You are on page 1of 16

BAHASA BAKU DAN

PEMBAKUAN BAHASA
MELAYU.

Kumpulan 1 :

Siti Nasibah binti Arifin. (0924502)


Noraidah binti Awang Damit (0914298)
Nor Sakinah binti Omar (0925656)
Nik Afra’ binti Nik Mohd Azam (0730184)
SEJARAH BAHASA MELAYU
 Pada permulaan sejarah bangsa Melayu iaitu pada
zaman Melayu Melaka, bahasa Melayu dijadikan
sebagai Lingua Franca oleh semua pedagang.
Pada masa itu bahasa Melayu boleh disamakan
taraf penggunaannya dengan bahasa Inggeris yang
dijadikan bahasa antarabangsa pada masa kini.

 Sejarah pembakuan bahasa Melayu bermula


seawal tarikh kemerdekaan Malaysia. Bermula dari
tarikh tersebut pelbagai usaha dan cara digunakan
untuk mendaulatkan bahasa baku sebagai bahasa
bangsa.
 Penggunaan bahasa Melayu berlaku secara
berterusan dari zaman Kesultanan Melaka
hinggalah sekarang. Bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu,
dan pelbagai lagi fungsinya. Tidaklah hairan
apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
menganjurkan program yang bertema “Bahasa
Asas Pembinaan Negara”.

 Bagi warganegara Malaysia, bahasa Melayu


adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara sebagaimana yang termeterai dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia
 Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960 adalah asas kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Akta Pelajaran 1961 yang
bertujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan.

 Selain daripada subjek bahasa yang diajar,


subjek-subjek lain seperti sejarah juga turut
ditambah untuk menyemai rasa tanggungjawab
pada negara dalam jiwa pelajar yang akan
menjadi pemimpin di masa depan.
KAEDAH PEMBAKUAN BAHASA
Kaedah Korpus

• Negara Malaysia & Indonesia melakukan kaedah


ini dengan cara tukar menukar bahan. Samada
diminta atau tidak diminta.
• Kelompok kerja dilakukan untuk kajian bersama
agar persetujuan dapat diputuskan.
KONSEP PEMBAKUAN BAHASA

Pembakuan Sistem Tulisan

• Pembakuan dalam sistem tulisan berlaku


apabila kita memutuskan untuk menerima sistem
tulisan Rumi sebagai sistem tulisan rasmi bagi
bahasa kita.

Pembakuan Sistem Ejaan

• Pembakuan sistem ejaan ialah proses yang


menentukan sistem ejaan sesuatu bahasa itu
bersifat baik dan mantap.
 Bagi tulisan Rumi bahasa kita, tahap pembakuan
yang terakhir adalah pada tahun 1972, apabila
kita ( bersama-sama Indonesia) bersetuju untuk
menerima sistem penggunaan ejaan baharu.

Pembakuan Tatabahasa dan Kosa Kata

 Dalam bidang tatabahasa, misalnya penghasilan


buku tatabahasa yang diterima sebagai buku
rujukan asas bagi kegunaan di sekolah dan
orang ramai.
Pembakuan Sebutan
• Pada amnya, boleh dikatakan bahawa bahasa
Melayu telah mantap dari segi proses
pembakuannya.

• Pembakuan sebutan sahaja yang masih belum


mantap, kerana aspek ini susah untuk dicapai.
MASALAH DALAM PEMBAKUAN BAHASA

Sikap Pengguna
 Mempunyai persepsi, pengetahuan, dan sikap yang
salah terhadap pembakuan bahasa.
 Konsep dan pemikiran yang salah tentang bahasa.
 Kurang penghayatan akan peranan bahasa melayu
baku.

Sokongan Kerajaan
•Kerajaan tidak serius melaksanakan dasar bahasa.
•Pengaruh kerajaan mengubah dasar penggunaan
bahasa.
•Persepsi politik yang salah terhadap bahasa
melayu.
Media Massa
• Kurangnya pendedahan dari sistem media
massa.
• Bahan-bahan rujukan juga sangat sedikit di
pasaran.
• Media massa kurang memain peranan sebagai
perantaraan.
Nilai Bahasa
 Cabaran dari bahasa lain, contohnya:
1. Persaingan dengan bahasa inggeris.
2. Lemahnya nilai bahasa dalam pelbagai aktiviti.
3. Hilangnya penghormatan kepada bahasa dalam
pelbagai majlis.
PENCAPAIAN BAHASA BAKU
Bahasa Rasmi
 Pengunaannya di majlis rasmi, seperti:
1. mesyuarat
2. kempen
3. ceramah
4. ucapan.

Bahasa Penulisan
 Sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan.

 Digunakan dalam persuratan, buku ilmiah dan


akhbar.
Bahasa Komunikasi
 Digunakan sebagai bahasa penggantar:
1. Dalam kuliah.
2. Aktiviti perdagang.
 peranan sebagai bahasa kebangsaan:
1. membolehkan pelbagai kaum berkomunikasi.
SYOR-SYOR PENAMBAHBAIKAN
BAHASA BAKU
 Individu
- Semangat dan bangga cintakan bahasa dan
negara.
- Menggunakan bahasa baku sebagai bahasa
pertuturan.

 Institusi Pendidikan
- Mengaplikasikan bahasa baku dalam Sistem
Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)
- Mewajibkan penggunaannya di sekolah dan
IPTA/IPTS terutama dalam setiap persembahan
atau pembentangan gerak kerja serta acara-
acara rasmi.
 Kerajaan
- Penubuhan jawatankuasa khas dalam
pemerkasaan bahasa baku.
- Mewujudkan sinergi antara Kementerian-
kementerian.
- Menyediakan peruntukan bajet kewangan bagi
merealisasikan impian pembakuan bahasa.

 Organisasi / DBP, MABBIM


- Meningkatkan pemantauan silibus pendidikan.
- Memperkenalkan cara yang sesuai untuk di
aplikasikan oleh masyarakat.
- Mengadakan kempen / bulan bahasa.
 Media Massa
- Menyediakan dan menyiarkan serta
menyampaikan menggunakan bahasa baku.
- Merujuk kepada DBP setiap pengeluaran bahan.

 Budayawan
- Sasterawan, karyawan termasuk didalam
budayawan.
- Menghasilkan karya di dalam bahasa baku.
KESIMPULAN

 Memartabatkan bahasa Melayu.


 Menaikkan taraf bahasa dan jati diri bangsa.
 Generasi seterusnya akan dapat mengenali dan
menggunakan bahasa baku.
 Memelihara bahasa daripada terus tercemar
dengan budaya semasa.
 Mengelakkan bahasa Melayu lama pupus dek
zaman.

You might also like