),
terdapat sekitar 40% berat dari tubuh kita adalah otot dan tubuh manusia
memiliki lebih dari 700 otot rangka. Terdapat tiga jenis otot dalam tubuh manusia
iaitu otot licin, otot kardiak dan otot skeletal.

OTOT KARDIAK OTOT LICIN

OTOT RANGKA
Otot rangka Utama

Bahagian hadapan

Bahagian belakang
Fungsi Otot

(i) Menghasilkan pergerakan


Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan
menulis.

(ii) Mengekalkan postur


Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan
mengekalkan postur.

(iii) Menstabilkan sendi


Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot
juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

(iv) Menghasilkan haba


Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba
penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan
kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri
daripada otot rangka.
2.0 TULANG

Tulang ialah berasal dari perkataan latin iaitu Osteo. Tulang kita adalah
ringan tetapi kuat, disesuaikan untuk memberi perlindungan dan pergerakan
(locomotion). Tulang terdiri daripada pelbagai tisu dan kebanyakannya ialah
collagen dan hydroxyapatite - Ca10(PO4)6(OH)2. Sepanjang kajian, terdapat
206 tulang dalam badan manusia. Menurut Ramlah Mamat dan Tay Moh Niat
(2009), tulang adalah struktur yang paling keras dalam badan manusia di mana
boleh dilihat dari segi makroskop dan mikroskopik.
Terdapat empat klasifikasi tulang menurut Dzulkifli Bin Ismail dan
Jamaliyah Binti Ahmad (2004) iaitu, tulang panjang, tulang pendek, tulang leper /
pipih dan tulang tak sama bentuk seperti yang berikut :

1. Tulang panjang
Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang,
lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang
adalah tulang-tulang mampat. Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius,
ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal,
falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki.

2. Tulang pendek
Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di
ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya.
Tulang-tulang ini berongga. Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan
(karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).

3. Tulang leper/pipih
Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang
ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ
di bawahnya. Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.
4. Tulang tak sama bentuk
Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot
atau artikulasi. Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar,
sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus)

Fungsi tulang dijelaskan dalam Ramlah Mamat dan Tay Moh Niat (2009)
iaitu, untuk memberikan sokongan badan di mana ia memberi sokongan kepada
tisu lembut dan tempat perlekatan kebanyakan otot dalam tubuh, membantu
pergerakan di mana tulang rangka memainkan peranan penting dalam
menentukan jenis dan keluasan gerakan badan, memberikan perlindungan di
mana rangka tulang melindung banyak organ dalaman yang penting dari
kecederaan, menyimpan mineral seperti kalsium, fosforus, natrium, kalium dan
mineral lain, akhir sekali ialah pembentukan sel darah (hemopoiesis) di mana
sum-sum merah tulang menghasilkan sel darah merah yang terdapat di dalam
peredaran.

Sistem rangka manusia


3.0 SENDI

Menurut Evelyn C. Pearce (2009), sendi atau artikulasi adalah istilah yang
digunakan untuk menerangkan pertemuan antara dua atau beberapa tulang
rangka. Terdapat tiga jenis sendi utama iaitu sendi yang berfiber, sendi tulang
rawan dan sendi sinovial. Menurut Ramlah Mamat dan Tay Moh Niat (2009),
sendi ialah tempat pertemuan di antara 2 atau lebih tulang di mana sendi hanya
terdapat pada bahagian yang bertulang sahaja.
Menurut Dzulkifli Bin Ismail dan Jamaliyah Binti Ahmad (2004) pula, sendi
adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang.
Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi,
sendi terbahagi kepada tiga iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan (sinatrosis),
sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiatrosis) dan sendi yang boleh bergerak
bebas (diatrosis). Terdapat dua fungsi sendi iaitu untuk memboleh tulang
bergerak dan seterusnya memegang tulang bersama.

Sendi Kedudukan
- Putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal
Sendi Pangsi - Tulang axis / atlas
Sendi Lesung Sendi bahu , Sendi Pinggul
Sendi interfalanks dan sendi di antara tulang humerus dan
Sendi Engsel tulang ulna.

Sendi Elipsoidal Putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal.


