You are on page 1of 26

Tanaman Tomato

Pengenalan

Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia
menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan
kini penanamannya telah meluas ke semua negara beriklim tropika.

Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highland. Kawasan di


tanah rendah yang menanam tomato ialah di negeri Johor.
Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja
dieksport ke Singapura. Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato.
Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar.

Botani Tanaman

Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Dari famili Solanaceae.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu yang tumbuh menegak
(determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Perbezaan juga terdapat pada
ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan kulvitar-kulvitarnya. Ciri-ciri am pokok
adalah seperti :-

Akar - akar tunjang yang kuat dan banyak akar- akar serabut
Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku
Daun - berbulu dan terdapat banyak bentuk
Bunga - berwarna kuning dan berukuran lebih 1cm
Buah - banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
Benih - berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/biji
Cara pendebungan - persenyawaan sendiri
Keperluan Asas Tanaman

Faktor Iklim

Tomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi. Walaubagaimana terdapat juga
kultivar tomato yang sesuai di tanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai adalah 18 – 32oc.
Jumlah hujan pula ialah sebanyak 460mm untuk pertumbuhan yang baik.

Faktor Tanah

Tanaman tomato sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir ( BRIS dan
bekas lombong ) dan tanah gambut. Yang paling penting bagi tanaman tomato adalah
saliran serta pengudaraan yang baik. Tanah yang mempunyai nilai pH 5.5 – 8.0 adalah
amat sesuai. Keperluan topografi adalah seperti berikut.

Sifat – sifat tanah dan kesesuaian untuk tanaman tomato

Kesesuaian untuk tanaman tomato


Sifat Tanah
Sesuai Sederhana sesuai

Kecerunan 0 – 60 6 - 120

Saliran Tak sempurna salir ke salir Kurang salir dan agak sangat
salir ke sangat salir

Kedalaman tanah yang berkesan > 50 cm 25 – 50 cm

Tekstur dan struktur Selain dari pasir Pasir yang tak berstruktur
berstruktur dan lempung.

Kemasinan < 1 mmhos 1 – 2 mmhos


Kedalaman lapisan asid sulfat > 50 cm 0 – 50 cm

Ketebalan gambut Tidak menghalang -

Keberbatuan Tiada halangan pada 25 cm -


kedalaman tanah

Ketidak seimbangan unsur Tiada keracunan kelebihan CEC rendah


mikro nutrien atau CEC
rendah

Sumber : Wong ( 1986 )

Kultivar-kultivat yang disyorkan


Sifat Kultivar
pokok
L 24 MT 1 MT 11 Serdang 2 King Kong ( F1)

Tabiat Tegak, rimbun Tegak, rimbun, Rimbun, Tegak, rimbun, Tegak, separa
pokok dan berterusan sederhana besar, separa sepera berterusan
( indeterminate) separa berterusan berterusan berterusan ( indeterminate)
(semideterminate) (indeterminate) (indeterminate)

Berat Besar Kecil Sederhana Sederhana Besar


(lebih 60 g/biji) (25-30 g/biji) (40-80 g/biji) (40-80 g/biji) (100-150g/biji)

