P. 1
Pantun

Pantun

4.5

|Views: 2,620|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah logika melayu
pantun
KASMIAH BINTI MOHD ALIAS
falsafah logika melayu
pantun
KASMIAH BINTI MOHD ALIAS

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 04, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/25/2012

pdf

text

original

NAMA NO MATRIK

: KASMIAH BINTI MOHD ALIAS : JEA 080162

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD SEMESTER : 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Mengaku Dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih.

Ulat bulu panjat durian, Sakit dahulu sedap kemudian.

Dahulu perang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci.

Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.

Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Tua-tua keladi, Makin tua makin jadi.

Pengenalan

Pantun adalah genre mantifak Melayu dan salah satu jenis pengucapan Melayu. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan dunia Melayu. Pantun mempunyai dua struktur yang sangat penting iaitu pembayang dan maksud yang bertaut secara integratif dan menjadi pengucapan yang indah. Kedua-dua struktur ini saling melengkapi antara satu sama lain. Pantun mempunyai sifat semulajadinya yang memenuhi fungsi dan peranannya disamping terungkap dengan indahnya dalam ritual dan acara kehidupan manusia. Pertautan berdasarkan persamaan bunyi sahaja tidak mengcukupi untuk menjelaskan hubungan antara sampiran atau pembayang dengan isi atau maksud. Sumber korpus yang

digunakan dalam pembayang atau sampiran adalah daripada alam dan bukan direka- reka begitu sahaja. Pantun berpantun merupakan perkara yang semula jadi atau fitrah kepada mereka yang pandai berpantun dalam masyarakat Melayu. Dalam buku yang disusun oleh Profesor Mohd Taib Osman, pantun mempunyai beberapa jenis iaitu pantun 4 baris, 6 baris, 8 baris dan 10 baris. Selain itu, terdapat juga ungkapanungkapan pantun 2 baris. Bentuk ini adalah bentuk puisi yang tersendiri. Perkaitannya dengan pantun bukanlah merupakan perkaitan, ianya berkembang menjadi pantun biasa. Dari segi strukturnya iaitu berima atau bersajak seperti pantun. Dalam bentuk yang paling mudah ia merupakan permainan ulangan kata.

Rangkap pantun pertama memberi maksud tentang ciri-ciri seseorang yang suka mengata atau membicarakan tentang hal orang lain secara berlebih-lebihan tanpa menyedari sikap diri sendiri. Falsafah yang cuba disampaikan melalui pantun ini ialah jangan terlalu suka menceritakan perihal orang lain secara berlebih-lebih tanpa menyedari sikap diri sendiri. Pantun ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran pada seseorang tentang kesalahan diri sendiri. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Dengan itu, setiap umat manusia perlulah menyedari kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Setiap umat manusia mestilah bijak dalam mengenal kelakuan atau perlakuan masyarakat yang lain. Hal ini bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. Selain itu, setiap masyarakat dapat Oleh itu, masyarakat dapat

mengelakkan berlakunya permusuhan antara satu sama lain. meningkatkan ketamadunan dalam diri atau masyarakat.

Kesedaran ini amat penting dalam

membina jati diri seseorang insan untuk berjaya di masa hadapan. Tanpa sikap jujur dan amanah dalam diri, kita tidak dapat hidup dalam bermasyarakat. Manakala rangkap pantun kedua ini menerangkan tentang cabaran dan liku-liku yang perlu dihadapi atau ditempuhi oleh setiap manusia. Setiap manusia yang ingin berjaya harus menempuh ranjau yang penuh dengan cabaran. Walaupun cabaran yang dihadapi untuk berjaya penuh dengan kesengsaraan, namun dengan usaha dan semangat yang tinggi, seseorang insan itu pasti mampu berjaya dalam mencapai cita-cita yang diimpikan. Falsafah yang cuba dibawa oleh penulis melalui pantun ini ialah beliau cuba menerangkan bahawa kegagalan tidak akan berterusan selagi kita masih cuba untuk berusaha. Sekali kegagalan dalam hidup tidak bererti

akan gagal selama-lamanya.

Selagi kita masih berusaha, kejayaan pasti akan diperolehi.

Penulis ini juga cuba untuk memberi kita kesedaran tentang nikmat apabila sudah berjaya suatu hari nanti. Hal ini kerana kejayaan yang diperolehi dengan usaha sendiri akan membuatkan kita bangga dengan diri sendiri dan dapat kepuasan dalam melakukan sesuatu. Selain itu, kita juga dapat meningkatkan kenyakinan dalam diri. Dengan itu, usaha yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan sebagai balasan. Oleh itu, jangan sesekali putus asa dan mengalah dalam

apa jua cabaran yang datang. Selain itu, usaha tanpa doa juga tidak berguna kerana usaha perlulah diiringi dengan doa kerana keadaan ini saling berkait antara satu sama lain. Usaha tanpa doa adalah sia-sia kerana tidak akan membawa kesenangan dan kejayaan kepada seseorang. Usaha dan doa perlulah bergerak seiring bagi mencapai cita- cita. Melalui rangkap pantun ketiga pula, penulis cuba menerangkan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Walaupun nilai kasih sayang itu amat penting namun masih ada segelintir masyarakat yang memandang remeh terhadap nilai ini. Falsafah yang cuba dibawa oleh penulis melalui pantun ini ialah penulis cuba membawa kesedaran kepada setiap insan dalam mengenal erti hidup. Oleh itu, setiap insan perlu berhati-hati dalam memilih seseorang untuk dijadikan sahabat, teman, suami atau isteri. Hal ini kerana setiap insan manusia mempunyai sikap yang berbeza yang mudah berubah-ubah mengikut zaman. Contohnya walaupun pada mulanya dia amat menyayangi seseorang itu namun dengan berlakunya peredaran masa seseorang itu boleh bertukar daripada sikap sayang kepada benci. Justeru itu, penulis cuba memberi kesedaran kepada setiap insan bahawa jangan terlalu mempercayai seseorang itu dengan mudah dan sentiasa berhati-hati dalam mengenal hati budi masing-masing bagi menjamin masa depan. Rangkap pantun keempat menceritakan tentang sikap segelintir masyarakat yang hidup secara berkelompok. Setiap orang mempunyai sifat dan ragam hidup yang berbeza antara satu