Sendi Pelana Sendi di antara trapezium dan metakarpus ibu jari.
- Sendi diantara tulang karpus tangan.
Sendi Satah - Putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal

6 jenis sendi boleh bergerak bebas


4.0 AKSI PERGERAKAN

Aksi pergerakan ialah pergerakan yang dilakukan oleh tubuh badan ketika
melakukan sesuatu perlakuan. Contoh–contoh aksi pergerakan ialah:

TERMINOLOGI MAKSUD CONTOH


Fleksi Membengkokkan sendi sehingga Menyentuh bahu kanan
sudut di antara dua tulang menjadi dengan jari-jari tangan
kecil. kanan.
Ekstensi Meluruskan sendi sehingga sudut Meluruskan kaki, lutut
di antara dua tulang menjadi lebih mengalami ekstensi.
besar.
Abduksi Bergerak jauh dari garisan medial. Membuka kaki (split)
Aduksi Bergerak rapat ke garisan medial Merapatkan kaki
badan
Sirkumduksi Pergerakan gabungan fleksi, Membuat bulatan
ekstensi, abduksi dan aduksi. dengan tangan.
Supinasi Kedudukan tapak tangan Berdoa.
menghadap ke arah posterior
Pronasi Kedudukan tapak tangan Semasa melantun bola.
menghadap ke arah anterior.
Protraksi Bergerak secara anterior Mengeluarkan dagu.
Retraksi Bergerak secara Memasukkan dagu.
Dorsifleksi Mengecilkan sudut pergelangan Jari-jari kaki
kaki. menunjukkan ke arah
kepala.
Plantar fleksi Membesarkan sudut pergelangan Menjengkit.
kaki.
Elevasi Pergerakan ke atas. Menaikkan bahu ke atas.
Depresi Pergerakan ke bawah. Menurunkan bahu ke
bawah.
FLEKSI

HIPEREKSTENSI
EKSTENSI

ABDUKS ROTASI

ADUKSI
ELEVASI

SUPINASI

INVERSI

PRONASI EVERSI
DEPRESI

DORSI FLEKSI

PLANTAR FLEKSI
SIRKUMDUKSI
5.0 SATAH PERGERAKAN

Pergerakan asas adalah berdasarkan kepada tiga satah anatomi iaitu satah
sagital, satah frontal dan satah transverse.

Jenis satah Penerangan Contoh


a) Satah yang
membahagi badan
kepada dua iaitu
bahagian kanan dan
Satah Sagital kiri.
b) Satah ini merentas dari
depan ke belakang
badan.

a) Satah yang membahagi


badan kepada dua iaitu
bahagian depan dan
belakang.
Satah Frontal
b) Satah ini merentas dari
sisikanan ke sisi kiri
badan.

a) Satah yang
membahagi badan
kepada dua iaitu
bahagian atas dan
Satah Transverse bawah.
b) Satah ini merentas di
bahagian tengah
badan.

6.0 TUAS
Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada pergerakan
sendi. Sistem sendi adalah sistem yang bertanggungjawab untuk menvariasikan
pergerakan yang akan dihasilkan. Penghasilan pergerakan berlaku menerusi
penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah sistem yang mempengaruhi
keupayaan mekanikal jasad.

Sistem tuas rangka


Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu
titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap
dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan
daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban. Tuas jasad manusia terdiri
daripada :
 Tulang sebagai palang
 Sendi sebagai fulkrum
 Penguncupan otot sebagai penghasilan daya
 Rintangan atau kerja sebagai beban

Tuas boleh dikelaskan kepada:


(i) Kelas pertama
(ii) Kelas kedua
(iii) Kelas ketiga
Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.

TUAS KELAS TUAS KELAS TUAS KELAS


PERTAMA KEDUA KETIGA

D D D
B B B

F F F

Fulkrum terletak antara Beban terletak antara Daya terletak antara


daya dan beban. daya dan fulkrum. beban dan fulkrum.

Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga


menggunakan daya menggunakan daya yang menggunakan daya yang
yang kecil untuk kecil untuk mengatasi lebih besar tetapi
mengatasi beban yang beban yang besar tetapi pergerakan pantas.
besar tetapi pergerakan pergerakan perlahan pada
perlahan. julat yang kecil.

Contoh Penggunaan: Apabila berjengket atas Mengangkat tangan di


Dalam permainan hujung kaki. Hujung kaki bahagian siku dan siku
badminton, aktiviti bertindak sebagai fulkrum, bertindak sebagai fulkrum,
merejam dan menerima otot kaki sebagai daya dan tangan sebagai beban dan
hantaran bulu tangkis. berat badan sebagai menghasilkan pengecutan
Sendi pergelangan beban. otot bicep.
tangan
sebagai fulkrum, otot
lengan sebagai daya
dan raket sebagai
beban.

You might also like