Warna Merah Merah cerah Merah Merah Merah

Kegunaan Segar Segar/proses Segar Segar Segar

Hasil 18-30 tan/ha 15-25 tan/ha 15-28 tan/ha 20-25 tan/ha 25-30 tan/ha

Amalan Kultur
Program Kerja
Program gerak kerja bagi tomato terdapat seperti jadual berikut.
Program Kerja Untuk Sehektar Tomato
Hari Aktiviti Input Catatan
Bahan Kadar
- 46 Penyediaan semaian (untuk lebih a. kotak 70 Saiz 60X60cm
kurang 10000 pokok) semaian
b. beg plastik 10000 Saiz 12X12cm
c. batas 5
Saiz 100X15cm
-40 Rawatan biji benih Racun Thiram 3g/1000g benih Benih ditanam
sedalam 0.5cm
-30 Menyembur baja daun Baja daun Ikut syor label Sembur seminggu
sekali hingga
mengubah
-26 Kawalan penyakit dan perosak Racun kimia Ikut syor label Sembur bila perlu
-16 Pembersihan kawasan trektor - -
-14 Pengapuran GML 3-5 tan/ha Kadar untu tanah
mineral
-7 Pembajaan asas Tahi ayam 5 tan/ha Digaul ke dalam
batas
-3 Layout, penyediaan batas, Trektor 40 gulung -
menutup batas dengan plastik Plastik silver
shine
0 Mengubah anak benih Anak pokok 1 pokok/ lubang Jarak 0.6 X 0.6m
7 Menyulam Anak pokok - -
14 Pembajaan i NPK 12:12:17:2 300 kg/ha Baja ditabur
sekeliling pokok
15 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu
27 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu
28 Pembajaan ii NPK 12:12:17:2 600 kg/ha Baja ditabur
sekeliling pokok
30 Kawalan Rumpai Racun Kimia Ikut syor label Racun antara batas.
Gunakan penyembur
32 Memasang penyokong & dawai Penyokong kayu 16000 batang -
40 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu
42 Mencantas - - Membuang tunas sisi
dan daun berlebihan.
54 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu
55 Kawalan Rumpai Racun Kimia Ikut syor label Racun antara batas.
56 Pembajaan ii NPK 12:12:17:2 600 kg/ha Baja ditabur
sekeliling pokok
56-60 Hasil mula dipungut Bakul - Jangka masa kutipan
hasil 30-45 hari
68 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu
82 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu
96 Kawalan Penyakit dan Perosak Racun Kimia Ikut syor label Kawalan pencegahan
jika perlu

Penyediaan Anak Benih

Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih yang digunakan adalah
300g/ha.biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar
3g/1000g biji benih. Biji beni perlu disemai sekurang – kurangnya 6 minggu sebelum
menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviri sulaman. Anak benih ditanam di
bawah jaring kalis serangga. Semasa peingkat semaian, anak benih boleh boleh disembur
dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur
racun serangga seperti chlorpyrifos jika terdapat tanda – tanda serangan perosak.

Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan


i. Semaian batas
ii. Semaian polibeg
iii. Semaian kotak
i. Semaian batas
Campuran tanah 7:3:2 ( tanah, bahan organik, pasir ) digunakan bagi batas semaian
berukuran 1m lebar X 15cm tinggi.
Semai biji benih sedalam 0.5cm dalam jalur dengan jarak 5cm. Tabur tanah kering yang
halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih.siram batas dan tutup dengan teduhan
yang dibuat dari plastik lutsinar.

ii. Semaian
Polibeg
Isi polibeg berukuran 12cm X 20cm X 1mm dengan tanah campuran 7:3:2. Tanam 2-3
biji benih sedalam 0.2cm. Tinggalkan hanya satu pokok apabila mempunyai 2-3 helai
daun. Letakkan polibeg dibawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan
jaring kalis serangga.

iii. Semaian kotak


Kotak yang dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60cm X 60cm diisi dengan tanah
campuran 7:3:2. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian
bawah supaya air tidak bertakung. Biji benih ditanah sedalam 0.5cm dan tabut tanah
halus diatasnya.
Kotak semaian diatur di atas meja panjang di dalam bangsal semaian. Bangsal semian
boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap. Dinding bangsal boleh ditutup
dengan jaring untuk mengawal kemasukan serangga. Pengairan oleh dilakukan dengan
menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Penyediaan Kawasan

Penyedian kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan


pembinaan batas. Tanah dibajak dan digembukan sedalam 15cm-22cm. Batas dibentuk
selebar 1.2m lebar X 20-30cm tinggi.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang
daripada 5. pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan
sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur yang selalu
digunakan ialah Ground Megnesium Limestone ( GML ) dengan kada 3-5 tan/ha.

Penanaman di Ladang

Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Hanya anak benih yang sihat
sahaja dipilh. Sebelum mengubah, anak benih perlu mengalami proses pengerasan
dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur. Ubah anak benih
ketika cuaca redup atau pada waktu petang duikuti dengan siraman air. Jarak tanaman
yang disyorkan ialah 60cm X 60cm.
Penggunaan sungkupan plastik silver shine digalakkan untuk mengawal rumpai dan
mengurangkan serangan kutu daun. Pilih kawasan yang belum ditanam dengan tanaman
jenis Solanaceae. Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang
disahat perlu disulam.
Penyediaan Sokangan

Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh.
Penyokong ini boleh dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada
hujung setiap batas. Rentang dawai pada kedua-dua kayu dan ikat tiap-tiap pokok tomato
di batas kepada dawai.. biasanya tinggi penyokong ialah 50-70cm.

Pembajaan

Kadar pembajaan tanaman tomato berbeza mengikut jenis tanah.


Jadual dibawah menunjukkan kadar baja yang disyorkan untuk tanaman tomato.