sama lain. Idealisme yang dibawa adalah berbeza. Intipati yang cuba disampaikan oleh penulis adalah cuba untuk mengutarakan sikap dan kelakuan masyarakat yang pelbagai. Sebagai contoh terdapat sekelompok masyarakat yang baik yang gemar tolong-menolong antara satu sama lain, dan ada pula kelompok lain yang hanya mementingkan keperluan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap masyarakat sekelilingnya. Penulis juga cuba menegaskan bahawa setiap individu mempunyai pendirian dan idealisme yang nyata berbeza di antara individu yang lain. Oleh yang demikian, penulis telah cuba memberi kesedaran dalam membina sebuah masyarakat yang gemilang dan bermuafakat tanpa terpengaruh dengan norma dan budaya kehidupan masyarakat yang negatif. Rangkap pantun kelima pula mengutarakan perihal sikap buruk segelintir individu yang hidup dalam sebuah komuniti masyarakat. Pantun ini mengulas mengenai keburukan bercakap bohong dan kesannya terhadap tingkah laku dan peradaban seseorang yang selalu bercakap bohong sekaligus menyebabkan individu tersebut cenderung untuk melakukan kejahatan seperti mencuri. Pantun ini juga ingin menjelaskan kepada kita bahawa sikap yang suka bercakap bohong adalah tidak baik dalam hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, sikap ini boleh

menyebabkan timbulnya perasaan benci orang lain terhadap diri kita. Pantun ini juga cuba memberi kesedaran kepada seseorang itu bahawa sikap bercakap bohong akan menyebabkan seseorang itu hidup dalam kemunduran kerana segelintir masyarakat tidak akan mempercayai segala percakapan dan perbuatan yang dilakukan. Masyarakat akan cuba untuk menjauhkan diri daripada mereka yang suka bercakap bohong. Oleh itu, kesedaran diri adalah amat penting

untuk memajukan diri dan kejujuran serta sikap amanah perlulah ditanam dalam diri setiap individu untuk mendapat kepercayaan daripada orang lain. Sikap yang sukabercakap bohong ini merupakan salah satu sikap yang dibenci oleh Allah S.W.T. Selain itu, sikap ini juga akan

menyebabkan seseorang itu akan terjerumus kepada sikap yang lebih teruk lagi. Sikap ini juga boleh meruntuhkan akhlak seseorang. Secara konklusifnya setiap insan perlulah menanamkan sikap yang terpuji dalam diri bagi membantu memajukan diri dalam semua aspek samada jasmani atau rohani dan lahir atau batin. Rangkap pantun keenam pula cuba menyindir atau memperli sikap sesetengah orang yang tidak sedar diri walaupun usia telah meningkat. Melalui pantun ini penulis cuba

mengutarakan tentang sikap atau perangai seseorang yang walaupun telah berusia namun masih juga berperangai negative. Perkataan “makin tua makin jadi” ini memberi maksud orang tua

yang suka menggatal atau mengganggu anak-anak gadis. Penulis cuba memberi kesedaran bahawa dalam usia yang sudah lanjut, seseorang itu perlulah memberi tauladan yang baik pada generasi anak muda untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini kerana mereka terlebih dahulu merasakan asam garam kehidupan. Oleh yang demikian, kelakuan mereka akan menjadi ikutan. Contohnya mereka perlulah lebih berfikiran matang dalam melakukan sesuatu. Mereka juga seharusnya memberi nasihat kepada generasi muda tentang cabaran hidup yang perlu dihadapi untuk menjadi manusia yang lebih berguna dan maju. Kesimpulannya kesemua pantun ini memberikan kita pengajaran dan menekankan kepentingan nilai-nilai murni yang dapat kita terapkan dalam diri sebagai satu amalan dalam kehidupan. Setiap umat manusia perlulah menanamkan sikap yang baik dalam diri seperti saling tolong- menolong, jujur, amanah dan sebagainya. Walaupun penulis cuba memberi kesedaran kepada masyarakat melalui berpantun namun, amlan berpantun semakin pupus. Hal ini kerana pantun tidak lagi penting dalam kehidupan manusia. Selain itu, masyarakat tidak lagi cenderung dalam membuat pantun. Mereka menganggap pantun sukar untuk dicipta kerana memerlukan pemikiran yang kreatif. Walaupun segelintir masyarakat sudah melupakan amalan berpantun ini,

namun pantun dapat dikekalkan dengan cara menganjurkan pertandingan berpantun. Hal ini secara tidak lansung dapat meningkatkan minat masyarakat dalam mencipta pantun sendiri.

Bibliografi Mohd Taib osman. 1975.Warisan Puisi Melayu Journal of Straits Branch of Royal Asiatic Society, No 22 1890

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->