Kadar pembajaan tanaman tomato bersungkupan plastik bagi beberapa jenis tanah
Jenis Tanah Baja
Jenis Kadar Masa (MLT) Cara
(Tan / ha / musim) Minggu
Lepas Tuai

BRIS
- Rudua Tahi Ayam 10 -1* Gaul dalam tanah
NPK 12:12:17:2 2 2,4 & 8 Keliling pokok
- Baging Tahi Ayam 25 -1* Gaul dalam tanah
NPK 12:12:17:2 3 2,4 & 8 Keliling pokok

Bekas Lombong Tahi Ayam 25 -1* Gaul dalam tanah


- Pasir NPK 12:12:17:2 2 2,4 & 8 Keliling pokok

Gambut NPK 12:12:17:2 2 2,4 & 8 Keliling pokok

Mineral Tahi Ayam 5 -1* Gaul dalam tanah


NPK 12:12:17:2 1.5 2,4 & 8 Keliling pokok

Pemangkasan

Pemangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi
dan daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.

Pengurusan Air

Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga
kerja yang rendah. Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000 – R 8000 sehektar.
Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah
antara 1.5 – 2.5 kg/cm2 dengan kadar alir perenjis 0.3 – 1.0 liter/ saat dan garis pusat
siraman liputan 25-30 m.
Pengurusan Perosak
Kawalan Penyakit dan Serangga

Kawalan Serangga
Nama perosak : Ulat pengorek buah (Chloridea obsoleta F.)
Bahagian serangan : Buah, daun, tunas dan bunga
Peringkat serangan : Peringkat berbunga dan buah
Simptom : Buah berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga
dimakan ulat

Kawalan : Sembur pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin


atau acephate selang 14 hari.
Kutip buah yang diserang dan musnahkan.

Nama perosak : Lalat buah (Bactrocera sp)


Bahagian serangan : Buah
Peringkat serangan : Peringkat berbuah
Simptom : Buah berlubang dan reput. Buah gugur atau busuk
sebelum matang

Kawalan : Kutip buah yang diserang dan musnahkan secara


tanam atau bakar
Sebagai kawalan gunakan attractant seperti methyleugenol

Nama perosak : Hamama merah (tetranychus truncatus)


Bahagian serangan : Daun dan bunga
Peringkat serangan : Semua peringkat
Simptom : Daun – daun yang diserang berkerekot dan bertompok
kuning. Pertumbuhan terbantut dan bunga
tidak terbentuk
Kawalan : Sembur pokok dengan racun serangga seperti dicofol
atau propagite
Kawalan Penyakit

Penyakit : Hawar Phytophthora


Penyebab : Phytophthora infestans (kulat)
Bahagian diserang : Daun dan Buah
Cara merebak : Tanah dan air
Simpton : Daun bertompok perang dan hitam. Daun tua berair di bahagian
hujung. Bahagian belakang daun bertompok putih. Pada buah,
terdapat bintik lecuh (water soak), bahagian yang diserang
berkedut. Pokok akan mati pada akhirnya.
Kawalan
– Sembur racun kulat – maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide.
– Bakar bahagian berpenyakit.
– Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.
– Jaga kebersihan kawasan tanaman.
Penyakit : Antraknos buah
Penyebab : Colletotrichum sp
Bahagian diserang : Buah
Cara merebak : Biji benih dan angin
Simpton : Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar
menjadi tompok perang kehitaman.
Serangan menyebabkan buah reput.

Kawalan
- Guna biji benih yang sihat.
- Bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah

Jika terdapat serangan


- Musnahkan buah-buah yang berpenyakit
- Sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb.
Penyakit : Hawar alternaria
Penyebab : Alternaria solani
Bahagian diserang : Batang, daun dan buah
Cara merebak : Angin
Simptom : Terdapat bintik berwarna perang pada bstsng dan daun tua.
Bintik kemudian membesar menjadi tompok pusar hitam
Tisu daun di keliling tompok bertukar menjadi kuning
Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi
dengan spora hitam.

Kawalan
- Sembur dengan racun kulat – cooper oxychloride, mancozeb atau
chlorothalonil
- Bakar bahagian yang berpenyakit
Penyakit : Reput Pangkal
Penyebab : Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp
Bahagian diserang : Pangkal pokok
Cara merebak : Tanah
Simptom : Daun-daun kelihatan layu
Terdapat masalah putih pada pangkal pokok
Akhirnya pangkal akan menjadi hitam dan reput

Kawalan
- Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.
- Musnahkan pokok yang diserang.

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Ini


berpandukan kepada tempoh larangan mengutip hasil (TDMH) yang telah ditetapkan bagi
racun-racun perosak yang berkenaan. Jadual dibawah adalah panduan tempoh mengutip
hasil.

Panduan tempoh dilarang mengutip hasil


(TDMH) racun perosak yang disyorkan bagi tomato

Racun Perosak TDMH ( Bil. Hari )


acephate 21
benomyl 3
Bacillus Thuringiensis Tiada
captafol 14
carbendazim 3
cuprous oxide Tiada
chlorothalonil 7
dicofol 7
malathion 3
mancozeb 14
maneb 14
permethrin 5
propagite 7

Panduan pengiraan racun perosak tanaman adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan
pengguna supaya racun yang digunakan pada kadar yang disyorkan tanpa pembaziran
dan ia juga dapat mengelakkan dari pencemaran udara.

Syor berdasarkan % bahan aktif


Formula :
V1 x C1 = V2 x C2
V1 = V2 x C2
C1
Di mana :
V1 = Isipadu ( volume ) racun perosak kormesil
C1 = Kepekatan bahan aktif racun perosak kormesil
V2 = Jumlah isipadu semburan ( spray volume ) racun perosak dan air
C2 = Kepekatan bahan aktif racun perosak yang disyorkan

Contoh Pengiraan
450 liter isipadu semburan racun malathion ( kandungan bahan aktif 52% ) disyorkan
untuk mengawal kepinding dengan kadar 0.1% bahan aktif. Berapa banyakkah (liter)
racun malathion diperlukan?

Menggunakan formula di atas :


V2 = 450 liter
C1 = 52%
C2 = 0.1%

V1 = 450 liter X 0.1 %


52 %
= 0.86 liter ( 860 ml )

Jawapan : Gunakan 0.86 liter ( 860 ml ) racun malathion dengan isupadu senburan
450 liter
Kawalan Rumpai

Rumpai bersaing untuk mendapatkan zat makanan, air dan cahaya. Rumpai yang tumbuh
di atas batas perlu di cabut dengan menggunakan tangan, cangkul atau dikawal
menggunakan sungkupan. Sungkupan dengan menggunakan plastik silver shine adalah
teknik sungkupan yang paling berkesan. Bagi rumpai yang tumbuh di antara batas boleh
dikawal dengan menggunakan racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha)
atau glyphosate (0.6 kg/ha) sebelum peringkat berbuah. Ketika menyembur, gunakan
penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.
Kematangan dan Pengutipan Hasil

Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buah akan masak 30
selepas berbunga dan tempoh mengeluarkan hasil adalah 30 – 45 hari selepas kutipan
pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi cukup matang. Pungutan
buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dari pecah.
Buah-buah dipetik dengan menggunakan tangan sebiji demi sebiji dengan memastikan
kulit buah tidak tercedera. Buah yang telah dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang
beralas kertas dengan muatan tidak melebihi 30kg. Dalam keadaan ambien, buah tomato
masak boleh disimpan selama 2 hari. Jangka masa penyimpanan boleh ditingkatkan ke 1-
2 minggu jika disimpan di bilik sejuk pada sushu 5-100c dengan kelembapan di antara 90-
95%.
Kualiti buah yang dikehendaki di pasaran adalah seperti berikut:-
Ukuran – Saiz Garis Pusat (cm)
Besar - >6 cm
Sederhana - 5-6 cm
Kecil - <5 cm

Bentuk - bulat dan tidak cacat


Warna - 90% warna hijau dan 10% kuning
Tekstur- lembut, bila dibelah terdapat rongga udara
Keadaan - Bebas dari serangan penyakit, kerosakan dan kekotoran

Ekonomi Pengeluaran
Kos Perbelanjaan
Pada umumnya anggaran kos perbelanjaan tanaman tomato boleh dibahagikan kepada
kos tetap, kos bahan dan kos tenaga kerja.

Kos tetap
Kos tetap merangkumi perbelanjaan bagi cukai dan alat-alat pengairan. Anggaran kos
tetap bagi sehektar tanaman tomato ialah sebanyak RM756.25.

Kos Bahan
Jumlah kos bahan untuk pengeluaran sehektar tanaman tomato ialah sebanykan
RM6529.30. perbelanjaan ini adalah diperlukan untuk bahan seperti benih, baja, racun
dan alat-alat ladang.

Kos Tenaga
Kos tanaga kerja untuk mengusahakan sehektar tanaman tomato ialah sebanyak
RM1910.00 semusim. Perbelanjaan yang paling tinggi adalah kos tenaga kerja untuk
memungut hasil iaitu RM450.00.
Anggaran Kos Pengeluaran Tomato Seluas Sehektar
Butir - butir Kuantiti Kos ( RM )
Kos Bahan Input
i. Benih 0.3 kg @ RM250 75.00
ii. Baja
- Tahi ayam 5 tan @ RM120 600.00
- Kapur 2.5 tan @ RM100 250.00
- NPK 12:12:17:2 30 bag @ RM43 1290.00
iii. Racun Kimia 8% dari jmlah kos bahan 439.00
iv. Plastik silver shine 40 gulung @ RM70 2800.00
v. Kayu penyokong 16000 batang @ RM0.40 320.00*
vi. Dawai 15 gulung @ RM43 134.00**
vii. Tali rafia 6 gulung @ RM4.50 27.00
viii. Kontigensi 10% dari jumlah kos bahan 593.00
Jumlah kecil I 6529.30
Kos Input Tenaga hari (t.h)@ RM15.00
i. Penyediaan tanah Kontrak 230.00
ii. Membuat batas 12 tenaga hari 180.00
iii. Menanam 8 tenaga hari 120.00
iv. Memasang penyokong dan dawai 20 tenaga hari 300.00
v. Menyiram 16 tenaga hari 240.00
vi. Mengawal rumpai 8 tenaga hari 120.00
vii. Membaja 8 tenaga hari 120.00
viii. Menjalarkan pokok 6 tenaga hari 90.00
ix. Mengawal serangga/penyakit 4 tenaga hari 60.00
x. Memungut hasil 30 tenaga hari 450.00
Jumlah kecil II 1910.00
Kos Tetap
i. Cukai tanah 5 bulan @ RM 15/tahun 6.25
ii. Alat-alat pengairan 5 bulan @ RM 1800/tahun 750.00
Jumlah kecil III 756.00
Jumlah Kos Pengeluaran ( I+II+III ) 9195.55
• kayu penyokong boleh digunakan selama 2 musim. Kos semusim : RM 640/2 = RM 320
• Dawai boleh digunakan selama 2 tahun. Kos semusim : RM 645/24 X 5 = RM 134.30

Anggaran pendapatan petani dan harga pulangan modal


( Andaian : Hasil 16000kg/ha dan harga pada RM0.80/kg )
Perkara Menggunakan tenaga Menggunakan tenaga
keluarga (RM) upah (RM)
a. Pendapatan kasar 12800.00 12800.00
b. Kos Pengeluaran 7515.85* 9195.00
c. Pendapatan bersih 5284.15 3604.15
d. Pulangan bagi setiap RM pelaburan 1.70 1.39
e. Harga pulangan modal 0.47 0.57
( kos pengeluaran/kg)
* Tidak termasuk kos input tenaga hari yang terlibat dalam aktiviti II b hingga II j
tetapi termasuk kos penyediaan tanah secara kontrak ( aktiviti II a )

Pendapatan bersih mengikut perubahan hasil dan tenaga


Jenis tenaga Harga / kg Hasil
8000 16000 25000
( RM )

Tenaga 0.60 2715.85 2084.15 7484.15


Keluarga 0.80 1115.85 5284.15 12484.15
1.00 484.15 8481.15 17484.15

Tenaga Upah 0.60 4395.85 404.15 5804.15


0.80 2795.85 3604.15 10804.15
1.00 1195.85 6804.15 15804.15

Rujukan

1. FAMA, (1990). Pengendalian Lepas Tuai Sayur- Sayuran. Nota Kursus No.7.
Kuala Lumpur : FAMA.

2. Jabatan Pertanian, (1985). Tomato Tanah Pamah. Risalah Pertanian Bil. 6. Kuala
Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

3. MARDI, (1990). Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Kuala Lumpur : MARDI

4. Vimala P. Dan S.K. Chan, (1990) Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran
Sayur-Sayuran, Kuala Lumpur : MARDI.

5. Jabatan Pertanian, (1995). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung


Malaysia 1994. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
LAMPIRAN

Penyakit yang biasa menyerang tomato

Lalat buah ketidakseragaman saiz

Serangan pada bunga Serangan pada daun

Serangan daun Serangan daun


LAMPIRAN

Penanaman Tomato
LAMPIRAN

Hasil dan pemprosesan tomato sebelum dipasarkan


LAMPIRAN

Kerja Pembungkusan tomato

You might also like